Tuesday, January 13, 2009

Di Penghujung Rindu 6

Pandangannya dihalakan ke tengah lautan yang luas. Bersandar malas di balkoni. Buntu sebenarnya. Bercampur denga sedikit rasa geram. Hatinya digugat rasa kecewa lagi. Dia terlewat sekali lagi. Dan seperti biasa, Mak Su Senah sentiasa menolak untuk membantu. Sama seperti lima tahun dulu. Saat dia muncul di rumah ini,bersama berita yang cukup meruntun hatinya. Bersama berita kehilangan dua orang insan yang amat rapat di hatinya. Bapanya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat dia menatap wajah lelaki itu buat kali terakhir. Dan, mendengar berita sedih itu, dia dapat rasakan betapa beratnya beban kesedihan yang ditanggung Nurul Huda sendirian. Dia tiada di sisi gadis itu di saat dirinya mungkin amat Nurul Huda perlukan. Dia terlewat. Terlewat untuk mencari wajah bapanya. Juga terlewat untuk menatap wajah Nurul Huda. Saat dia muncul, Nurul hilang entah ke mana. Hilang yang sehingga ke hari ini gagal dia jejak. Nurul Huda hilang di saat cintanya kukuh pada Camelia. Gadis itu terus-terusan menyepi. Membuat hatinya berat menanggung rasa bersalah. Juga berat menanggung seribu persoalan. Mengapa Nurul Huda pergi meninggalkannya? Kerana ayah…atau kerananya?
Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Hari ini baru dia sedar, ternyata sudah terlalu lama peristiwa itu berlaku. Terasa juga terlalu banyak perkara yang telah dia sia-siakan. Segala-galanya menjadi sia-sia. Hidupnya. Masa lalunya. Dan juga masa depannya. Semuanya tiba-tiba terasa tidak bermakna.
“Kimi..”
Hakimi mengalih pandangan, Mak Su Senah muncul bersama hidangan minum petang. Dia menghela nafas panjang. Merenung wajah tua di hadapannya yang sentiasa tenang. Melihat wajah tenang itu, hatinya sering tertanya-tanya, adakah benar Mak Su Senah tidak tahu apa-apa tentang Nurul Huda? Atau..ibu suadaranya itu Cuma mahu melindungi sesuatu? Mahu menjarakkan dia dengan Nurul Huda?
“Kenapa pandang maksu macam tu?,”suara tua itu singgah di telinga sambil Mak Su Senah melabuhkan punggung ke kerusi. Wajah Hakimi pula direnung lama. Sudah lama lelaki ini tidak menjejaki kaki di rumah ini. Rumah peninggalan arwah ayah Nurul Huda. Rumah yang mengumpulkan mereka semua satu ketika dulu. Dia tahu Hakimi berjauh hati dengannya.
“Kimi marahkan Mak Su ?”, soal Mak Su Senah seakan faham dengan apa yang bersarang di hati Hakimi. Hakimi tersenyum nipis. Senyumanya dirasakan sumbang. Marah? Marahkah dia pada wanita itu? Tidak mungkin. Atau.. Barangkali ada sedikit geram di hatinya? Sudahnya, dia mengeluh lagi. Hampir putus-asa nadanya. Dia berpaling sekali lagi. Menghadap laut. Membiarkan wajahnya nyaman disapa bayu pantai. Itu mampu membuat dia berasa lebih tenang
“Kimi…,”
“Entahlah Mak Su. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Dulu pun…inilah juga jawapan Mak Su. Sekarang Mak Su ulang kata-kata yang sama.”dia bersuara sebaik mendengar namanya disebut lagi. Terus leka melayan angin pantai, tanpa menoleh memandang wajah Mak Su Senah.
“Betul Kimi. Mak su tak tahu, kalau Mak Su tahu, dari dulu lagi Mak Su berterus terang dengan Kimi. Buat apa Mak Su nak rahsiakan apa-apa daripada Kimi? Mak su pun tak suka tengok keadaan Kimi dengan Huda jadi macam ini. Nama saja berkahwin. Nama saja suami isteri. Hakikatnya ? Seorang di timur, seorang di barat. Kalau lah Mak Su boleh tolong…Mak su akan tolong sedaya-upaya Mak Su .”
“Tolong bagitau saya kat mana dia sekarang. Itu saja. Takkan Maksu tak tahu?,”
“Dia ke Kuala Lumpur,”
“Beri saya alamat dia,”
Mak Su Senah menggaru kepala. Hakimi mengulang permintaan yang sama. Serba-salah untuk dia menjawab lagi.
“Maksu tak tahu. Huda cakap nanti dia bagi,”
Hakimi mengeluh lagi.
“Nombor telefon?,”
“Kimi. Buat apa Maksu nak tipu? Maksu dah cakap tadi, kan? Maksu lupa nak minta. Lagipun, Huda cakap, dia akan balik semula ke sini, sebaik dia dapat kerja kat sana. Balik sekejap,”
“Macam mana Maksu boleh lupa?,”
“Maksu ni dah tua. Huda pula, bukan kamu tak tahu perangainya. Asal maksu minta. Nanti dulu…nanti dulu… Asyik nanti dulu, lama-lama Maksu lupa terus,”
Hakimi tersenyum kecil. Lucu pula mendengar jawapan itu. dia berpaling. Memandang wajah Mak Su Senah yang jelas kelihatan serba-salah. Mendengar kata-kata itu, tiba-tiba dia terasa Nurul Huda cukup dekat dengannya. Memang Nurul Huda suka bertangguh. Satu perangai yang sering menjadi punca perang mulut mereka satu masa dulu. nurul Huda yang keras kepala. Nurul Huda yang suka melawan cakapnya.
“Macam mana Huda sekarang, Maksu?,”soalan itu meniti perlahan di bibirnya. Dengan malas dia bergerak menghampiri Mak Su Senah. Ingin sekali dia mendengar cerita tentang gadis itu. Kenapa? Yang pasti dia rindu. Rindu pada siapa? Dia tidak pasti. Rindu pada adik angkatnya? Atau rindu pada isterinya? Dia sendiri tidak tahu.
“Macam tulah. Sama saja perangainya. Degil. Tak nak dengar cakap orang,”
Hakimi tersenyum.
“Banyak kali Maksu suruh dia cari kamu. Suruh dia jumpa kamu. Dia tak nak. Tak nak ganggu hidup kamu, katanya,”
Senyum Hakimi hilang perlahan-lahan. Pasti Nurul Huda tidak mahu menjadi penghalang antara dia dan Camelia. Pasti itu punca Nurul Huda tidak mahu mencarinya.
“Anak Huda…macamana?,” Hakimi mengalih bicara. Tiba-tiba dia teringatkan cerita Julia dan Sharil. Nurul Huda sudah punya anak. Entah kenapa, hatinya memberontak ingin melihat anak itu. Barangkali itu adalah anaknya.
“Anak kamu juga. Imran Najmi namanya. Huda panggil Ajim. Comel budaknya, keletah. Saling tak ubah macam kamu masa kecil-kecil dulu. Degilnya, Nampak macam mengikut mamanya ”,
Hakimi tersenyum. Anak dia? Tidak pernah terlintas di fikirannya, yang jauh dari pandangan matanya, dia mempunyai seorang anak lelaki. Dia sudah menjadi seorang bapa, tanpa dia tahu pun tentang statusnya yang satu itu.
“Ye ke Mak Su ?”soalan itu terlontar dari bibir, tanpa dia sendiri tahu akan maksudnya.
“Iyalah.”
Hakimi merenung jauh. Cuma membayangkan wajah anaknya yang tidak pernah dia temui. Cuba membayangkan keletah anak lelakinya. Nurul Huda tidak pernah menghubunginya. Jauh sekali memaklumkan keadaannya. Ternyata dia rugi untuk mendengar tangisan seorang anak. Dia juga rugi untuk mendengar tawa seorang anak. Tidak dapat melihat zuriatnya membesar di hadapan mata. Tiba-tiba bibir matanya terasa panas. Siapakah yang harus dipersalahkan ?
“Saya teringin sangat nak jumpa Ajim, Mak Su. Selama ini, saya tak tahu pun..rupa-rupanya saya sudah menjadi seorang bapa. Sampai hati Huda rahsiakan benda sebesar ni, dari saya”
Mak Su Senah kelu seketika. Hiba melihat wajah Hakimi yang sedikit murung. Hakimi tersenyum kelat. Walau dia tahu, apa yang berlaku bukanlah salah Nurul Huda sepenuhnya, namun, rasa terkilan tetap menyucuk hati. Dia ada hak untuk berkongsi perasaan sebagai seorang bapa. Dia ada hak untuk mendengar Imran Najmi menangis. Ada hak untuk laungkan azan ditelinga anak itu sebaik dia melihat dunia ini. Dia ada hak untuk melihat langkah pertama imran Najmi. Untuk melihat Imran Najmi jatuh dan bangun lagi. Dia tidak berkesempatan untuk melihat semua itu.
“Mak Su dah banyak kali nasihatkan Huda. Mak Su suruh dia cari kamu. Tapi..tulah. dia tak nak. Mak Su pun tak tahulah apa masalah kamu berdua. Nak kata bertengkar..tak pernah Mak Su Nampak kamu berdua bermasam muka. Apa sebenarnya yang berlaku ni ? Kimi ? Dengar tak Mak Su Tanya ni ?” soal Mak Su Senah sambil menepuk lengan Hakimi. Membuat lelaki itu tersentak. Bayangan anaknya yang cuba dia imaginasikan, hilang serta-merta.
“Apa Maksu cakap?,”
Mak Su Senah menggeleng bersama satu keluhan kecil.
“Maksu Tanya, apa sebenarnya masalah Kimi dengan Huda ni?,”
“Panjang ceritanya Mak Su. Mungkin silapnya datang dari saya. Entahlah. Saya pun tak tahu. Tapi…itu semua cerita lama. Kalau diungkit pun..dan tak ada makna.”
Mak Su Senah mengeluh panjang. Dengar saja kata-kata Hakimi, hatinya makin kuat menyatakan hubungan pasangan suami isteri itu memang bermasalah. Ada rahsia yang sedang Hakimi dan Nurul Huda selindungkan.
“Takkan tak ada jalan penyelesaian langsung masalah kamu berdua ini.”
“Macamana nak cari jalan penyelesaiannya, kalau Huda terus-terusan lari macam ni ? Mak Su pula…bukannya nak tolong saya.”
“Hish ! Budak ni ! Tak faham orang cakap. Bukan Mak Su tak nak tolong. Tapi Mak Su tak boleh nak tolong. Kamu terlewat sikit. Huda dah pergi Kuala Lumpur. Ada interview kerja katanya. Bila Mak Su minta nombor telefonnya, dia asyik cakap nanti lah..nanti lah. Tup..tup..dia dah pergi. Nombor telefon tak ditanggalkannya. Kalau ada. Mestilah Mak Su dah bagi. Berapa kali Mak su nak cakap ni ? kamu ni, memang suka buat Maksu serba-salah tahu!”,suara Mak Su Senah suda sedikit meninggi.
Hakimi tergelak kecil. Mak Su senah sudah mula hilang sabar. Perlahan dia bergerak merapati wanita itu. memeluk perlahan bahu Mak Su Senah.
“Yalah…yalah. Saya percaya.”
“Mak Su Senah tersenyum sedikit.
“Tapi, kalau Maksu nak rahsiakan pun, saya faham. Saya sedar, saya ni siapa. Cuma anak angkat ayah saja. Huda tu, anak saudara maksu. Mestilah Maksu utamakan Huda, kan?,”
“Kimi!,”jeritan kecil itu pecah bersama pukulan kuat di bahunya. Pedih! Hakimi menyeringai sambil menggosok bahu yang pedih.
“Lagi sekali kamu cakap macam tu, Maksu tampar mulut kamu,”
Hakimi tergelak. Marah benar Mak Su Senah.
“Saya gurau jelah. Saya tahu Maksu sayang saya juga,”
“Maksu tak suka kamu bergurau benda macam tu. Maksu tak pernah bezakan kamu dengan Huda. Semuanya anak saudara Maksu,”
“Ya..Ya… Saya salah. Saya minta maaf. Saya tak gurau maca m tu lagi,”
Mak Su Senah menjeling marah. Hakimi tersengih. Membuat marahnya hilang perlahan-lahan. Pipi Hakimi diusap lembut. Tiba-tiba jadi rindu pada lelaki itu.
“Rindunya Maksu pada Kimi,”
Hakimi tersenyum kecil. Memegang jemari yang sedikit berkedut yang masih melekat di pipinya. Dia tergelak apabila melihat ada air mata yang nenitis perlahan di pipi Mak Su Senah.
“Saya dah balik, kan? Tak payahlah sedih-sedih,”
“Kamu dengan Huda sama saja. Kenapa tinggalkan Maksu sorang-sorang di sini?,”
“Jamal kan ada. Mana ada Maksu sorang-sorang?,”
“Maksu nak kita berkumpul macam dulu. Memanglah Jamal ada. Tapi, Maksu nak kamu dan Huda pun ada dengan Maksu,”
Hakimi tersenyum.
“InyaALLAH, lepas ni, saya akan selalu jenguk Maksu,”
“Yalah tu. Dulu pun, kamu cakap macam ni juga. Sudahnya kamu pergi, tak balik-balik,”
Hakimi tersenyum pahit.
“Maksu tahu, kamu merajuk dengan Maksu kan? kamu ingat Maksu sengaja nak rahsiakan hal Huda dari kamu. Kan?,”
“Dulu, ya. Sekarang ni, tak. Saya percaya Maksu. Maafkan saya ya. Saya tak bermaksud nak buat Maksu sedih,”
“Janganlah hilang lagi ya,”
Hakimi tersenyum sambil mengangguk perlahan.
“Kalau dapat nombor telefon Huda, beritahu saya ya. Saya nak sangat jumpa dia. Jumpa Imran Najmi saya,”
“Pasti Mak Su beritahu.”
Hakimi diam mendengar jawapan Mak Su Senah. Senyum dan gelaknya juga hilang perlahan-lahan. Kini focus mindanya kembali kepada Nurul Huda. Nurul Huda sudah ke Kuala Lumpur. Nurul Huda bakal bekerja di sana. Jauh di sudut hatinya, dia berharap agar dia dapat bertemu dengan Nurul Huda di kota metropolitan itu.
“Selama lima tahun ni…Kimi buat apa ?”
Soalan Mak Su Senah sekali lagi mengganggu lamunan.
“Buat bisnes sendiri Mak Su,”
“Dah jadi tauke besar rupanya, anak saudara Mak Su ni, patut la dah tak ingat kampung halaman lagi”
“Janganlah perli saya macam tu Mak Su. Bukan saya tak nak balik. Tapi, banyak sangat kenangan sedih di sini. Lebih-lebih lagi bila saya teringatkan arwah ayah. Saya rasa berdosa..Mak Su.”, Hakimi bersuara sayu.
“Sudah lah tu. Tak ada apa yang hendak di kenangankan. Sudah tersurat sebegitu..kita kenalah terima dengan redha. Terima qada’ dan qadar Allah dengan redha. Jangan dikesalkan benda yang dah berlalu. Apa yang penting, kita sentiasa doakan kesejahteraan arwah di sana.”
Hakimi Cuma membisu. Tiada kata-kata untuk diluahkan. Rasa bersalahnya bagaikan tidak bertepi. Bersalah pada ayahnya. Bersalah pada Nurul Huda. Walau dia cuma anak angkat tetapi jasa ayahnya terlalu besar terhadapnya. Belum sempat dia membalas segala jasa itu, Allah telah menjemput ayahnya pulang. Ya. Dia harus redha. Malah memang dia redha dengan pemergian itu. Cuma, rasa terkilan di hati yang sukar dikikis. Melekat terus sebagai kenangan pedih yang sukar dilupakan. Saat Nurull Huda bersedih dengan berita kematian ayah tersayang, dia bersenang-senang menghabiskan masa bersama Camelia. Sehari selepas usai majlis konvokesyen mereka lima tahun lalu, dia mengikut Camelia pulang ke Kedah. Selepas dia mencari wajah Nurul Huda yang sudah tiada di sisinya. Selepas Nurul Huda meninggalkannya yang sedang keliru. Keliru dengan tindakan pelik Nurul Huda. Memang dia mahukan kepastian dari Nurul Huda. Namun, rancangan yang sudah diatur teliti bersama Camelia menjadi penghalang. Dia mahu menagih penjelasan Nurul Huda sepulangnya dia dari Kedah. Tetapi, dia terlewat. Dan, tanda Tanya itu kekal menjadi misteri di hatinya. Misteri perubahan sikap Nurul Huda secara tiba-tiba, lima tahun dulu.
“Kimi… sudahlah tu. InsyaALLAH, kamu akan jumpa Huda nanti,”
Hakimi tersenyum nipis.
“Minum dulu. Dah sejuk airnya ni,”
Hakimi mengangguk tanpa menjawab.

****


11 comments:

Anonymous said...

ahhh..
akhirny..
PAM xde,,yg ni pum orait ler..
yg penting.. cite kak hanni
sume nya mantapp..

puteri_mukhriz said...

eh...best cita nie...x sabar nk tgu dia jumpa huda...ahhahah

Anonymous said...

suspennya cte nie...
xsbar nk thu apa sebenarnya yg jdi antra nurul huda ngan hakimi 2..
smbg lgi n3 nie tau kak hanni ek..

*nurhakim*

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeee...
xsaba nk tggu dowang jmpe...
nk lgi,,nk lgi...huhu..
besh2..

misz nana said...

bila huda ada, kimi xde..
bila kimi ada, huda lak xde..

yg kesiannya, imran najmi..
x tau sape ayah dia yg sebenar..
x dapat kasih sayang drp seorang ayah..

hmm..

neway, thanks ek kak hanni utk n3 ni, n3-n3 terdahulu n n3-n3 yg seterusnya.. hehe..

Anonymous said...

hahahah...best sangat ni k.hanni
cepat2 sambung yeeeee...tapi biar lah hbs busy tue dulu.



emmmmmmm...

aqilah said...

apapun, mmg semua cite hanni best. keep continue, ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

atashinci said...

kesian huda...kimi ingt dia yg brsalah....
sye rse mesti camelia yg ckp sesuatu psl kimi...
tu sbb huda mghilgkn diri.....

~~Lolipop~~ said...

fuh,,,
akhirnya...
lame wooo saya tggu citer ni...
huhuhuhu....

masih misteri spt dulu..
tp dah terungkai skit..
hahahaha.....

chayok2 lg k hanni...

aRa said...

salam kak hani , ara curi laptop abg sat nie , he3 , baca crita nie sedap pula kak , cepat-cepat lah sambung

salam rindu
aRa

silya_aquarius said...

kak hani. sambung lah cepat2 citer ni. best sesangat22

[11:35:50 PM] hos.getah: