Monday, September 5, 2011

Mungkinkah? 6


                “Macam-mana hidup?,”
            Arisa mengerutkan kening. Matanya yang seketika tadi leka dengan kesibukan manusia yang sibuk membeli-beli kini teralih pada Tasnim. Hairan mendengar soalan temannya itu. Wajah Tasnim yang leka meneguk minuman dipandang agak lama.
            “Maksud kau?,”
            “Yalah. Hidup bebas daripada bekas suami kau tu. Bagaimana rasanya sekarang?,”
            Arisa tersenyum nipis. Menolak gelas jus tembikai yang sudah tinggal separuh. Bagaimana rasanya hidup tanpa gangguan Radhi? Barangkali tiada perkataan yang mampu menjelaskan bagaimana perasaannya sekarang.
            “Aman,”akhirnya sepatah perkataan itu diluahkan bersama senyum panjang.
            Tasnim tergelak halus. Memandang wajah Arisa yang jelas sudah berubah sedikit ceria. Jelas kehidupan baru Arisa jauh lebih baik.
            “Sepatutnya dari dulu lagi kau buat keputusan macam ni…,”
            Arisa diam. Melayan perasaan seketika sebelum dia kembali mencari wajah Tasnim. Besar pertolongan sahabatnya itu.
            “Nim.. terima kasih ya. Kalau kau tak beritahu Encik Karim, aku pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah aku ni…,”
            Tasnim mengerling bersama senyum panjang.
            “Kau tu, malu tak bertempat…,”
            Arisa tersenyum kelat. Memang mustahil dia akan meminta pertolongan daripada majikannya itu, andai Tasnim tidak membuka cerita.
            “Terima kasih, ya,”
            Tasnim mengukir senyum. Menyentuh perlahan jemarinya.
            “Aku tak sampai hati tengok keadaan kau. Kau terlalu muda untuk hidup dengan masalah tak berkesudahan macam tu. Aku yakin, Encik Karim akan tolong kau. Sebab, dia kan sayangkan kau…,”
            Arisa menghela nafas perlahan. Kurang enak mendengar kesimpulan yang dibuat oleh Tasnim.
            “Janganlah cakap macam tu. Aku berhutang dengan dia. InsyaALLAH aku akan langsaikan hutang aku tu. Nasib baik ada orang baik macam Encik Karim tu. Kalau tak, tak tahulah macam-mana aku nak lepaskan diri dari masalah ni,”
            “Radhi masih ganggu kau?,”
            Arisa menggeleng. Memang sejak perceraian rasminya dua bulan yang lalu, Radhi tidak lagi muncul. Hidupnya kembali aman. Bapanya juga tidak perlu lagi terseret sama menanggung tekanan. Itulah yang amat melegakannya. Dia tidak perlu lagi membuat bapanya tertekan.
            “Kenapa kau tanya macam tu?,”Arisa pula melontarkan pertanyaan. Memandang wajah Tasnim tepat.
            “Tak adalah. Aku ada terserempak dengan dia minggu lepas. Dia tanyakan kau. Aku marah dia. Aku cakap dengan dia, semata-mata nak ikut kehendak dia, kau terpaksa berhutang dengan Encik Karim,”
            Arisa diam. Radhi bertanyakan tentang dirinya? Satu perkembangan yang tidak begitu menyenangkan hatinya.
            “Dia cakap apa?,”
            “Sengih-sengih buat aku sakit hati. Dia tu…dia tu memang buat aku menyampahlah…,”getus Tasnim dengan nada sedikit geram.
            Arisa tersenyum sumbing. Dan perlahan Tasnim menutup mulut dengan telapak tangan. Memandang wajah Arisa dengan pandangan kesal.
            “Sorry… aku tak bermaksud nak cakap macam tu…kau jangan ambil hati ya…,”
            Bersama gelak halus Arisa menggeleng perlahan. Kata-kata Tasnim tiada yang salah di telinganya.
            “Kau betul. He’s annoying. Menjengkelkan. Lelaki paling tak guna pernah aku jumpa. Aku pun hairan macam –mana aku boleh jatuh cinta dengan dia. Aku sanggup pertahankan dia walaupun ayah aku tak suka. Aku berkeras nak kahwin dengan dia, walaupun ayah aku tak restu. Sebab kedegilan aku, ayah terpaksa mengalah. Sebab kedegilan aku, ayah turut sama terseret dalam masalah aku dan Radhi. Sekali fikir, bodoh betul aku ni…,”
            “Kau tak bodoh. Tapi, bak kata pepatah…cinta itu buta,”
            Arisa tergelak sinis. Hatinya yang membutakan akal. Menerima sandiwara Radhi tanpa mampu berfikir buruk dan baik. Radhi pernah muncul sebagai insan yang paling baik dalam hidupnya. Namun, semua itu cuma sandiwara sebelum pernikahan dia dan lelaki itu.
            “Betul cakap ayah aku. Penganggur macam Radhi tak mungkin akan berubah. Beria-ia aku pertahankan. Aku cakap, lepas kahwin Radhi akan berubah. Tapi, ternyata aku silap. Ayah aku yang betul,”tokoknya bersama keluhan kecil.
            “Lelaki macam Radhi tu, memang licik. Aku rasa cinta hanya perangkap untuk dia hidup senang. Mungkin ini cara dia dapatkan duit. Memeras duit perempuan…,”sambung Tasnim bersama senyum sinis.
            “Mungkin juga. Tapi, aku lega. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa sekarang. Aku harap, bayang dia pun tak akan datang ganggu aku lagi…,”
            “Aku pun berharap macam tu. Suka aku tengok kau dah tak macam dulu. Dah boleh senyum. Dah boleh ketawa. Kalau tak, murung macam orang kematian suami,”
            Arisa mengerling sambil Tasnim melepaskan tawa senang.
            “Harap-harap aku boleh terus tersenyum dan ketawa lepas ni. Tapi, yang paling aku gembira, ayah aku tak perlu lagi stress dengan kerenah Radhi,”
            “Dan… kau boleh cari pengganti Radhi. Cari lelaki yang benar-benar boleh bahagiakan kau…,”
            Arisa tersenyum tawar. Tidak mungkin dia perlukan seorang lelaki di dalam hidupnya lagi. Cukuplah sekali. Tidak rela dia mengulangi kesengsaraan ini lagi.
            “Aku rasa hidup sendiri lebih baik. Cukuplah aku tumpukan pada ayah dan adik-adik aku. Itu lebih baik daripada terlibat dengan lelaki,”
            “Macam serik aje bunyinya,”
            “Bukan macam… tapi memang aku dah serik. Serik sangat-sangat,”
            “Tak boleh macam tu. Tak baik cakap macam tu. Tau…,”
            Arisa mengeluh panjang. Menolak terus gelas di hadapannya.
            “Jom. Aku tak nak sampai lewat sangat kat rumah,”dia menutup perbualan sambil mengangkat punggung.
            Tasnim menjongket bahu. Turut sama mengangkat punggung. Arisa mencapai beg tangan sambil mula mengatur langkah. Langkah laju seorang gadis yang melangkah keluar dari kafe sempat dielak. Dan, tubuhnya terdorong ke hadapan apabila tiba-tiba dia dilanggar dari belakang. Terjatuh ke lantai dan dia sempat mendengar satu suara lelaki yang memanggil seseorang.
            “Rissa… kau okay?,”Tasnim bergerak laju memaut bahunya sambil dia menggeleng perlahan.
            “Hey! Tak ada mata ke?,”Tasnim menjerit marah pada susuk tubuh yang terhenti beberapa langkah di hadapan Arisa.
            “Tak nampak ke dia jatuh ni? Bukan nak tolong, minta maaf pun tak….,”
            “Sorry. I tak sengaja,”
            Tasnim terdiam. Terkebil-kebil memandang wajah yang kini sedang merenungnya.
            “What? I dah minta maaf…,”
            Arisa mengangkat muka. Pegangan Tasnim di bahunya seakan mati. Mengundang rasa hairan di hatinya. Perlahan dia berdiri. Memandang wajah Tasnim yang terkebil-kebil.
            “I’m sorry miss. Tak sengaja,” satu suara menegurnya. Pandangannya dialihkan ke satu wajah yang kelihatan serba-salah. Sekuntum senyum diukir agar lelaki di hadapannya itu tidak terlalu berasa bersalah.
            “Tak apa. Saya pun tak apa-apa. Jom Nim. Nanti lewat,”Arisa bersuara sambil menarik tangan temannya itu. Meninggalkan lelaki yang secara tidak sengaja membuat dia jatuh terduduk di dalam café itu. Menonong Tasnim mengikut tanpa suara. Sesekali menoleh ke belakang sambil tersenyum panjang.
            “Dia pandang kau lagi lah…,”
            “Dia pandang kau kot. Kau tengok dia macam nampak hantu. Kau kenal dia ke?,”
            Tasnim menggeleng.
            “Tapi, kau perasan tak? Dia lawa gilalah,”
            Arisa menggeleng perlahan. Memandang wajah Tasnim seketika kemudian menggeleng lagi. Membuat Tasnim mencemik geram. Arisa tergelak kecil.
            “Rugi tak minta nombor telefon tadi…,”
            Gelak Arisa berubah nada. Lebih lantang sebaik mendengar rungutan itu.
            “Berani ke kau nak minta?,”
            Tasnim tersenyum nipis. Menoleh sekali lagi. Dan, di kejauhan, dia melihat lelaki itu masih terus tegak berdiri memerhati langkahnya dan Arisa.
            “Dia masih pandang kita…,”
            “Itu namanya mata keranjang. Jadi, batalkanlah niat kau nak minta nombor telefon tu ya. Dia tengah kejar makwe dia, tiba-tiba boleh beri perhatian pada perempuan lain. Tak ke satu spesis dengan Radhi tu?,”
            Tasnim mengangguk perlahan.
            “Betul juga ya…,”     


****

           
            Sambil meneguk Nescafe panas, sekali lagi dia mengangkat tangannya. Melihat objek yang terselit di celah jemarinya.
            “Hadiah untuk siapa pula tu?,”
            Sedikit terkejut dengan teguran yang datang dari belakang itu, Zariff berpaling perlahan. Tersenyum pada wajah ibunya yang seakan tidak berperasaan.
            “Jadi spy ke mama?,”soal Zariff separuh mengusik. Belum sempat mengukir senyum lucu, wajahnya sudah berkerut menahan sakit. Perlahan menggosok lengannya yang terasa sakit dicubit Puan Zahra.
            “Gurau sikit pun tak bolehlah mama ni,”
            “Kenapa balik ke sini malam ni? Tak ada date dengan girlfriends ke?,”
            “Mama ni. Balik salah. Tak balik salah…,”
            Puan Zahra bergerak melabuhkan punggung ke kerusi. Memandang wajah anak tunggalnya yang kelihatan jauh melayan menung.
            “Kalau nak cari perempuan yang sukakan benda-benda macam ni, baik kamu duduk rumah aje Riff. Tak ke mana kamu habiskan duit untuk perempuan-perempuan macam tu,”Puan Zahra membuka topik sambil matanya terus tertumpu pada rantai halus di tangan Zariff. Cukup resah melihat tingkah Zariff yang semakin hari terasa semakin menjadi-jadi.
            “Perempuan-perempuan macam ni, tak sesuai nak dijadikan isteri. Sesekali dengarlah cakap mama ni. Cuba serius sikit. Ini… kerja pun main-main. Hidup pun main-main,”
            “Ini bukan saya punyalah mama…,”perlahan dia membelek rantai halus di tangannya.
            “Kalau bukan kamu punya, siapa punya pula? Takkan kekasih-kekasih kamu yang hadiahkan?,”
            “Mama… cuba jangan buat aksi PI macam ni. sabarlah. Dengar saya cerita…,”
            Puan Zahra menjeling tajam. Zariff tersenyum sambil menelek rantai di tangan.
            “Arisa… rantai ni Arisa punya,”sambil membaca sebaris nama yang menjadi loket rantai di tangannya.
            “Siapa pula Arisa ni? Kalau setakat perempuan-perempuan yang Riff bawa ke hulu ke hilir, janganlah nak kenalkan dengan mama. Mama tak nak kenal,”
            “Siapa nak kenalkan pada mama?,”
            “Kalau tak nak kenalkan pada mama, kenapa sebut-sebut nama dia depan mama? Mana pernah Riff beritahu nama kekasih-kekasih Riff pada mama?,”
            “Ini bukan kekasih saya. Ini mungkin bakal isteri saya…,”
            Puan  Zahra mengunci mulut. Cuma matanya merenung wajah Zariff dengan riak yang jelas menunjukkan rasa tidak percaya. Zariff menyebut perkataan isteri? Sukar untuk dia percaya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Zariff sudah tergelak besar.
            “Saya guraulah, mama,”
            “Kamu ni kan?! Siapa Arisa ni?!,”Puan Zahra mula menghamburkan rasa geram.
            “Saya tak kenallah mama. Tadi, kat café, saya terlanggar seorang perempuan. Mungkin masa terjatuh, dia tak sedar rantai dia terjatuh sekali. Ini.. dia punyalah ni. Nak pulangkan pada dia, dia dah hilang entah ke mana,”panjang lebar Zariff bercerita dan perlahan-lahan Puan Zahra mula memproses cerita sebenar.
            “Tapi, cantik perempuan ni, mama…,”
            Puan Zahra mencemik.
            “Rugi tak minta number phone tadi…,”gumam Zariff sambil terus membelek rantai di tangannya.
            “Hentikanlah perangai buaya tu,”Puan Zahra merengus marah sambil menampar bahu anak bujangnya. Mahu melepaskan rasa geram yang berhimpun di hati. Zariff tergelak kecil. Puan Zahra mengangkat punggung.
            “Mama doakan saya jumpa Arisa ni sekali lagi ya. Mana tahu boleh jadi girlfriend saya,”
            Puan Zahra mengerling.
            “Kalau dia budak baik, mama doakan dia jumpa kamu dan ubah perangai hantu kamu. Kalau dia kaki kikis macam kawan-kawan kamu yang lain, mama doakan bayang dia pun tak datang pada kamu…,”sinis bicara Puan Zahra sambil berlalu.
            Zariff tersenyum panjang. Menyambung renungannya pada rantai di tangan dan sekali lagi menghantar imej gadis pemilik rantai yang dilanggarnya petang tadi. Ada sesuatu tentang gadis itu yang membuat matanya kaku pada seraut wajah itu. Sayangnya pertemuan itu pertemuan sementara yang tidak mungkin akan berulang.
            “Arisa….,”perlahan bibirnya mengalun nama itu.
            “Satu hari kita jumpa lagi. Okay?,”ucapnya bersama senyum nipis sambil rantai di tangan di bawa ke bibir.

*****
[11:35:50 PM] hos.getah: