Sunday, November 30, 2008

Pergilah Air Mata 25

“Tak nak tambah ke, Yana?,”
Dayana tersenyum sambil menggeleng perlahan. Datin Hamidah tersenyum kecil sambil menolak pinggannya.
“Betul ke you tak nak tambah ni? Sedap Kak Milah masak ni. You pula, sikit benar you makan,”
“Dah kenyanglah,”
Badrul menjungkit bahu sambil tersenyum. Datuk Hamidi cuma memandang gelagat anak dan menantunya itu.
“I naik dulu ya. Mama..abah…saya naik dulu,”
Datin Hamidah mengangguk. Datuk Hamidi pula sekadar mengukir senyum. Badrul membasuh tangan sambil menolak pinggan yang sudah kosong.
“Bad, tunggu sekejap,”Datuk Hamidi bersuara sebaik Badrul mengangkat punggung dari kerusi. Datin Hamidah yang sudah mula melangkah meninggalkan meja makan, mematikan langkahnya seketika. Memandang ke arah suaminya. Cuma untuk seketika, sebelum dia berlalu meninggalkan Badrul dan Datuk Hamidi di meja makan. Tidak mahu mengganggu perbincangan suaminya dan Badrul.
“Ada apa, abah?,”Badrul mengajukan pertanyaan. Perlahan dia duduk semula ke kerusi.
“Ada perkara yang abah nak cakap sikit,”
Badrul diam. Setia menunggu apa yang ingin bapanya katakan. Datuk Hamidi membetulkan duduknya. Menunggu Jamilah membawa pinggan ke ruang dapur. Sebaik bayang pembantu rumah itu hilang dari pandangannnya, matanya kembali tertumpu pada wajah Badrul. Badrul tersenyum sambil bersandar ke kerusi.
“Sabrina apa khabar?,”
Badrul merenung wajah bapanya. Soalan itu terasa menggeletek jiwanya. Dia tersenyum kecil.
“Kenapa abah tanya? Kan hari-hari nampak dia?,”soal Badrul lucu.
“Abah memang jumpa dia hari-hari. Kamu? Bila kali terakhir kamu jumpa dia? Kamu kena ingat Badrul. Tanggungjawab kamu pada Sabrina sama dengan tanggungjawab kamu pada Dayana. Besar tanggungjawab tu, kamu tahu?,”
Badrul terdiam. Senyumnya juga mati perlahan-lahan. Soalan bapanya rupa-rupanya bersebab. Dia sendiri lupa bila kali terakhir dia berselisih dengan Sabrina. Sejak pulang dari Bali, Sabrina berusaha mengelak dari bertemu dengannya. Dia pula, seakan lupa pada Sabrina apabila Dayana sering berada di sisinya. Mendengar nama itu dari mulut bapanya, mengingatkan dia bahawa Sabrina masih lagi ada bersamanya. Dia tersenyum kelat. Sekejap ingatannya begitu kuat pada Sabrina. Namun, dalam sekelip mata, wajah gadis itu langsung tiada di mindanya. Sungguh dia keliru dengan perasaannya sendiri. Cuma, saat ini dia tidak terlalu mengacuhkan perasaannya itu. Dia lebih senang menikmati alam perkahwinannya dengan gadis yang dia cintai.
“Abah tak suka tengok kamu macam ni. Sabrina tu isteri kamu. Dia ada hak ke atas kamu. Kamu tak boleh terus menghukum dia macam tu,”
“Dia tak kisahlah, abah,”ujar Badrul perlahan. Datuk Hamidi merengus marah.
“Mana kamu tahu dia tak kisah?,”
Badrul memandang wajah bapanya. Mencari kata-kata yang sesuai untuk dilontarkan.
“Biarlah saya yang uruskan hal saya dengan Sabrina, abah. Kami tahu apa kami buat,”akhirnya dia bersuara lemah.
Datuk Hamidi diam. Cuma matanya tajam mencerlung Badrul. Badrul tunduk. Sedar kata-katanya sedikit kasar. Sedar kata-katanya mampu membuat bapanya berkecil hati.
“Kamu tahu apa kamu buat? Baiklah. Abah nak tengok sejauh mana kamu tahu apa kamu buat,”
Badrul mengeluh panjang. Ternyata bapanya terus- menerus melayannya seperti seorang anak kecil. Ingin mengatur setiap apa yang patut dan tidak patut dia lakukan. Satu situasi yang membuat dia rimas.
“Ada apa-apa lagi ke, abah?,”
Mendengar soalan Badrul, Datuk Hamidi memandang wajah anaknya itu tanpa emosi. Degil. Keras kepala. Itulah Badrul.
“Kalau boleh, malam ni, luangkan masa dengan isteri pertama pula,”sindir Datuk Hamidi dalam lembut. Badrul bungkam. Mengangkat punggung dengan wajah mencuka. Laju melangkah meninggalkan ruang makan. Hampir bertembung dengan Sabrina yang juga agak laju menuruni tangga.
“Sorry,”ucap Sabrina sambil tegak berdiri di hadapannya.
“Sorry…Sorry… Sorry. Itu sajalah yang kau tahu,”
Sabrina kerutkan kening. Melihat wajah masam Badrul. Tiba-tiba menghamburkan kemarahan padanya. Pasti ada sesuatu yang mengganggu lelaki ini.
“Kenapa ni? Masam je muka?,”tegur Sabrina sekadar beramah. Sedaya-upaya dia cuba mengelak dari Badrul. Malam ini, bertembung juga dengan suaminya ini.
“Kaulah,”
“Saya? Kenapa? Apa saya buat?,”
Badrul mengeluh panjang. Tiada guna dia lepaskan geram pada Sabrina yang tidak tahu apa-apa.
“Tak ada apa-apalah. Tepi, aku nak lalu,”
Sabrina bergerak memberi ruang untuk Badrul melangkah. Dia Cuma memandang Badrul separuh berlari meniti anak tangga. Tidak sabar hendak jumpa Dayanalah tu…hatinya merungut. Ada sedikit rasa geram yang membuat dia menjadi kurang senang dengan perasaannya sendiri. Cepat-cepat dia menampar pipinya sendiri sambil menyambung langkah yang terhenti. Cuba sedarkan diri sendiri, jangan terus membiarkan dirinya hanyut dengan perasaan yang cuma akan menambah torehan luka di hatinya.
“Hai… tampar muka sendiri pula? Apa hal sampai tampar muka sendiri ni?,”
Langkah Sabrina mati sekali lagi. Wajahnya terasa membahang. Rupa-rupanya tingkahnya diperhatikan. Perlahan dia menoleh. Datuk Hamidi memandangnya sambil bersandar di kerusi. Dia cuma mampu tersengih sambil menggeleng perlahan. Membuang rasa malu yang menyerbu tiba-tiba.
“Nak ke mana tu?,”
“Nak minum,”
“Tak makan ke? Ke sini sekejap. Abah nak cakap sikit,”
Sabrina menelan liur. Risau setiap kali Datuk Hamidi melontarkan dialog itu. Perlahan dia melangkah ke meja makan. Menarik kerusi sebelum duduk menghadap wajah bapa mertuanya.
“Milah! Siapkan makan malam untuk Sabrina ni,”
“Tak payahlah abah. Saya tak nak makan. Dah kenyang,”cepat-cepat Sabrina bersuara. Memang dia tidak berhajat untuk turun makan. Dia cuma mahu mencari air. Dahaga.
“Milah. Cepat,”
Sabrina mengeluh lemah. Kalau itu dialog Datuk Hamidi, maknanya dia tidak boleh membantah lagi. Satu persamaan antara Badrul dan Datuk Hamidi. Sama-sama suka memerintah. Dan, sama-sama mahu setiap kata-kata yang meniti di bibir mereka mesti dipatuhi.
“Kenapa tak turun makan sekali tadi?,”
“Saya…,”Sabrina cuba mencipta alasan. Namun, gagal. Memang dia sengaja tidak mahu hadirkan diri di antara Dayana dan Badrul.
“Mengelak? Mengelak dari apa?,”
“Tak adalah, abah. Bukan nak mengelak. Cuma, tak lapar,”bohong Sabrina perlahan.
“Setiap hari tak lapar? Pelik tu…,”
Sabrina menatap wajah orang tua di hadapannya. Dia tahu, bohongnya tidak menjadi di telinga Datuk Hamidi. Sudahnya dia cuma mengukir sekuntum senyum sumbing.
“Mulai esok, setiap kali makan malam, abah nak Ina pun ada sekali,”
“Abah…,”
“Itu keputusan abah. Apa bezanya Ina dengan semua orang dalam rumah ni? Kenapa perlu nak mengelak? Sebab Dayana? Kan, Ina sendiri yang sudi jemput Dayana datang ke rumah ni? Sudi nak berkongsi suami dengan dia? ,”Datuk Hamidi bersuara tegas. Membuat Sabrina resah di kerusinya.
“Abah, please… Jangan paksa Ina?,”
“Bagus…Bagus betul. Yang seorang tu… bagi amaran, tak mahu abah masuk campur urusan dia. Yang kamu pula, bagi amaran jangan paksa-paksa kamu, ya?,”
Sabrina mengangkat muka. Menatap wajah Datuk Hamidi. Bukan itu maksudnya.
“Abah… saya minta maaf. Bukan itu maksud saya. Bukan maksud saya nak kurang ajar dengan abah. Tapi, sebolehnya saya tak nak buat semua orang tak selesa. Sebab tu saya…,”
“Berkurung dalam bilik?,”sampuk Datuk Hamidi lembut. Sabrina memandang wajah Datuk Hamidi tanpa menjawab soalan itu.
“Kamu selesa, bila kamu buat begitu?,”
“Apa yang saya rasa, tak penting, abah…,”
“Bagi abah, itu semua penting. Kita di sini satu keluarga. Kamu, menantu abah. Sebahagian daripada keluarga ni. Kenapa pula kamu mesti nak mengelak sampai macam ni sekali? Tak adil pada kamu kan?,”
“Abah… Sebenarnya saya lebih senang macam ni. Kalau boleh, abah jangan paksa saya ya? Abah boleh suruh saya buat apa saja. Tapi, jangan paksa saya bertembung dengan mereka…,”
Datuk Hamidi mengeluh perlahan. wajah Sabrina sudah berubah mendung. Niat untuk terus bertegas, hilang tiba-tiba. Simpati pula yang menjentik rasa.
“Tapi, sampai bila? Dulu, kamu kata kamu tak kisah kalau Badrul kahwin dengan Dayana. Kalau kamu betul-betul tak kisah, kenapa tak nak bertembung? Kenapa kamu perlu lari dari suami sendiri?,”
Sabrina diam. Itu dulu, abah… hatinya menjawab dalam diam.
“Abah dah nasihatkan dulu. Kamu degil…,”
“Tak apalah abah. Sekurang-kurangnya sekarang ni, Bad dah gembira kan?,”
“Abah tak nak tengok cuma Badrul yang gembira. Abah nak tengok kamu berdua gembira. Mungkin kamu berdua ada buat silap dulu. Tapi, tak bererti kamu berdua tak boleh betulkan dan hidup bahagia…,”
Sabrina tunduk memandang meja. Lagi-lagi Datuk Hamidi terus membuat kesimpulan, peristiwa itu terjadi kerana silapnya. Atau barangkali kerana silap Badrul. Atau lebih tepat, Datuk Hamidi menyalahkan dia dan Badrul di atas insiden yang memalukan itu.
“Ina?,”
Mendengar namanya di bibir Datuk Hamidi, dia mengangkat muka.
“Ina salahkan abah sebab abah paksa Ina kahwin dengan Badrul?,”
Laju Sabrina menggeleng.
“Abah minta maaf. Abah ingat kamu boleh terima antara satu sama lain. Apa yang jadi ni, betul-betul di luar jangkaan abah,”
“Abah tak perlu minta maaf. Saya tak pernah salahkan abah. Tak pernah salahkan sesiapa pun. Mungkin ini yang tersurat untuk untuk saya. Jadi, saya kena terima,”
“Tapi, abah terkilan tengok Badrul layan kamu ni,”
Sabrina mengukir senyum.
“Layanan Badrul pada saya sekarang jauh lebih baik dari dulu, abah. Badrul dah banyak berubah,”
“Tapi, dia tetap belum terima kamu sebagai isteri, kan?,”
Sabrina memandang wajah Datuk Hamidi. Memang ada sedikit kekesalan di wajah itu. Kekesalan yang tidak boleh mengubah apa-apa.
“Abah, jangan risau pasal saya, ya. InsyaALLAH saya okay,”
Datuk Hamidi mengeluh perlahan sambil mengangkat punggung.
“Kalau boleh bertegas sikit dengan Badrul tu. Ingatkan dia tentang tanggungjawab dia pada kamu. Takkan selamanya kamu nak terabai macam ni. Abah betul-betul tak suka apa dia buat pada kamu sekarang,”
Sabrina tersenyum mendengar kata-kata itu. Perlahan dia mengangguk sekadar menyedapkan hati Datuk Hamidi. Ingatkan Badrul tentang tanggungjawabnya? Mustahil. Kerana saat ini dia cuma menunggu lelaki itu melepaskannya. Seperti yang Dayana sampaikan padanya dulu. Cuma, bila saat itu akan tiba? Sudah lama rasanya dia bermadu dengan Dayana. Sudah lebih sebulan. Pahit madu itu sudah mula meresap ke jiwanya.
“Dan, satu lagi. Makan. Jangan guna alasan tak lapar lagi. Nanti kalau sakit, susah,”
Sabrina tergelak kecil.
“Yalah, abah,”balasnya sambil tersenyum panjang. Datuk Hamidi mengukir senyum sebelum berlalu meninggalkan Sabrina sendirian di meja makan. Perlahan dia melepaskan satu keluhan. Memandang hidangan di meja yang sudah berusik.
“Ina nak makan ke? Akak ambilkan lauk baru untuk Ina,”
Sabrina menoleh. Jamilah tercegat di ruang dapur. Sabrina menggeleng sambil mengangkat punggung. Bergerak menuju ke dapur.
“Betul tak nak makan ni?,”
“Tak laparlah, kak. Nak minum saja,”
“Nak minum apa? Akak buatkan,”
Sabrina tersenyum.
“Tak payahlah. Saya buat sendiri. Kak Milah buatlah kerja akak,”
Jamilah memandang seketika pada Sabrina yang mencapai mug dan sudu. Yakin Sabrina tidak perlukan apa-apa darinya, Jamilah bergerak semula ke ruang makan. Ingin mengemas meja tang baru ditinggalkan.
Sabrina mengacau milo di dalam mug perlahan-lahan. Kemudian meletakkan sudu ke dalam sinki. Buat seketika, dia termenung mengingatkan kata-kata Datuk Hamidi. Dia bernasib baik kerana masih ada Datuk Hamidi yang mengambil berat tantangnya. Dan, Jamilah yang semakin hari semakin rapat dengannya. Badrul? Lelaki itu saat ini leka dalam kebahagiaannya sendiri. Dia mengeluh pendek sambil tunduk ingin mencapai mugnya. Tiada. Berkerut keningnya sambil menggaru kepala. Ke mana hilang mug di hadapannya ini?
“Kat sini,”
Sabrina menjerit. Hampir terloncat di situ. Segera dia menoleh. Badrul santai meneguk milo yang dia sediakan seraya bersandar pada kerusi. Wajah masam lelaki itu sudah hilang.
“Lain kali, mintalah,”Sabrina merungut perlahan. Badrul tersenyum kecil.
“Tak ada beza, aku minta atau tak. Bukan kau dengar pun, kalau dah start termenung macam tu. Apa yang kau lamunkan ya?,”
Sabrina menggeleng perlahan. Memandang Badrul meneguk milonya. Sudahnya, dia bergerak ke meja lalu tuangkan air masak ke dalam gelas yang memang tersedia di situ. Malas menyediakan satu lagi milo.
“Duduklah,”
“Tak apalah. Saya nak masuk tidur dulu,”balas Sabrina bersama gelas di tangan.
“Duduklah… Awal lagi ni,”Badrul bersuara sekali lagi. Dalam enggan, Sabrina mengambil tempat di hadapan Badrul.
“Apa awak buat kat sini? Selalu dah hilang dalam bilik,”Sabrina bersuara. Memecah kesunyian apabila Badrul lebih senang berdiam diri.
“Nak minum,”
Sabrina mengangguk perlahan. Kelu. Badrul diam lagi. Terasa kekok berdepan dengan Badrul dalam suasana bisu sebegini.
“Bad…,”
Badrul mengangkat muka. Lembut suara Sabrina memanggilnya. Meresap jauh ke sudut hatinya. Wajah Sabrina ditatap lama., membuat Sabrina bertambah kekok. Lidah pula tiba-tiba jadi bertambah kelu.
“Janganlah pandang macam tu…,”
“Suka hati akulah. Mata aku,”
Sabrina menarik muka. Apa yang ingin dia suarakan seakan-akan hilang.
“Saya naik dululah,”Sabrina bersuara sambil mengangkat punggung. Membuat Badrul tergelak kecil.
“Okay. Sorry. Apa dia? Kau nak beritahu aku sesuatu ke?,”Badrul bersuara sambil mencapai tangan Sabrina. Pantas Sabrina menarik tangannya. Bimbang ada mata yang memandang.
“Tak apalah. Tak penting,”ucapnya sedikit gugup.
“Cakaplah. Aku dengar ni,”
Sabrina kaku berdiri di hadapan Badrul. berkira-kira untuk bersuara atau tidak. Tetapi, kalau bukan sekarang, bila lagi dia akan dapat bersemuka dengan Badrul seperti sekarang?
“Sabrina. I’m waiting,”
“Okay. Saya nak minta izin bekerja. Boleh?,”
“Tak boleh,”
Sabrina ternganga. Terus dia duduk semula ke kerusi.
“Kenapa pula?,”
Badrul menatap wajah gadis itu yang kelihatan sedikit marah.
“Aku tak izinkan kau keluar dari rumah ni, sendirian. Kau nak kerja? Lagilah aku tak izinkan. Faham?,”
“Saya bosanlah berkurung dalam rumah macam ni. Lagipun, saya perlu kerja. Untuk tanggung diri saya sendiri,”
“Kau duduk dalam rumah ni, cukup semuanya. Tak payah keluar duit langsung. No. Aku tak benarkan,”
“Tapi…,”
“Tak ada tapi… tapi. Lagipun, abah nak aku beri kau wang setiap bulan. So, mulai bulan depan, aku akan beri kau RM 2000 sebulan. Lebih dari cukup kan?,”
Sabrina mengetap bibir. Perlahan dia hentakkan kaki ke lantai.
“Nak protes depan aku?,”soal Badrul tanpa senyum. Sabrina menjeling. Bukan wang sebenarnya yang dia inginkan. Dia cuma mahu keluarkan dari sangkar emas ini.
“Saya bosanlah kena kurung macam ni,”
“Bila masa aku kurung kau? Kau bebas ke mana-mana dalam rumah ni, kan?,”balas Badrul pura-pura tidak mengerti akan maksud bicara Sabrina.
“Susahlah cakap dengan awak ni,”
Badrul tersenyum sambil meneguk milo di tangannya. Sabrina mengangkat punggung. Melangkah agak laju mahu keluar dari ruang dapur.
“Oit! Air kau ni,”
Sabrina menoleh. Balik semula ke meja sambil mencapai gelas berisi air masak yang dia letak di atas meja sebentar tadi. Melihat senyum Badrul, geramnya terasa semakin memuncak. Sia-sia dia cuba berdiplomasi dengan Badrul.
“Sabrina,”
“Apa lagi?,”soalnya geram sambil berpaling sekali lagi.
“Lain kali buat milo, jangan manis sangat. Kurangkan susu ya?,”
Sabrina menahan nafas. Geram. Sungguh geram. Badrul tergelak. Dia merengus perlahan sambil melangkah laju meninggalkan Badrul.

****

29 comments:

Nurul said...

waaa best la .
bad cm syg je kt ina !
bg la ina kerja baaaad .
kesian ina tu .
hehe thanks ye kak hanni ! hehe :)

Anonymous said...

sy x tahu nk komen apa psl n3 nie...
dah tawar hati...bad ttp mcm tu...
x berubh lgsg...mcm lebihkn dayana plk...sabrina pun msih begitu...x tegas lgsg...x bela diri...ikut je telunjuk bad...amat mengecewakan...

leeya said...

ada juga rupanya n3 pasal bad n ina...bila la bad nak jatuh hati kat ina ni...

misz nana said...

suka baca part sabrina panggil bad ngan nada lembut tu.. sampai meresap dalam hati bad.. hehehehe..
suka gak ngan watak datuk hamidi.. x berat sebelah walaupun sabrina tu kira cam menantu express dia je.. cayalah datuk hamidi! hehehehehe..

Anonymous said...

adui...bermadu n duk serumah?? makan hati beb!! huhuhu... ~QAIREEN~

google said...

ala..cam lebih kurng sama jek jaln cte die..apsal lembab sgt nieee..no such new scenario..hurmm...kak hanni sory sy dh bosan ngan cte ni.awl2 tu bez la gak tapi ble dok ulang2 situasi cmni byk2 kali rase muak lak.huhu

Anonymous said...

so sweet..
nak lagi2...


*swit hanna*

norul'ainmatsom said...

baca cita ni tetiba ja rase sedey..

sedey dengan sikap badrul terhadap ina.
sedey dengan talam 2 muka maria.'
sedey dengan kepritan yang ditgung ina.
sedey dengan pangai bad...

misz nana said...

rasanya cite ni bukannya lembap cuma ye la.. dah nama pun novel.. kena la kasi kembang cite ni sekembang yg bleh kan? or yg lebih tepat lg, bagi pnjg sepnjg yg bleh.. cam novel yg ada kat pasaran tu pun.. bila kita baca, bukannya hari ni ada konflik, arini gak konflik tu diselesaikan.. kalo camtu, xde la unsur suspen n yg sewaktu dgnnya yg membuatkan sesebuah cite tu lagi menarik..

kita sbg pembaca ni x dpt dinafikan mmg nak selalu kehendak kita dipenuhi.. cth terdekat, ramai yg xnak kisah maria ada dlm setiap n3 or kalo bleh, dlm cite ni langsung (termasuk sy la tu.. hehehehe) tapi maybe bagi penulis tu sendiri, ada rasionalnya dia wat camtu yg maybe kita x sedar or maybe kita akan sedar kepentingannya bila kita baca cite tu sampai abes..

so.. sediakan payung sebelum hujan.. erkk.. ada kaitan ke?? confirm xde! hehehe.. tapi sy hormat pndgn google tu coz sy berpegang pd kata2 'setiap org ada/berhak luahkan pndpt masing2..'
peace!

Anonymous said...

igt sy sorg je yg dah bosan...
rupenya byk jgk yg rse mcm tu...
sorry sesgt ye penulis...
komen ikhlas...

dr.cinta said...

sy half2..2-2 pendpt sy stuju,pndpt google n misz nana..for me..nk memperkembangkn cte tu mmg x slh tp jgn la dok ulang benda sama jek..lama2 pembaca bleh jadi boring macam say,hehe..kalo bleh wat sesuatu yg wat pembaca terkejut atau x sangka pe cte sterusnye..heheh pandailak aku komen..sory yer kak hanni.watever happen sy akn slalu bg sokongan padu pd kak hanni..gambate!;-)

Anonymous said...

saya suka....

Anonymous said...

alahai hanni...buat bad lepaskan inalah...kesian dok tengok ina tersiksa

Anonymous said...

maaf la..saya pun dah rasa agak boring dengan citer ni. sungguh tidak adil buat ina. harap penulis dapat memasukkan satu entry yang membuatkan pembaca bersemangat untuk mengikuti entry seterusnya. terima kasih.

atashinci said...

best hanni......
ape2 pon......sye tetap sokong hanni
chaiyok2.....

nana_yoong said...

honestly sy pun same.. igtkan n3 latest ni ade bite gembire, tp...terlalu mendatar..badrul masih lagi nak ckp kasar..terlalu mementingkan diri...

yesss...mungkin x adil buat kak hanni if ktrg komen mcm ni, tp x salah rasenyer.. ni la guneyer ruangan komen..melontarkan pendapat bg ape yg ktrg rase sbb kalau ade rezeki novel ni pun mungkin akan dibukukan so secara logiknya xmustahil pengemar novel diluar sana akan memberikan komen yg sm setelah mbc novel ni. ,ni pendpt kami, kak hanni boleh ambil @ abaikan je..

mungkin btl jg kata miz_nana, mest ada rasionalnya akak buat begitu, mungkin bad akan buat flash back smula apa yg dia da buat kat ina..

apepun sy yakin, kak hanni penulis yg mempunyai 'miracle touch' dlm berkarya.. gud luck..still waiting fr nex n3.

ainasyarah said...

cian kat ina.....bilelah smuanye nk terbongkar....x sabo nk tunggu bila bad dpt tau psl kebenaran....maria punye rahsia terbongkar....ikmal , bad @ darius yg dpt ina ek?.....

Anonymous said...

hurmm...mmg besh citer nie..tp xfair..sbb hbngn ikmal n maria ader pkembngan, nape bad n ina still same jerk? waaa...cedey2..
p/s: tp apep0n xmo ikmal ngn maria kawen,tau! ngeh3..tenx k.hanni;)

Anonymous said...

nk ag k.hanni....
x sbr nk hbiskan cite nie!!!
best sgt,huhuhuhuhuh.

nin said...

semakin lama semakin kasihan dengan keadaan yg tersepit buat sabrina.. wpn bad sudah ada sedikit perasaan dgn sabrina tpi dia x berani nk luahkan..

sabrina sndiri terseksa dgn keadaan sekeliling yg smuanya mengambil kesempatan pd dirinya sndiri, dgn maria yg menghianat dirinya, ketidakadilan bad sndiri, bad nak dirinya bahagia tpi x pnah tanya atau cba nak bahagiakan sabrina.. dan dayana yg mberi harapan palsu buat sabrina dmi kepentingan dirinya sndiri..dan smpai bila sabrina harus tunggu utk dilepaskan seperti yg diberitahu oleh dayana...

diorang ni semuanya mcm dh hilang perasaan... sedih la tgk sikap org2 cmne...

TQ k.hanni sbb new n3..

yasmin said...

Tqq k.Hanni...N3 baru ni..Kita ni tukang baca je.. Heh..Heh..
Olahan cite..hak k.Hanni...

Harap2 Badrul tu boleh bersikap rasional sikit dgn Ina tu.. Bukan senang nak ubah perangai manusia ni & persepsi org kat kita.. Sbb Badrul tu awal2 lg dah bina 'tembok cina' dgn Ina tuuu.. Alahai Badrul...

ieda said...

hanni dah episod 25 dah...takkan asyik ina nie mengalah pada keadaan...macam tak bestlah hanni...bila ina nie nak dapat skit kegembiraan..bad dah gembira gan yana..maria pulak dah dapat ikmal..sedikit sebanyak ikmal pun dah boleh terima kenyataan...buatla sedikit part yang ina yang dapat kegembiraan seperti datuk hamidi tolong ina dapatkan keje ke..walaupun bad tak kasik...barulah ina gan dayana sama taraf...taklah ina nie asyik bersedih jer...

Anonymous said...

dlm hidup mesti ada komflik...penulis ada idea n cara sendiri utk luahkan dan leraikan sesuatu konflik dln ceritanya...so kenalah terima hakikat yg kita ni semua adalah pembaca n peminat... kalau dah rasa bosan tu takyah nak ikuti novel ni.. senang je ...TAPI sy suke!!! thanks kak hanni

:) atie md

cerita2akusuka said...

bgus kak hanni, saye srnok bace n3 kali ni...bg saye, situasi bad ngn ina x perlulah berubah terlalu cpt,nnti x best lak kalo perubahan tu drastik. bad ngn ina pun mkin rapat wpun bad layn ina ngn buruk tp x lak sburuk mula2 dulu kn, ni maknenya ade pkmbgn la kan..

LeaQistina said...

salam kak hanni..

sebenarnya kan.. lea mengharapkan agar sabrina minta cerai.. hehe.. rupa2 nya just nak mintak kebenaran utk keje.. adoi la.. hehe.. tp lea dpt bayangkan .. rasanya klu betul sabrina mintak dilepaskan.. mesti tersentap juga sedikit sebanyak perasaan bad tu..

yelah kan.. sedangkan tengok sabrina tanggalkan cincin kahwin saja dh ckp utk wat bad rasakan 'sesuatu' ini kan pula kalau sabrina minta untuk dilepaskan.. huhu..

akak.. lea nak n3 baru..

yasmin said...

Salam k.Hanni, buatlah cite yg Ina sambung belajar ke... dan 'upgrade' sikit dia punya kelayakan... Adalah sikit aktiviti buat Ina tuu... Yg Bad & Yana tu... nk di kmbngkn camne ekk...Hanya k.Hanni je yg tau kann..kann.. Heh..Heh...

♥corcraze♥ said...

suke datuk hamidi..baekk..

Anonymous said...

e...romantiknye..bercinte lepas kwin ni kdg2 cam beh jew kan?? beh lam novel r..huhu

張曼玉Lynn said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

[11:35:50 PM] hos.getah: