Thursday, February 20, 2014

NOVEL MUNGKINKAH?

Novel terbaru yang akan berada di pasaran pada Mac 2014






sudah boleh mula order terus dengan kaki novel


sedikit daripada Mungkinkah?


“Dapat?,”
“Tak dapat. Kenapa susah sangat soalan ni?,”Syikin sudah merungut sambil menggaru kepala. Arisa tersenyum lucu.
“Mana? Meh Kak Long tengok,”balasnya sambil menarik buku latihan Syikin. Baru diselak, telefonnya berbunyi lagi. Ada mesej lagi. Dia mengeluh perlahan. Sebelum mesej dibuka, matanya terlebih dahulu terarah ke wajah Zariff yang selamba.

[Teringin nak makan somethinglah. Takkan air je kot?]

Arisa mengetap bibir. Mula terganggu dengan SMS demi SMS daripada Zariff.

[Dafi keluar beli burger. Kalau tak nak tunggu, awak boleh keluar cari apa2 je yang awak nak makan. Nasi pun ada kat dapur kalau awak nak makan lagi]

Kali ini SMS lelaki itu dibalas sambil matanya tajam memandang Zariff yang santai memegang telefon bimbitnya.

[burger je? Tak best]

[dah tu awak nak apa?]

Agak lama dia memegang telefon bimbit menanti jawapan daripada Zariff. Terasa bodoh pula melayan kerenah Zariff.

[nak you boleh? Dari sampai tadi, I terabai ni]

Arisa mengangkat muka. Zariff melebarkan senyuman sambil mengangkat kening.

[jgn mengada2. Saya nak ajar Syikin buat homework. Jangan kacau boleh tak?]

[I tak kacau. You yang balas. You yang layan]

Arisa ternganga. Terkena dek permainan Zariff.

“Kak Long. Homework adik ni macam-mana? Asyik mesej-mesej je. Abang, tengok Kak Long ni main mesej-mesej. Cuba tengok dia mesej dengan siapa?,”
Zariff tergelak besar. Arisa mencuka. Tajam memandang ke arah Zariff yang sedang menaip sesuatu. Pasti ada lagi SMS untuknya. Dan, telahannya betul. Satu lagi SMS diterima.

[ I miss you...]

Arisa mengeluh perlahan sambil mengangkat punggung. Bergerak mendekati Zariff yang terbaring di sofa.
“Rindu saya ya?,”soalnya perlahan sambil tersenyum manis.
Zariff terkebil-kebil. Memang dia rindukan perempuan yang sudah bergelar isterinya ini, tetapi dia tidak mengharapkan respon sepantas ini. Dia bergerak ke belakang apabila Arisa semakin mendekat. Mula cuak apabila sedar mata Syikin sedang memerhati.
“Ok... I tahu you pun rindukan I, but, jangan kat depan Syikin,”Zariff berbisik perlahan. Arisa tersenyum. Lembut merenung mata Zariff sambil tangannya pantas mencapai telefon di tangan Zariff. Sebaik telefon sudah berada di tangannya, segera dia bangkit. Kembali kepada Syikin. Aman. Syikin tergelak.
“Hey!,”
“Okay. Sekarang kita sambung balik,”Arisa bersuara sambil memandang wajah Syikin yang kembali berkerut memandang buku latihannya. 
“Phone I, Arisa,”
“Siap buat kerja sekolah Syikin, saya bagi balik,”
“Tapi, I nak call client lah,”
“Client awak boleh tunggu,”
“You...,”
Arisa mengangkat kepala untuk ke sekian kalinya.
“Saya kurung awak dalam stor, nak?,”
Zariff kerutkan kening.



......




“Saya tak tahulah apa sebabnya Encik Zariff suka cakap seolah-olah saya ni perempuan yang tak ada harga diri. Tapi, untuk pengetahuan Encik Zariff, saya bukan macam tu. Saya tak suka nak berpeleseran tak tentu hala. Saya bukan jenis yang suka paut lengan lelaki sana, peluk pinggang lelaki sini. Jadi, kalau boleh Encik Zariff tolonglah hormat saya sebagai seorang perempuan,”

            “Ye ke? Kenapa I rasa macam susah nak percaya?,”
            “Terserah apa pun pandangan Encik Zariff. Saya tak boleh nak paksa. Tapi, saya minta tolong jangan ganggu saya macam ni lagi. Saya perlukan kerja ni…,”
            “And I perlukan you,”
            “Carilah perempuan lain,”
            “You tahu tak dah berapa lama I tak pandang perempuan lain?,”
            “Dalam tiga jam? Sebab saya baru tengok Encik Zariff keluar lunch dengan perempuan tadi. And, Encik Zariff tak pejam mata,”
            Spontan dia tergelak. Teringat pada jawapan selamba Arisa semalam. Selamba dan pedas. Kadang-kadang, apa yang pernah dia lihat sebelum ini tidak mencerminkan sikap sebenar Arisa yang kini sudah berada di hadapannya. Kalau benar Arisa tidak seperti yang tergambar di kepalanya, kenapa wujud adegan di restoran dulu? Kenapa sampai pipi gebu itu ditampar kuat? Kenapa sampai Arisa dimalukan sebegitu di khalayak ramai? Dan, kenapa Arisa berhenti kerja dengan jumlah hutang yang cukup besar dengan bekas majikannya? Menurut Saera, jumlah hutang Arisa tidak kecil. Kalau memang tidak ada apa-apa hubungan di antara Arisa dan bekas majikannya, mustahil wujud aksi serang-menyerang daripada isteri bekas majikannya. Dan, kalau memang tiada hubungan apa-apa di antara mereka, mustahil datang surat begini ke tangan Arisa. Dia yakin, surat ini datang bersama rasa tidak puas hati.


......
      

Zariff ternganga. Terus kaku di tepi meja. “What is that?!”

Arisa mendongak. Sedikit terperanjat dengan kehadiran Zariff yang tiba-tiba, juga hairan melihat Zariff masih kaku berdiri dengan wajah yang pelik. “What?”

“You masak apa?”

“Sup kaki ayam. Mak Tasnim yang bekalkan tadi. Nak? Duduklah.”

Nak?! Dia belum gila untuk duduk menghadap kaki ayam yang penuh di dalam mangkuk.

“No! Alihkan benda alah tu,” suruhnya dengan nada yang tegas.

“Kenapa? Tengok sup tu macam tengok hantu. Awak takut kaki ayam ke?” Arisa bertanya sambil tersenyum. Lucu melihat ekspresi wajah Zariff.

“Jomlah makan abang. Sedap ni…” pelawa Syikin sambil menggigit kaki ayam di tangan. Kemudian roti di tangan dicelup ke dalam kuah sup.
Zariff menyeringai ngeri. Juga geli melihat jari-jari kecil ayam yang masuk ke dalam mulut Syikin. Hilang terus seleranya.     



kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan terus dari saya, boleh berhubung dengan saya melalui facebook dan boleh emailkan ke ordernovelbymtb@gmail.com 

8 comments:

cactaceous opuntia said...

yeayy..akhirnye mungkinkah akn keluar...

hasiza bt abdullah said...

assalamulaikum.akhirnya cerita ni keluar juga dah lama saya menunggu. Bila akan berada di pasaran

kb said...

Bila Ada jual Kat popular yet?

IVORYGINGER said...

Assalamualaikum... Kak Hanni... Tahniah, akhirnya terbit dah ceta ni. Lama sy tggu tau. huhuhu... Can wait to get it ASAP. Ti sy nk order kat kak hanni.

Nonie My said...

Dh order dr kakinovel last 2 weeks tapi x ada stok.kena tunggu cetakan baru.huhuhu....x sabar nk tunggy....

celoretcute said...

baru selesai bc MUNGKINKAH?...xmmpu nk bhnti bl dh mula bc...olahan yg sgt baik shgga mresap ke hati..Tahniah HR...xsabar nk tggu novel yg strusnya..bmula dgn KUSERU RINDU ITU..kini sy ad ksemua nvl HR..

aNAiTekUReRU said...

SALAM CIK HANNI,

Saya suka baca novel awak. First novel yg ada dalam koleksi saya ialah "Biarlah YM Berbicara". Interesting and rationale!!!!

Untuk novel "Mungkinkah" saya rasa OK cuma part yang nak berterus terang dengan Zariff tu macam terlalu cepat..with all things happen at the same time...but anyway..I support you..

-Suhana-

fauziah saibun said...

best....x terucap dgn kata2...Biarlah YM Berbicara...1st novel yg buat saya jatuh cinta dgn nukilan anda....moga akan ada lg...

[11:35:50 PM] hos.getah: