Monday, November 17, 2008

Pergilah Air Mata 20

“Mak. Kehendak mak. Mak nak pertunangan itu diteruskan juga,”
Sabrina menarik nafas panjang. Hampir dua minggu kata-kata itu mengganggunya. Hampir dua minggu kata-kata itu membuat air mata terus menemani tidurnya. Membuat dia kembali melayan menungnya yang tidak berpenghujung. Dia sendiri tidak faham mengapa dia berasa begitu kecewa. Sepatutnya dia tidak perlu berasa kecewa. Dia tidak boleh salahkan Ikmal. Ikmal tidak bersalah. Dia juga tidak boleh salah ibu Ikmal. Maria juga tidak boleh dipersalahkan. Ini semua kesilapannya. Kalau dia tidak tersilap dengar dulu, semua ini pasti tidak akan berlaku. Pasti saat ini, cincin yang tersarung di jari manis Maria, berada di jarinya. Kasiha Maria. Pasti temannya itu terpaksa menurut permintaan ibu Ikmal.
Sabrina meraup wajah perlahan. Hatinya bertanya di dalam diam, kenapa dia perlu berasa sebegini sedih? Padahal dia sudah lama kehilangan Ikmal. Sejak Badrul melafazkan akad, dia sudah pun kehilangan Ikmal. Perlahan dia pejamkan mata. Berusaha membuang kesedihan itu sejauh mungkin.
“Puan,”
Sabrina berpaling. Jamilah tercegat memandangnya.
“Kak Milah. Ada apa akak?,”
Sabrina mengukir senyum melihat wajah Jamilah yang sedikit hiba. Sedikit rasa hairan terselit di hatinya.
“Kenapa Kak Milah? Ada yang mengganggu akak ke? Akak ada masalah ke?,”
Jamilah kelihatan sedikit gelisah.
Sabrina kerutkan kening.
“Kenapa ni? Kalau akak ada masalah, cakap dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong?,”
Jamilah tersenyum kecil.
“Tak adalah. Akak tak ada masalah. Cuma…,”
“Cuma apa?,”
Jamilah terdiam seketika.
“Duduklah. Cakap dengan saya, apa dia? Apa yang mengganggu akak?,”pelawa Sabrina melihat Jamilah kelihatan serba- salah. Perlahan Jamilah melabuhkan punggung ke kerusi besi di halaman banglo. Sabrina tersenyum. Menunggu bicara dari mulut Jamilah.
“Akak Tanya satu soalan, Puan jangan marah ya?,”
“Berapa kali saya cakap, jangan panggil saya Puan. Panggil saya Ina. Saya bukan Puan dalam rumah ni. Tolong ya. Panggil saja saya Ina,”
“Hmm…maaf kalau akak Tanya ya. Kenapa Ina izinkan Encik Badrul kahwin lain? Ina tak kisah ke?,”
Sabrina tersenyum kecil.
“Saya nak kisah ke? Hmm.. kalau saya kisah pun, mereka dah bertunang. Minggu depan mereka nak kahwin dah pun,”
“Ina sanggup bermadu? Macam mana nanti kalau Encik Badrul tak berlaku adil?,”
Sabrina diam. Entah kenapa soalan Jamilah membuat dia sedikit tersentap. Membuat jantungnya berdegup kencang. Soalan itu bagai membuat dia tersedar yang selepas ini, dia akan berkongsi Badrul dengan perempuan lain. Namun, apa bezanya? Sekarang pun dia tidak pernah memiliki Badrul. Jadi, bermakna dia tidak akan berkongsi Badrul dengan sesiapa, kerana Badrul tidak pernah menjadi miliknya. Dia cuba mengukir senyum.
“Akak tengok, Ina ni…bukan macam yang kami sangka sebelum ni,”
“Sudahlah kak. Anggap saja ini semua suratan takdir,”
“Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Ina tak jelaskan semuanya pada Datuk dan Datin? Pada Encik Badrul?,”
Sabrina tersenyum kecil. Perlukah semua penjelasan itu, apabila setiap kali dia membuka mulut, kata-katanya pasti akan dicantas dengan kata-kata sinis yang menyakitkan hati. Rasanya lebih baik dia simpan segala kebenaran di hatinya sahaja.
“Dah letih mulut saya cuba terangkan apa yang berlaku sebenarnya. Tak ada siapa pun yang nak percaya. Semua anggap itu Cuma rekaan saya saja. Tak guna saya terus bercakap benda yang benar, kalau semua orang tak mahu percaya. Tak guna langsung. Biarlah. Kalau ditakdirkan satu hari, kebenaran ini akan terbongkar, Alhamdulillah. Kalau tak, tak apalah. Saya redha. Saya anggap ini ujian ALLAH sebab Dia sayangkan saya,”
Jamilah kelu. Tidak sangka dia akan mendengar kata-kata itu dari bibir Sabrina. Dia yakin, Sabrina seorang yang baik. Sabrina tidak jahat seperti yang Datin Hamidah fikirkan. Seperti yang Badrul fikirkan. Sabrina memiliki pekerti yang tinggi.
“Akak terkejut bila dapat tahu Ina setuju nak bermadu. Padahal Ina pun baru sangat lagi kahwin dengan Encik Badrul tu,”Jamilah bersuara lagi.
Dan Sabrina senyum lagi.
“Perkahwinan saya tu, tak dirancang. Tak sepatutnya berlaku pun. Tapi, Encik Badrul nanti, dia akan kahwin dengan orang yang dia cintai. Tak adil kalau kita halang kebahagiaan dia, kan?,”
“Kebahagiaan Ina, macam mana?,”
Sabrina berdehem perlahan. Sukarnya untuk menjawab soalan itu.
“Biarlah takdir yang tentukan. Saya malas nak fikir,”akhirnya Sabrina bersuara tenang. Sesungguhnya dia kabur dengan istilah kebahagiaan itu. Dia sudah kehilangan Ikmal. Akan bahagiakah dia nanti? Suaminya pula akan berkahwin dengan gadis yang dia cintai minggu hadapan. Akan bahagiakah dia nanti? Dia tidak mahu fikirkan soal bahagia.
“Akak doakan kebahagiaan Ina. Akak minta maaf atas sikap akak yang dulu,”
Sabrina memandang wajah Jamilah. Wajah itu Nampak benar-benar menyesal. Perlahan dia mencapai jemari Jamilah. Mengusap lembut tangan perempuan itu.
“Saya tak pernah salahkan akak. Tak pernah marah pada akak. Ada sebab untuk akak berperasaan macam tu, kan? lupakanlah semua. Dan, terima kasih sebab akak percayakan saya. Sekurang—kurangnya masih ada orang yang yakin saya ni, seorang gadis yang bermaruah,”
Jamilah tersenyum hiba.
“Ek hem! Senang Nampak. Tak ada kerja ke Kak Milah?,”
Jamilah tersentak. Segera mengangkat punggung. Badrul tercegat di belakangnya.
“Encik Badrul,”sapanya sambil tundukkan kepala. Badrul tidak memberi sebarang reaksi. Cuma, dengan santai dia melabuhkan punggung ke kerusi.
“Saya pergi dulu, Encik Badrul,”
“Hmm… and, tolong bawa sarapan saya ke sini,”
“Yalah. Puan Sabrina? Nak saya bawa sarapan ke sini juga ke?,”
Sabrina menggeleng.
“Tak payah. Saya tak rasa lapar,”
“Ya. Bawa sekali untuk dia. Banyak sikit,”Badrul bersuara sambil menatap wajah Sabrina yang langsung tidak ceria.
“Baiklah.”
Badrul memandang kosong ke arah Jamilah yang berlalu pergi. Sabrina pula, kembali menyambung menungnya sambil menongkat dagu.
“Mak!,”
Badrul tersenyum kecil mendengar mulut itu melatah. Sabrina menarik muncung. Mukanya hampir tersembam ke meja apabila Badrul tiba-tiba menolak tangannya yang menongkat dagu.
“Pagi-pagi buta dah termenung sana sini,”rungut Badrul perlahan.
“Tak ada kerja ke? Kalau tersembam tadi, macam mana?,”soal Sabrina sedikir geram.
“Macam mana apa? Sakitlah,”
Sabrina membuang pandang.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba start termenung balik? Dah dua minggu aku tengok kau asyik termenung. Tak makan,”
“Suami saya nak kahwin lain, mestilah saya susah hati,”Sabrina cuba berlawak.
“Ha ha ha. So funny,”balas Badrul bersama tawa yang dibuat-buat. Dia tahu bukan itu punca gadis itu termenung. Sabrina tersenyum tawar.
“Tension kena kurung ke? Rindu kat kekasih kau? Susah hati sebab kau dah tak boleh nak jumpa dia? Dah tak boleh nak lepaskan rindu dendam macam hari tu?,”
Sabrina menahan nafas. Sakit hati mendengar soalan Badrul yang berbaur tuduhan. Penjelasannya, lelaki itu tidak mahu dengar. Badrul lebih suka membuat spekulasi sendiri.
“Awak… cuba jangan tuduh saya yang bukan-bukan,”
“Aku tak tuduh. Aku Tanya,”
Sabrina mengeluh perlahan.
“Kalau saya ceritakan sesuatu, awak akan percaya tak?,”
“Tentang apa? Tentang kau? Kalau tentang kau, sorrylah. Susah sikit nak percaya. Apa yang aku Nampak, buat aku makin susah nak percaya pada kau,”
Sabrina diam. Kalau itu jawapannya, memang tiada guna dia membuka mulut. Dia mengalihkan pandangan ke arah Jamilah yang membawa hidangan sarapan pagi. Mengukir senyum pada Jamilah, sambil perempuan itu menghidangkan sarapan di meja. Selesai tugasnya, Jamilah berlalu.
“Kenapa awak tak sarapan di dalam?,”
“Suka hati akulah,”
Sabrina menjeling sekilas. Berlagak.
“Awak nak minum apa? Jus ke milo?,”
“Milo,”
Sabrina mencapai teko. Menuang milo ke dalam cawan. Menghulurkan pada Badrul, sambil menolak pinggan berisi mee hun goreng, hampir pada Badrul.
“Aku nak roti. Mee hun ni, untuk kau. Makan,”
“Tak naklah. Saya tak ada selera,”
“Ada aku bagi pilihan ke? Aku kata makan, makanlah,”
“Tak naklah. Nanti saya lapar, saya makanlah,”
“Dah dua minggu aku tengok kau tak lapar-lapar. Nanti boleh tinggal tulang saja, kau tahu. Jangan nak mengada. Makan,”
Sabrina mengeluh panjang. Wajah selamba Badrul yang sedang menikmati roti bakar, dipandang geram. Tidak suka lelaki itu memaksanya.
“Saya masuk dululah,”
Pantas Badrul mencapai lengannya. Menariknya agar duduk di kerusi semula.
“Makan,”
Sabrina memandang mee hun di dalam pinggan. Bagaimana dia ingin makan, kalau seleranya sudah mati?
“Nak aku suap ke?,”gertak Badrul sambil mencapai garfu.
“Tak naklah,”Sabrina bersuara geram.
“Tak nak. Makan…,”
“Kenapa awak ni? nak paksa-paksa orang kenapa?,”
“Aku takut kau mati kebulur nanti. Cepat makan!,”
“Yalah…yalah,”
Badrul tersenyum melihat Sabrina mula menarik pinggan dan mula menyuap mee hun ke mulut. Hampir dua minggu dia melihat makan Sabrina tidak teratur. Selalu hilang di meja makan. Kalau ada pun, Cuma beberapa kali. Itupun, sekadar memandang hidangan. Bukan menikmati hidangan.
“Kau nak keluar?,”soal Badrul sambil meneguk milo.
Sabrina mengangkat muka. Pinggan di tolak ke tepi. Tajam mata Badrul memerhati perlakuannya, membuat dia menarik semula pinggan mee hun perlahan-lahan.
“Awak bagi saya keluar? Betul ke?,”soal Sabrina bagai tidak percaya. Bermakna, hukumannya sudah berakhir?
“Jangan happy sangat. Keluar dengan aku,”
Sabrina memandang hairan.
“Awak tak keluar dengan Dayana ke? Sepatutnya awak sibuk cari barang persiapan kahwin awak. Masa dah suntuk saya rasa untuk awak buang masa keluar dengan saya,”
“Sebab tu aku ajak kau keluar. Temankan aku cari barang,”
“Kenapa? Dayana ke mana?,”
“Dia ke Beijing,”
“Hah? Kan minggu depan awak dah nak kahwin. Kenapa pula dia ke sana? Sepatutnya dia sibuk siapkan persiapan kahwin dengan awak,”
“Jangan banyak cakap, boleh tak?,”
Sabrina mengunci mulut. Pelik dengan sikap Dayana. Sepatutnya Dayana sekarang seronok membuat persiapan kahwin. Bukan pergi ke luar negara.
“Dia ada urusan kerja di sana,”Badrul akhirnya memberi penjelasan. Sabrina mengangguk perlahan. Urusan kerja di saat-saat akhir perkahwinannya? Penting betul kerja pada Dayana.
“Dia tak minta cuti ke? Untuk buat persiapan?,”
“Tak. Memang dia suka bekerja. Biarlah. Lebih baik baik daripada kerja memerangkap lelaki. Ya tak?,”
Sabrina diam. Badrul menyindirnya. Sengaja mahu mencabar kesabarannya.
“Boleh ke tidak?,”
“Awak tak kisah ke? Nanti kalau terserempak dengan sesiapa, macam mana? Tak pasal-pasal rahsia yang awak nak simpan, terongkar macam tu saja,”
“Aku Tanya, boleh ke tidak? Bukan suruh kau buat andaian sendiri,”
“Boleh. Saya bersiap dulu. Mee hun ni, nanti saya makan yang lain kat dalam…,”
“Jangan nak mengada. Habiskan dulu. Lepas tu baru bersiap,”
“Banyak sangat ni,”
“Habiskan,”
Sabrina menyambung suapan dalam terpaksa. Badrul terus mematung di hadapannya. Bagai tidak mahu berganjak. Nampaknya memang lelaki ini mahu menunggu dia habiskan makanan di pinggan.
“Apa yang awak nak beli? Barang hantaran semua dah sedia ke?,”
“Entah. Aku pun tak tahu. Aku cuma bosan duduk di rumah. Nak keluar,”
Sabrina menggeleng perlahan.
‘Dan, lagi satu. Tolong bawa kad akuan nikah ya. Aku tak nak kena tangkap kali ketiga. Kalau kena jugak, memang aku wajib mandi bunga,”
“Awaklah yang bawa,”
“Kau saja yang bawa. Jangan lupa tu,”
“Alaa… setakat pergi shopping, takkan kena tangkap,”Sabrina bersuara sambil mencebik.
“Mana tahu, tiba-tiba kau peluk aku kat shopping mall pulak,”
Sabrina mengangkat muka.
“Malaslah saya nak cakap dengan awak. Saya bukannya sengaja. Tak payahlah nak ungkit-ungkit benda tu,”
Badrul tersengih melihat Sabrina yang tiba-tiba mengangkat punggung. Wajah gadis itu memerah. Tidak pasti sama ada malu atau marah.
“Mee hun ni?,”
“Awak yang habiskan,”
Badrul pandang pinggan di hadapannya.
“Okay. Dah separuh kau habiskan. Tak apa. Kau boleh pergi bersiap. Ingat pesan aku tu,”
Sabrina berlalu bersama wajah yang mencuka, membuat Badrul tergelak senang. Senang dapat melihat wajah kurang senang Sabrina.

****
[11:35:50 PM] hos.getah: