Friday, December 5, 2008

Gemersik Rindu 1


“Cikgu tak nak balik lagi ke?,”
“Sekejap lagi,”
“Kalau macam tu, saya balik dulu, cikgu,”
Mazlin tersenyum kecil sambil mengangguk perlahan. Kelas sudah kosong.
“Assalamualaikum, cikgu,”
“Waalaikumussalam,”balas Mazlin sepatah. Pelajarnya melangkah keluar meninggalkannya sendirian. Dia menghela nafas panjang. Memandang ke luar tingkap kelas. Keriuahan para pelajar yang berlumba mencari arah masing-masing, mulai berkurangan. Kawasan sekolah juga sudah mula sepi. Waktu persekolahan sudah tamat. Sekali lagi dia mengeluh sebelum berdiri. Mencapai buku laporan mengajarnya bersama beberapa buah buku rujukan. Dengan longlai dia mengorak langkah menuju ke bilik guru. Kelas terakhirnya hari ini, cuma selang beberapa buah bilik lain daripada bilik guru. Sebentar sahaja dia sudah berada di pintu bilik guru. Bilik guru juga sudah agak lenggang. Ramai guru sessi pagi sudah pulang. Guru-guru sessi petang pula sudah sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi. Penat rasanya setelah seharian berdepan dengan pelbagai kerenah remaja. Buat beberapa detik dia bersandar malas ke kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin sambil membiarkan matanya terpejam rapat.. Merehatkan minda buat seketika. Lega. Matanya dibuka perlahan-lahan. Mejanya yang sedikit berselerak, dikemas segera. Selesai mengemas, matanya melilau memerhati sekeliling. Pandangannya mati di meja Haikal. Meja itu kosong dan kelihatan kemas. Barangkali lelaki itu juga sudah pulang. Teringatkan Haikal, tanpa sedar satu keluhan meniti di bibirnya. Hampir dua minggu dia mengajar di sekolah ini, namun, Haikal tidak pernah menegurnya. Sesekali terserempak pun, tidak pernah ada segaris senyuman di bibir itu, untuknya. Padahal dalam diam, dia tidak dapat nafikan, dia amat merindui senyuman lelaki itu. Senyuman yang membuat jantungnya berhenti berdegup. Bertahun-tahun yang lalu. Senyuman yang membuat dia terpegun. Yang mengikat hatinya pada satu perasaan yang cuma menyakitkannya.
Sudahnya, sekuntum senyuman pahit, terukir di bibirnya. Lucu dengan permainan takdir. Tidak pernah dia menduga, satu hari dia akan bertugas bersama-sama dengan Haikal. Dia faham benar dengan sikap Haikal. Selama ini, Haikal selalu mengelak daripada bertembung dengannya. Haikal memang tidak mahu berjumpa dengannya. Haikal tidak mahu bercakap dengannya. Haikal tidak mahu menatap wajahnya. Benci sungguh Haikal padanya. Dia sendiri…dia cukup sedar akan hakikat itu. Setiap kali pulang ke kampung, mustahil untuk dia terserempak dengan Haikal. Rasanya sudah sepuluh tahun dia tidak bertembung muka dengan Haikal. Namun, ternyata jarak waktu yang begitu panjang tidak memungkinkan dia melupai seraut wajah Haikal. Dan, kini… di sini, takdir menemukan kembali dia dengan lelaki itu. Di sini,Haika tidak dapat lari. Haikal terikat dengan tanggungjawab. Mahu atau tidak, wajahnya terpaksa Haikal tatap. Kalau pun tidak lama, sekilas pandang pun, terpaksa bagi Haikal. Mereka kini berkongsi ruang tugas yang sama.
Sentuhan lembut di bahunya, menyedarkan Mazlin yang matanya masih terpaku teguh di meja Haikal. Dia menoleh. Zarina tersenyum panjang sambil mengangkat kening. Senyum Zarina dibalas seadanya.
“Belum balik, Lin?,”
“Nak baliklah ni,”balasnya pendek seraya menatap wajah guru muda yang sebaya imur dengannya itu. Zarina tersenyum kecil. Tangannya lincah mengemas meja.
“Jauh melamuntadi. Ingatkan orang kat tempat lama ke?,”soal Zarina tanpa memandang wajah Mazlin. Sibuk mengemas mejanya yang berselerak. Mazlin tersenyum Cuma. Soalan Zarina dibiarkan sepi tanpa jawapan. Perlahan dia mengangkat punggung. Selonggok buku latihan pelajarnya, dicapai. Sambil sebelah lagi tangannya mencapai beg tangan di atas meja. Dia menoleh ke arah Zarina yang sudah tersandar lesu di kerusi.
“Penat betul nampaknya tu,”
Zarina tersenyum hambar sambil mengurut leher.
“Kelas aku betul-betul pack hari ni. Memang penat sangat,”keluh Zarina lemah. Mazlin tersenyum lagi. Faham dengan apa yang sedang Zarina lalui.
“Tak nak balik ke?,”
Zarina menggeleng.
“Lambat sikit kot. Lepas ni ada mesyuarat dengan cikgu Haikal,”
Jantung Mazlin berdetak tiba-tiba sebaik nama Haikal menyentuh gegendang telinganya. Membuat dia diburu rasa debar yang menyeksa perasaan.
“Cikgu Haikal?,”lambat-lambat soalan itu meniti di bibirnya. Perlahan dia mengenakan beg tangannya ke bahu, sambil mencapai kunci kereta di atas meja.
“Ya. nak discuss pasal debate competition. Untuk student form five. You nak join ke? At least bertambah juga idea nanti. Ya tak?,”terang Zarina sedikit terperinci. Mazlin tergelak kecil. Lucu mendengar pelawaaan Zarina. Dibayar upah pun, dia tidak akan terima pelawaan itu. Dia tidak mahu berdepan dengan Haikal.
“Aku mengajar ekonomi. Kau nak ajak meeting debate pula? Mengarutlah kau ni Rin,”
“Apa pula mengarut? Jomlah. Aku serius ni,”
“No. Thanks. Aku nak baliklah. Letih,”
Zarina mencebik, membuat Mazlin tergelak lucu.
“Takkan tak nak jumpa cikgu Haikal?,”riba-tiba soalan nakal pecah dari bibir teman sekerjanya itu. Membuat darahnya berderau serta merta.
“Nak buat apa? Aku bukannya ada urusan penting dengan dia,”
Zarina tergelak nakal.
“Tanyalah diri kau sendiri. Tanya aku pula. Manalah aku ada jawapannya. And, for your information… that most popular teacher in this school tu… still single. Cubalah. Mana tahu tersangkut. Bab kata pepatah, kalau dah jodoh, tak ke mana. Kan?,”
Mazlin ketawa.
“Mengarutlah kau ni. aku balik dululah. Layan kau… sampai esok pun tak habis,”
“Okaylah,”
Mazlin senyum. Perlahan dia mengatur langkah keluar dari bilik guru.
“Lin!,”
Mazlin menoleh. Mengangkat kening ke arah Zarina. Zarina tersengih.
“Kalau hati dah suka, buat apa nak malu? Cubalah. Zaman sekarang ni, siapa yang mulakan dulu, dah tak jadi perkara utamalah. Itu lebih baik dari menggigit jari. Tahu?,”
Mazlin mengerutkan kening.
“Kau ni. malas aku nak layan. Aku balik dululah,”
Mazlin menyambung langkahnya yang terhenti tanpa menghiraukan tawa nakal Zarina. Ada sedikit rasa malu yang menyimbah ke wajah. Barangkali Zarina menyedari kelainan tatapannya pada Haikal. Barangkali juga gadis itu menyedari kelainan perhatiannya pada Haikal. Sepatutnya dia tidak terlalu mengiku perasaan. Sepatutnya dia harus bijak menyembunyikan perasaan yang bersarang di hati.
“Satu lagi, Lin. Kalau terserempak dengan cikgu Haikal, tolong beritahu dia, budak-budak tunggu dia di bilik sumber,”
“Kau beritahulah sendiri,”balas Mazlin terus berlalu. Panggilan Zarina memaksa dia mematikan langkah sekali lagi. Zarina sudah tercegat di pintu bilik guru.
“Please… sebab tadi, aku janji nak buat di kantin. Budak-budak tu pula, nak buat di bilik sumber. Jadi, kalau kau terserempak dengan dia di kantin, just inform him. That’s all. Bukannya susah sangat,”
“Kau?,”soal Mazlin, tidak berpuas –hati dengan permintaan Zarina.
“Aku nak ke surau sekejap. Tolonglah ya. kasihan dia tunggu kat kantin tu,”
“Tengoklah. Tak janji. Kalau aku terserempak dengan dia, aku cakaplah,”
Zarina mengangguk.
“Thanks, Lin,”
Mazlin Cuma membalas dengan sekuntum senyuman sebelum menyambung semula langkahnya. Kawasan sekolah memang sudah lenggang. Cuma kelibat beberapa orang pelajar sahaja yang kelihatan di sana sini. Matanya leka memerhati kumpulan-kumpulan pelajar yang sedang asyik berbincang. Entah apa yang dibincangkan, Cuma diri sendiri sahaja yang tahu. Barangkali hal pelajaran yang menjadi topic perbincangan atau barangkali gossip-gosip semasa yang rancak dibualkan. Satu suasana yang dia sendiri pernah lalui satu masa dulu. Saat yang penuh dengan cerita-cerita indah. Zaman persekolahan. Sesekali ria rindu untuk kembali ke zaman itu. Tanpa sedar, dia tersenyum kecil.
“Assalamualaikum, cikgu,”
Mazlin tersentak. Sebuah senyuman diukir buat seorang pelajar yang menyapanya.
“Waalaikumussalam…,”jawabnya lembut. Pelajar itu turut tersenyum sambil berlalu. Senyuman yang masih terukir di bibir, mati tiba-tiba sebaik matanya terpandang susuk badan Haikal. Lelaki itu bersandar sendirian di kantin. Merenung jauh ke satu arah yang dia sendiri tidak pasti. Yang dia pasti, Haikal sedang mengelamun. Langkah kakinya mati tanpa di suruh. Tercegat memerhati Haikal di dalam diam. Ingin sekali dia mendekati lelaki itu. ingin sekali dia menyelami tasik hati lelaki itu. menyelongkar segala rahsia kebencian yang terbenam di situ. Namun, dia tidak pernah mencuba. Dia takut. Takut untuk hampir dengan Haikal. Sungguh dia tidak mempunyai kekuatan untuk mendekati Haikal. Mendekati Haikal sama seperti mendekati kawah gunung berapi yang membahang. Luapan lava kebencian lelaki itulah yang amat dia geruni. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Tidak tahu akan punca sebenar kebencian Haikal.
Seingatnya dia tidak pernah melakukan kesalahan pada Haikal. Kalau pun ada, Cuma satu. Dia salah kerana dia cintakan Haikal. Dan, disebabkan kesalahan yang amat kecil itukah, Haikal menghukumnya dengan kebencian yang tidak berpenghujung? Menyedari Haikal turut memandang ke arahnya, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Namun, Haikal seakan tidak menyedari senyum yan terukir di bibirnya itu. Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah lain, membuat wajah Mazlin membahang. Malu sendiri apabila senyumnya tidak berbalas. Sampai hati Haikal. Bibir matanya tiba-tiba terasa panas. Pantas dia mengatur langkah menuju ke arah keretanya. Begitu sekali kebencian Haikal padanya. Pintu kereta dibuka perlahan. dengan malas dia melangkah masuk ke dalam kereta. Matanya dipejamkan serapat mungkin. Rasanya sudah terlalu penat untuk dia terus melayan kesedihannya. Sudah penat rasanya. Bertahun-tahun kesedihan itu yang menemani jalan hidupnya. Ingin seklai dia mencari kekuatan untuk membuang segala kenangan sedih yang membelenggu hidupnya. Namun dia gagal. Idupnya terus dibayangi cerita-cerita pilu yang ditinggalkan Haikal. Yang menjadikan dia seorang yang tidak mempunyai apa-apa. Perlahan dia membuka mata. Di luar kemahuannya, matanya sekali lagi mencari bayang Haikal. Haikal masih di situ. Sedang berbual bersama seorang pelajar perempuan.
“Bodohnya kau, Mazlin,”bisiknya sendirian. Enjin kereta dihidupkan.
Iswara merahnya bergerak perlahan keluar dari perkarangan sekolah. Meninggalkan Haikal bersama seorang pelajar yang manis. Dia tersenyum pahit. Cemburukah dia? Layakkah dia untuk berasa cemburu? Setelah sekian lama dia merawat hatinya yang terluka, kini terasa ada turisan-turisan baru yang sedang mencalar hatinya. Bukan dia tidak pernah cuba belajar menerima kehadiran lelaki lain di dalam hidupnya. Tapi, hatinya degil. Walau sekuat mana sekalipun dia mencuba, Haikal tetap teguh merajai ruang jiwanya. Alangkah bodohnya dia. Alangkah lemahnya dia. Apalah yang ada pada Haikal, sehingga begitu sukar untuk dia menolak seraut wajah itu dari hatinya. Begitu sukar mencari pengganti Haikal. Sesukar mencari pengganti Mastura. Sebagaimana dia tidak dapat melupakan Mastura, sekuat itu jugalah ingatannya pada Haikal terus kekal di hati.

****
[11:35:50 PM] hos.getah: