Wednesday, August 15, 2012

MUNGKINKAH? VERSI RAYA


                “I ikut...,”
            “Buat apa? Tak perlulah...,”
            Zariff mengangkat muka. Jawapan Arisa agak tidak senang untuk didengar. Niatnya baik. Dia cuma mahu menyertai aktiviti Arisa dan adik-adiknya, tetapi keinginannya ditolak mentah-mentah.
            “Why?,”
            Arisa diam. Wajah-wajah di meja makan itu saat ini semua sedang merenungnya.
            “Apa salahnya kalau Abang Zariff ikut, Kak Long?,”Dafi mencelah.
            “Makanlah. Cepat makan, nanti nak solat Maghrib. Lepas tu nak pergi terawih kan?,”tegas Arisa memberi arahan. Arahan yang ditujukan kepada adik-adiknya, namun, tanpa sedar, Zariff turut menunduk menyambung suapan. Membuat dia tersenyum dalam diam. Nasi di hadapannya, ditolak ke tepi.
            “You suruh kita orang makan, you sendiri, kenapa tak makan?,”
            “Kak Long memang tak makan nasi kalau time berbuka macam ni...,”laju Rianti menyampuk.
            “Patutlah kurus sangat,”selamba Zariff bersuara sambil terus menyuap nasi ke mulut.
            Arisa mengerling. Namun, dia memilih untuk diam. Tidak mahu membahas komentar Zariff. Tidak penting rasanya. Cuma, jus oren diteguk perlahan.
            “Makanlah sikit,”ujar Zariff sambil meletakkan lauk ke dalam pinggan Arisa. Arisa menggeleng sambil menyudahkan minumnya.
            “No... saya tak nak. Lepas terawih nanti saya makan,”
            Zariff mengangkat kening separuh memujuk. Gelak kecil adik-adiknya sudah membuat dia sedikit serba-salah.
            “I suap?,”
            Arisa kerutkan kening. Perlahan menarik semula pinggan. Zariff tersenyum lebar.
            “Makan banyak sikit,”
            Tidak mahu panjangkan hal yang remeh, nasi disuap juga dengan malas. Memang dia tidak biasa mengambil makanan berat setiap kali berbuka puasa. Tetapi, hari ini, dipaksakan juga nasi itu masuk ke mulutnya.


****


            Beg telekung diletakkan di atas meja kecil di sebelah almari. Selendang di kepala turut dilepaskan perlahan. Perlahan jemarinya memicit tengkuk. Menghilangkan rasa lenguh bersama helaan nafas yang panjang. Hampir dua minggu berpuasa, terasa jadual hariannya semakin padat. Harus bangun awal pagi, sediakan sahur untuk adik-adiknya. Kemudian pualng dari kerja terus sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka untuk dia dan adik-adik. Andai di hari biasa, sup sayur memadai untuk dijadikan lauk makan malam, tetapi di bulan puasa ini, hatinya tidak sanggup melihat adik-adik yang seharian berpuasa, berbuka hanya dengan juadah yang sebegitu.
            “Penat?,”ada bisikan hampir di telinganya bersama picitan lembut di bahunya. Membuat dia sedikit tersentak. Segera dia menoleh.
            “Awak cakap nak balik,”
            Zariff tersenyum.
            “Tak jadi. Lepas sahur I balik,”
            “Nanti mama awak tanya...,”
            Zariff mengeluh perlahan. Alasan biasa untuk Arisa menghalaunya.
            “I bukan budak-budak lagi sampai macam tu sekali mama I nak kena jaga. Lagipun, I balik rumah I, mana dia tahu pun I ke mana. Betul tak?,”
            Arisa diam. Jemari Zariff di bahunya ditolak perlahan. Zariff menghela nafas sedalam mungkin. Bergerak ke katil. Selamba dia melabuhkan punggung di situ.
            “Awak juga yang cakap, mama awak nak awak tinggal dengan dia sepanjang bulan puasa ni, kan?,”
            Zariff tersenyum nipis.
            “Kenapa ni? Tak suka I datang sini ke? Dari mula puasa lagi I nak selalu ke sini, you tak bagi. Masuk minggu kedua baru boleh datang. Tu pun, asyik kena halau je?,”ada nada merajuk di situ.
            Arisa berpaling. Memandang wajah Zariff yang selamba. Merajukkah lelaki ini? Dia tersenyum nipis. Terus duduk menghadap meja solek. Diam di situ tanpa rasa ingin berbual juga tanpa rasa ingin melayan Zariff yang merajuk manja minta dipujuk.
            “Saya cuma tak nak nanti mama awak syak sesuatu. Juga tak nak sampai bakal tunang awak dapat tahu pasal ni,”
            Zariff merengus.
            “Okay. Topik ditutup. I tak nak cakap pasal mama I pasal siapa saja yang nak jadi tunang I. I nak you duduk sebelah I sekarang,”
            Arisa diam. Cuma matanya mengerling ke arah Zariff yang sudah sedikit mencuka wajahnya.
            “Now...,”
            Arisa palingkan tubuh.
            “Dua minggu I rindukan you,”
            Arisa tergelak kecil.
            “Encik Zariff, hari-hari kita jumpa kat office. Okay?,”
            “You nak I ke situ atau you nak ke sini?,”
            Mengugut. Arisa menggeleng perlahan. Perlahan juga dia mengangkat punggung menuju ke katil. Mengambil tempat di sebelah Zariff.
            “Dua minggu puasa, muka you dah cengkung...,”Zariff bersuara sambil jemarinya menyentuh wajah Arisa. Arisa tersenyum kelat.
            “So, sahur nanti awak nak makan apa? Boleh saya siapkan,”
            “Sahur lambat lagi. Sekarang ni, bagi I makan you dulu,”
            Arisa mengerling. Zariff tersenyum.
            “By the way, sebelum tu... kenapa you tak bagi I ikut?,”
            Arisa mengangkat kening. Kurang faham dengan maksud kata-kata lelaki itu.
            “Ikut ke mana?,”
            “Ikut you shopping,”
            Dalam terpinga-pinga, Arisa tersenyum lebar. Rup-rupanya Zariff masih membincang topic di meja makan tadi.
            “Pertama, tempat tu tak sesuai dengan awak. Kedua, jangan cari pasal. Terserempak dengan orang kita kenal, apa kita nak jawab. Itu saja sebabnya,”
            “Okay. Bukan isu besar. So, I akan ikut. I akan bawa you,”
            “Awak ni...,”
            “Syyhhh....,”bisik Zariff sambil jari telunjuknya menyentuh bibir. Dan, Arisa tidak mampu berkata apa-apa lagi.


*****
           
            “Lepas kerja ikut I,”
            Arisa mengangkat muka. Zariff tercegat di hadapan mejanya. Spontan mata melilau memerhati sekeliling. Terpandang ke arah Jasmine yang asyik menongkat dagu memandang ke arahnya.
            “Apa awak cakap ni?,”sambil tunduk merenung helaian kertas di tangan, suaranya seakan berbisik.
            “Ikut I. I nak cari bajulah,”
            “Carilah sendiri. Buat apa ajak saya?,”
            “You kan...,”
            “Awak... Jasmine pandang kita. Boleh tak jangan cakap macam ni kat office,”Arisa bersuara. Sedikit geram dengan nada yang cukup perlahan. Sebolehnya dia tidak mahu ada telinga lain yang menjamah perbualan itu.
            “So, setujulah cepat-cepat,”
            Arisa mengangkat muka. Melihat wajah selamba itu, hatinya dicengkam geram.
            “Mana boleh. Saya tak boleh  ikut awak. Kereta saya nak letak mana?,”
            “Husin baru datang ambil kereta I. Dalam erti kata lain, I tak ada kereta nak balik. So, boleh tumpang you, kan?,”bisik Zariff bersama senyum lebar.
            “Awak sengaja kan?,”
            Zariff tergelak halus.
            “Memanglah I sengaja, sayang,”balasnya sambil kenyitkan mata. Arisa membuang pandang. Terpandang Jasmine yang tersenyum lebar padanya. Galak mengangkat kening padanya.
            “Saya tak fahamlah dengan awak ni. Kalau semuanya terbongkar nanti, jangan salahkan saya,”
            Zariff menjongket bahu.
            “So, boleh ya, Rissa. I tumpang you balik. Kereta I kena hantar workshop,”kali ini Zariff bersuara dengan nada yang cukup tinggi. Sempat menoleh ke arah Jasmine sambil tersenyum.
            “Boleh tak?,”
            “Okay, Encik Zariff,”hendak tidak hendak Arisa memberi persetujuan.
            “Thanks,”balas Zariff sambil terus masuk ke biliknya.
            Arisa merengus geram. Dia yakin Zariff sengaja berbuat begitu. Perlahan dia menekan dahi. Makin keliru dengan tingkah lelaki ini.
            “Ehem...ehem... ada skandal ya?,”
            Apa yang digeruni sudah pun muncul. Perlahan dia mengangkat muka. Jasmine sudah tersenyum nakal di hadapannya.
            “Jangan fikir yang bukan-bukan,”
            “Saya nampaklah Encik Zariff mengurat akak,”
            “Bulan puasa tak baik cakap benda tak ada faedah. Baik balik sedia juadah berbuka,”
            Jasmine tergelak besar.
            “Nak baliklah ni. Nasib baik balik lewat hari ni. Boleh tengok drama romantic free,”
            “Min!,”
            Jasmine tergelak lagi.
            “Okaylah. Saya balik dulu akak. Tak sabar nak datang kerja esok. Nak sampaikan gossip kat staff lain,”
            Arisa jegilkan mata. Jasmine tersengih.
            “Akak pun cepat-cepat balik tau. Akak tinggal berdua aje dengan Encik Zariff ni. Bulan puasa ni. Nanti Encik Zariff goda, bahaya...,”
            “Akak memang dah nak baliklah ni,”
            Jasmine mengangkat kening sekali lagi.
            “Okay kak. Saya balik dulu...,”
            “Hati-hati jalan,”
            “Akak tu hati-hati. Encik Zariff tu buaya emas tau, bukan buaya tembaga lagi dah...,”
            Arisa tersenyum. Dalam resah, dalam bimbang, perangai Jasmine tetap mencuit hatinya.
            “Buaya emas suka cari berlian aje. Akak ni kaca kristal aje. Jadi jangan risau ya. Akak selamat,”Arisa bersuara dengan nada rendah. Membuat Jasmine tertawa mengekek.
            “Okay kak. Nak balik dulu. Akak take care. Selamat berbuka,”
            Arisa tersenyum. Jasmine bergerak meninggalkan dia yang masih pegun di meja sendiri. Mata memandang ke arah bilik Zariff. Terasa darah menyerbu ke wajah apabila Zariff santai bersandar di pintu sambil berpeluk tubuh. Tersenyum memandangnya. Segera dia tunduk sibukkan diri menyusun fail di atas meja. Sungguh dia tidak sedar bila masanya Zariff muncul bersandar di situ.
            “Kaca kristal selamat ya?,”
            Mendengar kata-kata Zariff entah kenapa dia tidak lagi mampu mengangkat muka.

****

            Perlahan-lahan dia bergerak mencelah di antara tubuh-tubuh yang cukup sesak. Panas. Semestinya. Namun, ada rasa seronok apabila dapat melihat kemeriahan sebegini. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila lengannya dipegang dari belakang. Dia menoleh. Mengangkat kening pada wajah Zariff yang mencuka.
            “Kita balik,”
            Arisa mengeluh perlahan. Memang sudah dia agak Zariff tidak akan selesa dengan suasana begini. Di sini bukan tempat untuk orang seperti Zariff. Zariff Cuma sesuai untuk pergi ke tempat yang eksklusif. Tempat yang berhawa dingin. Yang mana perkhidmatan yang ditawarkan cukup sempurna.
            “Kita baru sampai, awak,”Arisa bersuara dengan nada sedikit membantah. Ada tubuh yang melanggarnya membuat dia terdorong ke hadapan. Rapat ke dada Zariff. Zariff pula segera memaut tubuhnya. Diam di dalam pelukan lelaki itu.
            “I don’t like this,”
            “Sebab tu saya tak bagi awak ikut. Tempat ni bukan macam tempat awak beli pakaian awak tu. Kalau awak rimas, awak tunggu kat kereta. Kita orang siap cari barang nanti, kita orang balik,”saran Arisa sambil mengangkat tangan ke arah Dafi dan Rianti yang diam menunggunya. Meminta adik-adiknya menunggu seketika sementara dia berbincang dengan Zariff yang berwajah kelat.
            “I tak suka you berhimpit-himpit dengan orang ramai macam ni. I nak belikan you persiapan raya you degil. Nak datang tempat crowded macam ni? Dah, kita balik. Nanti pergi beli tempat lain,”
            “Encik Zariff, ini tempat kami cari keperluan kami sejak dari dulu lagi...,”
            “Not anymore. Dafi! Kita balik,”
            Arisa sudah menolak pelukan Zariff yang erat. Tidak suka dengan cara Zariff.
            “Awak tak boleh buat macam ni. This is my life,”
            “Hidup you dengan I,”
            “Itu tak ada dalam perjanjian kita,”
            Zariff merengus marah. Kepala ditinggikan.
            “Dafi, Ati... jom balik,”sekali lagi dia memanggil. Dafi dan Rianti yang kelihatan terpinga-pinga bergerak menghampiri.
            “Kenapa? Kita baru sampai. Barang pun belum beli lagi,”
            “Abang tak suka tempat sesak macam ni. Nanti esok abang bawa pergi shopping tempat lain,”
            “Dekat mall ke bang?,”soal Dafi tersenyum
            “Yes,”
            “Abang belanja?,”tingkah Rianti ceria.
            “Yes...,”
            Lebar senyum Dafi dan Rianti sementara Arisa sudah menarik muka masam mencuka.
            “Lepaslah...,”
            “Tak boleh. I tak akan benarkan orang-orang kat sini suka-suka langgar you...gesel-gesel badan dengan you...,”
            Menyerbu darah naik ke mukanya. Dafi dan Rianti Cuma tersengih tanpa banyak bicara. Pilihan yang diberikan oleh Zariff cukup bagus. Tidak perlu lagi berpanas meredah lautan manusia ini.
            “Tak sukalah...,”
            “Nasib baik Ikin tak ikut. Kalau tak kesian dia,”Zariff terus mengomel sambil mula melangkah. Arisa selamat di dalam pelukannya sambil Dafi dan Rianti mengekori di belakang.
            “Awak yang sepatutnya tak ikut saya,”rungut Arisa geram.
            Pautan di bahunya terasa semakin erat.
            “Nasib baik I ikut,”bisik Zariff perlahan.
            Arisa membuang pandang. Bukan sedikit rasa geramnya pada Zariff. Juga pada adik-adiknya yang begitu mudah dibeli oleh Zariff.

****

            “Kak Long! Kita orang dah balik!,”riuh suara Syikin sambil berlari bersama dua beg kertas di tangan.
            “Abang, Kak Long tak ada pun,’
            Zariff tersenyum. Kepala Syikin diusap perlahan. Dafi tersandar di sofa sambil Rianti pantas mencapai remote televisyen.
            “Ada nak beli apa-apa lagi? Ada barang tertinggal?,”Zariff bersuara sambil membelek beg plastic yang penuh di atas meja.
            “Ini pun dah lebih dari cukup ni abang. Kalau Kak Long tengok ni, mahu demam dia,”jawab Dafi selamba.
            Zariff tergelak.
            “Peliklah Kak Long tu. Kenapa dia tak nak abang belanja kita orang? Abang kan suami dia?,”Rianti bersuara sambil mengangkat muka.
            “Dia rasa ini semua tanggungjawab dia. Kak Long kamu tu, berlagak. Ego...,”selamba Zariff memberi jawapan palsu. Tidak tersedar pada susuk tubuh yang muncul tiba-tiba. Terkebil-kebil dia memandang wajah Arisa yang mencuka.
            “Opss... tersilap cakap,”
            Arisa menggigit bibir menahan geram. Langkah diatur semula menuju ke bilik.      
            “Kenapa tak cakap Kak Long ada?,”
            Rianti tersengih.
            “Ati pun tak perasan bila Kak Long berdiri kat situ,”
            “Abang pujuk Kak Long dulu,”
            Rianti tergelak.
            Zariff bergerak meninggalkan ruang tamu.
            “Abang... ni barang Kak Long,”
            “Oh ya...,”dia undurkan langkah lalu mencapai beberapa beg kertas yang turut diletakkan di atas meja. Kemudian laju dia menuju ke bilik. Pintu bilik ditolak. Tidak berkunci. Barangkali Arisa tahu mengunci pintu bilik adalah kerja sia-sia kerana dia memiliki kunci pendua.
            “I tak maksudkan apa yang I cakap tadi,”terus dia bersuara sebaik sahaja pintu bilik ditutup.
            Arisa berpaling.
            “Saya tahu. Awak cuma nak selamatkan keadaan. Tak mahu Ati syak apa-apa,”balas Arisa bersahaja.
            “Kalau tahu, kenapa lari masuk bilik?,”
            Arisa mengeluh pendek.
            “Tadi sentap sikit,”ujarnya berterus-terang. Zariff tergelak. Mungkin angin Arisa sudah sedikit pulih. Buktinya Arisa sudah mahu bercakap dengannya. Sebelum ini, Arisa langsung tidak bercakap dengannya. Dia ajak keluar membeli-belah pun ditolak bulat-bulat oleh Arisa. Sudahnya dia cuma membawa adik-adik Arisa mencari persiapan raya masing-masing. Perlahan dia menghampiri Arisa yang santai di kerusi jati di tepi tingkap.
            “Merajuk lagi?,”soalnya perlahan sambil menarik kerusi hampir kepada Arisa.
            “Tak ada masa saya nak merajuk,”
            Zariff mencemik.
            “Ya... betul sangat tu,”perli Zariff tersenyum.
            “Saya tak merajuk. Tapi saya terkilan bila awak campur urusan hidup saya sesuka hati. Hubungan kita ada batasnya. Awak yang cakap macam tu dulu. Tapi, sekarang?,”
            “Salah ke apa  yang I buat ni?,”
            Arisa berpaling. Lama merenung wajah Zariff. Zariff tersenyum.
            “Puasa ni. Jangan pandang  I macam tu,”
            Arisa menjeling.
            “Memang salahlah awak. Hari tu pun, Jasmine dah syak yang bukan-bukan. Then, hari ni, awak bawa adik-adik saya keluar shopping. Awak tak takut rahsia awak terbongkar ke? Tak takut Nabila tahu semua ni? Mama awak tahu semua ni...?,”
            Zariff mengeluh panjang.
            “Tak payah cakap pasal tu lah. Ni, I ada belikan you baju raya. Sama colour dengan baju melayu I,”
            Arisa pura-pura tidak mendengar.
            “Tengoklah. Penat I pilih,”sambung Zariff sambil menghulurkan beg kertas pada Arisa. Agak lama tersua sebelum akhirnya hulurannya bersambut. Arisa keluarkan pakaian dari dalam beg kertas. Bulat mata memandang. Zariff tertawa kecil.
            “Ini nak pakai masa hari raya? Awak nak saya beraya kat mana? Dalam bilik?,”ketus soalan Arisa sambil laju tangannya menyimpan semula gaun tidur berwarna hitam yang langsung tidak sopan itu.
            “Boleh?,”
            “Boleh apa?,”
            “Raya dalam bilik?,”
            “Saya tak ada mood nak bergurau,”
            Zariff tergelak.
            “Ambillah semua ‘baju raya’ awak ni. Malas saya nak tengok,”
            “Hei... itu memang baju rayalah. Penat I pilih. Cuba tengok. You suka tak?,”
            Arisa mengerling. Perlahan-lahan menjengah ke dalam beg kertas di tangan. Memang benar. Kali ini beg itu terisi dengan pakaian yang lebih elok. Perlahan dikeluarkan. Lembut dan sejuk kebaya yang dibeli oleh Zariff. Sungguh cantik persalinan berwarna merah itu. Juga sepasang baju kurung Pahang berwarna biru.
            “Berapa semua ni?,”
            “I dah bayar semua. So, you tak perlu tanya harganya,”
            “Saya tak suka semua ni. Adik-adik saya? Berapa awak berhabis untuk dia orang?,”
            “Rissa... for the last time, tolong jangan cakap macam tu dengan I,”
            Arisa mengeluh panjang.
            “Awak tak perlu berhabis macam ni sekali untuk saya dan adik-adik saya,”
            “I love you. I sanggup buat apa saja untuk you...,”
            Arisa mula menggaru kening. Dia sudah jangkakan reaksi itu. Arisa memang tidak akan percaya.
            “Awak jangan ‘I love you’ dengan saya. Better ‘I love you’tu awak bagi kat bakal tunang awak,”
            “Arisa... I love you... dan you pun dah tahu kan?,’
            “Awak boleh cakap I need you... I want you... tapi tak perlu cakap cinta segala. Tanpa ucapan macam tu pun, saya faham apa yang awak nak,”
            “You silap...,”
            Arisa mengangkat punggung.
            “Dalam menilai lelaki, saya yakin saya tak silap,”
            “Nak ke mana?,”
            “Keluar. Anyway, terima kasih untuk baju-baju ni. Cantik,”
            Zariff mengeluh panjang. Ucapan terima kasih itu bagai tidak bermakna apabila Arisa terus buta menilai perasaannya.
            “Nanti sehari sebelum raya, datang rumah I,”
            Langkah Arisa mati di pintu.
            “Nak buat apa?,”
            “Mama nak minta you masakkan dia rendang daging. Dia suka betul rendang you buat hari tu,”
            “Mana ada isteri orang pergi rumah orang bila dah dekat nak raya? Awak jangan cari penyakit. Nanti mama awak pelik. Banyak soalannya nanti, apa saya nak jawab?,”
            “Suami you kat over sea. Tak boleh nak balik beraya. Mesti mama I dengan senang hati akan ajak you beraya dengan dia,”
            “Bohong lagi? Saya tak sukalah...,”
            Zariff menjongket bahu sambil tersenyum. Arisa membuang pandang. Terus menolak daun pintu mencari udara segar.

****

            Diam Zariff berdiri sambil memerhari Arisa yang sibuk di dapur. Pertama kali dia akan beraya bersama insan bergelar isteri. Hatinya memang sedang berlagu indah. Tetapi, dia tahu Arisa berperasaan sebaliknya.
            “Bukan main pandang lagi,”Puan Zahra menegur dari belakang. Zariff menoleh. Tersenyum hambar pada ibunya.
            “Mama rasa berkesan ke cara mama ni? Nak aje saya berterus-terang dengan dia ang saya dengan Nabila tak ada apa-apa,”
            “Kamu dah pasti ke dia cintakan kamu?,”
            Zariff menggeleng.
            “Dah tu, janganlah berterus-terang dulu. Bagi dia cemburu,”
            “Masalahnya mama, dia tak Nampak cemburu langsung,”
            “Sabarlah. Kamu ni, tak tahu nak bersabar...,”
            Zariff menarik muka. Puan Zahra berlalu merapati Arisa.
            “Kesian Arisa. Dekat-dekat nak raya kena masak untuk saya pula,”
            Arisa tersenyum.
            “Tak  apa Puan. Kat rumah pun bukan ada buat apa-apa,”
            “Nanti beraya kat mana? Zariff cakap suami Arisa tak dapat balik beraya. Kat Cape Town ya?,”
            “Hah? Oh... ya,”sedikit gugup Arisa lunaskan pembohongan itu. Matanya segera mencari bayang Zariff. Ada rupa-rupanya tercegat sedang memerhatikannya. Ada senyum terukir di bibir lelaki itu.
            “So, suami tak ada, Arisa beraya dengan siapa?,”
            “Hah?,”dia kembali berpaling mencari wajah Puan Zahra. Bencinya dia untuk terus menipu.
            “Adik-adik ada,”lambat-lambat dia menjawab sambil tersenyum.
            “Saudara-mara?,”
            Arisa menggeleng.
            “Kami cuma  berempat aje. Tak ada saudara,”
            “Beraya kat sini ya. Malam ni tidur kat sini. Esok dah raya. Raya sama-sama dengan saya... dengan Zariff,”
            “Eh, tak apalah. Kejap lagi dah siap ni, saya balik...,”
            “Janganlah macam tu. Rumah ni besar. Bilik pun banyak. Bermalam kat sini ya?,”
            Arisa buntu. Sekali lagi dia mencari wajah Zariff. Zariff sekadar diam sambil mengangkat kening. Bencinya! Dan, lebih membuat dia geram, lelaki itu berlalu begitu sahaja.
            “Okay. Muktamad ya. Bermalam kat sini,”
            “Tapi...saya tak bawa baju. Adik-adik pun tak bawa baju,”
            “Hal kecil. Boleh pergi ambil. Kan? Sekarang pun baru pukul sembilan malam. Yang penting esok pagi kita beraya ramai-ramai. Barulah meriah,”
            Arisa mengeluh. Apa lagi alasan yang mampu diberi?
            “Saya tak nak menyusahkan Puan. Lagipun nanti kami mengganggu,”
            Puan Zahra menggeleng.
            “Jangan cakap macam tu. Saya berbesar hati kalau Arisa sudi. Tapi, kalau tak sudi tu, mungkin saya terkilan sikit,”
            Arisa diam seketika. Bermalam di rumah orang? Sesuatu yang langsung dia tidak suka. Tetapi, dia yakin Zariff pun tidak akan setuju untuk menghantarnya pulang, sedangkan dia datang tadi bersama-sama dengan Zariff.
            “Saya beritahu adik-adik saya dulu?,”
            Puan Zahra tersenyum sambil mengangguk.
            “Macam tulah,”
            Arisa tersenyum kecil. Dalam terpaksa, dia bergerak mahu mencari adik-adiknya. Puan Zahra tersenyum sambil mata memandang rending di atas dapur. Sudah hampir masak barangkali.
            “Macam-mana mama?,”
            Puan Zahra mengurut dada perlahan-lahan. Terkejut dengan kehadiran Zariff yang tiba-tiba.
            “Kalau mama yang pujuk, takkan boleh gagal...,”
            Zariff tersenyum. Tercapai juga hasratnya untuk beraya bersama-sama dengan Arisa. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia jelaskan pada Arisa bahawa ibunya sudah tahu segala-galanya. Tetapi, dia tidak mahu berterus-terang selagi hatinya masih kabut tentang perasaan Arisa terhadapnya.
            “Thanks, mama...,”
            “Huh... masa kahwin, buang mama. Sekarang susah, mama juga yang dicari, kan?,”
            “Mama ni... keadaan masa tu tak mengizinkan. Kan saya dah jelaskan semuanya...,”
            Puan Zahra mencemik. Memang ada rasa terkilan. Tetapi, dia bersyukur sekurang-kurangnya Zariff tidak hanyut. Sekurang-kurangnya Zariff memilih untuk berkahwin daripada bersekedudukan tanpa ada ikatan apa-apa.


*****

            “Selamat hari raya...,”
            Bisikan lembut di telinga membuat Arisa terus bangkit dari baringnya.
            “Awak!,”
            Zariff tersenyum. Selamba berbaring di sebelahnya sambil menarik selimut menutup badannya.
            “What are you doing?,”
            “Tidur,”
            “Jangan buat gilalah awak. Nanti kalau ada sesiapa Nampak, macam-mana?,”Arisa menggelabah.
            “Sekarang dah dua pagi. Siapa yang nak nampak? Lagipun pintu berkunci kan? Mama pun mesti tengah mimpi melaram baju raya dah. Janganlah risau sangat.,”
            ‘Mestilah saya risau. And... macam-mana awak masuk? Saya dah kunci pintu tadi,”
            “Ini rumah I. Tahulah I mana nak cari kuncinya. Dahlah. Jom tidur...,”ujar Zariff sambil menarik Arisa baring di sebelahnya.
            “No way! Awak keluarlah. Ini bukan rumah kita... atau rumah awak. Ini rumah mama awak. And, jangan lupa, pada mama awak, saya ni isteri orang yang suaminya tersadai kat Cape Town... isteri orang yang terpaksa beraya tanpa suami. Awak jangan buat benda pelik-pelik macam ni. Please... keluar sekarang,”
            “Macam-mana I nak keluar kalau kepala I keep thinking about you. You are here... and I kena ignore kewujudan you kat sini. You pun tahu I tak akan boleh buat macam tu,”
            Arisa meraup wajah. Memang Zariff sedang membuat kerja gila.
            “Perangai awak makin peliklah. Awak tak boleh berani tak bertempat macam ni...,”
            Zariff tersenyum. Tidak berkata apa-apa. Cuma jari telunjuk diletakkan di bibirnya. Isyarat agar Arisa tidak membuka mulut lagi.
            “Give me your beautiful eyes and keep silence...,”
            Arisa memandang wajah Zariff yang mula serius. Kemudian dia mengeluh berat.
            “Ini semua tak bagus untuk kita. Saya serba-salah bila kita dah mula tipu mama awak. Why don’t kita stop aje semua ni? Sebelum semuanya jadi makin kacau?,”
            “Kita tidur and, no more discussion. Esok I tak nak beraya dengan muka tak sudah. I Cuma nak beraya dengan you, and I tak rasa benda kita buat ni salah,”
            Arisa mengeluh lagi. Payahnya apabila Zariff mula menggunakan kuasanya.


*****

            Pagi Syawal di rumah yang cukup asing padanya. Pelik rasanya. Sekali lagi dia memandang wajah di cermin. Baju kurung Pahang berwarna biru tersarung di badan. Ini permintaan Zariff sebelum lelaki itu menyelinap keluar dari bilik ini Subuh tadi.
            Pintu terbuka dan secepat kilat, ada susuk yang menceroboh masuk. Arisa mengeluh lemah.
            “Ada apa lagi ni? Keluarlah,”ujarnya sambil berpaling. Namun, sebaik bertentang mata dengan Zariff, dia bagai hilang kata-kata. Lelaki itu cukup segak  berbaju melayu biru. Terpaku seketika saat lelaki itu mengukir senyum lebar.
            “I lawa sangat?,”
            Spontan pandangannya teralih. Zariff tergelak kecil. Berdiri tegak di hadapannya.
            “You look gorgeous. Membuat jantung I berdebar seperti selalu,”
            Arisa tertunduk. Cuba menafikan perasaan pelik yang mula singgah di hati. Perlahan dia menarik nafas di dalam diam. Mengangkat muka menentang  wajah Zariff.
            “Kenapa pakai biru?,”
            “Biar sedondong...,”
            “Itu cari pasal namanya. Nanti mama awak tanya?,”
            Zariff diam. Cuma tangannya perlahan mencapai jemari Arisa. Perlahan juga dibawa ke bibirnya. Arisa diam memandang jemarinya yang dikucup lama.
            “Okay... enough. Apa kata awak keluar dulu? Sebelum mama awak datang ketuk pintu,”
            “Tak habis-habis dengan mama I. Sebelum keluar... I nak ucap selamat hari raya. I nak you tahu, raya kali ni, sangat bererti untuk I. I nak selamanya kita dapat macam ni...,”
            Arisa diam. Ucapan itu membuat dia terbuai di dalam perasaan sendiri. Hampir-hampir membuat dia tidak menjejak realiti.
            “No wish for me?,”
            Arisa tersedar.
            “Selamat hari raya juga...,”bagai dipukau, terus meluncur ucapan itu di bibirnya.
            “That’s all?,”
            Arisa diam. Zariff menunggu. Agak lama menyepi, Zariff mengeluh perlahan.
            “Okaylah. I keluar dulu. Jumpa you kat luar nanti...,”dengan wajah sedikit hampa, Zariff bergerak menuju ke pintu.
            “Awak...,”
            Zariff menoleh perlahan. Arisa mendekat. Akalnya melarang, namun jemarinya laju mencapai tangan Zariff. Mengucup jemari lelaki lama.
            “Saya minta maaf kalau selama ni saya ada buat awak marah. Saya ada kecilkan hati awak...,”lembut kata-kata itu meniti di bibirnya. Dia tidak pernah bersetuju untuk menyambut raya sebagai pasangan suami isteri, tetapi pagi ini hatinya meruntun hiba.  Biarlah raya ini nanti akan menjadi kenangan terindah untuk dikenang setelah Zariff menolak dia ke tepi. Setelah Zariff tidak lagi perlukan dia sebagai teman hidupnya.
            Belum sempat mengangkat muka, tubuhnya ditarik rapat ke pelukan Zariff. Dia kaku seketika. Cukup erat pelukan itu. Cukup mendamaikan. Sekali lagi hatinya bertindak melulu. Perlahan-lahan pelukan itu dibalas.
            “I love you...,”bisikan itu meresap sehingga ke jiwanya. Berjaya membuai dirinya seketika sebelum dia menolak dada lelaki  itu.
            “Mungkin mama awak sedang tunggu kita. Awak keluarlah dulu,”
            Zariff diam. Cuma renungannya tajam menikam wajah Arisa. Arisa mengelak lagi. Dia tahu itu. Dia gagal lagi.
            “Okay. I tunggu you kat bawah. Kita ke masjid,”
            Arisa mengangguk bersama perasaan yang bergolak. Adakah dia mula jatuh hati pada lelaki ini? Tidak mungkin.... Entah kenapa langkah Zariff yang bergerak meninggalkannya, tiba-tiba membuat dia berasa pilu. Tiba-tiba dia ingin selalu berada di sisi lelaki itu.
            “This is not right, Arisa.... not right. Hati kau tak boleh hancur sekali lagi...,”


CUKUPLAH TU. DAH RAYA DAH... J
           
           

[11:35:50 PM] hos.getah: