“Tak seuntung itu, Nim. Aku ni kan… macam
keluar dari buaya aku masuk dalam mulut harimau. Lepas lari dari mulut harimau,
aku terjatuh pulak dalam masuk dalam mulut naga. Naga berapi…,”
Tasnim
tergelak besar.
“Uishh…
sampai berapi. Dia ada sembur api tak?,”
Arisa
diam. Sekadar memandang Tasnim yang tergelak panjang. Perlahan dia menghela
nafas.
“Bukan
setakat sembur, dah kena bakar sekali dah agaknya…,”balasnya tidak bersemangat.
“Tapi,
oklah tu, Rissa. At least, ada juga
yang sudi menolong dalam keadaan macam ni. Kau patut bersyukur tau,”
Arisa
tergelak. Aneh rasanya. Dia sepatutnya berasa bersyukur atau berasa menyesal?
Wajah Tasnin yang kehairanan, dipandang agak lama.
“Dia
paksa aku kahwin dengan dia, then dia
akan tolong selesaikan masalah aku ni. Kau rasa aku patut rasa bersyukur ke?,”sambil
rendahkan suaranya, dia menjenguk ke dalam. Tidak mahu adiknya mendengar
ceritanya itu..
Tasnim
terkebil-kebil.
“So, kau terima ke? Bos kau tu hensem ke?
Dah kahwin ke belum? Kaya? Mestilah kaya. Tak kaya takkan jadi bos,”
Melihat
riak teruja Tasnim, Arisa kerutkan kening.
“Ini
bukan soal kaya atau hensem,”nada suaranya sedikit ditekan.
“Dah
tu?,”
“Ini
soal maruah Nim. Maruah aku. Kalau aku terima bermakna aku letak maruah aku kat
bawah tapak kaki dia. Kalau aku tolak, aku letak diri aku… adik-adik aku… dalam
masalah besar,”
“Kenapa
sampai macam tu sekali?,”
“Sebelum
ni, dia cuba nak jadikan aku teman dia berhibur. Aku sakit hati, aku cabar dia
kahwin kalau dia kemaruk sangat dengan aku,”
Tasnim
tergelak.
“Berani
kau…,”
“Aku
saja nak buat dia menyampah kat aku. Dia tu player
hebat takkan dia nak ikut cadangan bunuh diri macam tu,”
“Okay,
dah dapat semua info,”
Arisa
memandang. Tidak faham dengan patah kata yang baru meniti di bibir sahabatnya
itu.
“Dapat
apa?,”
“Player hebat mesti handsome. Kan? So, kaya,
handsome dan sah-sah belum berkahwin. Oraitlah tu,”
Arisa
menjeling taham.
“Dah
tu, apa keputusan kau?,”
Arisa
menjongket bahu. Memang keputusan sudah pun dia ambil. Tetapi, hakikatnya dia
tidak tahu keputusan yang telah dia ambil itu adalah keputusan yang paling
tepat atau paling silap. Melihat Arisa membisu tanpa jawapan, Tasnim mengeluh
kecil.
“Beritahulah.
So, kau nak terima?,”
“Gila
aku nak terima?,”
“Tak
terima maknanya kau tolak?,”
“Aku
boleh jadi gila kalau aku tolak…,”
Tasnim
diam seketika.
“Okay… sekarang aku yang gila
dulu…,”
Arisa menarik nafas sedalam mungkin. Surat di
tangannya diletakkan perlahan di atas meja.
“Are you serious?,”perlahan dia utarakan soalan
itu. Kali ini, soalan itu benar-benar datang daripada akalnya yang mula serius
melayan tingkah Zariff yang tidak masuk akal.
“HIV
negative. AIDS sah-sah tak akan ada.
Penyakit kelamin juga tak ada. So?,”
Arisa
menelan liur. Tiba-tiba terasa berpasir. Zariff tergelak panjang.
“Actually, I tak perlu buat ujian ni
semua. I am clean, okay. Tapi, sebab you yang minta, so, I adakan. Sekarang, boleh kita tetapkan tarikh?,”
Kali
ini memang tidak tertelan liur rasanya. Arisa mula gelisah. Sebelum ini dia andaikan
barangkali Zariff serius, namun, dia lebih yakin Zariff tidak akan serius
dengan usulnya. Tetapi, apabila Zariff datang bersama keputusan ujian
kesihatan ini, dia mula lemah lutut.
Yakin benar Zariff sangat-sangat serius dengan rancangannya.
“Hmmm?
Kenapa diam ni? Diam tanda setuju ke?,”
Pantas
Arisa mengangkat muka. Kepalanya tiba-tiba rasa berat. Mahu pitam dengan
situasi yang sangat-sangat tidak dijangka ini.
“Encik
Zariff melamar saya ke ni?,”
Zariff
menjongket bahu.
“So, please say yes…,”
Arisa
mula menggosok dagu. Membetulkan duduk sambil pandangan matanya melekat kemas
pada wajah Zariff. Wajah itu nampak tenang. Tidak segundah perasaannya saat
ini.
“Okay…
macam ni. Kita ulang semula mainan mengarut kita pelan-pelan ya. Semua yang
saya cakap sebelum ni… semuanya… semua tu keluar dari mulut saya, tanpa saya
fikir dulu. Jadi, boleh tak kita lupakan semua ni? Please….?,”
Zariff
tergelak.
“Pernah
dengar satu peribahasa?,”
“Hah?,”
Terkebil-kebil
matanya memandang Zariff yang tersenyum sambil perlahan mengangkat punggung.
Bergerak menuju ke jendela sambil menarik tirai. Memandang keluar untuk
seketika.
“Terlajak
perahu boleh diundur… terlajak kata badan binasa…something like that…,”ucap Zariff tanpa menoleh. Cuma senyum tersimpul
kemas di bibir.
“Pernah
dengar?,”soalnya sambil berpaling. Kembali mencari wajah Arisa yang sudah
menggelabah.
“Tapi,
I’ll make sure you tak akan binasalah.
You akan bahagia…,”nada suara
direndahkan sambil matanya dikenyit nakal.
Arisa
menelan liur.
“Kenapa
Encik Zariff nak sangat kahwin dengan saya? Kita bukannya saling kenal pun.
Saya kerja kat sini pun baru beberapa bulan. Kenapa?,”Arisa bertanya untuk
mencari sebab yang lebih rasioanal untuk tindakan Zariff.
“Sebab
you satu-satunya perempuan yang tak
dapat I keluarkan daripada otak I. Okay jawapan tu?,”
“Kalau
saya tak nak?,”
“I dah cakap. And, I tak akan ulang sekali lagi,”
Arisa
diam. Jadi, tawaran yang dibuat juga barangkali serius.
“Saya
kahwin dengan Encik Zariff dan masalah saya dengan majikan lama saya,
selesai?,”
Zariff
mengangguk. Itulah syarat yang dia letakkan. Hari ini, dia perlukan kata putus.
Sudah patut ditamatkan rasanya tempoh untuk dia bermain tarik tali dengan
Arisa.
“Encik
Zariff ambil kesempatan pada saya kan? Pada keadaan saya…,”
“You boleh twist. You boleh anggap you yang ambil kesempatan pada I. I tak kisah. Kalau you keberatan nak jadi mangsa, I sudi…,”
Arisa
membuang pandang.
“Ada
pilihan lain?,”akhirnya dia bersuara perlahan.
“Beginilah.
You duduk dan fikir. Masa tak akan
tunggu you. Dalam tempoh paling lama
pun, empat belas hari you memang kena
selesaikan semua hutang you tu. Kalau you
delay, you nak turun naik mahkamah? Kalah dan tambah lagi beban duit you? Time is running out, my dear… think…,”sedikit provokasi dihembus ke
telinga Arisa. Sengaja mahu meletakkan Arisa di dalam keadaan tertekan apabila
menyedari Arisa masih keberatan untuk menerima cadangannya.
Arisa
membeku. Sebaik masalah itu yang dibangkitkan, hatinya kembali tidak tenang.
Kembali ligat memikirkan nasib adik-adiknya. Haruskah dia bersetuju? Dengan
bibir yang terkunci, dia mendongak memandang wajah Zariff. Zariff berdiri
hampir dengannya sambil berpeluk tubuh. Daripada tawaran menjadi teman
berseronok, kini tawaran itu telah berubah menjadi isteri. Dan, pastinya menjadi
isteri untuk berseronok. Itu yang dia tidak mahu! Bersetuju sama sahaja dengan
dia mencampak maruahnya. Tidak bersetuju, bermakna dia bawa adik-adiknya terjun
ke dalam masalahnya.
“Saya…
saya tak tahu. Saya confused,”akhirnya
lemah Arisa bersuara. Tunduk sambil memangku kepala. Hari ini, hilang taringnya
untuk bangkit melawan Zariff. Cuma bibir matanya mula memberat.
“Setuju.
Mudah saja,”
“Dan
hancurkan maruah saya?,”tingkah Arisa perlahan.
“Arisa…
kita tak bincang soal maruah di sini. Apa yang sedang kita bincangkan ialah
satu situasi yang menunjukkan kita saling memerlukan. That’s all. I perlukan you
and you perlukan I. Kita cuma
saling melengkapi. It just as simple as
that. You tak payah nak kusutkan fikiran, fikir jauh-jauh,”
Arisa
menggeleng perlahan.
“Benda
ni tak semudah tu, Encik Zariff,”
Zariff
mengeluh perlahan.
“You know something? I tak faham, kenapa you pentingkan sangat soal maruah
apabila you sendiri dah terperangkap
dengan lelaki sampai macam ni sekali. Kalau you
takut I akan jadi macam bos yang nak
saman you tu, you jangan risau. I tak
macam tu. And, believe me.. whatever
happened between you and your boss dulu…
I just don’t care. I tak nak tahu and
I tak akan ambil tahu. I want you… not
your maruah…Faham?,”
Arisa
diam berfikir. Barangkali dia perlu ketepikan soal maruah. Juga ketepikan soal
prinsip. Tetapi, menerima Zariff? Dia mengeluh. Berat. Dan, pandangan Zariff
padanya, tetap sama. Tetap rendah. Maruah yang cuba dia pertahankan, sebenarnya
tidak pernah ada di mata Zariff barangkali.
“Beritahu
saya, apa yang ada dalam kepala Encik Zariff sekarang?,”dia mula berlembut.
Mungkin ada pertimbangan yang perlu dibuat.
Zariff
tersenyum lebar.
“Good. Kalau dari tadi macam ni… kan
bagus,”ceria suaranya sambil bergerak semula ke kerusinya.
“Okay… macam ni. I nak kita nikah. Tapi, I
tak boleh announce pada semua tentang
pernikahan kita,”
“Encik
Zariff cuma nak saya jadi perempuan simpanan yang halal?,”
Zariff
diam. Berfikir sejenak. Itukah yang dia mahu?
“Tak
baik permainkan ikatan perkahwinan macam tu,”Arisa menokok lagi. Namun dia
tidak pasti kata-kata itu tertuju pada Zariff atau pada dirinya sendiri yang
dirasakan sudah sedikit goyah. Tewaskah dia pada rancangan Zariff ini nanti?
“Do I have a choice?,”
“Saya
tak tahu,”jawab Arisa bersama gelengan kecil. Tertunduk seolah ada beban yang
memberat di atas kepalanya.
“I dah penat nak main tarik-tarik tali
macam ni. And, for your information,
kalau perempuan lain buat perangai macam you,
sebelah mata pun I tak pandang,”
Arisa
mengangkat muka.
“Kenapa
tak samakan aje saya dengan perempuan lain tu?,”
Zariff
menjongket bahu. Bersandar pada kerusi tanpa memberi jawapan. Bagaimana caranya
untuk dia menjawab, kerana sehingga ke saat ini pun, dia sendiri masih tertanya-tanya
sendiri kenapa begitu kuat tarikan Arisa untuk mengikatnya. Kerana nafsu?
Rasanya bukan itu sebab utama. Kalau dia mahukan Arisa yang kerana tuntutan
nafsunya, sudah lama saranan Najman dia praktikkan. Dia boleh berbuat apa
sahaja. Dia mampu berbuat apa sahaja kalau dia benar-benar nekad. Sudahnya,
yang diberi hanyalah sekuntum senyum.
“Yes… or
no…. you aman kalau you cakap yes. You huru-hara kalau you cakap no. So, tell me,”
“Ada
syarat?,”soal Arisa lambat-lambat. Menyesali tiap patah perkataannya saat ini,
namun, hatinya mendesak untuk dia berbuat begini. Cuma ini caranya. Cuma ini
jalannya.
Zariff mencemik sambil menjongket bahu.
“I tak ada masa nak fikirkan syarat. You nak syarat ke?,”
“Sampai bila
kita… maksud saya kalau kita kahwin…kita kahwin untuk berapa lama?,”
Sekali lagi
Zariff menjongket bahu.
“Kita
kahwin… kahwinlah. Kenapa nak tentukan tempoh pula? Maybe sehingga I jumpa
perempuan lain? Yang punya aura macam you
juga?,”
Arisa
mengetap bibir. Zariff tergelak.
“Kidding. I tak nak fikir sangatlah pasal
tu. Okay? Yang penting, you kahwin
dengan I, I bagi you duit… dan kita simpan rahsia ni
baik-baik. Itu saja,”
“Rahsia
apa? Siapa kahwin? Duit apa?,”
Arisa
tersentak. Zariff turut mendongak. Terkejut dengan suara itu.
“You tak kunci pintu?,”bisik Zariff geram
sebaik melihat Saera tercegat di pintu biliknya.
“Lately gatal Encik Zariff lain macam. So…,”
“Arisa….,”Zariff
menyampuk geram. Geram yang bukan sedikit. Saera semakin mendekat dengan wajah
yang cukup serius.
“Tell me. Siapa yang nak kahwin? Siapa
pula yang dapat duit?,”
“Kak
Saera. You patut ketuk pintu,”
“Yes, I am. Tapi, nasib baik I tak rasa nak ketuk pintu bila tengok
pintu ni tak tertutup rapat. Tell me
Zariff… apa agenda kau orang ni? Akak bertanya bukan sebagai staff. Akak bertanya sebagai seorang
kakak. Seperti mana yang kamu anggap selama ni,”
“Bahagia?,”tebaknya
laju.
“Lega,”
Senyum Tasnim hilang perlahan-lahan.
“Lega sebab hutang duit aku dah
selesai. Cuma, tunggu hutang budi yang buat aku terjual body ni aje yang belum selesai. Selesai yang ni, double aku punya lega,”
“Ish kau ni. Jangan cakap macam
tulah,”
Arisa tersenyum hambar.
“Walau aku tak cakap pun, kenyataan
ni berat terbeban dalam hati aku…kau sendiri tak sanggup nak dengar, apa lagi
aku yang terpaksa tanggung semua tu,”
“Tapi, dengan Zariff
sekurang-kurangnya kau tak rampas hak orang. Tak perlu nak berkongsi dia dengan
sesiapa. Kan? And, yang paling
penting, kau boleh ubah keadaan. Kau orang berdua dah jadi suami isteri.
Senanglah nak tambat hati masing-masing. Mainkan peranan sikit, biar Zariff tu
jatuh cinta pada kau,”
“Tak naklah aku. Aku serik dengan
cinta… dengan sayang ni. Aku selesa begini,”
“Begini? Begini macam mana?,”
“Beginilah. Bebas. Aku tak perlu nak
sakit hati fikir suami curang. Tak payah nak makan hati kalau suami buat
perangai. Sampai masa dia lepaskan aku, aku boleh sambung hidup aku dengan
adik-adik aku. Cuma itu yang aku mahu. Aku dah tak harap lebih dalam hidup ni,”
“Kau biar betul. Takut aku dengar.
Cinta tu penting nak bagi hidup kita bernyawa, tahu tak? Jangan matikan
perasaan sampai macam tu sekali. Kau kena ingat, walau pun Radhi pernah
hancurkan kepercayaan kau, dan Encik Karim pula pernah buat kau hilang
kepercayaan pada keihklasan dia… tapi, tak semua lelaki macam tu. Tak
semestinya Zariff macam tu,”
Arisa tersenyum lebar. Barangkali
Tasnim terlupa akan sesuatu.
“Tolak satu keburukan saja. Zariff
bukan pisau cukur macam Radhi. Tapi, kau jangan tak tahu Zariff tu kombinasi
Radhi dan Encik Karim. Kaki perempuan macam Radhi… juga bijak ambil kesempatan
macam Encik Karim. Kau berani nak main perasaan dengan orang macam tu? Kalau
tak kuat, baik lupakan,”
Tasnim terdiam. Perlahan mengangguk
bersetuju dengan kata-kata Arisa.
“Tapi, tak salah kalau kau cuba. Dia
sanggup jadi suami kau, itu bermakna memang dia serius dengan kau,”
“Kalau dia serius dengan aku, dia
tak akan rahsiakan perkahwinan kami,”
Kali ini, Tasnim mengeluh perlahan.
“Pening aku fikir hal kau ni. Apa
pun, aku doakan yang terbaiklah untuk kau. Buat masa ni, dia tak ada buat hal
belakang kau kan?,”
Arisa tersenyum kelat sambil
menjongket bahu. Soalan Tasnim mengingatkan dia pada ibu Zariff yang muncul di
pejabat bersama seorang gadis cantik beberapa hari yang lalu. Cukup ceria
wanita itu memperkenalkan bakal menantunya. Di situ sudah jelas Zariff ada
membuat perancangan di luar pengetahuannya.
“Radhi pula macam-mana? Kalau dia
ganggu kau lagi, beritahu aje suami kau. Aku yakin dia mesti dapat halang
Radhi,”
“Zariff? Nak halang Radhi? Sejak
bila pula dia jadi hero aku? Hal dia tak seiring dengan hal aku. Dalam erti
kata lain, aturan hidup aku, pandai-pandailah aku jaga, dan aturan hidup dia,
langsung tak ada kena mengena dengan aku. Bila dia tak sudi pun nak berkongsi
hal dia dengan aku, takkan aku terhegeh-hegeh nak bercerita pasal masalah aku
pada dia. Silap hari bulan dia ingat aku saja nak ambil kesempatan,”
“Takkanlah sampai macam tu?,”
Arisa mengangguk perlahan.
“Lagipun aku rasa semua ni dah tak
lama,”
“Kenapa kau cakap macam tu? Zariff
dah nak lepaskan kau ke?,”lambat-lambat Tasnim bertanya.
Arisa menggeleng.
“Dia belum cakap apa-apa. Tapi, dia
dah nak bertunang. Takkan dia nak simpan aku lagi, kan?,”
“Hah?! Bertunang? Suami nak bertunang,
kau tak rasa apa-apa ke? Siapa pula bakal tunang dia tu? Dia beritahu kau dia
nak bertunang?,”
Soalan yang bertalu-talu itu spontan
menjemput gelak Arisa.
“Mak dia ke office bawa bakal menantu hari tu. Mak dia yang beritahu aku. Dia
tak cakap apa-apa pun. Tapi, bukan salah dialah sebab dari awal lagi dia memang
tak nak aku masuk campur dalam urusan peribadi dia. Lagi pun apa pentingnya dia
nak beritahu aku semua tu?,”
Tasnim diam sambil mengerutkan
kening.
“Pilihan mak dia ke? Tak bolehlah
buat kesimpulan melulu. Mungkin mak dia aje yang lebih-lebih tapi dia tak
nak?,”
“Kau ni, kenapa positif sangat ni?
Dah terpikat sangat dengan rupa Zariff tu ya? Yang baik-baik aje kau fikir
pasal dia ya?,”dalam senyum panjang, dia ajukan soalan. Sedikit kelakar dengan
soalan-soalan Tasnim yang terlalu berbaik sangka. Tasnim tersengih.
“Tak adalah sampai macam tu. Tapi,
aku kan kawan kau. Aku cuma nakkan jodoh kawan aku berpanjangan. Itu saja. Tak
mustahil kan? Kalau dia sukakan kau dan tak sukakan bakal tunang dia tu?,”
Arisa tergelak besar.
“Tak suka? Seminggu lebih dia hilang
sebab sibuk dengan plan nak bertunang dia tu… mestilah dia nak. Perempuan macam
tu punya cantik, boleh playboy macam
Zariff tu cakap tak nak? Cantik, bijak…dan yang paling penting… anak dara.
Bukan macam aku. Aku sanggup terjun dalam longkang depan tu kalau Zariff tak
nak, tahu tak?,”
“Terjunlah sekarang,”
Laju Arisa menoleh. Zariff tercegat
di belakangnya sambil berpeluk tubuh. Membuat Arisa terus terdiam. Tasnim
tunduk sembunyi senyum.
“Boleh join?,”
“Silakan…silakan…,”laju Tasnim
mempelawa. Zariff tersenyum sambil menarik kerusi. Melabuhkan punggung di
hadapan Arisa yang masih diam mengunci mulut.
“Seronok mengumpat I, ya?,”
Arisa mengangkat muka. Tersenyum
kelat tanpa menjawab.
“Mana ada mengumpat. Bercerita sikit
je,”Tasnim bersuara sambil tergelak kecil.
“So,
cepatlah,”
Arisa kerutkan kening. Membawa
isyarat bertanya cuma lewat kening yang sedikit terangkat. Zariff turut
mengangkat kening sambil bibirnya dimuncungkan ke arah luar restoran.
“Terjun longkanglah,”arahnya bersama
senyum.
Tasnim tergelak besar. Arisa menarik
muncung. Zariff tersenyum lawa.
“Berani ke?,”
“Kalau ya pun awak nak bertunang…
nak kahwin lain, janganlah bagi saya mati lemas dalam longkang tu. Adik-adik
saya siapa nak jaga nanti?,”
Tawa Tasnim semakin menjadi-jadi.
Zariff pula diam terkedu. Arisa tersenyum dengan wajah tidak bersalah.
“Lawaklah kau orang berdua ni. Dah,
aku tak nak ganggulah perang manja suami isteri ni. Aku balik dulu. Ni… kau
belanja ya?,”ujar Tasnim sambil jarinya lentik menunding mangkuk mee kari dan
minumannya.
“Yalah,”
Dalam senyum yang masih melebar,
Tasnim mengangkat punggung.
“Jangan kau betul-betul terjun dalam
longkang tu pulak. Busuk tu. Nanti keluar surat khabar, perempuan cantik terjun
longkang sebab suami nak kahwin lain,”
Arisa jegilkan mata sementara Zariff
tergelak kecil.
“Jangan risau. Kalau dia nak terjun
pun, I cepat-cepat selamatkan dia,”
“Bukan you jump… I jump ke?,”
“Dalam longkang tu? Tak mungkinlah.
Tapi, kalau dalam bathtub I
sanggup aje nak you jump… I jump,”
Arisa ternganga. Tasnim menjerit
kecil.
“Tak nak dengar…tak nak dengar…,”
Zariff tergelak besar.
nantikan ke versi novel Insyaa ALLAH tak lama lagi :)