Friday, April 1, 2011

Mungkinkah? 7


            Langkahnya mati mengejut di muka pintu. Terkejut dengan pemandangan di hadapannya. Renungannya bersatu dengan pandangan tidak berperasaan Arisa.
            “Riff… baru balik ya? Tengok apa I beli untuk you,”sapaan ceria Nabila tidak langsung menarik minatnya. Pandangannya terus mati pada wajah Arisa. Pelik dengan kehadiran Arisa di tengah ruang tamu yang luas itu. Arisa berada bersama Nabila dan ibunya. Satu panorama yang tidak pernah diduga.
            “Ops…. Sorry. Lupa nak cakap. I pinjam PA you tadi. Temankan I shopping barang ni,”Nabila bersuara lagi. Penjelasan itu membuat perasaan ingin tahunya mengendur perlahan-lahan.
            “Kenapa sampai nak kena berteman?,”dia bersuara selamba sambil menyambung langkahnya. Melabuhkan punggung di sisi ibunya sambil melonggarkan ikatan tali lehernya.
            “Saja. I ke pejabat you seorang tadi. Ingat bila dah habis office hour, bolehlah ajak you keluar. Tapi, bayang you pun tak ada. Kebetulan Arisa nak balik, tapi, tak bawa kereta, I ajak dia temankan I. I ambil dia lepas office hour tau. Dia tak ponteng kerja,”
            Zariff tersenyum hambar.
            “Main sambar aje ya? Kenapa you tak ajak guard aje yang temankan you?,”
            “Riff!..,”Nabila menjerit kecil.
            Nabila menarik muncung. Puan Zahra tergelak kecil.
            “Kamu ni Riff…Tak baik cakap macam tu. Nasib baik Nabila ni tak berkira. Dia tolong belikan barang-barang nak bertunang kamu ni. Nak harapkan kamu, busy memanjang…,”  Puan Zahra membuka mulut sambil menampar lembut peha anak tunggalnya itu. Usikan Zariff kedengaran sedikit kasar di telinganya. Nabila tersenyum kecil. Bergerak mengambil tempat di sebelah Puan Zahra.
            “Berapa semua ni? Nanti I bayar,”Zariff bersuara sambil matanya melayang sekali lalu pada meja yang sudah penuh dengan pelbagai barang. Seterusnya matanya kembali bertenggek pada Arisa yang mencapai beg tangan. Perlahan mengangkat punggung sambil memandang jam di tangannya.
            “Saya balik dululah,”dia bersuara bersama sekuntum senyum.
            “I hantarkan ya. Kan I dah janji tadi. You temankan I shopping, I hantar you balik,”
            Arisa menggeleng perlahan.
            “Tak payah. Saya boleh balik sendiri,”tingkah Arisa sambil tersenyum.
            “Puan, saya balik dulu ya. Encik Zariff, saya balik dulu…,”
            Melihat wajah Arisa yang cukup bersahaja itu, Zariff segera mengangkat punggung.
            “I hantar you balik,”tegas Zariff membuat keputusan.
            “Tak perlu susah-susah,”laju Arisa menolak. Matanya segera lari ke arah Nabila dan Puan Zahra. Rasanya kehadiran Zariff lebih diperlukan di sini.
            “Kita ke office sekejap. Ada satu dokumen I nak go through urgently. And, dokumen tu ada dengan you. So, kita ke office sekejap. Then, I boleh hantar you balik,”
            “Takkan tak boleh tunggu esok? Kan dah lepas waktu kerja dah ni,”Puan Zahra bersuara dengan nada sedikit mendatar.
            “Ha ah. Betul tu Riff. Janganlah asyik ingat kerja aje. Sambung aje esok. Hari ni, kita dinner sama-sama nak? Nanti I suruh Kak Tom sediakan makan malam kegemaran you,”Nabila menyampuk bersama senyum melebar di bibir. Senyum yang gagal menarik minat Zariff.
            “Tak boleh, ma. Saya pergi dululah. Jom, Rissa,”
            Dalam rasa serba-salah, Arisa mula melangkah. Mengangguk perlahan sebagai isyarat meminta izin berlalu daripada Puan Zahra dan Nabila.
            “Hati-hati bawa anak dara orang tu…,”pesan ibunya membuat Zariff berpaling.
            “Dah bukan anak dara orang ni, mama. Dah jadi isteri orang…,”balasnya selamba. Jawapan yang membuat Arisa berasa tercekik.
            “Lagi kamu kena hati-hati,”
            Zariff sekadar tergelak nakal. Menyambung langkah sambil cuba menyaingi langkah Arisa yang sudah laju ke hadapan. Belum sempat tangan Arisa membuka pintu kereta, dia mendahului. Pintu kereta dibuka dan berdiri seketika membiarkan Arisa melangkah masuk, sebelum dia sendiri mengambil tempat di bahagian pemandu. Diam seketika di dalam kereta sambil jemarinya perlahan-lahan mengetuk stereng.
            “Dah nak gerak ke, awak?,”Arisa menegur sambil mengerling. Sesekali matanya melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Melihat gelagat Arisa, perlahan dia mengeluarkan telefon bimbit. Mendail seketika sambil membawa telefon bimbit ke telinga.
            “Hello. Ati? Abang dengan Kak Rissa ada hal sikit ni. Mungkin lambat sikit balik. Ati boleh order fast food for dinner? Pizza or anything lah,”
            Arisa ternganga. Menghadiahkan satu renungan tajam pada Zariff yang tersenyum lebar. Seketika berbicara, talian diputuskan. Telefon diletakkan di riba sambil dia berpaling mencari wajah Arisa.
            “Okay. Settled. So, jangan tengok jam lagi,”
            “Awak ni kan…,”
            Zariff tersenyum panjang sambil mula mengemudi kereta keluar dari perkarangan banglo tiga tingkat itu. Tenang menjalar di tengah jalan raya yang sedikit sibuk.
            “Dokumen apa yang awak nak sebenarnya? Rasanya semua yang penting saya dah letak kat meja awak masa saya nak balik tadi,”Arisa membuka mulut. Sengaja mahu mewujudkan sedikit bunyi di dalam kereta yang sepi itu.
            Zariff menjongket bahu sambil sekali lagi tersenyum nakal. Memberi jawapan tentang pembohongannya.
            “Tak baik awak buat macam tu, kan? Penat Cik Nabila tu keluar masuk shopping mall cari barang tunang awak. Awak tinggalkan dia macam tu pula…,”
            “You pun penat juga kan? Keluar masuk ikut kerenah dia. Takkan I nak biarkan you susah-susah nak balik sendiri,”
            “Tapi, dia tu.. bakal tunang awak. Bakal isteri awak…,”
            “And…you pula… dah jadi isteri I….,”
            Arisa mengeluh perlahan. Pandangannya ditebarkan ke arah luar. Malas bersoal-jawab dengan Zariff. Kalau lelaki ini mahukan kemenangan, pasti dia tidak akan mudah untuk menang juga. Jadi, sebaiknya biarlah dia diam.
            “Kalau boleh, lepas ni jangan keluar lagi dengan dia…,”
            Arisa berpaling semula. Panorama petang ditinggalkan. Kini renungannya teralih ke wajah Zariff yang terus tenang mengemudi kereta. Lembut sahaja larangan keluar dari bibir Zariff.
            “Kenapa? Awak takut saya bongkarkan rahsia kita? Jangan bimbang… kalau bab pegang janji, saya memang tak akan mengecewakan. Bagaimana tak ada siapa pun tahu tentang pernikahan kita, saya akan pastikan juga tak ada siapa yang akan tahu pasal perceraian kita nanti. Terutama bakal tunang awak tu,”
            Zariff berpaling. Tajam merenung wajah Arisa. Apa yang meniti di bibir Arisa terlalu jauh daripada lintasan di fikirannya.
            “I cuma tak nak dia layan you macam pekerja I. I kenal Nabila macam – mana orangnya,”
            “Memang saya pekerja awak pun…,”
            Sekali lagi Zariff menoleh. Sama ada Arisa sengaja buat-buat tidak faham atau pun Arisa memang tidak faham akan maksudnya, kata-kata Arisa memang membuat dia geram. Semakin lama semakin geram dengan Arisa yang dingin bila dia berkias tentang perasaan.
            “You are my wife…,”
            Arisa tersenyum. Fakta yang memang dia tidak lupa selagi dia tidak dilepaskan. Dia  kembali membawa pandangannya ke panorama alam. Kata-kata Zariff tidak bersambut. Cuma kepalanya ligat memikirkan kenapa layanan Zariff sehambar itu pada Nabila? Tiada kemesraan yang wujud di antara pasangan itu. Atau, Zariff cuba selindungkan kemesraan itu daripadanya? Mungkin Zariff bimbang dia cemburu? Mungkin juga lelaki ini bimbang cemburunya akan membuat hubungan mereka bermasalah. Tanpa sedar dia mengukir senyum lucu.
            “Apa yang lucu?,”
            “Hah?,”
            “You senyum sendiri. What’s so funny?,”
            Arisa menggeleng sambil terus tersenyum kecil.
            “Tak ada apa. Cuma, pelik tengok awak dengan Nabila tu. Awak berdua dah nak bertunang, tapi tak nampak macam orang sedang bercinta…Sepatutnya ini detik-detik indah dalam hidup awak dan dia. Kan?,”
            Zariff menjongket bahu. Persoalan tentang Nabila semakin tidak menarik minatnya. Dia cuma tertarik pada wanita di sisinya ini, tetapi perhatiannya pula seperti tidak diacuhkan.
            “Macam tak suka saja. Kalau tak suka kenapa nak bertunang?,”Arisa merisik lagi. Dia tahu dia sedang menceroboh persetujuan yang dia dan Zariff sama-sama tetapkan sebelum pernikahan mereka. Dia sedang mengintai cerita peribadi Zariff. Tetapi apabila Zariff seperti tidak kisah berkongsi, apa salahnya dia terus mendengar.
            “Dia pandai bodek mama. Biarkan mereka,”
            “Awak akan kahwin dengan dia nanti. Awak sepatutnya tak boleh bersikap macam ni. Dia sepatutnya jadi seorang yang istimewa kat hati awak,”
            “Tak ada bezanya dia dengan perempuan lain sampai I kena bagi dia layanan yang special,”
            Arisa membetulkan duduknya. Kata-kata Zariff benar-benar membangkitkan seribu tanda Tanya di hatinya. Memang Zariff benar-benar tidak tahu menghargai wanita.
            “Maksud awak?,”
            Zariff tersenyum panjang. Keretanya mula membelok masuk ke kawasan kondominium miliknya.


****


            Wajah selamba Zariff yang meneguk fresh orange dipandang lama. Cerita Zariff tergantung sejak lelaki menjejak kaki ke dalam ruangan kondo ini. Dan, dia pula magu menagih penjelasan lelaki itu. Tiba-tiba dia mahu tahu persepsi lelaki itu terhadap wanita.
            “Tak nak jelaskan pada saya?,”
            “Jelaskan apa?,”
            Arisa melabuhkan punggung ke sofa. Memandang wajah Zariff dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
            “Tak ada bezanya dia dengan perempuan lain sampai I kena bagi dia layanan yang special. Apa maksud awak cakap macam tu? Saya Tanya tadi, awak senyum saja,”
            “Perlu ke I jawab?,”
            Arisa menjongket bahu. Bersandar pada sofa sambil mencapai majalah. Dibelek majalah perniagaan milik Zariff tanpa minat. Soalan Zariff membayang jawapan yang negatif. Jadi, dia tidak perlu mencuba lagi. Zariff tersenyum kecil. Meletakkan gelas ke meja sambil bergerak mengambil tempat di sebelah Arisa. Bersahaja tangannya memaut bahu Arisa.
            “Sebelum I jelaskan apa-apa, I perlukan penjelasan you dulu,”
            “Apa dia?,”Arisa bertanya tanpa memandang wajah di sebelahnya itu.
            “Macam mana you boleh setuju nak temankan Nabila? You boleh tolak aje kan? Tak perlu buang masa macam tu,”
            Arisa mengeluh perlahan.
            “Memang saya nak tolak. Tapi, dia beria-ia ajak depan staf-staf awak pula tu. Kalau terus menolak macam malukan dia pula. Tapi, saya hairan kenapa dia beria-ia ajak saya ya?,”
            “Mungkin sengaja nak tengok reaksi you…,”
            Arisa berpaling. Membalas renungan Zariff dengan kening yang sedikit berkerut.
            “Tengok reaksi saya?,”
            “Dia jealous dengan you. Dia memang syak I ada scandal dengan you,”
            “Oh…,” Arisa terkedu. Hatinya berdetak kecil. Teringat bermacam cerita tentang Zariff yang dikongsikan Nabila dengannya sebentar tadi. Pelbagai cerita bahagia yang Nabila ceritakan padanya. Zariff begitu. Zariff begini. Dan dia pula terus menjadi pendengar yang baik. Sedikit pun tidak dia sangka semua cerita itu sekadar untuk menduganya.
            “Teruklah macam ni…,”dia merungut perlahan.
            “ Kenapa pula teruk?,”
            “Yalah. Kalau dia dah rasa macam tu, macam mana nanti? Anyway, kenapa dia boleh syak macam tu?,”
            Zariff tergelak kecil.
            “Dia nampak gambar you dalam organizer I,”
            “Gambar saya? Dalam organizer awak? Macam mana pula gambar saya boleh ada dalam organizer awak?,”
            “Itu pun nak Tanya ke? Mestilah I yang letak,”
            Arisa merengus perlahan.
            “Cuailah awak ni. Dia marahkan awak ke?,”
            “Berani dia nak marahkan I? Macam I cakap tadi, dia tak ada beza dengan perempuan lain. Yang dia mahu cuma duit. And, mungkin rasa bangga bila dapat berdamping dengan lelaki kacak macam I,”balas Zariff selamba sambil menghadiahkan sekuntum senyum nakal buatnya. Dia mencemik. Disambut gelak halus Zariff.
            “Kelebihan dia daripada perempuan lain, dia pandai ambil hati mama and, dia anak kawan mama. Senang kerjanya nak membeli jiwa. Perempuan… semuanya sama aje,”sambung Zariff sambil bersandar ke sofa.
            Arisa diam. Kata-kata itu sedikit pedas. Turut sama membuat telinganya berdesing. Dia yakin, dia juga termasuk di dalam senarai perempuan yang dimaksudkan Zariff.
            “Angkuhnya awak. Awak tak boleh anggap semua perempuan nakkan duit awak, tahu? Mungkin belum jumpa lagi dengan yang betul-betul serasi dan betul-betul ikhlas. Tapi jangan label perempuan macam tu…,”
            “Mungkin you lain kot…,”Zariff bersuara perlahan. Memandang wajah Arisa yang kelihatan sedikit tegang. Barangkali tersinggung dengan kata-katanya.
            “Saya pun sama. Saya kahwin dengan awak untuk perbelanjaan persekolahan adik-adik saya. Untuk perbelanjaan saya juga mungkin…,”
            Zariff tersenyum nipis.
            “I letak sebab tu dalam list terakhir. List utama sebab you tak nak gangguan berterusan dari I and you tak nak hilang punca pendapatan bila you jadi harapan adik-adik you untuk teruskan hidup. Betul kan? You risau dengan ugutan I,” 
            Arisa diam. Betul juga hujah yang keluar dari bibir Zariff itu.
            “Betul kan?,”
            Sambil berpeluk tubuh, Arisa menjongket bahu. Zariff tersenyum.
            “Sorry sayang. I terpaksa ugut sebab you degil sangat. Perempuan paling degil dan paling tak ada perasaan yang pernah I jumpa,”
            “Cakap orang... Awak tu ada perasaan ke?,”      
            Zariff mencemik. Merenung senang wajah Arisa.
            “Dulu mungkin tak ada. Tapi, sekarang I rasa I semakin menemui perasaan I yang tak pernah ada tu. Maybe I dah betul-betul tertawan dengan you,”
            Arisa mengangkat kening. Membawa jemarinya ke dahi Zariff.
            “Sihat. Tak demam. Tapi, maybe ada something wrong. So, kita tunggulah mungkin dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi hilanglah perasaan tertawan awak tu…,”
            “You ingat I main-main? Nampak mustahil sangat ke untuk I berubah?,”Zariff bersuara serius.
            “Saya tak ada hak untuk judge awak. Tapi, rasanya semua tu mustahil. Bila awak dah bosan dengan saya, semua ni akan berakhir. Jadi, sebaiknya kita tak perlu bercakap pasal perasaan-perasaan begini. Semua ni mengarut saja,”  
            “Kenapa?,”
            Arisa menolak perlahan jemari Zariff yang melekat di bahunya. Perlahan dia mengangkat punggung. Bergerak menuju ke balkoni. Soalan Zariff dibiarkan sepi. Melalui lirikannya dia tahu Zariff mengekorinya.
            “Saya laparlah. Awak ada benda yang boleh dimasak ke?,”
            Zariff menghela nafas panjang.
            “Rasanya sudah sampai masanya untuk you sedikit terbuka dengan I. I nak tahu everything about you. Ya dulu I tertarik pada fizikal you. I mengaku itu semua. Tapi, sekarang, I tahu I mula sukakan you. Kenapa kita tak ambil peluang ni, untuk saling mengenali?,”
            Arisa diam. Alunan suara Zariff sudah tiada nada nakal seperti biasa. Lelaki itu serius. Perlahan dia mengeling memandang wajah Zariff. Wajah itu juga serius. Perlahan dia tunduk apabila matanya terasa tidak kuat untuk terus melawan renungan Zariff. Cukup mudah Zariff menyusun kata-kata. Tetapi, wajarkah dia mempercayai itu semua. Wajarkah dia membuka ruang untuk hatinya terluka sekali lagi? Cukuplah sekali dia merasai hebat seksaan sebuah cinta. Dia tidak mahu mengulanginya sekali lagi. Malah rasanya memang tidak pernah ada hebatnya sebuah cinta. Yang ada cumalah janji-janji manis dan kebahagiaan yang seketika cuma.
            Sekilas dia mengerling ke arah Zariff sekali lagi, sambil melangkah.
            “Arisa, I belum habis lagi…,”
            “Awak. Saya tak nak cakap pasal ni. Awak dah dapat apa yang awak nak, kan? Jadi, jangan tambah beban saya ya,”
            “Sikit pun you tak suka I?,”Zariff bersuara sambil mencapai lengan Arisa. Membuat Arisa kembali rapat padanya.
            “Saya suka awak,”
            “Sayangkan I?,”
            “Saya tak tahu,”
            Zariff merengus perlahan. Menarik Arisa ke pelukannya.
            “One day, I akan buat you jatuh cinta dengan I. Itu janji I,”
            Arisa memandang wajah Zariff dengan mata yang terkebil-kebil. Telinga, dengarlah kata-kata manis lelaki ini dan hati… janganlah cepat terpedaya pada pesona kata-kata ini…
Akalnya mula memberi nasihat. Sedang panahan mata Zariff tetap perlahan-lahan membuat jiwanya berkocak. Dia memang di dalam dilema. Zariff mula memberi kesukaran pada hubungan yang sangkanya amat mudah ini.

****                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
[11:35:50 PM] hos.getah: