Monday, June 29, 2009

Mimpi Yang Mati 3

NOTA KEPALA( PASAI DUK KAT ATAS...)
[ LAMA TAK SAMBUNG. ILANG SKILL KE... TGH MUSIM X DE ILHAM KE... OR, CITER NI MEMANG SUSAH... APA PUN, CTKDA NI, BERJAYA BUAT SAYA PENING N ILANG FOKUS. HEHE. HARAP TAK MENGHAMPAKAN...]
Ameer menghadap hidangan di hadapannya dengan selera yang sedikit terbantut. Hidangan makan malam itu terasa tidak berjaya memikat seleranya. Padahal semua lauk yang disediakan Laila adalah lauk kegemarannya. Garfu dan sudu diletakkan perlahan-lahan ke meja. Mengangkat muka, mencari wajah Laila sekali lagi.
“Kenapa bang? Abang tak suka lauk ni ke?,”
Ameer mengeluh perlahan.
“Maya tu yang kenapa? Kenapa ni? Is anything wrong?,”
Laila mengangkat kening. Perlahan disenduk nasi ke pinggannya. Makan sekadar untuk menemani suaminya itu. Mata kemas dipaku ke wajah Ameer. Pelik melihat wajah itu yang sedikit keruh.
“Kenapa dengan Maya? Maya okay. Tak ada apa-apa masalah pun,”
Ameer tersenyum kecil. Jawapan itu terasa menguji kesabaran. Terasa Laila cuba bermain dengan emosinya.
“Maya, abang kenal Maya. Dah dua hari. Maya langsung tak bercakap dengan abang. Kenapa?,”
Laila diam. Mangkuk nasi diletakkan perlahan. Pantas tangannya mencapai piring berisi ayam masak merah.
“Abang nak ayam?,”
Ameer menggeleng.
“Sayur?,”
Ameer terus memandang. Merenung dalam pada wajah Laila yang tersenyum nipis di hadapannya. Senyum pura-pura. Dia tahu. Bukan sehari dua dia berdepan dengan senyum pura-pura itu.
“Abang nak jawapan,”
“Jawapan apa bang? Kan Maya cakap tadi. Tak ada apa-apa…,”
Ameer tergelak sinis.
“Please Maya. Jangan jadi budak-budak. Dan, jangan anggap abang budak-budak. Ada sesuatu yang tak kena kan? Apa dia? Kalau ada yang tak kena, terus-terang saja dengan abang. Abang tak suka Maya buat muka macam ni,”tegas bicara yang meluncur di bibir Ameer.
Laila mengeluh perlahan. Renungan suaminya dibalas tanpa perasaan. Berterus-terang? Apa beza sama ada dia berterus- terang atau tidak. Keputusan Ameer tetap sama. Mustahil lelaki itu akan mengubah pendiriannya hanya kerana dia berterus-terang. Rasa terkilan masih bersisa di hati sebenarnya. Terkilan mendengar jawapan Ameer pada soalan ibunya.
“Abang makanlah dulu,”akhirnya dia bersuara perlahan. Tidak mahu selera suaminya terhenti hanya disebabkan perasaannya itu.
“Abang dah hilang selera,”pendek sahaja jawapan Ameer sambil menolak pinggan di depannya. Laila merenung tajam. Geram melihat tingkah itu.
“Abang… penat Maya masak tau. Susah-susah saja Maya keluar cari barang nak masak, masa abang call, and cakap nak balik dinner. Sekarang tak ada selera pula?,”
Ameer terus merenung wajah itu. Sudah sedikit mencuka. Wajah dia sendiri pun, rasanya tidak banyak beza dengan wajah Laila.
“Kembalikan selera abang…,”dia bersuara sekadar cuba berdiplomasi. Tidak mahu terus dibuai emosi. Dia emosi, Laila pun dengan emosinya, pasti perbincangan ini akan melarat ke satu pertengkaran.
Laila mengeluh perlahan. Geram.
“Kalau abang tak nak makan, biarkanlah kat situ. Nanti Maya kemaskan. Maya pun memang tak ada selera makan. Lain kali, tak payah suruh Maya masak lagi,”
Giliran Ameer pula yang mengeluh. Rajuknya berbalas rajuk. Sangkanya Laila yang akan mengalah. Rupa-rupanya dia terlupa. Terlupa Laila Maya gadis yang dikahwininya itu seorang yang terlalu degil. Kalau tidak degil, masakan dia terpaksa menggunakan ibu Laila hanya untuk menjadikan Laila suri hatinya. Masakan dia terpaksa menggunakan segala ikhtiar hanya untuk mendekati gadis ini. Dia tersenyum kelat. Jemari Laila disentuh perlahan. Marahnya cuba dilontar jauh.
“Abang cuma nak tahu kenapa dengan Maya? Itu saja. Sejak balik dari kampung, Maya lain betul,”
Laila diam.
“Maya marah sangat ke pasal duit yang mak minta tu? Tak banyak pun Maya. Lagipun, bukan untuk orang lain. Untuk mak, kan?,”
Laila memandang wajah Ameer. Lelaki ini sedang memujuk.
“Sebab… kalau abang tak bagi, mak akan ungkit pasal Maya kan? Pasal janji abang pada mak, kan? Selama ni, Maya Cuma pelik kenapa mak beria-ia paksa Maya terima abang. Tapi, bila dengar cakap abang hari tu, tak hairanlah kenapa mak sanggup nak buang Maya, kalau Maya tak kahwin dengan abang…,”
“Maya…,”
“Sudahlah bang. Lupakanlah semua tu…,”
Ameer diam. Tahu silapnya mengambil kesempatan atas kelemahan ibu mertuanya itu. Melihat riak marah Ameer berganti wajah yang dibayangi sedih, membuat Laila serba-salah.
“Makanlah dulu. Maya tak nak cakap kat meja makan. Maya tak suka gaduh depan rezeki,”Laila bersuara perlahan. Berharap kata-kata itu boleh membuat Ameer sedikit berpuas-hati. Dia betul. Sedikit senyum terukir di bibir lelaki itu. Melihat senyum itu, dia tunduk memandang nasi di pinggan.
“Maksud Maya, you have some explanation for me?,”
Laila diam sambil menceduk sayur untuk Ameer.
“I take it as a promise…,”sambung Ameer sambil merenung wajah bisu itu.
Laila terus diam. Menceduk sayur ke pinggannya pula.
“Abang nak ayam…,”
Laila mengangkat muka. Ameer tersenyum panjang menunggu dilayan. Melihat senyum itu, dia turut mengukir senyum. Tidak mahu Ameer tersinggung andai permintaan itu dilayan dengan wajah yang tidak manis. Seketul ayam diletakkan di dalam pinggan Ameer.
“Nak suap. Boleh?,”gurau Ameer melihat senyum sudah mula menghiasi bibir Laila. Laila menjeling sambil berpura-pura tidak dengar. Mula memberi fokus pada pinggannya sendiri.

****
Dia terus memerhati Laila yang tenang di meja solek. Lemah menyapu losyen di tangannya. Membuat dia sendiri lemah menanti. Janjinya perlu dituntut. Laila pula, seakan sengaja mahu waktu terus beredar dan biarkan dia leka sendiri.
“Maya…,”
Laila menoleh.
“Kenapa?,”
“Kenapa? Janji tadi. Mana dia? Abang tak dengar apa-apa pun,”
Laila kembali berpaling. Menatap cermin. Rambutnya yang sudah terikat rapi, sengaja diusik berkali-kali.
“You dah cukup cantik dah sayang. Tak usahlah pandang cermin tu lagi. I’m afraid nanti cermin tu jealous kat Maya nanti,”suara itu muncul di telinganya bersama satu rangkulan mesra dari belakang.
Laila tersenyum kecil. Pujian itu tidak meninggalkan kesan di hatinya. Tiada perasaan indah tiap kali dia mendengar pujian dari lelaki itu. Mendengar kata manis Ameer membuat dia menghitung bilangan kekasih lelaki itu yang menerima pujian yang sama. Syukur, selepas begitu lama berkahwin, hatinya masih kuat untuk goyah pada godaan sebegitu. Sungguh dia tidak mahu mendapatkan cinta Ameer. Dia tidak mahu hidup di dalam hati Ameer yang jelas terlalu sukar untuk diukur kejujurannya.
“Kenapa abang tak keluar malam ni?,”soalnya sekadar berbasa-basi.
“Abang rindu,”
“Rindu? Rindu kat siapa?,”
“Kat isteri abang. Tak tahulah kenapa. Kat kampung dia mogok. Balik sini, dia sambung mogok. Abang tak tahu dah nak buat macam mana. Bila abang Tanya, dia buat muka poyo…,”
Laila mencebik.
“Dia memang poyo kot, bang,”tingkahnya sambil perlahan leraikan pelukan Ameer. Ameer akur. Mengekori Laila yang bergerak ke katil.
“Tak. Mana ada dia poyo. Dia bijak. Terlalu bijak. Bijak dera perasaan abang…,”
“Abang deralah perasaan dia jugak, kalau abang rasa dia suka dera perasaan abang,”
“Teringin nak buat macam tu. Tapi, tak bolehlah..,”
Laila memandang wajah Ameer sambil menarik bantal ke riba.
“Kenapa tak boleh?,”
“Sebab abang sayang sangat kat dia,”
Laila tersenyum hambar. Sayang sangat? Memang payah kalau bersuamikan kasanova. Sayang…cinta… semuanya jadi mainan bibir. Semuanya cukup senang terlafaz.
“Kenapa senyum? Tak percaya?,”
Laila terus tersenyum sambil menepuk bantal. Bersedia mengundang lena. Kenapa dia harus percaya? Dia kenal Ameer dari rumah jiran perempuannya. Ameer menghabiskan masa bersama perempuan itu. sering dilihat bermalam di rumah perempuan itu, dan dalam masa yang sama Ameer cuba mendekatinya. Dipaksa kahwin oleh ibunya, cuma membuat dia lebih banyak tahu aktiviti malam Ameer yang sesibuk agenda siangnnya juga. Jadi, di mana dia harus letakkan kepercayaan itu? Haruskah dia mencuba untuk melukakan perasaannya sendiri? Dia tidak mahu menjadi sebodoh itu. Menyerahkan seluruh hidup dan perasaannya pada lelaki seperti Ameer? Tidak mungkin. Barangkali Ameer berjaya memiliki dirinya, namun, untuk memiliki perasaannya, tidak semudah itu.
“Maya tak akan percaya kan?,”soal Ameer lagi. Wajahnya sudah sedikit berubah.
“Abang pernah usaha untuk bagi Maya percaya? Abang pernah cuba untuk yakinkan Maya pada sayang abang tu?,”
Ameer diam. Laila senyum lagi. Kali ini, terasa senyum itu sedang menyindirnya.
“Maya yang cuba menafikan dan terus menafikan. Biarkan peluang terus tertutup untuk abang,”
“Abang yang buat Maya takut nak bagi peluang,”
“Maksud Maya?,”
“Whatever lah. Tak mahu cakap pasal ni. Maya tidur dulu ya,”
“No. Maya dah janji tadi,”
“Abang yang janji. Maya tak cakap apa-apa,”
Ameer menarik tangan Laila. Membatalkan hasrat Laila untuk berbaring. Maya terduduk di hadapannya.
“Abang perlu tahu kenapa Maya macam marah sangat kat abang dua tiga hari ni?,”
“No point lah bang. Even kalau Maya cakap pun, tak ada bezanya. Abang tak akan ubah keputusan abang. Kita lupakan saja. Okay?,”
“No. Abang nak tahu puncanya,”
“Bukan baru hari ni hubungan kita macam ni, kan? Selalu macam ni. Kenapa tiba-tiba abang concern all of this? Sebelum ni pun hubungan kita, on off aje kan? Tak ada apa yang nak dirisaukan okay. Mungkin hari ni mood Maya tak okay. Esok I’ll be fine. Don’t worry, okay,”
“Takkan selamanya kita nak jalani hidup macam ni. It’s weird lah. Okay tapi tak okay. Or…tak okay tapi nampak macam okay?,”
Laila tersenyum. Berbelit ayat Ameer namun dia faham apa yang cuba lelaki itu sampaikan.
“Tak ada masalah untuk Maya lalui semua ni, bang. Abang bahagia dengan hidup abang. Dan abang juga boleh miliki Maya kan? Maya terima. Maya dah boleh terima keadaan ini,”
Ameer menghela nafas panjang. Begitu salah telahan Laila.
“Maya rasa abang bahagia? Bahagia dengan hidup abang?,”
“Abang dapat memiliki apa saja yang abang nak. Apa lagi yang abang mahu?,”
“Maya tak pernah cuba faham perasaan abang kan?,”
“Susah Maya nak faham, bang. Susah sangat. Abang cakap, abang cintakan Maya. Tapi, hakikatnya, abang buat Maya macam patung je dalam rumah ni. Maya tunggu rumah, dan abang keluar entah ke mana ,”
“Apa yang tak kena?,”Ameer bersuara tanpa mengacuhkan kata-kata itu.
Laila mengangkat muka.
“Kenapa Maya lain?,”soal Laila sekadar memulakan semula perbincangan. Dia tahu Ameer tidak suka dia menyentuh soal agenda malamnya.
Ameer mengangguk tanpa perasaan.
“Maya sunyi. Sunyi sangat. Dan, Maya rasa sedih sangat bila terang-terang depan mak, abang cakap abang tak mahu anak. Kalau ada anak, sekurang-kurangnya Maya ada teman,”
Ameer terdiam seketika. Jadi, itu puncanya. Dia mengeluh panjang. Laila turut menarik nafas dalam.
“Betul cakap Maya kan? No point. Abang tetap dengan keputusan abang. Maya tak faham kenapa abang tak mahu anak. Or…mungkin abang tak mahu anak dengan Maya…,”
Ameer tersenyum hambar. Sedikit kecewa dengan cara Laila berfikir. Ternyata isterinya ini sudah salah sangka.
“Siapa cakap abang tak mahu anak? Siapa yang kahwin tapi, tak mahu zuriat? Untuk siapa semua harta ni, kalau abang tak mahu anak?,”
“Maya dengar bang. Maya dengar abang cakap dengan mak. Maya belum pekak. Tahu?,”
“Memang Maya tak pekak. Tapi, Maya tak fikir apa yang cuba abang sampaikan. Maya Cuma ikut emosi Maya. Tak fikir…,”
Laila merengus perlahan. Jadi, sekarang, dia pula yang salah?
“Suka hati abanglah…Maya nak tidur,”
“No. Kita belum selesai,”
“Apa lagi bang? Abang tetap tak nak Maya mengandung kan? So, dah tak ada apa lagi yang nak dibincangkan,”
Ameer merenung tajam wajah Laila yang sudah mencuka.
“Kenapa Maya nak mengandung?,”soalnya tegas.
Laila diam.
“Kenapa Maya nak ada anak?,”
Dia terdiam lagi. Memang dia mahukan anak. Tetapi, apabila soalan itu terlontar padanya, dia tidak mampu menjawab. Kenapa dia mahukan anak?
“Maya cintakan abang?,”
Kelu.
“Hati Maya sudah boleh menerima cinta abang?,”
Laila tunduk. Bertambah buntu jadinya. Masih sedikit keliru dengan soalan bertubi-tubi dari Ameer.
“Kenapa Maya diam? Tak ada jawapan?,”
Laila sekadar mengerling dalam diam.
“Maya nak anak sebab Maya sunyi? Bila sunyi Maya dah hilang, apa akan jadi pada anak tu? Terbiar?,”sambung Ameer sedikit keras.
“Abang tak boleh cakap macam tu. Salah ke kita ada anak? Dah tiga tahun kita kahwin. Memang patut pun kita ada anak. Maya tak faham kenapa abang tak nak. Takkan timbul soal anak itu akan terbiar,”
Ameer menentang renungan Laila yang sedikit marah.
“Anak tu penting bagi abang. Abang tak akan bersedia untuk seorang anak pun, kalau hubungan kita macam ni. Tak ada future. Even apa akan jadi pada kita esok pun, abang tak tahu,”
“Maksud abang?,”
“Abang mahu jaminan untuk anak kita. Abang tak mahu anak kita jadi penonton sandiwara kita. Abang tak mahu letak sebarang risiko untuk anak kita,”
“Risiko apa?,”
“Abang mahu Maya benar-benar cintakan abang. Then kita bincang soal anak,”
“Maya isteri abang. Abang suami Maya. Apa yang complicated sangat pada abang? Kita dah kahwin, and patut ada anak. Senang kan? Love is nothing lah bang,”
“Pada abang tak. Abang mahu anak dari kekasih hati abang yang juga mencintai abang sepenuh hatinya. Bukan dari seorang isteri yang terpaksa menerima abang sebagai seorang suami. Abang mahu cinta Maya,”
Laila mengeluh keras. Memang Ameer tersangat jelas dengan perasaannya. Wajah Ameer yang tegas dipandang geram.
“Kalau abang tahu Maya terpaksa terima abang, kenapa abang teruskan? Dan..kenapa bila dah teruskan, abang seksa Maya macam ni? Maya sunyi bang… Maya sunyi tinggal sendirian dalam rumah sebesar ni. Abang pun…cinta tu cuma kat bibir abang saja kan? Mungkin abang sebenarnya bukan cintakan Maya. Tapi, abang geram bila Maya tak tunduk pada abang macam perempuan lain, kan? Sebab tu, abang nekad nak kahwin dengan Maya. Kalau Maya pun terima abang macam yang lain, mungkin sekarang ni, Maya dah kena tinggal. Tak mungkin abang akan kahwin dengan Maya. Kan?,”
“Jangan ungkit lagi tentang tu. Abang tak mahu dengar. Yang abang tahu, cuma satu. Maya jadi milik abang…,”
Laila menjeling geram.
“Apa yang abang mahu lagi… Maya terima cinta abang. Kita sama-sama bahagia sebab cinta. Susah sangat ke?,”
“Memang abang ni pelik. Cinta abang ada kat mana-mana bang. Abang keluar hampir setiap malam pun, sebab nak jumpa cinta abang kan? Maya tahu semua tu, bang,”
“Abang tahu Maya tahu. Maya yang tak tahu. Tak tahu hati abang. Saban hari, abang berharap sangat Maya halang abang. Cuma sekali Maya bersuara, abang akan lupakan semuanya. Itu saja yang abang nak. Abang sakit hati, bila Maya macam tak rasa apa-apa. At least tunjuk yang Maya cemburu,”
“Nonsense…,”Laila bersuara antara dengar dan tidak. Betul-betul dia tidak faham akan sikap Ameer. Sebegitu mudah lelaki itu meletakkan silap padanya atas kecurangan yang dia lakukan? Hanya kerana dia tidak halang, Ameer terus keluar mencari teman? Dan seandainya dia melarang, Ameer akan terus melupakan cinta-cintanya? Benar-benar mengarut. Semudah itukah teorinya? Sudahnya dia menarik selimut lantas menutup lampu tidur. Tidak larat melayan hujah-hujah Ameer yang pastinya akan jadi lebih mengarut nanti.
“Kenapalah Maya langsung tak nak percaya pada abang?,”
Laila menarik selimut yang menutup wajah. Merenung wajah Ameer yang tegang.
“Jawapan ada kat abang. Abang yang buat Maya tak percaya. Cinta konon. Kalau cinta, buktikan pada Maya cinta tu. Bukan tunjuk kat Maya koleksi kekasih abang kat luar sana…,”
“Bukti yang macam mana yang Maya nak?,”
“Bukti yang jauh dari harta abang. Abang ingat dengan semua tu, abang boleh beli cinta? Abang upah orang abang untuk follow setiap pergerakan Maya sebelum kita kahwin. Abang ingat Maya tak tahu? Abang upah orang.. ugut setiap kawan lelaki Maya…suruh mereka jauhkan diri dari Maya. Abang gunakan duit… suruh mak paksa Maya terima abang…Semua cara abang cuba buktikan cinta abang tu, buat Maya rasa menyampah,”
“Apa?!,”
Pantas Laila menutup semula wajah dengan selimut. Barangkali mulutnya lantang bersuara, namun untuk berdepan dengan kemarahan Ameer, dia tidak begitu berani.
“Menyampah…,”sempat dia bersuara lagi.
Melihat tingkah itu, marah Ameer sedikit menghilang. Memang hatinya membara mendengar Laila lantang bersuara. Namun, apabila difikirkan semua yang Laila katakan itu, benar belaka, tiada guna untuk dia terus marah. Sekurang-kurangnya malam ini dia tahu kenapa hati Laila sekeras itu. Laila seakan memberi sedikit petunjuk untuk dia cuba memenangi hatinya…



****

Thursday, June 25, 2009

Kuseru Rindu Itu... 22

“Krisis… krisis… krisis. Aku tak tahulah nak cakap apa lagi. Kadang-kadang aku pelik tengok hubungan kau dengan Hisyam ni, tau. Orang lain pun bercinta juga. Dalam bercinta, bergaduh juga. Tapi tak adalah sampai 24 jam sehari. Tiga puluh hari sebulan. Tapi, kau? Tak ada cerita lain aku dengar. Bertengkar… krisis.. bertengkar… krisis.. baiknya jarang-jarang aje aku dengar,”
Maisara tunduk. Mengesat perlahan pipinya yang basah. Anis menggeleng perlahan. Kotak tisu di atas meja, dicapai lalu dihulurkan kepada Maisara. Maisara menggeleng perlahan.
“Tak nak tisu?”
Maisara menggeleng lagi. Anis mengeluh panjang.
“Sampai bila kau nak macam ni? Bercakap tak nak. Makan pun tak nak. Dah dua tiga hari aku tengok kau tak makan. Kau tak boleh macam ni. Nanti kalau sakit, kau juga yang susah,”
“Aku tak ada selera lah,”
“Mana nak datang seleranya kalau dua puluh empat jam asyik termenung. Berkurung dalam bilik sorang-sorang. Menangis sana.. menangis sini. Ke hulu ke hilir, berkepit dengan telefon kau tu. Kalaulah telepon tu boleh bercakap, dah lama dia cakap rimas asyik kena genggam. Tahu tak?,”
Maisara menjeling.
“Kali ni apa pula ceritanya?,”Anis menyambung soalan sambil meletakkan majalah di tangannya ke atas meja. Fokusnya kini pada wajah Maisara. Maisara menggosok perlahan dahinya. Berfikir di mana harus dia mulakan ceritanya. Sesekali menyeka bekas air mata di pipi.
“Dah tiga minggu dia tak call aku,”akhirnya lambat-lambat dia membuka bicara.
“Tiga minggu?”
Maisara mengangguk perlahan.
“Selepas kau merajuk dengan Hisyam hari tu… kau bergaduh lagi dengan dia ke?”
Kali ini dia menggeleng.
“Kau ni.. kejap angguk kejap geleng. Dah macam sesumpah aku tengok. Aku tak faham lah kau guna bahasa sesumpah ni. Gunalah bahasa Melayu, senang sikit aku nak faham,”
Dalam sedih, Maisara tergelak. Bicara selamba Anis menggeletek hatinya. Ditambah pula dengan wajah serius Anis yang kelihatan betul-betul tidak faham.
“Kau ni mulut tak ada insuran tau. Cakap main sedap mulut je,” Maisara mengomel perlahan. Anis tersengih.
“Dia merajuk dengan aku kot…,”sambung Maisara sambil memandang wajah Anis.
“Merajuk? Hish… tak faham aku. Siapa yang merajuk sebenarnya ni? Kau yang merajuk ke… dia yang merajuk? Ke… dua-dua yang merajuk? Susah betul kalau dah tua-tua pun nak merajuk. Eh, kalau bercinta tak payah merajuk , tak boleh ke?,”
“Kau tak faham. Kau ingat aku suka ke nak merajuk-rajuk ni? Aku sebenarnya sakit hati. Geram,”
“Pasal apa? Takkan pasal dia balik kampung hari tu lagi kot. Tak settle lagi ke pasal tu?,”
“Kau ni pun satu. Benda kecil buat apa dibesar-besarkan? Kau marah Hisyam tu, sebab dia tinggal kat sana lebih dua tiga hari daripada yang dia janjikan. Kan? Kalau Cuma pasal tu, kau tak bolehlah salahkan dia sepenuhnya. Mungkin dia ada alasan tertentu. Salah kau juga. Dia telefon, kau tak angkat. Mungkin dia nak jelaskan kenapa dia lanjutkan cuti dia tu,”
Maisara mencebik.
“Kenapa lanjutkan cuti? Apa sebabnya? Apa lagi kalau bukan nak bersenang-senang dengan isteri dia kat sana? Aku kat sini? Pedih telinga dengar mak aku tanya itu ini pasal dia. Sakit hati duk fikir dia dengan family dia kat sana”
“Salah kau juga, kau pergi janji dengan mak kau. Padahal kau tak confirm betul-betul dengan Hisyam,”
“Ni yang aku malas nak cakap dengan kau. Semuanya salah aku. Nama je kawan aku, dari tadi kau asyik sebelahkan Hisyam saja,”
Anis tersengih.
“Sorrylah. Kau pun kenal aku kan? Kalau kau betul, mesti aku sokong kau. Masalahnya sekarang, memang semuanya berpunca dari kau, Sara. Okay… aku nak tanya kau. Berpuluh kali dia telefon kau hari tu.. at the end. Kau jawab tak call dia?”
“Hari tu, memanglah aku tak jawab...,”
“Salah kau lagi. Kalau aku jadi Hisyam pun, aku give up nak call lagi. Sakit hati tahu?,”
“OK lah. Aku boleh terima kalau dia marah. Kalau dia dah give up nak call. Tapi, takkan sampai tiga minggu? Call la aku…,”
Anis mengeluh panjang.
“Kau ada call dia tak?,”
“Tak. Buat apa aku nak call dia?,”
“Tengok… sorry to say. Tapi, memang salah kaulah, Sara,”
“Apa pula salah aku? Dia yang buat hal. Dia yang mulakan. Dia yang buat aku menangis. Bukan sekali. Berkali-kali, tahu tak? Kau masih cakap aku juga yang salah?,”
“Bagi kau.. dia buat silap pada kau. Tapi, lepas tu, dia call kau kan? Kenapa kau tak nak jawab? Bukan sekali dia call. Berpuluh-puluh kali. Sampaikan aku yang tengok telefon kau asyik menjerit ni pun, jadi sakit hati. Aku yakin, Hisyam pun bengang dengan sikap kau tu. Di sini… kau tak rasa ke yang kau pun bersalah? Kalau kau jawab panggilan Hisyam, aku rasa benda ni dah lama selesai. Masalahnya kau ni ego. Tak nak beralah. Kau patut sedar yang kau juga dah sakitkan hati Hisyam. Dia lelaki. Dia pun ada ego. Berpuluh kali sehari. Selama seminggu telefon tak berangkat. Kau fikir sendiri lah apa perasaan dia.”
Maisara diam. Walaupun agak menyakitkan, terasa kata-kata Anis ada benarnya.
“Takkan aku yang nak call dia. Asyik aku saja yang mengalah,”
“Yalah. Kau lah yang telefon dulu. Tak salah mengalah, kalau kau betul-betul sayangkan dia. Lagipun sampai bila kau nak macam ni? Tidur tak lena. Makan tak lalu. Mata asyik merah aje. Tak ke mana ego kau tu. Buat kau lagi sakit jiwa aje, kalau kau asyik layan ego kau tu,”
“Tapi ini tak adil. Tak adil untuk aku,”
“Suka hatilah. Keputusan di tangan kau. Yang berendam air mata, kau. Yang tak lalu makan pun… kau. Aku cuma boleh bagi nasihat saja,”
“Aku akan tunggu sampai dia call aku,”Maisara bersuara tegas. Dia tidak akan mengalah. .Hisyam yang menyakitkan hatinya, kenapa pula dia yang terpaksa memujuk Hisyam? Sudah sebulan lebih lelaki itu menyepi. Sudah sampai masanya Hisyam kembali menghubunginya. Bukan dia yang harus mencari Hisyam.
“Kalau dia tak telefon juga macam mana?”cukup selamba soalan itu meniti di bibir Anis. Membuat jantungnya berhenti berdegup seketika.
“Dia mesti call,”Maisara cuba sedapkan perasaan sendiri.
“Sara… kalau aku di tempat Hisyam sekarang, kau tahu apa yang aku akan buat?”
Maisara menjungkit bahu.
“Aku akan mula belajar menerima ketiadaan kau dalam hidup aku. Aku akan anggap kau dah betul-betul tak nak teruskan hubungan ini. Yalah, telefon tak berjawab. SMS pun tak berbalas,”
“Setakat call dan SMS saja? Kenapa dia tak datang jumpa aku? Minta maaf depan aku?”
“Nak mintak maaf apanya? Dia tak tahu pun apa salah dia pada kau. Kau pun tak cakap kenapa kau marah sangat dengan dia. Aku yakin, dia tak tahu pun, kau marah sebab dia terlebih cuti kat sana. Dan pasal mak kau. Dia tak tahu apa-apa kan? Kau yang pandai arrange without bincang dengan dia. Jadi, cuba kau fikir kenapa dia perlu datang dan melutut minta maaf pada kau? Yang dia tahu… sejak dia balik ke sini, tiba-tiba saja kau buat hal. Mengelak daripada dia. Tak perlulah aku cakap apa yang kau dah buat. Sebab dah beratus kali aku cakap benda yang sama dari tadi,”
Maisara terdiam lagi. Dalam enggan, kepalanya memproses perlahan-lahan kata-kata Anis.
“Percayalah Sara. Dia tak tahu pun kau marah dia. Dan, kau mesti ingat. Hisyam tu lelaki. Macam aku cakap tadilah. Sebagai lelaki,dia pun ada egonya sendiri. Takkan dia nak beralah tak bersebab. Nak memujuk tak bersebab. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau sendiri tahu apa yang kau perlu buat. Tepuk dada tanya selera. Lainlah kalau kau tak nak teruskan lagi hubungan dengan dia,”
“Aku sayangkan dia, Anis. Takkan aku nak putus dengan dia pula. Tak pernah terlintas kat kepala aku ni. Sebenarnya, aku rindukan dia sangat-sangat. Kau tak tahu macam mana perasaan aku dalam sebulan ni. Lebih-lebih lagi semenjak dia tak hubungi aku langsung. Tuhan saja yang tahu betapa rindunya aku pada dia. Aku rindu nak dengar suara dia. Dengar gelak tawa dia mengusik aku… memujuk aku. I miss him so much,”
Tanpa sedar air mata jatuh ke pipinya. Anis menggeleng perlahan.
“Kalau kau rindukan Hisyam, telefonlah dia. Habis cerita. Sepatutnya dalam hubungan mesti ada give and take. Kau tak boleh pentingkan diri kau saja. Anggap orang lain semuanya salah. Kau pula.. semua tindakan kau, kau rasa betul. Mana boleh macam tu. Kalau Hisyam yang salah, memang patut dia yang minta maaf. Tapi, kalau kau yang salah, takkan Hisyam juga yang nak kena minta maaf. Kau pun kenal Hisyam kan? Kau sendiri beritahu aku. Hisyam tu tegas. Teguh pendirian. Macam kes kau suruh dia ceraikan isteri dia tu. Dia tetap dengan keputusan dia. Samalah dengan situasi sekarang. Dah sampai masanya kau mengalah dan telefon dia,”
“Mungkin betul cakap kau…,”Maisara bersuara perlahan. Memang Hisyam tidak tahu. Hisyam tidak tahu kenapa dia marah sangat padanya. Hisyam juga tidak tahu kenapa dia tidak mahu menjawab panggilan telefon daripadanya. Cuma dia yang memberontak sendiri.
“Memanglah aku betul. Memang kau silap,”
Maisara tersenyum kecil. Walaupun sukar, dia terpaksa mengakui kali ini, Anis betul.
“Kalau kau tak cakap, aku tak pernah terfikir pun semua ini. Thanks Anis,”
“Kau rasa kau sentiasa betul. Jadi, kau tak akan tengok kelemahan kau. Kau cuma akan terus mencari alasan untuk menyalahkan orang lain. Sepatutnya, bila terjadi sesuatu, biasanya sesuatu tak baiklah. Contohnya, macam misunderstanding kau dengan Hisyam ni lah. Kita sepatutnya duduk dan berfikir. Bukannya berfikir untuk membela diri kita, tapi fikir dari segenap sudut. Dari sudut fikiran kita dan dari sudut fikiran orang yang kita nak salahkan tu. Apa punca dan alasan kita bertindak macam ni? Apa pula punca dan alasan dia bertindak macam tu? Kemudian seimbangkan punca dan alasan itu. Baru kita jelas, siapa yang salah, siapa yang betul. Even, Kalau memang dia yang patut disalahkan, pun kita tak boleh hukum melulu macam tu saja. Bagilah peluang untuk dia beri alasan.
Mahkamah pun beri kesempatan defendan membela diri tau. Jadi, tak salah kalau kau beri peluang itu kepada orang yang kau sayang.
Dan, kalau kita salah, of course kita yang kena mengaku kesilapan kita. Jangan ego sangat.
Lastly, kalau kita rasa kes tu cuma kes terpencil, lupakanlah. Tak payahlah nak perbesarkan. Anggaplah tiada apa-apa yang berlaku. Benda-benda kecil yang tak berapa penting, buat apa nak dibesar-besarkan? Betul tak?”
Maisara mencebik sambil mengangkat bahu. Panjang lebar penjelasan Anis.
“So, selepas ni, kalau ada masalah lagi antara kau dengan boyfriend kesayangan kau a.k.a suami orang tu… boleh tak duduk dan berfikir macam yang aku cakapkan tadi? Jangan tuduh melulu. Jangan bertindak melulu. Jangan asyik nak menang sahaja. Fikir dahulu sebelum buat keputusan. Tuhan bagi kita akal supaya kita boleh berfikir dan mengawal kata hati kita. Tapi kau? Bila ada masalah, kau bagi otak kau ubat tidur then, kau dengar semua kata hati kau. Itu silap kau. Emosional. Do you understand that?”
Maisara tergelak kecil. Lucu mendengar kata-kata Anis.
“Wah.. kau bercakap. Aku dengar dah macam pakar motivasi,” usik Maisara sambil tersenyum panjang.
“Pakar motivasi ke… pakar kaunseling… aku harap kau fikirlah cakap aku tu. Percayalah cakap aku. Selagi kau tak ubah sikap kau, selagi itulah masalah kau tak akan selesai,”
“Masalah apa? Masalah aku, Cuma dengan Hisyam. And, apa pula kena - mengena dengan sikap aku?” soal Maisara hairan. Menatap tajam Anis yana cuma menggeleng kepala. Rasa tercabar apabila tiba-tiba Anis menyentuh tentang sikapnya.
“Kau ni ada banyak sangat sikap negative yang akan membuat kau sentiasa bermasalah. Degil. Ego. Selfish. Kuat cemburu. Kuat merajuk,”
“Ops.. ops.. Wait a minute. Banyaknya. Sedap mulut kau mengata aku ya?”
Anis tertawa.
“Itulah kenyataannya. Itu Cuma sebahagian saja. Nak aku sambung list yang ada dalam kepala aku ni?”
“No thanks,”jawab Maisara sambil menjeling marah. Geram melihat Anis yang tersenyum meleret.
“Yalah. Mana best dengar orang kritik kelemahan kita, kan?”Anis bersuara lagi.
“Kau tu over sangat. Takkanlah aku seteruk tu. Takkan tak ada kebaikan langsung?”
“Ada,”
“Apa?”
“Err.. err.. entahlah,”
Mendengar jawapan Anis, Maisara terus mencapai kusyen lalu dibaling ke arah gadis itu. Anis mengelak sambil ketawa.
“Dahlah. Malsa aku nak cakap dengan kau. Buat sakit hati saja,” ujar Maisara separuh merajuk. Dia tidak dapat sembunyikan perasaannya yang tersentuh dek kata-kata anis. Anis memang seorang yang suka berterus terang. Seringkali sikap terus terang teman serumahnya itu membuat dia geram sendiri.
“I’m sorry kalau kata-kata aku terlalu direct. Tapi, aku cakap semua ni sebab aku sayangkan kau, Sara,”
Muncung panjang Maisara sedikit menghilang mendengar kata-kata itu.
“Sayangkan aku?”soalnya sedikit hairan. Anis berdehem perlahan.
“Aku tahu kau sayang sangat pada Hisyam. Tapi, kalau kau terus berperangai macam sekarang, hubungan kau dengan Hisyam takkan ke mana. Percayalah cakap aku,”
Maisara tidak bersuara.
“Fikirkanlah ya. Sekali lagi aku minta maaf kalau kau kecil hati,”sambung Anis sambil mengangkat punggung.
“Kau nak ke mana?”soal Maisara tiba-tiba.
“Tidurlah. Dah mengantuk,”
“Anis…,”panggilnya sebelum Anis menghilang ke biliknya. Mendengar namanya dipanggil, Anis berpaling.
“Thanks for your advice. Aku hargai,”
Anis tersenyum.
“Kalau boleh aku tak nak kau hargai. Aku nak kau ikut nasihat tu. Penatlah aku asyik jadi kaunselor masalah cinta kau saja. Belajarlah solve sendiri problem tu. Nanti, bila dah kahwin, takkan hari-hari kau nah datang jumpa aku, mengadu masalah,”
Maisara tersenyum. Kelancangan bicara Anis bagai sudah tidak berbekas di hatinya.
“Apa salahnya? Aku kan kawan kau,” ujar maisara bergurau.
“Bo layanlah,”balas Anis sambil berlalu
Dia mengukir senyum. Mengeluh lega mengingatkan perbualan antara dia dan Anis beberapa hari lalu. Mendengar nasihat temannya itu, dia menghubungi Hisyam. Dan, kini dia tersenyum senang. Hubungannya dengan Hisyam semakin pulih. Rindunya pada lelaki itu bagai terhapus. Dalam melayan senyum bahagia, pantas tangannya mencapai telefon bimbit. Ingin menghubungi Hisyam. Ingin mendengar suara Hisyam.

****
P/S: KALAU N3 NI MENGELIRUKAN SIKIT, HARAP MAAF YA. N3 NI SEPATUTNYA SEBELUM BAB 20. :D

Wednesday, June 17, 2009

Dairi Firqan...Hati Firqan...

“Ibu cakap Firqan kena sayang mama,”
“Ibu cakap Firqan tak boleh nakal,”
“Ibu cakap Firqan tak boleh susahkan mama,”
Dia melihat wajah itu. Wajah itu tersenyum cuma, namun kata-kata itu melantun kuat membawa pilu di hatinya. Bagai dapat dia sentuh apa yang berlegar di hati wajah kecil itu.
“Firqan nak cakap, Firqan sayang mama…,”
Dia mula teresak-esak.
“Firqan…,”
Wajah itu senyum lagi.
“Firqan pergi mama. Mama tolong jangan sedih ya. Firqan janji Firqan tak akan susahkan mama,”
Suara itu bergema lagi bersama raut senyum dari wajah mulus di hadapannya.
“Firqan!,”
“Mama jangan sedih. Mama jangan menangis. Firqan sayang mama macam Firqan sayang ibu. Macam Firqan sayang papa. Macam Firqan sayang Haqeem…,”
“Firqan! Jangan pergi! Firqan, tunggu mama! Jangan tinggalkan mama…Firqan…,”dia merintih pilu. Merenung dalam asa pada tubuh yang semakin menjauh. Menghilang di sebalik kabus malam.
“Firqan…,”dia merintih lagi. Sungguh dia tidak mahu bayang itu pergi. Dan, dia terus merintih bersama esakan yang tidak berpenghujung.
“Wani…Wani…,”
“Firqan….,”lirih suaranya berbisik tatkala ada suara memanggil namanya. Tubuhnya terasa digoncang lembut.
“Firqan…,”
“Wani…bangun sayang,”
Bersama gerakan lembut di bahunya, dia seakan sedar suara suaminya yang sedang berbisik di telinga. Matanya yang terpejam, di buka perlahan.
“Wani mimpi lagi…,”
Wani diam. Bicara suaminya membawa perit pilu yang mengganggu tidurnya, kembali membelit perasaan. Air mata begitu mudah jatuh ke pipinya. Berakhirnya mimpi itu, bermakna dia sudah kehilangan Firqan. Tiada lagi wajah Firqan. Tiada lagi senyum Firqan. Tiada lagi bicaa lembut Firqan.
“Firqan datang lagi, bang…,”
“Itu Cuma mimpi Wani. Wani terlalu ikut perasaan. Sudahlah tu. Istighfar banyak-banyak,”
Sayu suaminya memujuk. Sayu suara itu membuat esakannya kembali semula. Dia tahu suaminya sedih. Barangkali lebih sedih berbanding dirinya.
“Semuanya salah Wani…,”dia bersuara pilu. Bersandar pada dada suaminya. Terasa rambutnya dielus lembut.
“Firqan tak akan salahkan Wani. Percayalah…,”
“Wani minta maaf bang….,”
“Sudahlah tu. Jangan ikut perasaan. Tidur,”suaminya bersuara sambil meletakkan sebuah buku ke meja sisi katil.
“Buku apa tu bang?,”
Suaminya menoleh. Kelihatan keberatan untuk menjawab.
“Buku apa bang?,”
“Hmmm…. Buku Firqan,”
“Buku apa?,”
“Dairi Firqan,”
“Wani nak baca…,”
“No. That’s not a good idea. Abang tak nak Wani baca,”
“Please bang…,”
“Nanti Wani rasa makin teruk. Abang tak nak Wani terus salahkan diri sendiri. Wani terus murung macam ni. Nanti apa jadi pada Haqeem? Pada abang?,”
“Wani nak baca bang…,”
Suaminya mengeluh perlahan. Buku di meja dicapai lemah. Perlahan buku dihulurkan padanya. Pandangan Wani tertancap pada tulisan tangan yang berukir cantik. Cantik untuk kanak-kanak seusia Firqan.

[DAIRI FIRQAN…HATI FIRQAN….]

Melihat ukiran tulisan itu…membaca kata-kata itu, dia menangis lagi. Menjatuhkan muka ke dada suaminya. Menangis lagi di situ.

****
[ Hari ni, kesian Haqeem. Nak main dengan Firqan, tapi, mama marah. Firqan pun pelik. Kenapa mama marah sangat? Tak apalah. Firqan pun tak nak mama marah-marah. Ibu cakap, tak boleh buat mama marah. Jadi, Firqan suruhlah adik ikut cakap mama.
Lepas tu, Firqan minta mama ajar English. Mama tak nak pun. Eh silap. Hehehe. Mama kata, mama tak ada masa. Bukan mama tak nak. Hmm… nampaknya kena tunggu papa baliklah.
Kena bohong papa lagilah nampaknya. Maafkan Firqan ya papa. Bukan sengaja nak bohong. Ustaz kata x ada bohong sunat, tapi, sebab mama, Firqan buat-buat adalah. Hehehe. Nanti, Firqan cakap, Firqan lupa ada homework. Kalau Firqan cakap mama tak ada masa nak ajar, papa mesti bising-bising kat mama. Firqan tak nak mama kena marah sebab Firqan…
Lepas ni, kena practice mcm mana nak berlakon kat papa ni. Hehehe.]

Dairi Firqan tertutup tiba-tiba. Bibir matanya panas untuk ke sekian kalinya bersama lintasan wajah Firqan dan Haqeem.
“Haqeem!,”
Anak keciknya itu menoleh.
“Ada apa, mama?,”
“Bawa mainan tu, masuk ke dalam. Main kat dalam,”
“Alaa…Haqeem nak main dengan abang Firqan,”
“Jangan lawan cakap mama. Mama beli semua ni untuk Haqeem. Bukan untuk kongsi dengan orang lain,”dia bersuara garang sambil menjeling ke arah Firqan yang menunduk.
“Nanti, kalau rosak, langsung tak boleh main,”
“Alah mama ni. abang Firqan bukan rosakkan pun. Abang Firqan pandai buat bunyi keretapi. Abang Firqan pandai buat bunyi kereta…motor…Abang Firqan…,”
“Sudah!,”Haqeem tersentak. Terus mencerlung marah sambil menarik muncung.
“Jangan nak lawan cakap mama. Sejak bila pandai lawan cakap mama ni?,”
Muncung Haqeem bertambah panjang.
“Tak apalah Haqeem. Haqeem bawa semua mainan ni ke dalam ya. Main kat dalam. Jangan lawan cakap mama. Ibu abang cakap, tak baik lawan cakap mak. Nanti masuk neraka. Neraka tu panas sangat. Haqeem nak masuk neraka ke?,”
Laju kepala Haqeem menggeleng.
“Tak nak… tak nak,”
Firqan tersenyum sambil mengusap rambut lurus milik Haqeem.
“Bawalah mainan ni masuk ke dalam. Main kat dalam. Abang nak buat kerja sekolah dulu,”
“Yalah. Buat cepat-cepat ya. Nanti temankan Haqeem main lagi,”
Firqan tersenyum. Membuat hatinya semakin panas. Haqeem kelihatan begitu akur pada kata-kata anak kecil itu. Kata-katanya bagai tiada makna. Cepat hatinya menjadi panas tiba-tiba.
“Mama…,”suara kecil Haqeem pecah lagi sambil bulat mata memandangnya.
“Hmm… ada apa?,”
“Nanti abang Firqan boleh temankan Haqeem main ya mama. Bolehlah mama,”
“Haqeem tak dengar apa dia cakap tadi? Dia nak buat kerja sekolah kan? Dah pergi masuk. Jangan ganggu dia,”
“Mama ni… suka sangat marah abang Firqan. Cakap kat papa, baru tahu,”
“Haqeem!,”dia mula menekan suara. Haqeem tidak lagi bersuara. Cuma tangannya lincah mengutip satu per satu mainan di lantai. Kemudian terkocoh-koch berlari masuk.
“Mama…,”
Dia menoleh. Merenung tajam wajah Firqan. Sungguh dia rimas mendengar anak kecil mengalun panggilan mama untuknya. Firqan bukan anaknya!
“Ada apa?,”
“Mama bolah ajarkan homework Firqan? English. Ada yang Firqan tak berapa faham,”
“Tolong sikit. Banyak masa aku, nak layan kau? Tak kuasa aku. Kau buatlah sendiri,”
Firqan diam. Tunduk merenung hujung kakinya sendiri. Kemudian perlahan anak itu mengangkat muka. Tersenyum kecil padanya.
“Tak apalah mama. Firqan cuba buat sendiri,”
Tubuh itu berlalu ke meja di anjung rumah. Mula membuka beg sekolahnya…
Tiba-tiba hatinya sayu mengingatkan itu semua. Betapa saat itu, dia gagal menyelami hati kecil milik Firqan.

****

[ Hari ni, Haqeem jatuh. Firqan dah cakap jangan panjat-panjat. Haqeem tak nak dengar. Kesian Haqeem. Kepala Haqeem berdarah. Terhantuk kat meja. Mama cakap Firqan buat. Tak mama. Bukan Firqan yang buat. Firqan nak cakap, tapi mama tak nak dengar. Mama pukul belakang Firqan. Sakit sangat.
Lepas tu, Firqan terkejut sangat -sangat tengok mama ambil penyangkut baju. Sungguh. Firqan takut sangat. Apa mama nak buat dengan penyangkut baju tu? Rupa-rupanya mama nak pukul Firqan. Firqan takut. Firqan takut sakit. Firqan jerit kat mama, jangan pukul Firqan. Mama tak dengar pun…mama pukul jugak.
Mama pukul Firqan sakit sangat. Apa salah Firqan mama? Ibu pun tak pernah pukul Firqan. Papa pun sama. Sakit sangat belakang Firqan ni, mama….
Ibu…Firqan nak ibu…Firqan rindu ibu…Firqan tak nak mama…]

Air matanya merembes tiba-tiba. Bagai terasa perit setiap pukulannya di belakang Firqan. Sungguh. Segunung sesal menyesakkan dadanya saat ini.
“Firqan… mama minta maaf…,”bersama rintihan sekali lagi dia menjengah masuk ke dalam peristiwa lalu.
Tangisan Haqeem yang kuat membuat dia berlari ke ruang tamu. Melihat Firqan membongkok memerhati Haqeem.
“Sakit ke Haqeem?,”
Tangisan Haqeem bertambah kuat.
“Kepala Haqeem berdarahlah. Biar abang kesat darah ni,”
Dia melihat Firqan tunduk sambil menyelak t-shirt yang dipakainya. Menyapu perlahan dahi Haqeem. Membuat tangisan Haqeem bertambah kuat. Membuat hatinya menjadi geram.
“Kenapa ni? Haqeem kenapa?,”lantang dia bertanya sambil bercekak pinggang.
“Kepala Haqeem mama….,”
Saat itu dia melihat dahi Haqeem yang basah dengan darah.
“Ya ALLAH! Apa kamu buat ni Firqan? Kamu nak bunuh Haqeem ya?,”
“Haqem. Dia…,”
Belum sempat Firqan memhabiskan cerita, tangannya sudah mendarat di belakang Firqan. Geram melihat keadaan anaknya. Geram memikirkan apa yang telah Firqan buat terhadap anaknya.
“Sakit mama,”
“Sakit? Kau nak lagi sakit ? tunggu,”
Firqan tercegat. Dia pula melilau mencari sesuatu. Terlihat penyangkut baju di atas sofa, segera dicapai. Mengalih pandangan kea rah wajah Firqan yang kecut.
“Jangan mama. Jangan…,”
“Apa kau buat kat Haqeem hah? Saja nak bagi dia sakit ya? sekarang kau rasa. Aku pula yang buat kau sakit,”
Firqan menggeleng laju.
“Firqan tak buat apa-apa, mama,”
“Tak buat apa-apa sampai berdarah macam ni? aku memang dah lama geram dengan Firqan!,”bagai hysteria, penyangkut baju hinggap di belakang Firqan.
“Aduh! Mama! Sakit mama! Jangan pukul Firqan mama…,”
“Rasakan kau!,”
“Sakit mama. Jangan mama. Ibu! Tolong Firqan ibu. Tolong Firqan ibu,”
“Panggil ibu kau. Panggil!,”
“Mama! Jangan pukul abang Firqan. Mama …jangan pukul abang Firqan!,”Haqeem menjerit kuat. Menangis seiring dengan esakan kuat Firqan.
“Sakit mama…,”rayu Firqan sambil terduduk di sudut dinding. Mendengar rayuan itu, entah kenapa tiada simpati yang berhimpun di hatinya. Tangannya makin laju menghayun penyangkut baju. Bagai puas hatinya mendengar tangisan Firqan.
“Wani! Apa ni?,”
Tangannya dipegang dari belakang.
“Awak nak bunuh budak ni ke?,”
“Kalau dia mati, saya lagi suka! Saya tak suka dia! Tak suka!,”
“Wani!,”
“Saya benci dia. Saya benci abang,”tiba-tiba marahnya berganti sebak. Laju dia meninggalkan suaminya. Meninggalkan esakan Firqan sambil menarik tangan Haqeem. Kepala Haqeem yang berdarah masih membuat dia risau.

****
[Esok, dah 100 hari ibu pergi. Firqan tanda kat kalender. Firqan rindu ibu. Firqan sedih. Tapi, papa selalu cakap, tak baik nangis. Kalau Firqan rindu ibu. Kalau Firqan ingat ibu, papa suruh Firqan baca Al-fatihah. Hadiahkan untuk ibu. Firqan selalu buat, papa. Tapi, esok Firqan teringin sangat-sangat nak tengok org baca Yasin untuk ibu. Baca Yasin kat rumah papa ni. Tapi, (banyaknya tapi…hehe..tak apalah. Inikan dari Firqan..suka hatilah nak letak berapa banyak pun)..Tapi, mama tak bagi. Last-last, papa cakap, buat kat surau ajela. Hmm… tak apalah. Tapi( Tapi lagi), harap-harap nanti, ada benda yang boleh buat mama ubah fikiran.
Satu lagi, teringin sangat nak jalan-jalan dengan papa, mama dan Haqeem esok. Dah cakap dengan papa. Papa pun dah paksa mama ikut. Hehehe. Tak apa ya mama. Sekali ni ajer. Lepas ni, mana tahu, dah tak boleh jalan-jalan dengan mama lagi]

Sungguh semua yang ditulis Firqan. Memang itulah kali terakhir dia bersama-sama dengan Firqan. Memang akhirnya majlis tahlil 100 hari, dibuat di rumahnya.
“Mama tunggu Firqan dulu,”
Dia merengus perlahan. Rimas. Segera dia berpaling. Firqan nampak tidak sabar di sisi suaminya yang sedang membeli aiskrim. Barangkali mahu menyertai dia dan Haqeem. Sengaja dia lajukan langkah kerana tidak mahu bersama-sama anak itu. Biarlah suaminya yang melayan Firqan. Dia ikut pun, sebab terpaksa. Tanpa mempedulikan Firqan, dia melangkah lagi.
“Mama! Berhenti!,”
Firqan menjerit kuat. Dia sendiri tergamam. Terkejut mendengar hon yang kuat. Serentak itu, dia terasa tubuhnya ditolak kuat. Membuat dia terdorong ke tepi bersama-sama Haqeem. Haqeem menangis sebaik dia terjatuh bersama-sama anaknya di atas rumput di tepi jalan.
“Firqan!!!,”
Dia betul-betul tergamam sebaik mendengar dentuman kuat. Sebaik mendengar jeritan suaminya. Dia melihat suaminya yang terpaku. Empat askrim di tangannya sudah jatuh ke jalan. Kereta di hadapannya terhenti. Dan, dia melihat tubuh Firqan kaku ridak bergerak beberapa meter di hadapan kereta tersebut. Ada darah merah yang membasahi jalan raya. Darah itu memberi kesedaran padanya. Firqan kemalangan.
“Firqan!!!,”dia menjerit hysteria saat suaminya sudah meriba tubuh Firqan yang ketara longlai di matanya. Pipinya banjir serta merta.
“Firqan!,”dia menjerit kuat. Membuat dia tersentak sendiri. Memandang sekeliling. Dia berada di bilik Firqan. Dairi Firqan terjatuh dari ribanya. Sungguh dia diburu rasa bersalah yang teramat sangat. Kalaulah dia tidak sebegitu ego, pasti Firqan masih berada di sisinya saat ini. Dia abaikan keselamatan dirinya dan haqeem semata-mata marahnya pada Firqan. Padahal, hakikatnya Firqan langsung tidak bersalah. Begitu buruk layanannya pada Firqan, tetapi Firqan menjadi penyelamatnya. Kalau Firqan tidak menolaknya, pasti tubuhnya dan Haqeem yang melambung ke jalan. Sungguh dia yang bersalah.
Sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi, dia tunduk mencapai semula dairi kecil Firqan. Memang dairi itu membuat dia semakin sdih. Namun, dia begitu ingin menyelami apa yang bermain di hati anak kecil itu. satu perkara yang tidak pernah dia lakukan di saat Firqan masih bersamanya.
Dia membelek lagi. Beberapa helaian awal dairi itu, yang digam pada setiap penjuru buku, menarik perhatiannya. Perlahan dikoyak tempat yang bergam. Rupa-rupanya masih ada catatan di situ.

[ Firqan Cuma ada ibu. Firqan tak ada ayah. Firqan sayang ibu. Ibu cakap ALLAH lebih sayangkan ayah. Tapi, tak ada ayah pun, Firqan tetap gembira. Ibu sayangkan Firqan. Cuma…kalau tengok kawan-kawan dengan ayah dorang, Firqan teringin juga nak ada ayah. Tapi, Firqan tak cakap dengan ibu. Firqan tak nak ibu sedih. Tapi, tiap-tiap malam Firqan berdoa, moga-moga Firqan dapat sorang ayah baru. Hehehe.
Satu hari, ibu cakap, Firqan akan dapat papa. Sukanya. Ibu cakap, Firqan akan dapat papa, mama dan adik.
Lepas tu, papa datang dalam hidup kami. Papa baik. Papa jaga ibu. Papa sayang Firqan Ibu selalu pesan, nanti, kalau ibu dah tak ada, Firqan kena tinggal dengan papa. Firqan sedih dengar ibu cakap macam tu. Firqan tak nak ibu pergi. Firqan sayangkan ibu.
Tapi, akhirnya ibu pergi jugak. Macam ibu cakap, papa pun cakap macam tu. Papa cakap ALLAH lebih sayangkan ibu.
Lepas tu, papa ajak Firqan duduk dengan papa. Hari nilah. Hari ni, Firqan pergi rumah papa. Jumpa mama Wani. Cantik mama Wani. Tapi, garang sangat dengan Firqan. Tak pernah senyum pun kat Firqan. Firqan jumpa Haqeem. Firqan suka sebab Firqan ada adik.
Dari mula-mula Firqan pergi rumah papa, Firqan selalu dengar mama gaduh dengan papa. Mama cakap papa bohong mama. Mama cakap papa jahat. Mama cakap papa kahwin lain sebab papa dah tak sayang mama. Kesian papa kena marah. Papa tak banyak cakap pun. Papa diam ajer.
Lepas tu, mama selalu marah-marah Firqan. Tapi, Firqan ingat pesan ibu. Ibu cakap, Firqan kena sayang mama macam Firqan sayang ibu. Mama dah bagi papa kat Firqan. Ibu cakap, Firqan tak boleh buat mama marah. Tak boleh buat mama sakit hati. Jadi, Firqan sabarlah.
Tapi, sebenarnya ibu… tak ada saper-saper pun boleh ganti ibu. Firqan nak ikut ibu… Firqan nak ibu aje… Firqan rindu sangat kat ibu…]

“Jahatnya mama pada Firqan…,”
Dia melihat ada kesan dakwat pen yang mengembang. Jelas Firqan menangis di saat mencoretkan kata-kata itu. Perlahan dia pejamkan mata. Andai dapat dia undurkan masa, dia tidak akan mahu menjadi seego ini. Apalah dosa Firqan, andai ibu anak kecil itu menjadi madunya. Bukan Firhan yang patut menjadi tempat dia lontarkan rasa geram pada rahsia yang bertahun disimpan suaminya. Dua tahun dia dimadu. Cuma di saat madunya meninggal dunia, barulah dia tahu yang dia ada seorang anak yang perlu diasuk seperti anaknya sendiri. Anak tiri suaminya.
“Wani…,”
Dia mendongak. Suaminya tercegat di hadapannya. Pasti baru pulang dari hospital. Perlahan dia meyeka air mata yang bersisa.
“Sudah-sudahlah tu. Jangan baca lagi dairi tu,”lembur suara suaminya.
“Abang… Wani nak pergi ke pusara arwah isteri abang…,”
Dia sedar wajah suaminya sedikit terperanjat.

***
Dia mengaminkan doa. Surah Yasin dibawa ke dahi. Rupa-rupanya pusara Firqan Cuma bersebelahan pusara ibunya. Firqan menyusul ibunya selepas seratus hari ibunya pergi. Dan, hari ini, genap pula seratus hari pemergian Firqan. Cuma hari ini, dia mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan pusara Firqan. Sebelum ini, dia tidak sanggup. Tidak sanggup memikirkan yang dia sudah terpisah dengan Firqan. Yang Firqan sudah pergi ke alam lain. Meninggalkan dia dengan rasa bersalah yang terlalu sarat.
“Maafkan mama, Firqan. Mama sayang Firqan. Mama banyak bersalah pada Firqan,”
‘Mama tak salah….,”
Bulu romanya terasa meremang tiba-tiba tatkala semilir lambut berhembus di wajahnya Dan suara itu seakan mengiringi hembusan itu. Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba terasa Firqan begitu hampir dengannya.
“Mama yang salah. Kalaulah mama hati-hati…,”
‘Jangan salahkan diri mama. Firqan sayang mama. Mama tolong jangan sedih. Firqan tak mahu mama sedih,”hembusan itu membawa suara lagi. Barangkali dia berimaginasi. Barangkali Firqan memang di sisi.
“Firqan..Firqan…,”dia bersuara tiba-tiba. Mencari-cari bayang Firqan.
“Wani…,”suaminya di sisi bersuara perlahan. Air mawar di dalam bekas, di habiskan. Kemudian menabur lebihan bunga di pusara arwah isteri dan anak tirinya.
“Firqan bang. Dia ada di sini. Wani dengar suara dia,”
“Wani. Jangan ikut perasaan sangat. Redhakan pemergian dia. Abang pun sedih. Abang gagal memenuhi permintaan Maizura untuk jaga Firqan betul-betul. Tapi, inikan sudah tersurat. Kita tak boleh lawan qada’ dan qadar ALLAH. Janganlah ikut perasaan. Kita doakan Firqan tenang di sana. Mungkin ini yang terbaik untuk arwah,”
Dia tunduk, menyentuh nisan yang terukir nama Firqan. Kemudia memandang nisan di sebelah. Terukir nama Maizura.
“Dah. Jom kita balik,”
Dia mengangguk perlahan. Berdiri sambil melangkah beriringan dengan suamiya. Sekali lagi dia menoleh.
‘Mama jangan sedih. Mama doakan Firqan dan ibu selalu…,”
Sekali lagi hembusan yang sama membelai wajahnya. Dia tersenyum bersama air mata.
“Mama tak akan sedih lagi sayang…,”dia bersuara perlahan. Menyambung langkah dengan perasaan yang sedikit lega.
“Are you okay?,”
Dia tersenyum di pintu kereta. Soalan suaminya dijawab bersama anggukan. Suaminya tersenyum kecil walau jelas kelihatan kesedihan di mata lelaki itu.
“Abang…,”
“Ada apa?,”
“Boleh Wani tahu kenapa abang kahwin dengan Maizura? Kenapa rahsiakan dari Wani?,”
“Maizura patient abang. Dia ada barah rahim. No chance. Abang selalu tengok Firqan. Selalu menemaninya setiap kali dia ke hospital. Dia sebatang kara. Dia perlukan jagaan. Firqan juga perlukan jagaan. Yang lebih abang risau, kalau Maizura tak ada, bagaimana nasib Firqan. Mereka tak ada sesiapa. Sebab tu, abang kahwin denganMaizura. Abang jaga dia. Dan, abang mahu Firqan masih ada keluarga, biarpun selepas ibunya tak ada,”bicara suaminya terhenti seketika.
“Pasal abang rahsiakan tu. Abang tahu abang salah. Tapi, abang tahu perangai Wani. Dan, Maizura sakit, Wani. Abang tak nak nanti dia stress. Abang rasa, lebih baik Wani tak tahu. Mungkin abang silap. Maafkan abang,”
“Mungkin abang tak silap. Mustahil Wani akan terima semua tu dengan waras, kalau abang berterus-terang dengan Wani dulu. Wani salah faham. Maafkan Wani,”
Suaminya tersenyum hambar. Cuma memaut tubuhnya ke dalam pelukan. Dia tenang di situ.

***
TAMAT


Saturday, June 13, 2009

Kuseru Rindu Itu... 21

“Apa yang awak menungkan ni, Yam?,”
Puan Mariam tersentak. Spontan dia berpaling. Suaminya tersenyum di belakang.
“Abang ni. Buat terperanjat saya aje,”Puan Mariam bersuara sambil mengurut dada.
“Tak adalah. Pelik. Dari tadi saya tengok awak tercegat kat sini. Saya berdiri kat belakang pun, awak tak sedar. Apa yang awak fikirkan?,”
Puan Mariam diam seketika.
“Tu…,” dia bersuara perlahan sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Idayu yang sedang termenung panjang di halaman belakang. Tuan Harun memandang ke arah yang sama. Seketika Cuma sebelum mencari semula wajah isterinya.
“Kenapa dengan Ayu?,” soalnya hairan.
“Abang tak rasa apa-apa ke?,”
“Rasa apa?,”
Puan Mariam mengeluh perlahan.
“Rasa macam ada yang tak kena. Abang tak pelik ke tengok Idayu tu. Dari tadi saya perhatikan. Dah lama dia termenung kat situ,”
“Dia ambil angin petang agaknya,”
“Saya tak rasa macam tu lah bang,”
“Maksud awak?,”
“Agaknya dia ada masalah dengan Hisyam tak?,”
“Ish. Takkanlah. Awak yang fikir bukan-bukan agaknya,”
“Yalah. Sorang kat dalam. Sorang kat luar. Risau pula saya tengok mereka berdua ni,”
“Masa makan tadi elok saja saya tengok. Tu.. Hisyam kat dalam, elok saja bermain dengan Syafiq. Tak nampak macam ada masalah pun. Sudahlah tu. Awak yang risau tak bertempat ni,”
“Kalau tidak ada apa-apa, baguslah. Saya bukannya apa. Risau,”
“Kalau awak nak kepastian, pergilah tanya Idayu,” saran Tuan Harun sambil membuka peti sejuk.
“Abang nak apa?,” Puan Mariam bertanya, kalau-kalau suaminya itu mahu dia sediakan sesuatu.
“Tak ada apa,” jawab Tuan Harun sambil menutup semula peti sejuk.
“Kalau macam tu, saya nak ke sana kejap. Abang pun cuba-cubalah risik dengan Hisyam. Manalah tahu, budak-budak ni ada masalah tapi tak nak cakap dengan kita,”
“Hmm…Yalah,”
Puan Mariam tersenyum nipis. Mengatur langkah menuju ke arah Idayu. Agak lama dia memandang Idayu yang termenung sambil menongkat dagu pada buaian. Jauh benar lamunannya itu.
“Assalamualaikum..,”sapanya lembut.
“Waalaikumussalam,”Idayu menjawab dengan nada yang sedikit terperanjat. Dia mendongak. Mengukir senyum buat ibu mertuanya.
“Mak. Maaf. Tak perasan mak datang tadi. Duduk mak,” Idayu bersuara kalut sambil membetulkan duduk. Memberi ruang untuk Puan Mariam duduk di sebelahnya. Puan Mariam melabuhkan punggung di sebelah Idayu, membuat buaian besi dua tempat duduk itu bergerak sebaik dia duduk di situ.
“Jauh termenung. Boleh mak tahu apa yang Ayu menungkan?,”Puan Mariam membuka bicara bersama senyum yang mekar di bibir. Idayu tersenyum. Rupa-rupanya Puan Mariam memerhati dalam diam.
“Tak ada apa- apalah mak,”
“Mak macam tak percaya saja dengan jawapan tu,”
Idayu tergelak. Memandang wajah ibu mertuanya yang seperti menanti satu jawapan yang lain darinya.
“Betul mak. Tak ada apa-apa. Kenapa mak tanya macam tu?,”
“Ayu ada selisih faham dengan Hisyam ke? Atau.. ada masalah dengan Hisyam?,”
Idayu tergelak lagi.
“Tak ada mak,”jawab Idayu pendek. Jemari ibu mertuanya segera dicapai. Menggenggam erat jemari itu bersama senyum yang terus terukir di bibir. Nampaknya Puan Mariam sudah mula mengesyaki sesuatu. Silapnya. Dia terlanjur melayan perasaan di hadapan mertuanya.
“Dah tu… kenapa termenung macam orang ada masalah?,”
“Seronok duduk sini, mak. Berangin. Nyaman rasanya. Itu yang jadi asyik melayan perasaan tu,”
“Betul ni?,”
Idayu tersenyum sambil mengangguk perlahan. Angin petang yang bertiup nyaman, memberi dia ilham untuk dia mencipta alasan. Bukan mahu berbohong, Cuma rasanya apa yang sedang alami, belum sesuai untuk dikongsi dengan ibu mertuanya itu. Puan Mariam turut tersenyum mendengar jawapan Idayu. Sedikit lega.
“Kalau macam tu, baguslah. Lega mak mendengarnya,”
Idayu tergelak kecil. Namun, rasa bersalah tetap menyelinap masuk ke jiwa, mengganggu perasaannya. Sungguh dia tidak bermaksud untuk membohongi ibu mertuanya itu. Tapi, apakan daya. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk berterus-terang. Biarlah segalanya terbongkar apabila Hisyam yang membuka cerita. Selagi Hisyam tidak berterus –terang, selagi itulah dia akan membisu.
“Berbincang apa ni? Bergosip ya?,”suara yang datang secara tiba-tiba, cukup dekat di telinganya. Membuat Idayu tersentak. Idayu menoleh. Hisyam tersengih di belakangnya. Puan Mariam yang turut terperanjat, mengurut perlahan dadanya.
“Anak dengan bapak sama saja. Tak reti nak bagi salam. Terkejut mak, tahu tak?,”
Hisyam tergelak. Perlahan dia menolak buaian yang diduduki isteri dan ibunya. Sambil sebelah lagi tangannya membelai rambut Idayu yang ditiup angin. Melihat kemesraan itu, hati Puan Mariam menjadi lega. Barangkali, dia terlalu berfikir yang bukan-bukan.
“Kamu ni… tiba-tiba terpacak kat sini, apa hal?,”
“Hai.. takkan tak boleh join kot? Ini mesti tengah bergosip ni. Mengumpat saya, ya mak?”
Puan Mariam mencebik.
“Tak ada maknanya nak mengumpat kamu, Syam…,”
Hisyam tersenyum panjang.
“Ayah kamu ada kat dalam? Ke dah keluar?,”
“Ada. Tengah baca magazine kat depan,”
Puan Mariam mengangkat punggung.
“Kalau macam tu.. mak masuk dalamlah. Buatkan minum petang untuk ayah kamu.
Kamu berdua nak minum kat sini ke? Nanti, mak suruh Yati hantar ke sini,”
“Boleh juga,” ujar Hisyam sambil bergerak mengambil tempat ibunya. Puan Mariam tersenyum sambil berlalu.
Hisyam berpaling memandang wajah Idayu.
“Syafiq buat apa kat dalam?,”Idayu mengajukan soalan sambil mengikat rambutnya yang ditiup angin.
“Dah pengsan depan tv,”jawab Hisyam sambil menarik getah yang mengikat rambut yang terikat elok di kepala isterinya. Membiarkan rambut Idayu lepas bebas ditiup angin. Idayu cuma tersenyum.
“Tak payah ikat rambut tu. Abang suka tengok rambut Ayu ditiup angin,”
“Abang ni, ada-ada saja,”ujar Idayu lembut. Kalau dulu, dia senang mendengar pujian-pujian itu. Kata-kata manis Hisyam membuat hatinya berbunga indah. Membuat dia benar-benar bahagia. Tetapi, kenapa kini, hatinya pedih mendengar kata-kata itu? tiba-tiba dia menjadi sangsi. Ikhlaskah pujian Hisyam? Atau, hanya sekadar menyedapkan hatinya? Rasa sangsi bersulam dengan rasa cemburu terlau sering berdetik di hatinya kini. Begini jugakah Hisyam memuji gadis cantik itu? beginikah juga Hisyam melayan gadis manis itu? Memikirkan hal itu, hatinya terasa pedih. Bagai ada jarum yang dicucuk di situ. Ngilu. Dia memandang wajah Hisyam yang kelihatan cukup ceria. Melihat keceriaan itu, hati perempuannya berbisik lagi. Hisyam kelihatan begitu gembira. Hisyam gembira kerana gadis itu atau Hisyam gembira kerananya? Di dalam sekelip mata, tiba-tiba segalanya tepecah dua. Segala-galanya bagai boleh dipertikaikan. Tiba-tiba dia menjadi prejudis. Perjudis pada suami sendiri.
“Kenapa pandang abang macam tu?,”soal Hisyam hairan. Lama Idayu merenungnya tanpa bicara.
“Tak ada apa-apa,”jawab Idayu sambil tersenyum kelat. Hisyam menggeleng kepala sambil membetulkan duduknya.
“Ayah cakap, dia nampak Ayu macam ada masalah saja. Betul ke? Apa masalahnya?,” Hisyam mengajukan soalan tanpa melihat wajah isterinya. Idayu tergelak kecil.
“Ayah pun?,”soalnya lucu.
“Yalah. Kenapa ayu gelak?”
“Mak pun tanya Ayu macam tu,”
Hisyam berpaling . Menghadap wajah Idayu. Memang sedang berdepan masalahkah wanita di hadapannya ini?
“Kenapa pula tiba-tiba mak dan ayah tanya macam tu?,”soal Hisyam hairan. Kenapa ibu dan bapanya mengesyaki ada sesuatu yang menggangguHarun fgsgfgddffffvbvv menantu kesayangan mereka ini? Hatinya menjadi resah tiba-tiba.
“Entah. Mungkin instinct dia orang kot,”ujar Idayu sambil mengamati wajah Hisyam yang sedikit berubah.
“Instinct? Betul ke tidak instinct dia orang tu?,” Hisyam diburu rasa ingin tahu. Hatinya resah setiap kali memikirkan kalau-kalau Idayu ada masalah. Bimbang dia yang menjadi punca masalah itu. Bimbang kalau-kalau Idayu sudah dapat mencium kecurangannya. Bimbang kalau-kalau Idayu sedih kerananya.
“Mak nampak Ayu termenung kat sini. Itu yang dia tanya macam tu,”cerita Idayu bersahaja.
“Ada apa-apa yang mengganggu perasaan Ayu ke?,”
“Abang rasa?,”Idayu menjawab soalan Hisyam dengan satu dengan satu soalan yang cukup pendek. Namun, makna soalan itu cukup dalam padanya. Sedalam keinginannya untuk menyelami perasaan suaminya saat itu. Ingin sahaja dia berterus-terang dan meminta penjelasan daripada Hisyam. Tetapi dia takut. Takut dia tidak kuat untuk berhadapan dengan jawapan Hisyam. Bimbang dia akan kehilangan segunung kebahagiaan, ehsan dari Hisyam ini. Bodohkah dia? Dia merenung wajah Hisyam untuk ke sekian kali. Rasa kasihnya melimpah melihat wajah itu. Biarlah dia bodoh. Dia sanggup menjadi bodoh kerana lelaki ini. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki ini.
“Mungkin ada kot. Ayu nak kongsi dengan abang?,”Hisyam bersuara sambil tersenyum kecil.
Idayu turut tersenyum.
“Kenapa abang cakap macam tu?,”
Soalan itu membuat Hisyam terdiam. Jelas Idayu sedang berteka-teki dengannya. Soalan Idayu seolah-olah periuk api yang boleh asang membuat dia terperangkap. Bicara Idayu terasa begitu meresap ke jiwa. Membuat jantung kembali tidak normal. Adakah Idayu sudah tahu mengenai hubungannya dengan Maisara? Mustahil. Kalau Idayu tahu, sudah pasti wanita itu akan bercakap mengenainya. Pasti Idayu tidak akan berdiam diri. Pasti Idayu menagih penjelasannya.
“Well… Ayu Nampak resah…,”lambat-lambat Hisyam menjawab soalan teka-teki Idayu. Berharap agar jawapannya tidak kedengaran sumbang. Idayu tersenyum lagi.
“Well…Abang pun nampak resah. So, abang nak kongsi dengan Ayu?,”
Hisyam tergelak. Idayu pintar memutar kata. Pantas tangannya memaut bahu Idayu. Menarik Idayu ke dadanya.
“Ok. Stop it. Kalau kita terus bercakap macam ni, sampai bila pun perbualan kita tak akan ada penamat. Betul tak?,”
Idayu mengukir senyum. Merenung mata Hisyam lama. Dia nampak keresahan di mata itu.
“Depends,”balas Idayu sepatah. Ketara Hisyam cuba mengalih hala tuju perbualan mereka. Hisyam memandang wajah Idayu yang sedikit serius. Wajah serius itu, benar-benar membuat dia kelu. Sungguh dia buntu. Buntu memikirkan apa yang bersarang di hati isterinya. Memikirkan apa yang mungkin sedang berlegar di fikiran Idayu.
“Kenapa ni? Tiba-tiba saja jadi macam ni? Serius macam ni?,”soal Hisyam lembut. Cuba menghilangkan rawang di hati Idayu. Cuba mencari jernih di wajah Idayu. Memujuk perasaan Idayu yang dirasakan terganggu, meski dia sendiri buntu memikirkan punca yang mengganggu.
“Entahlah bang. Mungkin Ayu takut…,”
“Apa yang Ayu takutkan? Abang tak faham,”
Idayu mengeluh perlahan. Dia memandang kosong jemarinya yang berada di dalam genggaman Hisyam. Juga pautan mesra di bahunya. Sekali lagi hatinya dilanda badai cemburu. Cemburu apabila membayangkan Hisyam melakukan perkara yang sama pada kekasih hatinya. Sungguh. Amat sakit rasanya tiap kali dia teringat akan hakikat dia kini sedang diduakan oleh suaminya. Tidak sanggup memikirkan dia kini sedang berkongsi Hisyam dengan perempuan lain.
Perlahan dia pejamkan matanya. Mencari sedikit kekuatan untuk terus berhadapan dengan Hisyam. Dia mesti kuat. Dia tidak boleh lemah. Melihat tingkah Idayu, Hisyam menjadi semakin tidak keruan. Wajah itu tiba-tiba berubah muram. Sungguh dia tidak sanggup melihat Idayu sedih.
"Kenapa ni? Apa yang tak kena?,"soal Hisyam sambil mengusap perlahan pipi Idayu. Idayu menatap wajah Hisyam. Memegang jemari lelaki itu, membuat belaian Hisyam terhenti. Tangan Hisyam dibawa kembali ke ribanya. Hisyam membalas renungan Idayu. Memang benar kata bapanya. Idayu memang sedang menghadapi masalah. Harap-harap bukan dia yang menjadi punca masalah itu.
"Abang risau tengok Ayu macam ni. Kongsilah dengan abang. Mana tahu abang boleh bantu? Ayu nak berahsia dengan abang ke?,"
Mendengar soalan Hisyam, sekadar membuat Idayu menjadi semakin hiba. Mana mungkin dia boleh berkongsi masalah itu dengan Hisyam. Mustahil. Kerana Hisyam yang menjadi punca beban di hatinya itu. Hisyam membuat dia sedih. Hisyam juga yang membuat dia takut. Hubungannya dengan Hisyam memang tidak pernah ada jaminan kebahagian yang berkekalan. Melalui saat-saat getir begini, membuat dia teringat setiap kata-kata Hisyam lebih tujuh tahun dahulu. Teringat janji-janji Hisyam yang pernah menghiris perasaan perempuannya. Dan, dalam janji-janji itu, tidak ada satu pun yang boleh membuat dia berasa selamat. Semuanya membuat dia sering dihambat rasa risau dan takut. Dia bakal kehilangan Hisyam pada bila-bila masa sahaja. Sekelip mata dia bakal kehilangan segalanya.
"Ayu takut, bang," bisiknya perlahan. Cukup perlahan.
"Takut apa?,"
"Ayu takut akan kehilangan semua ini,"
"Kehilangan apa?," soal Hisyam hairan.
"Abang," jawab Idayu sambil tunduk. Tanpa dipinta, air mata mengalir di pipinya.
Hisyam tergelak kecil.
"Ayu.. pandang abang..," pinta Hisyam sambil menyentuh dagu Idayu. Mengangkat muka isterinya supaya memandang wajahnya. Dia terpaku seketika melihat air mata yang membasahi pipi Idayu. Idayu menagis! Sekian lama dia tidak melihat air mata di pipi itu. Sekian lama Idayu tidak menangis di depannya. Ternyata air mata Idayu benar-benar membuat dia penasaran. Pantas jemarinya menyapu pipi Idayu yang basah.
“Ayu… kenapa ni?,”
Mendengar soalan itu, hanya membuat esakan Idayu semakin kuat. Dia kalah. Hari ini dia gagal selindungkan pedih hatinya. Esakan yang membuat hati Hisyam bagai dicalar.
"Ayu, jangan menangis. Jangan menangis, sayang. Abang tak sanggup tengok Ayu menangis," pujuknya perlahan sambil menarik Idayu ke pelukannya.
Pujukan yang membuat Idayu terkejut. Bagai mimpi. Hisyam memanggilnya sayang?
Betulkah apa yang dia dengar? Selama tujuh tahun, Hisyam tidak pernah menggunakan perkataan keramat itu. Selama tujuh tahun dia menunggu Hisyam memanggilnya dengan panggilan itu. Hari ini, impiannya menjadi kenyataan. Hari ini, terluah perkataan sayang dari bibir lelaki itu. Tetapi, kenapa dia tidak gembira? Kenapa hatinya menjadi bertambah sedih mendengar panggilan itu? Kenapa?
"Ayu.. jangan macam ni. Abang tak suka tengok Ayu menangis. Stop crying," suara lembut pujukan Hisyam begitu hampir di telinganya. Jemari Hisyam sekali lagi mengesat air mata yang jatuh ke pipinya.
"Ayu takkan kehilangan abang. Tak akan. Tak ada apa yang Ayu nak risaukan. Percayalah cakap abang. Ayu tak akan pernah kehilangan abang,"Hisyam berbisik lembut sambil mengusap perlahan rambut isterinya yang mengurai.
Idayu diam di dalam pelukan Hisyam. Berusaha memujuk dirinya sendiri agar tidak menagis lagi. Dia tidak sepatutnya menangis di hadapan Hisyam. Tapi, dia gagal mengawal perasaannya. Dia gagal menutup kesedihan yang bertenggek di hati.
Hisyam pula semakin dilanda tanda tanya. Dia membiarkan Idayu tenang di dalam pelukannya. Perlahan dia mengucup kepala Idayu sambil terus membelai perlahan rambut isterinya itu. Begitu banyak persoalan yang bermain di kepalanya. Tapi, dia takut untuk bertanya. Takut untuk mencari tahu punca Idayu menjadi segundah itu. Sudahnya, dia cuma membisu. Membiarkan suasana sepi itu mengendurkan ketegangan yang tercipta. Ketegangan yang dia sendiri sangsi akan puncanya.
"Encik...,"
Hisyam berpaling. Yati, pembantu rumah ibunya tercegat bersama dulang berisi hidangan minum petang. Gadis itu kelihatan tersenyum malu. Hisyam tersenyum kecil. Idayu pula, segera mengangkat kepalanya yang terlentok di dada Hisyam. Sedikit malu apabila Yati melihatnya sambil tersenyum lebar.
"Minum petang, encik,"
"Letak atas meja tu. Terima kasih, Yati,"
Yati mengangguk dan akur pada arahan itu, sambil terus berlalu. Tidak mahu terus mengganggu kemesraan pasangan suami isteri itu. Hisyam memandang wajah Idayu. Dia tersenyum kecil. Masih ada sisa-sisa air mata yang membekas di pipinya yang mulus. Segera dia menghapuskan air mata itu sekali lagi.
"Tengok tu.. pipi dah merah," tegurnya separuh bergurau sambil menarik semula Idayu ke pelukannya.
Idayu tersenyum sambil mencubit perlahan lengan Hisyam. Hisyam tesenyum lega. Senang melihat senyum yang mekar semula di bibir Idayu.
"Dengan Yati pun nak malu. Biarlah dia tengok. Kita bukannya buat apa-apa pun. Kan?,"
Idayu cuma diam. Membiarkan dia berteka-teki dengan perasaannya sendiri. Aneh. Satu ketika dia resah berada di dalam pelukan Hisyam. Resah memikirkan kecurangan Hisyam. Tapi, pada ketika yang lain, pelukan Hisyam memberi ketenangan padanya. Satu ketenangan yang boleh membuat dia lupa pada semua kesedihannya. Ketenangan yang sedang dia rasai saat ini. Dan, dia ingin menikmati ketenangan itu sepuas hatinya.
“Ayu sayang abang…,”dia berbisik perlahan sambil membalas pelukan Hisyam. Hisyam tersenyum.
“Please… jangan menangis lagi. Abang tak sanggup tengok air mata Ayu…,”
Idayu mengangkat muka.
“Abang jangan tinggalkan Ayu?,”
“Sayang. Abang tak akan tinggalkan sayang. Kenapa ni?,”
“Ayu risau. Kalau-kalau abang dah jumpa cinta abang… dan tinggalkan Ayu…,”Idayu bersuara sambil bersandar di dada Hisyam. Hisyam menahan nafas. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Kata-kata Idayu membawa satu mesej. Dia tahu itu. Idayu mengetahui sesuatu atau Idayu mengesyaki sesuatu? Tanpa sedar, dia mengeratkan pelukannya.
****
[11:35:50 PM] hos.getah: