Tuesday, January 26, 2010

Luahan hati untuk semua yang disayangi...

Salam semua....

Pagi yang indah. Datang kerja dengan hari yang baru. Buka blog. Opss... macam biasalah. Macam2 ada. Mula2 nak emo. Biasalah kan... manusia. Perempuan pula tu. Emosionalnya melebih2. :) Tapi, cool down. Try to feel apa yang semua orang rasa. Conclusion? Memang patut ada rasa begitu di kalangan pembaca yang saya hormati semua. Kalau saya pun, mungkin rasa geram. Sedikit marah mungkin? hehe. Tapi, percayalah.. Sesungguhnya kita cuma mampu merancang. Cuba merancang yang terbaik. Cuba memberi yang terbaik. Tetapi, ketentuan tetap dari yang Esa. Saya cuba mencari alasan? Pada saya tidak. Kadang2 sesuatu memang tidak terduga. Pagi semalam, bapa mertua saya, jemput cucunya dari tadika (anak sayalah tu). Semuanya kelihatan seperti segala2nya lancar sahaja. Tidak ada apa2 yang tidak baik yang dijangka akan berlaku. Tapi, petang semalam, saya dapat call, ayah accident. Alhamdulillah ayah selamat. Cedera. Patah kaki. Harap2 ayah cepat sembuh. Semuanya tanpa dirancang kan?
Cukup dulu pasal tu. Yang paling penting di sini, pertama sekali, saya nak cakap terima kasih banyak2. Terima kasih sebab beri sokongan pada saya. Terima kasih sebab sokong blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih sebab pembaca yang saya hormati, boleh terima hasil tulisan saya seadanya. Paling terima kasih, sebab sabar menanti kemunculan Pergilah Air Mata. Bagai menanti buah yang tak jatuh. Barangkali ada yang berkata begitu. Sememangnya, saya ulang sekali lagi, semua yang berlaku, di luar jangkaan. Saya lebih suka mengambil pendekatan dengar dan faham masalah. Jadi saya tak salahkan mana2 pihak. Walau kadang-kadang buntu untuk memberi jawapan pada setiap soalan. Memberi jawapan pada status yang kita tidak pasti. Sama seperti memberi janji palsu( Saya refer pada jawapan saya pada pembaca yang saya hormati). Jadi, saya cuma mampu cakap, bila ada kepastian, saya akan war2kan pada semua. Saya menanti KEPASTIAN. Tetapi, setiap soalan yang diberi, saya cuba beri jawapan seikhlas mungkin. Kelewatan ini bersebab. Kelewatan ini jauh sekali dari disengajakan. Tetapi, saya dan pastinya pihak2 lain juga saya rasa, tidak lari dari rasa terkilan. Rasa terkilan sebab terpaksa buat pembaca semua ternanti2. Saya minta maaf banyak2.
Itu luahan perasaan saya sikit. :). Sekarang come to PAM. Saya nak dapatkan kepastian kan? So, semalam saya dapat call dari KN. NOVEL PERGILAH AIR MATA SUDAH SAMPAI KE PEJABAT KAKI NOVEL. MAKSUDNYA? MAKSUDNYA DALAM SATU ATAU DUA HARI AKAN SAMPAI KE PENGEDAR DAN INSYAALLAH AKAN SAMPAI KE KEDAI2. ALHAMDULILLAH. SO, SEMUA YANG ORDER ONLINE, INSYAALLAH TUNGGU SAHAJA. ORDER DENGAN PENULUSAN2U, SAYA AKAN CUBA TANDATANGAN SECEPAT YANG BOLEH SUPAYA BUKU SEGERA SAMPAI KE TANGAN PEMBACA. DI KEDAI2, JUGA INSYAALLAH DALAM SEDIKIT MASA LAGI, SUDAH BOLEH DIBELI. INI BERITA SAHIH YANG BOLEH DIGUNA PAKAI. HEHEHE. SEKALI LAGI, TERIMA KASIH SANGAT ATAS SOKONGAN SEMUA. ATAS KESABARAN SEMUA....
Habis pasal kemunculan PAM di pasaran. Nak bercakap lagi ni. :D. Sekarang nak bercakap pasal kerisauan saya pula. Melihat pada respon pembaca dan follower PAM di blog, saya tak nafikan, saya jadi risau. Risau apabila PAM akan berada di pasaran nanti. Dah... risau pula dah. Kan? Risau saya gagal penuhi expectation semua. Apa pun, inilah yang terbaik yang mampu saya hasilkan. Semoga dapat memenuhi kehendak semua. Harap2 semua pembaca mampu menutup buku sambil tersenyum. Dan, yang paling penting, kelemahan yang pasti ada, sudi2kanlah berkongsi dengan saya, untuk saya hasilkan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang, dengan izin ALLAH.
Apa lagi ya? Hmmm... cukuplah dulu ya. Oh ya , pasal N3, rasanya dalan JAN ada dua N3 di blog. Mustahil saya boleh post N3 everyday. Itu memang dari dulu saya sudah kongsikan dengan semua. Jadi, saya cuma mampu bagi apa yang saya mampu buat. Komitmen saya yang paling penting, sudah tentu pada kerja saya. Jadi, mustahil saya boleh tumpukan sepenuh perhatian pada blog ini. Tapi, saya cuba untuk tidak biarkan blog ini terlalu sepi. Apa pun, mustahil kita boleh please semua. :) Dan, apa pun juga, SATU FAKTA...tanpa follower semua, tanpa pembaca semua... Manisnya Kenangan tidak akan ada apa2 makna. Terima kasih. Dan teruslah menyokong saya dari belakang dengan ktitikan dan teguran yang membina...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
hehehe. Just wanna see ur smile di pagi hari ini.
Salam manis,
Hanni Ramsul

Thursday, January 21, 2010

Duhai hati...7

Sapaan teman sekelas dibalas dengan senyum lebar sambil matanya masih lagi mengerling pada wajah Haikal yang mencuka. Dari kelas bermula Haikal tidak bersuara. Dan, sehingga kini, setelah kelas terakhirnya berakhir, Haikal tetap membisu.
“Masamnya muka,”tegurnya sambil tersengih panjang. Dia tahu Haikal masih marah padanya. Merajuk barangkali.
Haikal diam. Terus sibuk dengan susunan notanya.
“Jomlah. Belanja aku makan,”Balqis bersuara lagi.
Haikal diam lagi. Balqis menggaru kepala.
“Kita pergi jalan-jalan, nak?,”
Diam.
“Kau nak beli T-shirt hari tu kan? Aku belikan. Nak?,”
Haikal tetap tidak memberi sebarang reaksi. Balqis mengeluh panjang. Susahnya lelaki kalau merajuk.
“Macam mana semalam?,”akhirnya soalan itu meniti di bibirnya.
Haikal mengangkat muka. Dia tersengih. Akhirnya ada juga soalan yang mampu menjentik perasaan lelaki itu.
“Hey! Kau ke mana semalam?,”
Belum sempat mendapat jawapan daripada Haikal, satu suara menyapa dari belakang. Membuat sengihnya makin melebar. Dia kenal suara itu. Sah! Dia pasti kena marah teruk hari ini. Perlahan dia menoleh. Natrah sudah bercekak pinggang di belakangnya.
“Aku? Aku…,”
“Date dengan Encik Zaq…kan…kan..kan..,”
Satu lagi suara menyampuk menarik perhatiannya. Saleha tersengih.
“Aku nampak. Kau makan KFC dengan dia kan? kan…kan…kan…,”
Balqis mencemik. Saleha mengangkat kening sambil bergerak menyertai dia, Natrah dan Haikal.
“Apa? Makan KFC? Kau makan KFC dengan lecturer hensem tu, then kau tinggalkan aku tercongok macam Tugu Negara kat depan food court tu?,”nyaring suara Natrah luahkan perasaan. Balqis terdiam. Menoleh pula ke arah Haikal yang tunjuk muka tidak bersalah sambil mencapai beg sandang.
“Eyqal! Kau tak pergi ke?,”
Haikal mengangkat punggung. Mencapai file.
“Eyqal!,”jeritnya apabila Haikal berlalu dengan selamba. Malas melayan kerenah Balqis. Namun, mendengar jeritan itu dia berpaling.
“Aku kenal kau ke?,”soalnya sambil menyambung langkah.
“Eykal! Jaga kau. Nanti kau!,”
“Bye…..,”ugutan itu dibalas dengan lambaian tanpa menoleh. Balqis merengus geram. Perlahan mencari wajah Natrah yang mencuka.
“Aku dah suruh dia pergi. Aku tak ada tapi Haikal ada,”
Natrah mencemik sambil berpeluk tubuh.
“Dua-dua tak ada. Kejang kaki aku menunggu. Penat pinggang aku ni,”
“Ya ke?,”
“Yalah, makcik,”balas Natrah garang. Balqis tersengih.
“Sorry. Tapi, kau tak boleh marah aku. Kau marahlah mamat tu. Dia yang tak datang. Aku dah suruh dia pergi juga,”
“Mana boleh aku marah Haikal…,”
“Kenapa pula?,”
“Aku kelu,”balas Natrah selamba. Balqis tergelak.
“Banyaklah kau punya kelu. Kot ya pun kau ada perasaan dengan Haikal tu, jangan tunjuk sangat kat Balqis. Nanti jeleous Balqis,”sampuk Saleha sambil menepuk bahu Natrah.
“Apa kes aku nak jeleous?,”
“Haa… kau dengar tu. Haikal memang tak ada apa-apa dengan Balqis. Faham?,”
Saleha mencemik. Balqis tersengih. Mahu menyampuk, namun telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat.
“Jap..jap..aku nak jawab call,”
Natrah senyum sambil jongket bahu. Balqis menjauh sambil melihat nama yang tertera di screen telefon bimbit. Keningnya sedikit berkerut. Laju panggilan diterima.
“Hello,”
“Qis! Akak tengah geram ni!,”
“Waalaikumussalam,”Balqis bersuara separuh menyindir. Satu gelak halus menjawab sindirannya.
“Assalamualaikum…,”
Balqis tersenyum.
“Macam tulah. Ni, macam perompak,”
“Jawablah!,”
“Waalaikumussalam,”balas Balqis tersengih.
“Akak tengah tension ni. Geram. Kau dengar akak lepas geram ya,”
“Hmm….tu kan memang kerja saya. Cepat. Saya lapar ni. Nak kejar Haikal. Suruh dia belanja. Baik akak cepatkan sikit sesi lepas geram akak ni,”
“Akak geram betul dengan seorang mamat tu,”
“Jap..jap…,”telefon di tangan dijauhkan dari telinga. Dia berpaling ke arah Natrah dan Saleha.
“Aku pergi dulu ya. Aku nak makanlah,”tanpa menunggu reaksi dua temannya itu, dia bergerak laju. Mahu mendapatkan Haikal. Juga telefon di tangan disuakan semula ke telinga.
“Okay. Sambung,”
“Okay. Akak geram giler kat seorang mamat tu,”
“Kenapa? Dia ngorat akak ke? Eloklah tu. Dah malas nak sambung belajar, baik akak kahwin aje,”riuh suara Balqis kenakan teman satu sekolahnya yang tiga tahun lebih tua darinya itu.
“Nak ngorat akak, akak boleh belasah aje. Ini, dia punya eksyen semacam. Perasan bagus betul,”
“Apa cerita ni? Akak kat mana ni? Bising aje saya dengar,”
“Akak kat sekolah. Eh bukan. Sekolah buat event ni. Kat tempat rekreasi,”
“Sejak bila akak ada hubungan baik dengan sekolah ni? Masa belajar malas pergi sekolah. Dah habis belajar, gatal pulak akak nak sertai program sekolah ya?,”
“Bukan akaklah. Akak tolong budak ni. Kesian. Dia orang ni nak sangat-sangat join aktiviti ni. Akak menyamar jadi makcik budak-budak ni,”
“Akak ni. Berani betul. Kalau kantoi macam mana? Marah mak bapak budak-budak tu nanti,”
“Dah kantoi pun. Ini yang akak geram ni,”
Balqis berhenti melangkah. Mahu memberi tumpuan pada cerita Zalia.
“Kantoi? Dah tu? Apa jadi? Kenapa akak pula yang geram? Parent budak tu tak marah? Tak geram? Macam mana boleh kantoi?,”
“Qis! Tanya satu-satulah,”
Balqis tersengih.
“Ok. Macam mana boleh kantoi, kak?,”soalnya lambat-lambat.
“Anak dia lemas masa mandi,”
“Akak! Serius tu,”
“Hmmm.. tahu. Tapi, akak geram. Tahulah itu semua salah akak. Nak marah pun, marahlah. Ini tidak. Sepatah ucap terima kasih pun tak ada sebab akak selamatkan anak dia. Melulu aje marah orang,”
“Memang salah akak kan? Memang patut kena marah pun. Kalau apa-apa jadi kat budak tu, macam mana? Saja cari masalahlah akak ni,”
“Tahu… tapi, at least cakaplah terima kasih,”
Balqis tergelak.
“Dah tu, apa bapak budak tu buat kat akak?,”
“Warning. Jangan jumpa anak dia lagi,”
“Mak budak tu macam - mana?,”
“Tak ada mak. Anak yatim. Kesian. Ada ayah sibuk dengan kerja. Anak-anak terbiar macam tu aje,”
“Oooo… kiranya akak ni bakal mak tiri lah ya? Bagus tu kak. Banyak pahala akak dapat nanti,”
“Kau ni! Malas akak nak cakap. Ok! Sessi dah selesai! Assalamualaikum,”
Balqis tergelak sebaik talian terputus tiba-tiba. Marahlah tu. Dia tersenyum lagi. Melihat kelibat Haikal yang sedang berbual dengan teman-teman, langkahnya dihayun laju. Tercegat di hadapan Haikal bersama senyum manis.
“Jom,”
Haikal membuang pandang.
“Ke mana?,”balas lelaki itu tanpa memandang wajahnya.
“Belanja aku makan. Laparlah,”
Haikal berpaling. Memandang wajah selamba Balqis.
“Hati plastiklah kau ni Qis. Kau tak tahu ke aku merajuk ni?,”
Balqis tergelak besar. Akhirnya Haikal terpaksa juga mengalah padanya.
“Merajuk kee….,”soalnya meleret-leret.
Haikal menjeling sambil melangkah. Balqis tersenyum panjang. Tahu, rajuk Haikal sudah hilang.
“Kau tahu, Eykal?,”
“Tak tahu,”
“Kak Zalia,”
Langkah Haikal terhenti tiba-tiba. Segera berpaling memandang wajah Balqis.
“Kenapa dengan dia?,”
“Mak aii… cemasnya muka,”
Haikal membuang pandang. Sedikit geram dengan sikap tidak serius Balqis.
“Kenapa dengan dia?,”
“Dia call aku tadi,”
“Apa dia nak?,”
“Lepas geram,”
“Kenapa? Dia ada masalah ke?,”
Balqis tersenyum.
“Caring nampak. Lupakan aje ya. Along tak akan setuju kalau kak Zalia tu jadi menantu dia. Kan Kak Zalia tu lagi tua dari kita,”
“Qis! Aku Tanya ni. Jawablah!,”
“Ada ke patut…dia menyamar jadi makcik anak orang. Anak orang tu pula hampir-hampir lemas masa dengan dia. Teruklah dia kena marah dengan bapak budak tu,”
“Dia macam- mana? Ok ke?,”
“Ok… Cuma marah,”
Haikal menghela nafas lega. Balqis tersenyum.
“Kau memang suka kat Kak Zalia tu ya?,”
“Jangan nak mengarut. Bab reka gossip kau ni memang juara,”
“Hmm…. Jap aku tengok dalam mata kau….,”
Haikal merengus. Melarikan wajah apabila Balqis tajam merenungnya.
“Kau memang dah jatuh cinta kat Kak Zalia…,”
“Kau ni kan… aku ketuk dengan buku makin pendek jadinya kan!,”
Balqis tergelak besar. Mengerling pada wajah Haikal yang sudah mencuka semula. Kadang-kadang sedikit pelik dengan Haikal. Dalam deretan perempuan yang mahu menghampiri, fokusnya cuma pada Zalia. Dia sedar itu, walaupun Haikal cuba sembunyikan perasaan itu darinya.
“Aku rasa Kak Zalia tu, brutal sangatlah untuk kau. Kau kena cari calon lainlah,”
“Kau makan sorang-sorang ya. Aku tak nak belanja,”
Balqis tercegat. Laju Haikal melangkah meninggalkannya.
“Tunggulah Eykal,”
Langkah lelaki itu terus melaju. Dia cuma mengeluh sambil mengangkat bahu.
“Macam ni punya lelaki pun ada. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk…,”bebelnya sendiri sambil mengatur langkah ke cafeteria. Lapar!

****

Sunday, January 17, 2010

CERPEN: Jalinan Kasih Kita

“Bolehlah Kak…,”
Dia garu kepala. Wajah seposen Ilham direnung sekejap-sekejap. Tidak sanggup lama-lama merenung wajah kecil itu. Bimbang simpati buat dia tewas.
“Please kak…,”satu lagi suara merayu. Matanya terarah pula pada Dina. Wajah comel itu terkelip-kelip memandangnya. Dia sengih. Parah.
“Kalau apa-apa jadi, macam mana?,”
“Alaa.. tak ada apa-apalah yang boleh jadi. Bukan lama pun. Sehari aje,”
“Mintalah permission dari papa kamu,”
“Ala… papa sure tak kasi. Ala.. ini macam family day aje. Cikgu minta penjaga pergi sekali. Papa mesti tak boleh pergi. Kalau tak boleh pergi, mesti dia tak akan benarkan pun. Akak menyamar jadi makcik kita orang. Boleh ya…boleh ya…Bukan jauh sangat pun. Petang dah balik dah. Papa pun mesti tak perasan punya kami hilang kejap,”
“Tak naklah akak. Apa-apa jadi, akak yang kena nanti,”
“Nak jadi apanya? Bukan kita ke bulan. Kita pergi mandi air terjun sambil makan-makan aje kan?,”
“What the hell is going on here?!,”
Zalia tersentak. Kuatnya suara itu terus menghalau butir bicara antara dia , Ilham dan Dina seminggu yang lalu. Mungkinkah itu? Debar semakin kencang. Perlahan dia berpaling. Di ambang pintu tercegat seorang lelaki yang siap bercekak pinggang.
“Ilham tak apa-apa. Makcik dia yang selamatkan dia,”
Dia kaku di katil. Tekaannya seakan tepat. Pasti ini bapa Ilham dan Dina. Garangnya. Penjelasan guru lelaki di sebelahnya langsung tidak dihiraukan. Cuma mata lelaki itu tajam mencerlung ke arahnya.
“If you don’t mind, saya nak cakap sikit dengan ‘makcik’ anak-anak saya ni,”
Zalia telan liur. Mati aku! Guru di sisi lelaki itu sudah berlalu pergi.
“Macam mana saya boleh tak kenal makcik anak-anak saya sendiri ya?,”
“Saya boleh jelaskan. Encik….,”
“Encik…Encik…! Encik apa?,”
Zalia garu kepala lagi. Cuba mengingat nama bapa Ilham.
“Saya tak tahu nama Encik. Eh, lupa sebenarnya,”
Lelaki itu berpeluk tubuh sambil memandangnya garang.
“Awak melarikan anak-anak saya tanpa pengetahuan saya. Awak tahu tak?,”
“Tak..tak.. bukan macam tu. Saya Cuma..,”
“Cuma apa?! Sepatutnya hari ni, anak-anak saya berada di rumah. Di bawah jagaan pembantu rumah saya. Macam mana dia boleh sampai ke sini?,”
“Mungkin silap saya. Tapi, saya tak sampai hati. Ilham dengan Dina berharap sangat…,”
“Berharap apa?! Ilham hampir mati lemas kurang sejam yang lalu. Awak ingat ini perkara main-main? Saya boleh dakwa awak menipu..,”
“Jangan..jangan.. Jangan macam tu Encik. Saya mengaku ini silap saya,”
“Memang silap awak!,”
Zalia tunduk.
“Kalau apa-apa berlaku pada Ilham tadi, macam mana?,”
“Tak. Jangan cakap macam tu. Saya tak akan biarkan sesuatu yang buruk berlaku pada Ilham,”
“Awak ni, siapa hah?,”
“Saya…saya kenal Ilham dan Dina. Sekali lagi saya minta maaf ya. Saya mengaku salah saya. Tolong ya Encik. Jangan laporkan pada pihak sekolah. Saya Cuma nak tengok Dina dengan Ilham happy. Diaorang berharap sangat nak sertai program ni,”
“Saya bapa mereka. Untuk buat mereka gembira, itu tanggungjawab saya. Bukan kamu,”
Zalia menunduk lagi.
“Amaran saya. Jangan ganggu anak-anak saya lagi. Kalau saya Nampak awak dengan mereka, saya akan panjangkan kes ni,”keras suara itu menikam gegendang telinganya. Membuat dia sedikit geram. Namun, memikirkan kesilapan yang dia lakukan ini, bukanlah kecil, geram itu disimpan kemas di hati. Lelaki itu berlalu meninggalkannya.
“Sama-sama…,”gumamnya perlahan. Geram dimarah sebegitu rupa. Juga geram apabila sepatah ucapan terima kasih pun tidak ada untuknya.
“Sombong!,”


****

“Kenapa tak siap lagi ni?,”
Ilham bersandar ke sofa.
“Papa pergi ajelah dengan girlfriend papa tu. Kita orang tak mahu ikutlah,”
“Kata papa ni sibuk manjang. Tak ada masa nak ajak kamu pergi jalan-jalan. Sampai terpaksa upah orang jadi makcik semata-mata nak jalan-jalan kan?. Ni, papa ajak ni, banyak alasan pula,”
“Dina tak nak ikutlah kalau Cik Mila itu ada sekali. Papa pergila sorang,”
“Berpakat pula? Kenapa dengan aunty Mila tu? Apa salahnya dia ikut?,”
“Papa pergi ajelah. Kita orang ok. Kita orang nak duduk rumah aje dengan bibik. Lagipun, hukuman kita orang belum habis lagi kan? Lagi tiga hari baru papa kasi kuar rumah. Takkan papa lupa kot. Jangan risau. Kita orang tak akan pergi mana-mana. Selama papa tak ada, kami duduk aje dengan bibik. Kami tak akan keluar rumah,”
“Banyak cakap pula ya. Cepat. Pergi bersiap,”
“Alaa..papa ni..,”
“Now!,”
Sebaik mendengar arahan sudah bertukar keras, Ilham dan Dina sama-sama laju berlari meniti anak tangga. Tidak mahu mencabar kesabaran bapanya itu.
Izhar mengeluh perlahan. Terasa semakin sukar untuk mengawal dua anaknya itu.
“Iz… belum siap ke? Penatlah tunggu lama-lama ni,”
Dia berpaling.
“Sebentar. Anak-anak I tengah bersiap,”
“Bersiap apa lama sangat. Cepat sikit. I tunggu dalam kereta,”
Izhar cuma tersenyum kecil.


*****
“Akak!,”
Zalia berpaling. Sedikit terperanjat dengan kemunculan dua wajah itu. Ilham tersengih panjang.
“Apa akak buat kat sini?,”
“Kamu berdua ni… apa kamu buat kat sini?,”
“Bercuti….,”ujar Dina berlagu. Zalia tersengih. Jelas tiada keseronokan di wajah anak kecil itu.
“Kononnya la….,”sampuk pula Ilham sambil mencemik.
“Hai… orang bercuti muka ceria aje. Ni, kenapa muka macam tempe basi?,”
Ilham membuang pandang sambil berpeluk tubuh. Dina pula mengambil tempat di sisi Zalia.
“Akak buat apa kat sini?,”
“Akak kerja kat sini. Baru seminggu mula kerja,”
“Teruk ke papa kitaorang marah akak hari tu? Ilham nak jumpa akak. Papa tak kasi,”
Zalia tersenyum. Mendengar soalan Ilham, rasa jengkelnya pada lelaki itu menjelma kembali.
“Sombonglah papa Ilham tu,”dia bersuara sambil membetulkan cap yang dipakai.
“Memangggg,”sampuk Dina sambil menongkat dagu. Zalia tersenyum.
“Nasib baik jumpa akak kat sini. Kalau tak, mesti boring gila. Papa tu, asyik berkepit dengan kekasih dia aje. Gedik,”
Zalia mencemik.
“Kekasih? Sama sombong tak dengan papa Ilham?,”
“Lebih sikitlah…,”
Zalia tergelak.
“Akak.. Ilham nak ucap terima kasih sebab akak tolong Ilham hari tu. Sebab Ilham degil, tak pasal-pasal akak yang kena,”
“Dahlah. Benda dah nak jadi. Yang penting, Ilham selamat. Kat sini, kalau nak mandi laut, pastikan dengan papa tau. Jangan pergi sendiri. Bahaya,”
“Dengan akak, tak boleh?,”
“Akak kerjalah sayang. Mana boleh temankan kamu. Lagipun, papa kamu dah warning. Tak kasi akak jumpa kamu,”
“Alah…. Bukan dia tahu pun. Habis waktu akak kerja, kita orang jumpa akak ya. Boleh ya kak? Bosanlah dengan papa and aunty Mila tu,”
Zalia senyum.
“Ok. Untuk Ilham and Dina, No problem. Tapi, jangan sampai papa Ilham tahu. Nanti dia marah akak,”
“Deal,”
Zalia senyum sambil kenyitkan mata.

****
“You marahlah sikit kat diaorang Iz. Tengok ni… menyusahkah orang. I dah lapar tau,”
“Kita tunggu lagi lima minit. Kalau tak balik juga, kita cari mereka kejap. Dia orang main dekat-dekat sini je tu,”
Mila membuang pandang.
“You ni kan. Manjakan sangat anak-anak. Nanti dia pijak kepala tau,”
“I kenal anak-anak I , Mila. Kadang-kadang mungkin dia orang memberontak. Tapi, Ilham dan Dina tu budak baik. Dengar cakap,”
“Yalah…yalah.. sebab baiklah sampai I kena berlapar ni, kan?,”
“Mila… tak sampai sepuluh minit pun kita tunggu kan,”
“Mereka ke mana sebenarnya? Dari tengah hari I tak Nampak pun budak-budak tu,”
“Ilham cakap nak jumpa kawan sekelas dia. Kebetulan kawan dia pun cuti,”
“Hmm… lagi lima minit budak-budak tu tak balik, kita pergi makan dulu. I laparlah,”
“You… sabar sikit, boleh tak?,”Izhar bersuara separuh hilang sabar.
Mila membuang pandang.
“I ajak you ikut I sekali, sebab I nak u sesuaikan diri dengan anak-anak I. I nak you terima anak-anak I macam you terima diri I,”
“Entahlah Iz… anak-anak you macam tak suka I lah,”
“Ambillah hati diaorang,”
“I tak biasalah dengan budak-budak ni,”
“Tak biasa.. biasa-biasakanlah… kan Dina kan,”
Izhar berpaling. Ilham menjeling sambil berpeluk tubuh.
“Ha.. mana kamu pergi? Kan dah janji dah makan sama-sama kan?,”
‘Sorry papa. Terleka kejap tadi,”
“Hmm…. Cepat. Aunty Mila dah lapar ni,”
“Alaa… orang kat Afrika sana, lagi lapar. Ok je… tak ada pun bising-bising…Boleh je sabar,”
Mila jegilkan mata menatap wajah kecil Dina. Izhar sembunyi senyum.
“You!,”
“Apa?,”soalnya pura-pura tidak tahu apa-apa.
“I nak masuk bilik. Tiba-tiba hilang lapar I,”bentak Mila sambil melangkah laju. Izhar memandang seketika.
“Apa lagi, papa. Pergilah kejar. Aunty Mila dah merajuk tu kan?,”
Izhar memandang wajah anak lelakinya. Ada sedikit nada sindiran di situ.
“Penatlah papa nak pujuk-pujuk. Jomlah. Kita aje yang pergi makan,”
“Hah? Kita aje? Tak ada aunty Mila? Bestnya!!,”Dina menjerit tiba-tiba.
“Kenapa ni Dina? Tak baik buat macam tu. Kenapa tak suka sangat dengan aunty Mila?,”
“Papa carilah orang lain jadi girlfriend papa. Aunty Mila tu, tak sesuailah papa. Dia baik dengan papa aje… dengan kita orang, tak,”
Izhar terdiam. Melihat cara dah kerenah Mila beberapa di sini, membuat dia terfikir akan kata-kata Ilham. Mungkin Mila boleh menerimanya. Namun, jelas Mila sukar menerima Ilham dan Dina. Sukar menerima hati dan jantung yang menemani perjalanan hidupnya selama ini.
“Jomlah. Kita pergi makan,”
Ilham tersenyum sambil mengangguk. Petang ini, papanya hanya menjadi milik dia dan Dina sahaja. Tidak perlu berkongsi dengan Aunty Mila.
“Papa nak kahwin ke dengan Aunty Mila tu?,”Dina membuka mulut sambil melangkah. Jari telunjuknya disimpul pada jemari Izhar. Izhar tunduk. Memandang wajah mulus yang mendongak memandangnya.
“Papa rasa nak makan aje sekarang ni,”
Dina menjungkit bahu.
“Kahwinlah dengan Kak Zalia…,”antara dengar dan tidak, Dina mengomel perlahan.

*****

Dia berdiri dari jauh. Gadis ini lagi. Patutlah hampir setiap hari Ilham dan Dina hilang. Alasan ingin bermain dengan kawan sekelas yang sama-sama bercuti. Rupa-rupanya dua anaknya itu riang bersorak dengan gadis yang cuma sekali dia jumpa ini. Hasratnya untuk munculkan diri, ditahan. Sedikit terpesona dengan cara gadis itu melayan telatah Ilham dan Dina. Dan, yang paling penting, wajah Ilham dan Dina begitu ceria saat itu. Cukup berbeza wajah anak – anak itu kini. Walau bersama dengannya, keriangan sebegitu belum pasti dapat dia tatap.


……….

“Penatlah akak,”
“One more akak. Cepatlah. Ada angin ni,”
“Cukuplah main layang-layang. Akak penat dah,”Zalia terduduk di bawah pohon rhu. Ilham turut tersandar sama. Dina masih tercegat bersama layang-layang di tangan. Wajah itu sedikit mendung.
“Dina?,”
“Dina nak main lagi…,”
“Kita rehat kejap ya?,”pujuk Zalia sambil mengibas badan dengan topi. Dina masih tercegat di situ.
“Jom. Duduk dulu. Kita fikir main benda lain pulak. Nak tak?,”
“Main apa?,”
Zalia tersenyum. Rajuk Dina sudah hilang. Pantas anak kecil itu berlari mendapatkannya. Layang-layang di letakkan di atas pasir. Zalia menggaru dagu.
“Fikir… fikir…,”
Ilham tersenyum. Dina tergelak melihat memek muka Zalia yang berkerut.
“Akak… kalau akak jadi girlfriend papa kita orang kan best. Mesti hari-hari boleh main dengan akak,”
Jemarinya yang menggaru dagu terhenti serta-merta.
“Girlfriend rimau tu? Baik akak terjun laut. Serah diri kat jerung,”ujar Zalia sambil tergelak. Turut sama mengundang gelak Ilham dan Dina.
“Tapi, betul cakap abang Ilham tu. Kenapalah papa kena bercinta dengan aunty Mila tu. Kalau dengan akak, kan best,”
“Kita main nenek kebayan cari cucu nak?,”Zalia bersuara sekadar mengalih topik. Tidak selesa bercakap tentang bapa anak-anak kecil itu. Lebih-lebih lagi, sekelip mata namanya turut terseret sama.
“Boleh…boleh… Dina nak main. Akak jadi nenek kebayan ya,”
“Alaa… main game orang perempuan pulak. Boringlah,”
“Ala… abang jadilah putera raja. Dina jadi cucu. Tengok… nenek kebayan jumpa cucu ke putera raja,”
“Okla..okla…
Dina terjerit riang.
…………

Tanpa sedar Izhar mengukir senyum. Betapa selama ini dia tidak sedar keriangan sebegitu yang didamba anak-anaknya. Bersamanya, Ilham dan Dina tidak pernah segembira itu. Berada di antara dia dan Mila, anak-anaknya terus bertukar murung. Melihat gadis itu sudah bertutup matanya, dia bergerak keluar dari belakang pohon rhu. Berpeluk tubuh melihat teman sepermainan anak-anaknya itu teraba-raba mencari seseorang.
Ilham dan Dina yang tergelak riang, terdiam serta-merta sebaik menyedari kehadirannya.
“Akak!,”
Laju jemarinya diletak di bibir. Ilham terdiam. Menunggu saat diri dimarahi. Namun, Cuma senyum nipis terukir di bibir bapanya itu.
“Kenapa Ilham?,”
“Err….,”
Izhar tersenyum sambil memberi isyarat agar permainan diteruskan. Dia tahu Ilham serba-salah. Dan, dia bahagia melihat senyumnya berbalas dengan wajah ceria Ilham dan Dina.
“Cepatlah cari kitaorang!,”jerit Ilham girang.
“Yalah…akak carilah ni. Jangan lari jauh-jauh. Ilham pesan kat Dina jangan lari kat tepi laut. Akak mula cari ni. Jangan gerak tau!,”
Izhar senyum sambil berpeluk tubuh. Turur terhibur melihat gadis itu teraba-raba di tengah kawasan lapang. Senyumnya mula menghilang apabila langkah gadis itu mara ke arahnya.
“Haaa…. Mana boleh gerak dah. Kan nenek kebayan dah jalan tu..,”Ilham bersuara sebaik dia mahu bergerak menjauh. Izhar tersengih. Tiba-tiba dia terseret sama di dalam permainan ini. Dan, dia yakin, langkah gadis ini akan mati padanya. Jemari runcing mula menyentuh pinggangnya dan dia Nampak senyum terukir di bibir itu. Sentuhan bergerak ke perut. Kemudian ke dada. Sebaik jemari itu menyentuh bahu, senyum sudah mati di bibir gadis di hadapannya itu. Pasti sudah yakin dia sudah tersilap orang. Pantas ikatan di matanya dibuka.
Izhar tersenyum. Zalia kelu. Ilham dan Dina sama-sama tergelak riuh.
“Nenek kebayan dapat papa putera raja!,”sorak Dina riuh.
Zalia hilang kata-kata. Pucat seketika mengingatkan amaran lelaki itu padanya tempoh hari.
“Errr…,”
“Kenapa? Nak serah diri kat jerung?,”
Zalia telan liur. Lelaki ini sudah lama mengintip barangkali.
“Janji… ini last time. Saya tak akan jumpa Ilham dengan Dina lagi. Ilham.. Dina… akak pergi dulu,”
Belum sempat dia bersuara, Zalia sudah laju berlari. Meninggalkan dia yang sedikit terpinga-pinga.

****

“Tak dinafikan, kadang-kadang saya rasa saya sedikit cuai dalam memberi perhatian pada Ilham dan Dina. Ilham dan Dina pula serasi dengan Zalia. Sebab tu saya yakin pada Zalia. Mereka perlukan perhatian yang lebih. Saya tak mampu beri perhatian sepenuhnya. Harap dengan bantuan Zalia, hidup mereka lebih sempurna,”
“Eloklah tu Lia. Tak payahlah kamu kerja jauh-jauh. Mak suka kalau kamu kerja dekat-dekat sini saja. Terima ajelah. Dekat dengan mata mak. Tak adalah mak susah hati aje,”
“Lia mana pandai jaga budak, mak,”
“Alaa… Ilham dan Dina tu dah besar. Tak susah nak jaga pun,”tokok ibunya lagi.
“Tapi… berapa gaji yang Encik Izhar boleh bagi?,”
Izhar tersenyum. Memandang wajah Zalia yang kelihatan serba –salah. Terselit di sebelah ibunya.
“Terserah berapa awak nak. Tapi, tempoh percubaan enam bulan,”
“Enam bulan? Lamanya. Macam kerja pegawai pula,”
“Untuk kontrak seumur hidup, tempoh percubaan mestilah lama sikit,”
“Seumur hidup? Mana ada orang kerja jaga budak sampai seumur hidup,”
“Yalah. Awak bukan nak kena jaga anak-anak saya aje. Papa diaorang pun awak kena jaga. So, mestilah ada step nya. Kan? Kalau lulus boleh ikat kontrak seumur hidup,”
Zalia kerutkan kening.
“Tak faham,”
Izhar tersenyum. Memandang wajah ibu Zalia yang juga sedikit pelik.
“Anak-anak saya suka Zalia, makcik. Jadi, saya nak cuba kenal orang yang dekat di hati anak-anak saya,”
Zalia tergamam. Ada rasa malu. Namun, dia tidak pasti wajarkah rasa malu itu. Sungguh sukar untuk dia faham maksud kata-kata Izhar.
“Mak?,”dia bersuara melihat senyum yang melebar di bibir ibunya.
“Kalau betul caranya makcik tak kisah,”
Izhar tersenyum. Zalia tercengang.
“Apa ni? Lia tak fahamlah,”
Izhar senyum lagi. Melihat wajah buntu Zalia, dia teringat propaganda yang disogok anak-anaknya.
“Kak Zalia tu ok tak, papa?,”
“Hmm…,”
“Cantik tak?,”Dina pula Cuma memancing perhatian.
“Hmmm….,”sekali lagi dia menjawab dengan nada acuh tidak acuh.
“Sebenarnya, Ilham suka dengan Kak Zalia tu,”
“Hmm…,”
“Kak Zalia tu baik sangat-sangat. Kan Dina,”
“Hmmm..,”
“Papa kahwin dengan Kak Zalia, nak? Tak payah kahwin dengan aunty Mila,”
Surat khabar di tangan dilipat perlahan. Sudah hampir seminggu selepas pulang dari bercuti, dia disogok pelbagai cerita tentang Zalia. Jelas menunjukkan betapa anak-anaknya sukakan gadis itu.
“Macam mana Ilham kenal kak Zalia tu?,”
“Alaa… kak Zalia tu tinggal kat taman ni jugak. Selalu lepak dengan kami kat playground,”
“Kat mana rumahnya?,”
“Papa nak pergi ke?,”
“Apa salahnya papa berkenalan dengan kawan anak-anak papa,kan?,”
Ilham tersenyum lebar.
“Betul papa? Aunty Mila macam mana?,”
Izhar tersenyum.
“Papa nak hidup gembira. Tapi, papa lebih gembira kalau anak-anak papa gembira,”
Sekali lagi dia tersenyum lebar mengingatkan kata-katanya dua hari lepas.
“Boleh, Zalia?,”soalnya tenang.
Zalia diam. Masih belum boleh memproses segala kata-kata Izhar yang bersimpang-siur. Dia yakin itu semua bersangkut dengan soal hati. Namun, dia risau andai dia yang perasan sendiri. Teringatkan garang Izhar, mana mungkin lelaki itu tiba-tiba suka padanya.
“Encik Izhar nak mengurat kamu tu!,”sergah ibunya bersama gelak. Juga disambut gelak kecil dari wajah tenang lelaki itu. Dan, tiba-tiba dia jatuh terduduk dari sofa. Terkejut. Saat ini, cuma wajahnya sahaja yang tidak tenang. Dia yakin itu. Mengangkat muka dan melihat senyum Izhar, dia seperti mahu menyorok di bawah meja.
“Selamat berkenalan Zalia… saya Izhar. Duda anak dua. Harap Zalia sudi terima salam perkenalan ini”usik Izhar menambah rona-rona merah di pipi Zalia. Zalia menjeling ke arah ibunya yang tersenyum kecil sambil perlahan bangun dan duduk semula sofa. Tunduk setunduk-tunduknya.

TAMAT…

Thursday, January 7, 2010

Biar YM Terus Bicara...3


“Eii..Die. Janganlah laju sangat. Nanti jatuhlah,”aku bersuara risau. Ngeri melihat langkah laju Delaila. Lasak gadis ini tidak pernah hilang.
“Tak ada jatuhlah,”
Aku diam. Terus memandang langkah Delaila yang semakin hampir, kemudian bergerak memberi ruang kepada Delaila untuk melabuhkan punggung di sisiku. Terus terpaku pula pada perut Delaila yang membesar. Terkebil-terkebil. Melihat keadaan itu, kepalaku ligat memproses permintaan suamiku malam tadi. Aku? Terpaksa ke sana – sini bersama perut yang membesar itu? Dulu, Sharifah yang membuat aku gerun. Kini, Delaila muncul menyuntik rasa yang sama.
“Hey! Kenapa ni? Macam tak pernah tengok perut orang pulak,”
Aku tersentak. Kemudian tersengih. Rupanya mataku terpaku kemas pada perut Delaila.
“Dah berapa bulan ni, Die?,”
“Masuk tujuh,”
“Besarnya. Perut Sherry dulu pun tak ada besar macam ni. Berat tak?,”
Delaila tergelak besar.
“Orang pregnant mana ada sama. Ada yang Nampak besar. Ada yang Nampak kecil,”
Aku diam. Terus memerhati. Jelas perbezaan fizikal pada Delaila. Gadis tinggi lampai ini sudah bertukar bentuk badan.
“Nak rasa berat ke tak? Kau pregnant lah,”tambah Delaila sambil tersenyum.
Aku tersengih kelat. Lagi seorang memberi saranan bernas padaku. Delaila pula cuma memandang dengan muka selamba.
“Diya, tolong aku sikit, boleh?,”
“Tolong apa?,”
Delaila diam seketika. Memandang sekeliling. Membuat aku sedikit pelik.
“Wah! Ada buah cermai. Sedapnya. Kejap ya. Aku nak focus kat buah ni kejap,”
Aku berpeluk tubuh. Sedikit aneh dengan perubahan selera Delaila.
“Sejak bila kau suka makan cermai ni?,”
“Orang mengandung kan, suka makan masam-masam,”
“Oh… macam tu ke?,”soalku sekadar mendapatkan kepastian.
Delaila mengangkat muka.
“Entah. Orang cakap macam tu, aku ikut aje,”
Aku mencemik. Delaila tergelak kecil.
“Tadi, kau minta tolong. Tolong apa? Cakaplah cepat,”soalku sekali lagi, apabila Delaila seakan tidak mahu menyambung bicara. Perhatiannya kini lebih pada buah cermai di dalam mangkuk.
“Kejaplah. Aku nak makan asam ni kejap,”
Aku kerutkan kening sambil tersenyum. Macam tak pernah jumpa buah cermai.
“Kau tolong tengok-tengok sekeliling ya. Kalau kau Nampak Danny, kau cakap dengan aku,”
“Kenapa pula?,”
“Dia tak bagi aku sentuh asam ni,”
“Kenapa pula?,”
Delaila menjungkit bahu sambil meriba mangkuk cermai, bersama piring garam. Menu aku untuk hari ini. Cermai cecah garam. Aku memandang kagum. Laju betul Delaila menikmati hidangan petangku.
“Oh ya. Lama ke kau balik ni? Suami kau mana?,”
Aku termangu seketika. Tidak sempat memproses soalan Delaila dek kerana keasyikan menjadi penonton.
“Hah? Ooo.. kat dalam kot. Sembang dengan mak aku. Aku saja nak ambil angin kat sini. Kau, bila balik sini?,”
“Semalam. Mak aku cakap kau ada balik. Tu aku datang jengah kejap ni,”
“Ya ke jengah aku? Tapi, tak nampak macam nak datang jengah aku pun. Nampak macam nak habiskan cermai aku, adalah,”
Delaila tergelak besar.
“Ha ahlah kan. Lupa aku nak sapa kau elok-elok. Nak bersalam pun lupa,”
“Tulah pasal,”balasku turut tergelak. Delaila cuma tersengih.
“Kau pregnant ke? Makan cermai segala ni. Suami kau tak marah pula kau makan benda-benda masam macam ni,”
“Tak adalah. Mana ada. Dari dulu pun aku memang hantu cermai kan. Kau tu yang tak suka buah cermai dulu. Aku, suka,”
Delaila tersenyum kecil.
“Diya…Aku teringin nak makan buah manggis tu. Kau tolong panjat. Boleh?,”
Aku tergelak.
“Suruhlah Danny,”
“Hmmm… sejak bila pula mamat kepit tu… ops…Astaghfirullahhal’Azim…tak baik mulut aku ni. Mengata suami sendiri pula. Sejak bila pula Danny tu pandai panjat pokok?,”
Aku katawa riuh.
“Samalah dengan suami aku,”
“Pun tak reti panjat pokok ke?,”soal Delaila sambil tersenyum lebar.
“Tak,”jawabku sambil menyambung tawa. Segera membuat aku teringat pada insiden Encik firdaus jatuh pokok dulu. Lucu apabila diingat. Manis apabila dikenang. Membuat bibirku tiba-tiba terukir senyum. Bahagia apabila teringatkan saat-saat manis sebegitu.
“Diya!,”
Aku tersentak. Delaila menjeling.
“Tolonglah Diya. Aku mengidam ni. Kesian anak aku ni,”
“Kenapa dengan anak kau?,”
“Nanti kempunan dia nak makan buah manggis,”balas Delaila tersengih.
Aku mencemik.
“Mak aku bising nanti. Malulah aku… dah kahwin pun kena marah dengan mak lagi,”aku bersuara sambil menggaru kepala.
“Alah… kau dengan aku aje kan. Mana mak kau ada pun,”
“Itu yang kau tak tahu. Mak aku tu, asal aku kat atas pokok, dia mesti tiba-tiba ada je kat bawah pokok,”
Delaila tergelak besar.
“Bolehlah… Nanti esok-esok, kau mengandung, aku pula panjat untuk kau. Bolehlah,”
“Pandailah kau pujuk aku ya,”
“Kau kan kawan aku,”
“Hmm… aku rasa tak payah panjat kot. Semalam mak aku ada suruh orang panjat. Ada lagi rasanya. Kejap, aku tengok,”
“Lagi bagus. Cepatlah pergi tengok,”
Aku tersenyum kemudian bergerak menuju ke bahagian dapur. Menjengah ke dalam, masih ada separuh manggis di dalam baldi kecil di satu sudut. Pantas baldi itu aku capai. Melangkah laju menuju ke pangkin.
“Ada pun rezeki untuk baby kau,”
Delaila tersenyum panjang.
“Wah! Banyak juga. Ini yang buat aku sayang kat kau ni, Diya,”
Aku mencemik sambil bertengggek di birai pangkin.
“Makanlah puas-puas,”
Delaila tersenyum sambil kenyitkan mata. Mula memberi fokus pada baldi berisi manggis pula. Aku pula, tekun memerhati. Patutlah badan Delaila berubah saiz. Makan bagai tak ingat dunia.
“Sayang!,”
Laju aku berpaling. Tersenyum pada wajah Daniel yang kelat semacam. Pelik melihat air muka Daniel, aku mencari wajah Delaila pula.
“Apa ni?,”sedikit garang suara Daniel sambil jari telunjuknya lentik menunding ke arah mangkuk cermaiku yang hampir kosong. Juga pada selonggok kulit manggis di atas pangkin.
“Takkan kau dah tak kenal cermai, Danny. Yang ni cermai namanya. Yang ni manggis,”ujarku sambil tergelak kecil. Daniel menjeling. Tajam seperti dulu juga. Tajam yang selalu menghantar isyarat lucu ke hatiku.
“Kau yang bagi Laila makan cermai ya?,”
“Tak. Aku tak pelawa pun. Dia yang laju mencapai,”
Daniel mengeluh panjang.
“Sayang ni degil tau. Tak tahu lagi dah macam mana abang nak cakap,”
“Bukan selalu bang,”
Aku terkebil-kebil memandang wajah Daniel yang kelihatan sedikit kecewa. Dia menggeleng perlahan sambil berpeluk tubuh.
“Biarlah Die nak makan. Tak baik kau ni. Orang nak makan pun marah. Dia kan mengandung tu,”
“Itu yang kau tak tahu tu. Ni… makan masam. Dengan garam lagi. Sayang, last check up your BP tinggi tau. Ni… manggis ni. Manis ni kan? Banyak pula tu, makannya. Sayang memang nak kena inject hari-hari ke?,”
“Kenapa pula?,”aku bertanya hairan. Sedikit kagum dengan bicara Daniel yang sudah seperti seorang doktor.
“Laila ni, ada darah tinggi. Diabetes pun dah dapat ni,”
“La… ye ke? Muda-muda macam ni?,”
“Masa mengandung aje. Ikut kata doktor macam tu lah,”sampuk Delaila bersajaha.
“Wah! Bahaya tu. Kenapa kau tak cakap?,”aku bersuara sambil laju mencapai manggis di tangannya. Segera menjauhkan baldi kecil dari Delaila. Delaila terkebil-kebil memandangku.
“Sampai hati kau. Aku baru nak makan tu… Ini yang aku malas ni. Semua benda tak boleh makan ni,”
“Bukan tak boleh makan. Tapi, sayang ni, kalau dah jumpa makanan, langsung tak ingat apa-apa. Makan macam dah tak ada esok,”panjang lebar Daniel membebel.
Aku mengangguk tanda setuju.
“Dah lama saya teringin nak makan semua ni, bang,”
“Dah makan kan? Cukuplah tu. Sabarlah. Jaga kesihatan tu. Kesihatan sayang…baby… Lepas bersalin, makanlah apa saja sayang nak makan. Nak buat rumah atas pokok manggis pun boleh,”
Aku diam, mendengar pujukan lembut Daniel. Cuma tersenyum sedikit mendengar cadangan di hujung kata-katanya. Marahnya sebentar tadi, seperti sudah hilang. Mungkin disebabkan perubahan wajah Delaila yang mendung tiba-tiba.
“Betul cakap Danny tu. Kalau jejaskan kesihatan, kau kena dengar cakap suami kau ni. nanti kau juga yang susah tau,”
Delaila diam. Aku pula sambung termenung. Banyaknya risiko ibu mengandung. Alahan? Penyakit? Gemuk lagi?
“Kalau macam tu, saya baliklah. Nak rehat,”
Lamunanku menjauh sebaik mendengar bicara separuh rungutan daripada Delaila.
“Elok juga tu. Berjalan sana sini, nanti kejang kaki tu. Malam nanti mulalah sakit sana. Sakit sini,”sampuk Daniel sambil bercekak pinggang.
Delaila mencemik sambil bergerak perlahan. Dibantu Daniel, dia turun dari pangkin.
“Aku balik dulu Diya. Bila doktor dah ada kat sini, hilang pula mood aku nak bersembang,”
Aku tergelak lagi. Lebih riuh apabila Daniel sudah jegilkan mata pada isterinya itu. Siapa sangka Daniel yang menjadi pasangan hidup teman lasakku ini.
“Dengar cakap suami tau. Jangan makan banyak-banyak. Jaga makan tu,”usikku sambil kenyitkan mata pada Daniel. Daniel tersenyum sambil mengangkat ibu jari.
“Hmm.. kau gelaklah sekarang. Nantilah…bila kau pregnant baru kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni,”
Aku tersengih. Rungutan Delaila bersama jelingan tidak puas hati ke arah Daniel mengundang rasa lucu. Lebih- lebih lagi melihat Daniel bersiul kecil sambil membuang pandang. Perlahan aku menggeleng sambil tangan lincah mengumpul kulit manggis yang ditinggalkan Delaila.

*****
[11:35:50 PM] hos.getah: