Friday, January 16, 2009

Pergilah Air Mata 35

Helaian demi helaian majalah di tangan, dibelek tanpa niat untuk membaca. Sedikit bosan sebenarnya. Juga sedikit bercelaru perasaannya. Terfikir akan pesanan ringkas yang masuk ke dalam peti pesanan ringkas telefon bimbitnya. Hatinya sudah sedikit tenteram. Tetapi, pesanan itu, membuat lautan perasaannya berkocak lagi.
[ Ikmal cakap, kau dah tahu. Maafkan aku. Aku tahu sudah terlalu lama kau tahu. Tapi, bukan dari aku. Maafkan aku. Bukan niat aku nak rahsiakan, tapi, aku tak tahu macam mana nak jelaskan situasi aku dan Ikmla. Aku Cuma mahu lihat ada senyum lagi di bibir dia. Aku benar-benar minta maaf. Aku tak berniat nak rampas dia dari kau. Sungguh aku tak berniat begitu]
Patah-patah perkataan itu bagai melekat di kepala. Satu-satu dia hafal. Cukup lama Maria menyepi. Semalam, kata-kata itu yang Maria kirim. Mulanya dia tersentap. Mulanya dia kecewa. Sedih. Kesedihan yang berulang. Namun, dia harus sedar. Dia tidak boleh mementingkan perasaanya. Betul kata Maria. Ikmla berhak tersenyum semula. Kalau Maria mampu kembalikan senyum dan tawa Ikmal, dia rela Maria menjadi peneman Ikmal. Lelaki sebaik Ikmal tidak sepatutnya melalui semua kesedihan ini.
“Hai Ina… gelisah je akak tengok. Kenapa?,”
Sabrina menoleh. Mainan perasaan yang mula membuai rasa sayu, hilang satu persatu. Jamilah tercegat di hadapannya.
“Gelisah? Nak gelisah kenapa?,”Sabrina bertanya hairan. Ketarakah kegelisahan pada wajahnya? Jamilah tersenyum panjang.
“Macam dirancang-rancang ya. Kaki Ina macam ni. Puan Dayana pula tiba-tiba out station. Lama pula tu. Macam saja je nak elokkan hubungan Ina dengan Encik Badrul ya?,”
Sabrina mengangkat muka sekali lagi. Majalah di tangannya, ditutup seketika. Memandang wajah Jamilah. Elokkan hubungan dia dengan Badrul? Elok ke? Rasanya sama sahaja. Tidak mungkin hubungannya dengan lelaki itu akan elok.
“Jangan cakap macam tulah, kak,”akhirnya dia bersuara.
“Kenapa pula? Kita ni manusia biasa, Ina. Takkan kita mampu nak melawan kehendak takdir. Kalau dah ditetapkan macam tu, mana boleh kita nak ubah?,”
Sabrina diam. Membuka semula majalah di tangan. Tidak mahu menyambung bicara Jamilah. Bimbang makin terkuak pintu-pintu perasaan yang cuba dia tutup rapat-rapat di agam hatinya. Betul dia tidak akan mampu mengubah takdir. Tetapi, dia tidak mahu menurut kata hati yang mula menghasut ini. Dia tidak mahu memungkiri janji yang telah dia lafazkan pada Dayana. Dia yang bermatian-matian meyakinkan Dayana, tidak akan ada-apa antara dia dan Badrul. Itulah yang memberi Dayana kekuatan untuk berkahwin dengan Badrul. Dan kini, dia mula risau pada perasaannya sendiri. Mula rasa bersalah pada Dayana. Dia tidak mahu mungkir janji.
“Diam pula,”
“Janganlah kacau saya Kak Milah. Tengah baca cerpen ni. Best pula tu,”
Jamilah tergelak. Nampak sangat Sabrina Cuba lari dari perbualan mereka.
“Nak apa-apa tak? Akak nak masuk ni. Akak boleh tolong ambilkan,”
Sabrina menggeleng.
“Nak duduk kat sini, atau…nak masuk?,”
“Tak apa. Saya dah boleh jalan sendiri. Saya masuk sendiri nanti,”
“Hmm..yalah. Akak pun tak mahu lama kat sini,”
“Kenapa pula? Datin panggil ya?,”
“Taklah,”
“Kalau tak, kenapa nak masuk cepat-cepat? Duduklah sini. Sembang dengan saya,”
“Dah ada yang datang nak bersembang tu…,”
Sabrina menoleh. Memandang kosong ke arah Badrul yang jelas sedang menuju ke arahnya.
“Saya rasa, baik saya masuk kot,”
“Pulak…,”
Sabrina tersenyum kelat. Perlahan dia mengangkat punggung dari buaian.
“Nak ke mana ni?,”
Belum sempat dia melangkah turun dari buaian, Badrul sudah tercegat di hadapannya.
“Nak masuk. Dah lama kat luar ni. Bosan pula rasanya,”Sabrina menyusun kata. Jamilah tersenyum kecil. Sabrina berbohong.
“Duduklah dulu,”Badrul bersuara selamba sambil melabuhkan punggung ke buaian besi. Membuat buaian itu bergerak sedikit. Sabrina diam sejenak.
“Duduklah,”
Dia menoleh. Memandang wajah Badrul. Melihat wajah Badrul tanpa riak marahnya, tidak sampai hati pula untuk menghampakan lelaki itu. Sudahnya dia duduk semula. Kaku di sebelah Badrul. Jamilah perlahan-lahan mengatur langkah meninggalkan dia dengan Badrul. Meninggalkan suasana sepi antara dia dan Badrul. Sesekali dia mengerling ke arah Badrul. Lelaki itu leka bersandar pada buaian. Jauh sekali pandangan lelaki. Pasti fikiran pun sedang menerawang jauh. Melihat keadaan Badrul, dia tunduk. Membuka semula majalah di tangan. Menyambung semula bacaannya yang terhenti dek usikan Jamilah sebentar tadi.
“Kau nak keluar?,”
“Hah?,”
“Aku Tanya, kau nak keluar?,”
Sabrina menggeleng.
“Kenapa tak nak pula? Orang ajak keluar , jual mahal. Kena kurung, cakap bosan,”
Sabrina merenung wajah Badrul. Siapa sebenarnya yang sedang bosan sekarang? Badrul atau dia?
“Jomlah,”ajak Badrul sekali lagi.
“Nak keluar buat apa?,”
“Beli barang untuk bilik kau. Aku tengok kosong sangat. Beli TV ke, perakam DVD ke…perabot ke. Apa-apa yang kau berkenanlah,”
“Tak payahlah,”
“Kenapa tak payah?,”
“Kaki saya belum sembuh betul. Malaslah nak keluar,”Sabrina bersuara sambil tersenyum. Yakin dengan alasan kukuhnya. Padahal dia serik. Serik melayan Badrul keluar membeli-belah. Cerewet Badrul mengalahkan perempuan. Selebihnya, dia memang tidak mahu bersama lelaki itu. Sebaik menjawab soalan itu, dia kembali memberi focus pada majalah di tangannya. Membiarkan suasana kembali membeku.
“Baru hari ni aku Nampak muka kau,”
Sabrina mengangkat muka sekali lagi.
“Tak boleh nak jalan sangat, so malas nak ke sana sini. Nanti nak kena susahkan Kak Milah pula,”
“Dah tu, berkurung je dalam bilik?,”
“Kenapa awak Tanya?,”soal Sabrina tanpa menjawab soalan Badrul.
“Tak bosan ke?,”
Sabrina tergelak. Memandang wajah Badrul yang serius. Lebih enam bulan lelaki itu melayannya tidak ubah seperti tawanan perang, baru hari ini, Badrul bertanyakan dia soalan itu. Lucu rasanya.
“Apa yang lucu? Kelakar ke soalan aku tu?,”
Sabrina menggeleng.
“Dah tu, kenapa gelak?,”
“Saja,”
Badrul menjeling. Melawak pula gadis ini.
“Kau belum jawab soalan aku,”
“Yang mana? Yang bosan tu?,”
Badrul membuang pandang. Sedikit geram. Terasa Sabrina sedang mempermainkannya.
“Dah enam bulan lebih awak train saya. Mana boleh saya rasa bosan. Kena kurung ni… saya rasa macam dah biasa sangat. Dah lupa dah macam -mana rasa bosan tu,”
Badrul ternganga. Hilang kata-kata. Dalam lembut Sabrina menghentamnya.
“Kau sindir aku?,”
Sabrina menggeleng.
“Mana ada? Saya cakap benda betul je,”
“Makin berani kau sekarang ya? Tak sayang mulut?,”
Sabrina tersenyum kecil.
“Maaflah. Saya tak bermaksud nak menyindir. Cuma, soalan awak, memang lucu sikit bunyinya,”
Badrul diam. Bila diproses semula kata-kata Sabrina, terasa dia seperti kejam pula. Membuat gadis itu lupa bagaimana rasanya bosan? Berlebihan pula luahan perasaan Sabrina. Luahan perasaan secara halus. Secara tidak langsung.
“Betul kau bosan duduk di rumah?,”
Sabrina membetulkan duduk. Ternyata topic yang dibawa Badrul kedengaran menarik di telinganya.
“Kalau saya bosan, kenapa?,”
Badrul diam seketika. Berfikir tentang apa yang ingin dia sampaikan.
“Awak nak benarkan saya kerja ke?,”soal Sabrina tidak sabar. Badrul memandang wajah yang sudah sedikit ceria itu.
“Well…,”dia teragak-agak. Serba-salah meliaht reaksi Sabrina.
“Betul?,”Sabrina bertanya lagi. Membetulkan duduk. Hampir bersila menghadap badrul.
Badrul diam seketika melihat wajah teruja itu. Berseri- seri dengan renungannya yang bersinar. Sabrina terlalu berharap. Terasa menyesal dia mengajukan soalan yang jawapannya memang belum dia ada.
“Well…Yes and no,”akhirnya dia menjawab perlahan. Tidak sampai hati memberi jawapan yang terlalu mengecewakan.
Lebar senyum yang terukir di bibir Sabrina.
“Yes and no?,”soal gadis itu sedikit hairan., namun senyum ceria tidak lekang di bibirnya. Rasanya itulah senyum Sabrina yang paling manis yang pernah dia lihat. Senyuman yang mungkin membias rasa sebenar di hati gadis itu. Nampak sungguh semulajadi.
Badrul mengangguk sambil turut tersenyum. Membuat Sabrina tergelak bahagia.
“Serius? Serius saya boleh kerja?,”suara girang itu tiba-tiba terlontar tanpa dapat ditahan-tahan. Erat jari Badrul digenggamnya. Badrul tersenyum kelat. Tidak dapat dinafikan, dia suka melihat wajah girang itu. Namun, risau pula melihat kegembiraan yang sedikit berlebihan itu.
“Dengan abah,”Badrul bersuara pendek.
“Apa?,”soal Sabrina hairan.
“Kerja dengan abah,”
Senyum Sabrina hilang perlahan-lahan. Dia mengeluh panjang sambil bersandar semula di buaian. Tangan badrul yang digenggam erat, terlerai perlahan-lahan. Kecewa. Tidak mungkin dia akan bekerja di situ. Dia tidak mahu.
“Saya nak kerja kat tempat yang tak ada awak,”ujarnya perlahan.
“Aku pula tak akan benarkan kau kerja di tempat yang tak ada aku,”
“Kenapa?,”
“Kenapa? Kau Tanya aku kenapa? Jawapannya senang saja, Sabrina. Aku tak mahu kau jumpa lelaki tu, selagi kau masih bergelar isteri aku. Aku tahu, kau memang mahu keluar dari rumah ini, dan cari dia kan?,”
Sabrina diam. Rupa-rupanya puncanya masih lagi Ikmal. Rupa-rupanya marah Badrul pada Ikmal masih meluap-luap.
“Saya tak akan cari sesiapa, Bad,”
“Aku susah nak percaya. So, kalau kau nak kerja, kau boleh kerja dengan abah. Aku boleh perhatikan kau selalu. Dua kali aku tangkap kau dengan lelaki tu. Itu dah cukup untuk aku lebih berhati-hati,”
“Kalau macam tu, saya duduk di rumah sajalah,”
Badrul Cuma memandang wajah girang Sabrina yang hilang perlahan-lahan. Ada rasa kasihan. Tetapi, dia tidak mahu berlembut dengan Sabrina. Seribu satu rencana di kepala gadis itu, tidak terjangkau dek fikirannya. Alasan mahu mengambil barang di rumah sewa, Sabrina boleh ke sana dan berjumpa dengan lelaki itu. Permintaan untuk keluar sebentar, sekali lagi dia menangkap Sabrina bersama lelaki yang sama. Sukar untuk dia meletakkan kepercayaan pada gadis itu lagi. Dia mesti hati-hati.
“Kenapa kau tak nak kerja dengan abah?,”
Sabrina mengangkat muka. Membalas renungan Badrul.
“Saya tak nak kerja dengan awak,”ujar Sabrina beterus-terang.
“Kenapa?,”
“Nanti mesti Dayana tak senang, kan? Mesti dia rasa tak selesa sebab saya selalu ada dengan awak,”
Badrul tersenyum. Ke situ rupanya fikiran Sabrina.
“Dia tak kisah. Aku yakin,”
“Awak silap. Dia perempuan. Mestilah dia kisah,”
“Whatever. Yang penting, aku dah offer, tapi kau yang tolak. Jangan mengada-ngada nak mengadu kat abah, aku tak bagi kau kerja ya,”
Sabrina menjeling.
“Tak ada masa saya nak mengadu,”
Badrul tersenyum. Matanya melirik pada kaki Sabrina. Sudah tidak lagi berbalut. Cuma ada plaster yang menutup lukanya.
“Dah betul-betul baik ke, luka tu?,”
“Okaylah. Dah okay,”
Badrul mengangguk perlahan. Kemudian diam. Tiba-tiba ketandusan topik untuk terus berbicara. Aneh. Kadang-kadang begitu banyak yang boleh dia bualkan dengan gadis ini. Dan, pada masa yang lain, minda seakan tidak berfungsi untuk menyusun kata-kata. Agak lama dia berdiam diri, sudahnya dia Cuma mampu mengeluh perlahan. Menoleh ke arah Sabrina yang kebetulan sedang menoleh padanya juga. Sama –sama kekeringan idea. Itu dia pasti.
“Apa pandang-pandang?,”soalnya sekadar menutup rasa canggung. Sebagai lelaki, terasa sedikit lemah kalau sampai Sabrina tahu dia kelu untuk menyambung bicara. Sabrina tersenyum. Melihat wajah dan mendengar soalan Badrul, membuat dia tersenyum. Rasa kecewanya seolah hilang seketika.
“Awaklah. Apa pandang-pandang? Saya pulak,”balasnya lembut.
Mendengar jawapan itu, Badrul tergelak. Sabrina turut sama tergelak kecil. Sebelum kedua-duanya kembali membisu.
“Jom masuklah. Dah petang,”akhirnya dia bersuara.
“Awak pergi dulu. Saya masuk kejap lagi,”
“Kau nak buat apa lagi kat sini?,”
Sabrina tersenyum tanpa menjawab. Badrul pula sekadar menjungkit bahu. Duduk di situ dan saling membisu, rasanya lebih baik dia tinggalkan Sabrina sendirian.
“Aku masuk dulu,”
Sabrina mengangguk sambil tersenyum lagi. Lega melihat Badrul bergerak mahu meninggalkannya.
“And, kalau kau rasa nak kerja dengan abah, aku izinkan kau kerja. Kalau tempat lain, kau duduk saja di rumah,”
Sabrina diam. Tidak menjawab. Badrul pula menyambung langkahnya. Tidak mungkin dia akan benarkan dirinya terus hampir dengan Badrul. Tidak mungkin.

****

22 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

yeeii..
orang first komen..
hehehe..

npknye,,hbgn bad n ina mkin oke...
ske2...
ble lar dorang nih nk sedar yg dlm aty ader chenta....
heheehehe...
besh2....

gaDis_uNgu said...

hehehe..tengah online nampak akak post new n3
erm..yang ni agak suram sket..maybe sebab bad ngan ina da mula berbaik..tp takpe..asalkan bad tak marah2 ina lagi..
kak..cepat2 post new n3 ek..
slalu gak jenguk kot2 ada yang terbaru..
keep up the good work..hehehe

act cite ni lebih kurang macam life saya kak..kena kawen tetibe ngan lelaki yg tua 12 tahun dr saya..tunang saya pulak kawen dgn kawan saya sebab majlis da dirancang..sedeynye lau ingat..tp saya ngan husbd yang ni masih macam tu jugak...nama je suami isteri tp kami tak de pulak jadi macam bad-ina nie..

Nafisya said...

nmpk sgt bad tu jeles.. sbb tu dia xkasi sabrina keje kat tmpt lain..

nana_yoong said...

xpela, ntah bile la rahsia licik maria tu terbingkar..nak sgt nad taw yg ina & ikmal x sejahat yg die sangke...sedeh btol

...De mYsTeRiOuS Me... said...

bbestnye ina n bad ni..ske sgt bce part dorg..si bad 2 x nmpk lg ke nape ina x nk keje dgn abah die? kn dh nmpk ina 2 bek..kalu die jht n nk bolot hrta..mst dh lme die stuju keje kt opis abah bad 2..ee..bute mate tol la si bad 2..tp x pe la..atlis bad dh ske kt ina..wakakakaka..

k.hanni..cpt2 la smbung..huhuhu

Nurul said...

geram dgn mariaaaa
bad and ina bile nk mengaku dh jatuh cintaaa ?
hahaha !

Anonymous said...

Bagus la tu maria ngan ikmal, kawen sekali pun tak ape, biar bad ngan ina....

atashinci said...

hrp2 ina kejalh dgn bad....
pas tu darius lak mkin rpt dgn ina...
biar bad jeles....
eeeee....skenye klau bad jeleskn ina ni......
bilhlh diarg ni nk tau yg maria tu jht gile.....
kesian gak kt ikmal......
gaDis_uNgu.....skrg awk bahagia x???????

~~Lolipop~~ said...

hmmm.....
komunikasi dah makin baik..
wahahahaha....

nak lagi k hanni.....

bali putih said...

gadis ungu....
menarik kisah awak...
kenapa awak tetiba kena dikahwinkan dgn lelaki tersebut...
bahagiakah awak sekarang dan bahagiakah bekas tunang dan kawan awak tu.....

-bali putih-

Anonymous said...

nampaknya kisah gadis ungu membuatkan pembaca teruja nak tahu, saya pun sama.... kongsi sikit bolehhhhhh

gaDis_uNgu said...

thanks..
bahagia..??dekat 3bulan da kami duduk serumah..masa kami kena kawen lagi sebulan je majlis saya ngan x-tunang..tataw le..semuanya secara tiba2..
ms kami kena pegi kursus, saya pengsan..sedar2 kat dalam bilik dia..tp dia takde wat pape kt saya..tetibe org jab agama dtg, n kami kena kawen..macam ikmal jugak, tunang saya tak pecayakan saya..n decide kawen ngan kawan saya..
saya tak tau dia bahagia atau tak..kdg2 dia ada email saya, tp saya taknak balas..
husbd saya (lau layak dipanggil husbd) macam org asing dlm rumah ni..bile parent kami dtg, kami kena berlakon..tp lepas tu dia macam tak nampak saya..

Anonymous said...

Nk bagi nasihat pun saya tak kawen lagi. Dipaksa cari calon tapi tak la dpt2. Skrg jadilah andalusia hahaha...

Cuma kita kena berserah dan menerima takdir Allah dengan lapang dada, mungkin suami awak adalah lelaki yang terbaik buat awak. Redha dengan segala ketentuanNya. Semoga awak akan capai bahagia sehingga ke anak cucu sehingga ke akhir hayat

Allah takdirkan mcm2 untuk hambanya. Ada yang mudah, ada yang susah, ada yang sukar, ada yg complicated. so sabar yee.

gaDis_uNgu said...

sejak kawen ngan dia, saya juga da jadi blogger hampir setiap masa..cuma saya tak publish je kisah pasal saya dan dia..
erm..mana tau kot2 saya boleh tulis cerita pasal kami berdua..bolehla saya share dan minta pandangan awk semua..
insya Allah..saya akan update nanti..4 now, setiap kali baca novel kak hanni mmg saya tersentuh..kdg2 tu 'ter'berangan jugak..kalaulah husbd saya akan jadi macam bad..tp tak taula..sekarang saya serahkan je pada takdir..
thanks again untuk sume..
untuk kak hanni..cepat2la update kak..suka sangat cite nie..

Anonymous said...

emmmmm...sedihnya gasid ungu!!!
rupa2nya cerita ina dgn bad ni ada kena skt2 erk??
gasid ungu kuat kan iman ok insyaLLah,,ada kebahagiaan masa akan dtg,,
kita sebagai manusia ni x lagi daripad masalah. semua org ada masalah nya..
banyak2 kan sabar ya,
tapi kan???
kalu bad tue ada dayana.
suami gadis ungu ada girlfriend ke???
daripada meyha

diana said...

bila eh bad ni tol2 sedar dh jatuh cinta ngn sab? uhh x sbrnye rasenya...
caiyukk kak hanni...
suka nye bad ngn sab ni, malu2...cute jer....

aqilah said...

bestlah hanni. nak lagi............... susah di zmn skrg ni nak cari org seperti sabrina. 1 dlm 1000 kot!

nurhakim said...

best lah kak hanni...tpi n3 kli nie cam kureng je skt...cpt2 smbng tau kak hanni..

4 gadis ungu...bnykkn bersabar...allah sgt syg hambanya yg bersabar...anggap lah 2 semua sudah ditetapkan olehNya...hope gadis ungu dapat kebahagiaan dgn husbd...aminn..

hana said...

yeke suram?mebe sbb xde part2 romantic kot haha..ok je senanye.. suke sgt sbb sabrina mlwn n sindir2..hehe..cpt smbg kak hanni

Anonymous said...

sedikit la suram... tapi still ok

gaDis_uNgu said...

erk??
lamanya tunggu n3 br kak hanni..smalam saya bc lagi PAM ni..then masa turun masak lupa nak tutup..bile naik tgk hsbd saya dok layan pulak cite kak hanni ni..then dia cakap kat saya "knape kita tak jadi macam ni?"..
alamak..berdebar2 lak saya rasa..tp saya senyum je n ajak dia turun makan..
erm..there's one sweet feeling rose in my heart..(",)

gaDis_uNgu said...

to: meyha..
saya tatawle dia ad gf lain ke tak..sebab setau saya idup dia cuma keja..erm..tp dia ni duda..x-wife dia da kawen lain da..dia pon tak penah jumpa da ngan x-wife dia..

[11:35:50 PM] hos.getah: