Tuesday, February 23, 2010

Mimpi Yang Mati 9

Laila terus bungkam. Sapaan Ameer terus dibiarkan sepi. Hatinya bagai tawar dengan tingkah lelaki itu. Jiwanya seperti sudah mati dipermainkan dek lelaki itu. Sungguh dia keliru dengan sikap Ameer. Sungguh dia tidak faham apa sebenarnya yang diingini Ameer.
“Apa lagi yang tak kena ni, Maya?,”
Laila menjeling tajam. Malas menjawab soalan yang sudah terlalu biasa di telinganya itu. Usahanya terasa cuma sia-sia. Perasaannya yang sudah mula terusik cuma membuat hatinya semakin sakit. Janji Ameer juga bagai tidak membawa apa-apa erti. Perubahan yang Ameer janjikan juga tidak berjaya membuat hatinya tersentuh. Atau lebih tepat, dia tidak nampak lelaki itu benar-benar mahu berubah. Ameer masih terus membawa haruman yang berbeza saban malam. Ameer masih terus mandikan dia dengan manis pujuk rajuk yang membuat dia jelak.
“Laila Maya! I am talking to you!,”
Laila tesentak. Kuat suara itu melantun di dalam banglo besar ini. Tidak tahu kenapa, kebelakangan ini lelaki ini lebih gemar melantun suara tinggi. Sejak dia berusaha untuk mendekati Ameer, terasa lelaki itu pula yang cuba menjauh. Juga cuba membuang rasa sayang yang mula membekas di hati. Pantas dia berpaling. Melawan renungan tajam milik Ameer. Dia tidak gentar. Rasa sakit di hatinya memberi kekuatan untuk dia terus menentang. Sampai bila dia mahu berdiam diri merelakan diri menjadi boneka Ameer? Sampai bila dia mahu terus hidup di bawah telunjuk manusia yang tidak pernah mahu fikirkan tentang dirinya?
“Apa lagi yang abang dah buat ni?,”Ameer bersuara lagi.
Laila membuang pandang. Dia maklum benar. Maklum lelaki itu sedang mengumpul segunung sabar. Namun, apa gunanya dia fikirkan sabar Ameer andai sabarnya sendiri tidak pernah Ameer peduli? Andai sabarnya juga sudah sampai ke penghujung.
“Tak ada apa-apa,”selamba dia bersuara sambil berlalu. Belum sampai ke pintu, cengkaman kuat memberi rasa sakit di lengannya.
“Sakitlah!,”
“Tahu pun sakit! Dah tu, kenapa suka cabar sabar abang?,”
“Siapa yang cabar sabar siapa?!,”kali ini suaranya juga sudah sama tinggi dengan suara Ameer. Membuat wajah Ameer bertambah memerah menahan marah. Pegangannya dilepaskan dengan riak geram. Merenung wajah Laila yang marah.
“Saya dah bosan hidup macam ni,”perlahan Laila bersuara setelah agak lama membiarkan suasana di ruangan itu sepi dan tegang.
“Saya bosan bang!,”
Ameer tersentap. Segera matanya mencari wajah Laila yang keruh. Dia nampak warna kecewa yang teramat sangat, mencacatkan wajah itu. Tiada lagi senyum manis. Tiada lagi riak tenang yang membuat hatinya sejuk. Dia sayang wajah itu. Dia tidak suka ada sedih di wajah itu. Namun, dia tidak mampu wujudkan sinar pada wajah itu. Dia gagal membahagiakan Laila. Walau sukar, dia harus akui yang dia memang gagal menjadi suami yang baik pada gadis yang amat dia cintai itu.
“Maya…,”suaranya mula mengendur. Laila berpaling. Menggosok perlahan lengannya yang terasa sakit. Membuat mata Ameer teralih sama pada lengan Laila. Merah dek cengkamannya.
“Maaf sayang. Abang tak sengaja,”
“Tak apa bang. Sakit ni, tak ada kesan apa-apa pada saya, kalau nak dibandingkan sakit yang abang tinggalkan di hati saya,”
“Maya..please jangan cakap macam ni. Jangan buat abang rasa bersalah,”
“Yes. Abang memang patut rasa bersalah. Abang ingat saya ni apa? Abang kurung saya di sini. Abang bebas ke mana sahaja. Abang bebas buat apa saja. Abang cuma datang pada saya bila abang rasa abang perlukan saya. Saya ni apa bang? Saya berhak dapatkan hidup yang lebih baik daripada jadi boneka abang. Saya tak faham dengan abang. Saya tak tahu apa sebenarnya yang abang nak dari saya? Cinta? Saya dah cuba. Cuba untuk belajar bercinta. Tapi, apa yang abang buat demi saya? Abang cuma berjanji dan abang mungkir pada janji abang sendiri,”
“Maya…,”
Laila memandang wajah Ameer yang jelas kelihatan serba-salah. Tiada kata-kata yang mampu Ameer ucapkan. Perlahan dia mengeluh. Putus – asa pada usahanya. Putus – asa pada ikatan perkahwinannya. Putus asa pada Ameer Ferhad.
“Saya dah tak sanggup. Lagi lama kita macam ni, lagi keruh hubungan kita bang. Lebih baik kita bawa haluan masing-masing. Abang dengan cara abang… saya dengan cara saya…,”
Ameer tersentap.
“What do you mean?,”bergetar suara itu meniti di bibirnya. Lebih-lebih lagi, alunan suara Laila cukup kaku. Terasa hilang kemesraan apabila cuma perkataan ‘saya’ yang berganti di bibir isterinya kini.
“Abang orang pandai. Takkan tak faham dengan ayat semudah tu,”sindir Laila tanpa memandang wajahnya. Ameer kelu seketika. Amarahnya yang menggunung terasa lebur sekelip mata. Diganti rasa takut yang tidak bertepi. Riak Laila tidak pernah senekad ini.
“Maya…,”
Laila mengeluh perlahan. Terduduk di birai katil. Marahnya juga sudah hilang entah ke mana. Cuma rasa kesal yang bersilih ganti dengan kecewa.
“Maya dah cuba sedaya upaya. Maya dah cuba bang. Tapi, kenapa abang masih macam ni? Apa sebenarnya yang abang mahu? Maya tak mahu mencintai lelaki yang cintanya untuk semua perempuan yang dia suka. Itu bukan Maya. Maya rela kita berpisah daripada berkongsi abang dengan kekasih-kekasih abang,”
Ameer menahan nafas. Dia mengerti akan luahan itu. Dia sendiri tidak pernah bahagia dengan apa yang dia lakukan. Barangkali dia pernah leka dengan dunia yang membuat dia hanyut satu ketika dulu. Barangkali dia pernah bahagia dengan keseronokan yang dia kecapi dulu. Namun, segala-galanya sudah berakhir padanya sejak dia terpesona pada seorang Laila Maya. Semua itu sudah tiada maknanya lagi. Dan, walau dia teramat sedar tentang perasaan itu, dia masih juga tidak mampu berubah. Dia terikat dengan budi dan janjinya pada seseorang. Keliru sama ada dia takut kehilangan segala-galanya atau dia takut kehilangan Laila Maya nya. Sama ada dia lebih sayangkan segala miliknya kini berbanding Laila.
“Mana boleh macam ni Meer. Kau tahu ni semua penting untuk kita,”kata-kata Richard mudah sahaja bertenggek di mindanya yang sedikit keliru.
“Kau dah ada Ray. Dah ada Desmond. Aku tak payah joint pun tak apa. Beside, aku bukan a part of your business,”
“Kau penting. Kau tahu kau penting. Kau tak boleh hampakan client kita macam tu. Mereka beri kita business. Itu cara mereka nak kita tunjukkan rasa terima kasih. Semua tu penting and, kau pun tahu. So, just enjoy yourself. Apa yang susah sangat? Dulu kau suka. Kenapa sekarang tiba-tiba macam dah tak suka?,”
“Nothing. Cuma dah penat dengan benda-benda tak berfaedah macam tu,”
“You are wrong my boy… itu semua business. Bukan benda-benda tak berfaedah,”
Ameer cuma menggetap bibir mendengar ucapan Richard yang bersambung dengan gelak panjang. Mengundang rasa sebal di hati.
“Biar aku teka. Pasal perempuan kan? Pasal cinta?,”dalam gelak lelaki separuh umur itu menyambung bicara sinis.
“Itu hal peribadi aku. Kau tak perlu masuk campur,”
“Bila hal itu akan beri kesan pada urusan business aku, secara rasmi, itu juga jadi hal aku. Ingat! Tak ada aku, syarikat bapak kau ni, dah lama lenyap. Ingat tu. Ingat janji kau. Jujurnya aku lebih suka Ameer Ferhad yang dulu. Ameer Ferhad hari ni, sedikit mengecewakan aku,”
Ameer mengerling marah. Dia terikat di situ. Senyum sinis lelaki Cina yang fasih berbahasa Melayu itu, langsung tidak dibalas.
“One more thing, aturkan satu charity programme. Apa-apa activity. Bagus untuk cantikkan nama company you. Betul tak, my boy?,”
“And, also… Laila Maya. Satu nama yang amat indah…,”
Segera Ameer mengangkat muka. Menatap tajam wajah Richard yang sudah pun berdiri di hadapannya. Terkejut apabila nama itu bermain di bibir Richard.
“Jangan terkejut sangat. Sudah lama aku tahu. Siapa pun, tak boleh rahsiakan apa-apa dari aku. Kau patut tahu itu. Aku tahu semua. Sedih aku. Tak dijemput ke majlis kahwin kau. Dah dua tahun kan? Tapi, tak apa. Aku tak kecil hati. Kau nak sorokkan, aku kena hormat keputusan tu, kan? Aku tak pernah halang kalau kau nak hidup dengan perempuan tu. In fact, tu pun boleh jadi asset untuk kau. Pasti pilihan kau bukan sebarang perempuan kan? Sampai kau sorok dia begitu lama ,”
“Richard! Wacth your mounth!,”
Richard tergelak panjang.
“Well.. boy, kau tahu macam mana nak hilangkan marah aku. Kau juga tahu apa jadi kalau aku marah, kan? Aku perlukan kau dan kau perlukan aku. So, jangan keruhkan keadaan. Jangan lemah hanya sebab perempuan my boy. Tak berbaloi,”
“That’s it! Semua yang Maya cakap, tak ada makna kan? Abang tak nak dengar pun!,”
Ameer tersentak lagi. Perbualannya dengan Richard beberapa hari lalu, lebur dek jeritan Laila.
“Maya…,”
Laila mengeluh keras. Geram melihat Ameer cuma melayan menung mendengar tiap bicaranya. Bukan sedikit rasa sakit di hatinya melihat wajah Ameer seperti tidak berperasaan. Tajam renungannya menjamah wajah itu. Membiarkan titis-titis air mata perlahan-lahan membasahi pipi. Bukan tangisan sedih. Tetapi tangisan luahan segala kesakitan yang menghimpit perasaannya. Tangisan yang membuat Ameer tiba-tiba menjadi tidak tentu arah. Pantas tubuh itu ditarik ke pelukannya.
“Abang minta maaf. Abang dengar sayang. Abang dengar tiap apa yang Maya cakap,”
“No. You don’t,”
Ameer resah dalam galau. Sungguh dia tersepit antara kemahuan Laila dan kelangsungan hidupnya sendiri.
“Abang tahu apa yang berlaku tak seperti yang Maya harapkan. Abang cuba untuk betulkan keadaan. Tapi, semua tu tak mudah, Maya. Tak kira apa pun yang bermain di fikiran Maya, abang nak Maya tahu. Abang cintakan Maya. Terlalu cintakan Maya. Tak mungkin abang boleh jatuh cinta dengan perempuan lain seperti abang jatuh cinta pada Maya. Percayalah. Maya mesti selalu ingat itu. Abang cintakan Maya ,”
Lemah Laila menolak tubuh Ameer. Lagi-lagi dia ditabur kata-kata manis sebegitu. Ternyata Ameer tidak faham. Ameer tidak pernah mengerti. Kalau dulu, hatinya beku. Dia kuat menonton sandiwara Ameer. Dia boleh jadi patung yang tidak punya perasaan. Tapi, kini? Kini, sudah ada rasa kasih yang bertandang. Sudah ada rasa sayang yang menjengah. Rasa kasih dan sayang itu ternyata perlahan-lahan menjadi belati yang membelah hati perempuannya. Yang mula membuat hatinya berlagu sendu.
Pelukan terlerai perlahan-lahan. Sepasang matanya menatap wajah hiba Ameer. Hampa dengan penerimaan Ameer. Hampa dengan sikap Ameer. Salahkah dia mengharapkan seorang suami yang setia menjadi teman hidupnya? Salahkah dia mengharapkan Ameer berubah. Salahkah dia menerima Ameer yang dia idamkan dan bukan Ameer yang saban waktu membuat perasaannya bercelaru? Salahkah juga dia meminta perubahan demi perasaannya yang baru mula bercambah?
“Kenapa susah sangat abang nak faham? Kenapa susah sangat abang nak sedar yang Maya dah mula sayang pada abang? Maya dah mula cemburu pada perempuan-perempuan yang hadir dalam hidup abang? Maya tak tak betah tengok abang pulang lewat. Cium haruman yang berbeza kat baju abang. Sedangkan Maya? Maya terkurung di sini. Segala langkah Maya abang sekat. Maya tak suka..Maya tak suka perasaan macam ni. Maya lebih suka pada perasaan beku Maya dulu!,”
Ameer mengeluh perlahan. Itulah luahan paling telus dari Laila. Luahan yang membuat jantung seakan berhenti berdegup. Bahagianya dia mendengar luahan itu. Namun, dia tidak mampu tersenyum menanggapi ucapan itu. Saat ini, hatinya sakit mendengar pengakuan itu. Sakit di atas tiada upaya dirinya sendiri untuk melindungi cinta buat Laila.
Laila terus memandang wajah yang seperti sudah kehilangan kata-kata itu. Tiba-tiba Ameer menjadi manusia bisu.
“Tak ada apa-apa yang abang nak cakap?,”soalnya ketus. Ameer mengeluh panjang.
“Abang perlu waktu. Abang perlukan pengertian Maya. Please Maya. Faham abang,”
“Maya dah cukup mengerti. Dah habis faham. Mengerti dan faham yang Ameer Ferhad memang tak boleh hidup tanpa perempuan-perempuan cantik. So, sekarang sampai masa abang yang mengerti Maya pula. Abang tak boleh ikut kehendak Maya. Then abang kena hormat keputusan Maya. Kita berpisah,”
Ameer mengeluh panjang. Mula kurang senang dengan permintaan Laila yang satu itu.
“Kenapa ni? kenapa asyik nak berpisah? Jangan cakap pasal ni lagi. Abang tak suka,”
Laila merenung wajah Ameer yang sedikit tegang. Dia yakin, seperti biasa lembut suara Ameer akan hilang selepas ini. Namun, dia sudah tidak peduli.
“Abang tak suka, tak bermakna Maya tak boleh bersuara. Maya berhak tentukan hala tuju hidup Maya. Maya tak perlu terkurung di sini sambil tengok tingkah abang yang menyakitkan hati Maya, semata-mata sebab abang cintakan Maya. Maya tak perlu jadi sebodoh tu dan Maya tak akan jadi sebodoh tu!,”
“Laila Maya!,”
Laila sedikit tersentak. Bergerak sedikit menjauh dari Ameer.
“Abang boleh terus menengking Maya. Abang boleh marah Maya. Maya dah bosan jadi isteri yang patuh. Maya dah bosan nak faham sikap abang. Maya dah tak hairan dengan cinta abang tu! Faham!,”jeritnya kuat, seiring dengan tinggi tangan Ameer yang dihayun padanya. Membuat dia sedikit cuak. Rapat matanya terpejam dan telinganya menangkap satu tumbukan kuat ke meja. Perlahan dia membuka mata. Tamparan yang menghala ke wajahnya bertukar menjadi satu tumbukan ke meja. Ameer tertunduk sambil menekan meja. Laila diam. Keterlaluankah dia? Dan, tidak keterlaluankah sikap Ameer padanya selama ini?
“I love you! And, Maya hanya akan hidup dengan abang. Faham!,”tegas suara itu menyentuh gegendang telinganya.
“Maya tak nak! Tak nak selagi abang dengan perangai abang yang macam ni!,”
“Maya! Shut up!,”
“Maya akan diam. Dan kalau nak Maya diam untuk selama-lamanya, lepaskan Maya keluar dari rumah ni. Tak akan ada lagi suara Maya yang akan ganggu hidup abang,”balas Laila dingin sambil bergerak menuju ke pintu. Daun pintu sengaja dihempas kuat. Meninggalkan Ameer bersama sakit di tangannya. Berlalu dengan hatinya yang juga bukan kepalang sakit.

*****

19 comments:

Liani said...

kesian Ameer...dn btuah mjadi sorang LAILA MAYA...krna cinta Ameer hnya untknya

nurhakim said...

eeeeeee
geram tul ngan ameer.
blelah mamat 2 nak berubah??
cian kat maya.
cpat smbng tau kak hanni.

Yna_Mina said...

huhu..penuh emosi..

haslinaj said...

kesiannya dua-dua.But Ameer must do something. Best....

Anonymous said...

alai hai ameer kenapa tak terus terang jer kat maya supaya maya paham..


myeha ireland

Wendy said...

ganasnyer Laila Maya tu..
tak setenang dan sesabar Sabrina Shahzan..hehehe

aku_slamber said...

aii kak hani, saya ni ayu. nak tanya kit, camner ye nak settingkan blog kita agar orang tak leh copy kita punya cerita nukilan kiter yang post dalam blog? boleh tolong bagikan ajar tak gimana buatnya. tahnss kalu kak hani sudi luangkan masa mengajarnya. budak baru belajar katakan. kalu sudi kunjungilah blog ayu di http://akuslamber.blogspot.com/

♥corcraze♥ said...

wahh,dah lama gile kot xbaca,masuk2 blur ameer yg mana laila yg mana,hahah!!

ok,tu ke pasal ammer jadi camnih,huhuh,why dont he just confront her then,she'll understand.u can't keep secret in marriage,this will happened!

btw,ganas camne pon watak maya,sy sgt suka,sbb die kuat!really tough woman,xnak la asik yg lembik mengalah je kan.every words yg keluar dr mulut die sgt bernas!love it!
good job again kak hanni!

Anonymous said...

cdih la..wanita y baik bkn berkahwin krana harta..ameer hrus sdar dan mlpskn hdup dr kkayaan y mybbkn insan mndrita..mcm gigolo plak..mgkin x nmpk sgt. die rpt dgn pmpuan utk bisnes jd ada bisnes ada duit kn...k.hani up date slalu k nk taw smpi hbis

shahieyza said...

Honestly, sy x stuju dgn cara Ameer n kwn2nya bt bisnes. Kejar keuntungan cara mcm tu, cmne rezeki nk berkat?

Kat cni nmpk sgt Ameer tu selfish orgnya. Wp dia cinta giler kt Laila tp dia x patut bt Laila mcm tu. Spatutnya dia cari jalan utk pulihkan bisnes ayah dia ngan cara yg lbh baik.

Mungkin kalau dlm keadaan mcm ni, perpisahan tu lbh baik. Tp kalau hub dorg msh blh diperbaiki lg baik...

ManjaLara said...

mendapat keuntungan dari cara macam 2??
ceh!! rezki xberkat..
kalo aku jadi maya pn mmg aku mngamuk kat umah..
Ayakk!! Dush! Dush!

AyanaAsham said...

sambung kak hani!

Anonymous said...

cpt la smbung...
sy sgt suke cite ceni...
smbung cpt ye...hehe

faridah said...

salam..saya da beli kedua dua buku hanni tu..pergila airmata..menyebabkan saya menangis menghayatinya..buku ni bila pula diterbitkan...tak sabar rasanya..utk memiliki..

Anonymous said...

lamanya sepi dh buat novel ke...sian ameer ,sayang sgt kat maya....release lah biarlah maya tahu kekuatan cinta ameer...jgn pisahkan mereka...biar razman smbung semula dgn wifenye....jgn pisahkan mereka...next n3

barddiana said...

ish ish ishhh..berterus terang adalah jalan terbaik drpada tersepit diantara org2 di sekeliling....x sabar nak tggu entry seterusnyerrr

Anonymous said...

k.hanni...nie dh bln 12. taun 2011..smbung la lg cter nie..xsbr tggu nie...cpat la k.hanni..k.hanni dera prasaam kami lau lama2 mcm nie..=((

Anonymous said...

lamanya tgu citer ni, smpi dah lupa jln cerita dah..hanni pls, sambung citer ni

-chah husain-

::Nora Maney:: said...

btl cakap liani tu..bertuahnya menjadi seorang LAILA MAYA.. :)
harap2 ameer dengan maya..tak nak la dengan raz..

kak hanni buatla ameer terpisah dgn maya..lps tu jmpe balik..ececeh..baru die tau die lg pentingkan maya dari duit..hihi..

kak hanni sambung la cerita ni..takpun terus keluarkan novel..

cerita ni best sangat2..lain dari yang lain..plezzzzzzz..

[11:35:50 PM] hos.getah: