Saturday, November 1, 2008

Kuseru Rindu Itu... 14


Shahrul bertenggek pada pagar jambatan kayu yang dibuat merentangi kolam buatan yang sederhana besar. Sambil tangannya menabur makanan ikan, matanya melekat pada wajah Hisyam yang sedang termenung jauh. Menyedari renungan Shahrul, Hisyam mengangkat punggung dari kerusi kayu yang memang tersedia di situ. Sambil melangkah mendekati temannya itu, matanya ditebarkan ke kawasan rumah rehat milik keluarga Idayu. Perlahan bertenggek di tepi pagar jambatan sambil matanya memerhati berpuluh-puluh ikan kap yang timbul di permukaan kolam, berebut makanan yang ditabur.
“Macam mana business?,”
“Okay. Alhamdulillah. Lagipun, sejak aku perkenalkan online reservation , tempahan meningkat. Pasaran pun lebih luas. Lebih ramai yang tahu tempat ni,”
Hisyam tersenyum. Tumpang gembira dengan kejayaan temannya itu. Sejak berkahwin dengan Juita, Shahrul membuat keputusan untuk berhenti bekerja di syarikatnya. Dia ingin membantu isterinya menguruskan perniagaan keluarga itu. Perniagaan yang dulu diuruskan oleh Idayu. Selepas berkahwin dengannya, Idayu melepaskan semua tanggungjawabnya terhadap rumah rehat itu, kepada Juita dan arwah bapanya. Idayu menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjaga makan pakainya. Menjaga perkahwinannya. Cuma tiga empat tahun kebelakangan ini, Idayu menyuarakan hasrat ingin bekerja semula. Rindu katanya. Dan, dia dengan senang hati memberi keizinan untuk Idayu bekerja bersamanya.
“Oit! Melamun ke?,”
Hisyam tersentak. Shahrul menggeleng perlahan.
“Nampaknya kau buat lanskap baru,”Hisyam bersuara sambil memerhati taman mini yang baru dibuat itu. pelbagai bunga yang berwarna- warni menyejukkan pandangan. Lebih-lebih lagi dengan rumput yang subur menghijau.
“Ha ah. Untuk keselesaan mata pengunjung…,”
Hisyam tersenyum mendengar kata-kata Shahrul. Dia mengangguk tanda setuju denga kata-kata itu. Memang tenang mata yang menikmati keindahan lanskap ini.
“Pergilah masuk berehat. Tidur ke. Tentu kau penat, drive dari awal pagi,”
Hisyam menggeleng.
“Aku tengah tehatlah ni. lagi pun, aku bukannya boleh tidur siang-siang macam ni. tak lelap pun. Buat sakit kepala saja,”
“Suka kati kaulah Syam. Badan kau… Mata kau…,”
Hisyam sekadar tersenyum. Matanya kini leka memandang ikan kap yang berwarna warni. Shahrul mengerling sekilas ke arah temannya itu.
“Aku dengar sambutan annervasery kau baru-baru ni, bukan main romantic lagi,”Shahrul bersuara sambil menjeling ke arah Hisyam. Memancing reaksi Hisyam sebenarnya. Hisyam tergelak kecil mendengar kata-kata itu. dia memandang wajah Shahrul yang tersenyum panjang.
“Kau dengar? Kau ada upah paparazzi ke untuk spy aku?,”
“Papparazzi bertauliah. First class punya service,”
Hisyam tersengih sambil menggeleng perlahan.
“So, kau tak nak cakap apa-apa ke?,”soal Shahrul dengan nada suara sedikit serius. Hisyam mencebik sambil mengangkat bahu. Soalan Shahrul lain nadanya.
“Kenapa kau Tanya aku macam tu?,”
Shahrul mengurut-ngurut tengkukunya sambil kepalanya ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan Hisyam.
“Well… mungkin sebab aku mengharapkan satu cerita baru dari kau,”
“Cerita baru? Maksud kau? Aku tak fahamlah,”
“Satu cerita yang berlainan daripada cerita yang pernah kau ceritakan pada aku dulu,”
“Wait…Wait… I think you better straight to the point. Aku belajar aliran sains. So, bahasa kiasan yang berbelit-belit ni, aku tak berapa faham. Jadi, tolong jangan buat aku pening kepala,ya,”
Shahrul tersenyum.
“Orang romantic macam kau… takkan berkias sikit pun, tak faham,”
Hisyam tidak menjawab. Gagal menebak apa maksud kat-kata Shahrul. Shahrul tergelak.
“Okay. Straight to the point. Kau masih berhubungan dengan perempuan tu?,”
Hisyam tersenyum kecil mendengar soalan Shahrul. Rupa-rupanya itu yang Shahrul cuba kiaskan. Langsung dia tidak terfikir ke arah itu.
“Masih,”jawabnya sepatah.
“Honestly, itu bukanlah jawapan yang kau harapkan,”
“I told you. I love her,”
“Idayu?,”
“Seperti yang aku cakap dulu, Idayu adalah tanggungjawab aku. Isteri aku,”
Shahrul tergelak sinis.
“Isteri konon. Tanggungjawab konon. Syam… wake up please. Apa yang kau lakukan pada Idayu tempoh hari, jelas. Tersangat jelas. Kau memang cintakan dia. Aku tak Nampak alasan lain untuk menyokong tindakan kau tu. Yang aku Nampak, Cuma satu saja. Kau dengan Idayu memang sedang dilamun cinta. Atau lebih tepat… sentiasa dilamun cinta. Kau tak akan buat itu semua kalau apa yang kau rasa pada Idayu cumalah rasa tanggungjawab…,”
“Sorry. Kau salah,”cukup pendek Hisyam membalas hujah Shahrul.
Shahrul memandang wajah Hisyam.
“It’s okay kalau aku salah. Cuma aku rasa tak salah kalau kau fikirkan kata-kata aku yang kau anggap salah tu. Fikirkan sedalam yang boleh. Mungkin ada sesuatu yang ingin kau perbetulkan. Jangan sampai bila kau rasa keputusan yang kau buat ni, memang salah, kau dah tak ada peluang nak perbetulkannya,”
Hisyam tersenyum. Tertarik dengan susunan ayat Shahrul yang berulang-ulang.
“Sejak bila kau cakap berbunga-bunga ni? Macam bermadah pula aku dengar,”
“Sikit-sikit. Mencuba bakat terpendam,”
“Jangan dengan aku. Buat aku pening saja,”
Shahrul tergelak kecil.
“Try to change our main subject. Am I right?,”soal Shahrul dalam senyuman. Hisyam mengeluh sambl tersenyum kecil. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin betul kata-kata Shahrul.
“Mungkin…Tak juga…Entahlah….,”
“Tiga perkataan. Tiga maksud… dalam satu nafas. Yang mana satu untuk aku sebenarnya? Nampak sangat kau sekarang ni, sedang keliru Syam. Buat keputusan dalam keadaan keliru, bahaya. Ingat tu,” Shahrul bersuara sambil bergerak kea rah pangkin kayu yang terletak berhampiran dengan kolam. Hisyam mengekori dari belakang. Sama-sama melabuhkan punggung ke pangkin. Bayu laut bertiup nyaman menyapu mukanya. Buat seketika dia Cuma termenung mamandang kehijauan lanskap. Mencari damai di situ. Shahrul turut membisu. Menunggu patah bicara dari mulut Hisyam terlebih dahulu.
“Dalam situasi aku sekarang…aku perlukan support seseorang. Terus-terang aku mengharapkan kau untuk bagi aku sokongan sebab kau kawan baik aku. Jadi, apabila yang berlaku adalah sebaliknya, aku jadi serba –salah. Aku takut apa yang aku cakap nanti, buat kau rasa tak selesa. Aku faham situasi kau. Kau tersepit antara kawan baik dengan isteri. Kan?,”
“Meaning?,”shahrul bertanya sepatah.
“Kau kawan aku. Juita isteri kau. Dan… Idayu kakak Juita. You know what I mean. Aku rasa bersalah bila buat kau rasa serba-salah macam ni,”
“Syam… kau bercerita dan aku mendengar. Tak ada apa yang salah. Dan, pasal rasa serba-salah tu, memang aku rasa serba-salah. Tapi bukan pada Juita. Aku rasa serba-salah pada Ayu. Sebab aku rasa Ayu tak sepatutnya lalui ini semua. Untuk itu, aku akan terus mengingatkan kau. Bukan menyalahkan tapi, mengingatkan,”
Hisyam tersenyum tawar.
“So, kau nak dengar cerita-cerita aku tu?,”
Shahrul menjungkit bahu sambil tersenyum kecil.
“Dia ajak aku kahwin. Dan, aku pun, ingin kami kahwin,”ujar Hisyam berterus-terang.
“Kahwin? Dia tahu pasal kau?,”soal Shahrul sedikit terperanjat dengan cerita terbaru Hisyam. Hisyam mengangguk tanpa memandang wajah Shahrul.
“Jadi, dia tak kisah bermadu?,”
“She has to face it. Itu syarat utama aku. Aku tak akan ketepikan Idayu,”
Shahrul menggeleng perlahan.
“By the way, how old is she?,”
“Twenty six,”
“Muda lagi. Kau dah fikir masak-masak? Apa kata Idayu?,”
“Dia belum tahu,”
Wajah Shahrul sedikit berubah. Ternyata tiap bicara Hisyam penuh dengan kejutan.
“Kau dah plan nak kahwin dengan that girl, tapi, Idayu belum tahu apa-apa lagi? Kau nak rahsiakan dari Ayu? Nak kahwin senyap-senyap? Please Syam. Jangan kejam sangat. Kau tak berhak sakiti Idayu sampai macam ni sekali,”
“Tak. Aku tak akan buat macam tu. Aku sedang cari masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan Ayu,”
“Masa yang sesuai? Bila?,”
“Entah. Aku pun tak tahu. Aku tak sampai hati nak beritahu Idayu,”
“Kau tak sampai hati? Kau tak sampai hati, sebab kau sayangkan dia. Kau cintakan dia. Sedarlah Syam. Jangan biarkan perasaan ini mempermainkan kau. Merosakkan perkahwinan kau,”
“Aku tahu apa yang aku rasa, Shah. Aku Cuma tak sampai hati nak kecewakan dia. Dia terlalu baik. Aku tak suka tengok dia sedih. Aku tahu aku kejam, Shah. Tapi, aku tak tahu macam mana nak handle ini semua. Aku serba-salah. Aku tak nak Ayu sedih. Aku juga tak nak kehilangan Maisara,”
“Kau boleh guna apa saja alas an untuk tutup perasaan sebenar kau pada Ayu. Kononnya tak nak kecewakan dia…tak nak tengok dia bersedih…bagi aku itu semua tak lebih dari satu alasan. Alasan untuk menidakkan perasaan kau yang sebenarnya pada dia,”
“Tak ada apa yang aku nak nafikan Shah. Aku tahu apa yang aku rasa. I love her very much. I want to marry her. Itu impian aku,”
“Then, you better tell your wife, as soon as possible. Jangan sampai dia tahu daripada mulut orang lain. itu akan lebih menyakitkan dia,”
Hisyam mengeluh panjang. Itulah yang paling sukar untuk dia lakukan sebenarnya.
“Kalaulah ianya semudah kata-kata kau, Shah,”
Shahrul tersenyum kecil. Kata-kata Hisyam tidak dibalas kerana dia sendiri sudah kehilangan kata-kata untuk terus bersuara. Sudah kehabisan nasihat untuk manusia sedegil Hisyam.
“Kalaulah aku boleh membuat keputusan tanpa perlu menyakiti hati Idayu…,”Hisyam bersuara perlahan. Shahrul menoleh.
“Hidup memerlukan pengorbanan. Itu adalah fakta, bukan madah semata-mata. Kalau kau ingin melihat Idayu gembira, kau yang perlu berkorban. Kalau kau yang ingin bahagia dengan cinta kau, tu, orang yang terpaksa berkorban, adalah Idayu. It’s a fact,”
Hisyam tersenyum kelat. Perlahan dia menepuk bahu Shahrul. Memang Shahrul sahabaty baiknya. Walaupun tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Shahrul telah sudi menjedi pendengar yang baik. Membuat bebannya terasa sedikit ringan.
“Thanks, Shah. Walaupun tak menyokong, kau tetap membantu aku,”
“Kau kawan aku. Aku tak ada pilihan,”balas Shahrul separuh berseloroh. Hisyam tersenyum kecil tanpa bicara.
“Jomlah masuk. Dah senja ni,”Shahrul bersuara tiba-tiba setelah agak lama membiarkan suasana sepi tanpa sepatah kata. Hisyam Cuma mengangguk sambil mengangkat punggung dari pangkin.
****

1 comment:

Anonymous said...

best bangat cite nih...actually ari ni baru start baca cite ni kumpul banyak2 ckit n3 baru best baca xtegantung..
tapi lambat laun tepaksa tunggu jugak n3 seterusnya...hakhakhak..
n y..teruskan usaha akan untuk n3 setiap ari..(selfish nya aku..hehehe)..chaiyo kak..

[11:35:50 PM] hos.getah: