Sunday, June 23, 2013

BIARKAN YM TERUS BERBICARA

DAPATKAN NOVEL TERBARU SAYA, BIARKAN YM TERUS BERBICARA KESINAMBUNGAN KISAH TIYA DAN ENCIK FIRDAUS DARIPADA NOVEL BIARLAH YM BERBICARA




Sinopsis:-

Biarkan YM Terus Bicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus. Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.


Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka. Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami. Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus mempercayai. Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya.



Keadan tambah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya. Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus. Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati. Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad untuk berundur.



Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik. Semuanya ternyata cuma kebetulan. Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka. Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit untuk melakukan sesuatu. Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri. Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus sendiri yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka.



“Berjuta langkah kita atur bersama... tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu... tidak akan pernah lelah selagi janjimu... cinta ini hanya milik kita berdua.”




KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI TERUS DARI SAYA, BOLEH EMAILKAN KE 


ATAU MESEJ TERUS DI FB SAYA.
[11:35:50 PM] hos.getah: