Saturday, November 15, 2008

Pergilah Air Mata 18

“Yana. Mana you pergi?,”
“Ada,”
Badrul memandang wajah Dayana yang sedikit mencuka. Selepas pulang dari Pangkor, Dayana terus menerus cuba mengelak daripada bertemu dengannya. Membuat dia keliru dengan permintaan Dayana tempoh hari. Gadis itu seakan terus menutup mulut daripada bercakap tentang persetujuannya tempoh hari.
“You mengelak nak jumpa I ya?,”
Dayana memandang wajahnya.
“Betul kan?,”
Dayana mengeluh perlahan. Badrul tersenyum nipis.
“Kenapa? Kenapa perlu nak mengelak?,”
“Entahlah. I rasa malu pada diri sendiri,”
“Malu? Kenapa mesti nak rasa malu?,”
Dayana mengeluh panjang.
“I tak patut cakap macam tu, hari tu,”
“Cakap apa?,”
Dayana membuang pandang.
“Cakap apa?,”soal Badrul lembut.
“I tak patut cakap I nak kahwin dengan you. Just forget it, ok?,”
“Kenapa? You tak nak kahwin dengan I ke?,”
“No…,”
“So, kenapa nak lupakan pula?,”
“Bad…kita dah bincang, kan?,”
“Ya. Memang kita dah bincang. Tapi, you dah ubah keputusan you,”
“I tak sengaja. I… I marah sangat…,”
“No. You sayang sangat pada I sebenarnya. Kan?,”
Dayana mengeluh lemah.
“Kalau I sayang pun dah tak ada gunanya,”
“Kenapa pula? Kita kahwinlah,”
“Bad!,”
“Yana!,”
Dayana membuang pandang. Badrul tersenyum lebar. Perlahan dia mencapai jemari Dayana.
“I nak kahwin dengan you. Will you marry me?,”
“Bad, tak bolehlah. Wife you macam mana? Lagipun, I tak nak bermadulah,”
“Nama saja you bermadu. Tapi, sebenarnya tak. You pun tahu, kan?,”
“Keluarga I? Keluarga I tahu macam mana? You ingat mereka nak terima you kalau mereka tahu you dah kahwin? You ingat mereka nak biarkan I kahwin dengan suami orang?,”
“Family you dah tahu ke?,”
“Memanglah mereka belum tahu,”
“Senang saja. Tak payah cerita pada mereka yang I dah kahwin. Lagipun, sampai masa I akan lepaskan Sabrina tu. I pun tak suka nak seksa dia. Tapi, macam I cakap hari tu, orang macam dia tu, kena bagi pengajaran sikit,”
“Oh… nama dia Sabrina ya?,”
Badrul mengangguk.
“Cantik orangnya,”
Badrul tersenyum kecil. Perasan ada nada cemburu dalam pujian Dayana.
“I lagi suka tengok you,”
Dayana menjeling.
“Yalah tu,”
“So, kita kahwin ya?,”
Dayana mengeluh panjang
“Janganlah menolak lagi. Tak ada benda yang kita risaukan. Kita kahwin dan hidup bersama,”
“Tapi,”
“No tapi..tapi.. You balik bincang dengan parent you. I akan masuk meminang, dan kita terus kahwin. Tak payah tunggu lama-lama,”
“Err…,”
“Please Yana. I love you. I nak kahwin dengan you,”
“Nantilah I fikir,”
“I tak nak you fikir. I nak you say yes,”
“Nanti apa kata wife you?,”
“Dia tak hak untuk cakap apa-apa pun,”
“Bad! Apa pun, dia isteri you kan? kalau dia tak setuju macam mana? Kalau dia beritahu family I tentang perkahwinan you macam mana?,”
Badrul mengeluh panjang. Kata-kata Dayana petang tadi, terus mengganngunya sehingga ke saat ini. Betul juga andaian yang Dayana berikan itu. Semuanya pasti akan musnah kalau Sabrina membuat onar. Dia perlu mencari kepastian daripada Sabrina. Dia perlu pastikan Sabrina tidak menjadi batu penghalang. Dia nekad mahu mengahwini Dayana. Dia ingin menghabiskan sepanjang hidupnya dengan Dayana. Bukan dengan Sabrina. Gadis yang langsung dia tidak tahu akan latar belakangnya itu. Perlahan dia menghela nafas panjang. Sekilas dia melihat Sabrina mengatur langkah menuju ke ruang dapur.
“Sabrina!,”
Pantas gadis itu menoleh padanya. Mengerutkan kening seketika sebelum mengatur langkah menghampirinya.
“Kenapa?,”soal Sabrina sedikit hairan.
“Duduklah. Aku nak cakap sikit,”
Sabrina menurut. Kaku di kerusi sambil memandang wajah Badrul. Badrul menarik nafas seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.
“Awak nak cakap apa?,”
“Kau dah kenal Dayana kan?,”
Sabrina mengangguk. Selintas wajah gadis manis itu terbayang di kepalanya.
“Kau tahu dia siapa kan?,”
“Awak cakap, dia kekasih awak,”
Badrul diam. Memandang wajah Sabrina yang Nampak begitu bersahaja, membuat hatinya berbelah bahagi untuk berterus-terang. Bukan senang rupanya untuk meminta keizinan berkahwin lain.
“Kau dengar apa dia cakap hari tu, kan?,”
Sabrina mengangguk perlahan. Matanya tidak berkelip memandang wajah Badrul. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba Badrul sampaikan.
“Kalau aku nak kahwin dengan dia, apa pendapat kau?,”
Sabrina terpaku seketika. Sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Seketika kemudian dia mengukir senyum.
“Kenapa minta pendapat saya?,”
“Sebab aku dah kahwin dengan kau,”
Sabrina berdehem perlahan. Memandang wajah Badrul yang terlalu sukar untuk dia tebak hatinya sekarang. Adakah Badrul sedang meminta keizinan untuk dia berkahwin lagi? Tapi, perlukah lelaki itu meminta keizinannya, padahal dia bukan sesiapa pun pada Badrul. Dia suma seorang gaids yang bernasib malang yang turut menyeret sama Badruk ke dalam nasibnya yang malang itu.
“Saya rasa saya tak boleh halang pun. Kan?,”
Badrul membuang pandang.
“Saya tak akan halang,”Sabrina bersuara lagi apabila melihat riak wajah Badrul yang sedikit berubah mendengar kata-katanya. Dia yakin, Badrul tidak suka dengan kiasannya. Badrul tidak suka apabila dia seolah-olah berteka-teki.
“Cuma satu saja,”
“Cuma apa?,”pantas Badrul bertanya.
“Kalau awak dah kahwin dengan Dayana, awak lepaskan saya ya?,”Sabrina bersuara lembut.
“Kenapa? Dah tak sabar nak balik ke pangkuan kekasih hati kau ke? Jangan mimpi. Aku tak akan lepaskan kau semudah itu,”
Wajah Sabrina berubah serta-merta. Tersentap dengan mood Badrul yang juga berubah tiba-tiba. Salahkah permintaannya. Dia memandang wajah Badrul dengan riak wajah yang cukup keliru. Sikap Badrul memang terlalu sukar untuk dia fahami.
“Dah tu, takkan Dayana tu nak bermadu dengan saya. Mesti dia tak nak, kan?,”
“Dia setuju, kalau kau setuju sembunyikan hubungan kita. Jangan beritahu sesiapa. Terutama keluarga dia,”
Sabrina menahan nafas.
“Dia yang cakap macam tu?,”soalnya lambat-lambat. Badrul mengeluh panjang.
“Bukan. Aku yang cakap. Sebab dia bimbang sangat kalau kau tak setuju aku kahwin dengan dia. Dia bimbang kalau kau hebahkan status kita pada keluarga dia. So, aku Tanya kau sekarang, kau ada apa-apa masalah ke, kalau aku kahwin dengan Dayana?,”
Sabrina menggeleng perlahan. Tidak berani membuka mulut apabila suara Badrul sudah berubah nada. Sekejap elok, sekejap tidak layanan lelaki ini padanya.
“Aku Tanya ni, jawablah. Jangan diam macam tu,”
“Tak. Saya tak kisah. Awak kahwinlah,”laju Sabrina menjawab. Badrul tersenyum lega. Sabrina mengangkat punggung.
“Kau nak ke mana tu?,”
“Masuk. Awak dah habis cakap kan?,”
“Ada aku cakap dah habis ke?,”
“Belum ke?,”soal Sabrina melongo.
“Duduk,”
“Okay,”jawab Sabrina sepatah sambil melabuhkan semula punggung ke kerusi. Melihat Badrul mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Badrul membuat satu panggilan. Sabrina pula terkebil-kebil. Tertanya-tanya apa yang Badrul ingin katakan lagi.
“Nah,”
“Apa ni?,”soal Sabrina hairan apabila Badrul menghulurkan telefon bimbitnya.
“Katak,”
Sabrina menjeling.
“Jawab,”arah Badrul tegas.
“Kenapa? Siapa ni?,”
“Dayana. Kau beritahu dia sendiri, kau tak kisah kalau dia kahwin dengan aku. Dia tak akan yakin kalau aku yang beritahu dia,”
Sabrina diam. Perlahan mencapai telefon di tangan Badrul. Perlahan juga dia melekapkan telefon ke telinga.
“Hello… cakaplah. You kenapa ni, Bad? Kenapa diam?,”
Sabrina kelu tiba-tiba. Memandang Badrul yang selamba memerhatinya.
“Bad… jangan main-main dengan I, boleh tak? I tak sukalah. Kalau nak cakap, cakap ajelah. Kalau tak, I letak telefon ni,”
“Assalamualaikum,”
Diam. Tiba-tiba suara Dayana hilang. Sabrina kerutkan kening.
“Cik Dayana?,”
“Awak ni siapa?,”
“Saya…saya Sabrina,”
Diam lagi. Sabrina memandang Badrul. Tidak tahu apa yang hendak dia bualkan dengan Dayana. Dia yakin, Dayana tidak mahu bercakap dengannya.
“Awak nak apa?,”
Sabrina menarik nafas perlahan mendengar soalan Dayana.
“Bad tahu ke awak call saya ni?,”
“Tahu,”
“Tahu? Mana dia?,”
“Ada depan saya ni,”
“Apa hal awak telefon saya?,”
“Saya…Saya nak cakap. Saya tak kisah kalau awak kahwin dengan Badrul,”
Dayana diam lagi.
“Cik Dayana…,”
“Kenapa awak tak kisah? Badrul kan suami awak. Kenapa awak nak kongsi dia dengan saya?,”
“Antara saya dengan dia mungkin satu kesilapan. Tapi, takkan sebab kesilapan tu, awak dengan Badrul mesti merana. Kan?,”
“Betul awak tak kisah?,”
“Betul,”
“Awak dengan Badrul… awak pernah…,”
“Tak mungkinlah. Badrul tak sukakan saya. Dia Cuma sukakan awak. Saya Cuma nak cakap, saya tak kisah kalau awak kahwin dengan Badrul,”pantas Sabrina menjawab. Faham akan maksud soalan Dayana.
“Awak tak kisah ke, terpaksa sembunyikan status awak? Terpaksa nafikan hak awak sebagai seorang isteri?,”
“Mana saya ada hak itu, Cik Dayana,”
“Awak tak kisah?,”
Sekali lagi soalan Dayana melekat di telinga Sabrina.
“Saya tak kisah,”
Talian putus tiba-tiba. Sabrina termangu.
“Dia letak phone,”ujarnya sambil menghulurkan semula telefon milik Badrul.
“Apa dia cakap?,”
“Entah. Dia terus letak phone. Ada apa-apa lagi ke?,”
“So, aku akan kahwin dengan Dayana. Dan, family dia tak boleh tahu yang kau ni, isteri aku. Faham?,”
Sabrina membuang pandang.
“Hello. Aku cakap dengan kau ni,”
“Suka hati awaklah. Awak yang nak kahwin, bukan saya,”
“Okay. Nanti aku akan cakap dengan mama dan abah,”
Sabrina diam sambil tertunduk.
“And… terima kasih, Ina,”
Sabrina mengangkat muka. Nada suara Badrul berubah lagi. Menjadi lembut dan menyejukkan hatinya. Dia tersenyum kecil.
“Tak ada hal pun pada saya. Saya tak nak sebab peristiwa ni, awak hilang kebahagiaan awak,”
Badrul tersenyum kelat mendengar kata-kata itu. Sabrina sedang cuba mengumpan perasaannya ke? Sabrina cuba membuat dia serba-salahkah? Tidak! Keputusan ini adalah muktamad. Dia mahu mengahwini Dayana. Dia tidak boleh terpengaruh dengan kata-kata hiba Sabrina. Barangkali ini semua Cuma satu lakonan gadis itu.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dulu ya?,”
Badrul mengangguk perlahan. dalam diam dia berterima kasih pada gadis itu. Walaupun menyakitkan hati, Sabrina telah memberinya kebahagiaan yang dia dambakan. Sabrina member dia kesempatan untuk dia hidup bersama dengan gadis yang dia cintai.
****
[11:35:50 PM] hos.getah: