Sunday, January 17, 2010

CERPEN: Jalinan Kasih Kita

“Bolehlah Kak…,”
Dia garu kepala. Wajah seposen Ilham direnung sekejap-sekejap. Tidak sanggup lama-lama merenung wajah kecil itu. Bimbang simpati buat dia tewas.
“Please kak…,”satu lagi suara merayu. Matanya terarah pula pada Dina. Wajah comel itu terkelip-kelip memandangnya. Dia sengih. Parah.
“Kalau apa-apa jadi, macam mana?,”
“Alaa.. tak ada apa-apalah yang boleh jadi. Bukan lama pun. Sehari aje,”
“Mintalah permission dari papa kamu,”
“Ala… papa sure tak kasi. Ala.. ini macam family day aje. Cikgu minta penjaga pergi sekali. Papa mesti tak boleh pergi. Kalau tak boleh pergi, mesti dia tak akan benarkan pun. Akak menyamar jadi makcik kita orang. Boleh ya…boleh ya…Bukan jauh sangat pun. Petang dah balik dah. Papa pun mesti tak perasan punya kami hilang kejap,”
“Tak naklah akak. Apa-apa jadi, akak yang kena nanti,”
“Nak jadi apanya? Bukan kita ke bulan. Kita pergi mandi air terjun sambil makan-makan aje kan?,”
“What the hell is going on here?!,”
Zalia tersentak. Kuatnya suara itu terus menghalau butir bicara antara dia , Ilham dan Dina seminggu yang lalu. Mungkinkah itu? Debar semakin kencang. Perlahan dia berpaling. Di ambang pintu tercegat seorang lelaki yang siap bercekak pinggang.
“Ilham tak apa-apa. Makcik dia yang selamatkan dia,”
Dia kaku di katil. Tekaannya seakan tepat. Pasti ini bapa Ilham dan Dina. Garangnya. Penjelasan guru lelaki di sebelahnya langsung tidak dihiraukan. Cuma mata lelaki itu tajam mencerlung ke arahnya.
“If you don’t mind, saya nak cakap sikit dengan ‘makcik’ anak-anak saya ni,”
Zalia telan liur. Mati aku! Guru di sisi lelaki itu sudah berlalu pergi.
“Macam mana saya boleh tak kenal makcik anak-anak saya sendiri ya?,”
“Saya boleh jelaskan. Encik….,”
“Encik…Encik…! Encik apa?,”
Zalia garu kepala lagi. Cuba mengingat nama bapa Ilham.
“Saya tak tahu nama Encik. Eh, lupa sebenarnya,”
Lelaki itu berpeluk tubuh sambil memandangnya garang.
“Awak melarikan anak-anak saya tanpa pengetahuan saya. Awak tahu tak?,”
“Tak..tak.. bukan macam tu. Saya Cuma..,”
“Cuma apa?! Sepatutnya hari ni, anak-anak saya berada di rumah. Di bawah jagaan pembantu rumah saya. Macam mana dia boleh sampai ke sini?,”
“Mungkin silap saya. Tapi, saya tak sampai hati. Ilham dengan Dina berharap sangat…,”
“Berharap apa?! Ilham hampir mati lemas kurang sejam yang lalu. Awak ingat ini perkara main-main? Saya boleh dakwa awak menipu..,”
“Jangan..jangan.. Jangan macam tu Encik. Saya mengaku ini silap saya,”
“Memang silap awak!,”
Zalia tunduk.
“Kalau apa-apa berlaku pada Ilham tadi, macam mana?,”
“Tak. Jangan cakap macam tu. Saya tak akan biarkan sesuatu yang buruk berlaku pada Ilham,”
“Awak ni, siapa hah?,”
“Saya…saya kenal Ilham dan Dina. Sekali lagi saya minta maaf ya. Saya mengaku salah saya. Tolong ya Encik. Jangan laporkan pada pihak sekolah. Saya Cuma nak tengok Dina dengan Ilham happy. Diaorang berharap sangat nak sertai program ni,”
“Saya bapa mereka. Untuk buat mereka gembira, itu tanggungjawab saya. Bukan kamu,”
Zalia menunduk lagi.
“Amaran saya. Jangan ganggu anak-anak saya lagi. Kalau saya Nampak awak dengan mereka, saya akan panjangkan kes ni,”keras suara itu menikam gegendang telinganya. Membuat dia sedikit geram. Namun, memikirkan kesilapan yang dia lakukan ini, bukanlah kecil, geram itu disimpan kemas di hati. Lelaki itu berlalu meninggalkannya.
“Sama-sama…,”gumamnya perlahan. Geram dimarah sebegitu rupa. Juga geram apabila sepatah ucapan terima kasih pun tidak ada untuknya.
“Sombong!,”


****

“Kenapa tak siap lagi ni?,”
Ilham bersandar ke sofa.
“Papa pergi ajelah dengan girlfriend papa tu. Kita orang tak mahu ikutlah,”
“Kata papa ni sibuk manjang. Tak ada masa nak ajak kamu pergi jalan-jalan. Sampai terpaksa upah orang jadi makcik semata-mata nak jalan-jalan kan?. Ni, papa ajak ni, banyak alasan pula,”
“Dina tak nak ikutlah kalau Cik Mila itu ada sekali. Papa pergila sorang,”
“Berpakat pula? Kenapa dengan aunty Mila tu? Apa salahnya dia ikut?,”
“Papa pergi ajelah. Kita orang ok. Kita orang nak duduk rumah aje dengan bibik. Lagipun, hukuman kita orang belum habis lagi kan? Lagi tiga hari baru papa kasi kuar rumah. Takkan papa lupa kot. Jangan risau. Kita orang tak akan pergi mana-mana. Selama papa tak ada, kami duduk aje dengan bibik. Kami tak akan keluar rumah,”
“Banyak cakap pula ya. Cepat. Pergi bersiap,”
“Alaa..papa ni..,”
“Now!,”
Sebaik mendengar arahan sudah bertukar keras, Ilham dan Dina sama-sama laju berlari meniti anak tangga. Tidak mahu mencabar kesabaran bapanya itu.
Izhar mengeluh perlahan. Terasa semakin sukar untuk mengawal dua anaknya itu.
“Iz… belum siap ke? Penatlah tunggu lama-lama ni,”
Dia berpaling.
“Sebentar. Anak-anak I tengah bersiap,”
“Bersiap apa lama sangat. Cepat sikit. I tunggu dalam kereta,”
Izhar cuma tersenyum kecil.


*****
“Akak!,”
Zalia berpaling. Sedikit terperanjat dengan kemunculan dua wajah itu. Ilham tersengih panjang.
“Apa akak buat kat sini?,”
“Kamu berdua ni… apa kamu buat kat sini?,”
“Bercuti….,”ujar Dina berlagu. Zalia tersengih. Jelas tiada keseronokan di wajah anak kecil itu.
“Kononnya la….,”sampuk pula Ilham sambil mencemik.
“Hai… orang bercuti muka ceria aje. Ni, kenapa muka macam tempe basi?,”
Ilham membuang pandang sambil berpeluk tubuh. Dina pula mengambil tempat di sisi Zalia.
“Akak buat apa kat sini?,”
“Akak kerja kat sini. Baru seminggu mula kerja,”
“Teruk ke papa kitaorang marah akak hari tu? Ilham nak jumpa akak. Papa tak kasi,”
Zalia tersenyum. Mendengar soalan Ilham, rasa jengkelnya pada lelaki itu menjelma kembali.
“Sombonglah papa Ilham tu,”dia bersuara sambil membetulkan cap yang dipakai.
“Memangggg,”sampuk Dina sambil menongkat dagu. Zalia tersenyum.
“Nasib baik jumpa akak kat sini. Kalau tak, mesti boring gila. Papa tu, asyik berkepit dengan kekasih dia aje. Gedik,”
Zalia mencemik.
“Kekasih? Sama sombong tak dengan papa Ilham?,”
“Lebih sikitlah…,”
Zalia tergelak.
“Akak.. Ilham nak ucap terima kasih sebab akak tolong Ilham hari tu. Sebab Ilham degil, tak pasal-pasal akak yang kena,”
“Dahlah. Benda dah nak jadi. Yang penting, Ilham selamat. Kat sini, kalau nak mandi laut, pastikan dengan papa tau. Jangan pergi sendiri. Bahaya,”
“Dengan akak, tak boleh?,”
“Akak kerjalah sayang. Mana boleh temankan kamu. Lagipun, papa kamu dah warning. Tak kasi akak jumpa kamu,”
“Alah…. Bukan dia tahu pun. Habis waktu akak kerja, kita orang jumpa akak ya. Boleh ya kak? Bosanlah dengan papa and aunty Mila tu,”
Zalia senyum.
“Ok. Untuk Ilham and Dina, No problem. Tapi, jangan sampai papa Ilham tahu. Nanti dia marah akak,”
“Deal,”
Zalia senyum sambil kenyitkan mata.

****
“You marahlah sikit kat diaorang Iz. Tengok ni… menyusahkah orang. I dah lapar tau,”
“Kita tunggu lagi lima minit. Kalau tak balik juga, kita cari mereka kejap. Dia orang main dekat-dekat sini je tu,”
Mila membuang pandang.
“You ni kan. Manjakan sangat anak-anak. Nanti dia pijak kepala tau,”
“I kenal anak-anak I , Mila. Kadang-kadang mungkin dia orang memberontak. Tapi, Ilham dan Dina tu budak baik. Dengar cakap,”
“Yalah…yalah.. sebab baiklah sampai I kena berlapar ni, kan?,”
“Mila… tak sampai sepuluh minit pun kita tunggu kan,”
“Mereka ke mana sebenarnya? Dari tengah hari I tak Nampak pun budak-budak tu,”
“Ilham cakap nak jumpa kawan sekelas dia. Kebetulan kawan dia pun cuti,”
“Hmm… lagi lima minit budak-budak tu tak balik, kita pergi makan dulu. I laparlah,”
“You… sabar sikit, boleh tak?,”Izhar bersuara separuh hilang sabar.
Mila membuang pandang.
“I ajak you ikut I sekali, sebab I nak u sesuaikan diri dengan anak-anak I. I nak you terima anak-anak I macam you terima diri I,”
“Entahlah Iz… anak-anak you macam tak suka I lah,”
“Ambillah hati diaorang,”
“I tak biasalah dengan budak-budak ni,”
“Tak biasa.. biasa-biasakanlah… kan Dina kan,”
Izhar berpaling. Ilham menjeling sambil berpeluk tubuh.
“Ha.. mana kamu pergi? Kan dah janji dah makan sama-sama kan?,”
‘Sorry papa. Terleka kejap tadi,”
“Hmm…. Cepat. Aunty Mila dah lapar ni,”
“Alaa… orang kat Afrika sana, lagi lapar. Ok je… tak ada pun bising-bising…Boleh je sabar,”
Mila jegilkan mata menatap wajah kecil Dina. Izhar sembunyi senyum.
“You!,”
“Apa?,”soalnya pura-pura tidak tahu apa-apa.
“I nak masuk bilik. Tiba-tiba hilang lapar I,”bentak Mila sambil melangkah laju. Izhar memandang seketika.
“Apa lagi, papa. Pergilah kejar. Aunty Mila dah merajuk tu kan?,”
Izhar memandang wajah anak lelakinya. Ada sedikit nada sindiran di situ.
“Penatlah papa nak pujuk-pujuk. Jomlah. Kita aje yang pergi makan,”
“Hah? Kita aje? Tak ada aunty Mila? Bestnya!!,”Dina menjerit tiba-tiba.
“Kenapa ni Dina? Tak baik buat macam tu. Kenapa tak suka sangat dengan aunty Mila?,”
“Papa carilah orang lain jadi girlfriend papa. Aunty Mila tu, tak sesuailah papa. Dia baik dengan papa aje… dengan kita orang, tak,”
Izhar terdiam. Melihat cara dah kerenah Mila beberapa di sini, membuat dia terfikir akan kata-kata Ilham. Mungkin Mila boleh menerimanya. Namun, jelas Mila sukar menerima Ilham dan Dina. Sukar menerima hati dan jantung yang menemani perjalanan hidupnya selama ini.
“Jomlah. Kita pergi makan,”
Ilham tersenyum sambil mengangguk. Petang ini, papanya hanya menjadi milik dia dan Dina sahaja. Tidak perlu berkongsi dengan Aunty Mila.
“Papa nak kahwin ke dengan Aunty Mila tu?,”Dina membuka mulut sambil melangkah. Jari telunjuknya disimpul pada jemari Izhar. Izhar tunduk. Memandang wajah mulus yang mendongak memandangnya.
“Papa rasa nak makan aje sekarang ni,”
Dina menjungkit bahu.
“Kahwinlah dengan Kak Zalia…,”antara dengar dan tidak, Dina mengomel perlahan.

*****

Dia berdiri dari jauh. Gadis ini lagi. Patutlah hampir setiap hari Ilham dan Dina hilang. Alasan ingin bermain dengan kawan sekelas yang sama-sama bercuti. Rupa-rupanya dua anaknya itu riang bersorak dengan gadis yang cuma sekali dia jumpa ini. Hasratnya untuk munculkan diri, ditahan. Sedikit terpesona dengan cara gadis itu melayan telatah Ilham dan Dina. Dan, yang paling penting, wajah Ilham dan Dina begitu ceria saat itu. Cukup berbeza wajah anak – anak itu kini. Walau bersama dengannya, keriangan sebegitu belum pasti dapat dia tatap.


……….

“Penatlah akak,”
“One more akak. Cepatlah. Ada angin ni,”
“Cukuplah main layang-layang. Akak penat dah,”Zalia terduduk di bawah pohon rhu. Ilham turut tersandar sama. Dina masih tercegat bersama layang-layang di tangan. Wajah itu sedikit mendung.
“Dina?,”
“Dina nak main lagi…,”
“Kita rehat kejap ya?,”pujuk Zalia sambil mengibas badan dengan topi. Dina masih tercegat di situ.
“Jom. Duduk dulu. Kita fikir main benda lain pulak. Nak tak?,”
“Main apa?,”
Zalia tersenyum. Rajuk Dina sudah hilang. Pantas anak kecil itu berlari mendapatkannya. Layang-layang di letakkan di atas pasir. Zalia menggaru dagu.
“Fikir… fikir…,”
Ilham tersenyum. Dina tergelak melihat memek muka Zalia yang berkerut.
“Akak… kalau akak jadi girlfriend papa kita orang kan best. Mesti hari-hari boleh main dengan akak,”
Jemarinya yang menggaru dagu terhenti serta-merta.
“Girlfriend rimau tu? Baik akak terjun laut. Serah diri kat jerung,”ujar Zalia sambil tergelak. Turut sama mengundang gelak Ilham dan Dina.
“Tapi, betul cakap abang Ilham tu. Kenapalah papa kena bercinta dengan aunty Mila tu. Kalau dengan akak, kan best,”
“Kita main nenek kebayan cari cucu nak?,”Zalia bersuara sekadar mengalih topik. Tidak selesa bercakap tentang bapa anak-anak kecil itu. Lebih-lebih lagi, sekelip mata namanya turut terseret sama.
“Boleh…boleh… Dina nak main. Akak jadi nenek kebayan ya,”
“Alaa… main game orang perempuan pulak. Boringlah,”
“Ala… abang jadilah putera raja. Dina jadi cucu. Tengok… nenek kebayan jumpa cucu ke putera raja,”
“Okla..okla…
Dina terjerit riang.
…………

Tanpa sedar Izhar mengukir senyum. Betapa selama ini dia tidak sedar keriangan sebegitu yang didamba anak-anaknya. Bersamanya, Ilham dan Dina tidak pernah segembira itu. Berada di antara dia dan Mila, anak-anaknya terus bertukar murung. Melihat gadis itu sudah bertutup matanya, dia bergerak keluar dari belakang pohon rhu. Berpeluk tubuh melihat teman sepermainan anak-anaknya itu teraba-raba mencari seseorang.
Ilham dan Dina yang tergelak riang, terdiam serta-merta sebaik menyedari kehadirannya.
“Akak!,”
Laju jemarinya diletak di bibir. Ilham terdiam. Menunggu saat diri dimarahi. Namun, Cuma senyum nipis terukir di bibir bapanya itu.
“Kenapa Ilham?,”
“Err….,”
Izhar tersenyum sambil memberi isyarat agar permainan diteruskan. Dia tahu Ilham serba-salah. Dan, dia bahagia melihat senyumnya berbalas dengan wajah ceria Ilham dan Dina.
“Cepatlah cari kitaorang!,”jerit Ilham girang.
“Yalah…akak carilah ni. Jangan lari jauh-jauh. Ilham pesan kat Dina jangan lari kat tepi laut. Akak mula cari ni. Jangan gerak tau!,”
Izhar senyum sambil berpeluk tubuh. Turur terhibur melihat gadis itu teraba-raba di tengah kawasan lapang. Senyumnya mula menghilang apabila langkah gadis itu mara ke arahnya.
“Haaa…. Mana boleh gerak dah. Kan nenek kebayan dah jalan tu..,”Ilham bersuara sebaik dia mahu bergerak menjauh. Izhar tersengih. Tiba-tiba dia terseret sama di dalam permainan ini. Dan, dia yakin, langkah gadis ini akan mati padanya. Jemari runcing mula menyentuh pinggangnya dan dia Nampak senyum terukir di bibir itu. Sentuhan bergerak ke perut. Kemudian ke dada. Sebaik jemari itu menyentuh bahu, senyum sudah mati di bibir gadis di hadapannya itu. Pasti sudah yakin dia sudah tersilap orang. Pantas ikatan di matanya dibuka.
Izhar tersenyum. Zalia kelu. Ilham dan Dina sama-sama tergelak riuh.
“Nenek kebayan dapat papa putera raja!,”sorak Dina riuh.
Zalia hilang kata-kata. Pucat seketika mengingatkan amaran lelaki itu padanya tempoh hari.
“Errr…,”
“Kenapa? Nak serah diri kat jerung?,”
Zalia telan liur. Lelaki ini sudah lama mengintip barangkali.
“Janji… ini last time. Saya tak akan jumpa Ilham dengan Dina lagi. Ilham.. Dina… akak pergi dulu,”
Belum sempat dia bersuara, Zalia sudah laju berlari. Meninggalkan dia yang sedikit terpinga-pinga.

****

“Tak dinafikan, kadang-kadang saya rasa saya sedikit cuai dalam memberi perhatian pada Ilham dan Dina. Ilham dan Dina pula serasi dengan Zalia. Sebab tu saya yakin pada Zalia. Mereka perlukan perhatian yang lebih. Saya tak mampu beri perhatian sepenuhnya. Harap dengan bantuan Zalia, hidup mereka lebih sempurna,”
“Eloklah tu Lia. Tak payahlah kamu kerja jauh-jauh. Mak suka kalau kamu kerja dekat-dekat sini saja. Terima ajelah. Dekat dengan mata mak. Tak adalah mak susah hati aje,”
“Lia mana pandai jaga budak, mak,”
“Alaa… Ilham dan Dina tu dah besar. Tak susah nak jaga pun,”tokok ibunya lagi.
“Tapi… berapa gaji yang Encik Izhar boleh bagi?,”
Izhar tersenyum. Memandang wajah Zalia yang kelihatan serba –salah. Terselit di sebelah ibunya.
“Terserah berapa awak nak. Tapi, tempoh percubaan enam bulan,”
“Enam bulan? Lamanya. Macam kerja pegawai pula,”
“Untuk kontrak seumur hidup, tempoh percubaan mestilah lama sikit,”
“Seumur hidup? Mana ada orang kerja jaga budak sampai seumur hidup,”
“Yalah. Awak bukan nak kena jaga anak-anak saya aje. Papa diaorang pun awak kena jaga. So, mestilah ada step nya. Kan? Kalau lulus boleh ikat kontrak seumur hidup,”
Zalia kerutkan kening.
“Tak faham,”
Izhar tersenyum. Memandang wajah ibu Zalia yang juga sedikit pelik.
“Anak-anak saya suka Zalia, makcik. Jadi, saya nak cuba kenal orang yang dekat di hati anak-anak saya,”
Zalia tergamam. Ada rasa malu. Namun, dia tidak pasti wajarkah rasa malu itu. Sungguh sukar untuk dia faham maksud kata-kata Izhar.
“Mak?,”dia bersuara melihat senyum yang melebar di bibir ibunya.
“Kalau betul caranya makcik tak kisah,”
Izhar tersenyum. Zalia tercengang.
“Apa ni? Lia tak fahamlah,”
Izhar senyum lagi. Melihat wajah buntu Zalia, dia teringat propaganda yang disogok anak-anaknya.
“Kak Zalia tu ok tak, papa?,”
“Hmm…,”
“Cantik tak?,”Dina pula Cuma memancing perhatian.
“Hmmm….,”sekali lagi dia menjawab dengan nada acuh tidak acuh.
“Sebenarnya, Ilham suka dengan Kak Zalia tu,”
“Hmm…,”
“Kak Zalia tu baik sangat-sangat. Kan Dina,”
“Hmmm..,”
“Papa kahwin dengan Kak Zalia, nak? Tak payah kahwin dengan aunty Mila,”
Surat khabar di tangan dilipat perlahan. Sudah hampir seminggu selepas pulang dari bercuti, dia disogok pelbagai cerita tentang Zalia. Jelas menunjukkan betapa anak-anaknya sukakan gadis itu.
“Macam mana Ilham kenal kak Zalia tu?,”
“Alaa… kak Zalia tu tinggal kat taman ni jugak. Selalu lepak dengan kami kat playground,”
“Kat mana rumahnya?,”
“Papa nak pergi ke?,”
“Apa salahnya papa berkenalan dengan kawan anak-anak papa,kan?,”
Ilham tersenyum lebar.
“Betul papa? Aunty Mila macam mana?,”
Izhar tersenyum.
“Papa nak hidup gembira. Tapi, papa lebih gembira kalau anak-anak papa gembira,”
Sekali lagi dia tersenyum lebar mengingatkan kata-katanya dua hari lepas.
“Boleh, Zalia?,”soalnya tenang.
Zalia diam. Masih belum boleh memproses segala kata-kata Izhar yang bersimpang-siur. Dia yakin itu semua bersangkut dengan soal hati. Namun, dia risau andai dia yang perasan sendiri. Teringatkan garang Izhar, mana mungkin lelaki itu tiba-tiba suka padanya.
“Encik Izhar nak mengurat kamu tu!,”sergah ibunya bersama gelak. Juga disambut gelak kecil dari wajah tenang lelaki itu. Dan, tiba-tiba dia jatuh terduduk dari sofa. Terkejut. Saat ini, cuma wajahnya sahaja yang tidak tenang. Dia yakin itu. Mengangkat muka dan melihat senyum Izhar, dia seperti mahu menyorok di bawah meja.
“Selamat berkenalan Zalia… saya Izhar. Duda anak dua. Harap Zalia sudi terima salam perkenalan ini”usik Izhar menambah rona-rona merah di pipi Zalia. Zalia menjeling ke arah ibunya yang tersenyum kecil sambil perlahan bangun dan duduk semula sofa. Tunduk setunduk-tunduknya.

TAMAT…
[11:35:50 PM] hos.getah: