Saturday, January 10, 2009

Pergilah Air Mata 34


Dia menoleh. Merenung tajam ke arah Darius yang tergelak panjang. Kapal terbang kertas yang mendarat ke kolar bajunya, dicapai. Direnyukkan kemudian dicampak ke dalam tong sampah. Darius tersenyum.
“Tak ada kerja ke?,”soalnya sedikit marah.
Darius menyambung gelak.
“Apa yang kau menungkan tu? Dah sepuluh minit aku masuk. Kau tak sedar langsung,”
Badrul membuang pandang. Merenung kesibukan lalu lintas dari ruang pejabatnya yang terletak di tingkat 10.
“Kau kenapa Bad? Rindu kat Dayana ke? Sentimental betul kau ni ya? Tak boleh berpisah langsung dengan isteri. Apa yang kau susah sangat? Dayana tak ada. Sabrina kan ada. Dua-dua isteri kau kan? Lagi pun, sebagai suami, kau kena adil kan?,”
Badrul menoleh. Memandang wajah Darius yang ceria. Ceria seperti selalu. Ceria menyindirnya dalam senyum. Kadang-kadang hatinya sedikit geram mendengar sindiran-sindiran sebegitu. Namun, dia masak dengan perangai temannya itu. Yakin, sindiran Darius makin menjadi-jadi andai dia membalas dengan emosi. Lebih baik dia pekakkan telinga.
“Kenapa tak balik lagi? Dah pukul berapa ni? Selalu nak cepat saja,”Badrul bersuara. Soalan sindiran Darius yang lebih berbaur gurauan tidak diacuhkan. Darius mencebik sambil mencapai kereta kecil yang menjadi perhiasan meja Badrul.
“Saja. Tengok jauh benar kau melamun. Singgah kejap. Bertanya khabar. Manalah tahu, kot-kot kawan aku ni, tak sihat ke…ada masalah ke…,”
“Aku sihat,”balas Badrul pendek. Bergerak merapati kerusinya.
“Kalau sihat. Maknanya sebab kedualah ya?,”
“Sebab kedua?,”
“Aku Tanya kau… tak sihat ke…ada masalah ke… kau cakap kau sihat. So, maknanya kau ada masalahlah ya?,”
Sambil bersandar ke kerusi, Badrul menghela nafas panjang.
“Tak juga…,”akhirnya dia bersuara lemah. Lebih kepada meluahkan perasaan nadanya. Dia ada masalahkah? Rasanya tiada. Tetapi, kenapa perasaannya seperti tidak tenteram? Rindu pada Dayana? Mungkin betul. Tetapi, terasa seperti ada aura lain yang menyuntik kegusaran di hati. Apa dia? Dia kurang pasti.
“Betullah tu. Bermasalah rupanya. Pasal siapa? Dayana ke, Sabrina?,”
“Kau jangan nak loyar buruklah, Dar,”
“Mana ada? Aku seriuslah. Apa masalahnya ni?
“Entah. Kadang-kadang pelik pula aku tengok Sabrina tu. Sekejap macam tak ada masalah nak berkomunikasi dengan aku. Sekejap aku tengok dia macam cuba nak lari dari aku. Macam dua tiga hari ni. langsung tak tunjuk muka kat aku,”
“Kau rindu nak tengok muka dia ke?,”Darius bertanya sambil tersengih. Badrul menjeling. Inilah sebab dia malas berkongsi rasa dengan Darius. Tidak banyak membantu meredakan gelisah.
“Kau pula, macam mana?,”tiba-tiba satu lagi soalan meniti di bibir Darius. Dan, wajah temannya itu kini sedikit serius.
“Aku? Macam mana? Apa maksud kau?,” Badrul memandang wajah Darius. Pelik dan tidak faham akan soalan yang rasanya tergantung.
“Yalah. Kau rasa Sabrina macam tu. Perasaan kau pula, macam mana?,”
Badrul merengus perlahan.
“Aku cakap pasal Sabrina. Apa pula kena –mengena dengan aku?,”
Darius mengeluh perlahan.
“Aku rasa, dia pun macam kau tu. Tengah confused,”
“Aku tak confuse okay,”
“Yalah tu. Kalau kau tak confuse, kenapa kau fikir pasal dia? Padahal dia tak penting pada kau kan?,”
Badrul diam. Dalam enggan dia mengaku kebenaran kata-kata Darius. Pelik. Kenapa dia perlu fikirkan apa yang Sabrina rasa? Semua itu sepatutnya tidak penting baginya.
“Betul juga kata kau. Buat apa aku fikir, kan? Dia tak penting pun pada aku,”
“Kalau tak penting, tak terlintas di kepala, beb…,”
Badrul mengeluh perlahan. Kata-kata Darius beberapa hari lalu tiba-tiba bermain di fikiran. Perlahan dia bangkit dari sofa. Memandang ruang biliknya yang luas. Kakinya bergerak ke meja solek. Mencapai bingkai gambar di situ. Gambar perkahwinan dia dan Dayana. Sama-sama sedang tersenyum bahagia. Dia tersenyum kecil. Tiba-tiba berasa keseorangan pula. Dari Johor Bharu, Dayana terus ke Melaka selama tiga hari. Ada satu projek yang perlu dia pantau di sana. Semakin hari, kesibukan Dayana semakin terasa. Membuat dia berasa semakin terpinggir. Membuat dia sedar, dia lebih suka kalau Dayan dapat menghabiskan masa di rumah. Sentiasa berada di hadapannya. Dia mengeluh panjang. Bosan sendirian di rumah. Alunan true tone dari telefon bimbitnya, memaksa dia berpaling. Bergerak ke arah katil untuk mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan di sebelah bantal sewaktu dia terlena tadi. Lena melayan kebosanan. Panggilan dari Dayana. Lemah dibawa telefon bimbit ke telinga.
“Hello sayang,”
Badrul tersenyum kecil. Ceria suara Dayana menyapa. Tetapi, kenapa perasaannya tidak seceria suara Dayana?
“Hello,”lemah suaranya menjawab.
“Hai… tak bermaya je suaranya?,”
Badrul bergerak ke balkoni. Mengambil angin petang sambil terus melekatkan telefon ke telinga. Terpandang ke arah Sabrina yang sedang berbual dengan Jamilah. Semakin akrab pula gadis itu dengan pembantu rumahnya.
“Bad… still there?,”
“Hmmm..,”
“Kenapa ni? Kenapa lain macam je suaranya ni? You tak sihat ke? Tak bermaya betul suaranya tu,”
“Yalah. Ada isteri, jauh. Hari minggu kena duduk sorang-sorang. Mana nak bermaya?,”
Gelak Dayana bagai tidak menggeletak hatinya.
“Bunyi macam merungut je,”
Badrul diam. Memang dia merungut. Rungutan pertama sepanjang lebih enam bulan dia berkahwin dengan Dayana. Terasa semakin lama, dia semakin gagal memahami Dayana. Semakin lama, dia semakin gagal mengotakan janjinya pada Dayana.
“Bila you balik sayang?,”akhirnya soalan yang bersarang di hati, diajukan juga.
“Hmm… ni I call nak cakap pasal baliklah ni. Sepatutnya I balik esok. Tapi, macam kena stay lagi satu harilah. So, maybe lusa I balik,”
“Maybe?,”soalnya lemah.
“Yalah. Kenapa, Bad? You ni kenapa? Tiba-tiba macam tak faham kerja I pula,”
“Bukan tak faham. Memang I try nak faham pun. Tapi, kan bagus kalau you pun belajar faham husband you ni. Belajar faham apa husband you ni mahu ,”
“Wait a minute. I can’t believe this. Apa ni? An argument?,”suara Dayana kedengaran di telinganya bersama gelak kecil. Namun gelak itu sudah tidak seceria tadi.
“Bukanlah nak argue. But, boleh you pastikan you akan balik lusa?,”
“Honestly, I Can’t promise you, my dear. Tapi, I akan cuba. And… one more thing. I balik rumah papa dulu ya,”
“What?,”suara badrul sudah sedikit meninggi. Terkejut sebenarnya. Bercampur dengan geram.
“Please… I miss him a lot. Dah lama sangat I tak balik sana. Rindu sangat kat papa and mama. Sekejap saja,”
Badrul berkalih. Bersandar pada balkoni. Mengawal rasa geramnya yang tiba-tiba muncul.
“You balik lah ke sini dulu. Lepas tu pun, kita boleh pergi sana sama-sama kan?,”Badrul bersuara sedikit dingin.
“Ala.. Pleaselah. I dah termimpi – mimpi papa I ni. Bolehlah ya?,”
“Papa you, you termimpi-mimpi. Suami you? Macam mana? Lupa?,”
“Bukanlah macam tu. You ni, dengan papa pun nak merajuk ke? Bolehlah ya. I balik sana dulu. Memang dah lama sangat I tak ke sana kan? ,”
“Betul tu. But, I miss you. Baliklah ke sini dulu. Kita ke rumah parent you sama-sama,”
Diam. Badrul turut diam. Dia tahu Dayana mahu membantah. Dia juga terasa enggan mengalah. Sebagai suami, seharusnya Dayana dahulukan dirinya.
“Macam ni ya. Kalau I sampai before tengahari, I balik sana. Kita pergi sama-sama lepas you balik kerja. But, kalau I sampai malam, I terus ke rumah papa. Bermalam kat sana. Esoknya I balik rumah. Please….boleh ya,”
Badrul mengeluh panjang. Memang kecewa dengan keputusan yang dibuat Dayana. Namun, apabila difikirkan semua, dia malas mahu panjangkan hal sebegini. Tidak mahu memulakan bunga-bunga pertengkaran di dalam perkahwinannya yang masih terlalu baru ini.
“Sayang… boleh kan?,”
Badrul diam.
“Bad…Bolehlah ya. Kenapa you ni? Peliklah perangai you hari ni. You marah I ke?,”
“Tak,”
“Dah tu, kenapa diam?,”
“Kalau I nak cakap, mestilah I cakap no. Tapi, kalau I cakap no, pun… you akan paksa I cakap yes juga, kan?,”
“So, boleh ya?,”
“Suka hati youlah. You fikirlah siapa yang lebih penting pada you. Then, pergi pada yang you mahu dulukan,”
“Bad… janganlah macam tu. Tak sukalah I dengar you cakap macam tu. Macam tak ikhlas saja,”
“No. I mean it. You buat keputusan untuk diri you,”
Dia terdengar keluhan kecil di telinganya. Dayana di dalam dilema. Dia tahu.
“Semua penting pada I. Cuma, tiba-tiba I rindu sangat kat papa. Tak tahu kenapa. Rasa nak jumpa dia. Please faham I, Bad. Lagipun, kalau I sampai awal. I mesti balik dulu. Cuma kalau malam, I minta bermalam rumah papa. Tu saja. Bolehlah ya,”
“Okay,”
“Thanks, sayang. So, I akan cuba balik lusa. Tunggu I ya,”
Badrul diam. Berpaling semua mencari kelibat Sabrina. Masih di buaian bersama Jamilah.
“Bad…,”suara Dayana sedikit berlagu di telinganya. Mungkin menagih jawapan pada kata-katanya sebentar tadi.
“Hari-hari I tunggu you, sayang,”akhirnya dia memberi jawapan tanpa semangat.
Sekali lagi gelak halus Dayana bermain di cuping telinga.
“Okay sayang. I ada report yang nak kena siapkan ni. Malam nanti I call lagi ya. Love you…,”
“Love you too…,”
Talian terputus. Dan dia sendirian lagi. Satu keluhan panjang dilepaskan perlahan-lahan. Tiba-tiba beremosi pula. Tiba-tiba ada rasa geram pada Dayana. Apakah dia sudah mula berhadapan dengan masalah perkahwinan? Apakah kata-kata nasihat Darius sebelum perkahwinannya dulu ada benarnya? Dayana belum bersedia memikul tanggungjawab seorang isteri. Itulah yang sering Darius sebut di telinganya. Namun, saat itu, dia tidak pernah terfikir tentang itu semua. Saat itu dia Cuma tidak mahu kehilangan Dayana. Dia mahu Dayana menjadi miliknya. Walau apa pun syaratnya, dia mahu Dayana berkahwin dengannya. Baru kini dia sedar,
Cuma, kini, terasa bagai semua kata-kata Darius benar belaka. Dayana belum bersedia berkongsi masa antara kerjaya dan perkahwinan. Antara kerja dan suami.
“Yana belum sedia lagi nak jadi seorang isteri, Bad…,”
“Aku tak kisah. Sekarang, aku Cuma mahu dia kahwin dengan aku. Itu saja,”
“Kenapa dia tolak lamaran kau sebelum ni? Sebab dia nak kejar impian dia dulu kan? So, kau rasa, dalam masa sesingkat ni, dia boleh lupakan semua tu? Dia boleh beri sepenuh tumpuan pada kau?,”
“Aku tak kisah dia kerja,”
“Kalau aku, aku kisah. Dayana tu, gila kerja. Kalau aku kahwin, aku mahu, isteri aku berada dengan aku, bila aku perlukan dia. Bukan sibuk di pejabat. Bukan sekejap out station ke sana. Sekejap out station ke sini..,”
“Itu kau. Aku lain. Aku akan cuba faham kerja dia,”
Dia bagai teringat gelak Darius sebelum dia berkahwin dengan Dayana. Gelak yang ternyata mentertawakan situasinya sekarang. Begitu yakin dia berkata pada Darius, dia akan faham kerja Dayana. Tetapi, sekarang? Sekarang dia memendam perasaan di sini. Ternyata dia tidak cukup memahami Dayana. Atau Dayana yang tidak pernah belajar juga untuk cuba memahaminya?
Perlahan dia mengela nafas. Tidak mahu terus menyesakkan kepala dengan fikirannya yang tidak menentu. Dia sudah berjanji pada Dayana. Berjanji tidak akan mengagganggu kerja isterinya itu. Mungkin ini padahnya apabila dia berjanji tanpa memikirkan akibatnya. Banyak rupanya kesilapan yang dia buat demi untuk menjadikan Dayana suri di hatinya. Silapnya sendiri. Dia tidak boleh menunding jari kepada orang lain. Tidak boleh menyalahkan Dayana sepenuhnya. Dia mengeluh lagi sambil bergerak ke arah pintu. Dia perlu mencari udara segar. Lama dia berkurung di dalam bilik. Mahu keluar, dia malas. Lebih-lebih lagi, Darius awal-awal memberitahu dia ada janji temu dengan Amira. Dia ingat gadis itu. Gadis yang diperkenalkan Darius di restoran tempoh hari. Mahu duduk di luar, pasti bosan juga. Tiada aktiviti yang boleh dibuat. Sabrina pun, pasti diam di biliknya. Bukan mahu berada di luar. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kakinya yang begitu. Selepas menghantar Sabrina ke klinik tempoh hari, dia dapat rasakan, Sabrina langsung tidak memberi ruang untuk dia menghampirinya. Dia pula, Cuma mengikut rentak Sabrina. Tidak mahu menambah kesakitan Sabrina dengan kemuculannya yang tidak disenangi Sabrina. Namun, apabila dia ternampak Sabrina di halaman sekarang, terdetik di hati untuk menjenguk. Mahu tahu keadaan gadis itu.

****

23 comments:

Anonymous said...

padan muke bad..slalu kene tggl..
wakakaka..ina ade dpn mate pon, still bute..
k.hanni..x sabo nk tau ending nih..
chaiyok..chaiyok..

dr.rock4eva said...

kak hanni,
eiyoooooooo(fighting versi traditional)
nasib la bad
ego sangat dengan diri sendiri
hehe

nana_yoong said...

nak kate padan muka kat bad, x adil pulak..die pun keliru ngan perasaan die, begitu juga dgn keptsan nak kawin cepat2 ngan dayana..

nasib hang la bad..

Nafisya said...

tu la b4 kawen xnak fikir abes².. pentingkan diri sgt.. kan dah kena tinggal slalu..

akak.. saya rasakan.. menunding la.. bkn menunjing.. tp xtau la klo dlm kamus memang ada perkataan menunjing n sama maksud ngan menunding.. but maybe saya silap..

nin said...

nasib badan la bad.. baru dia sedar yana hanya pentingkan keje dr kebajikannya... dlm msa yg sma keliru ngan perasaannya thadap sabrina..

come on bad, cakap je yg awk dh suka kt sabrina... minta2 1 hari bad akan tdengar sgala pbualan sabrina n jamilah dan akhirnya dia sedar dia silap n tahu akan kebenaran...

Anonymous said...

tu la dlu x bnci n x suka sgt sabrina tu bila dh asik kena tinggal baru la tehegeh2 nk cri la...
heeeee....geram rsa ye...
tp cita memag sy salute la kt kak hanni...best sesgt..cpt n3 yg baru tau..>>teratailayu_17<<

mimi said...

hihi padan muke bad..hahaha~
sabrina pnye baik ade nk jgak dayana gile kerja tu..

azie_0410 said...

this is da first time i leave a comment here..
aku xpnah miss bca cite ni..
mmg best...

keSENGALan teserlah.. said...

bad dlm dilemma..
huh...
dayana nieh pon stu..xsyg suami ker..
isk2...
keje sne sini..
hehee..
smbung2,.

Anonymous said...

hahahah...best ni bab dah mula resah,,,bila x ada org di sisi dia..baru tahu..rasa mcm mana bila sunyi!!!
k.hanni ni yg kedua myeha baca ni..

diana said...

next n3...
hope kisah antara sab ngn bad terus bkembang...
cai yukk kak hanni...

misz nana said...

tu la.. dulu kemaruk sangat nak kawen ngan dayana.. sampai x pk baik buruk keputusan yg dibuat..

see.. pe dah jadi sekarang?
eeii, geram sangat ngan bad ni!
akak,kasi pengajaran kat bad tu jgn sket2 lak.. kasi yg kaw2 punya..

eeii, geram!

Nurul said...

serve you right bad ,
hargailah ina tu haha

Anonymous said...

padan muka bad.tp aku tetap tak suka kalau bad akhirnya dengan ina. tak adil buat ina, dapt bekas org.

atashinci said...

ala Nafisya hanni tersalah taip tu.....
rselh ko bad nk sgt kawen dgn dayana........
hrp2 bad dgr perbualan ina n k.jamilah.....
gi stu hrp2 darius tau dri amira psl minh senget (maria)....

Azimah@Melati said...

me miss bila ym berbicara (errr lupa tajuk)...so this time i won't miss this story...tapi kalau dibukukan pun harus gak dibeli..Hanni you part of my fav novelist right now..keep up the good work..idea mencurah2 tue....

Anonymous said...

padan muka dengan badrul selalu kena tinggal dengan dayana...

~~Lolipop~~ said...

AHAKZZZZ,..
pe da jadi ni bad???
tulah wat kptusan melulu..
skang padan muka...
sabrina pon xnak dekat ngan dia dah...
huhuhuhu...

kompom pasni bad sedar yg sabrina lg baik dari yana tu./...
huhuhuhu...

aniesza said...

huhuhu... sian badrul... yg sorang tu hilang.. sibuk x habis2... yg sorang lg tu... hilang gak..tp wat2 hilang... huhuhu

Anonymous said...

padan muke bad... sekarang ni baru tahu langit tu tinggi ke rendah. mana permate mana kaca

CiK DiDa said...

pdn muke bad..haa..kn dh rse ble yana owez x de..nsb ko la bad..ina lak..bgs buat bad g2..mngelak la dr bad..nnt lme2 bad jd mankin rndu..hehehehe..skenye..!!

fisa said...

best cite ni.sian bad dlm d lema...tp 2 la.wt kptsn terburu-buru.nk mrh kat dayana pun xleh sbb bad dh jnji nk fhm.nth cmne la msa dpn dorg

nk tnya.KSRI x kuar dh ke?lma sy tggu..

deyla said...

haha...puas ati tgk sabrina dah menjauhkan diri dr bad..
padan muka bad..
i like it..
biar die tahu sape yg lbh bernilai..
chayok2..
gud luck

[11:35:50 PM] hos.getah: