Thursday, December 18, 2008

Pergilah Air Mata 29

Jantung Dayana seakan berhenti berdegup. Langkah kakinya dimatikan serta-merta. Kaku berdiri di sebalik pintu. Menjenguk sedikit mencari bayang Jamilah dan Rahman. Ingin mendengar cerita selanjutnya dari perempuan itu. Ingin terus mencuri dengar. Tetapi, tiba-tiba terasa tindakan itu tidak wajar. Dia tidak patut mencuri dengar perbualan orang lain. Dia tidak diajar untuk berkelakuan begitu. Dan dia tidak pernah berbuat begitu. Namun, apa yang terlintas di telinganya sebentar tadi, tidak mahu dia abaikan begitu saja. Dia perlu tahu cerita sebenar.
“Ek hem…,”
Jamilah tersentak. Dayana mengukir senyum. Wajah Jamilah jelas disapu riak terkejut yang bukan sedikit.
“Puan Dayana…,”
“Cakap pasal apa ni? Boleh saya tahu?,”
Jamilah menggeleng sambil tersenyum kelat. Rahman pula tersengih sambil cepat-cepat mengangkat punggung dari tangga yang memisahkan halaman belakang rumah dengan ruang dapur.
“Saya pergi dulu. Nak sambung basuh kereta Datuk,”cepat-cepat Rahman berlalu. Jamilah tercegat dalam gelisah. Dia pasti Dayana dengar apa yang dibualkan bersama Rahman.
“Kak Milah?,”
Jamilah tersengih sambil menggaru kepala. Buntu memikirkan alasan yang untuk menutup cerita yang baru keluar dari mulutnya.
“Kenapa dengan Sabrina ya? Dia kerja dengan Datuk? Sorry. Bukan saya nak curi dengar. Tapi, terdengar,”
Jamilah diam. Cuma bibirnya mengukir senyum yang kurang manis. Perlahan dia mengangguk sebelum laju menggeleng. Membuat kening Dayana berkerut.
“Sorry? Apa maknanya tu? Angguk and geleng? Saya tak faham,”dia bersuara sambil bersandar pada peti sejuk. Perlahan-lahan tangannya memeluk tubuh.
“Saya pun tak berapa pastilah Puan. Saya Cuma terdengar Datuk dengan Datin bercakap,”
“Tak baik curi dengar perbualan orang lain. And, bawa pula cerita tu ke sana sini. Padahal awak sendiri pun tak pasti pasal cerita tu, ”
“Maaf Puan. Salah saya,”
Dayana tersenyum kecil.
“So, Sabrina kerja dengan Datuk or tak?,”
“Rasanya tak. Tak tahulah, Puan,”
“Okay. Tak apa. Nanti saya cari sendiri jawapannya. Hmm… boleh Kak Milah siapkan minum petang untuk saya? And, tolong bawa ke laman ya. Saya nak rehat kat sana,”
“Baik puan,”
Dayana tersenyum.
“Thanks,”ujarnya sepatah sambil melangkah keluar dari ruang dapur. Laju menuju ke ruang tamu, sehingga hampir bertembung dengan Sabrina.
“Sorry,”
Sabrina mematikan langkah. Tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Tak apa. Saya yang tergesa-gesa,”
Dayana turut tersenyum kecil mendengar jawapan Sabrina. Menatap seketika wajah gadis yang kini berkongsi suami dengannya. Tidak tahu kecuaian siapa, hari ini mereka bertembung. Sebolehnya dia tidak mahu bersemuka dengan Sabrina. Bukan sebab benci. Jauh sekali marah. Tetapi, ada rasa kekok yang luar biasa apabila dia terpaksa berdepan dengan Sabrina. Sabrina menyambung langkah menuju ke anak tangga.
“Sabrina,”bibirnya mengalun lembut nama itu. Dia perlu tahu sambungan cerita yang ditinggal tergantung oleh Jamilah sebentar tadi. Sabrina menoleh perlahan. Sedikit hairan apabila Dayana mula mahu mengajak dia berbual. Atau, selama ini, dia yang tidak memberi peluang Dayana untuk menyapanya? Dia yang sering mengelak daripada Dayana. Entah kenapa, hari ini dia boleh bertembung dengan Dayana.
“Ya. Ada apa?,”
“Boleh I Tanya something?,”
“Apa dia?,”
Dayana diam seketika. Tiba-tiba berat mulut untuk bertanya. Tiba-tiba terasa dirinya sudah mula mencampuri urusan peribadi orang lain. Satu sikap yang memang tidak disukainya. Namun, hal Sabrina berkaitan dengan Badrul. Dan, hal Badrul merupakan hal dia juga. Jadi, mahu atau tidak, dia terpaksa ajukan juga soalan buat Sabrina. Terpaksa.
“Dayana…?,”
Cepat-cepat Dayana mengangkat muka. Sabrina sedang menunggu dia bersuara.
“Is’t true, you kerja dengan abah?,”
“Tak,”jawab Sabrina sepatah.
“Tapi, I dengar Kak Milah cakap pasal tu…,”
Sabrina tersenyum kecil. Memandang wajah Dayana yang kelihatan sedikit binggung.
“Abah ada offer. Tapi, saya tolak,”
“You tolak? Why?,”
“Why? Sebab saya rasa saya tak perlu berada di sana,”
“Itu saja?,”soal Dayana sedikit kurang yakin dengan jawapan Sabrina.
“Awak nak tahu sebab lain juga ke?,”
Dayana membetulkan dirinya sambil memeluk tubuh. Maksudnya ada sebab lain yang menyokong keputusan Sabrina?
“Kalau tak menjadi rahsia pada I, apa salahnya,”
Sabrina tersenyum kecil.
“Tak ada rahsialah. Cuma, mungkin kurang penting,”
Dayana membalas senyum itu dengan satu senyuman yang pelik. Baru dia sedar, sukarnya untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan Sabrina. Dan, dari senyum Sabrina, dia tahu, gadis itu juga melalui situasi yang sama. Inikah namanya hubungan antara madu? Tidak mungkin boleh akrab rasanya. Tidak mungkin.
“Saya rasa, bekerja di tempat yang sama dengan Badrul, bukan satu keputusan yang bijak untuk kita bertiga. Kan?,”
Dayana sedikit tersentap. Kata-kata Sabrina menghalau lamunan yang baru menjengah.
“Maksudnya?,”
Sabrina tersenyum nipis.
“Saya tak nak bekerja bersama Badrul. Kalau boleh saya tak mahu jumpa dia selalu. Lagipun, saya tak nak terikat dengan apa-apa yang ada kaitan dengan Datuk Hamidi dan Badrul, bila Badrul dah lepaskan saya nanti. So, tak wajar untuk saya terima tawaran abah tu. Betul tak?,”
“Oh…,”
“Oklah, saya naik dulu,”
Dayana termangu. Memandang Sabrina yang berlari kecil meniti anak tangga. Ingin dia bertanya kenapa gadis itu tidak mahu sering berjumpa dengan Badrul? Namun, belum pun sempat soalan disusun, Sabrina terlebih dahulu berlalu. Dia menjungkit sambil mengeluh pendek. Langkahnya laju dihalakan ke arah halaman. Ingin menikmati angin petang. Langkahnya mati melihat kereta Badrul yang merangkak perlahan memasuki porch. Tersenyum lebar melihat Badrul yang turut menghadiahkan senyuman yang sama buatnya. Sudahnya, dia tercegat di situ. Menunggu Badrul melangkah keluar dari kereta.
‘Sekejapnya. Kata nak jumpa Darius,”
Badrul tersenyum kecil sambil merapati isterinya.
“Dia ada hal. Sekejap saja tadi jumpa dia,”
“Hal? Cakap nak jumpa you, tiba-tiba ada hal pula?,”
“Emergency. Girlfriend minta tolong,”
Dayana tersenyum. Mengatur langkah menuju ke arah meja besi di hujung taman mini, sambil Badrul mengekori dari belakang.
“Bad…,”
“Yup. Apa dia?,”Badrul bertanya sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Menatap wajah Dayana yang manis. Dayana diam seketika. Mengambil tempat di sebelah suaminya. Juga mencari ayat yang sesuai uuntuk dia membuka bicara. Pandangannya dihalakan ke wajah Badrul.
“You sembunyikan sesuatu dari I ke?,”
Badrul kerutkan kening.
“Sembunyikan sesuatu? Apa dia?,”
Dayana tersenyum kecil.
“You fikirlah sendiri,”
“Apa ya? I tak tahulah,”
“Sabrina,”
Badrul membetulkan duduknya. Sabrina? Apa pula tentang Sabrina yang dia rahsiakan daripada Dayana? Rasanya tidak ada.
“I tak faham. Apa dia yang I sembunyikan tu?,”
“You tak cakap pun, abah offer Sabrina kerja kat syarikat dia,”
Badrul mengangguk. Mulai faham cerita yang cuba Dayana sampaikan. Perlahan senyum diukir. Dayana memandang wajahnya. Serius. Menagih jawapan.
“Pasal tu ke? Dari mana you tahu?,”
“Dari mana I tahu, tak penting. Cuma I hairan. Kenapa you nak sorok dari I ya?,”
Badrul tergelak kecil. Menarik kerusi yang didudukinya, agar lebih rapat dengan Dayana.
“Corection ya sayang. I tak sorok. Cuma I tak cerita saja,”
Dayana menjeling.
“Samalah tu,”
“Mana sama. Langsung tak ada niat I nak sorok. Lagipun, I rasa tak penting. Sabrina pun tak terima tawaran tu. Lainlah kalau Sabrina terima,”
“Tapi, sepatutnya you cerita pada I. You tahu dari mana I tahu semua ni?,”
Badrul geleng. Mungkinkah Sabrina yang cuba membuka mulut? Apa niat gadis itu, kalau dia bercerita tentang itu pada Dayana? Untuk sakitkan hati Dayana? Atau untuk memancing marahnya?
“Sabrina yang cakap ke?,”soalnya laju.
“Kalau dia yang cakap, I tak rasa terkilan sangat. Ini, I terdengar pembantu rumah you yang sedang bergossip pasal ni. You tahu tak apa I rasa? Rasa macam I tak tahu apa-apa pun yang berlaku dalam rumah ni. Rasa macam bodoh sangat bila Kak Milah cerita tentang tu, and, I tak tahu apa-apa,”
Badrul tersenyum sambil mencapai jemari Dayana. Perlahan jemari itu dibawa ke bibirnya.
“I’m sorry okay? I tak berniat nak buat you rasa macam tu. Memang I terlupa nak cakap. Sebab I rasa perkara tu tak penting,”
“Of course penting sayang. I perlu tahu apa yang jadi sekeliling I. Anything, memang you kena beritahu I,”
Badrul tergelak mendengar kata-kata Dayana. Wajah isterinya itu juga sudah sedikit mencuka. Tersinggung barangkali.
“Yalah. Lepas ni, apa benda sekali pun, I akan cakap dengan you,”Badrul bersuara sambil mengusap pipi Dayana. Membuat bibir yang sedikit memuncung itu, mengukir senyum semula.
“Bad… I ada satu perkara lagi nak cakap dengan you,”
“Ada lagi? Kali ni, apa pula?,”
“I nak pindah,”
Badrul terkedu. Sedikit terkejut dengan permintaan Dayana. Tiba-tiba sahaja Dayana ingin berpindah. Kenapa? Matanya tajam memandang wajah isterinya itu..
“Tiba-tiba saja? Kenapa? Anything wrong?,”
“Everything is wrong,”
“Lain macam I dengar. Kenapa ni? You ada masalah dengan Sabrina ke? Sabrina ada cakap sesuatu dengan you ke?,”
Dayana mengeluh panjang. Merenung wajah Badrul yang kehairanan.
“Sabrina pun satu sebab juga. Tapi, ada sebab lain lagi,”
Badrul menahan nafas. Sabrina pun satu sebab juga? Apa yang telah Sabrina lakukan pada Dayana?
“You jelaskan pada I,”pinta Badrul dengan nada suara yang cukup perlahan. Dayana mengeluh lagi.
“I rasa peliklah. Rasa kekok bila terpaksa berdepan dengan Sabrina dalam rumah ni. I tak suka rasa macam tu. You know what I mean. Right?,”
“Kurang tahu. Perjelaskan lagi pada I,”Badrul bersuara separuh bergurau. Dayana menggetap bibir. Laju tangannya menepuk bahu Badrul. membuat Barrul menyeringai menahan pedih. Terfikir akan malang yag menimpa. Dayana suka memukul bahunya. Bukannya perlahan. cukup untuk mebuat rasa pedih merasap dis itu. Dan Sabrina pula, suka melayangkan tapak tangan ke pipinya. Namun, dua perbuatan itu, membuat dia tersenyum kini.
“Padan muka,”
Badrul tersengih.
“Garangnya wife I,”
Dayana mencebik.
“I serius, you main-main pula,”
“Tak, sayang. Mana ada I main-main. Serius. I kurang jelas. Explain to me,”
“Okay. Sabrina tu madu I. Sesekali kalau bertembung, pelik sangat rasanya tau. I tak sukalah. Lagipun, I kurang selesa bila mama selalu tegur I pulang lewat,”
Badrul diam. Ada lagi sebab tambahan rupanya.
“Memang patut pun, mama tegur. You kan isteri I. Sepatutnya, pulang awal sikit. Temankan I. Tak salahlah apa mama I tegur tu. Abah pun dah beberapa kali bersungut dengan I pasal tu,”
“Abah pun?,”
Badrul mengangguk sambil tersenyum. Jemarinya leka bermain-main dengan rambut Dayana yang melepasi bahu.
“You tak cakap pun,”
“Mama cakap, you buat tak kisah saja. Kalau abah yang cakap, you akan ikut ke?,”
Dayana merengus perlahan.
“You sindir I ya?,”
Badrul tergelak.
“Sindir tu taklah. Tapi, consider as perlilah ya,”
“You!,”Dayana menjerit geram. Dan Badrul tertawa riang.
“Betullah tu. I pun tak suka tiap-tiap malam kena tidur sorang-sorang. Lewat malam baru you balik,”
“Mana ada tiap-tiap malam? Pandai ya you reka cerita,”
“Almost lah. Cubalah balik awal sikit,”
“I dah cuba honey. Memang banyak betul kerja yang I kena buat,”
“Kerja memanglah banyak. Kalau ikutkan kerja, memang tak akan habis. Tapi, kitalah nak kena bijak aturkan kerja kita,”
“I dah cuba buat yang terbaik dah tu,”
Badrul menggeleng sambil tersenyum. Mahu bersuara lebih-lebih, dia teringat pada janjinya dulu. Janji sebelum kahwin. Memang dia pernah berjanji akan faham dengan cara Dayana bekerja. Tapi, itu sebelum kahwin. Sangkanya, dia boleh kotakan janji itu. Tetapi, nampaknya, selepas bergelar suami-isteri, komitmen Dayana pada kerjanya, terasa sedikit menggugat hubungan mereka. Dia cuba menegur dalam halus. Tidak mahu Dayana melabelnya sebagai memungkiri janji.
“Kita pindah ya?,”
Suara Dayana menarik perhatiannya.
“Tengoklah dulu,”
“Pleaselah. Lagipun, I rasa terkongkonglah tinggal di sini. I nak privacy. Nak tinggal dengan you saja. Just you and me. Tak ada gangguan. Boleh ya?,’
Badrul tersenyum panjang.
“Hmmm… just you…and me?,”soal Badrul perlahan. Dayana tersenyum manis sambil mengangguk. Berharap Badrul akan bersetuju.
“Bila you pulang lewat, so, it will be….just me? Macam tu?,”Badrul menyambung kata-kata bersama senyum yang makin melebar. Senyum dan kata-kata yang mematikan senyum Dayana. Dalam lembut Badrul sempat menyindir lagi.
“No, dear. I rasa, tak payahlah kita pindah. Tinggal saja di sini. Tak ada masalah, kan?,”
“Sebab adalah, I nak pindah. You ni….,”
“Alaa.. setakat teguran mama tu, you balik awal, diamlah dia. Kalau pasal Sabrina pula, you pun bukan selalu di rumah kan? Pagi-pagi dah keluar. Bila balik, Sabrina dah ada kat dalam bilik dia. So, apa lagi?,”
“Tu pun, masalah juga,”
“Apa dia?,”
“You tengoklah sendiri,”
Badrul menoleh. Memandang ke arah yang dimaksudkan Dayana. Dia terpaku sejenak melihat Sabrina bersandar di balkoni. Merenung pada dia dan Dayana dari jauh.
“I perasan, sejak kebelakangan ni, dia selalu perhatikan kita. Kenapa ya?,”
Badrul tersenyum kecil. Pandangannya dihalakan semula ke wajah Dayana.
“Perasaan you saja tu. You cemburu ya?,”ujar Badrul sengaja mengusik. Dayana jegilkan mata.
“Of courselah I cemburu. You suami I. Lagipun, before kita kahwin you and Sabrina dah janji dengan I yang tak akan ada apa-apa antara you dengan dia. Takkan ada apa-apa antara dia dengan you. I pegang janji you all berdua tau! And also, I tunggu you kotakan janji you. Janji you untuk lepaskan Sabrina,”
Badrul diam. Betul-betul terdiam mendengar kata-kata Dayana. Tiba-tiba dia teringatkan pelbagai janji yang pernah dibuat. Sungguh dia hampir terlupa pada janji-janji itu. Dayana merenung wajahnya sambil mengangkat kening. Lucu dengan tingkah itu, dia tergelak kecil. Perlahan mengangkat punggung.
“Come…,”ujarnya sambil menghulurkan tangan pada Dayana. Dayana tersenyum sambil menyambut huluran tangan Badrul. Bangun dari kerusi yang didudukinya. Pantas Badrul menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Berpaling, dan hampir bertembung dengan Jamilah yang membawa minuman petang.
“Hati-hati, Kak Milah,”
Jamilah tersenyum kelat mendengar teguran Badrul.
“Puan kata nak minum kat sini…,”
“Kak Milah simpan baliklah. Kami dah nak masuk dah…,”ujar Badrul selamba. Dayana tersenyum.
“Ha ahlah Kak. Kami dah nak masuk. Sorry ya,”Dayana bersuara dengan nada sedikit kesal.
“Tak apalah. Akak simpan semulalah,”
Dayana tersenyum.
“Terima kasih ya, kak,”
Jamilah tersenyum sambil mengangguk perlahan.
“Jom,”Badrul bersuara sambil menarik tubuh Dayana sambil melangkah sedikit laju. Membuat Dayana tergelak kecil sambil memukul perlahan dadanya.
“Nasib baik tak jatuh I...,”
“Tak apa. Kalau jatuh , I sambut,”
“Mengada-ngada,”
Jamilah terkebil-kebil melihat kemesraan pasangan itu yang berlalu bersama gelak tawa yang tidak berpenghujung. Kemesraan yang membuat dia berasa geram. Bukan sebab dia cemburu. Tetapi, dia pilu. Pilu melihat kebahagiaan Badrul dan Dayana sedang Sabrina selalu murung. Sabrina pun pantas mengecap kebahagiaan itu. Badrul sepatutnya lebih adil. Dia mengeluh perlahan sambil menyusun langkah. Membawa semula hidangan petang yang dia sipakan untuk Dayana.

***

25 comments:

Wans said...

best..best..best...!!!!
k'hanni cpat2 laa smbung ye..
(^O^)//

fara88 said...

cdih..

x suka ar dayana 2..
rs mcm maria yg kedua
hahahah

tp maria lg jahat la...

Anonymous said...

tu la.. makin tak suke dayana tu ...
maria + dayana same2 jahatnya..
sian kat sabrina..
lupe plak.. thanks kak hanni smbg..

LeaQistina said...

argh!! xsuka..

akak.. sabrina tu mmg dh xleh nak agresif sket ke? xpun.. wat la si dayana tu dok bising2 lebih2 supaya bad ceraikan sabrina.. hehe.. time tu mgkin bad akan lebih sedar rasa hati dia..

plzzzzzz

nin said...

siannya sabrina...

sedih la..dayana hanya pentingkan diri sdiri, x suka

nana_yoong said...
This comment has been removed by the author.
nana_yoong said...

sedihnyer...masing2 benar pada situasi masing...

badrul keliru dengan perasaan sendiri..
Dayana ingin memiliki badrul seutuhnya..
sabrina cuba mengelak agar tidak terikat dengan apa2pun berkaitan badrul...

dlm situasi2 ni, sabrina la yang plg terhimpit & menjadi mangsa dengan nasib malang yang dicipta oleh sahabat sendr..tp tu la takdir namanya

Kalau sy meletakkan diri ditempat sabrina sekrg, sy xmungkin akan menerima badrul sepenuh hati sebagai insan yang dicintai setelah melihat kemesraanya dengan dayana..entahla..too complicated to xplain..

...nyway waiting 4 yr nex n3 k.hanni...

atashinci said...

ce...dihnye......knpe lak dayana cam tu....
mle2 cam ske gak kt dayana sbb kesian kt dia tpi....bile dia wat prangai cam tu meluat lak.....

Anonymous said...

uuuu... sedihnya, melampau la dayana tu tamak

atie md said...

thnaks kak hanni...
sedih n kesian kat ina...tp klu bad setuju nak pindah pun ok gak...sbb lps ni baru dia tahu bila yana selalu balik lewat dia akan keseorangan dan sepi tanpa teman... masa tu bad akan ingat kat ina, rindunya akan selalu bertandag buat ina n gelora hatinya memaksa bad utk selalu pulang ke rumah parent dia semata-mata utk tengok ina n hilangkan rasa rindunya...baru padan muka bad..hee..hee..hee suke n3 ni

misz nana said...

".. rasa macam I tak tahu apa-apa pun yang berlaku dlam rumah ni.."
dah awak sibuk memanjang, nak buat mcm mana?
dah la selalu balik lewat..
eii! geramnya la ngan budak sorang ni!

"I nak pindah.."
pentingkan diri sendiri betul la dayana ni.. asyik pk diri dia je..

keSENGALan teserlah.. said...

waaahhh..
mcm2 komen ader..
tp sye sokong ngn komen2 kat sini..
geram je ngn si dayana tuh..
geram gak ngn badrul..
n geram gak ngn ina..
sokong lea,,kasi la ina tuh agresif sket k.hanni..
hihi...

smbung cpat sket ek..
best2...

Anonymous said...

a'ah tamak lak dayana tue..
sdgkn ina yg breaksi seolah2 tiada apa2 n bhrp dlpskn..

malangnye si bad tue xdpt buat kptsn yg blh mbahagiakn ina..hemm..

pe pun..besh sgt2...
senyum lebar bace n3 nie wpn ceta ttg ina xbyk...

chaiyok2 kak hanni..
tetap menunggu n3 strsnyerr...

*swit hanna*

Hanni Ramsul said...

Hmmm.. Nak mencelah skit.
Terpanggil nak menyampuk. ahaks

Nak Sabrina agresif? lahai.. sebenarnya, saya mmg nak Sabrina macam ni, manja, lembut, pasrah...

saya nak Sabrina jadi kuat melalui pengalaman yang dia lalui. dan, saya nak Sabrina tak tonjolkan kekuatan dia dengan cara agesif. cukup dia dapat kekuatan untuk dia lindungi diri dia sendiri.

lagipun, apa salahnya kita biarkan kelembutan yang menawan segalanya nanti.
mana tahu kelembutan ni juga satu hari nanti akan hancurkan semua hati yang kejam pada Sabrina

Hanni Ramsul

Anonymous said...

xpe kak hanni..

sy terima ina seadanyer...cewahhh...

pe pun ceta PAM mmg bessshhhh...

*harap2 bad akn sedar akhirnye yg ina tue permata yg bernilai*

**swit hanna**

keSENGALan teserlah.. said...

hehehee..
xkesah la k.hanni..
asalkan best n ader smbungan seterusnye.....
^0^

Anonymous said...

apa2 ajelah hanni janji cite ni best dan dapat baca sampai endinggggggg dan cepat2 ada n3 selalu .... dan diterbitkan cepattttt

Anonymous said...

setuju.. sy pn rasa elok je kak hanni nk wat ina tu lembut.. tu lah keistimewaan ina.. kalau agresif .. makin kurang dramatik la.. hehe.. dah sama mcm dayana plak..

ape2.. kak hanni jgn lupe smbg ye.. tak sabarnya nk tggu citer nie abis dan terbit... :)

Nurul said...

saya suka ina mcm ni ,
perempuan yg lembut , tk lawan ckp .
sy suke :D

yunix77 said...

ni kali pertama saya bagi comment
saya suka gaya penceritaan hanni
saya memang kaki novel jadi bila terjumpa cerita2 yg sebegini memang 'layan'

errr...boleh tak banyakkan part badrul ngan sabrina? orang2 lain tu sentuh sikit2 jer dah la. takyah banyak2. hihihi...

apa-apa pun...teruskan berkarya dan hasilkan karya2 yg hebat & bermutu

Anonymous said...

best la n3 bru kak hanni ni...
keep up da gud work...
walaupon x suka dgn dayana tu....
tp kalo citer sume nk happy je, xda la nmpak realistik citer ni...
huhuhu pape pon
x sabar nk baca PAM 30...

puteri_mukhriz said...

kak bgla sabrina tue agresif cikit...x kan tak sayang suami kut? bg la dayana tue sll blk lmbt..baru badrul sedar...menyampahnya!

bidadari cinta said...

bestnye cite ni k.hanni..x sabar nak tggu hingga ending..geram sangat dgn dayana.terlalu pentingkn diri..

CiK DiDa said...

alahai k.hanni..besh sgt2 cite ni..x sabo tggu next n3..hehehe

em..x ske ah dgn yana 2..dh jd mcm maria yg ke dua dh..pnting diri je..c pk lasum psl ina pdhal die 2 bz..hampeh tol..geram aku kt minah 2..hehehe..ina..sabo la ye..nanti bad sdr la 2..yg si bad plak..mnjekn lg yana 2..ish..geram! hehehe..

k.hanni..cpt la upload n3 baru..luvya!!

nEeYa_dEeyA said...

dayana mmg akan cemburu..bad suami dia..cuma dayana tak macam maria..dayana tak amik kesempatan..cuma bila dia da memiliki bad - lelaki yang dia cinta- sure la dia takut dia akan ilang bad..maybe gak dia sedar..dia jarang ada masa ngan bad..selalunya ina yg ada ngan bad..tapi dia masih arap yg bad akan ingat janji2 dia untuk ceraikan ina..
cite nih mmg menarik k.hanni..cepatla post new n3 ek..??

[11:35:50 PM] hos.getah: