Thursday, January 22, 2009

Pergilah Air Mata 37



Melihat Jamilah melangkah keluar dari bilik Sabrina, Badrul perlahankan langkahnya. Sebaik hilang sahaja wajah perempuan itu, laju dia menyambung langkah. Berhenti di hadapan bilik Sabrina. Tangannya dibawa ke pintu. Namun niat untuk mengetuk pintu, terbatal apabila melihat pintu bilik Sabrina yang sedikit terbuka. Perlahan dia menolak daun pintu. Menjenguk ke dalam. Sabrina tekun menatap screen komputer. Tanpa rasa bersalah, dia melangkah masuk. Hatinya disapa rasa ingin tahu. Ingin tahu apa yang sedang Sabrina buat. Dan, rasa ingin tahu itu telah membenarkan dia menceroboh hak bersendirian Sabrina. Perlahan dia melangkah. Berdiri dengan diam di belakang Sabrina yang bersila di katil. Ternyata kehadirannya langsung tidak disedari gadis itu. Sabrina leka membuka dan menutup satu demi satu e mail sebelum daftar keluar. Sebaik window ditutup, dia sedikit terkedu melihat gambar yang terpapar di screen. Gadis itu. Dia ingat nama gadis itu. Maria. Sekali lagi dia teringat gambar yang tersimpan di dalam purse Sabrina. Yang dia lihat secara diam-diam semasa di Pangkor. Dan, lelaki bersama Sabrina dan Maria. Tidak perlu mindanya bekerja kuat untuk cuba mengingati siapa lelaki itu. Kekasih Sabrina. Ikmal. Dia ingat nama lelaki itu. Dia ingin bersuara. Namun, niatnya mati sebaik Sabrina membuka satu window kecil. Window yang hampir membuat dia kehilangan nafas.

Ikmal_Hakim: Salam Ina. Ina sihat?
Ikmal_Hakim: abang tahu Ina ada…
Ikmal_Hakim: Tak tahu kenapa… Tiba-tiba abang teringatkan Ina. Abang tahu perasaan ini
salah. Tapi, Abang benar-benar rindukan Ina. Tak tahu kenapa. Susah sangat
abang nak teruskan hidup tanpa Ina. Abang cuba. Abang berjaya tipu semua
orang sekeliling abang. Abang berjaya tipu mak. Berjaya tipu Mar. Tapi, abang
tak berjaya tipu diri sendiri. I love you so much, sayang. Rasanya perasaan itu tak pernah berubah. Mungkin tak akan berubah, Ina.
Ikmal_Hakim: Hmm… Tak baik abang cakap macam tu kan? Abang minta maaf. Ina bahagia
kan? Dia layan Ina dengan baik kan? Dia tak sakiti Ina lagi kan?
Ikmal_Hakim: Plaese Ina. Say something. At least cakap Ina sedang bahagia sekarang…Kalau
Dia buat Ina sedih, beritahu abang…

Badrul menahan nafas. Patah perkataan yang diproses mindanya itu begitu mencabar kelelakiannya. Sabrina tetap juga berhubung dengan lelaki ini. Walau sekeras mana larangannya, Sabrina tetap mencari lelaki ini.
“Saling melepas rindu ke?,”
Sabrina tersentak. Pantas dia mendongak. Memandang wajah Badrul yang sudah memerah. Pucat. Wajah gadis itu ternyata bertukar pucat. Segera jemarinya bergerak ke tetikus. Ingin menutup window Yahoo! Mesenger Ikmal. Namun, Badrul lebih pantas. Melabuhkan punggung ke katil sambil menarik tangan Sabrina.
“Awak nak buat apa? Lepaslah tangan saya,”
Badrul Cuma merenung tajam sambil menarik computer riba Sabrina hampir padanya. Yakin dia boleh mendominasi computer itu sepenuhnya, pegangannya pada tangan Sabrina dilepaskan. Sabrina menelan liur.
“Awak nak buat apa?,”
“Kau diam!,”
Dijerkah sebegitu, Sabrina terus diam di sisi. Memandang Badrul yang bersila menghadap computer ribanya.

InaShahzan: Amaran terakhir aku. Jangan ganggu Sabrina! Aku tak suka kau ganggu Sabrina!

Sabrina terkebil-kebil. Tindakan Badrul ternyata diluar jangkaannya.
“Awak. Janganlah buat macam tu. Tak baiklah,”Sabrina bersuara. Tidak suka Badrul membalas sapaan Ikmal sekeras itu.
“Kenapa? Kau takut kekasih kau merajuk?,”
Sabrina diam.

Ikmal_Hakim: Aku tak ganggu dia. Betul-betul tak tahu jaga privacy orang ya?
InaShahzan : Siapa yang tak tahu jaga privacy siapa? Malam2 begini ganggu isteri orang?
Ikmal_Hakim: Maaf. Tak berniat nak mengganggu. Saya Cuma nak bercakap dengan Sabrina
Sebentar. Cuma nak tanya khabar.
InaShahzan: Aku tak izinkan. Dan, amaran terakhir aku. Jangan ganggu dia lagi! Kau yang
Hantar dia pada aku. So, jangan kacau dia lagi! And, dia sihat! Tak payah risau.
Kalau pun dia tak sihat, dia ada suami. Suami dia boleh jaga dia. Faham?!
Ikmal_Hakim: Aku tak akan kacau Sabrina, kalau kau tak buat dia menangis lagi…

Sabrina terpaku membaca kata-kata saling bertelagah antara Badrul dan Ikmal. Dia tersepit di tengah-tengah. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Menghalang Badrul, bermakna dia mencurahkan minyak ke dalam api kemarahan Badrul yang marak. Dia tidak mahu mendengar kata-kata penghinaan dari Badrul lagi. Dan, melihat Ikmal dituduh begitu, dia juga tidak sampai hati. Ikmal terlalu baik untuk menerima tuduhan seburuk itu. Tindakannya sekadar minimize window Yahoo! Mesenger Ikmal sebaik sahaja lelaki itu menyapanya tadi, ternyata silap. Sepatutnya dia terus tutup. Namun, dia sedikit lega apabila Badrul menutup window Yahoo! Mesengger itu. Lega, sekurang-kurangnya pertelagahan itu berakhir. Lega yang Cuma sebentar. Menanggapi renungan tajam Badrul, hatinya mula kecut.
“Apa alasan kau kali ni?,”Badrul bertanya sambil matanya terus tajam menikam wajah Sabrina. Sabrina mengeluh pendek. Tidak tahu jawapan yang bagaimana harus dia berikan. Meski dia tahu dia tidak salah, namun untuk meyakinkan Badrul terasa seperti mustahil. Salah faham demi salah faham, terasa semakin memburukkan keadaan. Akhirnya dia bergerak perlahan mahu turun dari katil. Melihat wajah Sabrina yang sedikit bersahaja, pantas Badrul mencapai lengan gadis itu.
“Answer me!,”Badrul bersuara tegas. Sabrina diam. Cuba melawan renungan Badrul yang seakan mahu menelannya. Walau ada rasa gerun, dia harus berani. Ketakutannya akan membuat Badrul semakin kebal.
“Anggaplah apa yang ada dalam kepala awak tu, jawapan saya,”akhirnya sepotong ayat itu keluar dari bibirnya. Satu kata-kata yang agak menentang. Dia tahu kata-kata bakal mencabar kesabaran Badrul.
“Sabrina. Aku tak ada mood nak layan loyar buruk kau,”sedikit keras suara yang keluar dari bibir lelaki itu, sambil memegang kedua –belah bahu Sabrina. Membuat Sabrina terkedu. Cengkaman Badrul perlahan-lahan membawa rasa sakit.
“Sakitlah awak,”
“Kalau kau tahu sakit, jawab soalan aku. Jangan nak main-main dengan aku,”
Sabrina membuang pandang. Jawapan yang bagaimana yang harus dia beri? Mengaku salah dan biarkan Badrul terus menghukumnya? Atau, cuba memberitahu perkara sebenar dan mendengar Badrul mencantas satu demi satu kebenaran dengan teori-teorinya?
“Jawab soalan aku. Aku tak suka kau buat muka macam tu,”
“Memang betul apa saya cakap. Untuk apa saya jawab, kalau awak tak percaya? Awak pegang apa saja yang awak fikir. Jangan harap jawapan dari saya. Saya tak nak jawab soalan awak tu. Sia-sia saja,”
Badrul merengus perlahan. Menatap wajah Sabrina yang sedikit kelat. Jelas gadis itu marah.
“Selalu kau berhubung dengan dia?,”soal Badrul dengan nada yang direndahkan sedikit. Tidak mahu suasana hening malam terganggu dek suaranya. Juga cuba untuk berlembut dengan Sabrina. Sabrina membuang pandang. Membakar rasa geram di hati Badrul.
“Sabrina…,”
“Saya dah cakap, saya tak nak cakap apa-apa,”Sabrina bersuara geram. Kenapa? Dia kurang pasti. Yang dia tahu, dia kurang senang dengan kemunculan Badrul secara tiba-tiba. Tidak suka apabila Badrul menceroboh hak persediriannya. Benci apabila Badrul menuduh Ikmal yang bukan-bukan. Menyampah apabila Badrul kembali bersikap dictator padanya. Itu semua menyingkap rasa geram. Menambahkan rasa ingin terus menyakiti hati Badrul.
Badrul merenung tajam.
“Kau tahu aku tak suka bila kau buat macam tu, kan? Berapa kali aku beritahu kau? Aku tak nak kau ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu. Faham? ,”
“Saya tak…,”
“Tak? Tak, apa? Aku tengok sendiri,”
“Awak salah sangka,”
Badrul tergelak sinis.
“Aku? Aku salah sangka? Kekasih kau luahkan rasa rindu, aku yang salah sangka? Patutlah kau suka duduk saja di bilik. Tak kisah terkurung. Rupa-rupanya kau berhubung dengan dia di sini ya?,”
“Tak!,”
“Masih nak nafikan?,”
“Susahlah cakap dengan awak ni. Lantaklah awak nak cakap apa. Fikirlah apa pun awak nak fikir. Saya dah tak kisah,”Sabrina bersuara keras. Membuat Badrul terdiam. Tidak mahu sepatah lagi kata-kata darinya, membuat Sabrina menjerit pula. Pasti kecoh kalau sampai suara dia dan Sabrina sampai ke telinga bapanya. Dia pandang wajah Sabrina yang mencuka. Marah benar nampaknya. Perlahan dia mengeluh. Sudah agak lama dia tidak melihat wajah Sabrina sekelat itu.
“Kau tahu aku tak suka apa kau buat ni, kan?,”dia bersuara lembut.
“Saya pun tak suka bila awak buat saya macam ni. Layan saya macam ni,”Sabrina bersuara perlahan. Membuat Badrul diam seketika. Menatap wajah Sabrina yang masih memuncung.
“Apa maksud kau?,”soal Badrul sedikit hairan. Apa yang Sabrina tidak suka tentangnya?
“Tak ada apa-apa,”
“Tell me. Aku betul-betul nak tahu apa maksud kau? Layanan aku yang mana yang kau tak suka? Layanan macam mana yang kau harapkan?,”
Sabrina berpaling muka.
“Tak ada apa-apalah. Lupakan saja,”ujar Sabrina pendek. Sedar dia telah tersasul.
“Kau tahu aku tak akan mengalah macam tu saja. Tell me. Apa yang ada dalam kepala kau sekarang ni?,”
Sabrina bergerak ke birai katil. Tidak mahu berada hampir dengan Badrul. Marahnya kini sudah berganti risau. Risau Badrul terus mendesak.
“Macam mana awak boleh tiba-tiba berada dalam bilik saya ni?,”dia mula mengalihkan topic perbualan.
“ Itu tak penting. Yang penting, aku dah tahu apa kau buat selama ni. Tak boleh jumpa di luar, jumpa di sini ya?,”
Sabrina menjeling. Badrul sedar akan jelingan itu. Namun, ternyata kali ini, melihat jelingan itu, gagal mengalirkan rasa marah di hatinya. Cuma senyum yang terukir di bibir. Jelingan itu lebih memikat hatinya. dia senyum lagi. Sambil menggeleng perlahan. Senyum yang membuat Sabrina pelik. Ingin bertanya, tetapi, hatinya yang bengkak lebih suka dia diam.
“Now, tell me. apa yang kau tak suka?,”lembut suara Badrul bersama senyum yang panjang.
“Saya dah cakap, tak ada apa-apalah. Just forget it,”
“Never. Aku tak pernah give up. Kau pun tahu, kan?,”
“Lantak awaklah,”
“Okay. Lantak aku. Sekarang aku nak dengar jawapan kau. Pasal lelaki tu, aku letak tepi dulu. Sekarang ni, aku nak kau jawab soalan aku. Layanan aku yang mana yang kau tak suka? Layanan macam mana yang kau nak?,”
Sabrina mengangkat muka. Sudah tiada riak marah dalam renungan Badrul. Dan itu sudah cukup untuk membuat dia berasa sedikit gundah.
“Saya tak suka awak marah-marah saya macam ni,”akhirnya dia bersuara sambil melarikan pandangannya.
“Oh… tak suka. Dah tu, kau suka macam mana?,”
Sabrina diam. Layanan bagaimana yang dia suka? Soalan Badrul dibiarkan tanpa jawapan. Dia menoleh. Badrul bergerak ke arahnya. Mengambil tempat disebelahnya.
“Kenapa awak ke sini? Awak nak apa?,” tanpa menjawab soalan Badrul, Sabrina mengulang semula soalannya. Soalan lencongan daripada topic yang tidak selamat ini. Badrul diam sambil perhatikan riak Sabrina yang serba -salah.
“Awak… dengar tak saya Tanya?,”Sabrina bersuara lagi sambil mencari wajah badrul. Terpaku seketika tatkala renungan mereka bertaut. Dia tidak suka renungan itu. Renungan yang sentiasa mengundang debarnya. Debar yang berbeza daripada debar rasa takut yang dia rasai sebentar tadi.
“Kenapa? Aku tak boleh ke sini?,”
Sabrina menelan liur. Dengan renungan sebegitu, dan suara selembut itu, dia benar-benar tidak mahu berasa di sisi Badrul.
“Memang tak boleh pun,”dia cuba kawal, tetapi, dia sedar, suaranya sudah sedikit bergetar.
“Kenapa?,”
Sabrina diam. Bukan tidak mahu menjawab. Tetapi suaranya sudah betul-betul hilang. Badrul versi romantic, sering buat dia hilang suara. Mungkin Badrul versi lama sebih serasi dengannya. Jerit pekik Badrul lebih membuat dia tenang. Perlahan dia mengangkat punggung. Ingin keluar dari situ. Namun, pegangan tangan Badrul, mematikan langkahnya. Kaku di situ. Badrul menarik tangannya, membuat dia terduduk semula di sisi lelaki itu.
“Kalau kau tak mahu aku marah-marah, kenapa kau selalu cabar kesabaran aku?,”
“Saya tak pernah buat macam tu pun..,”
“Sabrina. Kau tahu, aku pun tahu..,”
Sabrina mengeluh perlahan. Sudah berputus-asa dengan prasangka Badrul. Terserahlah apa kata Badrul.
“Saya tak boleh nak paksa awak percaya saya kan?,”
Badrul tersenyum kecil.
“Belum ada alasan untuk aku percaya pada cakap kau,”
“Okay,”
“Apa yang okay?,”
Wajah Badrul dipandang. Perlahan dia menggeleng. Tunduk sambil menyentuh cincin yang terlekat di jari manisnya. Sebentuk cincin. Sebuah perkawinan. Satu prasangka. Bersama satu dendam. Semua itu hadiah Badrul untuknya. Hadiah yang tidak mampu membuat dia tersenyum tatkala dia menerimanya. Tersenyum sebagaimana lebarnya senyum insan lain mendapat hadiah. Sedikit tersentak apabila Badrul turut menyemtuh cincin di jari manisnya.
“Yang ini, kau dengar cakap aku. Tak pernah lagi aku tengok cincin ni tanggal dari jari kau,”
“Hak untuk tanggalkannya ada pada awak,”
Badrul diam. Spontan jarinya mengusap lembut tangan Sabrina. Membawa ke bibirnya. Spontan pula Sabrina menarik tangannya. Hampir tidak bernafas sebaik bibir Badrul mengucup lembut tangannya. Dia memandang wajah Badrul.
“May be, awak patut keluar kot,”Sabrina bersuara perlahan. Bergerak perlahan apabila Badrul semakin rapat padanya. Dia mahu menolak apabila jemari Badrul mengusap lembut rambutnya. Tetapi, hatinya merelakan. Bodohnya dia. Dan debarnya semakin menggila apabila jemari Badrul kini menyentuh dagunya. Lemah seluruh anggotanya tatkala tangan Badrul menarik tubuhnya ke dalam pelukan lelaki itu.
“Ops! Maaf,”
Serentak dia dan Badrul menoleh ke pintu. Jamilah terkedu bersama susunan baju yang sudah dilipat. Terkesima.
“Akak hantar kemudian saja baju-baju ni,”
Belum sempat Sabrina atau Badrul berkata apa-apa, Jamilah cepat-cepat keluar. Pelukan terlerai tiba-tiba. Badrul menggaru kepala yang tidak gatal. Sedang Sabrina tertunduk. Malu!
“Aku… Aku minta maaf,”Badrul bersuara perlahan. Kesal dengan kekhilafan sendiri.
“I’m really sorry,”
“Bukan salah awak…,”
Badrul diam seketika. Cuba bertenang.
“You were right. I’m not suppose to be here,”akhirnya dia bersuara perlahan.
Sabrina Cuma memerhati. Badrul mengangkat punggung. Bergerak meninggalkannya.
“And…,”Badrul berpaling.
“Aku Cuma nak beri ni,”
Sabrina memandang wajah Badrul. Jelas wajah itu kelihatan cukup serba-salah. Badrul mencapai tangannya. Meletakkan sekeping cek di telapak tangannya. Cek berlipat yang dia tahu berapa nilainya. Sudah beberapa keping cek dengan jumlah yang sama, tersimpan di dalam lacinya.
“Saya…,”
“And, macam biasa. Kalau kau nak cashkan, minta Rahman bawa kau ke bank. Jangan memandai pergi sendiri,”
“Saya..,”
“Good night,”sekali lagi Badrul mematahkan bicaranya sambil berlalu sebelum dia sempat menolak cek tersebut. Dia tidak mahu cek-cek itu. Cek bernilai RM2000 itu memang setiap bulan Badrul beri padanya. Dia mengeluh panjang. Memandang kosong cek di tangannya.
“Bukan ini yang aku mahu Bad…Aku mahu ketenangan,”tanpa sedar dia bersuara perlahan.

****

40 comments:

mia said...

thanksss hanni n3 nie..... lega dapat baca... besttt

aRa said...

hmm , ada dah n3 baru dari kak , rindu rasanya , sekurang-kurangnya dapat juga saya baca sebelum bertapa kat sarawak sat gi , malam nie saya bertolak kak , berdebar-debar rasanya , thanks kak
n3 kali nie besh juga , tapi ksian bad tak dapat apa yang dia mau , sabar-sabar lah bad , iena tak tolak maksudnya dia bukan tak suka awak , kan kak hani?

Anonymous said...

huhuhu..

wawawawa..

bad dh jatuh chenta tanpo disedari la...
bila dorang nak sedar nie..
x sabo nyerr...

kak hanni..bestnya...

nak lagiii...:)

*swit hanna*

Anonymous said...

bestnyer...nak lagi...huhuhu...

nizah said...

aduhai....terbuainya hati.....thanks kak hanni...

atie md said...

best n3 ni... suke sgt. bad n ina mmg saling kasih cuma tak luah je... tungguuuuu... thanks kak hani

kurnia said...

best nyer....thanks kak hani....nk lg...nk lg...nk lg....

nurhakim said...

thnks kak hanni..
akhirnya de gak n3 tuk ari nie...
penantian 2 satu pnyeksaan ak tau.. hihi...pe2 pn n3 kli nie best sgt..
ska lah bad ngn ina...sweet je...

Anonymous said...

alamak kak milah ni kacau daun la, hantar la baju len kali. sambung la cepat hanni,

misz nana said...

alaaa kak jamilah ni.. time tu gak dia masuk bilik ina.. wrong timing betul.. orang baru nak feel.. huhuhu..

neway,n3 kali ni pun best gak..
thanks kak hanni..

nana_yoong said...

arrrhh, tertekan.. tp relaxla, kak hanni mmg pandai menyentuh perasaan pembaca..

keep it up, sy tgu n3 yg lebih mendebarkan

name saye tiha said...

KAK HANNI.....sgt bes n3 kali ni...sy nk lg..huhuuu...
wa2...bad mmg suda btl2 fal 4 ina..hee...nk lagi yer...;p

atashinci said...

la.... kak jamilah ni....kacau daunlh...
msti ina teruk kne usik dgn kak jamilah nanti...
best hanni
cpt2 smbung

Anonymous said...

mmg bes tulisan kak hani
setaraf ngan penulis terkenal

aniesza said...

hahaha.. terkantoi gan k.jamilah la plak...

~~Lolipop~~ said...

ades...
k jamilah ni kacau line la..
adesssss......

cian kat ina...
ssh sgt nak sebut ketenangan tu..
mgkin dia pk psaan bad kot..
alahai..
baiknya hati....

Anonymous said...

memang best gilers tapi... kan sian ikhmal ... dia x salah yang salah maria...

maria yang rancang ini semua...
bencinya...

romatika laaa....

Anonymous said...

walaweh... kacau daun la kak jamilah ni, aku baru nak feeling...

MOHD FADLY said...

Salam,
Aduh bersambung lagi..
Hari2 membuatku menunggu2..
Harap dapat membaca sambungan seterusnya secepat mungkin..
Kepada Sis Hanni...Cerita kak memang best...Teruskan menulis n terus menulis.... Salam...

keSENGALan teserlah.. said...

adddooyyy kak jamilah nie potong q tol lar..
bru nk beromantik2...
hehehee...
ske2..
nk lgiii..

Nurul said...

waa bunga bunga cinta dh berputik lahhh
i love the new bad . badrul versi romantic ! hahaha :D
ngeee suke :D

Anonymous said...

hahaha....
kelakarnyeee....
muka macho tapi minat gak awak
baca novel ye mohd fadly...
hahahaha...kelakarnyeeee
nak terputus usus aku ni gelak

Anonymous said...

salam akak sy nak bgi komen tentg cerita nie

sy sedih sgt..tk dapat terima badrul kawen dua..kenpe dia sia-siakan sabrina tue??sabrina tue cukup baiklah...

tpi dia suke tuduh sabrina bukan22..tk kesian kerk dia kt sabrina..mana ada isteri sebegitu bek benrkn kawen ag satu..kalu ade pun msti terluka..

jadi andai kalu ending cerite nie mereka tk bersama sya lebih suke....selayaknya badrul tue lepaskan jerk sabrina tue..

buat apa dia menyimpan mahligai kosong, kalau dia tk gunakan...

lagi stu akak..adik hrp badrul sedar sbnrnye sabrina tue sbnrnye baik..dan hrp sgt bile nnti badrul sedr kewujudan sabrina..sabrina sudh menjadi hak milik org lain...kalau bukan ikmal mungkin darius tkpun sesiapa sahaja..mungkin kelihtn emosional..tpi sy lebih suke ending sebgitu..

dr.cinta said...

sdehla n3 kalini..kesian sabrina n ikmal..huhu

sensei said...

rase nyer bukan sbb bad da suke kat ina..cume die sunyi je coz dayana xde..so ina la tmpt die meromantikkan diri..hehe..pa2 pun..syok n3 ni..thx kak hanni..

Shaazixhanna said...

best nye kak hanni...
tp kak mila ni kacau daun arrr....
baru nak seronok...ekekekk..
ape2 pun thxxx.,.
mmg syok n3 ni....

nak ending sabrina dan bad...:)

cepat2 sambung kak.....

diana said...

tq..kak hanni..
n3 kali ni pun best..
nk lg? hikhik..
wrongtime la kak jamilah ni...ishh

Nafisya said...

wah.. sejak bile plak ina online? slalu akak buat dia dok dlm blk sorang².. bosan.. neh tetibe ade laptop plak..

best².. nnt smbg lg ek.. =)

-Nafisya-

aqilah said...

bestnya hanni. buatlah babak mereka ter...tidur bersama. keh..keh.... badrul tu aksyen aje... mahu tapi ego......

Anonymous said...

heheheh..ni yg ketiga kali meyha baca tau k.hanni!!!! ekekekek;)
tapi kat comment ni ada pencinta lelaki yg berani muncul kan diri..
hensem gak erk??
tapi puji x ada makna tau



PAM yg seterus nya biar lebih hebat lagi,,biar semua x tdor hahahaahhahah.....

Anonymous said...

aduh kak hanni n3 kali ni sy dh bca byk kali..x sbr nk tai apa jd stersnya..teratailayu

Anonymous said...

adeyh...cepat la sambung... gler tak sabar nie!!! aiSy_anGeL

Anonymous said...

saya harap jgnlah bad meromantikkan diri untuk ina hanya apabila dayana tiada... mungkin bad sunyi sebab tu dia cari ina..???

ikan goreng said...

ala korg nih...kesian die...
lelaki pon bleh pe bace novel...huhuu

ikan goreng said...

btw .... nak bad ngn ina gak!!!!!

Org Ganu said...

lambat lg ke nak sambung kat hanni? dah ketagih gle ni.huhu

atieza said...

salam..saya baru terjumpa blog kak hanni..semlman sy khatam pergilah airmata..sadis sungguhh..tak sabar nak tunggu ending..make sure sabrina with badrul k..hehehe

i-am-i said...

la...kot ye pun kak milah tbabas masuk...klua la blik senyap2...kak milah, kak milah....hisyy...

Anonymous said...

salam kak hani;
sye da selamat khatam baca novel kak hanni.PAM memang terbaek lah!!best sgt2..dr mula baca,da tao da ceritanyer best.smpi pukol 3 pagi bru tdo semata2 nak abeskan novel ne.xleh nak tggu esok.ehehe.

kak,teruskan lgi buat novel yg best2 camni...syiokkk!

babym said...

suker suker citer ni...bc sehari je dh habis,,watak Bad kerek gak...nasib bek Sabrina pun kerek gak....hahaha...yg dbenci,itulah yg d kejar...lumrah dunia kn kn kn...

[11:35:50 PM] hos.getah: