Saturday, November 1, 2008

Kuseru Rindu Itu... 14


Shahrul bertenggek pada pagar jambatan kayu yang dibuat merentangi kolam buatan yang sederhana besar. Sambil tangannya menabur makanan ikan, matanya melekat pada wajah Hisyam yang sedang termenung jauh. Menyedari renungan Shahrul, Hisyam mengangkat punggung dari kerusi kayu yang memang tersedia di situ. Sambil melangkah mendekati temannya itu, matanya ditebarkan ke kawasan rumah rehat milik keluarga Idayu. Perlahan bertenggek di tepi pagar jambatan sambil matanya memerhati berpuluh-puluh ikan kap yang timbul di permukaan kolam, berebut makanan yang ditabur.
“Macam mana business?,”
“Okay. Alhamdulillah. Lagipun, sejak aku perkenalkan online reservation , tempahan meningkat. Pasaran pun lebih luas. Lebih ramai yang tahu tempat ni,”
Hisyam tersenyum. Tumpang gembira dengan kejayaan temannya itu. Sejak berkahwin dengan Juita, Shahrul membuat keputusan untuk berhenti bekerja di syarikatnya. Dia ingin membantu isterinya menguruskan perniagaan keluarga itu. Perniagaan yang dulu diuruskan oleh Idayu. Selepas berkahwin dengannya, Idayu melepaskan semua tanggungjawabnya terhadap rumah rehat itu, kepada Juita dan arwah bapanya. Idayu menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjaga makan pakainya. Menjaga perkahwinannya. Cuma tiga empat tahun kebelakangan ini, Idayu menyuarakan hasrat ingin bekerja semula. Rindu katanya. Dan, dia dengan senang hati memberi keizinan untuk Idayu bekerja bersamanya.
“Oit! Melamun ke?,”
Hisyam tersentak. Shahrul menggeleng perlahan.
“Nampaknya kau buat lanskap baru,”Hisyam bersuara sambil memerhati taman mini yang baru dibuat itu. pelbagai bunga yang berwarna- warni menyejukkan pandangan. Lebih-lebih lagi dengan rumput yang subur menghijau.
“Ha ah. Untuk keselesaan mata pengunjung…,”
Hisyam tersenyum mendengar kata-kata Shahrul. Dia mengangguk tanda setuju denga kata-kata itu. Memang tenang mata yang menikmati keindahan lanskap ini.
“Pergilah masuk berehat. Tidur ke. Tentu kau penat, drive dari awal pagi,”
Hisyam menggeleng.
“Aku tengah tehatlah ni. lagi pun, aku bukannya boleh tidur siang-siang macam ni. tak lelap pun. Buat sakit kepala saja,”
“Suka kati kaulah Syam. Badan kau… Mata kau…,”
Hisyam sekadar tersenyum. Matanya kini leka memandang ikan kap yang berwarna warni. Shahrul mengerling sekilas ke arah temannya itu.
“Aku dengar sambutan annervasery kau baru-baru ni, bukan main romantic lagi,”Shahrul bersuara sambil menjeling ke arah Hisyam. Memancing reaksi Hisyam sebenarnya. Hisyam tergelak kecil mendengar kata-kata itu. dia memandang wajah Shahrul yang tersenyum panjang.
“Kau dengar? Kau ada upah paparazzi ke untuk spy aku?,”
“Papparazzi bertauliah. First class punya service,”
Hisyam tersengih sambil menggeleng perlahan.
“So, kau tak nak cakap apa-apa ke?,”soal Shahrul dengan nada suara sedikit serius. Hisyam mencebik sambil mengangkat bahu. Soalan Shahrul lain nadanya.
“Kenapa kau Tanya aku macam tu?,”
Shahrul mengurut-ngurut tengkukunya sambil kepalanya ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan Hisyam.
“Well… mungkin sebab aku mengharapkan satu cerita baru dari kau,”
“Cerita baru? Maksud kau? Aku tak fahamlah,”
“Satu cerita yang berlainan daripada cerita yang pernah kau ceritakan pada aku dulu,”
“Wait…Wait… I think you better straight to the point. Aku belajar aliran sains. So, bahasa kiasan yang berbelit-belit ni, aku tak berapa faham. Jadi, tolong jangan buat aku pening kepala,ya,”
Shahrul tersenyum.
“Orang romantic macam kau… takkan berkias sikit pun, tak faham,”
Hisyam tidak menjawab. Gagal menebak apa maksud kat-kata Shahrul. Shahrul tergelak.
“Okay. Straight to the point. Kau masih berhubungan dengan perempuan tu?,”
Hisyam tersenyum kecil mendengar soalan Shahrul. Rupa-rupanya itu yang Shahrul cuba kiaskan. Langsung dia tidak terfikir ke arah itu.
“Masih,”jawabnya sepatah.
“Honestly, itu bukanlah jawapan yang kau harapkan,”
“I told you. I love her,”
“Idayu?,”
“Seperti yang aku cakap dulu, Idayu adalah tanggungjawab aku. Isteri aku,”
Shahrul tergelak sinis.
“Isteri konon. Tanggungjawab konon. Syam… wake up please. Apa yang kau lakukan pada Idayu tempoh hari, jelas. Tersangat jelas. Kau memang cintakan dia. Aku tak Nampak alasan lain untuk menyokong tindakan kau tu. Yang aku Nampak, Cuma satu saja. Kau dengan Idayu memang sedang dilamun cinta. Atau lebih tepat… sentiasa dilamun cinta. Kau tak akan buat itu semua kalau apa yang kau rasa pada Idayu cumalah rasa tanggungjawab…,”
“Sorry. Kau salah,”cukup pendek Hisyam membalas hujah Shahrul.
Shahrul memandang wajah Hisyam.
“It’s okay kalau aku salah. Cuma aku rasa tak salah kalau kau fikirkan kata-kata aku yang kau anggap salah tu. Fikirkan sedalam yang boleh. Mungkin ada sesuatu yang ingin kau perbetulkan. Jangan sampai bila kau rasa keputusan yang kau buat ni, memang salah, kau dah tak ada peluang nak perbetulkannya,”
Hisyam tersenyum. Tertarik dengan susunan ayat Shahrul yang berulang-ulang.
“Sejak bila kau cakap berbunga-bunga ni? Macam bermadah pula aku dengar,”
“Sikit-sikit. Mencuba bakat terpendam,”
“Jangan dengan aku. Buat aku pening saja,”
Shahrul tergelak kecil.
“Try to change our main subject. Am I right?,”soal Shahrul dalam senyuman. Hisyam mengeluh sambl tersenyum kecil. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin betul kata-kata Shahrul.
“Mungkin…Tak juga…Entahlah….,”
“Tiga perkataan. Tiga maksud… dalam satu nafas. Yang mana satu untuk aku sebenarnya? Nampak sangat kau sekarang ni, sedang keliru Syam. Buat keputusan dalam keadaan keliru, bahaya. Ingat tu,” Shahrul bersuara sambil bergerak kea rah pangkin kayu yang terletak berhampiran dengan kolam. Hisyam mengekori dari belakang. Sama-sama melabuhkan punggung ke pangkin. Bayu laut bertiup nyaman menyapu mukanya. Buat seketika dia Cuma termenung mamandang kehijauan lanskap. Mencari damai di situ. Shahrul turut membisu. Menunggu patah bicara dari mulut Hisyam terlebih dahulu.
“Dalam situasi aku sekarang…aku perlukan support seseorang. Terus-terang aku mengharapkan kau untuk bagi aku sokongan sebab kau kawan baik aku. Jadi, apabila yang berlaku adalah sebaliknya, aku jadi serba –salah. Aku takut apa yang aku cakap nanti, buat kau rasa tak selesa. Aku faham situasi kau. Kau tersepit antara kawan baik dengan isteri. Kan?,”
“Meaning?,”shahrul bertanya sepatah.
“Kau kawan aku. Juita isteri kau. Dan… Idayu kakak Juita. You know what I mean. Aku rasa bersalah bila buat kau rasa serba-salah macam ni,”
“Syam… kau bercerita dan aku mendengar. Tak ada apa yang salah. Dan, pasal rasa serba-salah tu, memang aku rasa serba-salah. Tapi bukan pada Juita. Aku rasa serba-salah pada Ayu. Sebab aku rasa Ayu tak sepatutnya lalui ini semua. Untuk itu, aku akan terus mengingatkan kau. Bukan menyalahkan tapi, mengingatkan,”
Hisyam tersenyum tawar.
“So, kau nak dengar cerita-cerita aku tu?,”
Shahrul menjungkit bahu sambil tersenyum kecil.
“Dia ajak aku kahwin. Dan, aku pun, ingin kami kahwin,”ujar Hisyam berterus-terang.
“Kahwin? Dia tahu pasal kau?,”soal Shahrul sedikit terperanjat dengan cerita terbaru Hisyam. Hisyam mengangguk tanpa memandang wajah Shahrul.
“Jadi, dia tak kisah bermadu?,”
“She has to face it. Itu syarat utama aku. Aku tak akan ketepikan Idayu,”
Shahrul menggeleng perlahan.
“By the way, how old is she?,”
“Twenty six,”
“Muda lagi. Kau dah fikir masak-masak? Apa kata Idayu?,”
“Dia belum tahu,”
Wajah Shahrul sedikit berubah. Ternyata tiap bicara Hisyam penuh dengan kejutan.
“Kau dah plan nak kahwin dengan that girl, tapi, Idayu belum tahu apa-apa lagi? Kau nak rahsiakan dari Ayu? Nak kahwin senyap-senyap? Please Syam. Jangan kejam sangat. Kau tak berhak sakiti Idayu sampai macam ni sekali,”
“Tak. Aku tak akan buat macam tu. Aku sedang cari masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan Ayu,”
“Masa yang sesuai? Bila?,”
“Entah. Aku pun tak tahu. Aku tak sampai hati nak beritahu Idayu,”
“Kau tak sampai hati? Kau tak sampai hati, sebab kau sayangkan dia. Kau cintakan dia. Sedarlah Syam. Jangan biarkan perasaan ini mempermainkan kau. Merosakkan perkahwinan kau,”
“Aku tahu apa yang aku rasa, Shah. Aku Cuma tak sampai hati nak kecewakan dia. Dia terlalu baik. Aku tak suka tengok dia sedih. Aku tahu aku kejam, Shah. Tapi, aku tak tahu macam mana nak handle ini semua. Aku serba-salah. Aku tak nak Ayu sedih. Aku juga tak nak kehilangan Maisara,”
“Kau boleh guna apa saja alas an untuk tutup perasaan sebenar kau pada Ayu. Kononnya tak nak kecewakan dia…tak nak tengok dia bersedih…bagi aku itu semua tak lebih dari satu alasan. Alasan untuk menidakkan perasaan kau yang sebenarnya pada dia,”
“Tak ada apa yang aku nak nafikan Shah. Aku tahu apa yang aku rasa. I love her very much. I want to marry her. Itu impian aku,”
“Then, you better tell your wife, as soon as possible. Jangan sampai dia tahu daripada mulut orang lain. itu akan lebih menyakitkan dia,”
Hisyam mengeluh panjang. Itulah yang paling sukar untuk dia lakukan sebenarnya.
“Kalaulah ianya semudah kata-kata kau, Shah,”
Shahrul tersenyum kecil. Kata-kata Hisyam tidak dibalas kerana dia sendiri sudah kehilangan kata-kata untuk terus bersuara. Sudah kehabisan nasihat untuk manusia sedegil Hisyam.
“Kalaulah aku boleh membuat keputusan tanpa perlu menyakiti hati Idayu…,”Hisyam bersuara perlahan. Shahrul menoleh.
“Hidup memerlukan pengorbanan. Itu adalah fakta, bukan madah semata-mata. Kalau kau ingin melihat Idayu gembira, kau yang perlu berkorban. Kalau kau yang ingin bahagia dengan cinta kau, tu, orang yang terpaksa berkorban, adalah Idayu. It’s a fact,”
Hisyam tersenyum kelat. Perlahan dia menepuk bahu Shahrul. Memang Shahrul sahabaty baiknya. Walaupun tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Shahrul telah sudi menjedi pendengar yang baik. Membuat bebannya terasa sedikit ringan.
“Thanks, Shah. Walaupun tak menyokong, kau tetap membantu aku,”
“Kau kawan aku. Aku tak ada pilihan,”balas Shahrul separuh berseloroh. Hisyam tersenyum kecil tanpa bicara.
“Jomlah masuk. Dah senja ni,”Shahrul bersuara tiba-tiba setelah agak lama membiarkan suasana sepi tanpa sepatah kata. Hisyam Cuma mengangguk sambil mengangkat punggung dari pangkin.
****

Kuseru Rindu Itu... 13

Hisyam memandang jam di tangan. Sudah hampir pukul 8.30 malam. Bayang Maisara masih juga belum kelihatan. Dia sudah mula dijentik rasa resah. Resah memikirkan apa jawapan yang harus dia berikan seandainya Idayu bertanya tentang kelewatannya nanti. Dia yakin isterinya itu tidak akan bertanya. Namun, dia tetap gusar. Gusar memikirkan tetap ada kemungkinan untuk Idayu menyelidikinya. Idayu berhak untuk bertanya ke mana dia pergi. Dia akui hak itu. Lantaran itu, dia dilanda resah. Sebolehnya dia tidak mahu mereka segunung alasan yang akhirnya akan memaksa dia berbohong pada Idayu. Dia tidak mahu berbohong pada Idayu.
“Assalamualaikum,”
Hisyam sedikit tersentak. Lamunannya menjauh. Maisara tersenyum sambil melabuhkan punggung ke kerusi.
“Waalaikummussalam,”
“Sorry Sara lewat sikit. Lama ke abang tunggu?,”
“Taklah. Abang pun baru sampai,”
Maisara tersenyum lagi.
“Sara apa khabar?,”soal Hisyam sambil merenung wajah gadis itu. Rindunya seakan terbayar tatkala matanya menyapu seraut wajah ayu Maisara.
“Sihat. Kenapa tiba-tiba abang ajak Sara keluar malam ni? Selalunya abang tak suka nak keluar malam-malam macam ni,”
“Sebab abang rindukan Sara…,”
Maisara diam. Matanya memandang wajah Hisyam yang tenang. Kata-kata Hisyam membuat hatinya berkocak hebat. Bahagianya mendengar bicara –bicara romantis itu. Bagaimana mungkin dia boleh melupakan lelaki ini? Segala-galanya tentang lelaki ini, membuat dia berasa amat bahagia. Walaupun kadang-kadang dia terpaksa menolak egonya ke tepi.
“Kalau rindu, kenapa abang buat Sara macam ni? Abang tak kasihankan Sara ke?,”
“Sara pun tahu sebabnya kan?,”Hisyam bersuara sambil memandang wajah Maisara. Maisara tunduk. Nampaknya Hisyam tidak akan mengalah. Hisyam tidak akan meminta maaf padanya. Hisyam tidak akan menerima cadangannya. Keadaan memaksa dia yang mengalah. Kalau dia benar-benar cintakan Hisyam, dia terpaksa akur dengan kehendak lelaki itu.
“Abang… Sara minta maaf. Sara tak patut cakap macam tu tempoh hari. Sara mengaku Sara salah. Sara pentingkan diri sendiri,”
Hisyam tersenyum. Lega apabila Maisara sudah dapat menerima kenyataan situasi cinta mereka.
“Kan Sara dah minta maaf by phone. Tak perlu minta maaf lagi. Cuma abang harap, lain kali Sara jangan cakap macam tu lagi,”
Maisara tersenyum lega. Tiada lagi marah Hisyam padanya. Walaupun sukar untuk akur pada permintaan Hisyam, namun, saat ini dia tidak boleh membantah. Dia tidak sanggup kehilangan Hisyam. Tidak sanggup kehilangan cinta Hisyam.
“Sara nak makan?,”
Maisara menggeleng perlahan.
“Tak nak. Lagipun, Sara tahu, abang mesti nak pulang cepat. Kan?,”
Hisyam diam seketika. Lega apabila Maisara seakan-akan memahami setuasinya.
“Sejujurnya memang betul abang nak cepat. Abang tak nak tipu Sara dan isteri abang. Tapi, kalau Sara nak makan, abang boleh tunggu,”Hisyam bersuara sejujurnya. Maisara tersenyum sinis. Sikap berterus-terang Hisyam kadang-kadang membuat dia sakit hati. Rasanya lebih baik sesekali Hisyam membohonginya dengan memeberi kata-kata manis untuk dia dengar. Namun, itulah Hisyam. Apa yang meniti di bibir lelaki itu adalah biasan dari hatinya. Lelaki itu tidak berpura-pura. Kalaulah dia mampu membenci lelaki ini, pasti hatinya tidak sesakit ini.
“Abang berbohong dengan abang berahsia… apa bezanya? Bagi Sara semua tu sama saja. Tak ada bezanya. Sama ada abang menipu atau abang berahsia, abang tetap menyakiti hati orang sekeliling abang. Tak ada bezanya, bang,”
“Berahsia…tiada sesiapa yang tahu. Berbohong… seseorang mesti tahu. Tapi, apa yang dia tahu bukan perkara sebenar yang dia patut tahu. Itu bezanya,”
Maisara tersenyum sinis.
“Bila dah terbongkar tetap menyakitkan hati. Kan?,”peril Maisara dalam lembut.
“Mana yang lebih menyakitkan? Sesuatu yang dirahsiakan atau… perasaan kita bila tahu yang kita ditipu?,”
Maisara mengangkat bahu dengan wajah yang cukup selamba. Baginya tiada beza langsung. Namun, dia lebih suka mendiamkan diri. Tidak mahu mencetuskan ketegangan dengan Hisyam.
“Mak Sara nak jumpa abang,”Maisara mengubah topic perbualan secara tiba-tiba. Membuat Hisyam sedikit terperanjat. Matanya tidak berkelip memandang wajah gadis itu yang cukup bersahaja.
“Sara dah beritahu keluarga Sara ke?,”
“Yes. Kenapa? Anything wrong?,”
“No. Tak ada apa yang salah. Cuma, tak terlalu cepat ke?,”
“Abang…Kan Sara dah cakap, Sara nak kita nikah secepat yang mungkin. Dah tiba masanya untuk kita fikirkan soal hubungan kita ni dengan serius. Dah tiba masanya untuk abang berterus-terang dengan isteri abang,”
“Nantilah…,”
“Abang…Abang tak ada pilihan. Kalau ada pun hanya dua pilihan saja. Sama ada abang terus berahsia dan belajar berbohong. Atau abang tak usah lagi berahsia. Biarkan kebenaran yang muncul. Abang kena ingat. Bila kita bermain kayu tiga, rahsia dan pembohongan itu datang dalam satu pakej. Abang tak boleh pisahkan pakej tu. Pilihan yang abang ada, cumalah... abang terima pakej itu dan jadi pembohong yang baik, atau pun abang tolak pakej itu. Dan biarkan isteri abang tahu segala kebenaran tentang hubungan kita. It just as simple as that,”
“Sara… kana bang dah beritahu. Abang perlukan masa,”
“Masa…masa… masa… Itu sajalah alasan abang,”
“Sara…,”
“Sara rasa kita dah bincang pasal ni, bang. Abang kena ingat, kalau Sara dah bosan menunggu, Sara sendiri yang akan berterus-terang dengan isteri abang,”
Hisyam tersanadr ke kerusi. Buntu memikirkan permintaan Maisara. Bukan dia tidak mahu. Malah permintaan Maisara juga menjadi impiannya. Siapa yang ingin bercinta selamanya? Dia ingin mengakhiri percintaan itu dengan ikatan perkahwinan. Cuma, entah kenapa sehingga ke saat ini, perasaan bimbang kalau-kalau perasaan Idayu akan terluka lebih membara daripada perasaan cintanya pada Maisara.
“Sara tak suka tengok muka abang macam ni, tau. Bila Sara sebut saja pasal ni, muka abang mesti berubah tiba-tiba,”
“Maafkan abang, sayang. Kadang-kadang abang jadi buntu. Tapi, abang akan cuba sedaya upaya. Abang pun nak sangat kita kahwin. Sara sabarlah ya,”
Maisara mengeluh panjang. Wajah Hisyam yang sedikit resah direnung lama.
“Kata tak cintakan dia. Tapi, susah sangat nak berterus-terang. Entah-entah abang tipu Sara, tak? Cakap tak cinta, padahal setengah mati cintakan isteri abang tu,”
Hisyam tersenyum kecil. Dia tahu Maisara merajuk. Dia tahu Maisara berjauh hati. Perlahan dia menggenggam jemari Maisara.
“Abang tak boleh nak paksa Sara percayakan abang. Tapi, macam yang abang cakap tadilah, abang tak suka berbohong. Jadi, terserah pada penilaian Sara sendiri. Abang tak mahu paksa,”
Maisara mengeluh lagi.
“Bukan Sara tak percaya. Tapi, entahlah. Makin lama sikap abang makin meragukan. Abang buat Sara takut. Cuma satu saja yang Sara harapkan dari abang,”
“Apa dia?,”
“Sara harap, abang betul-betul nak kahwin dengan Sara,”
“Abang serius. Berapa kali lagi abang nak kena ulamg benda yang sama ni?,”
“Kalau abang serius, kita jumpa mak Sara. Okay?,”
Hisyam menarik nafas panjang. Permintaan Maisara belum boleh dia penuhi. Genggaman di jemari Maisara, dileraikan perlahan-lahan.
“Esok? Boleh?,”sambung Maisara apabila melihat kebisuan Hisyam.
“Abang memang nak jumpa mak Sara. Tapi, bukan sekarang. Lagipun, esok tak boleh. Abang ada hal,”
“Banyaknya alasan abang. Hal apa? Esok kan, hari minggu,”
“Bang kena balik Terengganu,”
“Terengganu? Kenapa?,”
“Family matter,”
Maisara tersenyum sinis. Sakitnya hati mendengar jawapan itu. dia faham maksud kata-kata Hisyam. Pasti Hisyam ke Terengganu bersama isteri dan anaknya.
“Oh.. family matter. Tak payah beritahu Sara dululah ya? Terus pergi macam tu saja? Tak apalah. Sara faham. Siapalah Sara ni, kan? Kalau nak dibandingkan dengan isteri kesayangan abang tu. Kan?,”sindir Maisara dengan wajah yang mencuka. Ternyata sikap Hisyam betul-betul membuat dia berjauh hati. Terasa Hisyam ketepikan dirinya di dalam segala hal.
“Sara.. Kenpa cakap macam tu?,”
“Dah tu? Sara nak cakap macam mana lagi? Abang memang tak akan beritahu Sara, kan? Kalau kita tak bercakap pasal mak Sara, Sara tak akan tahu, kan? Abang… Sara ingin menjadi sebahagian daripada hidup abang. Tak boleh ke, bang? Tak boleh kea bang kongsikan sikit dengan Sara? Jangan ketepikan Sara seolah-olah Sara ni, tak ada apa-apa makna pun dalam hidup abang. Sara sedihlah bila abang buat Sara macam ni,”
“No. I’m not. Abang tak pernah ketepikan Sara. In fact, itulah sebabnya kenapa abang ajak Sara keluar malam ni. abang nak beritahu, esok abang pergi ke Terengganu. Mungkin dalam empat atau lima hari. Tapi, nampaknya kesempatan itu tak ada. Sara lebih suka ajak abang bertengkar,”
“Betul ke ni?,”
“Betul sayang. Sekarang, senymlah sikit. Dah lama tak tengok bibir tu tersenyum. Rindu,”
Dalam marah, Maisara tersenyum mendengar kata-kata Hisyam. Bab memujuk, Hisyam memang pakar. Melihat senyuman Maisara, Hisyam tersenyum lega.
“I love you,”bisiknya perlahan sambil merenung ke dalam mata Maisara. Meisara Cuma mampu tersenyum mendengar kata-kata keramat itu.kata-kata yang membuat hatinya semakin dengan Hisyam.
“Kalau Sara boleh tahu… urusan apa yang abang maksudkan family matter tu?,”
“Nak hadiri majlis perkahwinan teman rapat,”
“Sampai empat lima hari? Lamanya. Macam abang pula yang jadi pengantinnya,”
Hisyam tersenyum lucu. Dia menggeleng perlahan melihat muka Maisara yang memuncung lagi.
“Dah lama Idayu tak balik Terengganu. Jadi, kami singgah rumah adik dia, di sana,”
Maisara membuang pandang. Entah kenapa, hatinya sakit mendengar nama itu meniti di bibir Hisyam. Betul tekaannya tadi.
“Jadi, abang balik dengan isteri kesayangan abang ya?,”
Hisyam tersenyum.
“Yalah. Abang balik dengan isteri abanglah,”
“Takkan sampai empat lima hari? Lama tu. Asyik habiskan masa dengan isteri abang saja. Sara ni… terpinggir je. Nak jumpa pun, asyik kejar masa saja. Kadang-kadang Sara rasa ini semua tak adil tau. Tak adil pada Sara,”
“Sabarlah,”
“Lepas kita kahwin pun, abang akan layan Sara macam ni ke?,”soal Maisara sambil memandang wajah Hisyam. Entah kenapa. Sejak kebelakangan ini dia berasa cukup tercabar dengan layanan Hisyam pada isterinya. Tumpuan Hisyam Cuma pada Idayu. Bukan padanya…
“Layan amcam mana? Abang tak faham maksud Sara,”
“Sentiasa ditinggalkan. Dan… sentiasa menjadi pilihan terakhir,”
Hisyam merenung wajah Maisara yang mencuka. Dia diam. Malas menjawab pertanyaan Maisara. Tidak tahu apa puncanya, sejak kebelakangan ini, setiap bicara Maisara pasti mengundang perselisihan faham.
“Kenapa abang diam?,”
Hisyam meraut wajahnya sambil mengeluh penjang. Matanya terus meneliti wajah cemburu Maisara.
“Hello…I’m talking to you,”Maisara bersuara sambil melambai tangan di hadapan muka Hisyam. Geram melihat Hisyam yang tenang tanpa sebarang reaksi. Hisyam tersenyum kecil melihat gelagat Maisara.
“Abang…. Sara bercakap ni,”
“I know,”
“Dah tu.. kenapa tak jawab?,”
“Abang tak nak kita asyik bertengkar. Abang tak suka,”
Maisara diam. Kata-kata Hisyam ada benarnya. Dalam payah dia mengukir senyum. Jemarinya perlahan mencari tangan Hisyam. Mengusap perlahan tangan lelaki itu.
“I’m sorry…,”ujarnya perlahan.
Hisyam tersenyum sambil memggenggam erat jemari Maisara.

****

Kuseru Rindu Itu... 12

Shahrul leka memerhati gelagat seorang anak kecil yang petah bertanya itu dan ini pada ibunya. Gerai-geri anak kecil itu begitu memikat hatinya. Mimik muka anak kecil itu juga begitu menghiburkan hatinya. Membuat hatinya semakin meronta-ronta untuk memiliki anak sendiri. Dia mengukir senyum pada wanita yang berkemungkinan ibu kepada anak kecil itu. Dia cukup leka memerhati tanpa dia sedari, rupa-rupanya dia sendiri turut diperhati. Wanita itu turut tersenyum sambil membuat isyarat agar anaknya berhenti berceloteh. Anak kecil itu meniru gaya ibunya sambil ketawa mengekek. Shahrul tersenyum sendiri melihat gelagat itu.
“Hai, abang… kenapa senyum sorang-sorang ni?,”
Shahrul mengangkat muka. Juita tercegat di hadapannya. Dia tersengih sambil membetulkan duduk. Juita melabuhkan punggung ke kerusi. Matanya masih melekat pada wajah Shahrul. Menanti jawapan dari suaminya.
“Mana ada senyum sorang-sorang? Abang tengah tackle awek tu,”ujar Shahrul sambil memuncungkan mulutnya. Juita memandang ke arah yang ditunjuk oleh Shahrul. Matanya bulat memandang wajah Shahrul.
“Nak kena belasah ke? Itu kan isteri orang,”ujar Juita tersenyum. Dia tahu suaminya sekadar bergurau.
“Bukan tackle maknya. Tackle anak daranya tu. Comel sangat,’
Juita kembali memandang ke arah sepasang suami isteri yang sudah pun berlalu dari meja mereka. Dia memandang pula wajah comel budak perempuan yang terkedek-kedek berjalan sambil dipimpin ibunya.
“Comel kan?,”soal Shahrul sambil tersenyum. Juita mengangguk sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
“Abang nak lima orang anak comel macam tu,”
Juita jegilkan mata. Shahrul tersengih.
“Tak sampai lima pun, tak apa. Tiga , boleh?,”
Juita jelirkan lidah sambil tersenyum malu. Shahrul tergelak senang.
“Belum order ke?,”Juita bertanya apabila melihat mejanya masih kosong.
“Dah. Belum sampai. Apa Ita buat lama sangat dalam bilik air tu?,”
Juita tersengih tiba-tiba.
“Kak Ayu telefon,”
“Oh… Patutlah lama. Muka pun dah berseri-seri. Tadi monyok aje. Apa yang Ita bualkan dengan Kak Ayu, sampai muka berseri-seri macam ni?,”
“Ini yang Ita tak sabar nak cerita ni,”
“Amboi… isteri abang. Kenapa tiba-tiba dah jadi macam mami jarum ni?,”
“Abang! Nak dengar ke tak ni?,”terjerit kecil Juita mendengar kata-kata Shahrul. Shahrul tergelak.
“Okay…Okay… ceritalah. Abang dengar,”ujar Shahrul berlagu. Juita tersenyum lebar. Tidak sabar ingin berkongsi cerita.
“Kan semalam Ita ada cakap kat abang, suara Kak Ayu macam sedih saja masa Ita call,”
“Ya. Pasal anniversary tu kan?,”
“Yes. Rupa-rupanya bukan abang Hisyam sibuk sangat sampai lupa ulangtahun perkahwinan mereka. Abang Syam sengaja buat macam tu sebab dia nak buat surprise untuk Kak Ayu,”
“Surprise? Surprise apa?,”soal Shahrul berminat.
“Ita tak boleh nak bayangkan. It’s so romantic. After seven years, abang Syam masih layan Kak Ayu seromantik tu. Jelous Ita dengar tau,”
“Apa yang dah Hisyam tu buta ni? Sampai isteri abang pun boleh jelous ni?,”
“Candle light dinner. Mawar kuning dan putih yang memenuhi segenap ruang di rumah Kak Ayu. Rantai kesukaan Kak Ayu yang dibeli senyap-senyap. Bilik tidur yang berubah menjadi bilik sang puteri. What do you think? Romantic kan?,”
Shahrul mengangguk sambil tersenyum. Dia benar-benar tidak faham dengan sikap Hisyam. Kalau tiada rasa cinta, apa maksud cerita yang baru Juita sampaikan itu? Hanya orang yang sedang dilamun cinta sahaja yang akan membuat segala yang telah Hisyam lakukan itu.
“Abang pun, tak pernah buat kat Ita macam tu,”rengek Juita manja. Shahrul tersenyum sambil mencubit pipi isterinya.
“Tunggu ulangtahun perkahwinan kita yang ketujuh, abang buat macam tu juga,”
Juita mencebik. Dia ingin menyambung celotehnya, tetapi hasratnya dibatalkan apabila pelayan restoran tiba di mejanya bersama makanan yang dipesan.
“Ita ingat janji tu tau,”ujarnya setelah pelayan restoran berlalu. Shahrul tergelak kecil.
“Apa lagi yang Kak Ayu cerita pada Ita?,”Shahrul bertanya separuh menyelidik. Ingin tahu perkembangan rumahtangga Idayu. Juita menggeleng sambil menyedut minuman di hadapannya.
“That’s mine, sayang,”Shahrul bersuara lagi apabila melihat Juita leka menghirup jus epal yang dia pesan.
“Hah? Sorry…,”
“Tak apalah. Abang ambil yang ni,”
Shahrul menarik gelas besar berisi jus mangga. Juita tersengih sambil menikmati kembali minumannya.
“Oh ya, lupa nak cakap. Hujung minggu ni, Kak Ayu dengan Abang Hisyam datang sini. Kak Ayu nak pergi majlis kahwin bestfriend dia, Kak Mieza. Abang kenal kan?,’
Shahrul mengangguk.
“Hujung minggu ni?,”soalnya meminta kepastian.
Juita mengangguk. Shahrul diam. Perlahan dia menyuap mee goreng ke mulut sambil Juita memilih-milih sotong di dalam mangkuk mee tomyamnya lalu diletakkan ke dalam pinggan mee goring kepunyaan Shahrul.
“Alamak! Abang lupa nak cakap, tak payah masukkan sotong. Sorry sayang,”Shahrul bersuara sambil menepuk dahi. Lupa isterinya tidak suka sotong.
Juita cuma menjeling sekilas sambil terus mengacau mee di dalam mangkuk. Mencari-cari kalau-kalau ada lagi sotong yang terselit di situ.
“Juita… Juita, right?,”
Suara itu mengganggu konsentrasi Juita. Dia mendongak. Shahrul turut mendongak. Mancari gerangan pemilik suara yang memanggil nama isternya itu.
“Ya, betul. You’re Juita. Juita apa khabar?,”
Juita tergamam seketika. Terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka itu.
“Abang Borhan. Si..hat. saya sihat,”Juita menjawab dengan nada tersekat-sekat. Tidak sangka dia aka bertemu dengan Borhan di sini. Setahunya, Borhan berada di Pulau Pinang.
“Lama tak jumpa. Juita semakin cantik,”
Juita tersenyum kelat. Dia memandang wajah Shahrul yang sedikit kehairanan.
“Abang Borhan buat apa kat sini? Abang sekarang, kat Pulau Pinang, kan?,”
“Abang ditukarkan ke sini,”
Shahrul berdehem perlahan apabila terasa dia seakan dilupakan dalam perbualan antara isterinya dengan seorang lelaki asing yang dia tidak kenal.
“Oh… lupa. Kenalkan, suami Ita. Shahrul. Abang, ini Borhan,”Juita bersuara. Menyedari ketidakselesaan Shahrul apabila dia sedikit terabai.
“Hai…apa khabar?,”sapa Borhan mesra sambil berjabat tangan dengan Shahrul.
“Fine. Thank you.,”balas Shahrul turut tersenyum. Di hatinya tertanya-tanya apa hubungan Juita dengan lelaki itu? Lebih –lebih lagi apabila melihat Juita gelisah dengan kehadiran lelaki bernama Borhan itu.
“Kak Ayu apa khabar?,”Borhan bertanya lagi.
“Kak Ayu sihat. Sihat sangat-sangat. Tinggal dengan suaminya di Shah Alam. Dia sihat… dan bahagia. Bahagia sangat,” Juita menjawab dengan nada sedikit beremosi. Marahnya pada Borhan masih bersisa rupanya. Borhan telah menyakiti kakaknya. Borhan tersenyum pahit. Dia tahu Juita menyindirnya.
“Abang pergi dulu. Maaf mengganggu ya?,”
“It’s okay,”balas Juita dengan senyuman yang tidak begitu ikhlas. Brohan berlalu. Dan , Juita menarik nafas lega.
“Boleh tahan hadsomenya. Siapa tu? Exboyfriend ke?,”soal Sharul sedikit kurang senang. Juita tersenyum panjang.
“Jelous ya?,”Jita bertanya sambil tersenyum nakal. Hatinya berbunga gembira. Bukan selalu dia boleh melihat Shahrul cemburu. Sifat ceria dan suka melawak, sentisa menutup reaksi cemburu lelaki itu. Sifat sentimentalnya sentiasa tersembunyi di sebalik gelak dan tawanya.
“You are my wife, abang berhak untuk berasa cemburu kan?,”
Juita tergelak lagi.
“Sukanya,”
“Suka apa pula?,”soal Shahrul sedikit hairan.
“Suka bila abang cemburu kat Ita,”
Shahrul tersenyum mendengar jawapan Juita.
“So, who’s that guy?,”
“Lelaki tu? Bekas boyfriend Kak Ayu,”
Shahrul terlopong.
“Ya ke? Abang tak tahu pun. You mean, sebelum Kak Ayu berkahwin dengan Hisyam, dia bercinta dengan Borhan?,”
Juita mengangguk sambil menjamah makanannya.
“Ita tak pernah cerita pun,”
“Tak penting pun. Itu sejarah lama,”
“Mereka berpisah sebab perkahwinan Kak Ayu dengan Hisyam ke?,”soal Shahrul ingin tahu.
Juita menggeleng.
“Ceritalah. Abang nak dengar,”
“Cerita apa?,”
“Kisah cinta Kak Ayu,”
Juita memandang wajah Shahrul. Suapannya terhenti.
“Apa yang abang nak tahu?,”
“Apa yang Ita nak ceritalah,”jawab Shahrul sambil mengangkat kening.
“Abang Borhan tu… berkawan dengan Kak Ayu sejak dia orang belajar lagi. Ita saja yang tahu. Itu rahsia kami berdua. Abah dengan Umi tak tahu. Mereka Cuma tahu, Abang Borhan tu, kawan karib Kak Ayu,”
“Kenapa? Kenapa rahsiakan?,”
“Sebab abah. Sejak Kak Ayu tingkatan tiga, abah dah warning Kak Ayu. Kak Ayu boleh buat apa saja, kecuali satu perkara. Kak Ayu tak boleh bercinta. Tak boleh langsung. Bila Kak Ayu masuk universiti, abah beri sebentuk cincin pada Kak Ayu. Abah suruh Kak Ayu sentiasa pakai cincin tu. Kak Ayu pakailah. Mana tahu rupa-rupanya cincin tu cincin pertunangan Kak Ayu dengan Abang Syam,”
“So, Kak Ayu dengan Borhan. Macam mana hubungan mereka?,”
“Mereka bercinta dari mula masuk university sampailah tamat pengajian. Lepas belajar, Abang Borhan kerja di sini. Tak sampai setahun kerja, Abang Borhan pindah ke Penang. Tolong business family dia di sana. Kak Ayu pula… tak lama selepas Abang Borhan ke Penang, Abah beritahu Kak Ayu tentang pertunangan dia dengan Abang Hisyam. Kak Ayu terkejut sangat. Kasihan Kak Ayu masa tu,”
“Then?,”soal Shahrul, berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya.
“Kak Ayu sendirian. Tak tahu apa yang patut dia lakukan. Abang Borhan pula, terus menyepi. Dia langsung tak hubungi Kak Ayu. Puas Kak Ayu cuba call dia, tapi, tak dapat. Akhirnya Kak Ayu berterus-terang dengan abah. Abah marah betul pada Kak Ayu. Bila Kak Ayu nekad cakap dia tak nak kahwin dengan Abang Hisyam, abah dapat serangan jantung. Kak Ayu betul-betul tertekan masa tu. Dia cintakan Abang Borhan, tapi, dia tak nak apa-apa yang buruk menimpa abah,”
Shahrul terus menjadi pendengar yang setia. Kisah cinta Idayu adalah satu cerita baru padanya. Hisyam tidak pernah bercerita tentang ini. Atau… barangkali Hisyam juga seperti dia. Tidak pernah tahu tentang cerita ini. Idayu berpisah dengan Borhan kerana dia terpaksa berkahwin dengan Hisyam.
“Jadi, Kak Ayu terpaksa tinggalkan Borhan sebab arwah abah?,”
Juita menggeleng perlahan.
“Tak. Kak Ayu tetap cuba pertahankan hubungan dia dengan Abang Borhan. Dia call abang Borhan sampai dapat. Bila Abang Borhan datang ke sini, Kak ayu ceritakan semuanya. Kak Ayu ajak abang Borhan jumpa abah. Merayu pada abah. Tapi, Abang Borhan tak nak. Katanya, biar dia yang mengalah. Dia sedia undur diri. Dia tak nak Kak Ayu lukakan hati abah. Betul-betul menyentuh perasaan kan?,”soal Juita sambil memandang wajah Shahrul. Sharul mengangguk perlahan.
“Ya. Memang menyentuh perasaan, sayang. Sebab dia sanggup berkorban untuk arwah abah. Dia tak nak Kak Ayu jadi anak yang ingkar. Pada abang, kalau itulah ceritanya, he is a nice guy. Untuk membuat pengorbanan sebegitu, bukannya mudah. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang yang amat kita cintai,”
Juita tergelak sinis. Membuat Shahrul sedikit hairan.
“Ya. Itulah yang dia cuba buat. Cuba untuk menjadi seoarang lelaki yang amat mulia di mata semua orang. Padahal Abang Borhan tu, manusia paling teruk. Dia menangguk di air keruh. Ambil kesempatan pada rasa serbaa salah Kak Ayu,”
“Maksud Ita?,”
“Dia ada perempuan lain sebenarnya. Ita terserempak dia dengan kekasihnya. Masa tu, Ita belajar kat USM. Ita beritahu Kak Ayu. Kak Ayu sanggup lupakan kecurangan Abang Borhan, dan panggil abang Borhan datang bersemuka dengan Abah. Dia sanggup lupakan semua tu, semata-mata nak hidup dengan Abang Borhan. Abang Borhan pula, minta Kak Ayu tinggalkan dia, semata-mata tak mahu hati abah terluka. Tak mahu Kak Ayu jadi anak derhaka kononnya. Padahal, dia pengecut. Tak berani nak berterus- terang tentang hatinya yang dah beralih arah. Dia minta putus dengan Kak Ayu, dengan alasan Kak Ayu sudah menjadi tunangan orang. Kasihan Kak Ayu. Dia sangat megharapkan abang Borhan. Tapi, abang Borhan sanggup buat dia macam tu. Tipu Kak Ayu macam tu,”
Shahrul tergelak kecil. Mentesal dengan tanggapan baiknya terhadap Borhan sebentar tadi. Ternyata kesimpulan yang dia buat sebentar tadi, adalah silap.
“Lepas tu, apa terjadi?,”
“Kak Ayu kecewa sangat. Marah sangat. Dia nekad nak kahwin dengan Abang hisyam dan buktikan dia boleh hidup bahagia walaupun tanpa Abang Borhan. Sejak hari tu, kami terus putus hubungan dengan Abang Borhan. Cuma, tadi… tiba-tiba dia muncul depan kita. Itulah ceritanya,”
Shahrul menarik nafas panjang. Berliku juga kisah cinta Idayu.
“Nampaknya abang kena tarik balik pujian abang tadi. Kan?,”
“Tahu tak apa.”ujar Juita sambil mencebik. Dia kembali tunduk menikmati mee tomyam di hadapannya. Shahrul pula, termenung memproses kembali cerita yang baru Juita sampaikan padanya itu. Cerita baru yang amat menarik.

****

Kuseru Rindu Itu... 11

Idayu membelokkan kereta memasuki perkarangan bangle dua tingkat miliknya. Kereta Hisyam sudah berada di porch. Bermakna Hisyam sudah lama pulang. Hatinya semakin tersentuh. Dari pagi Hisyam kelihatan sungguh sibuk. Menjelang tengahari, belum sempat dia membuka mulut, Hisyam terus keluar dari pejabat. Ada hal penting katanya. Seminit pun dia tidah mahu tunggu. Lupakah Hisyam hari ini, hari apa? Sejak enam tahun lalu, Hisyam tidak pernah lupa. Tetapi, hari ini? Idayu tersenyum pahit. Dia tahu, dia tidak boleh terlalu mengharap pada Hisyam. Dia terpaksa menerima perubahan Hisyam. Dia harus telan hakikat yang Hisyam sudah bertemu dengan cinta hatinya. Sudahnya, dia memandang kosong ke arah kotak hadiah yang berbalut cantik, yang diletakkan di sebelahnya. Hasratnya untuk memberikan hadiah itu sewaktu makan tengahari tadi, tidak kesampaian. Hisyam berlalu begitu sahaja. Tidak memberi kesempatan langsung untuk dia mengucapkan sebaris kata. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Perubahan sikap Hisyam terasa semakin ketara. Idayu menghela nafas panjang. Agak lama dia berada di dalam kereta sebelum perlahan tangannya menolak pintu kereta. Matanya sekali lagi jatuh pada kotak hadiah di sebelahnya. Berfikir sejenak sama ada perlu atau tidak, hadiah itu sampai ke tangan Hisyam. Atau… mungkin lebih baik hadiah itu terus berada di situ sahaja. Dia mengeluh perlahan sambil melangkah keluar. Berdiri seketika sambil memegang pintu kereta. Akhirnya dia tunduk mancapai hadiah itu. Biarlah Hisyam lupa. Tetapi, dia tidak. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak akan melupakan detik bersejarah itu, walaupun hari perkahwinannya itu bukanlah hari yang terindah buatnya. Pintu kereta ditutup perlahan. Dengan langkah longlai dia menuju ke pintu utama. Cuba mencari kekuatan untuk mengukir senyuman palsu buat menutup kecewanya di hadapan Hisyam nanti.
Rasa hairan menyelinap tiba-tiba tatkala dia tunduk untuk menyimpan kasut di dalam kabinet. Kelopak mawar bertaburan di lantai. Mawar kesukaannya. Mawar kuning. Perlahan dia meletakkan kasut di atas kabinet kasut. Tidak jadi membuka pintu kabinet. Matanya terus memerhati kelopak mawar kuning yang di tabur dari pintu utama sehingga ke tangga. Dalam tertanya-tanya dia mengikut taburan kelopak mawar kuning yang akhirnya membawanya ke balkoni. Dia benar-benar tergamam melihat apa yang ada di situ. Dalam kesamaran malam, meja yang dihias dengan lilin kelihatan sangat cantik di matanya. Ditambah pula dengan beberapa kuntum mawar kuning di dalam vase yang di letakkan di tengah-tengah meja. Lilin yang disusun di setiap penjuru balkoni, menyimbahkan cahaya suram yang membangkitkan suasana romantik. Hidangan nasi beriani di atas meja, membuat dia tersenyum kecil. Kali pertama Hisyam menyambut hari istimewa ini dengan cara yang juga teramat istimewa. Sangkanya Hisyam lupa. Rupa-rupanya suaminya ada agenda tersembunyi.
Pelukan mesra dari belakang membuat dia bahagia. Senyum merkah di bibirnya.
“Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita yang ketujuh,”bisikan itu singgah di telinganya dengan nada yang amat romantik. Dia menoleh sambil mendongak. Bertentang mata dengan Hisyam. Senyuman Hisyam mencairkan segala keresahan dan rasa pilu yang mengganggunya sejak dari pagi tadi.
“Happy anniversary to you too,”Idayu bersuara sambil tersenyum manis. Hisyam pula tersenyum senang. Melihat riak Idayu yang terkejut besar, terasa segala rancangannya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kejutan seperti ini yang dia mahu.
“Ayu ingat abang lupa…,”
“Memang itu pun rancangan abang. Buat Ayu fikir yang abang lupa hari ni, hari apa. Rancangan abang berhasil. Kan?,”
Idayu menjeling sambil tersenyum. Walau ada rasa geram di hati, namun, tasa terharu mengatasi segala-galanya. Terharu dengan usaha Hisyam untuk membuat hari ini menjadi seistimewa ini.
“Untuk abang,”ujar Idayu sambil menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya. Hisyam menyambut bersama dengan senyuman yang cukup lebar. Satu ciuman singgah di pipi Idayu.
“Terima kasih, Ayu,”
“Dan…,”kata-kata Hisyam tinggal tergantung. Dia melangkah masuk ke ruang rehat, mengambil sesuatu dari atas sofa. Idayu sekadar memandang. Tidak nampak apa yang diambil Hisyam. Hisyam kembali padanya sambil menyembunyikan sesuatu di belakangnya.
“This is for you,”Hisyam bersuara sambil menghulurkan sebuah bakul yang agak besar. Bakul yang dipenuhi gubahan mawar kuning. Kuntuman mawar kuning yang memenuhi bakul itu nampak cantik. Satu ruang kosong di tengah bakul, di penuhi poutpuri dan diletakkan sebiji mangkuk porcelain yang agak kecil bersama penutup. Juga bercorakkan mawar kuning. Idayu benar-benar kehilangan kata-kata. Perlahan dia menyambut gubahan mawar kuning yang Hisyam hulurkan.
“Anything to say?,”
Idayu tergelak kecil.
“Speechless. Ayu tak tahu nak cakap apa. That candle light dinner and this beautiful flowers. Terima kasih, bang. Terima kasih sangat-sangat,”
Hisyam tersenyum senang.
“Bukalah,”
“Apa?,”soal Idayu hairan. Takkan ada lagi hadiah untuknya?
“Mangkuk tu,”
Idayu mengangkat kening. Dia menurut arahan Hisyam. Penutup mangkuk porcelain diangkat. Penuh dengan kelopak mawar. Juga mawar kuning. Perlahan dia masukkan tangannya ke dalam kelopak mawar yang memenuhi mangkuk. Terpegang sesuatu. Perlahan Idayu menarik sesuatu dari dalam mangkuk porcelain.
“Abang…,”
Hisyam masih tersenyum. Mengambil seutas rantai di tangan Idayu. Idayu cuma mampu memandang. Rantai yang telah menawan hatinya beberapa hari yang lalu, tatkala dia melintasi sebuah kedai emas bersama Hisyam. Dia cuma melihat rantai itu. Memang dia sukakan rantai itu, tetapi, bila difikirkan banyak koleksi rantainya yang masih belum berusik, hasrat untuk membeli, dibatalkan. Tidak sangka Hisyam beli rantai itu untuknya. Idayu tersenyum kecil sambil Hisyam membuka keronsang yang dikenakan pada selendangnya. Hujung selendang yang yang tersemat di bahunya kini terjatuh. Hisyam menolak hujung selendang ke belakang. Memudahkannya memakaikan rantai di leher Idayu. Setelah selesai, Hisyam berundur ke belakang, meneliti rantai yang tergantung di leher Idayu. Idayu menyentuh loket berlian yang bercorak sekuntum bunga kecil itu. Loket itulah yang paling dia suka sebenarnya.
“Suka?,”
Idayu mengangguk.
“I love it. Terima kasih bang,”
“Sama-sama,”
Idayu tersenyum bahagia. Memandang pula pula pada gubahan mawar kuning yang dia pegang. Pandangan kemudian dialihkan ke wajah Hisyam.
“Cantik gubahan ni. Tapi… kenapa kuning?,”soal Idayu sambil tersenyum. Sengaja dia bertanya walaupun, jawapan sudah ada di benak fikiran. Tidak mungkin Hisyam akan menghadiahkan jambangan mawar merah kepadanya, kerana cinta memang tidak pernah ada untuknya.
“Sebab Ayu suka mawar kuning,”
Idayu tersenyum kecil. Agak menyakitkan kenyataan itu, tetapi, dia harus pasrah.
“Acceptable,”balas Idayu agak perlahan. Hisyam memberi alasan yang munasabah. Dan, yang paling penting, lelaki itu tidak berbohong.
“Apa Ayu cakap?,”soal Hisyam hairan.
“Tak ada apa-apa. Ayu hargai semua ini. Inilah saat yang paling indah dalam hidup Ayu. Terima kasih bang. Sebab abang sudi hadiahkan saat-saat yang sebegini indah pada Ayu. Ayu akan ingat sampai bila-bila,”
“Ayu inspirasi untuk semua keindahan ini,”
“Ya ke?,”
Hisyam tersenyum mesra sambil mengangguk. Senang melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Idayu. Kalau boleh dia mahu melihat keceriaan itu untuk selama-lamanya.
“Well. Dinner is ready. So, mari kita makan,” hisyam bersuara ceria. Idayu tersenyum sambil meletakkan gubahan bunga di atas meja sebelum bergerak ke meja makan. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi. Memerhati Hisyam meletakkan nasi beriani ke dalam pinggan.
“Abang yang masak ke?,”
“Ya. Abang yang hidangkan. Masak…no. Mak Teh yang masak semua ni. Semuanya fovourite Ayu,”
Idayu tersenyum lucu sambil menggeleng perlahan.
“Sebab tulah satu hari suntuk abang sibuk saja,”
Hisyam melabuhkan punggung di sebelah Idayu. Tersengih mendengar kata-kata Idayu.
“Betul tu. Pagi abang kena selesaikan urusan pejabat yang urgent. Tengahari kena pergi cari bahan-bahan untuk masak your fovourite food ni. Lepas tu balik rumah suruh Mak Teh siapkan dinner ni dan abang buat persiapan untuk dinner yang special ni. Khas buat isteri abang. Lepas tu, pergi hantar Mak Teh dan Syafiq ke rumah mak. Mereka tidur kat sana malam ni,”
Idayu tersenyum mendengar penjelasan yang berjela itu.
“Boleh Ayu tanya sikit?,”
“Tanyalah,”
“Kenapa nasi beriani? Banyak lagi makanan fovourite Ayu yang lain,”
“Banyak tanya ya? Okay. Jawapannya, sebab abang tahu tujuh tahun lalu, Ayu tak dapat menikmati nasi beriani di meja pengantin dengan sepenuhnya. So, I give another chance,”
Idayu tergelak kecil. Jawapan yang menggeletek hatinya.
“Mana abang tahu?,”
“Sebab muka Ayu kelat semacam masa tu. You know what I mean? Muka macam kena paksa makan nasi beriani basi,”
Idayu ketawa sambil menutup mulutnya.
“Oh… macam tu ya? Muka abang tu? Lagi teruk tau. Macam kena paksa makan nasi beriani campur cuka. Masam dari mula majlis sampai habis majlis,”
Mendengar kata-kata Idayu, Hisyam turut ketawa. Idayu menyentuh lengan Hisyam tiba-tiba. Membuat tawa Hisyam terhenti. Dia berpaling. Berbalas renungan dengan Idayu. Membiarkan dirinya terbuai dalam renungan Idayu. Dia suka akan keasyikan itu.
“Abang… walau apa sekali pun rasa nasi beriani tu… Ayu tak pernah menyesal kerana terpaksa makan nasi beriani yang tak sedap tu. Malah Ayu bersyukur nasi beriani itu dihidangkan untuk Ayu,”Idayu berkias sambil mengusap lembut lengan Hisyam. Hisyam cuma mampu tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia faham maksud kata-kata Idayu. Malah, tanpa sedar, dia bersetuju dengan kata-kata Idayu. Walaupun perkahwinannya dengan Idayu tidak pernah menghadirkan cinta, dia tidak pernah menyesal dengan perkahwinan itu. Bahkan, sehingga ke saat ini, apabila hatinya terpaut pada Maisara. Apabila rasa cinta datang untuk Maisara, dia masih tidak berasa menyesal kerana terpaksa mengahwini Idayu. Aneh. Tapi, itulah yang dia rasa. Cuma, dia gagal melupakan cintanya pada Maisara. Cintanya pada Maisara sekuat ikatan perkahwinannya dengan Idayu. Dia ingin hidup bersama kedua-dua wanita itu. Ingin melewati musim cinta dengan Maisara. Ingin juga menyulam bahagia bersama Idayu dan Syafiq. Tamaknya dia. Dia sedar tentang itu.
“Abang..,”
Idayu terus menatap wajah Hisyam yang termenung jauh. Panggilannya tidak dihiraukan. Atau, barangkali Hisyam tidak mendengar suaranya.
“Abang…,”panggilnya sekali lagi sambil menggerakkan lengan Hisyam. Hisyam tersentak. Idayu menjeling. Jelingan manja yang sentiasa menyenangkan hati Hisyam.
“Melamun ya? Ingatkan apa?,”
“Abang teringatkan tumit kasut Ayu yang tinggi tu… memijak kaki abang semasa majlis membatalkan air sembahyang dulu…,”

Idayu tergelak. Segera dia teringatkan wajah Hisyam yang berkerut kesakitan. Pasti sakit kerana waktu itu Hisyam cuma memakai stoking. Tidak berkasut. Dia juga teringatkan wajah arwah mama dan abahnya serta wajah ibu dan ayah mertuanya yang saling berpandangan. Hairan melihat reaksi Hisyam semasa lelaki itu membongkok memakaikan rantai di lehernya.
“And also your innocent face bila tumit kasut tu menekan ibu jari kaki abang,”
Tawa Idayu meledak tiba-tiba. Semakin menjadi-jadi mendengar sambungan bicara Hisyam. Hisyam merenung wajah Idayu yang sudah memerah melayan gelak.
“Dah lama abang nak tanya, itu memang disengajakan. Right?,”
Idayu menutup mulutnya dengan jari telunjuk. Pipinya semakin merah menahan tawa.
“Ayu sengaja kan?,”
Idayu mengangguk tanpa bersuara. Tidak mampu untuk bersuara dek kerana menahan tawa. Entah kenapa, sebegitu banyak kenangan, peristiwa itu yang bermain di fikiran Hisyam.
“Abang dah agak…,”ujar Hisyam sambil mengulum senyum.
“Kenapa ya?,”sambungnya sambil terus menatap wajah Idayu.
“Betul-betul abang nak tahu?,”soal Idayu setelah tawanya sedikir mereda. Hisyam mengangguk sambil kedua-dua tangannya menongkat dagu.
“Sebab… Ayu sakit hati tengok muka abang yang masam mencuka tu. Nampak sangat macam kena kahwin paksa. Ayu pun kena paksa juga. Tapi, boleh juga berlakon depan tetamu,”
“Abang tak nak jadi hipokit,”balas Hisyam selamba.
“Ooo… jadi Ayu ni, hipokritlah ya?,”
“No…No…No… Ayu tak hipokrit. Tapi, Ayu kuat. Ayu tabah. Ayu buat semua tu, untuk parents kita. Bukan senang. Abang tahu bukan senang, sebab abang tak boleh nak buat macam Ayu. Ayu jauh lebih kuat daripada abang sebenarnya. Lebih cekal dan juga lebih nekad,”
Idayu tersenyum nipis. Hisyam menghela nafas panjang.
“Kita berhenti bercakap. Hidangan pun dah hampir sejuk. So, kita makan dulu. Before we move ti the next agenda,”Hisyam bersuara bersama sekuntum senyuman yang menyuntik rasa ingin tahu di hati Idayu.
“Ada surprise lagi ke?,”soal Idayu dengan nada tidak sabar.
“Yes. In the bedroom,”
“Boleh Ayu tengok?,”soal Idayu lagi dengan nada tidak sabar.
“Tak boleh. Tidak sehingga kita selesai makan,”
“Please…sekejap saja. Ayu tak sabar nak tengok,”
“Makanlah dulu,”
“Lepas tengok baru makan. Bolehlah bang…,”
“Well…boleh tu boleh… Tapi, di situ jalan mati. And, no U- Turn,”
“Okay,”jawab Idayu sambil mengangkat punggung. Laju dia mengatur langkah menuju ke bilik tidur. Hisyam mengekori dari belakang. Idayu menolak daun pintu. Ternyata kejutan yang lebih hebat menantinya di situ. Dia memandang sekeliling. Kagum dengan hiasan bilik tidurnya. Segalanya baru. Kombinasi karpet yang berwarna kuning lembut bersama cadar berwarna kuning cukup cantik. Di tambah dengan gabungan dua warna itu pada kelambu yang meliliti empat tiang katilnya. Langsir juga turut ditukar dengan warna sedondong. Kelopak mawar kuning bertaburan di atas karpet. Hampir memenuhi karpet. Dan, di atas katil turut di tabur kelopak mawar berwarna kuning dan putih. Segalanya berubah sama sekali. Dua lagi gubahan bunga berteraskan mawar putih dan kuning menghiasi dua meja kecil di kiri dan kanan kepala katil. Idayu berpaling. Hisyam bersamdar di pintu sambil memeluk tubuh.
“Bila abang buat semua ni?,”
“Itu tak penting,”
“Cantik sangat bang. Romantik sangat. Ayu suka sangat,”
Hisyam tersenyum panjang. Perlahan tangannya menarik daun pintu. Pintu bilik tertutup dan tombol pintu ditekan. Dia menghampiri Idayu yang masih lagi terpinga-pinga. Kakinya terasa sejuk tiap kali terpijak kelopak bunga yang bertaburan. Di tambah lagi dengan karpet tebal berbulu yang lembut di kakinya. Hisyam merapatinya sambil memaut pinggangnya. Menarik tubuh Idayu rapat padanya.
“Suka tak?,”bisiknya perlahan di telinga Idayu.
Idayu menatap wajah Hisyam yang cukup bersahaja.
“Suka sangat, bang. Tiba-tiba Ayu rasa macam puteri pula,”
“Dan, abang teringin pula nak jadi putera,”
“Yes you are. You are my Prince Charming,”bisik Idayu bersama senyuman yang tidak putus di bibirnya.
Hisyam tidak menjawab. Saat ini, dia tidak berminat untuk bersuara. Wajah Idayu ditatap sepuas hati sambil jemarinya bergerak menanggalkan tudung yang masih terlekat di kepala Idayu.
“Dinner kita macam mana?,”soal Idayu seakan memahami apa yang sedang berlegar di fikiran Hisyam.
“I told you. Ini jalan mati and no U- Turn,”bisik Hisyam sambil bibirnya bermain di leher Idayu. Idayu tersenyum sambil Hisyam menariknya ke katil.

****

Kuseru Rindu Itu... 10

“Abang perlu cari masa yang sesuai untuk minta izin daripada isteri abang,”
“Minta izin? Minta izin apa?,”Maisara bertanya dengan nada hairan.
“Minta izin untuk kita kahwinlah. Untuk apa lagi?,”
Maisara tergelak kecil. Dia semakin mengerti akan maksud kata-kata Hisyam itu.
“Mungkin abang silap. Memang Sara nak kita kahwin. Tapi, Sara tak nak ada orang ketiga. Abang tak tahu, mungkin sebab Sara tak pernah mention pasal ni. Since abang dah sebut, Sara akan beritahu abang. Sara tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain,”
Mendengar kata-kata itu, wajah Hisyam jelas mempamerkan ekspresi terkejut. Ekspresi terkejut yang bukan sedikit.
“Apa maksud Sara?,”
“Sara nak abang beritahu isteri abang tentang hubungan kita. Kemudian ceraikan dia. Lepas tu, kita akan kahwin,”ujar Maisara sambil tersenyum manis.
“Mustahil. Abang tak akan buat macam tu. Itu cadangan mengarut. Abang tak setuju,”
“Tapi, bang… Abang cintakan Sara kan? Buat apa nak wujudkan gangguan dalam rumahtangga kita nanti?,”
“She is my wife. You have to respect that situation,”
Maisara tergamam seketika. Cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Hisyam.
“But you didn’t love her…,”
Hisyam mengangkat punggung.
“Listen to me, Sara. Kalau Sara betul-betul cintakan abang, Sara kena terima abang dengan keadaan abang sekarang. Kalau tidak, mungkin kita patut fikirkan semula tentang hubungan kita,”Hisyam bersuara perlahan. Namun, nadanya kedengaran cukup tegas di telinga Maisara. Sebelum sempat Maisara bersuara, Hisyam terus berlalu meninggalkannya bersama hidangan makan tengahari yang belum berusik.
Hari ini, selepas dua hari berlalu, Hisyam belum menghubunginya. Malah panggilannya tidak pernah berjawab. Marah benar Hisyam dengan cadangannya itu. Barangkali cadangan itu, keterlaluan pada Hisyam. Ketegasan Hisyam bagai memberitahu yang, suka atau tidak, dia harus bersedia untuk berkongsi suami. Maisara mengeluh resah. Untuk entah ke berapa kali, jemarinya sekali lagi mendail nombor telefon Hisyam. Hasilnya tetap sama. Hanya peti pesanan suara yang menjawab panggilannya. Ternyata situasi itu membuat dia tidak senang duduk. Membuat dia menjadi resah. Perlukah dia meminta maaf pada Hisyam. Memang perlu kalau dia masih mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Hisyam. Dengan kemarahan Hisyam tempoh hari, mustahil lelaki itu akan datang untuk memujuknya seperti selalu.
“Sara… Sara… kenapa mesti kau tersalah cakap?,”Maisara merungut sendiri sambil bersandar pada pagar balkoni. Membiarkan angin malam menyapu wajahnya. Anis yang muncul bersama dua mug berisi milo panas, dipandang sekilas sebelum dia melemparkan pandangan pada keindahan bandaraya Shah Alam. Cuba mententeramkan perasaannya yang berserabut.
“Dah dua hari aku tengok kau asyik berkepit dengan handphone tu. Bergaduh lagi ke?,”soal Anis sambil menghulurkan mug kepada Maisara. Maisara menyambut tanpa bersuara. Dia beredar ke kerusi besi yang memang diletakkan di bahagian balkoni apartment. Perlahan dia melabuhkan punggung di situ. Anis pula mengambil tempat di pagar balkoni. Bersandar sambil memandang wajah Maisara yang langsung tidak ceria.
“Kalau dah muncung macam tu… betullah tekaan aku tadi, kan?,”
Maisara cuma mengeluh panjang. Pertanyaan Anis tidak dijawab. Anis menggeleng perlahan. Perlahan dia meneguk milo panas dari mugnya sambil melangkah menghampiri Maisara. Melabuhkan punggung di kerusi di sebelah Maisara. Menunggu kalau-kalau Maisara ingin bercerita tentang masalah cintanya lagi.
“Kau tak keluar ke, malam ni?,”soal Maisara. Sengaja mencari topic perbualan yang agak menyimpang. Anis menggeleng cuma.
“So, tak nak cerita ke?,”Anis bertanya sekali lagi. Melihat Maisara asyik termenung semenjak dua hari lalu, dia yakin masalah yang dihadapi gadis itu pasti serius.
“Biasalah…,”Maisara menjawab dengan nada acuh tidak acuh.
“Kenapa ni? sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau selalu sangat bergaduh dengan Hisyam tu. Dulu… masa baru- baru bercinta tak ada pula bergaduh. Bahagia memanjang,”
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku jadi hairan bila fikir perangai Hisyam tu. Susah nak dijangka. Dalam pada baik… tiba-tiba boleh meletup. Pening kepala aku ni,”
Anis tersenyum lucu mendengar luahan Maisara.
“Dah setahun lebih kau kenal dia. Takkan masih belum boleh baca perangai? Apa yang dia suka. Apa yang dia tak suka. Tak adalah terjadi kes terjolok sarang tebuan,”
“Ini bukan lagi kes terjolok sarang tebuan. Ini dah jadi kes terlanggar sarang tebuan,”Maisara bersuara selamba. Anis tergelak kecil. Menyedari jelingan tajam Maisara, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai isyarat meminta maaf.
“Bunyinya macam parah tu. Apa dah jadi sebenarnya? Apa kau dah buat? Atau… apa Hisyam tu dah buat?,”
“Hisyam marahkan aku,”
“Marah? Kenapa?,”
“Entah. Tiba-tiba dia jadi sensitive bila aku cakap pasal isteri dia,”
Anis mengerutkan kening. Wajah Maisara dipandang agak lama.
“Kau cakap apa?,”
“Well…It’s only a suggestion actually. Aku berterus-terang dengan dia yang aku tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain. aku tak sanggup. Itu saja,”
“Apa maksud kau? Kau minta putus dengan Hisyam ke? Atau… isteri dia jumpa kau? Minta kau tinggalkan suami dia?,”
“Bukan. Aku cuma nak dia kahwin dengan aku selepas dia ceraikan isteri dia. Itu saja. Tiba-tiba dia melenting bila dengar aku cakap amcam tu. Bukan main marah lagi. Tak pernah aku tengok dia marah macam tu,”
Anis ternganga. Terdiam seketika mendengar cerita Maisara. Tidak menyangka Maisara sanggup memberi cadangan sekejam itu. Sanggup Maisara meruntuhkan rumahtangga orang lain demi kebahagiaan dia sendiri.
“AstaghrafillullahalAzim. Sara… sanggup kau buat macam tu? Sanggup kau cuba pisahkan mereka suami isteri?,”
“Aku cuma nakkan Hisyam jadi milik aku seorang. Itu saja. Aku ada hak dapatkan yang terbaik untuk diri aku, kan?,”
“Tapi, kau tak ada hak untuk pisahkan orang macam tu. Kalau kau tak sanggup nak berkongsi kasih, jangan bercinta dengan suami orang. Tak baik kau minta orang runtuhkan masjid, tahu?,” Anis bersuara dengan nada ayang amat serius. Dia langsung tidak bersetuju dengan perbuatan temannya itu. Terlalu kejam permintaan Maisara.
“Tapi, dia kan, tak cintakan isteri dia. Buat apa nak terus hidup dengan perempuan yang dia tak cinta? Dia cintakan aku. Jadi, dia patut tinggalkan isteri dia, dan hidup bahagia dengan aku. Because, we love each other. Aku tak fahamlah. Kenapa dia tiba-tiba melenting bila aku cakap macam tu,”
“Walau apa pun alasannya, kau tak patut minta dia buat macam tu, Sara. Kau tahu tak? Kau dah jatuhkan reputasi kau di mata dia,”
Maisara memandang wajah Anis. Walau sedikit geram dengan percanggahan pendapat temannya itu, hatinya meronta ingin tahu apa yang ada di dalam kepala Anis saat ini.
“Apa maksud kau?,”
“Kau dah tunjukkan pada Hisyam keburukan kau. Langsung tak fikir perasaan orang lain. kejam. Tu semua tak elok untuk hubungan kamu berdua,”
“Excuse me. Aku tak kejam. Okay! Aku cuma realistik. Mana ada orang yang nak hidup bermadu? Cuba kau tanya semua perempuan dalam Malaysia ni… nak ke mereka hidup bermadu?,”
Anis tersenyum sumbing. Cukup cacat senyumnya di mata Maisara. Senyuman itu membuat Maisara tidak selesa. Berasa tersindir.
“Kenapa kau senyum?,”soal Maisara perlahan. Kelantangannya hilang melihat senyum sumbing itu.
“Kalau kau tak nak bermadu, kenapa kau bercinta dengan married guy? Kau tahu tentang itu dari awal lagi. Dan… seingat aku, kejujuran Hisyam yang tak pernah sembunyikan statusnya itu jugalah yang telah menawan hati kau, kan? Kenapa tiba-tiba sekarang kau bercakap pasal status pula?,’
“Sebab… kan aku dah beritahu tadi. Aku nak dia jadi milik aku sorang. Aku tak sanggup nak berkongsi dia dengan sesiapa. Aku tak sanggup,” Maisara menjawab dengan nada yang sedikit keras. Hilang sabar dengan soalan Anis yang menghentamnya.
“Okay. I understand. Tapi, kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang kau bangkitkan isu tu? Dulu, kau macam tak kisah saja,”
“Entah. Mungkin sebab sekarang ni, kami dah mula fikir soal kahwin. Jadi, aku lebih hampir dengan kenyataan yang kalau kami kahwin, aku terpaksa berkongsi kasih sayang dia dengan orang lain. Aku rasa tergugat,”
“Sepatutnya isteri dia yang berasa macam tu. Bukannya kau,”
Maisara menjeling sambil mencebik.
“So, betullah Hisyam tu serius dengan kau ya?,” tokok Anis setelah agak lama berdiam diri.
“Yalah. Kau masih tak yakin dengan Hisyam tu?,”Maisara menjawab dengan nada sedikit geram. Rupa-rupanya Anis masih lagi dengan persepsi lamanya. Masih juga menganggap Hisyam ingin mempermainkan perasaannya.
“Sekarang aku yakin. Cuma aku tertanya-tanya, apa akan jadi selepas ni?,”
“You mean?,”
“Yalah.. kau berkeras tak nak bermadu. Dia pula, melenting bila kau suruh dia ceraikan isteri dia. So, macam mana kau nak selesaikan masalah ni? Kalau dia tetap dengan keputusannya, macam mana?,”
Maisara diam. Kata-kata Anis mengembalikan kerunsingannya tadi. Dia sendiri buntu memikirkan cara penyelesaian konflik yang melandanya itu. Perlahan dia menggeleng.
“Entahlah. You have any idea?,”akhirnya dia bersuara sambil memandang wajah Anis. Dalam enggan dia terpaksa meminta pendapat Anis. Dia sudah buntu. Kalau boleh dia tidak mahu mengalah. Dia mahu Hisyam yang beralah. Hisyam perlu memilih dua. Dia atau isterinya…
“Kau ada cuba call dia?,”
“Itulah yang aku buat sejak dua hari lepas. Dia tak jawab. Mesti dia marahkan aku,”
“Dia tak nak ceraikan isteri dia?,”
“Yalah. Kan aku dah cerita tadi. Berapa kali nak ulang ni? kau ni, slowlah,”
“Kau nak dengar pendapat aku ke tidak? Kalau tak nak tak apa. Aku masuk tidur,”
“Nak…Nak… Duduklah dulu. Jangan merajuk. I need your help. Please…,”pantas tangan Maisara mencapai lengan Anis yang sudah pun mula melangkah meninggalkannya. Anis tersenyum kecil sambil ,melangkah ke pagar balkoni. Bersandar sambil memandanh wajah Maisara yang mendung.
“Mengalah sajalah. Terima hakikat dia tu suami orang. Lagi pun dia ada anak, kan? Mesti banyak perkara yang perlu dia pertimbangkan. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau tak boleh beri kata dua macam tu, pada dia. Keu kena belajar memahami dia. Kalau tidak, macam mana kau nak hidup dengan dia? Kau tak boleh selfish,”
“Maknanya, aku terpaksa bermadulah?,”
Anis menjungkit bahu. ,alas hjendak menjawab soalan Maisara.
“But… he loves me. Dia tak cintakan isterinya tu. Kenapa dia nak pertahankan perkahwinan tu, kalau tak ada cinta? Itu yang buat aku rasa marah sangat tu,”
“Itu yang dia cakap. Yang dia simpan kat sini… kita tak tahu, kan?,”ujar Anis sambil meletakkan jeri telunjuk di dadanya.
“What do you mean?,”
“Sorrylah. But, aku yakin sangat-sangat dia cintakan isteri dia tu. Sebab tu dia tersentap bila dengar cadangan kau tu. Lelaki… kalau nak beristeri lebih dari satu…ayat mesti power,”
“No! He’s not. Dia bukan lelaki macam tu. Dia cuma cintakan aku. And, aku percaya kata-kata dia tu,”
Anis mengeluh perlahan.
“It’s up to you. Cinta tu buta kan? Aku rasa, kau pun sama-sama dah jadi buta sebab cinta buta kau tu. Kalau kau nak Hisyam, bersedialah untuk bermadu. Kalau kau tak nak bermadu, tinggalkan Hisyam. Cari, lelaki bujang yang bersepah lagi kat luar sana tu. Dah malam ni. Mata aku pun dah mengantuk. So, aku masuk tidur dulu,”
Maisara tidak menjawab. Dia cuma memandang Anis berlalu. Kata-kata Anis terngiang-ngiang di telinga. Tidak mungkin. Dia tidak percaya. Kata-kata Anis cuma satu andaian yang meleset. Dia tidak akan termakan dengan pendapat itu. Tetapi, selintas apabila dia teringatkan kemesraan Hisyam dan isterinya di restoran tempoh hari, kata-kata Anis kembali mengganggu fikirannya. Membuat kepalanya semakin sarat dengan rasa curiga.

****

Kuseru Rindu Itu... 9

“Ayu.. abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marahkan Ayu. I’m so sorry,”
Idayu menoleh.
“It’s okay. Cepatlah. Nanti lama pula mak menunggu kita,”Idayu membalas lembut. Namun, di dalam kelembutan itu, dia tahu hati Idayu terguris. Dia tahu benar. Nada suara Idayu cukup dingin.
“Ayu nak pergi juga ke? Abang tahu Ayu marahkan abang. Kalau ayu nak cancel..,”
“Dah banyak kali mak telefon. She’s waiting for us. Cepatlah. Tak baik buat mak tertunggu-tunggu,”
“Panjang benar menungnya tu. Apa yang kamu fikirkan Syam?,”
Hisyam mengangkat muka dengan riak wajah yang sedikit terkejut. Tuan harun tersenyum. hisyam turut mengukir senyum.
“Kenapa tak masuk tidur? Termenung sorang diri kat sini. Ada masalah ke?,”
“Hah?.” Dalam terpinga-pinga dia menjari jam di dinding. Sudah pukul dua belas lebih.sudah begitu lama dia di situ rupanya. Dia mengeluh perlahan.
“Ayah belum tidur?,”soalnya sambil memandang wajah Tuan Harun.
“Ayah nak ke dapur. Dahaga. Pergilah masuk tidur. Dah lewat ni,”
“Yalah,”jawabnya sepatah. Tuan Harun mengangguk sambil berlalu.dia memandang sekeliling. Rumah besar itu sudah sunyi. Barangkali semua orang sudah tidur. Perlahan dia mengangkat punggung. Melangkah malas kea rah biliknya. Daun pintu ditolak perlahan. Setelah melangkah masuk, perlahan juga dia menutup semula pintu bilik. Dia melangkah menghampiri Idayu yang sedang lena. Lama dia merenung wajah Idayu yang sedang lena. Bekas air mata masih belum kering di pipi Idayu. Melihat pipi isterinya yang basah itu, hatinya bagai direntap keluar. Sesungguhnya dia tidak sanggup melihat air mata itu. Di sebalik wajah ceria Idayu semasa makan malam tadi, rupa-rupanya ada air mata yang bertamu di dalam lenanya. Idayu menangis dalam diam. Perlahan dia menyapu air pipi Idayu yang basah. Maafkan Abang, Idayu…
“Get out! Leave me alone,”
Telinganya bagai terdengar herdikannya petang tadi. Buat kali pertama dia mengherdik Idayu. Bukan niatnya. Juga bukan salah Idayu. Idayu Cuma masuk ke biliknya untuk melihat keadaannya. Untuk bertanya apa masalahnya. Untuk bertanya punca ketegangan wajahnya. Dan, bagaimana dia hendak menjawab setiap pertanyaan Idayu, kalau jawapannya Cuma akan membuat masalah menjadi semakin kusut. Dia tidak akan mereka seribu alasan dan berbohong pada Idayu. Tidak akan sesekali. Dia juga tidak akan bercerita tentang cadangan Maisara yang kejam. Sudahnya, di luar kawalannya, dia menghamburkan kemarahannya pada Maisara, kepada Idayu. Kepada Idayu yang tidak bersalah. Kepada Idayu yang tidak tahu apa-apa. Jelas di matanya Idayu yang amat terkejut dengan herdikannya. Tanpa sedar, bibir matanya terasa panas.
“Maafkan abang…,”bisiknya perlahan sambil mengusap rambut Idayu. Merenung wajah yang penuh kelembutan itu. Nampak sungguh tenang di dalam lenanya. Bunyi jeritan telefon bimbitnya membuat dia sedikit tersentak. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia mematikan panggilan telefon sebaik melihat nama Maisara yang tertera di layar telefonnya. Dia tidak mahu menjawab panggilan itu. Rasa marah masih bersisa di hati. Sekali lagi telefonnya bordering, talian dimatikan sekali lagi, sebelum dia mematikan telefon bimbitnya.
“Kenapa tak jawab call tu?,”
Hisyam mengangkat muka. Idayu menyapu pipinya sambil menenyeh mata.
“Sorry. Abang tak bermaksud nak kejutkan Ayu,”
Idayu tersenyum nipis. Tangannya mencapai getah pengikat rambut. Mengikat rambutnya yang sedikit kusut.
“Tak apa. Ayu tertidur tadi. Dah pukul berapa ni?,”
“Dua belas,”jawab Hisyam pendek. Lagak Idayu yang terlalu biasa membuat dia serba salah. Idayu masih bersedih atau sudah melupakan segala yang berlaku?
“Dah lewat rupanya. Ayu nak mandi tadi… tertidur pula,”Idayu bersuara sambil bangkit dari katil. Kemudian duduk semula di birau katil. Bersebelahan dengan Hisyam.
“Abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marahkan Ayu petang tadi. Abang tak sengaja,”Hisyam bersuara sambil memandang wajah Idayu. Idayu tunduk. Tidak dapat dia nafikan, memang dia terlalu sedih dengan herdikan Hisyam. Hisyam tidak pernah meninggikan suara padanya. Jadi, apabila tiba-tiba Hisyam mengherdiknya, dia benar-benar tersentap. Dia menjadi sangat sensitif. Perlahan dia mengangkat muka. Membalas renungan Hisyam.
“Tak apa. Ayu dah lupakan,”ujarnya perlahan.
Hisyam tersenyum pahit. Masakan Idayu dapat melupakan hal itu dengan begitu cepat. Dia menyentuh jemari Idayu. Menggenggam erat tangan Idayu. Dia sanggup mendengar apa sahaja yang ingin Idayu hamburkan padanya. Tetapi, dia tidak sanggup melihat Idayu memendam marahnya semata-mata ingin mejaga perasaannya. Perasaan seorang suami yang tidak setia. Bukan sedikit rasa bersalah yang bersarang di relung hati saat ini.
“Ayu… Ayu marahlah abang. Abang sanggup dengar apa sahaja. Apa sahaja Ayu. Tapi, abang tak sanggup melihat Ayu menangis dalam diam macam ni. Cakaplah apa saja. Abang sanggup dengar..,” Hisyam bersuara lagi. Jemari Idayu di bawa ke bibirnya lalu dikucup bertalu-talu. Idayu tersenyum kecil. Wajah Hisyam yang penuh dengan kekesalan itu, direnung cukup lama.
“Betul abang sanggup dengar apa saja?,”soalnya perlahan.
“Yes. Keluarkan semua ekmarahan Ayu. Abang memang patut kena marah kan? Abang tak patu herdik isteri abang macam tu,”
“Abang… Ayu tak berdaya nak marahkan abang. Sebab… Ayu terlalu mencintai abang,”ujar Idayu sambil merenung ke dalam mata Hisyam. Ternyata kata-kata itu membuat Hisyam menjadi kelu tiba-tiba. Idayu tersenyum sayu. Reaksi Hisyam bagai dapat dia jangka.
“Ayu…abang..,”
“Ssyy…tak payah cakap apa-apa,”
Jemarinya diletakkan ke bibir Hisyam. Hisyam dilanda rasa serba –salah. Jemari Idayu di bibirnya, digenggam erat. Kenapalah wanita ini terlalu baik?
“Ayu tak akan Tanya soalan tu lagi. Apa pun perasaan abang pada Ayu, abang simpanlah di sini,”ujarnya sambil meletakkan tangan kirinya di dada Hisyam. Hisyam benar-benar kehilangan kata-kata. Dia tidak akan setuju dengan cadangan Maisara. Tidak akan. Tubuh kecil Idayu dirangkul dan dipeluk erat. Idayu membalas pelukan itu. Mustahil dia dapat memaksa Hisyam agar jatuh cinta padanya. Agak lama mereka berkeadaan begitu. Melayan perasaan masing-masing. Akhirnya Idayu melonggarkan pelukannya. Mendongak memandang wajah Hisyam yang kelihatan sedikit tenang.
“Terima kasih, bang,”ujar Idayu separuh berbisik. Hisyam membalas renungan Idayu. Agak hairan dengan ucapan terima kasih yang tiba-tiba.
“Untuk apa?,”
“Untuk kebahagiaan kita selama ini. Walaupun abang pernah cakap yang abang tak mungkin dapat membahagiakan Ayu, tapi, hakikatnya, dalam tempoh perkahwinan kita, terlalu banyak kebahagiaan yang Ayu dapat. Terlalu banyak kebahagiaan yang abang berikan. Terima kasih, bang,”
Hisyam tersenyum kecil. Kata-kata Idayu mengingatkan dia pada pertemuan awal antara dia dan Idayu. Pertemuan yang tidak menyenangkan. Baik padanya atau pun pada Idayu. Dia sendiri tidak menduga yang dia akan dapat mengecapi kebahagiaan ini. Dan, tidak tahu bagaimana kebahagiaan ini boleh menjelma dalam hidup mereka berdua.
“Nampaknya abang pun kena berterima kasih pada Ayu,”
“Oh ya? Kenapa pula?,”soal Idayu tersenyum senang. Segala keresahan di hatinya, dibuang sejauh mungkin. Tidak mungkin dia akan merosakkan segala keindahan ini dengan rasa curiga yang tidak berpenghujung. Dengan rasa cemburu yang cuma akan membunuh kebahagiaan yang sedang dia nikmati ini.
“Sebab dah jadi seorang isteri yang sempurna untuk abang,”
“No. I don’t think so,” Idayu bersuara sambil menarik tangan Hisyam yang masih melingkari pinggangnya. Hisyam mengerutkan kening tanda kurang mengerti akan maksud kata-kata Idayu. Pelukannya dileraikan.idayu tersenyum. Mustahil dia dapat menjadi seorang isteri yang sempurna sedangkan dia gagal mendapatkan cinta Hisyam. Mustahil juga dia seorang isteri yang sempurna kerana saat ini, di hati suaminya itu ada nama lain selain daripada namanya. Ada wajah lain selain daripada wajahnaya. Itu kenyataan yang tidak mungkin dapat dia tepis lagi.
“Apa maksud Ayu?,”soal Hisyam hairan. Tiba-tiba dia berdebar mendengar kata-kata Idayu. Adakah Idayu sudah dapat menghidu kecurangannya? Atau barangkali Maisara telah mengotakan ugutannya? Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Takut untuk mendengar kata-kata Idayu yang seterusnya. Takut Idayu mengetahui kecurangannya. Takut melihat wajah kecewa Idayu. Takut dia akan membuat Idayu terluka.
“Yalah… mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni? abang ni, puji Ayu melebih-lebih pula,”ujar Idayu selmaba sambil mengangkat punggung. Tanpa sedar, Hisyam menarik nafas lega. Idayu berpaling ke arahnya. Terdengar helaan nafas Hisyam yang panjang.
“Kenapa bang?,”
“Tak ada apa-apa,”Hisyam menjawab sambil mengukir senyum selebar mungkin. Idayu menjeling manja sambil mencapai tuala di penyidai. Hisyam berbaring ke katil. Matanya terus memerhati Idayu yang sedang menyikat rambutnya. Satu kebiasaan setiap kali dia mahu mandi.
“Betul Ayu dah tak marah ni?,”sekali lagi soalan itu meluncur di bibir Hisyam.
“Abang ni. berapa kali nak tanya? Atau… abang memang teringin nak tengok Ayu marahkan abang ya?,”
Hisyam tersengih. Bicara Idayu sudah kembali ceria seperti biasa. Itu sudah cukup untuk membuat dia berasa lega.
“Eh, Syafiq tidur dengan mak, ke?,”soal Hisyam tiba-tiba apabila menyedari Syafiq tiada di biliknya.
“Ha ah. Mak yang ajak,”
Hisyam menganggukkan kepala. Sekuntum senyum penuh makna terukir di bibirnya. Senyuman yang memang Idayu mengerti akan maksudnya. Idayu cuma tersenyum sambil memandang dari dalam cermin, Hisyam yang bergerak menghampirinya.
“Kalau macam tu..,”
“Kalau macam tu, apa?,”soal Idayu pura-pura tidak mengerti.
“Kalau macam tu…bolehlah kita mandi sama-sama. Lepas tu..,”Hisyam tidak menghabiskan kata-katanya. Cuma tangannya menarik perlahan Idayu ke pelukannya. Idayu tertawa kecil. Tubuh Hisyam ditolak perlahan.
“Ayu nak mandilah, bang,”
“Yalah. Abang pun nak mandi,”bisiknya perlahan sambil mencium telinga Idayu dengan lembut.
Ketukan bertalu di pintu biliknya membuat ciuman Hisyam terhenti. Idayu tersenyum panjang.
“Siapa pula tu?,”rungut Hisyam sambil meleraikan pelukannya. Idayu tergelak kecil melihat wajah Hisyam yang sedikit mencuka. Sambil merungut, dia mengorak langkah ke pintu. Daun pintu dibuka perlahan.
“Mak… Kenapa?,”Hisyam bertanya. Hairan melihat Puan Mariam tercegat di pintu biliknya.
“Dah tidur ke? Ni haaa… Syafiq nak tidur dengan mamanya pula,”ujar Puan Mariam sambil memandang ke arah Syafiq yang berdiri di sebelahnya. Hisyam tersenyum melihat Syafiq yang menggosok mata menahan mengantuk. Dia membongkok sambil mengangkat tubuh Syafiq. Syafiq terlentok di bahunya.
“Kenapa tak nak dengan nenek?,”soalnya sambil menggosok belakang Syafiq.
“Afiq nak mama..,”rengek Syafiq seperti mahu menangis.
“Tak apalah mak. Mak pergilah sambung tidur. Dah lewat ni. Tak cukup tidur nanti, darah tinggi mak datang lagi,”
“Yalah,”ujar Puan Mariam sambil berlalu. Hisyam menutup pintu bilik. Dia berpaling. Berlaga pandang dengan Idayu yang jelas menahan tawa. Dengan malas dia melangkah sambil mendukung Syafiq. Idayu tergelak kecil sambil melangkah mendekati Hisaym yang sedang membaringkan Syafiq ke katil. Melihat Idayu berada di hadapannya, Syafiq tidak banyak kerenah. Matanya terpejam perlahan-lahan. Hisyam mengeluh perlahan sambil memandang wajah anaknya yang sudah lena.
“Syafiq…Syafiq… pandai betul rosakkan plan papa,”rungut Hisyam sambil tersenyum. Jemarinya mengusap perlahan rambut Syafiq. Idayu turut tersenyum sambil melangkah masuk ke bilik air.

***

Kuseru Rindu Itu... 8

Hisyam mengukir senyum pada pelayan yang sedang menghidangkan makanan. Untuk ke sekian kalinya matanya jatuh ke wajah Maisara yang mencuka. Sudah hampir setengah dia di situ, gadis itu masih belum bersuara. Ternyata Maisara lebih senang berdiam diri bersama muncungnya yang panjang. Hatinya dijentik rasa geram. Setelah lebih dua minggu dia tidak bertemu dengan Maisara, dia tidak mengharapkan reaksi sebegini daripada Maisara. Dari tadi, cuma dia sahaja yang bercakap. Bercakap seorang diri. Itu lebih tepat rasanya. Maisara langsung tidak turut serta dalam bicara-bicaranya.
“Sara.. takkan nak buat muka macam ni, sampai abang hantar pulang nanti?,”Hisyam bersuara lagi sebaik pelayan tadi meninggalkan mereka. Maisara tetap membisu.
“Sara.. apa lagi yang Sara nak bang lakukan? Abang dah minta maaf, kan? Sara belum maafkan abang ke?,”
Maisara menjeling sekilas. Rasa geram dengan layanan Hisyam padanya masih berbekas di hati.
“Kalau belum, takkan Sara nak keluar dengan abang,”balas Maisara dingin.
“Kalau dah maafkan, kenapa tarik muka macam tu?,”
“Saja..,”
“Tak usahlah buat lagi. Buruk, tahu,”ujar Hisyam bergurau.
“Abang! Janganlah cakap macam tu,”Maisara terjerit kecil mendengar kata-kata Hisyam. Jemarinya pantas mencari lengan Hisyam. Satu cubitan singgah di situ. Tanpa sedar, senyuman terukir di bibirnya.
“Aduh. Sakit sayang,”Hisyam mengaduh sambil menggosok lengannya yang terasa perit.
“Cakap apa? Buruk? Betullah abang cakap tu. Tarik muka panjang macam tu, buruk tahu,”
“Abang.. Janganlah cakap macam tu,”
Hisyam tergelak.
“Tak mahu abang cakap macam tu, jangalah buat muka macam tu lagi. Senyumlah sikit. Haa.. macam tu. Barulah berselera abang nak makan,”
Maisara tersenyum manis. Rajuknya hilang entah ke mana. Cair dengan pujukan Hisyam.
“Makanlah,”pelawa Hisyam sambil mencapai sudu dan garfu di hadapannya. Maisara menggeleng sambil menongkat dagu merenung wajah Hisyam. Rindunya dia pada lelaki ini.
“Abang jumpa Sara ni, isteri abang tahu ke?,”
Suapan Hisyam terhenti. Matanya perlahan-lahan mencari renungan Maisara.
“Sejak bila Sara mula ambil tahu pasal isteri abang ni, ya?,”
“Sejak Sara rasa hubungan kita macam tergantung. Ke atas tidak. Ke bawah pun tidak,”
“Apa maksud Sara?,”
Maisara menarik nafas panjang. Membetulkan duduknya. Dia bersandar tegak pada kerusi sambil matanya terus menghalusi reaksi yang terpamer di wajah Hisyam.
“Hubungan kita macam tak ada masa depan. Abang tak rasa macam tu ke?,”
Hisyam menggeleng.
“Abang dah beritahu isteri abang pasal kita?,”
“Belum,”
“Bila abang nak berterus terang dengan dia?,”
Hisyam menahan nafas seketika. Suapannya sudah tidak selaju tadi. Ternyata soalan Maisara membuat selera makannya hilang tiba-tiba.
“Nantilah,”
“Bila?,”soal Maisara agak tegas. Tidak mempedulikan reaksi Hisyam yang jelas nampak kurang senang dengan soalannya itu.
“Abang perlukan masa,”
“Dah setahun. Pun masih belum cukup lagi? Abang perlukan masa atau abang perlukan keberanian untuk berterus terang dengan isteri abang tu? Atau.. Abang memang berhasrat untuk tidak berterus terang sampai bila-bila?,”
“Sara.. kenapa cakap macam tu?,”Hisyam sedikit tersentap dengan kata-kata Maisara. Agak keras dan sinis. Dia berasa tersindir. Dan berasa tercabar.
Maisara tersenyum kecil. Dia tahu dia agak keterlaluan. Tetapi, dia perlukan kepastian daripada Hisyam. Dia takut kalau-kalau dia cuma barang permainan bagi Hisyam. Dia tidak mahu dipermainkan. Dia juga tidak mahu dikecewakan.
“Sara takut abang cuma nak permainkan Sara,”
Hisyam tergelak halus mendengar pengakuan itu.
“Sara.. Kan abang dah cakap hari tu. Perasaan abang pada Sara, bukan main-main. I’m serious,”
“Ya. Sara tahu. Tapi, Sara bimbang,”
“Apa lagi yang Sara nak bimbangkan? Abang tak akan tipu Sara,”
“Mata Sara juga tak menipu, bang,”
“Apa pula ceritanya ni?,”soal Hisyam, tidak faham dengan kata-kata Maisara.
“Sara nampak abang tempoh hari. Di restoran. Bersama isteri dan anak abang. Abang kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia. Itulah yang menakutkan Sara. Takut kalau-kalau Sara sudah tak diperlukan lagi,”
Hisyam mengeluh panjang. Tanganya pantas menggenggam jemari Maisara. Maisara tunduk.
“Sara tak perlu takut. Abang sayangkan Sara. Cintakan Sara. Percayalah pada abang,”
“How about your wife? Sara tak nak jadi kekasih abang selama-lamanya. Sara nak kita kahwin. Boleh abang tunaikan permintaan Sara ni?,”
“Kahwin?,”
“Yes. Kahwin. Rasanya sekarang dah tiba masanya untuk kita fikirkan soal kahwin,”
Hisyam terdiam. Memang itu impiannya. Tetapi, apabila disuarakan oleh Maisara, hatinya menjadi tidak menentu. Tiba-tiba dia teringatkan Idayu. Mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, bermakna dia terpaksa berterus terang dengan Idayu. Bukan sahaja dengan Idayu, malah dengan kedua ibu bapanya. Bermakna, untuk dia bersama dengan Maisara,dia terpaksa melukakan hati tiga insan lain. Kuatkah dia untuk melakukan itu semua?
“Kenapa diam? Abang tak setuju dengan pendapat Sara?,”
“Bukan macam tu..,”
“So, what is the problem?,”soal Maisara sedikit keras.
Hisyam menarik nafas perlahan-lahan. Cadangan Maisara yang mendadak membuat dia tidak dapat berfikir dengan baik. Perlahan dia mengenggam jemari Maisara. Mencari-cari perkataan yang sesuai untuk diluahkan, Maisara menarik tangannya. Genggaman Hisyam terlepas. Wajah gadis itu kembali mencuka.
“I’ll think about it,”akhirnya Hisyam bersuara dengan nada yang tidak meyakinkan langsung. Maisara tergelak sinis.
“I’ll think about it? Think about it? Nak kahwin dengan Sara pun, kena fikir dulu ke? Dah tu, kita bercinta selama ini, untuk apa? Untuk suka-suka? Abang ingat Sara apa?,”
“No. Bukan itu maksud abang. Sara jangan salah faham. Abang cuma perlukan masa untuk fikir bila masa yang sesuai untuk kita kahwin,”
“Sekarang. Sara mahu kita mula tentang perkahwinan kita sekarang!,”cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Maisara. Maisara nekad. Dia perlu bertegas dengan Hisyam. Sukar untuk dia menduga kejujuran Hisyam. Dia bimbang kata-kata Anis tentang Hisyam, benar belaka. Dia bimbang kalau-kalau Hisyam tidak serius untuk mengahwininya.
“Abang dengar tak?,”Maisara bertanya apabila Hisyam terus membisu.
“Abang dengar. Sara beri abang masa. Abang perlu berterus terang, bukan saja dengan isteri abang, tetapi dengan kedua ibu bapa abang juga. Pasti makan masa. Abang harap Sara faham,”
“Bila abang nak beritahu isteri abang?,”
“Abang akan cuba beritahu secepat yang mungkin. Sara sabar dulu, ya?,”
“Kalau abang tak berani nak berterus terang dengan isteri abang, biar Sara sendiri yang berterus terang dengan dia. Sara sanggup jumpa dia, bang,”
“No. Biar abang yang selesaikan sendiri hal abang dengan isteri abang. Apa yang abang harapkan sekarang.. satu saja. Sara harus faham kedudukan abang dan bersabar,”
Maisara diam. Matanya merenung wajah Hisyam. Kejujuran jelas terpancar pada renungan lelaki itu. Tidak mungkin Hisyam berbohong. Dan itulah yang membuat dia sering kalah pada Hisyam.
“Abang janji?,”
Hisyam tersenyum. Kemarahan Maisara sedikit reda. Itu cukup membuat Hisyam berasa lega. Jemarinya kembali mencari jemari milik Maisara.
“Janji, sayang,”ujar Hisyam perlahan. Maisara tersenyum kecil.
“Sara cuma ingin menjadi isteri abang. Sara tak bermaksud nak ugut abang. Sara harap abang faham,”
Sambil menepuk perlahan jemari Maisara, Hisayam mengagguk. Bersama dengan sekuntum senyuman yang menbuang jauh-jauh rasa marah dan geram Maisara.
“Jangan merajuk lagi ya. Susahnya abang nak pujuk.
Maisara tergelak sambil tetunduk malu.

****


Syafiq berlari-lari anak menuju ke arah Hisyam. Terus menerpa ke ribanya. Hisyam mengangkat tubuh kecil itu lalu didudukkan di atas pehanya. Shahrul yang bersandar di kerusi di hadapannya, tersenyum kecil.
“Papa, nak air,”
Hisyam mencapai cawan kopinya lalu disuakan ke mulut Syafiq.
“Dah?,”
Syafiq mengangguk sambil terlentok di dada Hisyam. Hisyam tersenyum. Cawan di tangannya, diletakkan semula di atas meja.
“Mama mana?,”soal Hisyam sambil mengusap rambut anak tunggalnya itu. Syafiq menggeleng agak laju.
“Pergi cari mama. Papa nak cakap dengan Paksu,”
“Tak nak. Mama marah Afiq,”adu Syafiq separuh merengek. Shahrul tersenyum melihat gelagat anak kecil itu.
“Hah? Ya ke? Kenapa mama marah anak papa ni, ya? Apa yang anak papa dah buat ni?,”soal Hisyam sambil memeluk tubuh kecil itu. Syafiq tersenyum kecil. Senang dipeluk oleh Hisyam.
“Tell me. Kenapa mama marah?,”
“Mama tak sayang Afiq,”rajuk Shafiq sambil menarik muka masam. Shahrul tergelak mendengar celoteh itu.
“Mana ada? Mama kan sayang Afiq. Afiq ada buat salah ya?,”
“Mana ada? Afiq cuma nak air. Air tumpah..,”
“Afiq ambil sendiri ya?,”
Syafiq mengangguk.
“Patutlah mama marah. Kan mama selalu pesan… nak apa-apa mesti minta dengan mama. Jangan ambil sendiri. Kalau mama tak ada, minta dengan nenek Teh. Syafiq kecil lagi. Mana boleh ambil sendiri? Afiq tak dengar cakap mama. Sebab tu mama marah. Salah siapa?,”
“Afiq….,”Syafiq menjawab perlahan sambil tunduk.
“So. What should you do now?,”
“Say sorry…,”
“So, pergi dekat mama and say sorry. Ok?,”
“Ok,”jawab Syafiq sepatah. Hisyam mencium kedua-dua belah pipi anaknya sebelum melepaskan rangkulannya. Syafiq berlari-lari semula, masuk ke dalam rumah.
“Seronok kalau ada anak…,”
Hisyam memandang ke arah Shahrul.
“Hai… takkan dah give up kot. Cubalah lagi. Mungkin belum ada rezeki,”
Shahrul tersenyum.
“Memang tengah mencubalah ni,”
Hisyam tergelak kecil. Wajah Shahrul dipandang agak lama. Siapa sangka teman baiknya itu, kini menjadi birasnya. Menjadi suami kepada adik isterinya. Terasa kecilnya dunia ini.
“Kau kahwin, baru dua tahun. Tak payahlah tension sangat fikir pasal ni. Ada orang dah sepuluh tahun kahwin, baru dapat anak. Don’t worrylah,”
“Tak adalah sampai tension. Cuma, kalau ada rezeki cepat, lagi aku suka,”
Hisyam mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Kau kata ada sesuatu nak cakap dengan aku. Apa dia?,”
Mendengar soalan Shahrul, Hisyam mengeluh panjang. Dia membetulkan duduknya. Wajah Shahrul yang menanti bicaranya, dipandang sekilas.
“This is between you and me. Aku harap kau boleh simpan rahsia ni,”
Shahrul turut membetulkan duduknya. Kata-kata Hisyam seolah-olah ada sesuatu perkara yang amat serius yang ingin lelaki itu kongsikan.
“Bunyinya macam serius. Apa halnya ni?,”
“I need to share this with some one. Sekurang-kurangnya untuk aku kurangkan stress aku,”
“Syam.. just straight to the point. Kau ada masalah? Your business? Or what?,”cepat Shahrul membuat andaian.
“I am falling in love,”
Shahrul tergelak besar sebaik mendengar kata-kata Hisyam. Melihat wajah Hisyam yang sedikit resah membuat tawanya semakin menjadi-jadi.
“Hei! Janganlah gelak. Aku seriuslah,”
“Itu aku dah lama tahu. Kenapa sekarang baru nak beritahu aku?,”
“Aku benar-benar dah jatuh cinta. Aku tak boleh nak elak. Tak mampu nak elak lagi. I can’t deny it,”
“So, what is the problem? She’s your wife. She deserve for it,”
Hisyam pandang wajah ceria temannya itu.
“Bukan Idayu,”perlahan Hisyam bersuara.
Gelak Shahrul mati tiba-tiba. Wajah Hisyam direnung lama. Tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut Hisyam. Berguraukah temannya itu?
“You are making a joke. Right?,”
“No. I’m not. Aku serius. Perkara macam ni, bukan untuk dijadikan bahan bergurau,”
Shahrul kehilangan kata-kata. Sukar untuk dia mempercayai apa yang sedang dia dengar sekarang. Perlahan dia mengangkat punggung. Mundar-mandir di hadapan Hisyam. Ligat kepalanya mencari sesuatu yang boleh dijadikan alasan untuk Hisyam berperasaan begitu. Buntu. Dia betul-berul buntu menanggapi luahan rasa Hisyam. Hisyam pula, cuma berdiam diri. Setia menjadi pemerhati pergerakan Shahrul. Langkah Shahrul terhenti. Dia memandang wajah Hisyam. Lama.
“Why?,”sudahnya hanya itu yang termampu dia ajukan. Hisyam mengeluh panjang.
“Jangan tanya aku soalan tu. Aku tak ada jawapannya,”
“Aku fikir kau dengan Ayu…,”
“Aku pun berharap aku boleh mencintai Ayu. Berharap sangat –sangat. Tapi, aku tak cintakan dia. She’s my responsibility. She’s my wife. Ibu kepada anak aku,”
“Enam tahun lebih kau hidup dengan dia. Tak pernah ada masalah pun. Dia seoarang perempuan yang baik, Syam. Seorang isteri yang baik. Mustahil kau tak ada perasaan pada dia. Dia tu isteri kau,”
Hisyam terdiam seketika. Jauh termenung mencari jawapan bagi soalan Shahrul yang sehingga sekarang tidak dia temui jawapannya.
“Aku jumpa seorang gadis yang boleh membuat jantung aku berdebar bila dia pandang aku. Yang buat aku resah bila aku tak dapat melihat wajahnya. Yang membuat aku jadi tak tentu arah bila dia merajuk. Yang membuat aku rindu bila lama tak bertemu. Yang membuat aku tenang bila dapat bersamanya,”
“Idayu?,”
“Perasaaannya tak sama bila aku bersama Idayu. Lain. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Bertahun-tahun aku mencari perasaan ini. Berharap sangat perasaan ini akan muncul cuma untuk Ayu. Tapi, tak. Perasaan ini untuk orang lain,”
“Ayu? Sanggup kau lukakan hati Ayu?,”
“No. Of course aku tak sanggup. Tapi, aku juga tak boleh cuba ketepikan apa yang aku rasa ni, macam tu saja. I’m looking for this feeling for a years,”
“Fikirkan sekali lagi. Mungkin itu hanya mainan perasaan saja. Lupakanlah, Syam. Jangan sampai kau menyesal nanti,”
Hisyam mengeluh panjang. Nasihat Shahrul terlalu berat padanya.
“Cakap memang senang, Shah. Kau tak rasa apa yang aku rasa ni,”
Shahrul turut menarik nafas panjang. Wajah Hisyam dipandang buat seketika.
“Kau renung sedalam mungkin. Aku tak percaya kau langsung tak ada perasaan pada Idayu,”
“She’s my wife. My responsibility. Aku cuba untuk mencintainya. Tapi, perasaan aku pada Idayu tidak sama dengan perasaan aku pada gadis tu,”
Shahrul menggeleng perlahan. Ternyata kejutan ini terlalu besar padanya.
“Kasihan Idayu,”dia bersuara perlahan.
“Aku tahu ini semua tidak adil pada Idayu. Aku pun tak akan sia-siakan dia macam tu saja. Walau apa pun, dia tetap isteri aku. Aku sayangkan dia,”Hisyam meluahkan rasa bersalahnya.
“Aku tak tahu nak cakpa apa,Syam. I’m sorry,”
“Aku faham. Cuma satu yang aku minta. Aku harap kau boleh simpan rahsia ni,”
Shahrul cuma mengangkat bahu. Mulutnya bagai terkunci. Hisyam juga tidak lagi bersuara. Sudahnya, masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Assalamualaikum. Serius nampak. Apa yang dibincangkan ni?,”
Hisyam tersentak. Segera dia menoleh. Idayu tersenyum lebar.
“Waalaikumussalam,”
Idayu tersenyum lagi sambil memandang wajah Shahrul yang sedikit gusar. Kemudian memandang pula wajah Hisyam yang agak terkejut.
“It’s look like, I’m not suppose to be here, right? Ayu pergi ya?,”ujar Idayu sambil meletakkan piring berisi hirisan epal dan mangga.
“No… no. Jangan pergi,”pantas Hisyam mencapai tangan Idayu yang sudah mahu melangkah pergi. Idayu memandang wajah Hisyam.
“Duduklah,”
“Are you sure?,”soal Idayu meminta kepastian. Hisyam tersenyum sambil mengangguk. Melihat anggukan itu, Idayu melabuhkan punggung ke kerusi.
“Shah… kenapa berdiri saja?,”
Shahrul cuba mengukir senyum mendengar soalan Idayu. Melihat wajah Idayu yang tidak tahu apa-apa, hatinya menjadi hiba. Idayu terus menjadi mangsa keadaaan. Tujuh tahun dulu, dia menjadi mangsa kepada permintaan dan impian ibu dan ayahnya. Kini, dia menjadi mangsa kecurangan seorang suami. Walaupun, bukan itu niat Hisyam, tetapi, apa yang berlaku pasti akan mengguris hati wanita ini.
“Juita buat apa kat dalam?,”soalnya ragu-ragu.
“Tengok TV. Dengan Syafiq,”
“Kalau macam tu, saya nak pergi join mereka. Aku masuk dulu, Syam,”Shahrul bersuara sambil mengatur langkah. Dia tidak sanggup melihat Idayu. Hiba sungguh hatinya. Hisyam sekadar memberi senyuman nipis sambil mengangkat tangan. Dia faham perasaan Shahrul.
“Kenapa dengan Shah tu?,”soal Idayu setelah Shahrul sudah agak jauh melangkah.
“Tak ada apa-apa,”
“Pelik saja mukanya. Abang bincang apa dengan dia sebenarnya?,”
“Tak ada apa-apa,”
“Takkan tak ada apa-apa. Abang sembunyikan sesuatu dari Ayu ya?,”
Hisyam tergelak kecil. Wajah Idayu yang penuh tanda tanya direnungnya. Rasa belas yang bertenggek di hati bagai tidak bertepi. Idayu tidak tahu apa-apa.
“Macam tahu-tahu pula, ya?,”gurau Hisyam cuba menutup keresahan hatinya sendiri. Idayu merenung wajah Hisyam. Dia dilanda rasa ingin tahu. Apa yang Hisyam sembunyikan darinya?
“Apa dia? Beritahulah Ayu,”
“Tak ada apa-apalah. Abang gurau je,”
“Abang! Janganlah main-main. Cakaplah apa dia,”Idayu bersuara separuh mendesak. Senyum Hisyam membuat rasa ingin tahunya lebih membuak-buak.
“Tak ada. Tak ada apa-apa. Abang acah saja,”
Idayu membuang pandang. Hisyam pula tergelak kecil.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa Shah macam sedih saja?,”Idayu bersuara perlahan. Seolah-olah soalan itu dia tujukan pada dirinya sendiri. Bukan lagi pada Hisyam. Melihat wajah Idayu yang masih penuh dengan tanda tanya, Hisyam kembali serius.
“Shah cakap, dia teringin sangat nak jadi ayah. Dah tak sabar nak menunggu,”akhirnya Hisyam bersuara. Idayu memandang wajah Hisyam.
“Ya ke?,”
“Yalah. Kenapa? Tak percaya?,”
“Bukan macam tu. Ayu percaya,”
Hisyam tersenyum lega. Sekurang-kurangnya Idayu tidak mengesyaki apa-apa.
“Abang suruhlah Shah pergi honeymoon sekali lagi. Mana tahu ada rezeki,”
Hisyam tergelak kecil.
“Daripada suruh mereka pergi second honeymoon, baik kita yang pergi. Mana tahu kalau ada rezeki, Syafiq dapat adik. But, make sure it’s a girl. Biar jadi sepasang. Boleh?,”
“Abang… Ayu seriuslah. Kadang-kadang kalau dua-dua dah sibuk dengan kerja, susah juga. Abang remind Shah pasal ni,”
“Pasal ni? Pasal apa?,”
“Second honeymoon lah,”
“Oh…Tak payah. Tahulah mereka apa nak buat. Tak payah masuk campur urusan rumahtangga orang. Okay?,”Hisyam bersuara sambil menarik perlahan hidung Idayu. Idayu menjeling manja, membuat Hisyam tersenyum senang.
“I’ll talk to Juita,”Idayu bersuara sambil tersenyum panjang.
“Cakap apa?,”
“About that suggestion. Saling mengingatkan, tak salah kan?,”
“Okay. You win. I surrender,”
Idayu tersenyum manis. Hisyam pula cuma menggeleng kepala. Dalam lembut, kalau datang keras kepalanya, memang tidak boleh dilawan. Itulah Idayu.
“Jom masuk bang. Dah nak dekat maghrib ni,”
Hisyam mengangguk sambil mengangkat punggung. Idayu turut bangkit sambil mencapai semula piring berisi hirisan epal dan mangga yang belum berusik.
“Nak satu,”minta Hisyam sambil memaut pinggang Idayu.
“What? Apple or mango?,”
Untuk seketika Hisyam menikmati seraut wajah Idayu.
“Your lip,”bisiknya cukup romantis.
Perlahan jemari Idayu mencubit perut Hisyam membuat lelaki itu tertunduk menahan sakit.
“Auch! Sakitlah. Abang nak mango,”
Idayu tergelak sambil mengambil satu hirisan mangga lalu disuap ke mulut Hisyam.
“Thanks,”ujar Hisaym perlahan sambil menarik jemari Idayu ke bibirnya.
Idayu tersenyum tanpa suara.

****
[11:35:50 PM] hos.getah: