Saturday, May 30, 2009

Di Penghujung Rindu 8

Hakimi membelokkan kereta memasuki perkarangan rumah Shahril. Ada jemputan makan malam untuknya. Beria-ia benar Julia mengajaknya makan malam bersama. Puas ditanya untuk apa, Julia cuma tersenyum panjang. Enjin keretanya dimatikan. Sedikit rasa hairan terselit di hatinya, melihat sebuah waja berwarna emas yang cukup asing di matanya. Ada tamukah Julia dan Shahril? Terdetik soalan itu di hatinya. Perlahan pintu kereta dibuka. Agak was-was untuk melangkah keluar. Tidak mahu mengganggu sebenarnya.
“Kimi! Kenapa tercegat kat situ? Masuklah.”, suara Shahril membuat dia beralih pandang. Shahril tercegat di ambang pintu sambil bercekak pinggang. Mungkin sudah bersedia menunggunya.
“Kau ada guest ke?”, soalnya sambil menutup pintu kereta. Perlahan dia menapak ke arah Shahril yang cuma tersengih panjang. Seperti tidak mahu menjawab soalannya. Dia memandang sekeliling. Yakin soalannya tidak akan berjawab.
“Fairuz dengan Lia mana?”, dia bertanya apabila menyedari kereta Fairuz tiada di perkarangan rumah Shahril. Belum sampaikah? Biasanya dia yang sering lewat.
“Fairuz call tadi. Dia tak dapat datang. Hantar Lia ke klinik.”Shahril memulakan cerita.
“Kenapa dengan Lia?”laju soalan itu meniti di bibir. Risau kalau-kalau sesuatu yang buruk menimpa wanita itu. Shahril tersenyum kecil.
“Buat apa nak risau isteri orang? Orang suruh kahwin, tak nak. Kalau kahwin, kau boleh risaukan isteri sendiri,”gurau Shahril bersama gelak kecil.
“Aku seriuslah,”
“Yalah. Katanya deman. Mungkin demam biasa saja. Don’t worry lah. Kalau teruk, mesti Fairuz dah cakap. Kan?,”
Hakimi diam. Sedikit lega mendengar penjelasan Shahril. Betul juga kata Shahril
“Kau ambil berat sangat pasal Lia. Kau masih simpan perasaan ke kat dia?,”Shahril bersuara perlahan. Cuba mencungkil rahsia sebenarnya. Rahsia Fairuz terpaksa jadi pengantin segera Camelia. Sungguh dia mahu tahu punca sebenar peristiwa yang sudah bertahun berlalu. Segalanya tersimpan kemas di lipatan hati tiga insan itu. Langsung tiada cerita untuk dia dan Julia.
“Dia kawan aku. Mestilah aku kisah,”
“Tapi, hampir jadi pengantin kau. Bertahun-tahun jadi buah hati kau. Cuma, beberapa tahun kebelakangan ni aje, kembali jadi kawan,”
Hakimi tersenyum tawar. Itu semua sudah menjadi sejarah. Tidak perlu diungkit lagi.
“Cerita lamalah,”
“Ya, memang cerita lama pada kau. Tapi, pada aku, cerita tu tetap segar kat sini,”sampuk Shahril sambil jari telunjuknya diletakkan ke dahi. Hakimi tergelak kecil.
“Kenapa pulak?,”soalnya sambil menggaru kepala.
“Dalam kad jemputan dah tertulis nama kau. Tup-tup seminggu sebelum nikah, tukar pengantin. Tiba-tiba Fairuz jadi bidan terjun. Mestilah aku ingat sampai bila-bila. Lebih –lebih lagi, sampai hari ni, kau tak beritahu apa puncanya pada aku,”
Hakimi cuma tersenyum tenang. Wajah Shahril dipandang sekilas.
“Cerita lama. Tutup bukulah. Sekarang kita buka buku baru,”
Shahril mengeluh. Usahanya gagal lagi. Baik Hakimi mahupun Fairuz juga Camelia, semuanya lebih senang menutup mulut. Memang ada rasa geram di hati, namun, sebagai sahabat, dia perlu menghormati pendirian teman-temannya itu.
“Hmm… sekarang aku nak bagi buku baru kat kau. Harap-harap lepas ni, bolehlah buat cerita baru. Cerita lain selain dari cerita bujang terlajak kau ni,”
Hakimi tergelak.
“Excuse me, kawan. Belum terlajak lagi. Belum masuk empat puluh pun,”
Shahril mencebik.
“Sudahlah. Come…hidangan pun dah siap. Kita terus makan sajalah.”
“Kereta siapa tu?”,Hakimi bertanya lagi seraya mengekori Shahril dari belakang. Namun, soalannya berjawab sebelum Shahril memberi jawapan. Bukan sedikit riak terkejutnya apabila matanya terpandang seraut wajah yang amat dia kenali. Yang bertahun cuba dia jejaki. Raut tepi wajah Nurul Huda. Nurul Huda duduk membelakanginya di meja makan, tetapi, sesekali apabila menoleh, membenarkan dia meratah setiap inci wajah itu. Ternyata ini benar-benar di luar jangkaannya. Inikah buku baru yang dimaksudkan Shahril? Nafasnya seakan terhenti. Tatkala sepasang matanya menjawah wajah itu, kakinya benar-benar terpaku. Tidak mampu bergerak. Tiada daya untuk melangkah. Selama lima tahun dia mencari gadis itu. Selama lima tahun dia menunggu. Namun hari ini, apabila Nurul Huda sudah berada di hadapannya, dia menjadi keliru. Bersediakah dia untuk berdepan dengan Nurul Huda? Kalau dia bersedia, kenapa langkahnya mati di sini? Kenapa jantungnya berdetak sekencang ini? Kenapa perasaannya segundah ini. Lain benar perasaannya, menanggapi gadis itu kali ini.
“Kimi…kenapa tercegat di situ? Marilah. Macam nampak hantu pula. Rumah aku tak ada hantulah”
Hakimi tersenyum kelat mendengar soalan Julia.
Dan, soalan Julia membuat nafas Nurul Huda terhenti seketika. Pinggan yang dipegangnya, diletakkan semula ke meja. Tidak kuat untuk terus menggenggam pinggan itu. Matanya tertancap pada jemarinya. Menggeletar. Benarkah semua ini? Atau…ini semua cuma satu mimpi semata-mata? Seperti mimpi-mimpi yang menemani rindunya pada Hakimi selama ini? Benarkah Hakimi berada bersamanya saat ini? Benarkah dia berkongsi ruang ini dengan Hakimi? Detak yang laju, membuat jantungnya seakan mahu pecah. Cukup laju degupan itu mengganggu emosinya. Dia menarik nafas panjang. Mencari ketenangan. Kuatkah dia untuk menghadapi realiti ini? Kuatkah dia untuk sembunyikan riak rindu yang kuat menghempas pantai jiwanya saat ini? Kuatkah dia? Kuatkah dia untuk membuang rasa cinta yang cukup lama mendera perasaannya ini?
“Huda…are you ok? Muka kau pucat”,
Nurul Huda tersenyum. Cuba untuk senyum selebar yang boleh. Soalan Julia tidak mampu dijawab. Bukan tidak mahu menjawab soalan itu, tetapi, suaranya sudah hilang entah ke mana. Kelu. Benar-benar kelu.
Julia merenung wajah itu dengan sedikit rasa hairan. Apabila tiada jawapan dari Nurul Huda, wajah itu terus ditatapnya. Membuat Nurul Huda bertambah gelisah. Membuat Nurul Huda menjadi serba salah. Sudahnya dia cuma mampu mengukir senyum selebar yang boleh.
“Kau tak apa-apa? Kau tak sihat ke?,”sekali lagi soalan yang hampir sama meniti di bibir Julia.
“Aku..tak apa-apa. Cuma dah lapar sangat. Aku belum makan apa-apa tau! Semata-mata nak makan masakan kau.”, dalih Nurul Huda bersama senyuman manis. Cuba sembunyikan resah gelisah yang datang mendera. Julia tergelak kecil.
“Ye ke? Terharu aku dengar that words. Don’t worry. Kimi pun dah sampai. So kita boleh makan sekarang.”
Nurul Huda tersenyum sambil menolak rambutnya yang jatuh ke bahu. Tiba-tiba dia menjadi rimas. Menjadi tidak selesa. Tiba-tiba dia tidak mahu berada di ruangan ini. Sangkanya dia cuma akan menikmati makan malam bersama Shahril dan Julia. Julia tidak maklumkan padanya ada jemputan lain.
“Assalamualaikum.”
Hati Nurul Huda bagaikan gugur mendengar suara itu. Lima tahun dia tidak mendengar suara itu. Rindunya yang kontang bagaikan disirami selaut bahagia saat ini. Sesungguhnya dia amat merindui Hakimi. Terlalu merindui lelaki itu. Perlahan dia berpaling. Hakimi tercegat di hadapannya. Hakimi yang dia rindui. Hakimi yang dia kasihi. Hakimi yang dia cintai.
Dan Hakimi, sama-sama terpaku menatap wajah insan yang sudah lima tahun dia jejaki. Wajah itu sudah sedikit matang. Tiada lagi wajah keanak-anakan yang sering menjadi sasaran telunjuknya satu ketika dulu tiap kali gadis manis ini tidak berjaya menghabiskan soalan matematik yang dibuat.
“Waalaikumusalam.”,jawab Nurul Huda sepatah. Tanpa sedar dia bergerak bangkit daripada kerusinya. Sama-sama berdiri memandang antara satu sama lain. Nurul Huda cuba mengukir senyum. Cuba membuang debar yang menggila di dadanya. Cuba menghadapi tatapan mata Hakimi setenang yang boleh. Tiada senyum di bibir lelaki itu. Mungkinkah dek kerana terkejut? Sebagaimana dia terkejut saat ini. Atau, dek kerana rasa benci yang mungkin dia tinggalkan di hati lelaki itu? Dia tahu apa yang berlaku dulu, silapnya. Dia yang meminta. Dan dia yang terus mendesak. Kemudian memungkiri janji yang dia sendiri buat. Dia mahu menjadi pengantin Hakimi, walau bukan itu yang dijanjikan pada Hakimi. Walau dia tahu, Hakimi sudah ada Camelia. Teringatkan semua itu, tiba-tiba dia jadi malu. Malu pada Hakimi dan malu pada dirinya sendiri.
“Apa khabar?”,akhirnya dia membuka bicara sambil menghulurkan tangan. Tidak sanggup terus berdepan dengan kebisuan Hakimi yang mendera. Hakimi sedikit tersentak mendengar sapaan Nurul Huda. Gadis itu nampak cukup tenang. Tersenyum lebar bersama tangan yang terhulur padanya. Senyum Nurul Huda membuat dia kabur untuk membaca isi hati gadis itu. Sukar mentafsir apa yang sedang bermain di hati Nurul Huda.
“Baik”, jawab Hakimi sepatah. Jemari Nurul Huda dicapai. Di luar sedarnya, jemari Nurul Huda erat di genggamannya. Membiarkan satu perasaan aneh menjadi badai yang menghempas hatinya. Sungguh perasaannya bergolak hebat. Kalau selama ini dia keliru dengan perasaannya. Namun, saat ini, dia tidak dapat menafikan lagi apa yang dia rasa. Sememangnya selama ini dia merindui Nurul Huda. Dia merindui wajah di hadapannya ini. Memang tidak salah apa yang dia rasa selama ini. Dia perlukan Nurul Huda.
“Ek hem..”, Shahril berdeham perlahan sambil tersenyum nakal. Membuat Hakimi tersentak. Genggamannya terlepas tiba-tiba. Nurul Huda tersenyum kelat. Gundah terus memburu hatinya. Sentuhan Hakimi terasa meresap ke seluruh jiwanya.
“Maaf mengganggu. Dinner dah ready. So, have a sit.”, Shahril bersuara bersama senyum yang panjang.
Nurul Huda melabuhkan punggung ke kerusi. Hakimi pula mengatur langkah menuju ke kerusi berhadapan dengan Nurul Huda. Sesekali apabila pandangan mereka bertembung, cuma senyum yang terukir di bibir Nurul Huda. Senyum yang menutup segala kegelisahannya. Debar di dadanya terasa berganda berbanding debar yang pernah dia rasa di tahun-tahun yang berlalu.
“Kimi! Diam saja. Is anything wrong?”, Julia bersuara sambil mencedok nasi untuk lelaki itu. Hakimi megukir senyum. Perlahan dia menggeleng. Matanya sekali lagi melekat pada wajah di hadapannya. Ada urusan yang belum selesai antara dia dan Nurul Huda. Hatinya memberontak untuk meluahkan segala apa yang tersimpan di hatinya. Namun, kehadiran Julia dan Shahril di antara dia dan Nurul Huda, memaksa dia pendam segalanya.
“Kalau pun kau belum puas lagi menatap muka Huda ni…janganlah sampai lupa nak makan pula. Penat isteri aku masak tau!”, Shahril bersuara lagi, apabila melihat Hakimi bagai hanyut dalam renungannya. Nurul Huda tergelak kecil mendengar gurauan Shahril. Menutup perasaan sebenarnya juga cuba abaikan wajahnya yang panas tiba-tiba. Hakimi turut tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Betul tu. Makan dulu. Dah habis makan..kau nak renung muka Huda sampai esok pagi pun..aku tak kisah.”, tokok Julia bersama deraian tawa.
“Jangan salah faham. Aku cuma tertanya-tanya ke mana dia menghilang selama lima tahun ni? ”, Hakimi bersuara bersama renungan yang tidak pernah putus. Nurul Huda tersenyum kecil. Mata Hakimi ditatapnya lembut. Rupa-rupannya cuma rasa hairan yang bersarang di benak lelaki itu. Tidak lebih daripada itu. Renungan itu, bukan renungan rindu. Memang tiada rindu pun untuknya barangkali.
“Oh ya! Takkan kita berempat saja? Mana Fairuz? Dan..Lia?”, cepat-cepat Nurul Huda mengubah tajuk perbualan. Tidak mahu larut dek rasa tersentuhnya pada kata-kata Hakimi. Wajah Julia dan Shahril dipandang sebagai tanda dia menanti sebuah jawapan.
“Fairuz call tadi. Lia..tak sihat. Jadi mereka tak dapat datang.”
Dahi Nurul Huda sudah berkerut seribu. Segera dia mencari wajah Hakimi. Wajah itu kelihatan terus tenang.
“Lia yang tak sihat..kenapa Fairuz yang tak dapat datang?”, soalnya lagi. Keliru dengan situasi itu. Matanya terus jatuh ke wajah Hakimi. Bukankah lelaki itu sepatutnya bersama Camelia. Hakimi diam tanpa suara. Jemarinya terus menyuap nasi ke mulut. Tidak mengacuhkan soalan itu, meski dia tahu Nurul Huda mengharapkan jawapan darinya.
“Banyak benda yang kau tak tahu Huda. Dalam masa lima tahun, banyak perkara yang berubah. Banyak perkara yang berlaku,” Julia bersuara apabila melihat Hakimi terus membisu. Barangkali lelaki itu belum bersedia untuk membuka cerita perihal perjalanan hidupnya. Nurul Huda sekadar berdiam diri. Melihat Hakimi lebih selesa melayan hidangan di hadapannya. Dia mengambil keputusan untuk tidak terus bertanya. Sudahnya, nasi di pinggan disuap perlahan-lahan ke mulut. Sedang kepalanya sarat dengan seribu persoalan. Apa yang berlaku sebenarnya?
“Anak macam mana? Sihat ke?”Hakimi tiba-tiba bertanya. Soalan yang hampir-hampir membuat Nurul Huda tersedak. Alunan suara Hakimi menanyakan soalan itu amat menyentuh hati. Pilu dia mendengarnya. Adakah Hakimi sudah tahu segalanya? Tiba-tiba rasa bersalah bersarang di jiwanya. Betapa selama ini dia telah pisahkan seorang anak daripada bapanya. Namun, rasa bersalah juga barangkali akan menghimpitnya kalau dia war-warkan kelahiran Imran Najmi pada Hakimi. Dia mengangkat muka perlahan-lahan. Ternyata Hakimi inginkan jawapan, apabila dia menyedari renungan Hakimi melekat kemas di wajahnya. Dia berdehem perlahan.
“Sihat…,”jawabnya sepatah.
“Apa namanya?,”
“Imran. Imran Najmi,”
“Bin?,”soalnya sepatah. Sengaja mahu mendera perasaan Nurul Huda. Tiba-tiba ada rasa geram dan terkilan di hatinya mendengar Nurul Huda bercerita tentang anaknya yang dia sendiri tidak pernah tahu akan kewujudannya selama ini. Terasa haknya benar-benar dinafikan. Dia berhak untuk tahu yang beberapa tahun ini, namanya ada di belakang nama seorang anak kecil. Dia patut tahu ada seorang Imran Najmi bin Hakimi yang sedang membesar. Dia ada hak untuk tahu.
Nurul Huda menelan liur. Dia yakin Hakimi sudah tahu segala-galanya.
“Kenapa Lia ke klinik dengan Fairuz?,”lambat-lambat dia alihkan soalan. Membalas renungan Hakimi. Hakimi cuma memandang. Nurul Huda cuba mengupah topic perbualan. Kemudian tumpuannya teralih pada Shahril yang menghilang sebentar tadi. Kemudian muncul semula sambil tersenyum panjang.
“Kau berdua makan dulu ya. Ju, sekejap. Ada tamu nak jumpa kat depan,”
Julia merengus kecil. Dia mahu mendengar jawapan Nurul Huda untuk soalan Hakimi sebenarnya. Mana tahu, barangkali bapa kepada anak Nurul Huda adalah insan yang dia kenal.
“Ju….,”Shahril bersuara lagi melihat Julia seperti tidak mahu bergerak dari meja makan.
“Yalah. Kau berdua sambung makan ya. Sekejap aje. Nanti kami join balik,”
Nurul Huda tersenyum sambil mengangguk perlahan. Memandang Julia beriring dengan Shahril sambil mulutnya riuh bertanyakan pada suaminya, siapa tamu yang tiba-tiba muncul itu.
“So, Huda tak nak cakap apa-apa ke?,”
Nurul Huda berpaling. Memandang wajah serius Hakimi. Apa alasan yang mampu dia berikan?
“Huda nafikan hak abang. Sampai hati Huda…,”
“Ma… macam mana abang tahu? Siapa yang cakap?,”
“Abang cari Huda kat kampung,”
Nurul Huda terdiam. Pasti Mak Su Senah yang membuka cerita.
“Bukan Huda tak nak cakap. Tapi, bang… abang lebih tahu kan? Huda tahu Huda banyak buat salah dengan abang. Huda dah janji takkan libatkan perasaan dalam hubungan kita dulu. tapi, Huda mungkir janji…,”
“Kenapa Huda rahsiakan dari abang?,”Hakimi mengulang soalan. Dia perlukan sebab, bukan penjelasan yang beralasan.
“Takkan Lia boleh terima anak tiri bang. Dari Huda pula tu. Huda tak nak hubungan abang dengan Lia ada masalah kalau sampai dia tahu hal ni. Lagipun, semuanya tak dirancang. Huda sendiri tak sangka Huda boleh…,”kata-kata Nurul Huda terhenti di situ. Segan untuk menyambung bicara. Malu untuk mengingati semula tindakan bodohnyanya lima tahun dulu.
“Boleh apa?,”
Nurul Huda diam seketika. Membalas renungan Hakimi yang sedikit beremosi. Memang patut Hakimi ada rasa marah padanya.
“Huda tak sangka sampai boleh pregnant…,”perlahan saja dia bersuara akhirnya.
Hakimi mengeluh perlahan.
“Huda rasa bersalah sangat atas apa yang berlaku tu. Huda tak patut ikutkan perasaan. Huda buat abang serba-salah…Huda selfish,”
Hakimi diam. Bicara Nurul Huda mendomisani suasana. Dari wajah gadis itu, dia tahu Nurul Huda betul-betul kesal. Benar-benar rasa bersalah. Namun, dia tidak pernah menyalahkan Nurul Huda. Apa yang berlaku adalah atas kehendak dia dan Nurul Huda. Tidak perlu untuk dia menunding jari kepada sesiapa pun.
“So, abang dengan Lia , macam mana? Kenapa dia tak datang dengan abang?,”
Hakimi tersenyum hambar.
“Dia dah kahwin dengan Fairuz,”
“Hah?! Kenapa?,”
“Seminggu sebelum perkahwinan kami, dia terjumpa kad ucapan anniversary ketiga kita, yang Huda bagi dulu…,”
Nurul Huda bungkam. Diakah punca perpisahan itu? Seminggu sebelum perkahwinan pula tu?
“I’m so sorry abang. Abang patut buang kad tu,”
“Why should I? Kenapa abang perlu buang pemberian Huda? Pernah ke abang buang pemberian Huda selama ni?,”
“Tapi, situasi abang tu tak sama. Sorry bang. Sebab Huda, abang kehilangan Lia. Huda tahu abang cintakan Lia. Sangat cintakan dia…,”
“Lupakanlah…,”
“Lupakan apa?,”suara Shahril yang muncul tiba-tiba memutuskan bicara antara mereka. Nurul Huda diam sambil menyambung suapannya perlahan-lahan sedang Hakimi Cuma tersenyum sambil menggeleng. Perlahan dia mengangkat muka lagi. Memandang wajah Hakimi. Tidak mungkin dia lupakan. Dia paksa Hakimi menjadi suaminya semata-mata untuk memenuhi cita-citanya. Dia minta hak sebagai isteri padahal janjinya tidak begitu. Dan, sekarang, Hakimi tidak dapat bersama dengan Camelia disebabkan kad yang diberi pada Hakimi lima tahun dulu. Hakimi berhak mendapat kebahagiaan. Bukan menjadi insan terluka disebabkan dirinya. Dia tidak akan menganggu Hakimi lagi. Dia mahu Hakimi benar-benar mendapat kebahagiaan nanti. Juga dia tidak akan menggunakan nama Imran Najmi untuk merantai Hakimi lagi. Tidak akan…
Seterusnya dia Cuma mendengar bicara Shahril dan Hakimi tanpa dia tahu apa sebenarnya yang dibualkan. Fikirannya benar-benar tepu dengan rasa bersalah.

***

Tuesday, May 19, 2009

PAM - SPECIAL ENTRY

“Please you. I mengantuklah. Janganlah kacau I,”
“Sesekali apa salahnya sediakan sarapan untuk I?,”
“Kenapa ni? Tiba-tiba je? Kalau you rasa nak sarapan kat rumah, you suruhlah Kak Nisah tu buatkan. Dia belum balik kan?,”
“I ada isteri. I nak isteri I yang sediakan,”
“Mengada-ngadalah you ni. I tidur pukul 3.30 pagi tadi tau. Please, jangan kacau I, Bad. I nak tidur,”
Badrul memerhati dalam geram Dayana yang menarik selimut menutup muka. Membuat dia mengeluh perlahan. Semakin terasa perkahwinannya seperti kurang sesuatu.
“Sampai bila kita nak macam ni? You nak macam ni?,”dia bersuara lembut. Cuba memujuk.
“Macam ni, macam mana? What’s wrong with you, Bad. Tiba-tiba saja macam ni?,”suara Dayana separuh dengar dan separuh tidak di sebalik selimut tebal. Perlahan Badrul melabuhkan punggung di sisi Dayana.
“I ingin dilayan sebagai suami, Yana. Kalau pun bukan selalu, sesekali weekend macam ni, you layan makan minum I, apa salahnya? Ini tidak, you berterusan dengan busy you. Kerja dua puluh empat jam. I pun kerja Yana. Tapi, tak adalah teruk macam you. Tak adalah sampai usung kerja sampai ke rumah. Kalau dah macam tu, sampai bila-bila pun kerja tak akan habis,”
“Bad…. Please. Bisinglah… I nak tidur…,”suara Dayana sudah separuh merengek. Merengek dalam geram.
“Weekend macam ni, you pentingkan tidur you. Tapi, hari kerja, tak kira pukul berapa you tidur, punctual, lapan pagi dah siap nak pergi kerja. Tak ada pula mengantuk. Ya? Kalau berterusan macam ni, I rasa baik you berhenti kerja. Jadi my housewife. Berapa gaji you sekarang, banyak tu juga I bagi you every month,”
“Bad. Don’t start it. Please. You pun tahu I kerja bukan sebab duit. And, now, I tak nak argue. Please, leave me alone. I need some rest. I nak tidur,”
Badrul merengus marah. Malas mahu melayan marah dan geram, dia mencapai segugus kunci di meja. Tidak ada gunanya bercakap dengan Dayana saat ini. Paling tidak, pertengkaran akan jadi semakin besar.
“I pergi rumah mama,”geram dia bersuara. Dayana terus diam di balik selimut. Pasti sudah lena.
“Encik Badrul…,”
Badrul menoleh. Peristiwa beberapa jam yang lalu, berlalu pergi perlahan-lahan. Pasti Dayana masih melingkar di atas katil saat ini. Dia memandang wajah Jamilah yang sedikit manis.
“Mana Sabrina?,”
“Pergi bank katanya,”
“Seorang?,”
“Taklah. Rahman yang bawakan. Tapi, naik kereta Puan Sabrina,”
Badrul mengangguk perlahan.
“Ada apa-apa lagi ke Encik Badrul?,”
Badrul memandang cawan milo panas yang baru Jamilah letak di hadapannya. Perlahan dia menggeleng. Malas menjawab. Geramnya pada Dayana masih bersisa. Sekali gus membuang minat dia untuk membuka mulut.
“Kalau macam tu, saya masuk ke dalam dulu,”
Badrul diam. Jamilah berlalu.
“Kak Milah,”panggilnya tiba-tiba, membuat langkah Jamilah juga terhenti tiba-tiba.
“Dah lama dia pergi?,”
“Lamalah juga,”
Badrul diam lagi. Terus menikmati kehangatan cuaca pagi yang hampir meninggalkannya. Sedikit membahang. Jamilah pula, dalam termangu berlalu pergi. Yakin tiada lagi soalan untuknya, dia meninggalkan Badrul sendirian.
Badrul mengeluh perlahan sambil bersandar pada kerusi. Aneh, dia sendiri tidak tahu kenapa halanya harus ke mari? Marahnya pada Dayana membawa dia ke sini lagi. Dan, sebaik tiba sebentar tadi, dia tidak menemui wajah Sabrina, marahnya terasa berganda. Nasib Sabrina baik, kerana gadis itu mendengar pesanannya. Keluar ke bank hanya bersama Rahman. Kalau tidak, suhu darahnya pasti menjadi lebih tinggi.
“Yalah… dengan Sabrina bukan main lagi kau marah. Suruh itu ini. Tapi, dengan Dayana kenapa kau menikus?,”
Selintas komentar Darius menjamah mindanya. Memang benar. Dia sendiri hairan kenapa marahnya pada Dayana tidak sekeras marahnya pada Sabrina? Mungkinkah cinta yang membuat dia lemah pada Dayana? Dan, geram dan benci membuat dia sering mencari silap Sabrina? Namun, mindanya tidak mencerna persoalan itu apabila matanya tertancap kemas pada Gen-2 biru milik Sabrina. Bergerak perlahan memasuki halaman banglonya. Santai dia bersandar melihat Sabrina berkata sesuatu pada Rahman sebelum melangkah keluar. Rahman pula tergesa-gesa membuka but belakang kereta. Dahinya berkerut. Perlahan dia mengangkat punggung. Bergerak mendekati Sabrina yang tercegat di sisi Rahman. Ingin mengetahui apa yang dibawa Sabrina.
“Kau dari mana?,”sapanya tiba-tiba.
Dalam tersentak Sabrina menoleh.
“Bank,”
“Semua ni ada jual kat bank ke?,”
Sabrina menjeling mendengar soalan berbaur sindiran itu, sambil mencapai plastik barang basah yang dihulur Rahman.
“Aduh, Abang Man. Beratlah,”rungutnya bersama senyum manis sambil sebelah tangan memegang plastic berisi beberapa jenis sayur. Rahman tersenyum.
“Bagi abang. Biar abang tolong bawakan,”
Badrul terkedu. Abang?! Amboi! Mesranya! Pantas dia mencapai plastik berisi ayam dan ikan dari tangan Sabrina. Membuat Sabrina dan Rahman sama-sama terkebil-kebil. Pelik.
“Ikan dengan ayam tu. Kan kena baju awak, habis kotor,”
“Aku tolong bawa,”selamba dia bersuara. Geram melihat kemesraan antara Sabrina dan Rahman. Kenapalah gadis ini mesra dengan semua orang? Dan, kenapalah dia segeram ini?
“Terima kasih,” ucap Sabrina tersenyum sambil melangkah. Badrul mengekor dari belakang sambil menelek plastik di tangannya. Sesekali dia memandang pula plastic yang penuh di tangan Sabrina.
“Banyak barang kau beli. Nak buat kenduri ke?,”
“Tak adalah. Saja,”
“Kau dari mana sebenarnya?,”sekali lagi soalan itu ditanya, meski jawapannya dia sudah tahu.
“Dari bank. Lepas tu pergi pasar,”
“Buat apa kat bank? Cashkan cheque ke?,”
Sabrina menoleh. Malas menjawab soalan itu. Soalan Badrul cuma membuat dia teringat pada helaian cek dari Badrul yang tersimpan elok di dalam lacinya. Simpanannya masih mencukupi untuk membayar biaya hidupnya yang tidak seberapa. Untuk setakat membayar ansuran keretanya, dia tidak perlu tunaikan cek Badrul. Dia tidak pernah perlukan duit daripada lelaki itu. Dan, tidak akan mengambil walau sedikit pun duit daripada lelaki itu. Itu janjinya sejak Badrul menuduh itulah niat utama dia relakan dirinya ditangkap bersama lelaki itu.
“Banyaknya Ina. Serius ke Ina nak masak ni? Akak ingat Ina main-main aje,”
Sabrina tersengih. Lamunannya hilang disapa riuh suara Jamilah. Segera dia meletakkan barang yang dibeli ke atas meja. Diikuti Badrul. Sabrina mahu memasak? Memang selalukah gadis untuk memasak di hari minggu? Setahunya tidak pernah. Atau… selepas dia berpindah, aktiviti Sabrina berubah?
“Memanglah saya masak. Tapi, Kak Milah ajar,”balas Sabrina tersengih. Jamilah tersenyum kecil.
“Apa mimpi, tiba-tiba kau nak masak ni?,”sampuknya hairan. Sabrina tersenyum.
“Saya nak ambil barang dengan abang Rahman,”ujarnya sambil berlalu. Membiarkan persoalan Badrul tinggal tergantung.
“Abang Rahman….,”Badrul mengejek perlahan sambil mencebik. Geram pula mendengar nada mesra itu. Gelak kecil Jamilah membuat dia tersedar, aksinya mempunyai penonton. Membuat wajahnya terasa membahang seketika. Perlahan dia berdehem menutup rasa malu.
“Kenapa tiba-tiba dia nak masak ni? Datin suruh ke? Takkan Datin tu macam cerita dalam tv nak dera menantu kot?,”Badrul bersuara serius.
“Taklah Encik Badrul. Saja dia nak masak-masak hari ni. Hari ni birthday dia, Encik Badrul. Tu yang dia nak masak special untuk semua tu. Langkah kananlah Encik Badrul hari ni,”
Badrul terdiam.
“Birthday dia?,”soalnya setelah agak lama berdiam diri. Jamilah mengangguk perlahan sambil mengemaskan barang yang ditinggalkan Sabrina.
Wajah Sabrina yang muncul lagi bersama senyum manis dipandang sekali lagi. Tiba-tiba tersentuh pula hatinya menlihat cara Sabrina meraikan hari lahirnya. Kelihatan agak menghibakan. Perlahan dia bergerak meninggalkan ruang dapur. Meninggalkan Sabrina yang sedikit pelik. Memang angin Badrul sukar untuk diteka. Sekejap elok, sekejap tidak. Dia mengeluh perlahan. Ada rasa terkilan sebenarnya apabila Badrul tidak serius bertanya untuk apa semua ini. Melihat wajah Badrul sebentar tadi, tiba-tiba dia mahu Badrul tahu hari ini hari lahirnya. Dia tersenyum sumbing.
“Mengada-ngada,”ucapnya perlahan sambil menampar kepala sendiri. Ucapan untuk diri sendiri sebenarnya.
“Siapa yang mengada-ngada, Ina?,”
Sabrina tersengih sambil menggeleng.
“So, kita nak masak apa ni?,”soalnya bersama suara yang kembali ceria. Biarlah dia merasai kegembiraan ini berdua bersama Jamilah. Tidak perlu yang lain tahu, sebab dia bukan sesiapa pun di dalam rumah ini. Kalau dihebahkan sekalipun, dia yakin, tiada siapa pun yang sudi menyambut hari istimewa ini bersamanya.
“Entah. Plan Ina, nak masak apa?,”
Sabrina menggaru kepala.
“Subhanallah. Banyaknya barang. Nak buat apa ni?,”
Mendengar suara itu, Sabrina segera berpaling. Memandang wajah Datin Hamidah yang disapu sedikit riak hairan bercampur terkejut.
“Puan Sabrina nak masak hari ni, Datin,”
“Oh. Ya ke? Nak masak apa?,”
“Belum tahu lagi Datin. Datin nak makan apa?,”Sabrina bertanya lambat-lambat. Walau hubungannya dengan ibu mertuanya ini sudah sedikit baik, namun dia tidak berani berlagak pandai.
“Hmm… kalau buat masakan kampung pun, ok juga. Dah lama tak makan masakan kampung,”
Sabrina tersenyum lebar sambil mengangguk.
“Bad mana?,”
Sebaik soalan itu mencecah gegendang telinganya, Sabrina diam seketika. Melihat mata Datin Hamidah yang tajam memandangnya, dia tahu soalan itu untuk dia.
“Entahlah Datin. Dah balik kot…,”
“Hmm… tu lagi sorang. Tiba-tiba muncul, tiba-tiba hilang. Susah sangat nak lekat lama-lama kat sini. Entah apa yang ada kat rumah dia tu. Datang tak pernah lama. Bininya pun satu. Bukan nak ingat mak bapak mertua kat sini. Sesekali nak tengok muka pun payah,”
Sabrina tersenyum mendengar mulut itu mula membebel. Kasihan Datin Hamidah.
“Sambal belacan buat pedas ya. Abah kamu suka pedas,”sempat Datin Hamidah berpesan sebelum berlalu bersama omelan yang masih meniti di bibir..
“Dah makin sayang nampaknya dekat menantunya ni…,”usik Jamilah sebaik Datin Hamidah berlalu. Sabrina sekadar tersenyum kecil. Banyak yang perlu dia lakukan hari ini. Sudah lama dia tidak masuk ke dapur. Sudah ada sedikit rasa kekok sebenarnya.

****
“Siap juga akhirnya….,”
Jamilah tersenyum lebar. Memandang beranika jenis lauk untuk hidangan makan tengahari.
“Nak panggil Datuk dengan Datin sekarang ke, Kak Milah?,”Sabrina bertanya sambil bercekak pinggang. Berpuas-hati dengan usahanya selama berjam-jam bersama Jamilah.
“Akak siapkan hidangan ni dulu. Ina pergilah mandi dulu. Dah macam orang masuk marathon tu,”
“Hah? Ya ke?,”
Jamilah tergelak.
“Tak adalah. Cuma, pergilah bersiap. Hari ni kan, hari istimewa Ina,”
Sabrina tersenyum.
“Yalah. Memang rasa rimas sikit pun ni…,”balas Sabrina sambil mengangkat punggung. Berlalu meninggalkan Jamilah. Jamilah menggeleng perlahan sambil menghias ayam percik hasil tangan Sabrina. Kemudian memotong pula pudding caramel yang disediakan sebagai pencuci mulut.
“Amboi meriahnya…,”
Jamilah mengangkat muka. Rahman tersengih bersama satu kotak di tangan. Kotak kek.
“Mana datang kek ni? Nak buat apa?,”soalnya hairan. Rahman tersengih.
“Encik Badrul yang beli. Aku bawakan aje,”
“Mana Sabrina, Kak Milah?,”
Matanya yang melekat pada kotak kek, dialihkan pula ke arah Badrul yang muncul di belakang Rahman. Mati soalan yang ingin dihambur pada Rahman. Sangkanya Badrul sudah pulang. Rupanya lelaki itu mencari kek untuk isteri terbuang. Dia tersenyum simpul.
“Kak Milah! Dengar tak saya tanya?,”
Jamilah sedikit tersentak dengan ulangan soalan Badrul yang sedikit tinggi.
“Kat atas. Mandi,”
“Hmm… Siapkan kek ni. Bagitau Datuk dan Datin sekali ,”arahnya sambil berlalu. Ingin mencari wajah Sabrina. Laju langkahnya menuju ke arah bilik gadis itu. Daun pintu diketuk perlahan.
“Masuk, Kak Milah,”
Dia tersenyum. Asal ada sahaja yang mengetuk pintu, pasti Jamilah sahaja yang bermain di fikiran gadis ini, barangkali. Pintu terbuka dan dia tergamam lagi. Sekali lagi dia dihadapkan dengan satu pemandangan yang tidak patut dia tonton. Hatinya mula disapa rasa serba –salah. Mahu keluar atau terus melangkah masuk? Matanya terkebil-kebil memandang Sabrina yang tunduk membelakanginya sambil tangannya terkial-kial cuba menarik zip baju yang kelihatan seperti tersangkut.
“Nasib baik akak datang. Tolong kak. Zip baju tersangkut pulak,”keluh Sabrina sedikit manja.
Badrul telan liur. Hebat dugaan ini. Dalam enggan, perlahan dia melangkah mendekati Sabrina. Jelas di matanya sebahagian kecil bahu dan belakang Sabrina yang terdedah. Lebih-lebih lagi kesemua rambut ikalnya ditarik ke depan. Matanya seakan terpana pada kulit putih mulus itu. Tangannya menyentuh zip baju Sabrina. Sabrina pula sepantas kilat berpaling. Dia kenal pada haruman itu. Bukan Jamilah dibelakangnya. Badrul terkedu. Sabrina tergamam. Laju dia mengundur ke belakang.
“Awak…,”suaranya terhenti tiba-tiba. Kelu.
“Aku tolong…,”
“Tak apa. Saya boleh buat sendiri,”Sabrina menolak laju. Malunya hanya Tuhan yang tahu.
“Jangan nak mengada. Pusing. Aku tolong,”
Mendengar arahan tegas itu, Sabrina berpusing perlahan. Merelakan kulitnya tersentuh dek jemari Badrul tatkala lelaki itu melonggarkan zip bajunya yang tersangkut. Gerakan perlahan tangan Badrul yang menarik zip ke atas, seakan menghantar badai ke tasik jiwanya.
“Dah,”
Sabrina tunduk. Cepat-cepat menolak rambutnya ke belakang.
“Bukan ke awak dah balik?,”soalnya perlahan. Masih segan untuk berpaling menghadap wajah Badrul sebenarnya.
“Siapa cakap aku balik? And, lain kali, pastikan dulu siapa yang ketuk pintu. Jangan terus bagi masuk. Tak hati-hatilah kau ni. Patutlah sampai kena tangkap basah dengan aku agaknya. Kalau orang lain tadi, macam mana?,”lembut Badrul menegur.
Sabrina diam. Memang betul kata Badrul. Kalaulah dia hati-hati dan betul-betul mendengar nombor yang Maria berikan , mustahil dia sekarang menjadi isteri kepada lelaki ini. Selebihnya dia pelik, mendengar suara lembut itu. Lembut dan mengasyikkan. Kali ini, dia suka pada suara lembut itu. Kali ini dia tidak resah lagi mendengar suara itu. Dan kali ini, dia berasa bahagia dengan kelembutan Badrul. Namun, pegangan di bahunya, mengembalikan debaran yang hampir pergi. Badrul memalingkan tubuhnya. Membuat dia kini tegak berdiri berdepan dengan Badrul.
“Memang cantik baju ni. Pandai aku pilih, ya?,”
Sabrina diam. Tetapi, sudah lama dia memuji dress ringkas yang dihadiahkan Badrul ini cantik. Cuma Badrul yang tidak pernah melihat baju ini tersarung di tubuhnya. Cuba mengabaikan pujian Badrul, dia mencapai hair claw sambil sanggulkan rambutkan untuk disepit. Sekali lagi dia terkejut apabila tangan Badrul menyentuh jemarinya. Bulat matanya memandang Badrul.
“Biarkan lepas…,”
Spontan Sabrina melepaskan rambutnya. Membiarkan terurai ke bahu. Badrul tersenyum. Dan dia terus kelu.
“Wait. Kau potong rambut?,”Badrul bersuara tiba-tiba. Rambut separas pinggang sudah pendek melepasi bahu. Sabrina terkebil-kebil.
“Bila kau potong?,”
“Tadi. Sebelum pergi pasar,”
“Next time jangan potong,”
Sabrina kelu. Badrul tersenyum kecil.
“Jomlah,”
Dalam rasa hairan yang masih bersisa, Sabrina terpinga-pinga apabila Badrul menarik tangannya. Dia cuma menurut. Sama-sama melangkah keluar dari bilik. Pelik benar tingkah Badrul hari ini.
“Happy birthday…,”bisikan lembut di telinganya sebaik Badrul berhenti di ruang tamu, benar-benar membuat hatinya cair. Badrul tahu? Badrul mengucapkan selamat hari lahir padanya?
“Awak tahu?,”
Badrul tersenyum. Dan, nyanyian lagu selamat hari jadi membuat Badrul tidak jadi menyambung kata. Sabrina ternganga. Tergamam melihat Jamilah, Rahman dan kedua mertuanya berdiri di ambang laluan ke ruang makan bersama senyum lebar. Sungguh dia terharu. Sungguh dia tersentuh. Sungguh di luar jangkaannya. Air mata menitis tanpa sedar. Dia berpaling memandang wajah Badrul.
“Awak?,”
Badrul tersenyum.
“Terima kasih….,”mahu saja dia peluk tubuh Badrul saat itu. Namun, nasib baik masih ada sedikit kewarasan yang tersisa walaupun hari ini, dia akui dia bagai dipukau dek tingkah Badrul.
“Jom, potong kek,”
“Ada kek?,”sekali dia dia terkejut.
Badrul tidak menjawab. Cuma terus menarik tangan Sabrina ke ruang makan. Sabrina kelu melihat kek coklat sederhana besar yang menghiasi meja. Walaupun tidak meriah, namun, apa yang lelaki ini lakukan saat ini, memang sesuatu yang tidak mungkin dia lupa sampai bila-bila. Selama hampir setahun dia berasa keseorangan, tetapi, hari ini Badrul membawa keceriaan di dalam hidupnya. Badrul membawa teman untuk berkongsi kegembiraan dengannya.
“Thank you, awak…,”ucapnya sendu.
“Small matter,”bisik Badrul romantic sambil mengenggam jemarinya.
“Cepatlah potong kek,”Jamilah bersuara.
“Happy birthday Sabrina…,”satu pelukan lembut dihadiahkan bapa mertuanya.
“Selamat hari ulang tahun kelahiran Sabrina..,”dan satu ciuman dihadiahkan ibu mertuanya. Dua hadiah yang terlalu bermakna padanya.
“Terima kasih. Buat susah-susah je semua ni,”
“Sepatutnya kamu cakap awal-awal. Kita boleh sambut sama-sama,”
Sabrina kelu. Cuma senyum syukur yang mampu dia hulurkan. Terukir bersama air mata yang berjuraian. Inilah satu-satunya kenangan paling manis yang dia perolehi dari rumah agam ini. Dan, dia tidak mahu melupakan detik-detik ini.
“Tiup lilin, jom,”ajak Badrul sambil jemarinya menyapu pipi Sabrina yang basah dengan air mata. Sabrina akur dalam malu. Dan, nyanyian yang tidak begitu merdu mengiringinya meniup lilin. Dia tersenyum pada tepukan yang tidak seberapa setelah semua lilin terpadam.
“Happy birthday Sabrina…,”lembut suara Badrul membuai hatinya, bersama ciuman hangat di pipinya yang membuat dia malu sendiri. Dia cuba mengelak, namun Badrul merangkul erat pinggangnya bersama senyum yang tidak mampu dia tafsirkan akan maknanya. Senyum yang Cuma menghantar sejuta debar ke hatinya.
“Potong kek tu, Puan,”gesa Rahman sambil tersengih. Sabrina tersenyum sambil memotong kek di hadapannya.
“Dah. Terima kasih semua,”ucapnya bersama senyum lebar. Badrul pula, selamba mencubit sebahagian kecil kek lalu disuakan ke mulutnya. Sekali lagi dia bergerak mengelak, dan sekali lagi dia gagal. Mahu tidak mahu, dia relakan suapan Badrul dengan wajah membahang. Terasa Badrul terlebih romantik hari ini.
“Macam tu je? Tak nak balas suap kek kat suami kamu ke?,”
Senyum Sabrina yang sudah sedikit kelat, mati tiba-tiba. Soalan Datuk Hamidi membuat debaran semakin menghimpit dada. Dia perasan akan senyum lebar yang menghiasi wajah serius bapa mertuanya itu. Juga wajah ibu mertuanya yang cuba sembunyi senyum.
“Err…,”dia pandang Badrul. Mengharapkan bantuan daripada lelaki itu. Namun, lelaki itu tersenyum panjang seakan menunggu. Anak - beranak seakan berpakat mahu mengenakannya. Sudahnya dia mengambil hirisan kecil kek, lalu disuap ke mulut Badrul. Ternyata Badrul tidak menolak. Tersenyum sambil mengeratkan pelukan dipinggangnya. Sekali lagi satu ciuman terbang ke pipinya. Dan, senyum insan-insan di hadapannya, bagai tidak mampu untuk dia hadapi lagi. Sungguh dia segan. Dan, kenapa dalam rasa segan dan serba-salah ini, dia berasa begitu bahagia? Kenapa saat ini, dia hanya mahu terus berada hampir dengan Badrul? Terus berada di dalam pelukan lelaki ini? Tanpa sedar, dia bersandar mesra di dada lelaki itu. Senang apabila Badrul semakin mengeratkan rangkulan di pinggangnya

****

Sabrina menggeleng. Badrul mengeluh. Tidak tahu pula gadis ini boleh tahan cerewetnya. Untuk ke sekian kalinya dia menoleh ke arah Sabrina. Gadis itu memang tidak menunjukkan minat langsung untuk terus berada di situ.
“Dah satu shopping mall kita pusing ni. Takkan tak ada satu benda pun yang kau berkenan?,”
Sabrina menggeleng lagi.
“Jomlah awak. Kita baliklah. Dah pukul berapa ni. Kan, Dayana cari awak, susah nanti,”ujar Sabrina sambil turun dari kerusi bulat di hadapan kaunter kaca. Risau sebenarnya. Sudah lama rasanya dia keluar dengan Badrul. Entah apa mimpi lelaki ini, dia sendiri kurang pasti. Yang dia pasti, dia risau Dayana akan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya andai perempuan itu tahu saat ini, Badrul ada bersamanya.
“How about this bracelet?,”
Sabrina berpaling semula. Melihat gelang emas yang ditunjukkan Badrul. Memang cantik design gelang itu. Teramat cantik. Namun, melihat harga yang tergantung, dia menggeleng lagi. Bukan dia tidak mahu. Tetapi, memang dia tidak mahu apa-apa daripada lelaki ini. Lebih-lebih lagi dengan harga semahal itu. Dari tadi, semua hadiah yang ingin Badrul belikan, semuanya terlalu mahal untuknya. Tuduhan Badrul masih berbekas di hatinya. Dan, dia tidak mahu terus dianggap mata duitan. Lebih merisaukan, kalau-kalau Badrul cuma mahu menduganya. Mahu menguji setakat mana dia dahagakan harta lelaki itu.
“Cerewetnya kau! Cepat pilih satu,”gesa Badrul separuh geram. Membuat jurual di hadapannya tersenyum lucu.
“Saya tak naklah awak,”balas Sabrina bersama senyum kelat. Malu pada jurujual yang sudah tersengih-sengih. Memang sudah lama dia dan Badrul di situ. Bukan salah dia, Badrul yang seperti tidak mahu berganjak.
Badrul mengeluh perlahan. Penat dia melayan kerenah Sabrina hari ini. Dari butik ke kedai emas. Dari kedai deretan kasut pelbagai fesyen ke deretan beg tangan pelbagai jenama. Satu pun tidak ada yang berkenan di hati Sabrina. Semua yang ditanya cuma dijawab dengan gelengan.
“Cepatlah,”
“Saya tak naklah. Saya nak balik je. Boleh?,”
“Cepat sangat nak balik, kenapa?,”
“Awak, dah dekat pukul sembilan ni. Awak belum balik lagi. Nanti Dayana risau pulak,”
“Dia ke Johor. And, aku tidur rumah abah. So, cepat. Pilih,”
Sabrina memandang wajah Badrul. Patutlah. Isteri kesayangan tiada rupanya. Dia menghela nafas panjang. Wajah lelaki yang tekun menelek koleksi barang kemas di hadapannya itu, ditatap dalam diam. Tidak tahu kenapa, Badrul begitu bersungguh-sungguh ingin belikan barang yang dia suka sebagai hadiah hari lahir. Rasa hairan itu bercampur dengan rajuk yang menghembus lembut ke dasar rasa. Seperti biasa dia menjadi pilihan Badrul di saat Dayana tiada.
“Boleh ke yang ni?,”sekali lagi lelaki itu bertanya. Membuat dia juga terpaksa menggeleng sekali lagi. Wajah Badrul sudah kelihatan kelat.
“Hmm…. Apa kata, awak belanja saya makan sajalah. Saya teringin nak makan seafood lah,”akhirnya dia bersuara lambat-lambat. Cuba menyejukkan hati Badrul yang kelihatan seperti sudah panas.
Badrul mengeluh lagi. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Suka hati kaulah,”akhirnya dia mengalah dan Sabrina tersenyum lebar.
“Kau jalan dulu. Aku nak cari something,”
“Hmm.. oklah. Saya pergi kat kedai sebelah ya,”
Badrul mengangguk dan Sabrina melangkah laju meninggalkan Badrul. Sememangnya dari tadi dia menahan geram melihat deretan teddy bear di kedai itu. Satu-satunya benda yang paling dia suka. Dia tersenyum lebar sambil menyentuh patung teddy bear yang berbagai saiz. Lembut dan halus. Besar dan kecil. Satu-satunya teddy bear kesayangannya, telah ditinggalkan pada Ikmal bersama hatinya yang terluka tatkala lelaki itu nekad memulangkan semua barangnya dulu. Dan, dia masuk ke rumah Badrul, dengan meninggalkan semua koleksi patungnya di rumah sewaanya. Dikurung pula di dalam penjara emas milik Badrul, tidak memungkinkan dia bebas mencari lagi sesuatu yang dia suka itu.
Matanya tertancap pada satu patung beruang berwarna coklat lembut. Cantik. Dan besar. Pantas tangannya mencapai lalu terus dibawa ke pelukannya. Lembut. Sejuk dan tenang. Lamanya dia tidak menikmati ketenangan ini.
“Kat sini rupanya kau,”
Sabrina tersentak. Cepat-cepat dia mengangkat muka. Badrul tercegat di hadapannya.
“Cepatlah. Kata tadi nak makan,”
Sabrina diam seketika. Patung beruang di dalam pelukannya dipandang. Kemudian dia memandang pula ke arah Badrul yang sudah berpaling. Dia mahukan patung ini.
“Awak…,”
Badrul menoleh. Mengangkat kening sebagai isyarat bertanya.
“Awak tanya apa saya nak, kan?,”
“Ha ah,”
“Belikan ni, boleh?,”perlahan dia bertanya sambil mengunjukkan patung besar itu kepada Badrul. Badrul tergelak besar.
“Benda ni yang kau nak? Sabrina, kau tu dah jadi wife orang. Bukannya budak-budak. Ada ke benda macam ni pun nak beli,”
Sabrina terkedu. Nampaknya harapannya gelap.
“Daripada kau peluk benda ni, baik kau peluk aku…,”sambung Badrul selamba sambil tersenyum panjang melihat wajah Sabrina merah menahan malu.
“Tapi, awak cakap saya boleh beli apa saja yang saya suka,”
“Memang. But, not this one. Please. Bukannya kecil. Besar ni.. Nak berusung benda ni ke sana ke mari. Tak malu ke?,”
Wajah Sabrina sedikit keruh. Kecewa.
“Tak bolehlah ni?,”cubanya sekali lagi.
“Alaa… kalau nak cari benda nak peluk, cari aje aku…,”sakat Badrul sekali lagi tanpa menjawab soalan Sabrina. Sabrina menarik muncung. Tidak suka mendengar gurauan itu sebenarnya. Segera patung beruang besar itu diletakkan semula.
“Siapa cakap saya nak peluk. Saya memang suka koleksi patung-patung beruang macam ni. Tapi, koleksi saya semuanya kat rumah sewa lama saya,”
Badrul cuma tergelak kecil.
“Jomlah. Kata tadi nak makan,”
Sabrina mengeluh perlahan. Memandang ke arah patung itu dengan rasa berat hati. Kalaulah dia sendirian, sudah lama patung itu diusung balik.
“Tak boleh belikan ke ni?,”sekali lagi dia mencuba nasib. Manalah tahu Badrul lembut hati.
“Cepat…,”gesa Badrul sambil menarik tangannya tanpa menjawab pertanyaannya. Dia akur dengan sedikit rasa terkilan. Untuk terakhir kali dia memandang patung yang diletakkan semula ke rak. Selintas dia mengerling ke arah Badrul. Wajah itu selamba sahaja sambil terus menarik tangannya. Tiba-tiba dia teringatkan Ikmal. Kalau dengan Ikmal, sudah pasti patung itu kini sudah berada di dalam pelukannya. Segera dia pejamkan mata. Cuba membuang ingatan-ingatan sebegitu. Dia tidah boleh terus mengingati lelaki itu. Dia tidak mahu terus hidup di bayangi kenangan yang menyakitkan. Dia harus memandang ke hadapan.
“Kau kenapa? Sakit kepala ke?,”
Spontan Sabrina kejip-kejipkan matanya.
“Ada benda masuk dalam mata,”laju dia berbohong. Pasti Badrul melihat matanya yang terpejam dan dahinya yang berkerut seketika tadi.
“Macam-macamlah kau,”
Sabrina diam. Mengikut Badrul tanpa perasaan. Masih sedikit sebal apabila permintaannya tidak dipenuhi. Mahu merajuk, tetapi, dia sedar dia bersama Badrul, bukannya Ikmal yang pasti akan memanjakan dia dengan sepenuh hati. Yang pasti akan memujuk setiap rajuknya. Yang pasti akan hilangkan setiap titis air mata yang jatuh ke pipinya. Dia merengus perlahan. Ikmal lagi!

*****

“Terima kasih awak, bawa saya jalan-jalan,”
Badrul diam sambil menutup pintu keretanya.
“Nak ke mana tu?,”soalnya apabila melihat Sabrina melangkah laju menuju ke pintu.
“Masuklah. Dah malam. Mengantuk. Nak tidur,”
“Duduklah dulu kat sini. Temankan aku. Aku belum mengantuklah,”
Sabrina diam seketika. Kemudian mengangguk perlahan. Badrul senyum sambil melangkah ke arah buaian besi di hujung halaman. Perlahan dia melabuhkan punggung di situ sambil memberi isyarat agar Sabrina mengambil tempat di sebelahnya. Sabrina akur bersama senyum kecil. Kaku seketika dalam kebisuan antara mereka.
“For you. Happy birthday,”
Sabrina terdiam. Memandang pada kotak berbalut cantik yang dihulur Badrul. Sedikit teragak-agak untuk dia menerima pemberian itu. Sekali lagi disuakan, dia tiada pilihan selain daripada menyambut pemberian itu. Hatinya tiba-tiba resah dengan layanan baik Badrul.
“Terima kasih. Awak tak perlu bersusah-payah untuk saya sebenarnya,”
“Not at all,”
Sabrina tersenyum kecil.
“Saya buka nanti ya,”
“Suka hati kaulah,”
Sabrina senyum lagi sambil meletakkan kotak kecil di sisinya. Bersandar pada buaian sambil menunggu bicara Badrul. Untuk dia mulakan perbualan, sememangnya dia kehilangan topik. Apa yang sedang berlaku ini, adalah satu kejanggalan. Kejanggalan yang indah. Dia tersenyum tanpa sedar.
“Apa kau fikir? Lebar betul senyumnya?,”
Sabrina menoleh. Rupa-rupanya Badrul sedang memerhatinya.
“Fikir pasal awak. Tiba-tiba awak baik dengan saya. Pelik rasanya,”
“Kenapa? Kau tak suka?,”
“Bukan tak suka. Tapi, mungkin tak patut kot,”
“Maksud kau?,”
Sabrina diam sambil menggeleng.
“Maksud kau?,”
“Just forget it,”
“Kau kenal aku macam mana kan? Tell me, apa yang tak patut?,”
“Yalah. Awak ada Dayana. Pasti dia tak akan suka apa yang berlaku ni, kan?,”
Badrul diam. Kata-kata Sabrina memang ada benarnya.
“Aku cuma buat apa yang aku rasa nak buat,”akhirnya dia bersuara sambil berbuai perlahan.
“Kau tak suka ke? Tak selesa ke dengan apa aku buat ni?,”sambungnya lagi.
“Suka. Malah risau, takut terlebih suka,”balas Sabrina dengan nada bersenda. Badrul tersenyum mendengar gelak kecil gadis itu. Agak dalam maksud kata-kata itu, namun, saat ini, dia belum mahu mencungkilnya. Dia cuma mahu menikmati saat-saat indah sebegini. Mahu terus mengikut arahan hati.
“So, tell me more about yourself. Semalam, belum habis cerita kan?,”
“Nak cerita apa. Tak ada yang menariklah,”
“Kau kerja ke sebelum ni?,”
Sabrina mengangguk. Memandang wajah badrul. Hampir setahun baru malam ini lelaki ini mahu menyelidiki dirinya. Lucu.
“Oh… kerja apa?,”
“Financial controller,”
“Wow. Not bad. No wonder lah you know very well how to find the sources. Financial sources maksud aku…,”
Sabrina menjeling. Badrul tersenyum.
“Kidding. Just kidding, okay? Jangan ambil hati,”
“Tak apa. Dah biasa dengan kata-kata macam tu,”balas Sabrina selamba. Badrul terus tersenyum mendengar jawapan yang juga berbaur sindiran halus.
“Tak terlalu muda ke untuk kau sandang jawatan macam tu?,”
“Saya kerja kuat untuk itu. very hard. Tapi, sayang, tak sampai sebulan saya dapat jawatan tu, saya terpaksa lepaskan,”
“Maksud kau?,”
“Bos saya minta saya berhenti kerja lepas kes kita tu. Berhenti atau diberhentikan. Saya pilih untuk berhenti. Kalau tidak, pasti lebih ramai yang berprasangka buruk pada saya,”
“Jawatan tu sekarang?,”
“Maria yang ganti,”
“Maksud kau, Maria kawan kau tu?,”
Sabrina mengangguk. Dan, Badrul tiba-tiba terfikir sesuatu. Pantas dia mencari wajah Sabrina.
“Kau kerja di tempat yang sama?,”
Sabrina mengangguk lagi.
“Kau kena tangkap basah dengan aku, then dia dapat position tu, and dia bertunang dengan kekasih kau?,”
“Ha ah,”
“Kau di Cherating dulu pun, suppose dengan dia kan?,”
“Ya. Kenapa awak? Macam polis pulak,”
“You know something? Kau tak rasa ke mastermind di sebalik semua ni, kawan baik kau tu?,”
“Mastermind? Maria? Apa awak cakap ni?,”
“Mungkin dia rancang semua ni?,”
Sabrina tergelak.
“Awak pun sama dengan Kak Milah. Sampai ke situ fikirnya,”
“I can see the reason. Kalau bukan sebab kekasih kau punya rancangan, mesti ini angkara kawan baik kau. Kalau dua-dua pun bukan, memang sahlah ini rancangan kau,”
“Awak. Maria tu kawan baik saya. Tulang belakang saya. Tempat saya mengadu masalah. Mustahil dia akan buat macam tu kat sayalah. Dia dapat jawatan tu, sebab, dia yang lebih layak selepas saya berhenti. Dia kena bertunang dengan Ikmal, sebab tak ada pilihan. Dia cuma nak jaga air muka keluarga Ikmal,”
“Baiknya kawan kau tu ya…,”
Sabrina tersenyum mendengar sindiran Badrul.
“And, yang lebih penting, dia mana kenal awak. Macam mana dia nak kenakan awak dengan saya? Mana dia tahu awak tinggal kat bilik tu,”
Badrul diam. Ada logiknya kata-kata Sabrina. Memang dia dan Maria tidak saling mengenali. Kalau rancangan Maria, bagaimana gadis itu tahu bilik penginapannya.
“Walau apa pun, I think baik kau investigate hal ni,”
“It was my mistake, okay? Sama ada awak percaya atau tak, memang saya yang tersilap bilik. Saya salah dengar masa Maria bagitau nombor bilik tu. Totally salah saya,”
Badrul mengeluh perlahan.
“Something wrong here. Aku dapat rasakan,”
“Apa-apalah awak. Saya tak larat nak fikir. Kawan saya, saya rasa saya lebih kenal dia. Tak baik terlalu prasangka kat orang,”
Badrul mengeluh lagi. Malam ini, dia tahu satu lagi sikap Sabrina. Dalam lembut, gadis ini sedikit degil. Tetap teguh dengan pendapatnya. Melihat Sabrina diam, dia juga turut terdiam seketika. Kata-kata Sabrina ada logiknya. Namun, apa yang dia rasa, juga barangkali ada benarnya. Kalau bukan kerana kehendak Sabrina sendiri, pasti ada insan lain yang mendorong gadis itu ke biliknya. Sukar untuk diterima dek akalnya semua ini berlaku secara kebetulan. Namun, seperti kata Sabrina, mustahil rancangan Maria kerana Maria tidak pernah mengenalinya. Dan, kalau bukan rancangan Maria, siapa pula yang merancang semua kejadian itu? Sabrina? Dia sudah hampir mahu percaya Sabrina adalah mangsa seperti. Ikmal? Lelaki itu masih juga di dalam kesamaran tentang keterlibatannya. Kemungkinan tetap ada. Memikirkan semua itu, dia menjadi buntu tiba-tiba.
“Apa pun, tak salah kalau kau siasat. Aku akan siasat perkara ni,”
Sepi.
“Mungkin kau kenal kawan kau. Tapi, mana tahu ada sesetengah perkara tentang dia yang kau tak tahu,”
Diam lagi.
“Sabrina. I’m talking to you,”dia bersuara sambil menoleh. Gerakan buaian yang sedikit laju seiring dengan pergerakannya membuat kepala Sabrina terlentuk ke bahunya.
“Lah… tidur rupanya,”spontan rungutan itu pecah di bibirnya. Bercakap sendiri rupanya dia. Sabrina terus terlena di bahunya. Perlahan dia menyentuh bahu Sabrina. Ingin mengejutkan gadis itu. Namun, niat itu dibatalkan. Perlahan dia menarik tubuh itu lebih rapat padanya. Membiarkan gadis itu kini lena di dadanya. Seketika dia memandang wajah lena itu. Betul kata Darius. Gadis ini sudah mula mengisi ruang hatinya. Dia sudah mula sukakan gadis ini. Sudah mula mahu jadikan gadis ini sebahagian daripada hidupnya. Perlahan dia mengusap pipi Sabrina. Menyentuh bibir yang seakan tetap senyum di dalam lenanya itu. Dia tersenyum. Bagaikan tidak percaya dengan rasa bencinya dulu, kini dia boleh biarkan Sabrina lena di dalam pelukannya. Dia terus berbuai sambil menikmati hangat tubuh Sabrina yang hampir dengannya. Sengaja mahu biarkan gadis itu terjaga sendiri nanti. Tidak mahu kehilangan kehangatan itu terlalu cepat. Dia senyum lagi sambil mengucup lembut rambut Sabrina yang harum. Kemudian turut tersandar di buaian melayan panorama malam.

****
INI ADALAH N3 TERAKHIT DI BLOG
NANTIKAN KESUDAHAN DI DALAM VERSI CETAK NANTI...
* KE MANA HUBUNGAN SABRINA DAN BADRUL SETELAH DAYANA TAHU SEGALANYA...
* BAGAIMANA RAHSIA MARIA BAKAL TERBONGKAR...
* SIAPA YANG AKAN DICARI IKMAL SETELAH SEDAR DIRI DITIPU SAHABAT SENDIRI
* AKAN TERUS AIR MATA MENJADI TEMAN SABRINA, ATAU PERGI JUA AIR MATA ITU...
SEMUANYA DI VERSI CETAK NANTI. INSYAALLAH

Saturday, May 9, 2009

Minda Tak Berfungsi 3

TIPS BERPISAH.
ANDA SUDAH BOSAN DAN INGIN PUTUSKAN HUBUNGAN CINTA ANDA?
DI SINI ADA BEBERAPA CARA YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU.

CARA PERTAMA:
1) Perlu memiliki air muka yang meyakinkan pada tahap paling maksima.
2) Percakapan juga perlu betul-betul meyakinkan.
3) Selidiki sejarah zaman bayi pasangan anda.

DIALOG CADANGAN:

"Tak boleh sayang. Bukan abang tak nak teruskan. Tapi, keadaan yang memaksa abang buat keputusan ini.Abang tak mahu berterusan begini sayang,"
"Berterusan bagaimana bang? Saya ada buat silap ke?,"
"Bukan soal silap atau betul. Ini soal keturunan, sayang,"
"Keturunan? Kenapa dengan keturunan saya, bang?,"
Dia tunduk sambil mengeluh panjang. Perlahan kepala diangkat semula.
"Abang jumpa mak sayang,"
"Ok. Then?,"
"Sayang... masa baby, sayang minum susu Dutch Lady sayang... mak sayang yang cakap,"
"Dah tu, kenapa? Apa masalahnya bang? Apa kena mengena dengan keturunan saya?,"
"Abang pun...,"
"Maksud abang?,"
"Abang pun minum susu Dutch Lady, sayang...,"hiba dia bersuara. Wajah sudah dibalut seribu sendu.
"So?,"
"Sayang! Sayang tak terfikir ke? Mana mungkin kita bersama sayang. Kita saudara satu susuan sayang. Sama-sama minum susu Dutch Lady!,"
Pang!
Dia terpinga-pinga. Pipi terasa pedih. Matanya menatap wajah di hadapannya. Wajah itu sudah merah menyala.
"Kenapa sayang tampar abang?,"
Soalannya tidak berjawab. Cuma susuk tubuh di hadapannya itu, kini laju meninggalkannya.
"Sayang! Dengar dulu penjelasan abang...,"
Tubuh itu berpaling.
"Bodoh! *&%$@$%%.....,"
Dia tersenyum. Memandang terus pada tubuh yang semakin menjauh.
"Yes!...,"bisiknya perlahan sambil menggosok pipi yang sedikit pedih.
"And, kalau tak tahu ilmu agama, pergi belajar. Jangan memandai buat hukum sendiri. TAK BAIK TAU!,"
Dan, jeritan itu membuat senyumnya mati. Malu sendiri...

CARA KEDUA
1) PERLUKAN SEDIKIT SKILL LAKONAN.
2) DAYA IMAGINASI YANG TINGGI ADALAH SATU KELEBIHAN.
3) KEYAKINAN DIRI JUGA AMAT PERLU.
4) PASTIKAN KEKASIH ANDA BUKAN ANAK TOK IMAN ATAU BILAL

DIALOG CADANGAN:

"Kenapa bang? Kenapa perlu jadi macam ni?,"
Dia tunduk.
"Abang jelaskan, bang. Tiba-tiba abang nak putus, kenapa bang?,"
"Entahlah yang. Abang terganggu sangat-sangat lately,"
"Terganggu dengan apa bang?,"
"Entah. Abang tak habis fikir. Tiap-tiap malam abang rasa terganggu,"
"Siapa yang ganggu abang? Kenapa pula sampai kita kena berpisah? Saya betul-betul takfaham bang,"
"Hmm... macam manalah abang nak cakap. Kalau abang cakap, sayang kena percaya. Abang tak tipu, sayang,"
"Cakaplah...,"
"Ada...ada... ada sesuatu yang sering menganggu abang. Tiap-tiap malam dia datang pada abang.Dah dekat sebulan abang tak cukup tidur, sayang. Lama-lama boleh jadi makin parah... Abang tak sanggupdah sayang,"
"Apa dia bang? Cakaplah cepat. Janganlah buat saya susah hati macam ni... Siapa yang ganggu abang?Kenapa dia ganggu abang?,"
"Entah. Bukan siapa sebenarnya sayang. More tu apa...,"
"'apa'?,"
"Ha ah. benda tu selalu datang. Marah kat abang. Kadang-kadang dia kasari abang. Dia cekik abang..Hampirnak gigit pun ada,"
"Benda tu, apa?,"
"Lembaga hitam. Matanya merah sangat- sangat. Bertaring. Dia marahkan abang. Dia nak kita berpisah, sayang,"
"Abang mimpilah tu. Tidur tak basuk kaki kot..,"
"Abang tak rasa macam tu. Mungkin ini satu amaran buat. Amaran supaya kita tak teruskan hubungan ni. Maafkan abang, sayang. Abang tak sanggup nak lalui malam-malam yang mengerikan lagi. Abang nak hidupabang tenang macam dulu,"

"Tapi, kenapa pula benda tu nak halang hubungan kita?,"
"Abang... Abang rasa mungkin benda tu...belaan mak atau ayah sayang. Dia tak...,"
Pang!
"Kenapa sayang?,"
"Sengal!Abang memang sengal!,"
"Kenapa? Salah ke, apa abang cakap?,"
"Ayah saya imam masjid. Mak saya ustazah. Ajar agama. Ajar mengaji. Tak ada bela benda-benda khurafatmacam tu! Kalau nak clash, cakap sajalah terang-terang!,"
"Err....,"
Belum terucap sebarang kata, wajah sendu yang tadi tidak sanggup berpisah dengannya sudah jauh meninggalkannya.
"Ish... macam mana boleh lupa dia anak pak imam...,"dia bergumam perlahan sambil menggosok pipi.

CARA KETIGA (CARA TERDESAK)
1) PERLUKAN SKILL LAKONAN YANG LEBIH SEDIKIT DARIPADA CARA KEDUA.
2) BELAJAR UNTUK BUAT MUKA BLUR.
3) KEYAKINAN DIRI JUGA AMAT PERLU.
4) PASTIKAN PERBUALAN BERHAMPIRAN DENGAN TIANG. SEBAIKNYA TIANG KAYU. TIANG BATU, DIKHUATIRI AKAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN YANG SERIUS.
DIALOG CONTOH

"Saya betul-betul tak fahamlah. Kenapa ni?,"
"Semuanya salah saya. Saya tak patut mulakan hubungan ni. Saya tak layak untuk awak..,"
"Apa awak cakap ni?,"
"Awak terlalu baik untuk orang seperti saya. Saya selalu sangat lukakan hati awak. Buat awak menangis..,"
"Saya tak kisahlah awak. Saya sayangkan awak. Saya tak kisah awak selalu marah-marah saya. Selalu mungkir janji dengan dengan saya. Sebabnya, saya betul-betul sayangkan awak...,"
"Awak berhak mendapat lelaki yang lebih baik dari saya...,"
"Saya tak nak. Saya cuma nak awak...,"
"Pergilah, sayang. Mungkin di sana ada lelaki yang lebih baik dari saya,"dia berusaha memujuk sambil bersandar pada tiang di beranda rumah temannya itu.
"Saya tak mahu. Saya sayangkan awak. Berapa kali saya nak cakap?,"
Dia memandang dengan renungan sayu.
"kenapa awak terlalu baik? Dan... Kenapa saya terlalu kejam, awak?,"
"Awak tak kejam. Bagi saya awak baik. Cuma, setiap dari kita ada kelemahan. Dan saya terima kelemahan awak seadanya,"
"Tidak...saya dah tak sanggup lagi. Saya dah tak sanggup nak lukakan hati awak. Saya cuba untuk berubah jadi lebih baik. Tapi, saya gagal. Jadi, mungkin inilah yang terbaik untuk kita...,"
"Tak nak. Saya tak nak berpisah dengan awak...,"
"Please sayang...Ini aje yang terbaik untuk kita,"
"Awak... janganlah macam ni...,"
Dia berpaling. Membekalangkan suara sendu itu sambil mengeluh lemah. Tangannya dipaku pada tiang.
"kenapa? Kenapa awak degil sangat?,"
"Saya tak nak. Saya cuma nak awak...,"
"Tak boleh. Tak boleh. Saya dah tak sanggup jadi kejam macam ni,"dia meraung kuat. Kepalanya dihantuk pada tiang berkali-kali.
"Awak! Kenapa ni? Janganlah buat macam ni. Nanti awak cedera,"
Kepalanya terus dihantuk tanpa dia mempedulikan jeritan ketakutan gadis yang membelakanginya itu.
"Awak! Janganlah macam ni. Awak jangan takutkan saya!,"
Kepalanya dihantuk lagi. Dan rasa sengal memaksa dia perlahankan hantukan.
"Awak. Kenapa ni? Kan saya dah cakap saya tak kisah. Janganlah buat macam ni,"
Dia berpaling. Memandang wajah lencun gadis di hadapannya. Gadis itu menangis. Dia kerutkan kening.
"Awak. Kenapa? Sakit? Kita ke klinik, wak...,"
"Kat mana ni? Awak ni siapa? Kenapa saya boleh ada kat sini?,"
Gadis di hadapan sudah berwajah cuak.
"Awak. Saya ni. Kekasih awak,"
"Saya mana ada kekasih. Saya kat mana ni? Saya nak balik,"
"Awak....,"
Dia berlalu sambil menolak jemari yang erat menggenggam lengannya. Berlalu sambil memegang kepala.
"Awak!,"
Dia dengar jeritan itu.
"Awak. Janganlah macam ni! Awak takutkan saya,"
Dia dengar lagi jeritan itu. Namun tidak diendahkan. kali ini, langkahnya dilonglaikan. Di tambah dengan sedikit hoyong-hayang yang sengaja dibuat.
"Awak....,"suara itu sudah bernada sendu. Dia terus diam dan berlalu. lega, kerana gadis itu seperti sudah mengalah. Sesekali dia menyentuh dahi. Pasti sudah benjol!
(MACAM KEJAM SIKIT KAN?)
[11:35:50 PM] hos.getah: