Tuesday, December 30, 2008

Pergilah Air Mata 31


Datin Hamidah mengerling. Sedikit rimas. Sabrina masih tercegat di hujung tangga pintu utama. Tekun memerhatinya. Membuat kerjanya sedikit terganggu.
“Datin memang suka tanam bunga ya?,”
Soalan itu membuat tangannya yang sedang menggembur tanah hitam, terhenti perlahan-lahan. Malas hendak menjawab. Langsung dia menyambung semula kerjanya. Sabrina bergerak lebih hampir. Berdiri di sisi ibu mertuanya. Seketika begitu, perlahan dia duduk di bangku kecil, bersebelahan dengan Datin Hamidah.
“Bunga apa Datin paling suka ya?,”
Datin Hamidah menjeling.
“Kau ni, memang dah tak ada kerja ya?,”
Sabrina menggeleng.
“Tak ada. Boleh saya tolong Datin?,”
Jawapan Sabrina membuat Datin Hamidah merengus marah. Tidak faham bahasa rupanya gadis ini. Soalan berbaur sindiran yang diajukan, dijawab Sabrina dengan begitu lurus. Siap dengan senyum manis yang terukir di bibir.
“Tak payah. Terima kasih banyak-banyak. Kalau nak tolong juga, boleh. Kau tolong pergi dari sini. Rimaslah aku tengok muka kau tu. Hilang mood aku.Tak berbunga nanti bunga-bunga aku ni…,”
Sabrina diam. Usaha untuk berbaik-baik dengan Datin Hamidah, nampaknya menemui jalan buntu lagi. Sukarnya hendak mendekati wanita ini.
“Betul ni?,”soalnya mendapatkan kepastian. Manalah tahu, tiba-tiba Datin Hamidah berubah hati.
Datin Hamidah mencerlung tajam. Sabrina tersenyum kecut. Gagal lagi.
“Kalau macam tu, saya pergi dululah,”perlahan dia mengangkat punggung. Tidak mahu lebih lama berada di situ. Bimbang emosi Datin Hamidah terus terganggu.
“Errr… sekejap,”
Sabrina menoleh. Tersenyum lebar apabila namanya dipanggil.
“Betul kau nak tolong?,”
Sabrina mengangguk. Datin Hamidah tersenyum kecil. Tajam matanya melihat deretan pasu yang baru ditukar bunganya itu. Tiba-tiba timbul rancangan kejam pula di hati. Sedikit kejam, rasanya. Bukan terlalu kejam.
“Kau Nampak tu?,”
Sabrina mengangguk lagi.
“Kau siram semua bunga dahlia yang aku dah tanam tu,”
“Boleh,”balas Sabrina sedikit lega. Sekurang-kurang sudah ada komunikasi antara dia dengan Datin Hamidah. Laju dia menuju ke pili.
“Kau nak ke mana tu?,”
Langkah Sabrina terhenti. Menoleh semula kea rah Datin Hamidah.
“Buka pili ni. Nak siram bunga,”
“Habislah bunga aku ni, kalau kau siram pakai pili. Bunga ni, aku baru tanam. Siram pakai bekas ni saja. Tak nak air banyak sangat. Nanti habis tercabut balik bunga-bunga ni,”
“Oh… maaf. Saya tak tahu. Saya tak pernah tanam bunga,”
“Hah? Tak pernah tanam bunga? Kamu ni… buat malu saja. Tanam bunga pun tak tahu. Perempuan… benda yang dia perlu tahu ada tiga. Tahu tak? Pertama, layan suami. Kedua, masak untuk suami. Ketiga, berkebun macam ni. Cantikkan rumah suami,”
Sabrina tersenyum.
“Semuanya untuk suami ya, Datin?,”
Datin Hamidah menjeling. Sabrina bergerak semula mendekati Datin Hamidah. Mencapai bekas menyiram bunga.
“Saya Cuma beli bunga dah siap dalam pasu je. Lepas tu, siram je la,”dia bersuara sambil menyiram bunga-bunga di dalam pasu. Perlahan-lahan agar aliran air tidak terlalu laju.
“Jangan banyak sangat airnya tu. Senangnya kerja kau ya? Dah tu, tak payah jaga? Tak payah nak letak baja? Nak payah nak tukar tanah sekali-sekala?,”
“Tak sempat. Sibuk memanjang. Yang sempat, Cuma siram ajelah. Kalau dah besar sangat, bagi kat jiran. Lepas tu, saya beli yang lain pula,”
“Sibuk? Sibuk apa? Sibuk pasang perangkap nak cari lelaki kaya? Macam kau buat pada Badrul?,”
Siraman Sabrina terhenti seketika. Hatinya sedikit tercalar dek kata-kata itu. Dia tersenyum seketika. Kemudian menyambung semula kerjanya yang terhenti. Kata-kata itu dibiarkan pergi bersama angin petang. Dia perlu terus tebalkan telinga. Butakan mata hati. Jangan sampai kata-kata itu membekas luka lagi di hatinya. dia mahu menjadi gadis kuat. Tidak mahu lagi lemah seperti dulu.
“Bunga apa yang Datin paling suka ya?,”dia bersuara lagi. Mencari tajuk perbualan yang lain.
“Yang kau Nampak, bunga apa yang paling banyak?,”
“Mawar,”
“Dah, itulah bunga kesukaan aku,”
Sabrina tersenyum. Memang halaman rumah Datuk Hamidi penuh dengan pelbagai jenis bunga mawar. Pelbagai warna dengan susun atur yang cantik.
“Mak saudara saya pun suka tanam bunga mawar. Kat halaman rumah penuh dengan bunga mawar. Macam-macam jenis. Tapi, kata Maksu saya, susah nak jaga bunga mawar ni,”
“Betullah tu. Memanglah susah nak jaga bunga mawar ni. Senang dapat penyakit. Kena jaga betul-betul.,”
Sabrina tersenyum. Selintas, dia teringatkan Mak Su. Rindu pada wanita itu.
“Kat dalam rumah, penuh dengan bunga mawar. Dia suka jambangan segar bunga mawar tu. Sama macam Datin. Tapi, tak adalah banyak macam dalam rumah ni. Kalau kebetulan banyak mawar yang berbunga, banyaklah jambangannya. Kalau tak, sikit sajalah,”
Datin Hamidah tersenyum kecil. Pandai pula gadis ini mencari topik untuk menarik minatnya. Dia Cuma mendengar. Tidak mahu membalas bicara gadis itu. Rasa marah pada Sabrina masih membataskan keramahannya. Dia perlu waspada pada setiap tingkah Sabrina. Mungkin saja ada agenda tersembunyi yang sedang berlegar di kepala gadis itu. sebab itulah, Sabrina cuba berbaik-baik dengannya.
“Tapi, sekarang dah tak ada dah…,”
“Kenapa? Dia dah tak suka tanam mawar ke?,”
Sabrina tersenyum nipis. Memandang wajah Datin Hamidah. Buat seketika, dia dapat melihat, wajah wanita itu berubah. Sudah menajdi sedikit lembut. Tidak segarang sebelum ini.
“Dia dah tak ada…,”
“Oh….,”kata-kata Datin Hamidah terhenti di situ. Ada rasa terharu. Tetapi, semuanya disimpan di hati. Tidak mahu diluahkan.
“Dah siram semua ni. Lepas tu, Datin nak saya buat apa?,”
Datin Hamidah tersentak kecil. Suara Sabrina yang kembali ceria, membuat dia tersedar dari lamunan.
“Aku nak susun bunga ni, kat tepi tangga tu. Boleh ke kau angkat semua pasu ni?,”
“Boleh,”
“Jangan cakap aku dera kau pula,”
Sabrina tersengih.
“Tak adalah. Mana ada dera. Sesekali angkat pasu, boleh excersice,”Sabrina bersuara ceria. Memandang pasu bunga yang agak besar, yang tersusun di hadapannya. Dia tunduk. Cuba mengangkat pasu di hadapannya. Tidak bergerak. Berat.
“Tak larat ke?,”soal Datin Hamidah sambil meratakan tanah di dalam pasu bunga yang terakhir.
“Beratlah,”balas Sabrina tersengih.
“Kau angkat saja yang kecil sikit tu. Yang ni, tinggalkan. Nanti Rahman balik suruh dia yang alihkan,”
Sabrina mengangguk. Bergerak pula ke arah pasu berisi bunga dahlia. Perlahan dia mengangkat pasu tersebut. Masih juga berat. Tetapi, mampu untuk dia angkat. Perlahan-lahan dia membawa ke sudut tangga yang agak kosong. Satu persatu diangkat dan disusun. Datin Hamidah pula Cuma mengerling sesekali. Tidak bermaksud untuk memberi arahan lagi. Dia berpuas hati dengan cara Sabrina menyusun bunga dahlia yang baru dia tanam itu. Cantik dan tersusun.
“Sibuk nampak,”
Datin Hamidah mengangkat muka. Badrul tersenyum.
“Hai…baru balik? Mana Dayana?,”
Badrul diam. Memandang Sabrina yang tekun menyusun pasu. Cuma sekilas Sabrina memandangnya. Kemudian gadis itu kembali menumpukan perhatian pada pasu-pasu yang sedang disusunnya.
“Sabrina,”
Sabrina berpaling.
“Kenapa Datin? Datin nak tukar susunannya ke?,”
“Tak Nampak ke suami kamu baru balik ni? Ajak dia masuk. Sediakan minuman,”
Sabrina diam. Memandang wajah Badrul yang jelas kelihatan sedikit penat. Lelaki itu Cuma pulang sendirian. Barangkali Dayana terpaksa kerja sehingga ke malam lagi. Memang terlalu jarang kereta Dayana dan Badrul sama-sama masuk ke halaman ini. Dayana kelihatan sering sibuk. Kalaulah dia boleh sesibuk Dayana, pasti kesunyian yang menemaninya akan beransur pergi.
“Sabrina. Kamu dengar tak?,”
Sabrina tersentak. Suara Datin Hamidah sudah sedikit tinggi. Dia sempat mengelamun rupanya.
“Awak nak minum ke?,”soalnya sambil menyapu peluh yang mula memercik di dahi. Badrul tidak menjawab. Cuma mata teralih pada ibunya semula. Sebelum kembali menyapu wajah Sabrina.
“Tak apa. Kau teruskan kerja. Aku boleh masuk sendiri. Lagipun aku nak duduk sini sekejap,”
“Mama nak minum?,”Badrul bertanya setelah agak lama menjadi pemerhati.
“Sekejap lagi. Kamu nak minum, pergilah masuk. Suruh Sabrina siapkan,”
“Tak payah. Dah datang pun minumannya,”ujar Badrul sebaik melihat Jamilah keluar bersama dulang minuman. Melangkah santai ke meja berhampiran porch.
“Datin, saya bawakan minum petang ni,”
“Yalah. Terima kasih, Milah,”
Jamilah tersenyum sambil berlalu. Sempat matanya terpandang ke arah Sabrina yang tekun dengan bunga-bunganya. Dan ke arah Badrul yang tekun mengamati wajah Sabrina di dalam diam. Membuat dia tersenyum sendiri. Kadang-kadang sedikit hairan dengan perangai Badrul.
“Bad…,”
Badrul tersentak. Panahan matanya segera dialih.
“Kenapa mama?,”
Datin Hamidah tersenyum kecil. Dalam geram melihat Badrul leka merenung Sabrina, hatinya turut digaru rasa lucu. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Perlahan dia mengangkat punggung. Menanggalkan sarung tangan yang dia pakai. Badrul pula, bergerak malas ke arah meja. Berharap agar ibunya tidak sedar akan keterlanjurannya matanya sebentar tadi. Ibunya hilang dari pandangan. Mungkin ke dapur membasuh tangan. Syukur, ibunya tidak perasan.
“Kau tak nak minum ke?,”
Sabrina menoleh. Perlahan dia menggeleng. Ikutkan perasaan, dia mahu masuk ke bilik. Tinggalkan Badrul di situ. Tetapi, dia terikat dengan kerja yang dititipkan Datin Hamidah. Hendak tidak henadak, terpaksa dia berdepan dengan Badrul lagi.
Mendengar jawapan itu, Badrul menjungkit bahu sambil mencapai Nescafe di hadapannya. Sudah hampir tiga minggu rasanya dia tidak melihat wajah itu. Tiap kali dia pulang, Sabrina sudah sepi di biliknya. Kadang-kadang hairan, bagaimana sekali pun dia tidak bertembung dengan Sabrina? Padahal mereka berkongsi bumbung yang sama. Sabrina memang sengaja lari darinyakah? Kali terakhir dia berbual dengan Sabrina, pada malam dia meminta itu dan ini daripada Sabrina. Hampir pukul dua pagi, Sabrina menunggunya menghabiskan Maggie goreng yang Cuma sepinggan.
“Lambat lagi ke? Saya nak tidur ni,”
“Tunggulah. Tunggu aku habiskan. Lepas tu, kau simpan semua ni,”
“Cepatlah sikit. Lamanya awak makan. Bukan ada tulang pun Maggie tu,”
“Sabarlah. Pedas ni. Kau tahu tak? Kan aku dah cakap. Jangan buat pedas sangat,”
“Mana ada? Saya tak letak cili pun. Letak sos saja. Mana ada pedas…,”
“Aku cakap pedas..pedaslah. Betul ke kau tak letak cili ni?,”
“Betullah. Kalau pedas tak payahlah makan. Buang sajalah,”
“Kau ingat aku tipu ke? Aku yang makan. Aku tahulah. Kalau tak percaya, kau rasa,”pantas dia bersuara sambil menyuakan sudu berisi Maggie goreng ke mulut Sabrina. Cepat-cepat Sabrina mengelak.
“Makanlah,”
“Tak naklah. Saya nak masuk tidurlah,”
“Makan…,”gesa Badrul sambil terus menyuakan sudu ke mulut Sabrina. Sudah tidak tahu ke mana hendak di alihkan mulutnya, akhirnya Sabrina membuka mulut. Menjamah Maggie yang disuap Badrul. Badrul tersenyum. Makin lebar senyumnya bila melihat wajah Sabrina memerah. Senyumnya menghilang melihat wajah itu semakin memerah.
“Kenapa?,”
“Pedas!,”Sabrina bersuara sambil mengibas mulut dengan tangan.
“Kan aku dah cakap, pedas…,”
“Nak air. Nak air….,”laju Sabrina bersuara. Air mata sudah merembes ke pipi. Kalut Badrul berdiri membawa air suam ke mulut Sabrina. Sekelip mata, air di dalam gelas kering. Badrul tergelak. Lucu melihat wajah Sabrina yang merah menyala. Bukan setakat muka. Tetapi, dengan hidung dan mata sekali bertukar ke warna merah. Pipi pula basah dengan air mata. Pasti tidak tahan minum air suam yang disuap sebentar tadi.
“Pedas sangat ke? Ke, kau yang tak tahan pedas?,”
Laju Sabrina mengangguk. Tidak pasti anggukan itu untuk soalan yang mana. Laju juga tangan Sabrina mencapai gelas milo shakenya yang baru sedikit terusik. Terkebil-kebil dia melihat gelas milo yang sudah kering.
“Aku nak lagi milo tu,”
“Pedaslah, awak,”
“Kau kata, tak letak cili,”
“Memanglah,”
“Dah tu, kenapa boleh pedas,”
Sabrina diam. Dia pula leka memandang wajah Sabrina yang kelihatan berfikir sambil tangannya terus mengibas mulut.
“Agaknya bawang dalam peti tu, Kak Milah campur dengan cili padi kot,”
Badrul tergelak. Perlahan dia memukul kepala Sabrina.
“Bodohlah kau ni. Memanglah. Mama memang suruh Kak Milah campur cili padi, kalau dia nak blender bawang. Sebab semua orang dalam rumah ni, suka pedas,”
“Tapi, awak cakap, awak tak nak pedas. Tak suka pedas,”Sabrina bersuara sambil mencapai tisu. Mengesat hidung yang berair. Juga wajahnya yang berpeluh-peluh.
“Aku tipu je,”
Dia perasan wajah marah Sabrina. Wajah geram gadis itu. wajah yang membuat senyumnya semakin lebar. Perlahan dia menyentuh bibir Sabrina. Mengelap kesan milo di sudut bibir gadis itu.
“Sorrylah. Aku tak tahu kau tak tahan pedas. Kalau tak, aku tak suap tadi,”
“Saya nak pergi minum air lagi,”
Pantas Sabrina berdiri.
“Kejap,”dia bersuara sambil turut berdiri. Melangkah rapat ke arah Sabrina, sambil menyentuh bibir gadis itu sekali lagi. Namun, Sabrina pantas mengelak.
“Ada lagi kesan milonya tu. Minum macam budak-budak…,”
“Saya buang sendiri,”
Sabrina terus berlalu. Tinggalkan dia termangu sendiri.
“Aduh!,”
Badrul tersentak. Peristiwa hampir tiga minggu lalu, hilang tiba-tiba. Dia kembali ke alam nyata. Di porch, bersama Sabrina. Dia memandang Sabrina yang terduduk.
“Ya ALLAH. Puan, kenapa ni?,”
Sebelum sempat dia bertanya, Jamilah yang sedang membersihkan kerja yang Datin Hamidah tinggalkan, laju bertanya. Laju juga perempuan itu mendapatkan Sabrina.
“Sakitlah, kak,”
“Kenapa? Kenapa tu, Kak Milah?,”
“Entahlah Encik Badrul,”
Badrul mengangkat punggung. Mendekati Sabrina yang sudah terduduk. Matanya memandang pada pasu yang pecah.
“Kenapa Sabrina?,”soalnya sambil melutut di hadapan Sabrina.
“Tak ada apa-apa. Pasu terjatuh,”laju Sabrina menjawab sambil menutup kakinya. Mengundang curiga di hati Badrul.
“Kenapa kaki tu?,”
Sabrina menggeleng.
“Tak ada apa-apa. Sikit je. Awak tak payah risau. Kak Milah ada,”
Badrul merenung tajam. Melihat wajah itu, jelas Sabrina menahan sakit.
“Cuba bangun. Aku nak tengok,”
“Hah?,”
“Bangun,”
Sabrina kelu. Bagaimana dia hendak bangun? Pasti semakin laju darah keluar nanti. Sengal pun sudah mula terasa. Betul-betul sakit apabila pasu bunga yang terlepas dari tangannya jatuh betul-betul di atas kakinya. Dan, dia yakin tapak kakinya tekena serpuhan pasu semasa dia melompat menahan sakit sebentar tadi.
“Bangun,”arahan Badrul sudah mula meninggi. Sabrina menelan liur. Memandang wajah Jamilah. Perlahan dia berpaut pada bahu Jamilah.
“Tolong saya ya, Kak Milah,”
Jamilah mengangguk.
“Kak Milah ke tepi. Tak payah tolong dia. Dia kata dia tak apa-apa kan?,”
Jamilah terpinga-pinga. Sabrina mengerutkan kening. Melihat renungan tajam Badrul, Jamilah bergerak ke tepi. Membiarkan Sabrina cuba berdiri. Namun, gagal. Akhirnya, gadis itu terduduk semula.
“Darah tu, Encik Badrul,”
Badrul menarik tangan Sabrina yang menutup kaki. Tergamam seketika melihat kaki putih itu sudah bertukar biru. Dibeleknya. Darah mengalir laju dari tapak kaki Sabrina. Patutlah terduduk semula. Memang tidak boleh bangun rupanya.
“Kak Milah. Bagi saya kain tu,”
Segera Jamilah menghulurkan tuala yang memang hendak digunakan untuk mengelap peluhnya pada Badrul. Dengan hati-hati Badrul membalut kaki Sabrina. Sabrina pejam mata. Menahan pedih dan sakit.
“Kenapa ni? Apa yang bising tadi?,”Datin Hamidah muncul di muka pintu. Bulat matanya. Terkejut melihat pasu bunganya yang pecah. Dan bunga dahlianya yang bertaburan.
“Maaf, Datin. Pasu tu terlepas dari tangan,”cepat Sabrina bersuara. Gusar akan dimarahi. Datin Hamidah meninjau lebih dekat.
“Si Sabrina ni tak apa-apa ke, Bad?,”soalnya pada Badrul.
“Kaki dia luka. Lebam sikit. Terhempap pasu agaknya,”
“Dah, cepat bawa masuk ke dalam,”arah Datin Hamidah sambil memberi ruang untuk Badrul melangkah. Sabrina diam. Tangannya memegang bahu badrul yang masih melutut di hadapannya. Cuba untuk berdiri. Memang dia perlukan bantuan untuk berlajan. Namun, hatinya sedikit tersentap apabila Badrul menolak perlahan tangannya. Perlahan dia mengangkat muka. Memandang wajah Badrul. Aneh. Kalau tidak sudi membantu, buat apa Badrul duduk di sini? Dia memandang pula ke arah Jamilah. Mahu meminta bantuan. Baru sahaja ingin membuka mulut, dia tergamam. Serentak dengan degupan jantung yang seakan tidak mahu berhenti. Laju. Tersangat laju. Betul-betul dia terkejut apabila Badrul menarik tangannya. Melihat wajah terkejut itu, Badrul tersenyum kecil. Kedua-dua tangan Sabrina dilingkarkan ke bahunya Kemudian, tangannya erat memeluk belakang Sabrina sambil sebelah lagi diletakkan di bawah lipatan lutut Sabrina. Dia mendukung Sabrina. Membawa masuk ke dalam bersama bibir Sabrina yang betul-betul kelu.
****

Friday, December 26, 2008

Pergilah Air Mata 30

“Siapa tu?,”
“Ikmal,”sepatah kata meniti bibir Maria sambil dia letakkan semula telefon bimbitnya ke meja. Amira tersenyum kecil.
“Kenapa?,”satu lagi soalan berbuah di bibir gadis itu.
Maria mengangkat muka. Merenung wajah Amira. Teman sepejabatnya yang sedang tersengih panjang. Sudah serupa dengan kerang busuk.
“Kau nak tahu, buat apa?,”
“Amboi. Tanya sikit pun tak boleh ke? Garang betul,”
Maria tergelak.
“Tak adalah. Kau Tanya siap dengan senyum lebar tu, kenapa?,”
Amira tersengih lagi.
“Dia Tanya aku kat mana. Nak cari teman makanlah tu. Mana boleh dia nak makan sorang-sorang,”terang Maria masih bersama senyum di bibir.
“Yalah. Dulu, yang selalu temankan, Sabrina. Sekarang, Sabrina dah tak ada, kau pula ya?,”
Maria terdiam mendengar kata-kata Amira. Menyedari mulutnya lancang melontar kata, Amira segera menutup mulut dengan jari.
“Sorry, Mar. Aku tak bermaksud nak buat kau tersinggung,”
Maria tersenyum kecil.
“Tak apa. Betul pun apa kau cakap tu. Anyway, Ikmal on the way. Kau tak kisah ke, kalau dia join kita?,”
“Tak kisahlah. Lagipun, aku ni makan cepat. Siap saja aku makan, aku angkat kakilah. Tak naklah duduk sini. Tiga orang… macam sempit pula meja ni, kan?,”
Maria tergelak besar. Amira pula tersengih panjang.
“Suka hati kaulah,”
Amira tersengih. Tidak menjawab apabila pelayan restoran membawa hidangan makan tengaharinya.
“Kau tak nak order ke? Tadi cakap nak fikir dulu menunya…,”Amira bersuara sebaik pelayan yang menghantar makanan, menghilang. Maria menggeleng.
“Aku tunggu Ikmallah,”
Amira menjungkit bahu. Perlahan mencapai sudu untuk menghirup sup daging yang dia pesan. Maria sekadar memandang sambil sesekali pandangannya dilontar ke luar restoran. Melihat gerak manusia yang laju mengejar masa.
“Kadang-kadang aku tak sangkalah…,”
Maria memaling muka. Mencari wajah Amira. Kata-kata Amira yang tergantung, menarik perhatiannya.
“Tak sangka apa?,”
“Tak sangka hari ni, Ikmal dah jadi tunang kau. Padahal dulu kan, Sabrina yang sibuk termenung sana-sini fikirkan hantaran tunang dia dan Ikmal,”
Maria tersenyum kecil. Enggan mengulas lanjut.
“Sikit pun aku tak sangka, rupa-rupanya dalam serius bercinta dengan Ikmal, Ina berkawan dengan lelaki lain. Anak Datuk kan, lelaki tu?,”
Maria senyum lagi. Betul-betul dia tidak mahu mengulas apa-apa. Tidak mahu menambah cerita bohong tentang Sabrina. Tidak mahu menambah rasa bersalah yang bersarang jauh di sudut hatinya. Dia yang menjadikan Sabrina sebegitu.
“Ina..Ina… Tak sangka. Aku ingat Ina tu, naïf orangnya. Nampak baik sangat. Dengan Ikmal tu… aku tengok memang pasangan yang secocok. Tup…tup…heboh satu office, kena tangkap basah dengan anak Datuk. Kalau betullah dia suka anak Datuk tu, kenapa dia nak permainkan perasaan Ikmal tu ya? Kasihan Ikmal,”
“Kau pun…,”tokok Amira lagi. Namun, kata-kata itu Cuma tergantung di situ. Dia sibuk dengan nasi dan supnya.
Maria mengangkat muka.
“Aku? Kenapa dengan aku?,”soal Maria hairan.
“Yalah. Kasihan juga pada kau. Tak pasal-pasal, kerana kawan , kau yang kena jadi bidan terjun. Terpaksa jadi tunang Ikmal pula,”
“Aku tak kisah sangatlah, Mira. Lagipun, aku dah cakap dengan Ikmal. Kalau dia rasa dia tak boleh teruskan pertunangan kami ni, bila-bila masa saja dia boleh putuskan,”
Suapan Amira terhenti. Bulat mata memandang wajah Maria.
“Kenapa? Kau berdua ada masalah ke? Ikmal tak boleh terima kau, atau kau yang tak boleh terima Ikmal?,”
“No. Tak adalah. Aku Cuma tak mahu Ikmal tersepit. Aku buat keputusan ni, sebab mak dia yang berharap sangat. Aku faham. Aku faham keadaan dia. Yalah. Persiapan semua dah siap. Dah jemput orang kampung pula tu. Tiba-tiba tak jadi. Mestilah malu kan? so, aku Cuma nak tutup malu. Itu saja niat aku,”
“Takkanlah Ikmal tak hargai apa yang kau buat ni. Ikmal tu lelaki baiklah. Aku yakin dia tak akan campak kau macam tu saja,”
“Aku tahu. Aku Cuma cakap saja. Sebab aku tak nak dia terpaksa terima aku, sebab terhutang budi. Kalau dia nak terima aku, aku nak dia terima aku seadanya. Seperti aku sedang berusaha untuk terima dia seadanya,”
Amira tersenyum lebar. Kagum sebenarnya dengan pengorbanan Maria. Bukan senang untuk mencari teman sebaik Maria. Teman yang sanggup berkorban demi teman yang lain.
“Aku yakin Ikmal akan tahu menilai permata,”
Maria tersenyum. Harapannya pun Cuma satu. Semoga Ikmal boleh melupakan segalanya tentang Sabrina, dan mencintainya sepenuh hati.
“Aku juga harap, Ina aka dapat balasan kerana kecewakan hati lelaki sebaik Ikmal. Dan, menyusahkan kawan sebaik kau,”
“Ish… kau ni. Tak baik cakap macam tu. Ada ke doakan yang buruk-buruk untuk kawan sendiri. Doakanlah dia bahagia dengan suami dia. Kau ni..,”
Amira tersengih sambil menutup mulut.
“Baiknya kau…..Ina dah buat macam ni, kau masih nak bela dia lagi ya?,”
“Tak adalah. Kot ya pun, dia salah, kita janganlah cakap macam tu kat dia. Doakanlah kebahagiaan dia,”
“Yalah. Yalah…aku salah. Terlepas cakap….,”
“Cik A..mi..raaa…,”
Amira mengangkat muka. Senyum lebar di hadapannya membuat dia tersenyum sama.
“Encik Darius. Kebetulan ya…,”
Darius tersenyum lebar sambil Badrul menjadi pemerhati.
“Yalah. Kebetulan sungguh. Oh ya, lupa. Ini kawan saya, Badrul. Bad… ini Amira. And… this…,”kata-kata Darius terhenti sambil ibu jarinya menunding ke arah Maria.
“Kawan saya. Maria,”laju Amira menyambung kata-kata Darius yang terhenti. Darius tersengih.
“Maria. Ini maria…,”ujarnya sambil memandang wajah Maria, kemudian beralih pula ke wajah Badrul. Maria tergelak kecil sambil Badrul tersenyum nipis. Sekadar mengukir senyum tanda menyapa.
“Okay girls. Please beri perhatian pada saya. Memang kawan saya ni handsome. Tapi, lupakan dia. Sebab dia dah kahwin. Dah ada dua isteri pun. Saya ni yang masih bujang,”Darius bersuara apabila Amira dan Maria sama-sama memandang ke arah Badrul. Kata-kata yang mengundang ketawa riuh dari bibir dua gadis manis itu. Dan membuat wajah Badrul berubah kelat. Darius tersengih.
“Aku tunggu kau kat kereta. Okay girls, saya pergi dulu,”Badrul bersuara. Berlalu sebelum sempat Darius menjawab. Sudahnya Darius Cuma menjungkit bahu.
“So, kereta kekasih Encik Darius macam mana?,”
“First, pembetulan. Bukan kekasih saya. Second, pembetulan juga. Bukan Encik Darius. Darius..or only Dar..or Abang Darius…,”
Amira tersenyum. Dan, Maria tergelak.
“Tapi, dia cakap dia girlfriend Encik Darius,”
“Memanglah girlfriend. Tapi bukan kekasih. Girlfriend saya ramai. Kekasih saja belum jumpa. Masih mencari-cari,”
Amira tersenyum. Lucu mendengar bicara manis lelaki di hadapannya ini.
“Apa-apalah. Jangan lupa nanti dah repair kereta girlfriend Encik Darius tu, call saya. Saya akan bayar nanti,”
“Tak payah. Saya tahu memang salah kawan saya tu. Dia memang cuai. Selalu macam tu. Bila dah buat salah, suka blame orang lain. Tapi, saya tetap akan call awak. Mungkin untuk jemput dinner ke. Boleh kan?,”
Amira tersenyum.
“Betul ke kawan Encik Darius tu, dah kahwin dua? Muda macam tu, dah kahwin dua?,”soalnya tanpa menjawab soalan Darius. Darius tersengih. Tidak mengiyakan, tidak juga menafikan. Cuma tersenyum pada seorang pemuda yang tiba-tiba berdiri di sisinya. Juga melihat senyum lebar pada wajah teman Amira. Pasti insan istimewa di hati gadis itu. Dan, rasanya, sebaiknya dia berlalu.
“Okaylah. Saya minta diri dulu. Mira, I’ll call you,”
Amira tersenyum sambil mengangguk perlahan. Darius berlalu sambil mengangkat tangan.
“Siapa tu?,”Ikmal bertanya sambil mengambil tempat di sebelah Maria.
“Entah. Siapa tu, Mira?,”Maria pula bertanya.
“Hari tu, aku ada cakap aku accident kan? Kereta makwe dia lah yang aku hentam. Bukan salah aku. Tengah laju bawa kereta, dia boleh brek mengejut. Apa lagi. Mana sempat aku nak brek. Hemtam belakanglah. Dah terang-terang salah dia, lagi nak salahkan aku. Aku lawan balik, tu yang sibuk telefon pakwe tu. Nak suruh cover lah agaknya. Encik Darius tu datang. Padan muka. Bukan kena cover, tapi, kena lecture,”Amira bercerita sambil tergelak.
“Oooo. Tapi, oklah tu. Dia cakap bukan makwe dia kan? Bolehlah kau cuba. Mana tahu tersangkut,”
Amira mencebik mendengar usikan Maria.
“Kau belum order ke?,”Ikmal bertanya apabila melihat tiada hidangan di hadapan Maria.
Maria menggeleng.
“Belum. Aku tunggu kau. Kenapa sampai ke sini nak lunch? Kenapa tak lunch dengan kawan pejabat je?,”
Ikmal tersenyum.
“Kebetulan sebenarnya. Aku dah ada kat sini. Saja cuba nasib. Kalau kau belum lunch, boleh join sekali,”
“Oooo,”berlagu Maria menjawab sambil mengangguk.
“Cuba nasib ke…rindu?,”
Ikmal tergelak mendengar usikan Amira. Maria pula jegilkan mata sambil mencapai menu di atas meja. Pelahan memukul lengan temannya itu.
“Kalau nak belajar rindu pun, tak ada salahnya,”ucap Ikmal perlahan. sambil matanya menjeling pada Maria. Maria terdiam. Tertunduk. Kata-kata itu membuat jiwanya bergetar. Tiba-tiba ada rasa segan untuk melawan pandangan Ikmal.

***
“Cepatnya,”
Darius tersengih. Melangkah selamba masuk ke perut kereta.
“Ada yang datang mengganggu,”
Badrul mengerling. Sambil fikirannya masih melayang mengingati wajah pemilik nama Maria yang diperkenalkan Darius sebentar tadi. Rasanya wajah itu pernah dilihat.
“Aku rasa familiar dengan wajah Maria tu,”
Darius menoleh.
“Aik. Takkan nak tambah koleksi kot? Kau biar betul. Ayat stereotaip macam tu, cuma sesuai untuk orang bujang yang tak ada komitmen macam aku ni. Yang masih dalam proses mencari ,”
Badrul menoleh. Serius wajahnya, membuat senyum Darius hilang perlahan-lahan. Nampaknya Badrul bukan bersuara sekadar berseloroh.
“Kau kenal dia ke?,”
Badrul diam. Termenung sambil mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Cuba sedaya-upaya untuk mencari di mana dia melihat wajah gadis bernama Maria itu.
“Oit. Orang Tanya, dia diam pula,”
Satu keluahan perlahan pecah di bibir.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku tak kenal dia. Cuma, bila aku tengok muka dia, rasa macam aku pernah lihat. Tapi, lupa di mana,”
“Macam pernahku jumpa orang ini ya? Tapi, di mana ya…,”Darius mengajuk sambil tergelak lucu. Badrul menjeling tajam.
“Not funnylah,”
“Okay. Sorry,”
“So, itulah perempuan yang langgar kereta Misha hari tu?,”
Darius mengangguk.
“Cun, kan?,”
“Kau ni, semua perempuan kau Nampak cun. Tapi, tak ada juga yang melekat,”
“Tak serasilah. Tapi, dengan Amira ni, macam boleh cuba. Nampak pun macam okay aje..,”
Badrul menggeleng perlahan.
“Cubalah serius pada satu perempuan saja,”
“Memanglah aku nak serius. Bila masa pula aku cakap aku nak main-main? Tapi, tak serasilah. Susah nak cari perempuan yang betul-betul boleh buat calon isterilah. Ada saja yang tak kena kat mata aku ni,”
“Choosy sangat. Jangan asyik memilih, last-last jadi bujang lapuk, dahlah,”
Darius tergelak.
“Tak adalah sampai macam tu. Aku Cuma nak perempuan baik. Tu saja. Tapi, susahnya nak jumpa. Dah jumpa… orang punya pulak…,”
“Dah jumpa? Baguslah. Syukur Alhamdulillah, akhirnya, Mr. Choosy ni, ada juga pilihan hati. Siapa orangnya?,”Badrul bersuara sambil tersenyum. Wajah Maria tidak lagi menyucuk fikirannya. Cerita Darius pula yang menarik minatnya.
“Sabrina,”
Senyum Badrul mati tiba-tiba.
“What?!,”
“Janganlah marah. Aku suka Sabrina tu. Maksud aku, aku suka cirri-ciri yang ada pada Sabrina tu. Cirri-ciri perempuan macam tulah yang aku cari-cari. Tapi, dah jumpa, isteri orang pula,”
“Kau diam. Jangan cakap apa-apa lagi. Aku tak nak dengar,”
Darius tersenyum. Mengerling pada wajah Badrul yang sedikit memerah.
“Kau marah ke?,”
“No. Cuma, aku tak suka dengar kau puji Sabrina lebih-lebih,”
“Aku cakap benda yang betul. Sabrina tu, istimewa. Susah juga nak cari perempuan macam tu sekarang ni. Kau bodoh kalau kau sia-siakan dia,”
Badrul mengeluh keras. Pantas tangannya menghidupkan enjin kereta. Juga pantas radio kereta dibuka. Sengaja dikuatkan volume. Darius menggeleng sambil tersenyum kecil. Kereta Badrul bergerak laju.
“Kau faham ke?,”Darius bertanya sambil sembunyikan senyum lucu tang terukir di bibir.
“Apa?,”Badrul menjawab dengan soalan yang sedikit keras.
“Lagu Tamil tu…,”
Badrul terkedu. Baru tersedar lagu Tamil yang menemani pemanduannya. Darius tergelak sambil melontarkan pandangannya ke luar. Menggeleng-geleng kepala.
“Bad…Bad… Kau ni dah parah, tahu tak?,”
Dalam kaku, perlahan dia matikan siaran radio Tamil yang berkumandang. Kebiasaan, dia Cuma mendengar instrumental dari CD. Hakikatnya, dia tidak pernah mendengar radio di dalam kereta. Cuma untuk mematikan bicara Darius, tangannya laju membuka radio. Dan, kata-kata Darius sebentar tadi, meluputkan sedarnya pada lagu Tamil yang terhidang untuk dia dan Darius.
“Kau cuba lari dari kenyataan. Kau tahu tak, Bad?,”
“Aku tahu apa aku buat,”
“Harap-harap begitulah,”
Badrul diam. Memberi fokus pada pemanduannya. Dan, Darius juga diam. Malas bercakap tentang perkara yang sama pada Badrul.

****

Thursday, December 25, 2008

Kuseru Rindu Itu... 18

Telefon ditangan dicampak kasar ke sofa. Melepaskan rasa geram yang bukan sedikit. Irama true tone dibiarkan terus beralun. Matanya pula terus melekat ke kaca televisyen. Cuba sedaya –upaya mengacuhkan deringan itu. Gagal. Alat kawalan jauh televisyen dicapai dengan agak kasar. Butang volume ditekan. Meninggikan volume televisyen.
“Kenapa tak dijawab telefon, tu?,”
Maisara berpaling.
“Malaslah mak,”jawabnya acuh tidak acuh. Hashimah memandang hairan. Perlahan dia meletakkan teko berisi Nescafe di atas meja. Kemudian, menyambung tatapan pada anak bongsunya itu.
“Mana satu kamu nak dengar ni, Sara? Telefon kamu yang terjerit-jerit tu… atau bunyi TV tu? Bingitlah telinga mak mendengarnya,”
Maisara menoleh ke arah ibunya. Seperti biasa, dia mencapai kusyen lalu diletakkan di atas telefonnya. Hashimah menggeleng perlahan. Hairan melihat tingkah anak bongsunya itu.
“Mari minum. Nanti sejuk pula air ni,”ajak Hashimah sambil menuang Nescafe ke dalam cawan. Kuih keria dan karipap yang Maisara beli tadi, diletakkan di dalam piring.
“Cepatlah. Nanti sejuk air ni..,”ulang Hashimah, melihat Maisara masih terlentok malas di sofa.
“Yalah, mak,”dengan malas Maisara mengangkat punggung. Melangkah longlai ke meja makan. Perlahan ia melabuhkan punggung ke kerusi. Menongkat dagu sambil merenung kosong muniman di hadapannya.
“Siapa yang telefon tadi? Berkali-kali mak dengar telefon tu berbunyi. Tak ada juga kamu jawab,”
“Jangan tanyalah mak. buat sakit hati saja,”
“Hai… Tanya pun boleh sakit hati?,”
Maisara diam sambil jermarinya melurut perlahan hujung rambutnya yang mengurai. Soalan ibunya menbangkitkan semula marahnya pada Hisyam. Memarakkan semula api geramnya.
“Kamu kata..kawan kamu..Hisyam tu nak datang sekali. Mana dia?”
“Mak ni..kalau tak sebut nama dia, boleh tak? Sakit hati Sara tau?”,
Hashimah mengerutkan keningnya. Memang pelik tingkah anak bongsunya ini. Selalunya, setiap kali pulang, itulah nama yang sering meniti di bibir anak daranya itu. Bagai tidak kering kisah Maisara bercerita tentang lelaki itu. Walau berbuih mulutnya memberi nasihat, walau sedepa panjang muncung gadis itu setiap kali dimarahi kakak-kakaknya, kisah Hisyam tetap berlagu riang di bibir Maisara. Tetapi, hari ini? Hari ini, mendengar nama pun Maisara tidak mahu. Aneh. Memang aneh.
“Kenapa? Kamu dah berpisah dengan dia ke?”, soal Hashimah hairan.
“Mak! Jangan cakap macam tu. Tak baik tau mak doakan Sara macam tu. Sara belum berpisahlah dengan dia”,
Hashimah sedikit tersentak mendengar jeritan kecil Maisara. Perlahan dia mengurut dada. Hilangkan rasa terkejutnya.
“Kamu ni Sara…nak bagi mak mati terkejut ya?”,
Maisara tersengih. Geramnya hilang seketika melihat wajah terkejut ibunya.
“Laa..mak terkejut ke? Sara minta maaf. Sara tak sengaja. Sara minta maaf ya, mak.”, Maisara bersuara manja sambil mengusap tangan Hashimah. Betul-betul dia tidak bermaksud untuk membuat ibunya terkejut. Hashimah tersenyum kecil melihat telatah Maisara. Degil. Manja.
“Apa sebenarnya yang berlaku ni?”, Hashimah bertanya lagi setelah melihat Maisara kembali menyambung lamunannya. Mendengar soalan ibunya, Maisara mengeluh perlahan.
“Entahlah mak.”
“Kamu kata hari ni nak bawa dia jumpa mak. Kenapa tak jadi pula?”
“Dia kat Terangganu lagi. Belum balik. Geram betul Sara mak. Kata nak pergi tiga atau empat hari saja. Ni…dah masuk lapan hari”,
Hashimah tergelak kecil. Itu rupannya masalah Maisara. Masalah orang berkongsi kasih. Cemburu.
“Tadi tu..Hisyam yang telefon?”, dia merisik cerita lagi.
Maisara cuma mengangguk sambil mencapai karipap di dalam pinggan. Malas mahu menjawab soalan itu.
“Apa dia nak?”Hashimah menyusun soalan lagi.
“Apa lagi? Nak minta maaflah kot. Ingat Sara ni, apa? Sara geramlah mak. Tiap kali dia buat Sara macam ni, sakit hati Sara”,
Hashimah mengeluh perlahan.
“Dari dulu lagi mak dah cakap. Tapi, Sara tak pernah nak dengar cakap mak. Degil. Keras kepala. Mak larang dulu,sebab mak takut jadi macam nilah. Betul tak apa mak cakap? Ni..kakak-kakak kamu belum tahu lagi. Kalau mereka tahu…siaplah telinga kamu.”
“Alaa..mak ni. Jangan lah mengungkit macam tu pada Sara…Lagi satu, jangalah beritahu Kak Long dengan Kak Ngah. Bisinglah dengar dia orang membebel.”
“Kami semua membebel sebab kami sayangkan kamu. Mak, Kak Long ,Kak Ngah…tak nak tengok kamu hidup tak bahagia.”
“Sara bahagia sekarang mak. Sara sayangkan Abang Hisyam. Dia baik,mak. Nanti kalau mak kenal dia,Sara yakin mak pun mesti sukakan dia.”
“Sayang saja tak cukup Sara. Baik pun, tak tentu boleh bahagis. Kalau setiap hari bertengkar..beselisih faham..lama-lama sayang pun boleh hilang tau”,
Maisara mula menarik muka masam. Ibunya sudah mulakan sekali lagi. Ibunya mempertikai keputusannya lagi. Dia tidak suka. Tidak suka dengan pencanggahan pendapat antara dia dengan ibunya. Susah benar ibunya memberi sokongan pada keputusan yang telah dia buat.
“Itulah yang kamu tahu. Cakap sikit, tarik muka. Merajuk. Nasihat sikit, nak marah-marah. Kalau macam ni perangai kamu memang tak bahagia kamu hidup bermadu,tahu tak? Hidup bermadu ni, nak kena pandai mengalah. Belajar terima cakap orang. Pandangan orang. Bukan nak ikut kepala sendiri saja. Risau mak fikirkan pasal kamu ni,Sara. Kamu carilah lelaki lain Sara. Yang belum beristeri. Lelaki bujang. Kat luar itu, ramai lagi lelaki yang belum isteri”,
Maisara mengeluh keras. Menatap geram wajah ibunya yang berbaur risau.
“Mak ingat Sara ni, apa? Mak ingat, nak kahwin ni, main tunjuk-tunjuk dengan jari saja? Macam tunjuk-tunjuk makanan kat pasar malam tu? Mak..ni soal hati dan perasaan mak. Mak tak boleh paksa-paksa. Hati Sara ni, dah suka kat Abang Hisyam, mana boleh nak kahwin dengan lelaki lain? Susahlah cakap dengan mak ni. Semuanya sama saja, Semuanya tak nak faham perasaan Sara”,
Hashimah menggeleng perlahan. Susuhnya bercakap dengan Maisara. Degil. Keras kepala.
“Mak tak nak nanti, hidup Sara jadi macam mak”, Hishimah bersuara perlahan. Wajahnya mula bertukar mendung. Melihat perubahan ibunya, Maisara mengeluh lemah. Bukan maksudnya membuat ibunya sedih. Tetapi,kenapa ibunya seperti tidak faham perasaannya sekarang?
“Mak dah pernah merasa hidup bermadu ni, nak. Banyak pahit dari manisnya. Mak tak nak kamu lalui semua tu nanti Sara.”
“Mak..Insya Allah hidup Sara tak akan jadi macam tu. Sara perlukan restu mak. Sara hanya akan kahwin dengan Abang Hisyam, mak. Tak mungkin Sara boleh terima orang lain selain daripada dia. Tak mungkin mak.”
“Kehidupannya? Macam mana kehidupannya? Kamu boleh terima kehidupan dia? Kamu boleh terima isterinya? Kamu boleh terima anaknya? Mak kenal sangat perangai kamu,Sara. Mak risau kamu tak boleh nak sesuaikan diri nanti. Bukan senang nak berkongsi suami. Kalau kurang sabar, tak aman rumahtangga.”
“Mak tak yakin dengan Sara?”, soal Sara sambil memandang wajah ibunya.
“Kalau kamu tak ubah perangai degil..keras kepala kamu ni,memang mak tak yakin, Sara. Selagi itulah mak susah hati memikirkan hal kamu”,
Maisara diam mendengar jawapan itu.
“Keluarga Hisyam dah tahu? Mak dan ayah dia tahu tentang kamu berdua? ”,satu lagi soalan meniti di bibir Hashimah. Soalan yang sekali lagi membuat Maisara terdiam. Soalan ibunya itu,tidak pernah terlintas di fikirannya. Selama dia bersama dengan Hisyam, dia tidak pernah terfikir tentang orang tua Hisyam. Tidak pernah mahu bertanya pun.
“Kenapa diam?”
“Entah”, jawab Maisara sepatah.
“Entah? Apa yang entah?”
“Tak tahu”, sepatah lagi jawapan yang muncul dibibirnya. Hashimah merenung tajam wajah Maisara.
“Tak tahu apa?”
“Sara tak pernah tanya Abang Hisyam pasal ni. Sara lupa.”
Hashimah terdiam seketika. Jawapan Maisara meresahkannya. Maisara cuma mampu mengukir senyum kelat menanggapi wajah ibunya yang nampak serius. Perlahan dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kalau mak dan ayah dia tak setuju,macam mana?”, soal Hashimah tiba-tiba. Soalan yang tiba-tiba menyentap tangkai jantung Maisara. Tidak mungkin. Dia tidak boleh berpisah dengan Hisyam. Hisyam cintakan dia. Hisyam ingin mengahwininya. Pasti Hisyam mampu mengatasi semua halangan yang melanda. Pasti Hisyam mampu menyelesaikan masalah itu.
“Mak ni…saja nak menakutkan Sara kan?”
“Mak bukan nak takutkan Sara. Mak tanya sebab benda ni penting.”
“Nantilah Sara tanya Abang Hisyam.”
“Sara tahu apa yang berlaku pada mak kan? Jangan sampai perkara yang sama menimpa Sara.”
Maisara diam. Dia tahu maksud kata-kata ibunya. Dia juga ingat benar punca perpisahan ibu dan ayahnya empat belas tahun lalu. Campurtangan neneknya mengeruhkan keadaan rumahtangga ibu. Memang nenek tidak pernah suka pada ibunya.
“Mak tak boleh samakan Sara dengan Mak. Sara yakin semua itu, takkan terjadi pada Sara.”, lembut suara Maisara menyapa telinga Hashimah. Hashimah mengeluh perlahan. Hilang kata-kata untuk menasihati Maisara. Juga hilang rasa untuk menyimpan rasa yakin pada jaminan yang dijanjikan Maisara. Maisara tidak tahu apa-apa. Gadis ini Cuma mengikut rasa hati sahaja.
“Mak dah merasa jadi isteri kedua. Mak dah merasa dibenci mertua. Semuanya mak dah cerita pada kamu. Nasihat…dah berbuih mulut mak ni hah. Tak cukup mulut mak ni bagi nasihat. Tu..Kak Long dengan Kak Ngah pun dah letih membebel. Kalau kamu tetap dengan keputusan kamu juga, mak dah tak boleh buat apa-apa. Mak cuma berharap sangat hidup kamu tak jadi macam hidup mak.”
“Sara dah cukup dewasa untuk buar keputusan Sara sendiri mak.”
“Yalah tu.”,
Maisara tersenyum kecil. Dia tahu ibunya marah.
“Kalau mak nak marah-marah, Sara nak balik lah.”
“Itu saja lah yang kamu tahu ya? Kena Marah sikit, lari. Bila dah bergaduh macam ni, mak juga yang kamu cari”,
Maisara tergelak sambil mencapai cawan minuman. Nescafe panas diteguk perlahan.
“Mana ada Sara bergaduh? Sara Cuma merajuk je sikit. Itu saja…,”balasnya kemudian.
“Hmmm…. Ada sajalah jawab kamu. Sebab nak lindung si Hisyam tu ya? Mak pun tak tahu apalah yang lebihnya pada lelaki tu. Hairan betul. Macam mana anak dara mak ni, boleh terpikat pada suami orang. Nak kata tak cantik… cantik saja di mata mak. bukan susah sangat pun, nak cari lelaki bujang. Tapi, tulah…Suami orang juga yang dia duk cari…,”
“Jodoh..pertemuan..ajal…maut… tu kan semua kerja Tuhan mak. Kita ni, sebagai hamba kenalah redha dengan takdirNya, mak…,”
“Pasal ni, tiba-tiba sebut pasal takdir ya? memang semuanya takdir. Dah ditetapkan. Tapi, kan ALLAH ada bagi kita ni…,”Hashimah bersuara sambil meletakkan jari telunjuk ke kepala. Maisara mencebik.
“Ini, namanya otak. Otak ni… ada akal. Akal tu, gunanya untuk berfikir. Itu yang membezakan otak kita dengan otak makhluk Tuhan yang lain. Jadi, akal ni, fungsinya untuk kita fikir baik buruk apa yang kita buat. Fikir balik takdir untuk kita tu, elok atau tidak. Kalau rasa tak elok, kita boleh cuba ubah. Bukan semua takdir kita kena ikut saja. Dah takdir kamu jatuh kat tengah jalan. Takkan kamu nak terus terduduk kat situ sampai lori datang? Ada akal. Fikir. Kena bangun dan pergi dari situ. Kalau tak, mungkin kena langgar. Sama jugalah macam hal kamu dengan Hisyam ni. Jangan nak serahkan semua pada takdir. Senang saja kamu nak lindung diri ya? Tak nak mengaku silap sendiri, kamu salahkan pada takdir pula,”
Maisara mengeluh sambil mencebik. Bosan mendengar leteran yang tidak berpenghujung dari mulut ibunya itu.
“Ayah kamu dah tahu?”, Hashimah bertanya lagi. Mahu mengubah topic apabila melihat wajah Maisara sudah masam mencuka. Maisara menggeleng perlahan.
“Cakaplah dengan ayah kamu. Dengar pendapat dia pula.”
“Tak nak lah. Lagipun malaslah nak pergi rumah ayah. Nanti Mak cik Nisa ingat Sara ni nak minta duit suami dia pulak. Tak pun dia tuduh Sara ni spy mak pula. Nak merisik suami dia tu untuk mak. Menyampahlah. Macamlah Sara ni hadap sangat dengan duit ayah tu”,
Hashimah tergelak kecil. Tahu benar dia akan sikap Maisara. Memang Maisara tidak pernah suka pada ibu tirinya itu. namun, soal itu, tidak tahu dia hendak letakkan kesalahan pada bahu siapa. Bekas suaminya? Maisara? Atau Anisa? Dia tidak tahu. Yang dia tahu, mulutnya tidak pernah letih meminta agar Maisara berubah sikap. Sedikit bertolak-ansur dengan ayah dam ibu tirinya itu.
“Kamu telefon jelah. Jumpa kat luar kalau kamu memang tak mahu jumpa dengan Makcik kamu tu. Tapi, kalau jumpa, cakap elok-elok pun, tak ada salahnya, kan? dia tu isteri ayah kamu. Kena hormat”, Hashimah memberi cadangan.
`“Mak bukan tak kenal ayah. Mana nak jumpa kat luar. Mesti ajak pergi rumah dia. Nantilah. Dah confirm betul nanti, baru Sara beritahu ayah. Dan, pasal Makcik Nisa tu, pleaselah. Tak kuasa Sara nak mengadap muka dia… Menyampah.”
Hashimah menggeleng perlahan.
“Tak baik cakap macam tu. Cuba ikut Kak Long dengan Kak Ngah tu. Mereka tahu Makcik Anisa tak suka, tapi, mereka tahu hormat Makcik kamu tu sebagai ibu tiri,”
“Sara tak suka dialah mak. Sara benci kat orang yang benci mak..,”
“Tak baik macam tu. Sara ni dah dewasa. Sepatutnya boleh fikir denga jelas. Bukan ikut perasaan marah dan dendam. Mak dah lama lupakan semua benda-benda sedih ni. Tak ada berdendam pun dengan Makcik Anisa kamu tu,”
“Malaslah cakap pasal perempuan tu. Dia memang tak suka Saralah. Sara puntak kisah. Sebab Sara pun memang tak suka dia,”
“Susah cakap dengan kamu ni, lah. Pasal ayah kamu tu. Mak bukannya apa. Tak mahulah nanti ayah kamu kata kamu ni belakangkan dia. Tak baik buat dia macam tu. Ingat sikit. Walau macam mana pun dia, dia ayah kamu. Kalau kamu nak kahwin, dia yang wajib tahu dulu. Dia tu wali kamu”
“Alaa… Nama saja ayah. Dia pun bukannya ambil berat sangat pasal kita kan? Dah lah tu. Malaslah Sara nak cakap pasal ayah. Sampai masa nanti, Sara pergilah beritahu dia. Habis cerita. Yang penting sekarang, nanti Sara bawa Abang Hisyam jumpa mak.”
Hashimah menggeleng. Cuma itu yang mampu dia lakukan.
“Dah itu kata kamu..mak paksa pun, kamu takkan ikut kan? Suka hatilah. Bilalah nak hilag keras kepala kamu ni. cakap orang tak nak dengar langsung”
“Tau tak apa.”, balas Maisara mengangkat kening memandang wajah Hashimah. Hashimah menggeleng lagi. Sukarnya mahu lembutkan degil Maisara.
* * * * *

Tuesday, December 23, 2008

Di Penghujung Rindu 5




Fairuz bersandar malas di kerusi. Melepaskan penat yang masih bersisa. Sesekali matanya melekat pada jam yang tergantung di dinding sebelum matanya beralih. Memerhati Camelia yang sedang menyusun gubahan bunga segar di meja bulat di hadapan kaunter. Sungguh tekun wanita itu. Memang kalau dapat bunga, Camelia lupa segalanya. Senyum kecil terukir di bibir. Melihat wajah Camelia, mengingati bahagia yang dia kecapi sekarang, begitu mudah fikirannya melayang mengingati seorang gadis yang pernah bergelar sahabatnya. Begitu pantas mindanya membentuk seraut wajah milik Nurul Huda. Seorang gadis yang cukup baik pada pandangan matanya.
Sekelip matanya, wajah Camelia hilang. Yang muncul di fikiran saat ini adalah wajah tenang Nurul Huda. Dia senyum sendiri. Terdetik rasa hairan di hatinya. Walau setenang mana wajah itu, entah kenapa cukup mudah untuk dia melihat jiwa Nurul Huda yang sentiasa berkocak hebat. Antara dia dan Nurul Huda ada satu keserasian. Keserasian untuk membaca hati masing-masing. Keserasian untuk mengorek rahsia masing-masing. Dan keserasian untuk berkongsi kecewa masing-masing. Tiga tahun dia mengenali Nurul Huda. Tiga tahun dia, Nurul Huda, Camelia, Julia, Shahril dan juga Hakimi menjadi teman di kampus. Teman yang cukup akrab. Dan persahabatan yang cukup istimewa. Begitu istimewa sehingga persahabatan itu kekal sehingga ke saat ini.
“Kau cemburu ya?”soalnya pada Nurul Huda pada satu ketika, di tahun ke tiga pengajian mereka. Nurul Huda terpinga-pinga. Mata Nurul Huda yang sedari tadi melekat pada Hakimi dan Camelia kini beralih kepadanya.
“Apa kau cakap?”laju soalan muncul dari bibir gadis itu sambil tangannya cepat-cepat membuka buku di hadapannya. Pura-pura sibuk menyalin nota ke dalam buku catatannya. Dia amat pasti Nurul Huda sedang berpura-pura.
“Hello makwe. Buku ni, kau baru ambil dari rak tu. Kau belum baca lagi. Macam mana kau boleh senang-senang catat nota pentingnya? Dah tu ambil nota dari belakang pulak tu,” Fairuz bersuara perlahan sambil menutup buku di hadapan Nurul Huda. Tersengih panjang melihat wajah Nurul Huda yang berubah warna.
“Aku dah bacalah semalam. So, hari ni aku terus take note jelah,” Nurul Huda berdalih sambil menggosok dahi. Malu kerana perbuatannya disedari. Membuat Fairuz tergelak kecil.
“Dahlah tu. Jangan nak tipu aku lah. Kau ingat aku tak perasan ke? Aku perasan,sejak akhir-akhir ni kau selalu sangat perhatikan si Kimi dengan Lia tu. Kau cemburu ya? Kau suka kat Kimi ya? Sejak bila? ”
“Hey! Mana ada. Pandai kau nak reka gossip ya. Aku cili mulut tu, baru tahu,”
Fairuz tergelak kecil. Cuma untuk timbulkan suasana kurang senang di kalangan pengunjung perpustakaan yang lain.
“Aku tahulah. Kau tak akan boleh tipu aku. Tengok muka kau. Memang aku dah tahu apa ada kat dalam hati kau tu. Cepatlah. Kongsi dengan aku,”
“Mana ada. Perasaan kau saja tu. Mungkin kau yang cemburu kot. Lepas tu, nak sedapkan perasaan kau sendiri, kau cakap aku pula yang ada hati dengan Kimi. Ni…aku nak bagi nasihat ni. Kalau kau betul-betul ada hati pada Lia tu… baik kau cepat-cepat beritahu dia. Nanti terlepas peluang, jangan menyesal,” Nurul Huda membidas kata-kata Fairuz, membuat lelaki itu terdiam.
Fairuz tersenyum perlahan. Teringat kata-kata Nurul Huda. Cukup banyak kenangannya dengan Nurul Huda. Kalaulah dia dapat bertemu dengan Nurul Huda. Terlalu banyak perkara yang ingin dia kongsikan bersama gadis itu. Terlalu banyak perkara yang jauh menyimpang dari reality yang Nurul Huda tinggalkan bertahun dulu. Nurul Huda lepaskan haknya demi Camelia dan Hakimi. Namun, hari ini, ternyata takdir Tuhan mengubah segalanya. Camelia menjadi surinya dan Hakimi terkapa-kapai sendirian mencari arah bahagia yang hilang. Bukan salah sesiapa. Cuma aturan takdir yang menyusun gerak peristiwa mengikut kehendakNya. Bukan mengikut kehendak Camelia. Bukan mengikut kehendak Hakimi. Juga bukan seperti yang Nurul Huda harapkan. Walau apa pun, yang dia tahu, aturan takdir itu telah membawanya kepada bahagia yang dia tunggu selama bertahun. Dia pernah berputus harap apabila Hakimi dan Camelia membuat keputusan untuk berkahwin. Namun, mungkin jodoh, Camelia mencarinya di saat-saat akhir. Menolak Hakimi seminggu sebelum lelaki itu bergelar suaminya. Puncanya? Dia sendiri sudah dapat meneka.
“Abang… Kenapa ni? Senyum sorang-sorang. Apa yang abang fikirkan tu?”
Fairuz tersentak kecil. Soalan Camelia menyedarkannya daripada lamunan yang panjang. Bibirnya mula mengukir senyum. Perlahan dia mengangkat punggung. Sambil melangkah memerhati jambangan-jambangan bunga plastic bermacam jenis yang tersusun elok di atas rak. Tangannya mencapai setangkai mawar merah yang segar sambil menapak ke arah isterinya.
“Untuk isteriku yang tersayang. I love you… very much,” Fairuz bersuara romantis sambil menghulurkan setangkai mawar di tangannya itu kepada Camelia. Membuat Camelia tersenyum lebar. Bunga itu diambilnya, sambil tunduk mencium kelopak mawar merah itu. Kesempatan itu diambil oleh Fairuz untuk mengucup lembut kepala Camelia. Nor Zetty yang sempat memandang adegan romantis suami isteri itu, Cuma tersenyum kecil. Fairuz memang seorang suami yang baik dan romantic di matanya. Di sebalik sikapnya yang suka berseloroh dan menyakat, dia cukup suka melihat layanan Fairuz pada Camelia. Layanan lelaki itu penuh dengan cinta dan kasih sayang.
“Terima kasih bang,”
Fairuz tersenyum sambil mengurut perlahan bahu isterinya itu.
“Tapi, kedekut. Nak bagi bunga… tapi ambil bunga kat kedai Lia. Sayang nak keluar duit ya?”
Fairuz tergelak kecil. Mengusap perlahan belakang Camelia sebelum dia melabuhkan punggung ke kerusi. Duduk di situ sambil merenung wajah Camelia yang kembali serius. Serius dengan jambangannya semula.
“Tak penat ke? Jom lah kita balik. Baby nak rehat tu?”
“Kejap lagi bang,”
Fairuz mengeluh pendek. Malas mahu mendesak.
“Apa yang abnag fikirkan? Senyum sorang-sorang?,”
“Tak ada apa-apa,”
“Takkan tak ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa, kenapa senyum-senyum?,”
“Amboi….,”Fairuz bersuara lucu sambil bergerak ke sebelah Camelia. Perlahan tangannya menyentuh perut Camelia yang membuncit.
“Tengoklah mama tu. Sejak baby ada ni, mama jadi cemburu betul. Papa senyum pun dah tak boleh tau, baby,”Fairuz bersuara dengan nada mengadu sambil tunduk mengucup perut wanita itu. Membuat Camelia tergelak. Membuat Nur Zetty tersenyum malu. Terus dia tunduk di kaunter. Buat-buat sibuk dengan kerjanya.
“Lia bukan cemburulah. Lia Tanya saja,”
Fairuz tersenyum sambil tangannya mencari jemari Camelia.
“Abang senyum gembira. Gembira pada takdir yang menyebelahi abang,”
“Maksud abang?,”
“Lia pun tahu maksud abang,”
Camellia tersenyum kecil. Betul kata Fairuz. Mungkin dia tahu apa yang lelaki itu maksudkan.
“Tak pernah Lia sangka selama ni, Lia tak tahu pun ada seorang lelaki yang menyimpan cinta sebeini besar pada Lia,”
“Lia yang tak nak tahu,”
Camelia tersenyum panjang. Benarkah dia yang tidak mahu tahu? Entahlah.
“Yalah. Abang tak romantic macam Kimi. Tak gentleman macam Kimi…,”
“Abang ni. Semua tu dah berlalulah. Dah jadi kenangan,”
“Abang tahu. Abang relakan semua tu tinggal jadi kenagan manis di ingatan sayang. Cinta pertama, mana mungkin boleh luput di hati kan?,”
“Lia yakin, cinta tu dah luput. Dah tak ada di hati Lia. Yang ada, Cuma cinta dan kasih sayang abang yang melimpah-limpah buat Lia,”
“Betul ke?,”Fairuz bersuara lembut. Camellia mengangguk perlahan.
“Abang tak yakin,”
Camellia mengangkat muka. Memandang wajah Fairuz yang mengukir senyum pelik.
“Kenapa abang cakap macam tu? Abang curuga pada Lia?,”
“Tak. Abang tak curiga pada Lia. Cuma, abang rasa, Lia tak pasti dengan perasaan sendiri,”
“Lia dah lupakan Kimi, bang. Sekarang, cinta dan hidup Lia Cuma untuk abang. Bukan lagi untuk Kimi,”
“Tapi, Lia tak gembira bila Mar beritahu Huda dah kembali. Kenapa? Kenapa Lia tak gembira?,”perlahan Fairuz berbisik di telinganya. Membuat dia tersentak. Tersentak pada jeritan perasaannya sendiri. Nama itu sekali lagi berjaya membuat perasaannya berkecamuk.
“Betul kan kata abang?,”
“Bukan Lia tak gembira. Jauh sekali Lia nak rasa cemburu pada Kimi. Antara kami dah lama berakhir. Cuma, entahlah. Lia pun tak pasti. Lia tak tahu nak cakap macam mana. Bila teringatkan Huda, Lia rasa macam teruk sangat. Susah nak explain. Tapi, sumpah bang. Tak ada kena mengena dengan perasaan lama Lia pada Kimi,”Camelia bersuara dengan nada tertahan. Cuba juga untuk mengawal alunan suaranya. Tidak mahu perbualan mereka itu sampai ke telinga Nor Zetty.
“Baguslah kalau macam tu. Abang, kalau boleh tak nak Lia berdendam dengan Huda. Lia tak marahkan Huda kan?,”
Camellia menggeleng laju.
“Dah tentu Lia tak dendam dengan dia. Cuma, kalau marah tu…. Mungkin Lia marahkan dia. Marah dengan apa yang dia dah buat pada Lia. Lia rasa teruk. Lia rasa kejam. Semuanya sebab Huda,”
“Bukan salah dia sepenuhnya. Bukan salah Lia. Bukan juga salah Kimi…,”
Camellia diam. Buntu memikirkan perasaan sebenarnya pada Nurul Huda. Marah? Sedih? Kecewa? Geram? Dia sendiri tidak tahu.
“Kak Lia…”
Camellia menoleh. Nor Zetty tersengih dari meja kaunter.
“Hmm.. ada apa Zetty?”soalnya sambil memandang wajah pembantu kedainya. Nor zetty tersenyum kecil.
“Zetty nak tanya sikit boleh tak?”
“Tanyalah. Macam tak biasa pula. Apa yang Zetty nak tanya?”
Nor Zetty diam seketika. Dia teringat peristiwa di rumah Julia. Persoalan yang bermain di fikirannya belum terjawab. Dia tidak berpuas hati selagi teka teki di hatinya itu tidak terjawab. Dia jadi hairan apabila setiap wajah pada malam itu bertukar peliks ebaik nama Nurul Huda disebut.
“Nurul Huda… dia tu siapa?”
Mendengar soalan Nor Zetty, Camelia diam. Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Fairuz menatap wajah isterinya yang sedikit keruh. Ada rasa kurang senang di hati Camelia pada Nurul Huda. Hati Fairuz mula menokong tekaan firasatnya. Barang kali sukar untuk Camelia terima kenyataan. Kenyataan yang memang pahit untuk tiga hati milik Camelia, Nurul Huda dan Hakimi.
“Nurul Huda tu kawan kami. Salah seorang kawan baik kami,”akhirnya Fairuz menjawab soalan Nor Zetty bagi pihak Camelia. Nor Zetty mengangguk perlahan.
“Tapi… kenapa semua terkejut bila kak Ju sebut nama tu?”
“Of course lah kami terkejut. Kami lost contact dengan dia dah lima tahun lebih kot. Jadi, bila tiba-tiba Julia beritahu yang dia ada jumpa Nurul Huda… memang kami terkejut besar,”
“Macam mana orangnya?”soal Nor Zetty lagi. Fairuz tidak terus menjawab. Matanya sekali lagi dipaku kemas pada wajah Camelia. Wajah itu ternyata sudah hilang seri.
“Lia… are you ok?”soal Fairuz tanpa menjawab soalan Nor Zetty. Camelia sedikit tersentak, Tidak menyedari ketidaksenangan yang berlagu sumbang di hati, berjaya dibaca Fairuz. Seperti yang dia ajukan pada Fairuz, dia sendiri keliru apabila hatinya tiba-tiba menjadi sakit sebaik nama Nurul Huda disebut-sebut. Ada rasa marah dan ada rasa bersalah yang bersarang dijiwanya. Takdir telah mencorak satu cerita yang amat kejam pada dirinya, Hakimi dan juga Nurul Huda. Cerita yang walau sudah berlalu, namun sesekali apabila ingatan bertenggek pada kenangan itu, ternyata hati masih bisa merasakan pedihnya.
“Lia…”
Camelia tersedar dari lamunannya tatkala jemari Fairuz menggenggam erat jemarinya. Perlahan Fairuz mengangkat ke dua keningnya sebagai isyarat satu pertanyaan. Camelia cuba mengukir senyum sambil kepalanya digeleng lemah.
“Pinggang ni… tiba-tiba rasa sakit,”dalih Camelia cuba sembunyikan apa yang bersarang di hati.
“Itulah akak. Asyik kerja saja dari pagi. Mana tak sakit sana, sakit sini. Pergilah balik berehat. Betul kata abang Midi tadi. Baby tu pun nak berehat juga. Kan abang?”Nor Zetty bersuara separuh berleter.
“Ha..ah. Itulah. Degil! Nasihat abang tak mahu dengar. Kalau sakit, kan Lia juga yang susah,”
“Ok.. Ok.. Stop. Lia tak nak dengar pot pet ni. Jomlah kita balik. Lia pun dah penat ni,” Camelia menyampuk sebelum bebelan Fairuz menjadi semakin panjang. fairuz tersenyum kecil melihat Camelia yang sudah mula mengemas barang-barangnya. Sempat dia bermain mata dengan Nor Zetty yang turut tersenyum nakal.
“Oh.. ya! Abang Kimi pergi mana ya? Dah lama tak jumpa dia. Dia bercuti ke kak Lia?nor Zetty sekali lagi membuka mulut.
Camelia menggeleng. Keningnya mula berkerut. Ingikan penjelasan yang lebih jelas daripada Nor Zetty.
“Dah lama tak jumpa dia? Maksud Zetty?”soal Camelia setelah melihat Nor Zetty seperti tidak mahu meneruskan kata-kata.
“Yalah. Tiap kali Zetty pergi hantar jambangan bunga kat office dia. Dia tak ada. Bila Zetty tanya dengan staff kat situ, kata mereka, abang Kimi mengambil cuti mengejut. Why?”
“Entahlah. Dia ada cakap apa-apa dengan abang?”jawab Camelia berakhir dengan satu soalan untuk Fairuz.
“Tak ada pula,”jawab Fairuz pendek. Namun, kepalanya seakan telah merjumpa dengan puncanya. Barangkali Hakimi pergi mencari Nurul Huda….

***

Sunday, December 21, 2008

Akukah lelaki itu?

Di satu sudut di ruang kamar yang lesu…

Dia tersenyum bahagia. Bersandar pada dinding bersama senyum yang seakan tidak mahu putus dari bibir.
“Ini berita paling indah yang abang dapat untuk seumur hidup abang sayang. Syukur. Penantian bertahun kita selama ini, akhirnya berakhir dengan berita seindah ini…,”
Dia senyum lagi.
“Apa? Girl? No. No. Abang nak boy. Nanti boleh temankan abang main bola. Hmm…janganlah merajuk. Abang gurau saja. Abang tak kisah sayang. Boy atau girl. Abang tak kisah. Yang penting baby kita nanti cantik macam mamanya tak pun, lawa macam papanya,”dia bersuara sambil tergelak. Namun, gelak itu cuma seketika. Sekelip mata, senyum manis yang menghiasi bibir hilang begitu sahaja. Segera dia memalingkan muka. Bingkas bangun dari sandarnya. Berjalan mundar mandir di ruang bilik itu sambil tangannya menepuk kepala. Berkali-kali.
“Diam! Diam! Aku tak nak dengar! Aku tak nak dengar! Itu bukan anak aku! Bukan!,”bergema bilik itu dengan amarahnya yang tiba-tiba. Matanya meliar memandang sekeliling. Menjerit-jerit marah sambil tangannya memukul dinding yang kaku.
“Aku tak nak dengar! Kau tipu! Itu bukan anak aku…. Bukan…,”jeritannya kemudian sedikit mengendur. Amarah yang menyapu wajah berganti pula dengan satu renungan sendu pada katil bayi di hujung bilik. Segera dia menghampiri katil yang masih terhias cantik itu.
“Anak aku! Mana anak aku? Anak aku dah tak ada. Mana? Mana anak aku?!,”liar matanya memandang sekeliling. Laju pula tangannya menyelongkar timbunan bantal dan lampin yang memenuhi ruang katil kecil itu. Dicampak semua yang dia capai.
“Mana? Mana anak aku? Aku nak anak aku! Niza! Jangan buat abang macam ni. Kembalikan anak kita Niza! Jangan tinggalkan abang macam ni. pulanglah Niza…Pulanglah pada abang. Abang dah tak marah lagi. Abang tak marah… abang Cuma nak Niza. Abang nak anak kita….,”dia merintih pilu. Membiarkan air mata merembes laju ke pipi. Tubuhnya longlai. Jatuh perlahan. Terjelepuk di lantai bersama ngongoian sendu. Berteleku sambil menarik lutut rapat ke dada. Esakan yang tidak bertepi, bagai irama pada tarian bahunya yang terhenjut-henjut. Terus merintih memanggil satu nama… Niza..Niza dan Niza.
Sedang di satu sudut, dua pasang mata merenung pilu bersama deraian air mata. Sekelip mata mereka kehilangan seorang anak yang terlalu baik pada mereka satu ketika dulu. Rindunya mereka pada anak lelaki yang bertahun-tahun membuat mereka bangga. Namun, hari ini…segalanya sudah tidak seperti dulu. Dan, mereka tahu, itu semua bukan salah takdir.

*****

Fiman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 216:-"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."…….

Ketukan pintu yang bertalu tidak diendahkan. Hatinya parah. Jiwanya mati. Dan, ketukan itu sungguh membingitkan. Menambah gelodak geram di hati.
“Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku….,”
“Khai! Sampai bila kau nak macam ni? Bukalah pintu ni. Kita duduk berbincang elok-elok,”
Khairul merintih sendiri. Perlahan-lahan menjatuhkan dirinya ke lantai. Sungguh dia tiada upaya untuk berdiri lagi. Apa yang hendak dibincangkan lagi? Segala-galanya sudah musnah. Impiannya punah. Harapannya hancur.
“Khai!,” ketukan bertalu lagi. Segera telapak tangannya menutup telinga. Bisingnya!
“Buka pintu ni. Sampai bila kamu nak macam ni? Sikap kamu ni, tak membantu langsung. Kau tak boleh lepas tangan macam ni. Kasihan Niza. Kamu jangan jadi selfish macam ni, nak,”
“Abah, tolonglah. Just leave me alone. Saya nak bersendirian. Jangan ganggu saya!,”
“Kamu pentingkan diri sendiri Khai. Kamu tak boleh macam ni. Ini semua dah ditetapkan. Kita kena redha,”
Dada Khairul beralun mendengar bicara itu. Senang sungguh bapanya berhujah. Memang senang! Sebab, bukan bapanya yang alami semua ini. Dia! Dia yang harus menelan pahit kenyataan ini. Tidak tertelan rasanya. Kenapa? Kenapa semua ini harus berlaku padanya? Kenapa takdir ini begitu kejam? Tidak bolehkah memberi sedikit keadilan padanya? Haruskah penantiannya yang begitu lama, berakhir begini?
“Khai… dengar cakap abah. Jangan macam ni. Susah hati mama dengan abah tengok kamu macam ni,”
“Mama tak faham! Abah pun tak faham! Kenapa semua orang tak faham apa yang saya rasa sekarang? Kenapa semua ni jadi pada saya? Kenapa tak jadi pada orang lain? Saya benci! Saya tak boleh terima semua ni…tak boleh…,”
“Dah dua hari kamu kurung diri macam ni. Keluarlah. Kita ke hospital sama-sama. Kasihan Niza tu. Kasihan baby,”
“Tak mahu. Tolonglah. Tinggalkan saya sendirian,”
Dia mendengar keluhan lemah di pintu biliknya. Dan, selepas itu suasana sepi. Pasti ibu dan ayahnya sudah berlalu. Tinggal dia sendirian di situ. Terus membiarkan fikirannya sendat dengan rasa marah dan tidak puas hati. Pada siapa? Dia sendiri tidak tahu. Dalam marah itu, air matanya mengalir laju. Sungguh hebat dugaan ini untuk dia tempuh.
***
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


“Abang tak datang, mama?,”
Dia memandang wajah mertuanya yang layu. Senyum cuba diukir. Dia tahu wanita tua itu tidak bersedia memberi jawapan.
“Abang marah Niza ya, mama? Abah?,”
“Berilah Khai sedekit ruang Niza. Beri dia masa,”
Niza tersenyum lagi. Cuba bergerak. Tetapi, tubuhnya terasa terlalu lemah. Saat ini, yang mahu dia lakukan, cumalah membiarkan matanya terpejam rapat. Namun, sebelum sepasang mata ini tertutup, ingin sekali dia menatap wajah Khairul. Menitipkan pesan buat ayah kepada seorang bayi yang baru keluar dari rahimnya beberapa hari yang lalu. Pesan yang mungkin menjadi pesan terakhir. Wallahu’Alam.
“Niza bimbang. Niza bimbang Niza yang tak cukup masa. Niza nak jumpa abang. Sekejap pun jadilah. Kalau abang tak mahu jumpa Niza… abah tolong ya,”
“Tolong apa? Apa Niza cakap ni? Niza tak apa-apa kan?,’Hasan utarakan pertanyaan. Kata-kata itu membuat hatinya bergetar halus.
Niza senyum lagi. Senyum yang cukup layu dari bibirnya yang putih pucat.
“Cakap pada abang. Ampunkan segala dosa Niza pada dia. Halalkan makan minum Niza salama Niza jadi isteri dia. Dan, abah… mama… ampunkan segala dosa Niza ya. Halalkan juga makan minum Niza selama Niza menjadi menantu,”
“Niza. Jangan cakap macam tu. Niza tak pernah buat salah pada kami. Niza menantu yang baik,”
“Aiman. Doktor cakap jantung Aiman ada masalah, abah. Suruhlah abang datang jenguk Aiman. Kasihan Aiman, abah…,”
Menitik air mata di birai mata tanpa sedar. Perlahan Hasan mengesat matanya yang sudah sedikit basah. Rayuan itu cukup memilukan. Dia menoleh. Memandang isterinya yang tertunduk di kerusi. Dia tahu isterinya juga menangis mendengar rayuan Niza.
“Niza takut…. Niza takut abang tak sempat…,”rayuan bersambung lagi.
“Abah akan cuba pujuk dia lagi. Sekarang, Niza berehatlah. Jangan banyak fikir. Tenangkan fikiran tu,”
Niza mengangguk dalam resah. Bagaimana mungkin dia boleh tenangkan tasik akalnya yang berkocak hebat? Rasa sedih. Bersalah. Lemah. Putus-asa. Semuanya berhimpun menjadi satu. Dia berusaha untuk membahagiakan suaminya. Berusaha mengotakan segala impian suaminya. Impian indah yang mereka cipta bersama-sama. Namun, ketentuan ALLAH, tiada sempadan. Sebagai hamba yang kerdil, segalanya dia terima sebagai ujian. Ujian yang menunjukkan kasih sayang ALLAH padanya. Dia redha. Tetapi, kenapa tidak Khairul? Kenapa Khairul berubah? Kenapa Khairul degil untuk menerima ketentuan ini? Kenapa?
Perlahan dia pejamkan mata. Membiarkan air mata menitis membasahi pipi.
“Niza…,”
Matanya dibuka perlahan. Tersenyum lagi. Menatap wajah ibu dan bapa mertuanya yang kelihatan sedikit risau. Wajah-wajah yang tidak pernah jemu jengahkan muka di sisi katilnya.
“Mama…abah… cuba selamatkan Aiman ya. Kalau takdir tidak mahu Aiman mengikut Niza, mama sayangilah dia. Lindungi dia. Tapi, kalau takdir mahu Aiman menemani Niza, maafkan Niza ya, mama…abah. Niza sudah cuba sedaya upaya untuk berikan abang zuriat. Untuk hadiahkan cucu pada mama dan abah. Maafkan Niza kalau Niza gagal,”
“Niza. Jangan cakap macam tu, nak,”
Niza tersenyum dan membiarkan matanya terpejam perlahan-lahan.
***
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

“Kau kejam!,”
Khairul tersentak. Segera dia bangkit. Suara itu kuat melantun di bilik yang sepi itu.
“Kau pentingkan diri sendiri,”
“Tidak!,”
“Ya! Kau pentingkan diri sendiri,”
“Siapa kau?,”
“Aku adalah kau…,”
Khairul tersentap. Memandang sekeliling. Kosong. Cuma dia di situ. Dan suara itu? Dadanya berombak kencang. Itu Cuma imgaginasi. Imaginasi!
“Bukan! Aku bukan imaginasi! Aku wujud. Di sini. Bersama kau…,”
Suara itu melantun lagi. Membuat Khairul terfana.
“Tidak! Ini semua hanya mainan perasaan,”
Dan, hilai tawa suara tanpa wajah itu memenuhi ruang bilik.
“Khairul…Khairul.... Kau memang pengecut. Kau nafikan semua kenyataan di hadapan kau. Kau memang manusia kejam,”
“Tidak! Aku tak kejam. Mereka yang kejam. Takdir yang kejam! Kenapa takdir aku seburuk ini? Aku tak patut terima ini semua. Aku berhak dapat yang terbaik,”
“Selama ini memang kau sudah dapat yang terbaik, Khairul. Kenapa kau nafikan? Kau ada ibu dan ayah yang baik. Isteri yang baik. Pengaruh yang baik. Hidup yang baik. Keluarga yang sempurna. Kenapa kau nafikan?,”
Khairul diam.
“Kau tinggalkan isteri kau sendirian selepas dia bertarung nyawa menghadiahkan kau seorang bayi yang memang kau tunggu selama bertahun-tahun. Mana pergi perasaan kau Khairul? Kau tinggalkan bayi kau, sebelum sempat pun kau pandang wajah dari darah daging kau sendiri. Kau memang kejam…,”
“Itu bukan anak aku!,”
“Itu memang anak kau!,”
“Diam! Anak aku tak cacat! Anak aku mesti sempurna! Anak aku tak akan cacat…,”
“Hah! Itu yang kau sibukkan? Kau tinggalkan anak isteri kau sendirian, semata-mata kerana itu? Walau macam mana keadaan anak itu, itulah anak kau. Kasihan anak itu. Bapanya tidak ingin menatap wajahnya sebaik dia kenal dunia ini. Jauh sekali hendak alunkan azan di telinganya. Alunan dari suara yang memberinya kesempatan untuk kenal dunia ini. Sayang…Sungguh sayang,”
“Diam!,”
“Aku boleh diam. Tapi, aku kasihan. Kasihan tengok manusia tidak tahu bersyukur macam kau. Kau ingkar pada ketentuan yang ALLAH tetapkan. Kau manusia bongkak Khairul. Nasiahat aku, pergilah, Khairul. Pergi lihat isteri dan anak kau, sebelum kau terlambat,”
“Tidak! Aku malu. Aku tak boleh ada anak cacat. Macam mana aku nak berdepan dengan masyarakat? Macam mana aku nak beritahu kawan-kawan aku? Tak mungkin. Ini semua tak adil!,”
“Kau yang tak adil pada diri kau sendiri Khairul. Kau gagal. Kau kejam. Kau kalah…,”
“Pergi! Jangan kacau aku!,”Khairul menjerit kuat. Seiring dengan kuat ketukan pada pintu biliknya. Suara itu terus sepi. Yang kedengaran cuma ketukan yang terus berlagu keras bersama suara bapanya yang kedengaran sedikit sendu.
“Khai.. buka pintu ni…,”
Dengan dada yang masih berombak, dia bergerak ke pintu. Membuka pintu perlahan. Merenung wajah bapanya yang jelas membekas air mata di pipi. Mata diaihkan pula ke arah ibu yang tunduk dalam pelukan bapanya. Reaksi itu sedikit berbeza dengan reaksi sebelum ini. Tiada lagi suara marah-marah. Tiada lagi lagu nasihat yang kedengaran sumbang di telinganya. Reaksi yang tiba-tiba mengundang debar di hati.
“Kenapa abah?,”
“Niza. Niza dah tak ada. Aiman pun pergi bersamanya….,”
Putus nafas Khairul tiba-tiba. Terduduk di lantai tiba-tiba. Kaku tiba-tiba. Dadanya kembali berombak. Laju. Dan semakin laju. Niza tiada? Dia kehilangan isterinya? Gadis yang dia cintai bertahun-tahun lamanya? Dan, bayi kecil itu? Tidak! Dia kehilangan bayi dari benihnya sebelum sempat dia pandang wajah itu. Wajah yang dia tunggu selama bertahun-tahun. Dadanya berombak lagi. Tanpa suara, pipinya basah dengan air mata. Perlahan tangannya meraup rambut yang sedikit masai.
“Abah bohong kan? Abah cuma nak saya pergi jumpa mereka kan?,”
“Sabarlah Khai. Mengucap. Istighfar banyak-banyak…,”
“Abah bohong! Abah tipu. Niza tak akan tinggalkan saya…,”
“Khai…Tumpah darah Niza tak berhenti. Dan…,”
“Tidakkkk!!!,”
Kata-katanya bapanya tidak dibenarkan bersambung.
****
“…maka jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul…”. Surah an-Nisa: 59

Air mata yang terus laju di pipi, dibiarkan sahaja. Longlai langkahnya sambil tangannya kuat mendakap tubuh kecil ke dadanya. Namun, tiada kehangatan pada tubuh kecil itu. Kaku berbalut kain putih. Perlahan dia menoleh. Sayu menatap pada jenazah Niza yang diusung di belakangnya. Sekelip mata dia kehilangan segalanya. Sekelip mata, dia tinggal sendirian di dunia ini. Tanpa sedar, bahunya berenjut lagi. Gagal menahan esakan yang pecah tiba-tiba.
“Sabar, Khai…,”
Pelukan di bahunya ternyata sedikit membantu. Dia menoleh, menatap wajah sugul bapanya.
“Khai menyesal. Khai tak sempat…,”
“Jangan cakap apa-apa. Semua sudah tersurat, Khai,”cepat bapanya menyampuk. Barangkali tidak mahu dia melayan emosi di saat isteri dan anaknya mahu pulang ke sisi yang Esa. Perjalanan terasa tidak memberi penat di kaki. Perasaannya seakan hilang tatkala dia menghulurkan jenazah kecil di pelukannya untuk disemadikan di sisi wanita kesayangannya itu. Esakannya datang tiba-tiba tatkala memandang ketulan-ketulan tanah yang di kepal lalu di susun di dalam liang. Dan apabila tanah perlahan-lahan ditimbus, dia tahu dia sudah terpisah selamanya dengan dua nyawa yang rapat di hatinya itu. Belati rasa tiba-tiba membidas keras di hati. Besar sungguh dosanya pada Niza. Pada bayi kecil itu. Dia kejam. Dan, dia tidak sempat memohon kemaafan atas kekejamannya itu. Dia biarkan Niza sendirian menghadapi saat sukar. Dia biarkan bayinya sendirian melawan kesakitan. Dia kejam.
“Niza…jangan tinggalkan abang sendirian….,abang perlukan Niza. Abang akan terima anak kita, Niza. Pulanglah… ”Khairul merintih pilu. Terjelepok di tepi nisan. Memandang sepi, pada pembaca talkin.
“Khai…. Jangan macam ni,”
Kahirul menoleh. Siapa lagi? Pastilah itu suara bapanya. Bapanya yang tidak putus-putus memberi semangat padanya. Tapi, ternyata semangatnya sudah pergi bersama Niza dan anaknya. Dia mengangkat muka. Melihat Niza tersenyum padanya. Melihat jemari kecil yang tergawang-gawang. Bayinya dipeluk erat oleh Niza.
“Niza!,”
“Relakan kami pergi, bang….,”
“Tidak! Abang tidak rela. Jangan pergi! Jangan pergi Niza. Niza! Tunggu abang!,”
Niza melangkah perlahan. Berpaling dan terus melangkah.
“Niza! Tunggu abang! Jangan tinggal abang! Jangan bawa anak kita. Niza!,”dia menjerit kuat. Melangkah laju sehingga hampir melanggar manusia-manusia yang berkerumun di kuburan itu. Dia mesti cepat. Dia tidak boleh biarkan Niza terus berlalu dari hidupnya. Laju dia mengejar. Mengejar pada bayang yang hilang dibawa kabus yang muncul selepas renyai berhenti.
“Niza….,”tangisnya apabila langkahnya mati. Kakinya longlai. Dan matanya layu. Pandangannya gelap.

TAMAT
RUJUKAN…
http://www.iluvislam.com/v1//news.php
http://tasekpauh.blogspot.com/
http://bobex.wordpress.com/

Thursday, December 18, 2008

Pergilah Air Mata 29

Jantung Dayana seakan berhenti berdegup. Langkah kakinya dimatikan serta-merta. Kaku berdiri di sebalik pintu. Menjenguk sedikit mencari bayang Jamilah dan Rahman. Ingin mendengar cerita selanjutnya dari perempuan itu. Ingin terus mencuri dengar. Tetapi, tiba-tiba terasa tindakan itu tidak wajar. Dia tidak patut mencuri dengar perbualan orang lain. Dia tidak diajar untuk berkelakuan begitu. Dan dia tidak pernah berbuat begitu. Namun, apa yang terlintas di telinganya sebentar tadi, tidak mahu dia abaikan begitu saja. Dia perlu tahu cerita sebenar.
“Ek hem…,”
Jamilah tersentak. Dayana mengukir senyum. Wajah Jamilah jelas disapu riak terkejut yang bukan sedikit.
“Puan Dayana…,”
“Cakap pasal apa ni? Boleh saya tahu?,”
Jamilah menggeleng sambil tersenyum kelat. Rahman pula tersengih sambil cepat-cepat mengangkat punggung dari tangga yang memisahkan halaman belakang rumah dengan ruang dapur.
“Saya pergi dulu. Nak sambung basuh kereta Datuk,”cepat-cepat Rahman berlalu. Jamilah tercegat dalam gelisah. Dia pasti Dayana dengar apa yang dibualkan bersama Rahman.
“Kak Milah?,”
Jamilah tersengih sambil menggaru kepala. Buntu memikirkan alasan yang untuk menutup cerita yang baru keluar dari mulutnya.
“Kenapa dengan Sabrina ya? Dia kerja dengan Datuk? Sorry. Bukan saya nak curi dengar. Tapi, terdengar,”
Jamilah diam. Cuma bibirnya mengukir senyum yang kurang manis. Perlahan dia mengangguk sebelum laju menggeleng. Membuat kening Dayana berkerut.
“Sorry? Apa maknanya tu? Angguk and geleng? Saya tak faham,”dia bersuara sambil bersandar pada peti sejuk. Perlahan-lahan tangannya memeluk tubuh.
“Saya pun tak berapa pastilah Puan. Saya Cuma terdengar Datuk dengan Datin bercakap,”
“Tak baik curi dengar perbualan orang lain. And, bawa pula cerita tu ke sana sini. Padahal awak sendiri pun tak pasti pasal cerita tu, ”
“Maaf Puan. Salah saya,”
Dayana tersenyum kecil.
“So, Sabrina kerja dengan Datuk or tak?,”
“Rasanya tak. Tak tahulah, Puan,”
“Okay. Tak apa. Nanti saya cari sendiri jawapannya. Hmm… boleh Kak Milah siapkan minum petang untuk saya? And, tolong bawa ke laman ya. Saya nak rehat kat sana,”
“Baik puan,”
Dayana tersenyum.
“Thanks,”ujarnya sepatah sambil melangkah keluar dari ruang dapur. Laju menuju ke ruang tamu, sehingga hampir bertembung dengan Sabrina.
“Sorry,”
Sabrina mematikan langkah. Tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Tak apa. Saya yang tergesa-gesa,”
Dayana turut tersenyum kecil mendengar jawapan Sabrina. Menatap seketika wajah gadis yang kini berkongsi suami dengannya. Tidak tahu kecuaian siapa, hari ini mereka bertembung. Sebolehnya dia tidak mahu bersemuka dengan Sabrina. Bukan sebab benci. Jauh sekali marah. Tetapi, ada rasa kekok yang luar biasa apabila dia terpaksa berdepan dengan Sabrina. Sabrina menyambung langkah menuju ke anak tangga.
“Sabrina,”bibirnya mengalun lembut nama itu. Dia perlu tahu sambungan cerita yang ditinggal tergantung oleh Jamilah sebentar tadi. Sabrina menoleh perlahan. Sedikit hairan apabila Dayana mula mahu mengajak dia berbual. Atau, selama ini, dia yang tidak memberi peluang Dayana untuk menyapanya? Dia yang sering mengelak daripada Dayana. Entah kenapa, hari ini dia boleh bertembung dengan Dayana.
“Ya. Ada apa?,”
“Boleh I Tanya something?,”
“Apa dia?,”
Dayana diam seketika. Tiba-tiba berat mulut untuk bertanya. Tiba-tiba terasa dirinya sudah mula mencampuri urusan peribadi orang lain. Satu sikap yang memang tidak disukainya. Namun, hal Sabrina berkaitan dengan Badrul. Dan, hal Badrul merupakan hal dia juga. Jadi, mahu atau tidak, dia terpaksa ajukan juga soalan buat Sabrina. Terpaksa.
“Dayana…?,”
Cepat-cepat Dayana mengangkat muka. Sabrina sedang menunggu dia bersuara.
“Is’t true, you kerja dengan abah?,”
“Tak,”jawab Sabrina sepatah.
“Tapi, I dengar Kak Milah cakap pasal tu…,”
Sabrina tersenyum kecil. Memandang wajah Dayana yang kelihatan sedikit binggung.
“Abah ada offer. Tapi, saya tolak,”
“You tolak? Why?,”
“Why? Sebab saya rasa saya tak perlu berada di sana,”
“Itu saja?,”soal Dayana sedikit kurang yakin dengan jawapan Sabrina.
“Awak nak tahu sebab lain juga ke?,”
Dayana membetulkan dirinya sambil memeluk tubuh. Maksudnya ada sebab lain yang menyokong keputusan Sabrina?
“Kalau tak menjadi rahsia pada I, apa salahnya,”
Sabrina tersenyum kecil.
“Tak ada rahsialah. Cuma, mungkin kurang penting,”
Dayana membalas senyum itu dengan satu senyuman yang pelik. Baru dia sedar, sukarnya untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan Sabrina. Dan, dari senyum Sabrina, dia tahu, gadis itu juga melalui situasi yang sama. Inikah namanya hubungan antara madu? Tidak mungkin boleh akrab rasanya. Tidak mungkin.
“Saya rasa, bekerja di tempat yang sama dengan Badrul, bukan satu keputusan yang bijak untuk kita bertiga. Kan?,”
Dayana sedikit tersentap. Kata-kata Sabrina menghalau lamunan yang baru menjengah.
“Maksudnya?,”
Sabrina tersenyum nipis.
“Saya tak nak bekerja bersama Badrul. Kalau boleh saya tak mahu jumpa dia selalu. Lagipun, saya tak nak terikat dengan apa-apa yang ada kaitan dengan Datuk Hamidi dan Badrul, bila Badrul dah lepaskan saya nanti. So, tak wajar untuk saya terima tawaran abah tu. Betul tak?,”
“Oh…,”
“Oklah, saya naik dulu,”
Dayana termangu. Memandang Sabrina yang berlari kecil meniti anak tangga. Ingin dia bertanya kenapa gadis itu tidak mahu sering berjumpa dengan Badrul? Namun, belum pun sempat soalan disusun, Sabrina terlebih dahulu berlalu. Dia menjungkit sambil mengeluh pendek. Langkahnya laju dihalakan ke arah halaman. Ingin menikmati angin petang. Langkahnya mati melihat kereta Badrul yang merangkak perlahan memasuki porch. Tersenyum lebar melihat Badrul yang turut menghadiahkan senyuman yang sama buatnya. Sudahnya, dia tercegat di situ. Menunggu Badrul melangkah keluar dari kereta.
‘Sekejapnya. Kata nak jumpa Darius,”
Badrul tersenyum kecil sambil merapati isterinya.
“Dia ada hal. Sekejap saja tadi jumpa dia,”
“Hal? Cakap nak jumpa you, tiba-tiba ada hal pula?,”
“Emergency. Girlfriend minta tolong,”
Dayana tersenyum. Mengatur langkah menuju ke arah meja besi di hujung taman mini, sambil Badrul mengekori dari belakang.
“Bad…,”
“Yup. Apa dia?,”Badrul bertanya sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Menatap wajah Dayana yang manis. Dayana diam seketika. Mengambil tempat di sebelah suaminya. Juga mencari ayat yang sesuai uuntuk dia membuka bicara. Pandangannya dihalakan ke wajah Badrul.
“You sembunyikan sesuatu dari I ke?,”
Badrul kerutkan kening.
“Sembunyikan sesuatu? Apa dia?,”
Dayana tersenyum kecil.
“You fikirlah sendiri,”
“Apa ya? I tak tahulah,”
“Sabrina,”
Badrul membetulkan duduknya. Sabrina? Apa pula tentang Sabrina yang dia rahsiakan daripada Dayana? Rasanya tidak ada.
“I tak faham. Apa dia yang I sembunyikan tu?,”
“You tak cakap pun, abah offer Sabrina kerja kat syarikat dia,”
Badrul mengangguk. Mulai faham cerita yang cuba Dayana sampaikan. Perlahan senyum diukir. Dayana memandang wajahnya. Serius. Menagih jawapan.
“Pasal tu ke? Dari mana you tahu?,”
“Dari mana I tahu, tak penting. Cuma I hairan. Kenapa you nak sorok dari I ya?,”
Badrul tergelak kecil. Menarik kerusi yang didudukinya, agar lebih rapat dengan Dayana.
“Corection ya sayang. I tak sorok. Cuma I tak cerita saja,”
Dayana menjeling.
“Samalah tu,”
“Mana sama. Langsung tak ada niat I nak sorok. Lagipun, I rasa tak penting. Sabrina pun tak terima tawaran tu. Lainlah kalau Sabrina terima,”
“Tapi, sepatutnya you cerita pada I. You tahu dari mana I tahu semua ni?,”
Badrul geleng. Mungkinkah Sabrina yang cuba membuka mulut? Apa niat gadis itu, kalau dia bercerita tentang itu pada Dayana? Untuk sakitkan hati Dayana? Atau untuk memancing marahnya?
“Sabrina yang cakap ke?,”soalnya laju.
“Kalau dia yang cakap, I tak rasa terkilan sangat. Ini, I terdengar pembantu rumah you yang sedang bergossip pasal ni. You tahu tak apa I rasa? Rasa macam I tak tahu apa-apa pun yang berlaku dalam rumah ni. Rasa macam bodoh sangat bila Kak Milah cerita tentang tu, and, I tak tahu apa-apa,”
Badrul tersenyum sambil mencapai jemari Dayana. Perlahan jemari itu dibawa ke bibirnya.
“I’m sorry okay? I tak berniat nak buat you rasa macam tu. Memang I terlupa nak cakap. Sebab I rasa perkara tu tak penting,”
“Of course penting sayang. I perlu tahu apa yang jadi sekeliling I. Anything, memang you kena beritahu I,”
Badrul tergelak mendengar kata-kata Dayana. Wajah isterinya itu juga sudah sedikit mencuka. Tersinggung barangkali.
“Yalah. Lepas ni, apa benda sekali pun, I akan cakap dengan you,”Badrul bersuara sambil mengusap pipi Dayana. Membuat bibir yang sedikit memuncung itu, mengukir senyum semula.
“Bad… I ada satu perkara lagi nak cakap dengan you,”
“Ada lagi? Kali ni, apa pula?,”
“I nak pindah,”
Badrul terkedu. Sedikit terkejut dengan permintaan Dayana. Tiba-tiba sahaja Dayana ingin berpindah. Kenapa? Matanya tajam memandang wajah isterinya itu..
“Tiba-tiba saja? Kenapa? Anything wrong?,”
“Everything is wrong,”
“Lain macam I dengar. Kenapa ni? You ada masalah dengan Sabrina ke? Sabrina ada cakap sesuatu dengan you ke?,”
Dayana mengeluh panjang. Merenung wajah Badrul yang kehairanan.
“Sabrina pun satu sebab juga. Tapi, ada sebab lain lagi,”
Badrul menahan nafas. Sabrina pun satu sebab juga? Apa yang telah Sabrina lakukan pada Dayana?
“You jelaskan pada I,”pinta Badrul dengan nada suara yang cukup perlahan. Dayana mengeluh lagi.
“I rasa peliklah. Rasa kekok bila terpaksa berdepan dengan Sabrina dalam rumah ni. I tak suka rasa macam tu. You know what I mean. Right?,”
“Kurang tahu. Perjelaskan lagi pada I,”Badrul bersuara separuh bergurau. Dayana menggetap bibir. Laju tangannya menepuk bahu Badrul. membuat Barrul menyeringai menahan pedih. Terfikir akan malang yag menimpa. Dayana suka memukul bahunya. Bukannya perlahan. cukup untuk mebuat rasa pedih merasap dis itu. Dan Sabrina pula, suka melayangkan tapak tangan ke pipinya. Namun, dua perbuatan itu, membuat dia tersenyum kini.
“Padan muka,”
Badrul tersengih.
“Garangnya wife I,”
Dayana mencebik.
“I serius, you main-main pula,”
“Tak, sayang. Mana ada I main-main. Serius. I kurang jelas. Explain to me,”
“Okay. Sabrina tu madu I. Sesekali kalau bertembung, pelik sangat rasanya tau. I tak sukalah. Lagipun, I kurang selesa bila mama selalu tegur I pulang lewat,”
Badrul diam. Ada lagi sebab tambahan rupanya.
“Memang patut pun, mama tegur. You kan isteri I. Sepatutnya, pulang awal sikit. Temankan I. Tak salahlah apa mama I tegur tu. Abah pun dah beberapa kali bersungut dengan I pasal tu,”
“Abah pun?,”
Badrul mengangguk sambil tersenyum. Jemarinya leka bermain-main dengan rambut Dayana yang melepasi bahu.
“You tak cakap pun,”
“Mama cakap, you buat tak kisah saja. Kalau abah yang cakap, you akan ikut ke?,”
Dayana merengus perlahan.
“You sindir I ya?,”
Badrul tergelak.
“Sindir tu taklah. Tapi, consider as perlilah ya,”
“You!,”Dayana menjerit geram. Dan Badrul tertawa riang.
“Betullah tu. I pun tak suka tiap-tiap malam kena tidur sorang-sorang. Lewat malam baru you balik,”
“Mana ada tiap-tiap malam? Pandai ya you reka cerita,”
“Almost lah. Cubalah balik awal sikit,”
“I dah cuba honey. Memang banyak betul kerja yang I kena buat,”
“Kerja memanglah banyak. Kalau ikutkan kerja, memang tak akan habis. Tapi, kitalah nak kena bijak aturkan kerja kita,”
“I dah cuba buat yang terbaik dah tu,”
Badrul menggeleng sambil tersenyum. Mahu bersuara lebih-lebih, dia teringat pada janjinya dulu. Janji sebelum kahwin. Memang dia pernah berjanji akan faham dengan cara Dayana bekerja. Tapi, itu sebelum kahwin. Sangkanya, dia boleh kotakan janji itu. Tetapi, nampaknya, selepas bergelar suami-isteri, komitmen Dayana pada kerjanya, terasa sedikit menggugat hubungan mereka. Dia cuba menegur dalam halus. Tidak mahu Dayana melabelnya sebagai memungkiri janji.
“Kita pindah ya?,”
Suara Dayana menarik perhatiannya.
“Tengoklah dulu,”
“Pleaselah. Lagipun, I rasa terkongkonglah tinggal di sini. I nak privacy. Nak tinggal dengan you saja. Just you and me. Tak ada gangguan. Boleh ya?,’
Badrul tersenyum panjang.
“Hmmm… just you…and me?,”soal Badrul perlahan. Dayana tersenyum manis sambil mengangguk. Berharap Badrul akan bersetuju.
“Bila you pulang lewat, so, it will be….just me? Macam tu?,”Badrul menyambung kata-kata bersama senyum yang makin melebar. Senyum dan kata-kata yang mematikan senyum Dayana. Dalam lembut Badrul sempat menyindir lagi.
“No, dear. I rasa, tak payahlah kita pindah. Tinggal saja di sini. Tak ada masalah, kan?,”
“Sebab adalah, I nak pindah. You ni….,”
“Alaa.. setakat teguran mama tu, you balik awal, diamlah dia. Kalau pasal Sabrina pula, you pun bukan selalu di rumah kan? Pagi-pagi dah keluar. Bila balik, Sabrina dah ada kat dalam bilik dia. So, apa lagi?,”
“Tu pun, masalah juga,”
“Apa dia?,”
“You tengoklah sendiri,”
Badrul menoleh. Memandang ke arah yang dimaksudkan Dayana. Dia terpaku sejenak melihat Sabrina bersandar di balkoni. Merenung pada dia dan Dayana dari jauh.
“I perasan, sejak kebelakangan ni, dia selalu perhatikan kita. Kenapa ya?,”
Badrul tersenyum kecil. Pandangannya dihalakan semula ke wajah Dayana.
“Perasaan you saja tu. You cemburu ya?,”ujar Badrul sengaja mengusik. Dayana jegilkan mata.
“Of courselah I cemburu. You suami I. Lagipun, before kita kahwin you and Sabrina dah janji dengan I yang tak akan ada apa-apa antara you dengan dia. Takkan ada apa-apa antara dia dengan you. I pegang janji you all berdua tau! And also, I tunggu you kotakan janji you. Janji you untuk lepaskan Sabrina,”
Badrul diam. Betul-betul terdiam mendengar kata-kata Dayana. Tiba-tiba dia teringatkan pelbagai janji yang pernah dibuat. Sungguh dia hampir terlupa pada janji-janji itu. Dayana merenung wajahnya sambil mengangkat kening. Lucu dengan tingkah itu, dia tergelak kecil. Perlahan mengangkat punggung.
“Come…,”ujarnya sambil menghulurkan tangan pada Dayana. Dayana tersenyum sambil menyambut huluran tangan Badrul. Bangun dari kerusi yang didudukinya. Pantas Badrul menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Berpaling, dan hampir bertembung dengan Jamilah yang membawa minuman petang.
“Hati-hati, Kak Milah,”
Jamilah tersenyum kelat mendengar teguran Badrul.
“Puan kata nak minum kat sini…,”
“Kak Milah simpan baliklah. Kami dah nak masuk dah…,”ujar Badrul selamba. Dayana tersenyum.
“Ha ahlah Kak. Kami dah nak masuk. Sorry ya,”Dayana bersuara dengan nada sedikit kesal.
“Tak apalah. Akak simpan semulalah,”
Dayana tersenyum.
“Terima kasih ya, kak,”
Jamilah tersenyum sambil mengangguk perlahan.
“Jom,”Badrul bersuara sambil menarik tubuh Dayana sambil melangkah sedikit laju. Membuat Dayana tergelak kecil sambil memukul perlahan dadanya.
“Nasib baik tak jatuh I...,”
“Tak apa. Kalau jatuh , I sambut,”
“Mengada-ngada,”
Jamilah terkebil-kebil melihat kemesraan pasangan itu yang berlalu bersama gelak tawa yang tidak berpenghujung. Kemesraan yang membuat dia berasa geram. Bukan sebab dia cemburu. Tetapi, dia pilu. Pilu melihat kebahagiaan Badrul dan Dayana sedang Sabrina selalu murung. Sabrina pun pantas mengecap kebahagiaan itu. Badrul sepatutnya lebih adil. Dia mengeluh perlahan sambil menyusun langkah. Membawa semula hidangan petang yang dia sipakan untuk Dayana.

***

Wednesday, December 17, 2008

Di Penghujung Rindu 4

Sayang,”
Julia menoleh. Shahril tercegat di ambang pintu , merenungnya sambil berpeluk tubuh. Perlahan dia mengangkat tangan. Menunjukkan ke arah jam di tangan. Julia tersengih panjang.
“Sayang buat apa lagi ni? Semua orang tunggu Ju kat bawah tu. Cepatlah sikit,”
Julia membetulkan rambut buat kali terakhir. Kemudian melangkah tergesa-gesa ke arah dua beg kertas yang sederhana besar.
“Ju nak ambil hadiah ni,”Julia membuat alasan sambil tersengih. Bersama dua beg kertas di tanga, dia mengatur langkah mendekati Shahril.
“Nah. Abang bawa satu,” hulurnya kepada Shahril. Shahril menyambut tanpa banyak bicara. Terus tangannya mencapai lengan Julia. Menarik Julia keluar dari bilik.
“Semua dah sampai ya , bang?”soal Julia sambil meniti anak tangga. Shahril mengerling. Menikmati wajah Julia yang dirias cantik.
“Dah. Dah lama pun dia orang tunggu. tu…. Bersiap mengalahkan artis nak buat show,”
Julia mengerutkan keningnya.
“Mana ada lama sangat,”
“Memang lama pun. Tengok… nak minum pun aku kena ambil sendiri,”
Julia menoleh.
“Lia! Alahai kesiannya. Biar aku yang bawa. Kau pergi sana. I‘m so sorry. Lambat sikit pun tak boleh tunggu,” Julia segera mengambil dulang berisi minuman daripada tangan Camalia. Tidak sampai hati melihat Camalia bersusah payah dengan perut yang sudah memboyot. Camalia tersenyum. Dibiarkan dulang bertukar tangan. Dia mengekori Julia dari belakang. Sama-sama menuju ke laman. menyertai, teman-teman lain yang sudah sedia menanti.
“Hai… lama betul nak tunggu air pengantin baru ni,” Fairuz bersuara sebaik Julia meletakkan dulang di atas meja.Julia tersenyum.
“Ini bukan air pengantin baru. Ini air mak buyung. Aku tolong bawa aje,”terangnya bersama sengih yang panjang.
“Tunggu kau lama sangat. Kami semua dah haus. Terpaksalah aku pergi buat air,” Camalia bersuara sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Perlahan-lahan sambil dibantu Fairuz.
“Janganlah marah. Aku lama sebab ambil ni,” Julia bersuara sambil menunjukkan beg kertas di tangan Shahril. Shahril meletakkan beg kertas tersebut di atas meja, sambil Julia mengeluarkan beberapa kotak yang berbalut cantik.
“Ini ole-ole dari Terengganu. Ini untuk Lia. This is for you Fairuz. And this is for you Kimi,” satu demi satu hadiah dihulurkan kepada teman-temannya.
“Thanks,”ujar Hakimi sepatah. Kotak hadiah itu dibeleknya, sebelum diletakkan di atas meja. Gerakan yang sama, dilakukan oleh Camelia dan Fairuz.
“Terima kasih Ju. Ingat juga kau kat kami ni, ya?,”Fairuz bersuara separuh berlucu. Camelia tersenyum mendengar usikan suaminya itu.
“Ala.. kak Ju. Mana adil macam ni? Untuk semua orang ada. Untuk Zeti tak ada ke?” tiba-tiba Nor Zetty mencelah dengan nada merajuk. Julia tersenyum. Wajah Not Zetty dipandang sekilas sebelum menyelongkar beg kertas di hadapannya.
“Mestilah ada. Semua dapat. Even for the baby pun… I dah belikan ole-ole,”
“Ini untuk Zeti.. dan ini untuk baby kita,” dua bungkusan kecil dihulurkan kepada Nor Zetty dan Camalia. Camalia tergelak kecil.
“Hai.. belum keluar dah dapat hadiah? Thanks Ju,” ujar Camalia senang. Fairuz dan Hakimi turut tersenyum. Sambil Nor Zetty tersengih membelek kotak hadiahnya.
“Thank you, Kak Ju. Ingat Kak Ju tak ingat kita,”
“Sama-sama. Mana boleh tak ingat? Semua Kak Ju ingat,” balas Julia sambil melabuhkan punggung di sebelah Shahril.
“So, macam mana honeymoon?” Hakimi membuka bicara setelah masing-masing leka dengan bungkusan hadiah masing-masing.
“Ok. Semuanya berjalan dengan lancar. Kita happy kat sana. Kan Ju? And, kau, Kimi. Kahwinlah cepat-cepat. Rugi tak kahwin” jawab shahril sambil menyentuh jemari Julia. Julia tersenyum sambil mengangguk tanda setuju. Hakimi pula tergelak kecil mendengar usikan Shahril.
“Shah..Shah.. kalaulah dari dulu kau dengar cakap aku… dah lama kau boleh lembutkan si Ju ni. Aku cakap kau tak nak percaya. Sekarang kau tengok. Once dia jadi isteri kau.. tak ada nak bertekak lagi. Main angguk je, dengar kau cakap,” Fairuz bersuara apabila melihat Julia Cuma mengangguk mendengar kata-kata Shahril. Shahril tergelak. Sementara Julia tersipu malu. Tiba-tiba terasa malu mendengar usikan Fairuz.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tiba-tiba menjadi lembut hati. Cukup senang bertolak ansur. Tidak seperti sebelum berkahwin
“Yelah. Nanti lawan cakap suami berdosa pulak,”Julia bersuara cuba membela diri.
“Tengok.. Dah berhenti lawan cakap kau, cakap aku pula yang dia lawan,”Fairuz membalas. Tidak mahu mengalah dengan kata-kata Julia. Sudahnya, Julia Cuma tersenyum sambil jelirkan lidah.
“Oh ya! Aku ada satu berita gempar. Kalau kau orang dengar, mesti terkejut besar,” Shahril tiba-tiba bersuara. Memandang wajah isterinya bersama sekuntum senyum yang sukar ditafsir maksudnya.
“Berita apa? Takkan dah nak jadi mama dengan papa kot?” Fairuz bertanya sambil tersengih panjang. Julia berkerut marah mendengar soalan itu sambil Fairuz tergelak besar. Camalia mencubit lengan suaminya sambil mengerutkan kening. Hakimi pula tersenyum panjang. Memang Fairuz kaki mengusik.
“Kau ni Faiz,”Julia menjerit geram. Membuat gelak Fairuz semakin kuat.
“Abang ni! Orang serius dia main-main pula,” Camalia pula bersungut membuat tawa Fairuz sedikit mereda.
“Ok lah. Abang serius,”Fairuz bersuara sambil mengawal tawa.
“Apa halnya Shah?” Camalia mula merisik cerita setelah tawa Fairuz betul-betul reda
“Abang yang cakap.. atau Ju?”soal Shahril sambil memandang Julia. Julia Cuma menjungkit bahu.
“Terserahlah. Ju tak kisah…,”
“Hmmm…Memandangkan Ju yang jumpa dulu… Ju sajalah yang cakap,” Shahril memberi ruang kepada Julia untuk membuka cerita. Julia tersenyum sambil mengangguk.
“Apa ni Mar? Macam benda penting sangat je,”Hakimi pula bersuara. Tidak sabar melihat situasi tarik tali yang Shahril dan Julia wujudkan. Julia tersenyum panjang.
“Sabarlah,”
“Tengah sabarlah ni. cepat-cepatlah cerita,”Fairuz menyampuk dengan wajah berkerut. Julia terus menyambung senyum. Pasti, beritanya akan membuat semua temannya itu terkejut.
“Well.. Semasa kami honeymoon.. cuba teka kami jumpa siapa?”
“Alaa.. kak Ju ni. Sama je dengan abang Shah. Saja nak buat suspen. Manalah kita orang tahu kak Ju jumpa siapa. Kak Ju jumpa siapa?” soalan Nor Zetty ternyata menjadi wakil kepada ketidak sabaran Camalia, Fairuz dan juga Hakimi. Melihat keadaan itu, Shahrul Cuma tersengih panjang. Sebagai mana dia terkejut apabila diberitakan oleh Julia , pasti teman-temannya itu juga seperti itu.
“ok..ok.. straight to the point, we met Huda! Nurul Huda!” ujar Julia girang. Kegirangan yang disambut dengan riak terkejut di wajah Camalia dan Fairuz. Sedang Hakimi yang sedang meneguk air, tiba-tiba tersedak. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Sudah cukup lama rasanya. Sementara Nor Zetty terkebil-kebil. Tidak tahu hujung pangkal ceritanya.
“Abang... Abang tak apa-apa?”soal Nor Zetty sambil menepuk belakang Hakimi yang tersedak. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku. Siapa Nurul Huda? Hakimi menggosok dadanya yang terasa pedih. Perlahan dia menggeleng ,sebagai menjawab pertanyaan Nor Zetty. Renungan Camalia dan Fairuz seakan tidak mampu dibalasnya. Sudahnya dia Cuma tunduk. Mencari kekuatan untuk mendengar cerita seterusnya daripada Julia.
“Di mana kau jumpa dia?” soal Fairuz apabila melihat Hakimi diam seribu bahasa. Dia mengandaikan soalan itu akan keluar dari mulut lelaki itu. Namun, nampaknya Hakimi lebih selesa berdiam diri. Pandangannya dialihkan pula ke arah isterinya. Wajah itu Nampak cukup terkejut.
“Lia…Lia okay kan?,”Fairuz bertanya perlahan. sedikit risau mellihat keadaan Camelia. Dia tahu Camelia terkejut. Tetapi, dia tidak tahu apa yang bergelodak di hati perempuan itu.
Camelia tersenyum kecil. Cuba sembunyikan rasa gugup yang menyerang tiba-tiba. Betul-betul dia tersentap mendengar berita itu. Gembirakah dia dengan berita itu? Kalau dia gembira mengapa tiada senyum yang menghiasi bibirnya? Atau .. marahkah dia dengan kehadiran semula Nurul Huda? Tetapi, untuk apa dia marah? Sedang kisah dia dengan Hakimi sudah lama berakhir. Dia kini bahagia bersama Fairuz.
“Ju. Kat mana kau jumpa Huda?,”Fairuz bertanya sekali lagi.
“Terengganu. Rumah emak saudara dia. Anyway, kenapa semua orang macam terkejut sangat ni? Aku ingat ini berita baik. Tapi, bila tengok muka kau orang semua, berita ni macam disaster pula ya?,”Julia bersuara pelik.
Hakimi terkedu. Nurul Huda di Terengganu. Nampaknya, Nurul Huda sudah kembali ke tempat asalnya. Setelah sekian lama menghilang arah entah ke mana, akhirnya gadis itu pulang jua.
“Of courselah berita gembira. Siapa yang tak gembira. Cuma terkejut. Tak sangka itu beritanya,”Fairuz bersuara sambil mengukir senyum. Julia memandang wajah-wajah di hadapannya. Memandang wajah Camelia dan Fairuz bersama senyum kelat masing-masing. Memandang pula ke arah Hakimi yang tunduk merenung meja.
“Ada sesuatu tentang Huda yang aku tak tahu ke?,”Julia bertanya perlahan. Wajah-wajah aneh di hadapannya membuat dia di buru seribu tanda Tanya.
“Maksud kau?,”Camelia bersuara setelah mendapat sedikit kekuatan. Dia perlu berdepan dengan kenyataan ini. Dia perlu berani berdepan dengan Nurul Huda.
“Muka kau orang semua. Pelik sangat aku tengok,”
Fairuz tergelak.
“Pandailah kau,”
Julia diam sambil terus meneliti. Shahril pula tekun memerhati tingkah Hakimi yang kelihatan gelisah.
“Kimi. Are you okay?,”
Hakimi mengangkat muka. Soalan Shahril mengembalikannya ke dunia realiti. Hilang wajah Nurul Huda yang bertamu di minda.
“Okay. Kenapa?,”
“Nothing. Aku Nampak kau macam tak okay,”
Hakimi tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Aku okay,”dia bersuara lagi. Cuba meyakinkan Shahril. Julia tersenyum kecil.
“Aku cakap Huda dah ada di sini, macam ni, kau semua terkejut. Belum lagi aku cakap berita yang lagi gempar,”ujar Julia sambil menongkat dagu.
“Berita apa lagi?,”Camelia bertanya lambat-lambat. Dia pasti, berita yang Julia maksudkan itu pasti masih ada kaitan dengan Nurul Huda.
“Pasal Huda juga ke?,”Fairuz menambah.
Julia tersenyum sambil mengangguk.
“Apa dia?,”Nor Zety tiba-tiba menyampuk.
“Dia dah ada anak tau!,”
Mendengar kata-kata Julia itu, Hakimi hampir pitam. Tidak mungkin. Tiba-tiba terasa pandangannya berpinar-pinar. Terkejut sungguh. Nurul Huda ada anak? Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Tidak mungkin! Dia memalingkan muka. Bertaut dengan renungan Camelia. Sungguh dia tidak mengerti maksud renungan itu.
“Anak lelaki. Tapi tak sempat jumpa kan bang,” Julia terus bercerita.
“Berapa umur anaknya?” tiba-tiba soalan itu meluncur laju dari mulut Hakimi. Dia perlu tahu.
“Empat atau lima tahun. Bila aku tanya pasal suami dia, dia tak nak cakap. Tak minat nak cakap pasal perkahwinan aku. Itulah jawapannya. So, tak tahu apa status dia sekarang,”
Jantung Hakimi seakan mahu pecah. Empat atau lima tahun? Mungkinkah anak itu..? Dan cerita dari mulut Julia dan Shahril tidak lagi melekat di telinganya. Dia lebih senang berbicara dengan perasaannya sendiri…Dia perlu cari Nurul Huda. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu. Banyak persoalan yang perlu dia leraikan. Terlalu banyak.

****
[11:35:50 PM] hos.getah: