Monday, March 30, 2009

Pergilah Air Mata 47


“Ina?,”
Sabrina menoleh. Memandang wajah Jamilah yang tajam merenungnya.
“Kamu kenapa? Macam nampak hantu rupanya tu,”
Sabrina sekadar mengukir senyum. Menutup rasa debar yang masih belum hilang di dadanya. Rangkulan tangan Badrul di pinggangnya seakan masih terasa.
“Jumpa Encik Badrul?,”wanita itu bertanya lagi.
Kepalanya sekadar mengangguk sambil memandang donut pelbagai jenis yang terhidang di pinggan.
“Banyaknya. Mana Kak Milah dapat ni?,”
“Encik Badrul yang bawa. Kegemaran Datin semua ni. Ina nak?,”
Sabrina menggeleng.
“Saya tak suka sangat. Manis…,”
Jamilah tersenyum.
“Nak minum ke?,”Jamilah bertanya lagi. Dibalas dengan satu lagi gelengan.
“Dayana tak datang sekali ke, Kak Milah?,”Sabrina mula bersuara. Mula mahu merisik apabila menyedari Dayana tiada di ruangan itu. Juga tiada bersama Badrul tadi.
“Tak. Encik Badrul seorang saja, tadi…,”
Mendengar jawapan itu, Sabrina tidak lagi menyambung bicara. Cuma terselit sedikit rasa hairan apabila memikirkan hubungan antara Badrul dan Dayana. Seakan tidak harmoni. Sering membuat keputusan yang tidak sama. Jarang jumpa kata sepakat. Sudah lama dia perhatikan hal itu. Kata sama-sama cinta. Sama-sama sayang. Tetapi, seolah-olah tiada keserasian. Dalam rasa hairan, dia membawa langkah ke ruang tamu. Bertenggek ke sofa sambil mencapai majalah di meja. Ingin lari ke biliknya, hatinya meronta untuk terus menatap wajah Badrul. Dia yakin, dia pasti tidak akan dapat bertemu dengan lelaki ini seandainya dia berkurung di bilik. Badrul pasti tidak akan mengacuhkannya. Badrul pasti berlalu tanpa datang menemuninya. Menyedari niatnya yang sedikit jahat, dia mengeluh perlahan. Tiba-tiba rasa bersalah pada Dayana menyelinap di hati. Dia telah berjanji pada Dayana yang tidak akan ada apa-apa hubungan perasaan di antara dia dengan Badrul. Dan, saat ini dia tersandar di sofa dengan niat ingin menatap wajah Badrul. Tidak. Tidak seharusnya dia berperasaan begini. Tidak sepatutnya dia bertindak begini. Dia harus melawan perasaan yang baru muncul ini. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Nak ke mana tu?,”
Sapaan itu membuat dia terjerit kecil. Terkejut mendengar suara itu, sedekat itu. Segera dia menoleh. Badrul tersandar di sofa. Rupa-rupanya Badrul sudah berada di sebelahnya.
“Macam mana awak boleh ada kat sini?,”
“Kau nak ke mana tu?,”
“Haa.. errr.. hurm…,”
“Apa haa..err.. hurm..? Nak lari ke?,”
“Tak,”
“Kalau tak… duduk…,”Badrul bersuara sambil menarik tangan Sabrina. Memaksa Sabrina menurut.
“Macam mana saya boleh tak sedar awak duduk kat sebelah saya?,”
Badrul tergelak kecil.
“Kau tanya aku? Manalah aku tahu. Entah apa yang kau angankan. Kalau perompak masuk rumah ni pun… kau takkan sedar. Tahu tak?,”
Sabrina diam. Badrul sudah mula membuat andaian melampaunya.
“Kau sihat?,”
Sabrina menoleh. Memandang Badrul yang santai bersandar ke sofa, di sebelahnya. Membuat debarnya datang semula. Renungan Badrul mengunci mulutnya buat seketika.
“Kenapa? Tak sihat? Rindu kat aku?,”
Spontan bibir Sabrina mencebik.
“Rindu ke?,”soal Badrul tersenyum nakal. Sabrina tersenyum sambil mengangguk. Anggukan yang menyingkir senyum nakal Badrul perlahan-lahan. Bagai tidak percaya, jawapan itu yang diberikan Sabrina. Soalannya sekadar untuk mengusik. Dan, dia cuma mahu melihat wajah Sabrina yang gelisah menahan marah dan malu. Itu sahaja. Dia tidak mengharapkan jawapan yang sebegitu positif daripada Sabrina.
“Betul?,”sedikit serius Badrul meminta kepastian. Sabrina tersengih sambil mengangguk lagi.
“Kau nak mainkan aku ke?,”
“Taklah,”balas Sabrina bersama senyum yang mekar di bibir.
“Kenapa lebar benar senyumnya tu?,”
Sabrina menyambung senyum tanpa menjawab soalan Badrul. Badrul pula, berdehem perlahan sambil bergerak hampir dengan Sabrina. Mengangkat kaki ke sofa sambil menghadap wajah gadis itu.
“Kau… rindu aku? Rindu yang macam mana tu?,”
Sabrina menutup majalah di tangan. Menatap wajah Badrul yang sedikit serius sambil tersenyum.
“Betul nak tahu?,”
Badrul diam. Tidak memberi jawapan. Cuma renungannya memberi isyarat dia memang mahukan jawapan.
“Hmm… rindu sebab tak ada orang nak marah-marah saya. Tak ada orang nak sindir-sindir saya. Nak takutkan saya, pun tak ada…,”balas Sabrina sambil tergelak.
“Bodoh!,”geram alunan suara Badrul sambil jari telunjuknya melekat ke dahi Sabrina. Sabrina tergelak besar sambil cuba mengelak, walaupun sebenarnya sudah terlambat.
“Dah agak kau memang nak kenakan aku,”
Sabrina terus tergelak. Melihat gelak itu, tanpa sedar, bibir Badrul turut mengukir senyum. Senang dengan apa yang dilihatnya. Dia sekadar memerhati Sabrina membuka semula majalah yang masih terpegang di tangannya bersama sisa-sisa senyum. Manis.
“Kau sihat?,”Badrul bertanya lagi.
Sabrina mengangguk.
“Okay tinggal di sini tanpa aku?,”
Sabrina mengangguk lagi.
“Baguslah kalau macam tu…,”
Sabrina tersenyum kecil. Melarikan semula pandangannya ke wajah Badrul. Dalam menolak,dia tidak mampu melawan hatinya. Dia mahu menatap wajah itu sepuas hati. Selepas ini, wajah itu tiada lagi. Kini, dalam keliru, dia biarkan perasaan membalut rasanya. Dia alpa untuk melawan rasa yang bertandang. Dia biarkan akalnya jauh terpinggir.
“What?,”
Sabrina terkedu sejenak.
“What? What, apa?,”soalnya sedikit hairan dengan soalan tiba-tiba dari bibir Badrul. Badrul tersenyum lebar.
“Kau tak rindukan marah aku kan? Kau tak rindukan sindiran aku kan? Kau rindu aku.. betul kan?,”
“Tak betul langsung…,”
“It’s okay. Deny it. Nafikan selagi boleh. Kau dah jatuh cinta kat aku kan?,”
Sabrina menelan liur. Celuparnya tekaannya Badrul. Tekaan yang mengubah keseluruhan warna wajahnya. Melihat perubahan itu, Badrul tergelak besar. Sabrina menahan geram. Terasa tercabar dengan gelak itu.
“Kalau betul saya dah jatuh cinta kat awak, kenapa?,”dalam geram, lantang suara Sabrina melontarkan soalan itu. Hampir-hampir dia menampar pipinya sendiri di atas kelantangannya itu. Kelantangan yang sungguh tidak disengajakan. Tetapi, melihat tawa Badrul terhenti tiba-tiba, dia mengeluh lega. Dan melihat wajah Badrul yang sedikit terpinga-pinga, dia yakin kata-katanya berjaya membuat Badrul pula menjadi kelu.
“Kenapa diam?,”soalnya sedikit berani.
“Berani kau sekarang ya? Kau nak aku lawan ke?,”Badrul bersuara dengan wajah yang sedikit tegas. Membangkitkan semula rasa bimbang Sabrina. Dan, sekaligus menyingkir keberaniannya yang tadi berkobar-kobar.
Perlahan Sabrina menggeleng. Tidak mahu bercanda soal perasaan lagi. Bimbang dia akan terperangkap di dalam perasaannya sendiri. Badrul turut membisu. Dia sendiri tidak mahu panjangkan topik itu. Topik tidak selamat selagi perasaannya bagai terawang di udara.
“So, macam mana rumah baru?,”Sabrina mula mengubah tajuk perbualan.
“Okay..,”
“Baguslah. Tapi, Datin betul-betul risaukan awak. Rindukan awak. Sejak awak pindah, dia murung. Tak banyak cakap. Selalu menyendiri,”
“Kau?,”
Sabrina mengerutkan kening. Sedikit geram apabila Badrul seakan berlucu dengan topik yang sedang dia bicarakan.
“Saya… masa awak ada pun memang suka termenung… menyendiri. Saya seriuslah awak. Janganlah main-main pula,”
Badrul mengeluh perlahan. Memandang wajah Sabrina. Betul, gadis itu serius. Sedikit pun tiada senyuman di bibir.
“Mula – mula mungkin susah dia nak terima kot. Maklumlah, mama memang tak pernah berpisah dengan aku. Tapi, InsyaALLAH, nanti, mama akan biasa,”
“Awak selalulah jenguk dia…,”
“Tahulah aku,”
Sabrina tersenyum kecil. Senang dengan jawapan yang sedikit positif daripada Badrul.
“And… thanks Sabrina…,”
Badrul tersenyum. Sekali lagi dahi Sabrina berkerut. Satu perlakuan spontan Sabrina yang baru dia sedar. Suka kerutkan kening. Dan, dia suka melihat kerutan itu. Kenapa mesti dia sukakan segalanya tentang gadis ini, kini?
“Thanks? For what?,”Sabrina bertanya hairan.
“Buat mama faham. Aku cakap benda yang sama dengan mama before aku pindah. Tapi, mama marah aku sampai aku keluar. And… bila kau cakap tadi, mama diam. Diam… dengar…dan terima. Aku tak tahulah. Tapi, kau ni memang ada miracle. Kau tahu tak?,”
Sabrina tergelak.
“Miracle? Mengarutlah. Tak baik cakap macam tulah,”
“Serius…,”
Sabrina menyambung gelak sambil menggeleng.
“Mungkin cara cakap tak sama. Mungkin emosi mama awak yang berbeza. Mungkin itu penyebabnya. Tak ada kena mengena dengan miracle segala. Awak jangan cakap yang bukan-bukanlah…,”akhirnya Sabrina bersuara memberi pendapat.
Badrul diam. Tidak menjawab. Kesederhanaan Sabrina lebih membuat dia leka berbanding daripada kata-kata yang meniti di bibir gadis itu. Lembut… tenang…dan rendah diri. Hari demi hari kelebihan Sabrina yang makin bertambah di matanya. Perlahan-lahan membuat prasangkanya menyisih.
“Bad…,”
“Hmm….,”
Panggilan lembut itu seperti biasa meresap jauh ke tangkai jantungnya. Memang dia suka setiap kali Sabrina mengalun namanya selembut itu.
“Saya tanya sikit, boleh?,”
“Apa dia?,”
“Ermm….Awak dengan Dayana ada masalah ke?,”
“So far tak ada. Kenapa? You wish for it?,”
“Ish! Awak ni! Tak baiklah. Ingat saya jahat sangat ke?,”
Badrul tergelak. Marah betul Sabrina dengan andaian itu.
“Just kidding…,”
Sabrina menjeling. Sedikit terasa sebenarnya dengan kata-kata gurauan itu. Dia tidak sejahat itu untuk mendoakan ketidaksejahteraan rumahtangga orang lain. Soalannya, cuma kerana dia peduli.
“Why?,”
Sabrina menggeleng perlahan. Niatnya untuk bertanya. Niatnya untuk menegur sudah hilang entah ke mana. Yang ada cuma rasa terkilan dengan kata-kata yang dianggap gurauan oleh Badrul.
“Cakaplah. Kenapa kau tanya?,”
“Tak ada apa-apa…,”
“Mustahil. Kau tak akan tanya kalau tak ada sebab. Cakap jelah..,”
“Tak ada apa-apa. Just forget it,”
Badrul diam. Mengamati wajah Sabrina yang sedikit kelat sambil membelek majalah. Pantas majalah itu dicapai.
“Kenapa ni? Orang nak baca ni…,”
“Terbalik,”selamba Badrul bersuara sambil menghulurkan semula majalah di tangannya. Teguran yang membuat darah menyerbu naik ke wajah Sabrina. Terbalik? Betul ke dia tengok majalah terbalik? Dia cuba mengingat kembali. Gagal. Dan, untuk menoleh mancari jawapan di wajah Badrul, malu rasanya. Sudahnya dia mengerutkan kening dalam diam. Cuba untuk mengingati sekali lagi.
“Aku tipu pun… kau dah confuse. Apa kau buat pun, kau tak tahu. Melamun? Or… merajuk?,”
Sabrina menoleh. Tipu? Bulat matanya merenung wajah Badrul. Badrul membuat muka tiada perasaan. Menambah rasa geram di hati Sabrina.
“So, kenapa kau tanya?,”
“Kan dah cakap tak ada apa-apa,”
“Merajuk?,”
“Taklah,”
“Sebab aku cakap macam tu?,”
“Mana ada?,”
“Marah?,”
“Tak,”
“Sebab aku tanya macam tu kan?,”
“Malas nak layan awak…,”
“Betullah tu merajuk,”
Sabrina menoleh. Memandang wajah Badrul.
“Kan?,”soal lelaki itu tersenyum manis. Sabrina menghela nafas panjang.
“Malas nak layan awak…,”ujarnya sekali lagi sambil mengangkat punggung.
“Kau nak aku pujuk ke tu?,”
“Saya tak merajuklah,”
“Tak merajuk… cakaplah apa kau nak cakap tu…,”
Sabrina tercegat di hadapan Badrul sambil menggaru kepala.
“Hmmm… I made up my mind. Tak nak campur hal rumahtangga awak. So, lupakan,”sambil tersenyum Sabrina memberi jawapan. Badrul mencebik sambil menggosok hidung.
“Lupakan apa ni?,”
Sabrina menoleh. Badrul perbetulkan duduk. Datin Hamidah tercegat di belakangnya.
“Tak ada apa-apa Datin,”
“Hmm…. Kamu Bad? Bermalamlah kat sini malam ni..,”
Badrul diam.
“Sesekali ingatkan diri tu. Kat sini pun kamu ada tanggungjawab. Biar sama berat. Biar sama rata,”
Mendengar kata-kata kiasan ibu mertuanya, Sabrina segera berlalu. Tidak mahu mendengar lebih lanjut. Dan, Badrul terus termangu.
“Hai… mama cakap, buat muka cicak telan kapur pula?,”
“Tengoklah mama. Tak janji, okay,”
“Kasihan Sabrina, Bad…,”
Badrul tersenyum kecil. Datin Hamidah bergerak perlahan mengambil tempat di sebelah anak tunggalnya.
“Nampaknya dah satu rumah sayangkan Sabrina tu ya?,”
Datin Hamidah mengeluh panjang.
“Kenapalah kau orang mesti kahwin pasal kena tangkap basah, dulu?,”
Badrul tersenyum kelat. Soalan ibunya dibiar sepi. Sebolehnya dia mahu melupakan mimpi ngeri yang memalukan itu.
“Tidur sini ya?,”
“Saya tengok baju saya dulu. Tak sure saya ada tinggal ke tak kat bilik. Kalau ada saya stay,”
“Jangan nak mengada. Baju abah melambak. Tidur kat sini. Bukan mama suruh tinggal terus pun. Cuma bermalam aje,”pujukan Datin Hamidah sudah bertukar menjadi arahan tegas. Badrul tergelak.
“Yalah, mama. Saya nak jenguk bilik kejap,”akhirnya Badrul memberi persetujuan sambil mengangkat punggung. Bergerak meninggalkan ruang tamu, menuju ke biliknya. Bilik yang sepatutnya menjadi milik Sabrina sekarang. Itulah pesannya pada Sabrina sebelum dia berpindah. Pintu bilik diketuk perlahan. Tidak bersahut. Agak lama menunggu, dia memulas tombol. Membuka pintu yang tidak berkunci. Kemas dan teratur sama seperti sewaktu dia meninggalkan bilik ini. Laju kakinya melangkah menuju ke arah almari. Pintu almari dibuka. Kosong. Cuma ada beberapa helai pakaian dia dan Dayana. Terbukti, Sabrina tidak mengikut arahannya. Segera dia meninggalkan bilik, menuju pula ke bilik Sabrina. Tanpa mengetuk, pintu terus dibuka. Membuat Sabrina tersentak di meja soleknya.
“Awak! Tolonglah ketuk pintu. Terkejut saya,”
Tanpa menjawab, kakinya terus dihayun merapati meja solek. Memandang Sabrina yang merenungnya dengan renungan pelik.
“Kenapa?,”
“Kalau tak silap aku… sebelum aku pindah, aku suruh kau pindah ke bilik aku, kan?,”Badrul bersuara sambil memeluk tubuh. Sabrina mengalihkan pandangan ke cermin. Menyambung semula kerjanya yang terhenti. Facial cotton diusap lembut ke wajahnya. Membersihkan muka.
“Sabrina…,”
“Pasal tu ke awak redah masuk bilik saya?,”Sabrina bersuara apabila nada suara Badrul sudah sedikit berubah. Memang dia sudah tahu, pantang bagi Badrul kalau cakapnya tidak diacuhkan.
“Ya. Kenapa tak ke sana?,”
Sabrina meletakkan kapas muka ke meja. Memandang wajah Badrul.
“Itu kan bilik awak. Buat apa saya nak ke sana?,”
Badrul mengeluh.
“Orang nak bagi selesa, tak nak…,”rungutnya perlahan sambil bergerak ke birai katil.
“Tak apalah. Kat sini pun dah selesa. Lagipun, awak bukan tak balik ke sini kan? Kalau awak dengan Dayana balik ke sini, awak berdua nak tidur kat mana?,”
“Hmmm… betul juga. Kenapa aku tak terfikir ya?,”Badrul bersuara perlahan. Malas bertekak tentang itu sebenarnya. Tidak penting untuk dipanjangkan. Selebihnya, perasaan untuk bertengkar seakan-akan sudah tawar di hatinya.
“Buat apa kat situ?,”laju Sabrina bertanya, sebaik melihat Badrul mahu melabuhkan punggung ke katil.
“Duduklah,”jawab Badrul pelik. Sebenarnya sedikit hairan dengan tingkah Sabrina. Sikap gadis itu sudah mula berubah-ubah.
“Eh, tak payahlah. Pergilah keluar,”
“Kau halau aku ke?,”
“Bukan halau. Tapi, tak selesa kan? Lagipun saya nak mandi. Awak pergilah keluar. Sembang dengan mama awak ke…,”sejujur mungkin Sabrina bersuara. Tidak mahu Badrul berasa dirinya dihalau. Tidak mahu Badrul berkecil hati.
“Hmm… sediakan towel untuk aku, boleh?,”
“Nak buat apa?,”
“Nak mandi,”
“Hah?! Awak ni kenapa? Nak mandi kat sini, buat apa? Pergilah mandi kat bilik awak,”
“Ada aku cakap nak mandi kat sini ke? Aku cuma nak towel. Perasaan,”
Sabrina tersengih malu. Wajah mula terasa membahang. Segera dia bergerak ke almarinya. Mengeluarkan sehelai tuala berwarna biru yang belum dipakai. Segera dihulurkan pada Badrul.
“Terima kasih…,”ujar Badrul sambil tersenyum.
“Awak tak balik ke?,”
“Malam ni turn kau…,”Badrul bersuara sekadar berjenaka. Jenaka yang tidak mampu mengurangkan bahang di wajah Sabrina. Jenaka Badrul mampu meledakkan jantungnya. Mampu membuat wajahnya hangus andai lelaki itu menyambung lagi.
“Okay, sayang?,”usik Badrul senang sambil mengusap pipi Sabrina. Seronok melihat wajah itu merah menyala menahan malu.
“Keluarlah…,”
Badrul tergelak kecil.
“Thanks for this towel…,”ujarnya sambil berlalu ke pintu. Sabrina tidak menjawab. Cuma mematung sambil mendengar degup jantungnya sendiri.
“Hantu….,”bisiknya perlahan.
“Apa kau cakap?,”
Sekali lagi Sabrina tersentap. Pintu yang hampir tertutup, terbuka semula. Terjengul wajah Badrul yang masih tersimpan sisa senyuman. Laju dia melangkah ke pintu. Menolak pintu agar tertutup rapat. Terdengar gelak Badrul yang semakin menjauh di telinganya. Perlahan dia menyentuh pipinya. Hangat. Tangannya dibawa ke dada. Degup jantung terasa cukup laju. Menyesakkan nafas.


****

Tuesday, March 24, 2009

Pergilah Air Mata 46

Sesekali dia menjenguk ke dalam. Tidak Nampak apa-apa. Gagal mendapat jawapan pada rasa hairannya, Sabrina bersandar ke kerusi. Menyambung menungannya sambil menikmati nyaman suasana malam. Perbualan yang tenggelam timbul antara Badrul dan Datin Hamidah, tidak lagi dia hiraukan. Bukan urusannya. Seketika dia teringat pada cakap-cakap Jamilah petang tadi. Badrul mahu berpindah. Satu berita yang mengejutkan. Satu berita yang sedikit sukar untuk dia terima. Andai Badrul keluar dari rumah ini, apa statusnya nanti? Bagaimana letak duduk dirinya di dalam banglo besar ini? Apakah dia juga terpaksa keluar dari sini? Persoalan demi persoalan sentiasa bermain di fikirannya. Ingin dia ajukan pada Badrul, tetapi, melihat lelaki itu cuma membisu, hasratnya dibatalkan. Badrul tidak berbincang dengannya. Keputusan yang Badrul buat pun, langsung tidak dia ketahui. Betul-betul di luar jangkaannya. Mengapa mesti lelaki itu keluar dari rumah sebesar ini? Dari rumah yang memang miliknya sendiri.
“Hey!,”
Sabrina tersentak. Sapaan secara tiba-tiba membuat semangatnya bagaikan hilang. Dan, cuma seorang sahaja manusia yang suka menyapanya dengan cara itu. Dia menoleh. Badrul tersenyum panjang. Suka hati kerana berjaya membuat dia tersentak, barangkali.
“Kau buat apa kat sini? Kira berapa banyak jembalang yang lintas depan rumah?,”
“Ish, awak ni. Janganlah cakap mengarut macam tu,”
“Kenapa? Takut?,”
“Taklah. Mana ada takut?,”
Badrul tersenyum panjang. Senyum yang membuat hati Sabrina sedikit membara. Senyum mengejek.
“Kenapa belum masuk tidur?,”soal Badrul sedikit serius. Sabrina cuma tersenyum.
“Belum mengantuk. Kalau awak tak kisah nak cerita, boleh saya tahu kenapa dengan mama? Saya dengar dia macam marah-marah…,”
Badrul mengeluh perlahan. Memandang wajahnya sebelum perlahan-lahan mengambil tempat di hadapannya.
“Kau curi dengar ya?,”selamba sahaja Badrul menuduh.
Sabrina menggeleng.
“Saya terdengar,”
Badrul tersenyum kecil.
“Samalah tu….,”rungut Badrul dengan nada perlahan. Sabrina mengerling. Barangkali Badrul tidak mahu berkongsi cerita. Mengerti dengan pendirian Badrul, dia tidak mahu mendesak lagi. Majalah di tangan, dibuka semula. Membelek helaian demi helaian tanpa tujuan yang pasti.
“Mama marah…,”
Jemarinya terhenti. Perlahan dia mengangkat muka.
“Mama marah? Kenapa?,”
“Aku cakap nak pindah. Kau pun tahu kan? Aku nak pindah…,”
Sabrina mengangguk perlahan.
“Mama bising. Dia tak izinkan,”
“Dah tu? Tak jadilah awak pindah?,”
“Jadi. Minggu depan aku pindah. Lama-lama hilanglah marah mama tu…,”
Sabrina diam. Langsung tidak gembira dengan keputusan Badrul.
“Awak pindah, saya macam mana?,”akhirnya dia bertanya perlahan.
“Kau duduklah sini. Tak ada masalah kan?,”
Keputusan mudah Badrul membuat dia terus terdiam. Diam sehinggalah lelaki itu benar-benar keluar dari rumah besar ini. Sudah hampir dua minggu. Bermakna sudah hampir dua minggu juga dia tidak melihat wajah Badrul. Tidak mendengar suara marah Badrul. Usikan dan sindiran Badrul. Dan, semua itu membuat hatinya kini dibelenggu rindu. Dia rindukan Badrul. Satu perasaan gila yang tidak harus tersangkut pada ranting rasanya.
“Ina…,”
Sabrina menoleh. Mencari wajah Jamilah.
“Kenapa kak?,”
“Datin…,”
“Kenapa dengan Datin?,”
“Datin nampak sedih benar…,”
Sabrina diam. Memang dia juga sedar akan perubahan wanita itu. Sering murung semenjak Badrul pergi. Cuma marah yang mengiringi pemergian Badrul dan Dayana tempoh hari. Jelas Datin Hamidah langsung tidak mahu berpisah dengan anak tunggalnya itu.
“Kenapa Badrul tak pulang jenguk mama dia ya?,”akhirnya satu soalan diajukan pada Jamilah.
Jamilah menjungkit bahu.
“Kasihan Datin. Mesti rindu sangat kat anak dia tu…,”sambungnya perlahan.
“Bukan Datin aje kot. Isteri dia pun sama kot. Dah seminggu lebih termenung panjang…,”
Sabrina menjeling. Disambut tawa kecil Jamilah.
“Apa kita nak buat kak?,”soalnya tanpa mempedulikan usikan Jamilah. Jamilah menjungkit bahu.
“Datuk, mana?,”
“Pagi-pagi dah keluar. Jumpa kawan agaknya,”
Sabrina mengeluh perlahan. Sampai hati Badrul memperlakukan ibunya sebegitu.
“Ina pergilah pujuk Datin,”
Bulat mata Sabrina merenung wajah Jamilah.
“Saya?,”
“Yalah. Ina kan menantu dia…,”
“Takutlah saya, Kak. Datin mana pernah sukakan saya. Nanti, tak pasal-pasal saya cuma akan tambah runsing dia saja…,”
“Dah tu, Ina sampai hati ke tengok Datin sedih macam tu? Tak pernah akak tengok Datin murung macam tu sekali,”
Sabrina diam. Memang hiba melihat keadaan Datin Hamidah saat ini. Hilang segala sifat garangnya dulu. Wanita itu bagai mengasingkan diri dari semua orang.
“Akak telefonlah Badrul,”
“Akak mana ada phone number dia. Ina lah yang call,”
“Saya pun tak ada,”
Jamilah merenungnya dengan renungan tidak percaya.
“Mana Datin sekarang?,”
“Ada kat ruang bacaan,”
“Saya pergi tengok dia sekejap ya,”
Jamilah mengangguk. Sabrina mengangkat punggung. Berlalu ke ruangan bacaan. Dia berhenti seketika di pintu. Memandang kosong ke arah Datin Hamidah yang sedang melayan menung. Dadanya tiba-tiba berombak kencang. Ada rasa gerun untuk mendekati wanita itu. Datin Hamidah tidak pernah suka padanya. Risau kemunculannya Cuma akan menambah rawan di hati wanita itu. Namun, untuk dia biarkan ibu mertuanya berterusan begitu, dia tidak sampai hati. Perlahan dia mengetuk pintu. Datin Hamidah berpaling. Seketika Cuma sebelum pandangannya dilontarkan jauh ke luar jendela. Bersandar lesu pada sofa. Tanpa dipelawa, Sabrina melangkah masuk. Mendekati Datin Hamidah.
“Boleh saya duduk, Datin?,”
Datin Hamidah diam lagi. Perlahan Sabrina mengambil tempat di sebelah wanita itu. Menelan liur lambat-lambat. Apa yang harus dia buat untuk hilangkan kemurungan ibu mertuanya ini?
“Datin… Kenapa ni? Saya tengok sejak Bad pindah, Datin macam sedih je?,”
Diam. Dengan sedikit ragu, Sabrina menyentuh jemari Datin Hamidah. Melihat wanita itu tidak menolak sentuhannya, jemari Datin Hamidah digenggam erat.
“Datin jangan sedih –sedih macam ni. Tak elok untuk kesihatan Datin. Nanti Datin stress. Bad bukan pergi mana pun. Mesti dia akan datang jenguk Datin nanti,”dia bersuara lembut. Berharap sangat agar kata-katanya itu tidak akan menambah rasa sedih Datin Hamidah. Namun, telahannya meleset. Keadaan Datin Hamidah bukan bertambah baik. Kata-katanya ternyata hanya membuat air mata laju membasahi pipi Datin Hamidah. Dia tergamam. Cepat-cepat air mata di pipi Datin Hamidah diseka dengan jemarinya.
“Datin… jangan menangis Datin. Bad mesti tak suka tengok keadaan Datin macam ni. Janganlah menangis ya…Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak tambahkan lagi sedih Datin.
Kalau datin nak bersendiri, saya keluar dulu ya? Saya minta maaf. Sebab saya, Datin menangis…,”
Dia mahu berlalu apabila genggaman Datin Hamidah tiba-tiba erat di jemarinya.
“Mama tak pernah berpisah dengan dia…,”
Sabrina terkedu. Terduduk semula di sofa. Mama? Dia silap dengar atau Datin Hamidah yang tersilap sebut?
“Dia dapat offer sambung belajar oversea. Mama tak izinkan dia pergi. Dia sambung belajar di sini saja. Kenapa? Sebab mama tak sanggup nak berpisah dengan dia. Dia segala-galanya pada mama. Dia tak membantah pun masa tu. Dia cakap, yang penting mama bahagia. Yang penting mama gembira. Tapi, sekarang ni, bila dah kahwin, dia sanggup tinggalkan mama. Dia dah tak nak gembirakan orang tua ni lagi. Kebahagiaan mama dah tak penting lagi. Dia tinggalkan mama seorang kat sini…,”
Sabrina kelu. Luahan hati Datin Hamidah begitu meruntun jiwa.
“Mama rindu sangat kat dia…,”
“Datin call lah. Kalau Datin call, mesti Bad datang,”
“Buat apa mama nak call? Kalau dia ingat mama, dia dah balik,”
“Mungkin Bad sibuk kot. Maklumlah, baru pindah, mesti nak kemas apa yang patut,”
“Kenapa mesti nak pindah? Apa, rumah ni tak cukup besar ke untuk dia dengan Dayana?,”
Sabrina mengeluh perlahan sambil tangannya menarik tubuh Datin Hamidah ke pelukannya.
“Datin… mungkin bagi Bad, ini keputusan yang paling baik untuk dia. Kita kena hormat keputusan dia, kan?,”
“Dia dah tak sayangkan mama,”
Sabrina tersenyum.
“Mana ada. Takkanlah Bad tak sayang Datin. Bad pindah, tak bererti Bad dah tak sayangkan Datin. Kita bagilah ruang untuk Bad pilih hidup yang dia suka…,”
“Dia lagi pentingkan Dayana. Dia lebih sayangkan Dayana berbanding mama…,”
“Datin, tak baik Datin cakap macam tu. Mana boleh samakan sayang isteri dengan sayang ibu. Saya percaya sayang Bad pada datin tak pernah kurang. Cuma, kalau apa yang berlaku boleh jejaskan kebahagiaan rumahtangga dia, dia mesti kena cari jalan penyelesaaiannya, kan? Datin janganlah marah Bad. Terimalah keputusan dia tu. Saya yakin, kalau dia dah tak sibuk, mesti dia akan datang cari Datin,”
Datin Hamidah diam. Kepalanya yang terlentok di bahu Sabrina diangkat perlahan-lahan. Menatap wajah gadis yang tidak pernah sekali pun dia terima sebagai menantu. Hatinya tersentuh dengan susunan kata-kata Sabrina yang cukup teratur. Kata-kata yang sama yang meluncur di bibir Badrul sebelum anak tunggalnya itu nekad juga untuk berpindah. Dia berpindah demi perkahwinannya. Dia berpindah bukan sebab dia sudah tidak sayang pada ibunya. Itu jugalah yang Badrul luahkan padanya. Tetapi, kenapa kata-kata yang meniti di bibir Badrul saat itu, membuat dia marah? Membuat dia berkecil hati? Dan, kenapa kata-kata yang baru meniti di bibir gadis ini, boleh meresap sebagai satu nasihat di telinganya?
“Kamu tak kisah ke, dia tinggalkan kamu kat sini?,”
Sabrina tersenyum. Soalan yang di luar jangkaan.
“Kamu pujuklah Bad balik semula ke sini…,”
Sabrina tergelak kecil.
“Saya? Takkan dia nak dengar pujukan saya, Datin…,”
“Kamu pujuklah dia. Mama tak boleh duduk berjauhan dari Badrul. Mama rindu sangat kat dia. Takkan kamu tak rindukan dia? Kamu pun rindukan dia kan?,”
Sabrina tersengih. Mencabar sungguh soalan Datin Hamidah.
“Kamu pujuk dia ya?,”
“InsyaALLAH,”Sabrina mula memberi janji palsu.
“Mama berharap pada kamu ya. Tolonglah pujuk Bad balik semula ke rumah ni. Mama rindukan dia…,”
“Datin… tak kisah Bad tinggal di mana pun. Yang penting, Bad tak akan lupa pada Datin. Saya yakin dia tak akan lupa…,”
“Kalau dia tak lupa, kenapa dia tak muncul-muncul?,”
“Dia takut Datin marah kot?,”
“Takut kena marah sampai langsung tak ingat mama dia ni?,”
Sabrina tersenyum. Cukup sensitif rupanya perasaan wanita ini. Cepat tersentuh. Satu sifat Datin Hamidah yang baru dia terokai.
“Nanti mesti dia akan datang cari mama dia ni…,”seloroh Sabrina sekadar cuba menghibur.
Datin Hamidah tersenyum kecil. Tenang hatinya mendengar pujukan demi pujukan yang beralun lembut di bibir gadis ini.
“Terima kasih, Sabrina,”
Sabrina mengukir senyum lagi.
“Kamu… sikit pun tak ingat Badrul ke?,”
Senyum manis di bibirnya hilang perlahan-lahan. Matanya melilau mencari jawapan. Dan, terpaku seketika pada susuk tubuh yang tercegat di pintu. Bersyukur kerana masih tiada jawapan yang muncul di bibir. Kalau tidak, pasti kata-katanya sampai ke telinga Badrul. Baru dia mahu membuka mulut memaklumkan kehadiran Badrul yang tiba-tiba kepada Datin Hamidah, namun, niatnya dibatalkan apabila Badrul meletakkan jari telunjuk ke mulutnya. Faham permintaan Badrul, Sabrina sekadar tersenyum kecil. Kembali memandang wajah sugul Datin Hamidah.
“Kamu tak ingat dia? Kamu tak rindu dia?,”soalan yang sama meniti di bibir Datin Hamidah. Sabrina tersengih. Segera dia mengerling. Memandang wajah Badrul yang bersulam senyuman. Cukup santai lelaki bersandar di pintu. Pasti menanti jawapannya.
“Datin bagi saya no phone Badrul, saya call dia. Minta dia datang jenguk Datin? Okay?,”Sabrina memberi pendapat. Pendapat yang sekadar untuk mengelak dari menjawab soalan Datin Hamidah di hadapan Badrul.
Datin Hamidah mendengus perlahan. Dan, senyum Badrul semakin melebar.
“Tak payah. Kalau dia ingat mama dia yang tua ni, dia datang. Kalau tak nak datang pun tak apa. Duduklah dengan isteri muda dia tu. Tak payah datang sini lagi…,”
“Datin… janganlah cakap macam tu. Dia mesti datang…,”
“Kalau dia nak datang, dia dah datang. Hari ni kan, hari minggu. Dah dua minggu tak balik sini. Takkan hari ni tak boleh luangkan masa sekejap? Singgah sekejap,”suara marah Datin Hamidah kembali bertukar sayu. Sekali lagi Sabrina melayangkan pandangan ke arah Badrul. Berharap Badrul keluar dari persembunyian dan memujuk hati Datin Hamidah yang sedang rawan. Badrul bergerak menghampiri ibunya dalam diam.
“Mestilah saya datang mama. Lagi satu, siapa cakap mama saya ni dah tua?,”
Datin Hamidah segera menoleh. Memandang Badrul yang tersengih panjang. Wajah hiba tiba-tiba bertukar berang.
“Ingat pun jalan balik ke sini ya?,”sinis soalan yang meniti di bibir Datin Hamidah. Badrul tersenyum sumbing.
“Mestilah ingat mama. Bad minta maaf ya. Memang sibuk sikit dua minggu ni,”Badrul bersuara sambil melabuhkan punggung ke sofa. Datin Hamidah menjeling marah, membuat Sabrina tersenyum kecil. Rajuk ibu dan anak. Hatinya tiba-tiba terusik melihat aksi itu. Rindu untuk merasai kemesraan dan kasih sayang sebegitu. Ingin dimanjai oleh seorang insan bergelar ibu. Ingin dimarahi oleh seorang insan bergelar ibu.
“Miss you, mama…,”ujar Badrul lembut sambil mencapai jemari Datin Hamidah. Perlahan dibawa ke bibirnya. Lama tangan itu dikucup. Datin Hamidah menjeling dalam diam. Marahnya reda perlahan-lahan.
“Kalau rindu, jenguklah selalu. Tak pun, pindah semula ke sini..,”
“Mama… Bad dah datang ni kan?,”Badrul bersuara sambil menarik tubuh Datin Hamidah ke dalam pelukan. Tangannya sengaja dipanjangkan sehingga ke pinggang Sabrina yang masih setia memeluk ibunya. Membuat gadis itu sama-sama masuk ke dalam rangkulannya. Dia nampak wajah Sabrina sudah bertukar kelat. Dan terasa jemari Sabrina sudah mula cuba leraikan pautannya. Dia tersenyum panjang. Membiarkan jemari Sabrina terus berusaha. Lamanya dia tidak menatap wajah itu. Lamanya dia tidak mengusik gadis ini.
“Kamu kenapa Sabrina?,”
Mendengar soalan ibunya, senyum Badrul makin lebar. Pasti ibunya menyedari duduk Sabrina yang sedikit resah.
“Saya… saya sakit perut. Saya tinggal Datin dengan Bad ya. Mungkin banyak yang Datin dan cakap dengan Bad,”
Kata-kata Sabrina berakhir dengan satu cubitan kuat di lengannya. Membuat dia terjerit kesakitan. Rangkulannya terlepas tiba-tiba. Sepantas kilat Sabrina berdiri tegak.
“Sakitlah….,”ujar Badrul sambil menggosok lengan.
“Kamu berdua ni, kenapa?,”Datin Hamidah bersuara hairan. Pelik melihat wajah kelat Sabrina. Terkejut mendengar jeritan Badrul.
“Saya keluar dulu,”
Sabrina berlalu tanpa menunggu jawapan dari Datin Hamidah mahu pun Badrul. Juga tanpa menjawab soalan Datin Hamidah.
“Kenapa? Kamu buat apa kat dia? Dia buat apa kat kamu?,”sekali lagi Datin Hamidah bersuara hairan. Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Matanya mengekori langkah Sabrina yang laju.
“Bad bawa donut favourite mama. Ada kat bawah. Jomlah makan,”Badrul bersuara sebaik bayang Sabrina hilang di sebalik pintu.
“Dayana mana?,”
Badrul diam.
“Bad?,”
“Rumah papa dia,”
“Kenapa dia tak ikut sekali? Benci sangat tengok muka mama?,”
“Mama… bukan macam tu. Kebetulan dia pun memang dah lama tak balik. Bad nak ke sini. Dia pula nak ke sana. Jadi, biarlah dia balik sana. And, Bad balik sini jumpa mama…,”
“Tak elok macam tu. Sepatutnya kamu suami –isteri kenalah buat keputusan bersama. Tolak ansur. Mana boleh ikut kepala masing-masing macam ni,”
“Biarlah mama. Perkara kecil,”
“Perkara kecil. Semuanya bermula dari perkara kecil, tahu? Lama-lama makin parah jadinya. Jangan mengalah sangat dengan isteri. Sayang pun, biar bertempat. Ini tidak… isteri gila kerja…biarlah. Isteri nak pindah… terus pindah,”
Badrul mengeluh perlahan. Sesi kaunseling bermula kembali.
“Jomlah mama. Kita makan donut,”
Datin Hamidah mendengus marah.
“Cakap mama tak nak dengar. Nanti, jadi apa-apa, baru nak menyesal…,”
“Yalah..yalah. Bad dengar. Nanti Bad cakap dengan Yana. Sekarang, jom kita pergi makan donut,”
Datin Hamidah mengerling.
“Kamu nak makan donut ke, kamu dah gelisah nak tengok muka Sabrina lagi?,”
Badrul tersengih. Terdiam. Terkedu. Kelu seribu bahasa. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya mengiyakan soalan ibunya.

****

Wednesday, March 18, 2009

Pergilah Air Mata 45

“Hai… panjang senyumnya tu?,”
Dayana menoleh. Menyambung senyum yang terukir manis di bibirnya. Membuat kerut di wajah temannya semakin bertambah.
“Ada berita gembira ke? Bukan main berseri-seri lagi aku tengok muka kau hari ni. Actually, kebelakangan ni. Bukan hari ni saja,”
“Ya ke? Tak adalah. Aku rasa biasa saja..,”
“Nak hidup bertiga ke?,”
“Hah?,”Dayana bertanya bersama gelak kecil. Kurang mengerti akan maksud kata-kata temannya itu. Anissa tersenyum kecil.
“Maksud aku… kau dengan Badrul nak terima orang baru ke? Kau pregnant?,”
“Ishh… kau ni. Mengarut. Tak adalah. Minta dijauhkan dulu,”laju Dayana bersuara. Mengandung? Dalam masa terdekat ini? Tidak mungkin.
“Eh, tak baik tau, kau cakap macam tu. Ada ke minta dijauhkan pula,”Anissa bersuara sambil menarik kerusi. Perlahan melabuhkan punggung sambil matanya memandang wajah Dayana. Kurang senang dengan jawapan Dayana. Dayana tersenyum kecil.
“At least, bukan sekarang. Itu maksud aku. Aku belum bersedialah untuk itu semua,”
“Peliklah kau ni. Hari tu, kau juga yang cakap, Badrul dah mula sebut pasal anak,”
“Yalah. Memang betul dia ada sebut. Tapi, tak semestinya aku kena setuju. Kan?,”
Anissa menggeleng perlahan. Tidak mahu bercakap lebih panjang tentang topik itu. Pasti ada pertelingkahan pendapat nanti. Sudahnya, dia sekadar memandang Dayana yang mengambil tempat di hadapannya. Masih sedikit hairan sebenarnya dengan perubahan temannya itu. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan bibir itu sering mengukir senyum manis. Dayana bukanlah kategori wanita yang murah dengan senyuman. Dia kenal Dayana.
“So, kenapa happy sangat ni?,”
“Aku nampak macam happy ke?,”
“Puan Dayana. Quenn of Moody kita…tiba-tiba murah dengan senyum. Mestilah aku perasan,”
“What? Queen of what?,”
Anissa tersengih.
“Budak-budak kau yang bagi gelaran tu. Bukan aku…,”
“Hah? Siapa yang suka-suka…,”
“Wait. Sebelum kau nak melenting, gelaran mereka tu, memang tepat,”sampuk Anissa bersama senyum yang meleret. Sengaja mahu menyakat Dayana. Dayana jegilkan mata. Sedikit menyirap mendengar gelaran untuk dirinya itu.
“Bukan main dia orang mengata aku kat belakang ya?,”
“Biasalah tu. Jangan ambil kisahlah,”
Dayana menjeling.
“Bukan kau yang kena kutuk. Bolehlah kau cakap macam tu…,”
“Memang kau moody. Memang kau fussy. Kena terimalah kritikan macam tu,”
Dayana mencebik. Ingin hamburkan rasa marah. Tetapi, tidak tahu pada siapa.
“So, cakaplah kat aku. Kenapa happy semacam saja kau ni?,”
Mendengar soalan yang sama dari bibir Anissa, Dayana kembali tersenyum.
“Well…ada dua sebab,”
“Oh…okay. Dua sebab. Apa dia?,”
“Pertama, Badrul setuju nak pindah. Can you believe that?,”
“No. Takkan dia nak tinggal mama dia sorang-sorang?,”
Dayana tergelak halus.
“Macam tak percaya kan? Aku pun tak percaya. Mula-mula aku ingat dia main-main. Tapi, dia serius. Dia setuju nak pindah. Lega!,”
“Lega?,”
“Yalah. Kau pun tahu, betapa rimasnya aku duduk dalam rumah tu. Mum in law aku..tak sudah-sudah cari silap aku. Lemas! Aku tak suka bila dia dah sering sangat masuk campur dalam hal-hal peribadi antara aku dengan Bad,”
“Ya ke?,”
Dayana mengangguk.
“Apa dia dah buat?,”
“Terbaru, dia suruh aku berhenti kerja. No way! Letak pisau kat leher aku pun, aku tak akan berhenti kerja. My career is everything to me. Jangan mimpilah aku nak berhenti kerja, semata-mata nak masak untuk suami. Nak iron baju suami. Nak tunggu suami balik kerja kat muka pintu. Itu bukan Dayana. It’s not me. Please….,”
“Takkan sampai macam tu?,”
“Yeah. Memang macam tu. Suka-suka hati minta aku berhenti kerja. Geram betul aku…,”
“Tapi, mungkin sebab kau busy sangat kot. Sebab tu dia cadangkan macam tu. Lagipun, kau dah kahwin. Memang patut pun priority kau pada suami. Pada perkahwinan. Kerjaya dah jatuh nombor dua, Yana,”
“No. Never. Masih banyak lagi yang aku kejar dalam hidup aku. Aku nak capai semuanya dulu. Bila aku rasa aku dah capai semuanya, barulah aku akan pertimbangkan soal menjadi isteri sepenuh masa,”
Anissa menggeleng perlahan mendengar hujah Dayana yang berkobar-kobar.
“Bila kau nak pindah?,”sudahnya, dia mengubah topik perbualan.
“Belum tahu. Tapi, of course sebaik Badrul inform mama and abah dia. Aku dah mula renovate sikit-sikit kondo Badrul,”
“Amboi. Bersemangat. Bad setuju nak pindah ni, ada syarat ke?,”
Dayana tersengih.
“Ada…,”
“Dah agak dah. Apa syaratnya?,”
“No more balik malam. Kena balik office hour,”
Anissa tergelak.
“Habislah kau. Tak boleh nak bayangkan malam-malam tanpa muka Dayana kat office. Selalu dialah tukang kunci office,”
Dayana mencebik.
“Boleh ke?,”
“Entahlah. Tapi, tak kisahlah. Pandai-pandailah aku pujuk Badrul nanti,”
“Macam ada ciri-ciri nak mungkir janji aje aku dengar,”
Dayana tersengih.
“No comment,”selorohnya sambil mencapai menu di atas meja. Anissa menggeleng perlahan.
“Tapi, rasanya kau cakap tadi ada dua sebab. Sebab pertama, pasal pindah rumah. Sebab kedua?,”
Mendengar soalan itu, senyum semakin lebar terukir di bibir Dayana.
“Sebab kedua? Sebab kedua nilah yang buat aku happy sangat…,”
“Apa dia?,”
“Semalam, Datuk panggil aku,”
“So? Macam Datuk tak pernah panggil kau,”
“Dengarlah dulu. Kau ingat projek hotel kat Beijing?,”
“Yang kau pergi dulu tu?,”
Dayana mengangguk.
“Ingat. Kenapa?,”
“Datuk dah mention my name, untuk handle projek tu. Dalam erti kata lain, aku akan dihantar ke sana untuk monitor that projek. Impian jadi kenyataan. Macam mimpi rasanya,”
Anissa terkedu.
“Confirm?,”
“Almost,”
“Bad?,”
“Kenapa dengan Bad?,”
“Dia dah tahu?,”
Dayana menggeleng perlahan.
“Yana. Kau biar betul,”
“Nantilah. Bila dah confirm baru aku beritahu dia,”
“Mana boleh macam tu. Ini bukan perkara main-main, Yana. Badrul tu suami kau. Mana boleh kau ketepikan dia macam ni? Sepatutnya kau kena bincang dengan dia. Mana tahu dia tak setuju kau ke sana,”
Dayana mengeluh perlahan.
“Kalau ikutkan dia, memang dia tak setuju kot,”
“Dah tahu macam tu, lagi kau nak diam saja? Kau ni kan, aku tengok tak serius langsung dengan perkahwinan kau. Buat keputusan macam orang bujang pula,”
“Bila masa aku tak serius? Aku Cuma belum bersedia nak beritahu dia. Aku kena cari alasan dulu. Bila dah confirm, at least alasan aku kukuh sikit. Kalau aku cakap mungkin aku akan dihantar ke sana, mesti Bad suruh aku tolak. Aku tak nak. Aku nak ke Beijing,”
“Bad macam mana?,”
Dayana diam.
“Kalau dia tak setuju juga?,”
“Harap-harap dia setujulah,”
“Aku yakin seratus percent, Bad tak akan lepaskan kau ke Beijing. Dah tu, tinggal dia seorang kat sini. Yana…Yana… pelik betullah kau ni. Sanggup ke kau tinggal Bad sorang-sorang kat sini? Di buatnya dia cari isteri baru, padan muka kau. Suami kau tu, good looking. Kaya pula. Anak Datuk lagi. Berderet perempuan tunggu tau,”
“Kau ni! Cabul betullah mulut tu,”
Anissa tergelak kecil.
“Bukan cabul. Cuma mengingatkan,”
Dayana mencebik marah.
“Alaa… ramai couple jarak jauh, bahagia juga. Bukan langsung tak boleh jumpa, kan?,”
“Susah cakap dengan orang degil macam kau ni, Yana. Tapi, aku nasihatkan kau, baik kau bincang dulu dengan Badrul. Dia suami kau. Tak baik kau belakangkan dia macam ni,”
“Aku bukan belakangkan dialah, Nissa. Aku Cuma cari peluang yang sesuai. Masa yang tepat untuk beritahu dia…Untuk bincang dengan dia,”
“Samalah tu. Dah confirm baru nak cakap. Itu bukan bincang. Itu inform saja. Kalau aku, mahu aku mengamuk. Kalau setakat ke Johor.. Melaka… Okaylah. Ini…Beijing?,”
“Sudahlah tu. Kau ni, bukannya nak sokong. Bagi aku nightmare pula,”
“Nightmare apa pula. Aku Cuma cakap benda betul. Kemungkinan yang betul,”
“Sudah..sudah… Nanti moody aku datang, karang tak pasal-pasal aku cancel belanja kau ni …,”
“Mengugut pula. Okaylah. Aku diam. Tapi, kau kena fikir apa aku cakap tu,”
“InsyaALLAH…,”
Anissa menjeling. Dayana tergelak.
“You know something? Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa tiba-tiba kau kahwin dengan Badrul? Padahal aku tengok kau ni, langsung tak bersedia nak jadi isteri orang. Sebelum ni, beria-ia tolak bila Badrul ajak kahwin,”
Dayana diam. Soalan Anissa segera membawa seraut wajah Sabrina ke mindanya. Kalau bukan Sabrina, tidak mungkin dia akan berkahwin dengan Badrul. Dia cemburukan ikatan Badrul dengan Sabrina. Dia tidak boleh menerima kenyataan kekasihnya mempunyai isteri secantik Sabrina. Hampir sempurna pula di matanya. Dia tidak Nampak di mana cela pada Sabrina yang memungkinkan Badrul menolaknya andai lebih lama ikatan itu terjalin. Kerana cemburu itulah dia nekad mengahwini Badrul. Lebih-lebih lagi, berkali-kali Sabrina meyakinkannya, tidak mungkin akan ada hubungan perasaan antara dia dan Badrul. Jadi, tidak mungkin dia akan berkongsi kasih dengan Sabrina. Dia boleh memiliki Badrul dan boleh menjarakkan Sabrina daripada Badrul.
“Hello… dengar tak aku Tanya?,”
Dayana tersentak kecil. Anissa merenung wajahnya menanti jawapan.
“Jodoh kot,”dia menjawab pendek.
“Senangnya jawapan,”
“Yalah. Jodohlah. Apa lagi?,”
“Hmmm… betul juga. Mungkin jodoh,”
Dayana tersenyum nipis. Menghulurkan menu di tangannya kepada Anissa. Sebagai isyarat agar gadis itu berhenti bercakap. Dia penat untuk melayan setiap bicara Anissa yang jauh dari logik pemikirannya. Ada persimpangan yang sentiasa memisahkan kata-kata dia dan Anissa. Namun, tidak tahu di mana letaknya keserasian antara mereka, yang membuat mereka kekal sebagai teman rapat sehingga ke hari ini.

****

Monday, March 16, 2009

Jiran Baru: KL, Kami Datang...

“Mana kau nak bawa kita orang ni, Penan?,”
Dup! Satu hantukan kuat mengenai kepala Lang. Berpinar seketika. Untuk beberapa saat dia tersandar pada dinding kotak lutsinar yang dirasakan seakan bergerak ke atas.
“Sakitlah!,”jeritnya setelah kepalanya sedikit stabil.
“Kan aku dah cakap. Jangan panggil aku Penan! Ini KL tau. Bukan kat kampung!,”
Lang menarik muncung. Kuat juga kepala Si Penan ni. Dalam marah, hatinya berbisik sendiri.
“Dah tu, nak panggil apa?,”Achong mula membuka mulut.
“Panggil aku Pan. Sebutannya macam P.E.N., pen. Ejaannya P.A.N,”Penan mula bersuara dengan wajah sedikit bangga. Namun, bangganya sedikit mengendur apabila kata-katanya disambut dek deraian ketawa tiga sahabat lamanya itu.
“Apasal kau gelak?,”
“Nama macam kuali!,”Achong bersuara. Jawapan yang membuat Toy berguling-guling di lantai. Ketawa bagai kena rasuk. Lang mula menggelupur sambil memukul dinding. Riuh bunyinya.
“Diamlah! Nanti orang dengar,”
“Mana ada orang dalam kotak ni…,”
“Sini memanglah tak ada. Tapi, nanti pintu ni, terbuka, mana tahu ada orang,”
Mendengar kata-kata Penan, tawa tiga sahabat itu sedikit mereda.
“Sebenarnya kau nak bawa kita orang ke mana? Mana rumah baru kita orang?,”
“Nantilah. Esok-esok aku tunjuk. Malam ni, kita bermalam saja kat rumah aku,”
“Rumah kau? Kau duduk dalam kotak ni, ke?,”
“Bukanlah…”
Sebaik sahaja Penan memberi jawapan, tiba-tiba kotak yang mereka duduki, berpintu lagi. Dinding yang tadi rapat, terbuka tiba-tiba. Lang dan Toy memandang dengan perasaan kagum. Di kampung mereka tidak pernah jumpa kotak ajaib sebegini.
“Jomlah keluar,”Penan bersuara dari luar kotak tersebut. Melihat Penan sudah pun terapung-apung di luar kotak, cepat-cepat mereka keluar dari situ.
“Ajaiblah kotak ni,”Toy bersuara kagum.
“Ini lif. Bukan kotak. Kau ni, cakap macam orang tinggal dalam hutan! Tulah, berkurung kat kampung tu. Cubalah sesekali pergi kat town tu. Kat town dekat kampung kita pun, banyak lif, tau! Lain kali kembangkan sikit minda tu. Jangan jadi, katak bawah tempurung,”
Achong mencebik, Lang membuang pandang dan Toy buat-buat pekak. Penan sudah mahu mulakan ceramah.
“Aku cukup tak suka pada orang berfikiran mundur ni. Negara kita dah maju. Tapi, kau orang masih juga di takuk lama. Berubahlah kawan. Kalau bukan kita yang nak ubah diri kita sendiri, siapa lagi? Tengok macam aku ni. Aku berani buat perubahan. Tengok! Sekarang aku dah berjaya. Aku berjaya berada di Crystal Plaza ni,”
“Berjaya duduk dalam kotak pun, nak bangga…,”Lang merungut perlahan.
“Kau tak tahu, macam-macam ada dalam ‘kotak’ ni,”
“Apa dia?,”
Penan memerhati sekeliling. Lenggang.
“Jom ikut aku,”

****
“Ini computer,”
Penan mula bersuara sambil melangkah ke arah satu computer yang terpasang di meja. Lang, Achong dan Toy sekadar mengikut dari belakang.
“Aku suka lepak kat sini. Boleh belajar IT,”
“IT? Apa kebenda tu?,”Achong membuka mulut.
“Ikat Tali ke?,” teka Lang sambil menggaru kepala.
“Ikat tali kepala hotak kau! Information Technology lah!,”
“Amboiiii….Kuali cakap omputihlah…..,”Toy bersuara sambil tergelak. Tetapi, cuma untuk seketika, apabila kali ini, buraian isi perut Penan melibas tubuh kecil Toy. Toy menarik muncung sambil menutup mulut dengan jemari kecilnya. Penan pula, terus bertenggek ke kerusi sambil memandang monitor.
“Awek aku adalah,”
“Awek kau? Mana?,”Achong segera bertanya sambil melompat ke sebelah Penan. Dalam, rabun, semangatnya begitu tinggi untuk melihat wajah kekasih temannya itu.
“Tak nampak. Tapi, dia online ni. Alaa…aku kenal pun, kat sini je. Malam-malam bila computer ni on, aku chatlah dengan dia. Ramailah juga awek aku. Setiap satu computer kat sini, ada sorang awek aku. Malam ni, aku chat dengan awek ni, malam esok, aku chat dengan awek lain lak. Seronok….,”
“Chat tu apa?,”Toy mula membuang rajuknya. Topik yang begitu menarik, membuat dia berasa rugi kalau terus merajuk. Perlahan-lahan dia bergerak ke sebelah Penan. Lang pula, bertenggek ayu di meja sambil matanya melilau memerhati sekeliling. Agak suram dan sunyi. Cuma ada susunan meja yang kosong bersama timbunan kertas-kertas dan computer. Bezanya, computer di meja lain, tertutup. Dia mengeluh perlahan. Matanya beralih ke arah lain. Senyum mekar di bibir.
“Ada oranglah,” dia bersuara senang sambil matanya terus mengamati ke arah seorang lelaki yang sedang melangkah ke arah mereka.
“Mana?,”Toy menyampuk.
“Tu….,”Lang menjawab pendek, sambil melambai. Ingin beramah mesra dengan teman serumah Penan. Senyum lebarnya, hilang perlahan-lahan apabila melihat lelaki itu berhenti melangkah.
“Hai…,”sapa Toy sambil melompat bersama Achong.
Lang mengerutkan kening. Gelagat lelaki itu, seolah-olah tidak menyedari kewujudan mereka. Perlahan lelaki itu berundur sebelum memalingkan badan.
“Hey, nak ke mana tu?,”Lang mula bertanya. Dan, sebaik soalan itu keluar dari bibirnya, lelaki itu memecut laju. Lang mengerutkan kening. Berpaling pada Penan yang khusyuk menatap computer sambil sesekali menekan keyboard menggunakan pen yang digigit.
“Pan, kenapa dengan kawan kau tu?,”
“Kawan? Mana aku ada kawan kat sini. Aku tinggal sini sorang-sorang je,”
“Lelaki tadi tu?,”
Penan terpempan.
“Lelaki? Mana dia sekarang?,”
“Kita orang tegur, dia buat tak tahu. Aku Tanya dia nak ke mana, dia terus lari,”
“Hah?! Yang kau tegur buat apa? Itu manusialah! Kenapa tak cakap dengan aku? Kita sembunyi dulu sementara dia masih ada kat sini. Kau orang ni.. lepas ni, mesti kecoh! Di buatnya dia cari bomoh pagarkan tempat ni, aku pula yang merempat, tahu!,”
“Mana aku tahu. Aku Cuma nak berbaik-baik saja,”
“Kita mana boleh berbaik dengan manusia?! Agaknya pasal nilah, kau orang separuh rentung ni, ya?,”
“Buat baik, tak salah, kan?,”Lang bersuara sedikit lantang.
“Nak buat baik, tengok tempatlah. Menyampah aku. Dah, jom blah. Nampaknya seminggu dua ni, aku tak boleh baliklah jawabnya. Ini semua kau punya pasal,”
Lang mencebik. Mengerling ke arah muka Penan yang masam mencuka.

***
“Dua hari MC, kenapa? Demam ke?,”
Seman menoleh. Seram – sejuk masih terasa.
“Aku demam terkejut kot,”
“Demam terkejut?,”
Seman mengangguk. Teringatkan apa yang dialaminya beberapa malam lalu, terasa romanya kembali meremang.
“Kenapa?,”sekali lagi temannya bertanya.
“Kau ingat, aku ada buat OT kan, dua hari lepas?,”
“Ha ah. Kenapa?,”
“Aku Nampak…,”
“Penanggal? Kan dah ramai yang nampak. Buat tak tahu aje,”
“Masalahnya, bukan penanggal aje. Penanggal duk bertenggek kat kerusi aku sambil mengadap komputer. Pocong tercegat sebelah dia. Langsuir dengan toyol duk lambai kat aku. Aku baru nak blah, ada pula yang tegur. Tanya aku nak ke mana…tak sanggup weiii,”
“Kau biar betul. Dia bawa geng ke?,”
Seman Cuma merenung tajam wajah temannya yang tergelak besar.
“Kau ingat aku main-main ke?,”
“Alaa… dia ajar kawan-kawan dia chat kot…,”
“Kau cakap sekarang bolehlah. Terkena kat kau sekali, padan muka,”
Temannya tergelak lagi.
Seman menjeling. Malas menyambung cerita. Yang pasti, selepas ini, dia tidak akan bekerja lebih masa sendirian lagi.

****
“Selesa juga rumah baru ni,”Lang bersuara sambil bersandar pada dahan pokok yang merendang. Memandang kegelapan malam.
“Selesa apa. Rimaslah. Esok aku rasa aku nak balik rumah aku. Agaknya dah cool sikit kot keadaan rumah aku sekarang ni. Dah lima hari aku kat sini,”Penan menyampuk sambil menyedut cecair merah dari plastic.
“Senang betul kau dapat bekalan ya. Tiap-tiap malam aku tengok aku dapat stok. Ramai ke perempuan yang bersalin kat sini,” Toy bertanya sambil berayun kaki di sebelah Achong yang mula terlena. Penan tergelak.
“Memanglah senang. Eh, ini bukan darahlah. Aku dah lama tak minum darah,”
“Dah tu?,”
“Ini jus roselle. Sedap… kau nak cuba? Berkhasiat ni. Kaya dengan vitamin C. Khasiat dia pun banyak. Untuk anti penuaan, pencegah penyakit cardiovascular. Anti-cancer, elok untuk hilangkan demam ke, selesema ke.. dan, kalau kau susah nak tidur, pun boleh cuba jus ni. Aku ambil kat kedai makan depan tu…,”
“Ooooo. Mana kau tahu?,”
“Aku search kat internet laaa,”
“Kau cubalah. Memang sedap…,”tambah Penan sambil rakus menyambung tegukannya.
“Kenapa kau tukar minum jus pula?,”
“Hidup kat Malaysia ni, kadang-kadang susah nak buat jahat. PDRM kita hebat. Kalau bunuh orang, sekejap je kita dah kena tangkap…,”
“Apa kena mengena PDRM dengan kita? Apalah kau ni…,”
Penan tersengih. Toy menggeleng mendengar hujah bodoh Penan.
“Penan,”
“Pan lah, bodoh…,”
“Yalah…Yalah… Pan, rumah siapa kat sebelah tu? Gelap je. Tak ada orang duduk ke?,”
“Mana aku tahu. Aku pun bukan selalu ke sini. Kau cakap nak tempat tinggal, tu yang aku survey tu. Jumpa pulak tempat ni. kau orang kan suka duduk kat pokok besar, so, aku bawa kau orang ke sini,”
Lang mengangguk perlahan mendengar jawapan temannya.
“Tapi, jauh dari rumah orang sikit, kan?,”Lang bersuara lagi.
“Jauhlah elok. Tak ada banyak masalah. Kat sini, kau buat hal kau, cukuplah. Janganlah nak ramah sangat. Nanti tak pasal-pasal rentung lagi,”
“Tahulah aku…,”
“Ha ah,”Toy menyampuk.
Penan diam seketika. Menghabiskan sisa-sisa jus yang dia minum.
“Hey, aku nak cari jus lagilah. Kau nak ikut?,”Penan bersuara tiba-tiba. Lang menggeleng.
“Tak nak,”sepatah jawapan yang diberi Toy.
“Oklah. Kalau macam tu, aku pergi dululah,”
Lang sekadar mengangguk perlahan sambil memerhati Penan yang sudah terbang meninggalkan mereka. Untuk seketika, mereka saling membisu.
“Toy…,”
“Hmmm…,”
“Tak best kat sini kan? Sunyi…,”
“Ha ahlah. Aku baru nak cakap. Tapi, aku nak cakap depan budak Kuali tu, aku takut dia kecil hati pulak. Yalah. Susah-susah dia cari kita rumah,”
“Betul…betul…betul…,”Achong menyampuk tiba-tiba, membuat Lang dan Toy terkejut besar.
“Tak tidur rupanya mangkuk ni!,”marah Lang sambil mengurut dada. Achong tergelak kecil.

****

“Lang,”
“Apa dia?,”
“macam ada oranglah, kat rumah tu,”
“Ya ke?,”laju Lang berdarat di tautan akar pokok sambil memandang ke arah rumah di sebelah rumah mereka.
“Ha ahlah,”dia bersuara perlahan.
“Jom kita pergi tengok nak? Bosanlah asyik kita bertiga je. Ada kawan pun bagus juga,”Toy mula memberi cadangan.
“Aku nak. Tapi, mesti Penan bising nanti…,”Achong mula berbisik.
“Alaa… dia kan tak ada. Dia cari jus roselle kan?,”
“Nanti dia datang, kita tak ada macam mana?,”soal Lang sedikit was-was. Kenapa kebetulan malam ini pula, Penan datang bertandang ke rumah mereka?
“selalunya Penan, kalau keluar cari jus, kan lama. Kita pergi, pun, bukan lama pun…,”Toy cuba memujuk.
“Hmm.. oklah. Sekejap tak apa kot,”Lang memberi persetujuan. Dan, serentak dengan itu, mereka bergerak perlahan ke rumah yang mereka fikirkan tidak berpenghuni itu. Masih gelap sebenarnya. Cuma sedikir suram dengan cahaya lilin dan unggun api.
“Elektrik diorang kena potong agaknya ya?,”bisik Lang sambil bergerak perlahan.
“Agaknyalah…,”
“Apa mereka buat tu ya? Riuh je… macam ada pesta pulak,”sampuk Achong juga dengan suara perlahan.
“Memang ada pesta kot. Tu, terkinja-kinja menari tu. Duk keliling unggun apa. Tapi, tak Nampak sangatlah rupa mereka. Ramai juga tu…,”Toy bersuara sambil mengintai di balik dinding yang sedikit terkopak.
“Kalau tak Nampak kita terus ke pintu depanlah. Ketuk pintu. Nanti mereka ingat kita nak mencuri pulak,”
“Betul…betul..betul…,”sampuk Achong terangguk-angguk. Penyakit baru, sejak Penan bawa mereka menonton wayang pada hari pertama mereka ke Kuala Lumpur. Suka betul Achong pada filem yang mereka tonton tempoh hari, sehingga terikut-ikut dialog di dalam filem itu.
“Siapa nak ketuk pintu ni?,”Toy bertanya sambil menggaru perut buncitnya.
“Akulah,”seraya menawarkan diri, Lang terus mengetuk pintu. Mula-mula perlahan, apabila tiada tindak balas, ketukan dikuatkan. Untuk beberapa kali. Kemudian bunyi bising tiba-tiba sepi. Peluang itu diambil untuk mengetuk sekali lagi. Dia tersenyum. Barangkali jiran mereka sudah dengar ketukan itu. Pintu terkuak perlahan-lahan. Lang tersenyum. Toy tersengih. Dan Achong bersama wajah tidak berdosanya. Pintu terbuka lebih lebar. Dan lebar…
Senyum Lang hilang tiba-tiba. Sengih Toy juga tidak tahu ke mana perginya. Sedang Achong sudah mula buat muka terkejut. Buruk sungguh rupa jiran mereka ini.
“Hantu!!!,”serentak mereka menjerit dan berterbangan lari.
“Hantu!!!!,”jeritan yang sama juga mereka dengar dari dalam rumah itu. tetapi, Mereka tidak mahu berpaling lagi. Mereka perlu lari dari situ. Laju terbang dari situ.
“Hoi! Hoi! Kau orang nak ke mana tu?!,”terbangan Lang terhenti serta-merta. Suara Penan. Liar matanya mencari. Dia menarik nafas lega melihat Penan santai menghirup jus roselle dia atas bumbung sebuah lori.
“Kita pergi dekat Penan,”dia bersuara. Toy mengagguk sambil tertunduk menahan penat. Achong pula terus melompat mendekati Penan.
“Kau dari mana ni?,”Penan bertanya dengan nada hairan.
“Kita orang jumpa hantu….,”
Penan tergelak.
“Bodohlah korang ni. hantu tu kan, geng kita juga. Yang kau lari buat apa?,”
“Ish… kau tak tengok. Muka mereka. Buruknya…. Ada subang kat mulut. Ada subang kat mata.. ada subang kat hidung. Muka pula…. Eeiiiii. Aku takutlah,”
“Kat mana kau jumpa?,”
Lang bertenggek di sebelah Penan. Toy mula merangkak mencari sedikit ruang untuk tubuh kecilnya. Dia perlu hilangkan penat. Achong pula, sudah terbaring di atas bumbung lori. Sudah lama dia tidak berlari selaju ini.
“Kat rumah sebelah rumah kami,”terang Lang sambil menyelak rambutnya yang mengurai. Penat.
“Rumah tu, kan kosong…,”
“Malam ni, ada penghuni. Kami saja nak jenguk…,”
“Aku nak pindah tempat lainlah,”Toy bersuara perlahan. Suaranya sedikit bergetar.
“Nak pindah ke mana lagi?,”Penan bersuara dengan nada tidak bersetuju.
Lang diam. Baru penatnya mahu hilang, debarnya datang lagi. Sekumpulan hantu itu ternyata mengejar mereka.
“Toy! Achong! Mereka kejar kitalah…,”jeritnya kecut. Penan turut memandang ke arah pandangan Lang.
“Nak lari ke tidak ni?,”menggeletar suara Achong bertanya. Untuk teruskan lariannya, memang dia tidak sanggup lagi.
“Kejap. Mereka berhentilah,”Lang bersuara apabila melihat sekumpulan penghuni rumah itu berhenti serta – merta di tengah- tengah jalan yang suram.
“Hantu!,”
“Penanggal!,”
“Langsuir!,”
“Toyol!,”
“Pocong!!!!,”
Jeritan itu, mengiringi larian semula kumpulan itu. Tetapi, bukan ke arah mereka. Kelihatan seperti kumpulan itu lari dari mereka.
“Tobat! Lepas ni aku nak duduk rumah je. Aku tak mahu jadi punk lagi…!!!!!!,”
Lang sedikit binggung mendengar jeritan terakhir yang sedikit sayup sampai ke telinganya.
“Kenapa mereka lari pulak?,”Toy bertanya hairan,
“Itu manusialah, bodoh…,”Penan bersuara sambil tergelak.
“Manusia? Aku tak pernah jumpa manusia macam tu,”
“itu budak-budak punk. Memang gaya mereka macam tulah…Apa punya hantulah korang ni. buat malu kaum je. Dengan budak punk pun kau orang takut,”
“Buruk benar rupa mereka. Eeiiiiiiiii…,”Lang memberi komen bersama wajah yang ngeri.
“Sudahlah. Aku yakin, lepas ni, mereka tak akan pergi lagi rumah kau. Tak payah risaulah. Tak payahlah nak pindah-pindah. Buar penat badan je,”
“Kita tengoklah. Tapi, kalau mereka datang lagi, aku rasa, aku tetap nak pindah…,”Lang bersuara separuh membuat keputusan.
“Betul…Betul…,”belum sempat menghabiskan perkataan ‘betul’ yang ketiga, tiga hantukan singgah ke kepala Achong.
“Adui…,”
“Selalu buat orang terkejut tau!,”marah Lang sambil merengus. Toy dan Penan merenung marah. Hampir tergolek mereka dari bumbung lori gara-gara Achong yang suka menyampuk tiba-tiba.

****

Monday, March 9, 2009

Pergilah Air Mata 44


“Kau dah fikir masak-masak?,”
Badrul diam. Cuma memandang gelagat anak saudara Darius yang berlari-lari di dalam butik.
“Takkan sampai macam tu sekali?,”
Sekali lagi soalan Darius dibiarkan sepi.
“Kakak kau mana?,”sudahnya cuma itu soalan yang meniti di bibir Badrul. Soalan yang mengundang keluhan panjang di bibir Darius. Bukan jawapan itu yang dia inginkan.
“Entah. Kat belakang kot,”jawabnya acuh tidak acuh.
Badrul diam lagi. Meneguk perlahan air mineral yang Darius hidangkan untuknya.
“Kenapa sampai pindah?,”Darius terus merisik.
“Setakat ini, aku rasa itu saja caranya,”
“Cara apa?,”
“Aku perlu berada jauh dari Sabrina,”
Darius mengeluh panjang.
“Mama kau macam mana?,”
“Aku belum beritahu lagi,”
“Sah – sah dia tak setuju,”
“Itu kena pandai-pandai aku pujuklah,”
“Sabrina?,”
“Di sanalah. Macam aku cakap tadi, aku pindah sebab nak cuba jauhkan diri dari dia,”
“Maksud aku, dia dah tahu ke?,”
Badrul menggeleng.
“Tapi, aku yakin dia tak kisah,”
Darius menggeleng perlahan.
“Kau tinggalkan dia seorang diri kat rumah besar tu?,”
Badrul diam. Sekadar memandang wajah Darius yang jelas tidak bersetuju dengan rancangannya.
“Aku perlu belajar menerima ketiadaan dia,”
“Kau tak pernah terima dia, tiba-tiba nak belajar lupakan dia pula? Pelik betul kau ni Bad. Are you falling in love?,”
Badrul menjeling.
“Nonsense,”gumamnya perlahan.
“Bad…Bad… aku tak tahu macam mana lagi aku nak cakap dengan kau. Sekarang ni, kalau kau rasa kau betul-betul tak ada apa-apa perasaan pada Sabrina. Konon apa kau rasa ni, cuma fizikal attraction, let her go. Jangan buat dia macam tu. Dia berhak untuk mengecap hidup yang lebih baik. Lebih baik daripada menjadi isteri kau. Mungkin dia boleh jumpa lelaki yang jauh lebih layak untuk dia, berbanding kau,”
“I can’t,”
“Kenapa?,”
“Sebab…sebab… sebab aku tak nak lepaskan dia,”
“Selfish,”
“Bukan aku selfish. Aku cuba. Tapi, tiap kali dia cakap pasal cerai ni, aku tak boleh nak terima. Tak boleh nak dengar pun,”
“Hishhhh…. Sakit otaklah aku cakap dengan kau ni!,”Darius merungut sambil mengangkat punggung. Mundar-mandir di hadapan Badrul. Memang Badrul sakit!
“Bad… aku suggest kau pergi jumpa pakar psikitri. Kau ni ada masalah jiwa. Tahu tak? Jiwa kacau. Penyakit jiwa kacau…,”
Badrul menjeling.
“Jiwa saper kena kaco Paksu? Saper kaco? Hantu ke?,”

Badrul tergelak. Lucu mendengar suara anak saudara Darius yang menyampuk di dalam pelat.
“Jiwa uncle Bad. Hantu lawa kacau jiwa dia…,”
“Oooo… hantu lawa. Hantu lawa nak takut buat apa, uncle Bad? Lainlah kalau hantu macam Jangan Pandang Belakang tu. No worry lah. Everything will be okay…,”
Gelak Badrul makin kuat melihat gaya nasihat anak kecil itu. Sungguh matang. Saling tidak tumpah gaya ibunya memberi nasihat. Dan, selintas mendengar perkataan ‘jangan pandang belakang’ dari mulut kecil itu, membuat tawanya semakin kuat. Teringat gelagat Sabrina ketika menonton filem itu dahulu. Darius tersenyum.
“Betul-betul anak Kak Difa ni,”dalam tawa Badrul sempat mengkritik.
Darius tergelak mendengar komen Badrul.
“Anak Ka Difa tu, betullah. Tapi, kau ni, macam kena hysteria ni, kenapa? Lucu sangat ke apa Danish cakap tu?,”
Badrul terus tergelak. Membuat Darius semakin hairan.
“Are you okay?,”
“Aku okaylah. Cuma, bila Danish sebut jangan pandang belakang tu, aku teringatkan Sabrina,”
“Oh…. Teringatkan hantu lawa. Kenapa? Kenapa dengan hantu lawa tu?,”
“Dia tengok filem tu dalam mute mode. And siap tarik selimut tutup muka. Tutup badan,”
“Hah?! Penakut ke budak tu?,”
“Penakut sangat. Lepas tu, aku tinggalkan dia seorang kat bilik. Aku masuk pagi esoknya, kau tahu apa jadi?,”
“Apa?,”
“Dia terlelap dalam telekung sembahyang. Surah Yasin ke tepi bantal. Lampu bilik tak tertutup. Rupa-rupanya satu malam dia tak tidur. Baca Yasin,”
Pecah tawa Darius mendengar cerita dari bibir temannya itu.
“Kat mana?,”
“Pangkor. Semasa aku cari Dayana,”
“Kau pula? Kau ke mana, tinggalkan dia seorang dalam bilik?,”
“Aku? Aku pulak takut kat dia. Dah menjerit terkejut tengok hantu sampai mendarat atas riba aku. Mahu tak takut,”selamba Badrul bercerita membuat Darius pula yang histeria melayan gelak.
“Apa nak takut. Bukan orang lain. Isteri sendiri juga,”
Badrul mencebik sambil menyambung perhatiannya pada tingkah Danish. Memikat jiwa. Sudah lama dia suarakan niat untuk melengkap keluarga yang baru dibina bersama Dayana. Namun, topic anak, bukanlah topic kegemaran Dayana.
“Akak dengar tadi. Ada yang sebut nama akak. Mengumpat ya?,”
Badrul berpaling. Tersenyum memandang Mardifa yang melenggang membawa dua mug sederhana besar.
“Minum ya. Setakat hidang air mineral, buat apa?,”
Darius tersengih sambil mengesat air mata yang membasahi pipi. Tahu sindiran itu memang ditujukan padanya.
“Cerita pasal apa ni? Sebut-sebut nama akak? Dah tu, ketawa sampai berair mata ni?,”
“Alaa… citer uncle Bad kena kacau. Eh, bukan. Jiwa uncle Bad kena kacau ngan hantu lawa….tak apalah kan, mama? Hantu tu lawa. Kalau tak lawa, barulah boleh nak takut. Kan mama kan?,”
Mardifa tersenyum panjang.
“Hantu lawa? Lain macam bunyinya tu,”
“Tak adalah akak. Kepala si Dar ni, mana boleh pakai…,”
Mardifa memandang wajah Darius sambil mengangkat kening. Darius Cuma tersenyum panjang.
“Kamu lama ke kat sini?,”
“Kenapa?,”
“Kakak nak pergi cari barang kejap. Yanti balik awal hari ni. So, boleh jaga butik kejap?,”
“No problem,”
Mardifa tersenyum sambil mencapai beg tangan dan kunci kereta di atas meja.
“Danish. Come. Ikut mama. And, Bad… gangguan hantu lawa ni, bahaya. Kalau orang bujang tak apa. Tapi, kalau suami orang, kena cepat pergi berubat. Susah-susah sangat, hantar je hantu lawa tu kat si Dar ni. Mana tahu tersangkut,”
Badrul tergelak sumbang. Sempat Mardifa terseyum nakal sambil memimpin anaknya keluar dari butik. Darius tersengih panjang.
“Ambil kau…,”ujarnya lucu.
“Hantar kat kau? Terima kasih. Never!,”balas Badrul sambil mengangkat punggung. Membelek baju yang tergantung.
“Berbalik pada topic kita, kenapa kau tak terima saja Sabrina tu?,”
“Aku dah cakap sebabnya Dar. Sudahlah tu. Aku tahu apa yang aku buat,”
Darius menghela nafas panjang.
“Aku bimbang kau tak tahu sebenarnya,”
“Maksud kau?,”
Darius memandang Badrul yang leka membelek baju.
“Aku tak nak kau jadi macam aku,”
Badrul berhenti membelek baju yang bergantungan. Perlahan dia mengangkat muka. Mencari wajah Darius. Kata-kata Darius menarik perhatiannya.
“Maksud kau?,”
“Aku tak nak kau Cuma akan sedar bila kau dah kehilangan Sabrina. Sama macam aku..,”
“Maksud kau…Syuhada?,”
Darius diam. Diam yang membuat Badrul semakin berminat untuk terus bertanya.
“Kau masih ingatkan Syuhada ke?,”
Darius tersenyum kelat.
“Kalau aku tak ingat, takkan wujud Ida’s Boutiqe ni,”
Badrul diam seketika. Perlahan melangkah mendekati Darius.
“Lamanya kau tak sebut nama dia. Aku fikir kau dah lupa,”
“Aku tak sebut, bukan sebab aku lupa. Tapi, sebab rasa bersalah aku. Tiap kali aku sebut nama dia, tiap kali tu juga aku akan ingat balik betapa kejamnya aku pada dia…,”
“Patutlah berderet-deret calon, tapi tak seorang pun kau tersangkut,”
Darius tersenyum tawar.
“Aku tak nak kau jadi macam aku Bad,”
“Situasi kau dan aku tak sama, Dar,”
“Tapi, rasa kehilangan tu, pasti sama, Bad,”
“Tak sangka kau masih mengharapkan Syuhada,”
“Sebab aku belum jumpa sesiapa yang boleh menyaingi dia. Tak ada,”
Badrul tidak bersuara. Cuma seraut wajah tenang gadis berkulit hitam manis yang pernah hadir di dalam hidup temannya itu, tiba-tiba bermain di fikirannnya.
“Kau masih terus cari dia sampai sekarang?,”akhirnya dia bertanya perlahan.
Darius menggeleng.
“Aku tak tahu di mana nak aku mulakan. Aku tak mahu kau rasa apa yang aku rasa sekarang. Bersalah. Rindu. Terseksa. Hilang punca…,”
“Aku dengan Sabrina…,”
“And, you know something?,”sampuk Darius tiba-tiba.
“Apa?,”
“Bila aku jumpa Sabrina, buat aku makin teringatkan Syuhada,”
“Maksud kau?,”
“Ada jelmaan Syuhada dalam diri Sabrina,”
“Jelmaan? Mengarut bahasa kau hari ni, Dar,”
Darius tergelak.
“Sabrina and Syuhada sama-sama punya hati yang tulus. Itu yang susah aku nak jumpa pada gadis lain,”
“Maknanya sekarang, kau cuba nak cakap yang Sabrina berjaya ganti tempat Syuhada lah?,”
Darius tersenyum panjang. Dari riak wajah dan alunan suara, dia tahu Badrul tidak senang dengan pengakuannya itu.
“Kalau berjaya pun, dia isteri orang…,”
“Dar, kau jangan nak cari pasal…,”
“See. Kau melenting. Apa maknanya tu? Maknanya kau cemburu, Bad. Apa yang jadi antara kau dengan Sabrina bukan setakat fizikal attraction. Percayalah cakap aku. Kau dah mula ada rasa sayang pada dia,”
“Entahlah. Malas aku nak fikir. Sekarang, aku rasa aku dah buat keputusan paling tepat untuk aku, Dayana dan Sabrina,”
“Untuk Dayana, mungkin. Untuk kau, tak. Untuk Sabrina, jauh sekali,”
“What ever lah. Aku tak nak cakap pasal aku sekarang. Cerita Syuhada menarik semula minat aku ni. Dah lama sangat kau tak bercerita pasal dia. Tiba-tiba hari ni, kau sebut semula nama tu. Dah lebih enam tahun rasanya aku tak dengar kau sebut nama dia,”
“Besar salah aku pada dia, Bad. Besar dosa aku pada dia. Sampai aku tak ada keberanian pun untuk sebut nama dia. Aku yakin aku dah miliki yang terbaik. Tapi rupanya-rupanya aku buang yang lebih baik. Kalaulah aku tak bodoh…,”kata-kata Darius terhenti di situ.
Badrul diam seketika. Menunggu kalau-kalau Darius ingin menyambung luahannnya.
“So, kau masih menunggu dia. Kalau kau tak jumpa Syuhada, macam mana?,”dia bersuara apabila melihat Darius terus membisu.
“Hati-hati. Mungkin aku akan cuba dapatkan Sabrina kot,”jawab Darius bersama gelak kecil.
“Serius… Dar,”
“Serius? I don’t know. Mak aku dah bising. Kakak aku, tak payahlah aku cerita. Kau pun tahu. Semua asyik paksa aku kahwin. And, serius lagi? Bukan aku tak cuba. Aku cuba. Tapi, aku tak jumpa. Tak jumpa pengganti Syuhada. Hakikatnya, aku masih mengharapkan Syuhada muncul semula dalam hidup aku. Aku sumpah, aku tak akan lepaskan dia pergi, andai dia muncul sekali dalam hidup aku,”
Badrul diam. Menghayati tiap patah harapan temannya itu.
“Aku doakan Syuhada muncul semula,”
“Kenapa? Kau takut, kedudukan kau tergugat? Takut aku tackle Sabrina?,”
“Dari tadi tak habis-habis dengan Sabrina… kau memang sukakan dia. Kan?,”
“Kau sendiri pun. Dari benci boleh jadi gila bayang macam ni. Ini kan pula aku,”Darius bersuara dalam teka-teki.
“Stop it. Okay?,”
“Okay,”
Badrul menggeleng perlahan. Mula kurang selesa dengan bicara Darius. Sukar untuk dia menebak perasaan sebenar Darius kini.
“Jangan risaulah. Aku tak akan ganggu Sabrina. Aku dah ada butik impian Syuhada untuk aku terus hidup dengan dia. Dengan kenangan dia. Kalau tak sehingga aku jumpa dia semula pun, sekurang-kurangnya sehingga aku jumpa pengganti dia,”Darius bersuara lagi.
Badrul diam. Mula melayan perasaannya, sekaligus memberi ruang untuk Darius melayan perasaan sendiri.
***

Monday, March 2, 2009

Pergilah Air Mata 43

“Mama memang lagi suka kalau kamu berhenti kerja saja. Bukan Bad tak boleh nak tanggung kamu. Duduk saja di rumah. Jaga makan pakai suami kamu,”
Dayana bungkam. Tunduk menahan rasa. Mahu menjawab. Tetapi, dia sedar, dia bukan berdepan dengan ibu atau ayahnya. Di hadapannya kini, ibu mertuanya. Dia tidak boleh melawan sesuka hati. Namun, satu perkara yang nyata, dia sudah mula rimas berada di kerusi ini. Berhadapan dengan Datin Hamidah.
“Selalu sangat kamu balik lewat. Out station sana –sini. Mama tak sukalah semua tu,”
“Mama, saya kerjalah. Bukannya saya keluar jalan-jalan,”
“Sebab tu, mama suka kamu berhenti saja,”
“Mama… saya sayang kerja saya. Bad pun faham. Dia tak pernah merungut pun,”
Datin Hamidah merenung tajam wajah isteri kesayangan anak tunggalnya itu. Degil juga budaknya.
“Kamu nak tunggu suami kamu merungut dulu? Baru kamu nak bertindak? Ni… mama nak Tanya sikit,”
“Apa dia?,”
“Kamu sayang tak perkahwinan kamu ni?,”
Dayana tersenyum kelat. Tiba-tiba pula soalan ini yang melantun keluar. Betul-betul buat dia berasa kurang senang.
“Memanglah sayang mama. Kalau saya tak sayang, buat apa saya kahwin dengan Bad?,”
“Kalau sayang, mestilah sanggup berkorban,”
“My career? Maksud mama? No. tak mungkin,”
“Itu maknanya, sayang kamu belum cukup banyak lagi,”
Dayana tergelak sumbang. Menyirap sebenarnya dengan komentar itu. Mampu membuat darahnya mendidih. Tidak patut rasanya Datin Hamidah membuat kesimpulan semudah itu.
“Mama tak boleh cakap macam tu. Mana boleh compare rasa sayang dengan benda-benda macam tu?,”
“Kalau betul-betul sayang, kita sanggup berkorban,”
“Bagi saya, kalau dah sayang… sayanglah. Tak ada kena mengena langsung dengan nak berkorban sana. Berkorban sini,”
Datin Hamidah mula menarik muka. Kurang senang dengan mulut menantunya yang sudah seperti bertih jagung menjawab setiap kata-katanya.
“Nasib baik, Bad tu ada dua isteri…,”akhirnya dia bersuara selamba. Sengaja mahu mengumpan geram di hati perempuan itu.
Dayana terkedu. Kata-kata Datin Hamidah kedengaran tidak sedap langsung di telinganya. Apa yang cuba ibu mertuanya itu sampaikan?
“Maksud mama, apa ya?,”soalnya lambat-lambat. Ada sesuatu yang sedang berlaku di dalam rumah ini dan dia tidak tahukah? Jantungnya tiba-tiba berdegup lebih kencang.
“Yalah. Sekurang-kurangnya, bila kamu tak ada, Sabrina tu ada. Tak tahulah macam mana dia boleh kahwin dengan Badrul. Tapi, rasanya, dia lebih tahu tanggungjawab sebagai isteri. Kalau nak dibandingkan dengan kamu,”
Dayana mendengar dengan wajah kelat. Datin Hamidah sudah mula membuat perbandingan. Dan, dia tidak suka. Lebih dari itu, dia betul-betul resah memikirkan apa yang berlaku di antara Sabrina dengan Badrul.
“Apa yang Sabrina dah buat?,”kaku soalan yang meniti di bibirnya. Datin Hamidah tersenyum nipis. Tahu pun risau!
“Kamu kena ingat Yana. Kamu tu bermadu. Jangan sampai nanti, Badrul hilang kasih pada kamu pula. Mama pesan, sebab mama tak nak kamu menyesal nanti,”
“Maksud mama…Badrul dengan Sabrina… apa yang mereka dah buat?,”Dayana mula mengatur soalan. Hatinya tiba-tiba resah. Tidak mungkin Badrul mengkhianatinya. Tidak mungkin Sabrina memungkiri janji.
“Kamu fikirlah sendiri. Mama tak mahu masuk campur. Cuma mama nak kamu belajar jadi isteri Badrul yang baik,”
Dayana mengeluh panjang. Sekali lagi Datin Hamidah membawa topik peranan isteri.
“Tak ada benda tak baik pun yang saya buat pada Bad, mama. Saya Cuma sibuk dengan kerja saya. Itu pun bukan setiap masa saya sibuk, mama,”Dayana sedikit membidas. Tercabar dengan suara lantang ibu mertuanya memberi kritikan.
“Kamu ni, suka lawan cakap mama ya? Apa mama cakap tu, salahlah ya?,”
“Sorry, mama. Saya tak bermaksud nak kurang ajar. Tapi, it’s not fair… mama cakap saya macam tu. Bad pun tak cakap apa-apa,”
“Lagi-lagi itu yang kamu ulang. Suka hati kamulah. Mama dah nasihat. Mama dah tegur. Sekarang, semuanya terserah pada kamu,”
Dayana terkebil-kebil melihat Datin Hamidah mengangkat punggung.
“Aik. Mama nak ke mana?,”
Datin Hamidah menjeling.
“Tak kuasa mama nak naikkan darah tinggi mama sebab kamu,”
Dayana tersenyum.
“Sorrylah mama. Saya tak bermaksud nak melawan. Tapi, kan setiap orang ada pendirian masing-masing kan? Saya cuma berpegang pada pendirian saya saja,”
“Apa-apa sajalah, Dayana. Apalah nasib aku dapat menantu. Seorang macam ni. Yang seorang macam tu…,”
Dayana Cuma memandang kosong pada ibu mertuanya yang melangkah perlahan meninggalkannya di ruang membaca. Meninggalkannya termangu memikirkan tentang Sabrina dan Badrul. Laju dia berlari sebaik dia melihat kelibat Jamilah.
“Kak Milah!,”
“Kak Milah!,”suaranya sedikit meninggi apabila Jamilah seperti tidak mendengar panggilannya. Langkah Jamilah terhenti. Berpaling ke arahnya.
“Kak Milah, sini kejap,”
Jamilah akur.
“Ada apa Puan?,”
Dayana tersenyum kecil sebaik Jamilah sudah berdiri di hadapannya.
“Akak dari mana?,”
“Hantar kopi ke bilik Datok,”
“Hmmm… saya Tanya sikit, boleh?,”
“Apa dia?,”
Dayana diam sejenak. Menyusun kata.
“Kebelakangan ni, Encik Badrul dengan Sabrina… dia orang macam mana ya?,”
Jamilah melopong.
“Macam biasa saja,”lambat-lambat Jamilah menjawab dengan nada hairan. Memang hairan dengan soalan itu.
“Mereka mesra ke?,”
Jamilah menggeleng.
“Selalu berbual ke?,”
Jamilah menggeleng lagi.
“Betul ni? Atau… Kak Milah sembunyikan sesuatu dari saya?,”
“Betullah Puan. Saya nak sembunyi apa pula,”
“Mereka selalu keluar ke, semasa saya tak ada?,”
“Taklah selalu,”
Dayana menahan nafas. Tidak selalu! Bermakna Badrul dan Sabrina sering keluar bersama!
“Maksud Kak Milah. Ada ya?,”
Jamilah tersenyum kelat. Terlepas cakap.
“Ada ya, Kak Milah?,”
“Sekali je saya Nampak Puan. Tu pun, sekejap saja,”
“Bila?,”
“Dua hari lepas,”
“Pukul berapa?.”
“Dalam pukul 4 petang,”
“Pukul berapa mereka balik?
“Lepas maghrib, Puan,”
“Mereka ke mana?,”
Jamilah mula menggeleng lagi.
“Takkan mereka tak ada cakap dengan awak?,”
“Saya ni siapalah Puan. Takkan mereka nak cakap dengan saya. Tapi, masa Encik Badrul balik jemput Puan Sabrina tu, muka dia macam marah je,”
“Marah?,”
Jamilah mengangguk. Dayana diam. Mendengar penjelasan Jamilah, dia sedikit lega. Badrul pergi di dalam keadaan marah. Itu cukup untuk menjelaskan keadaan antara Badrul dan Sabrina tidak lagi membuat kedudukannya goyah.
“Kenapa Puan Tanya?,”
Dayana sedikit tersentak. Segera dia menggeleng.
“Tak ada apa-apa. Saja Tanya. Anyway, terima kasih ya. Kak Milah boleh pergi,”
Jamilah mengangguk perlahan sambil berlalu. Meninggalkan Dayana berdiri sambil menduga sendiri tujuan Badrul membawa Sabrina keluar.

****

“Bad… apa yang awak buat, bukan salah awak. Memang betul awak suami saya. Tapi, kenapa awak jadi suami saya? Bagaimana awak jadi suami saya? Itu semua perlu juga diambil kira. Saya faham perasaan awak. Saya tak pernah salahkan awak. Saya tak kisah semua tu. Awak jangan bimbanglah. Jangan fikir benda ni, sampai menjejaskan hidup awak. Saya ingat awak ada masalah besar tadi,”
Selintas kata-kata yang meniti di bibir Sabrina dua hari lalu, menjentik nalurinya. Tenangnya Sabrina mengalun kata. Ketenangan yang membuang segala sikap tenangnya sendiri. Saat itu, dia berasa terlalu lemah untuk berdepan dengan Sabrina. Buat pertama kalinya, Sabrina mampu menguasai keseluruhan perbualan. Sabrina benar-benar membuat dia kehilangan kata-kata.
“Saya faham kalau marah awak pada saya belum hilang lagi. Terserahlah pada awak. Saya cuma beri cadangan. Setakat ini, itulah cadangan yang paling baik yang boleh saya fikir. Ambillah selama mana masa pun. Saya tak kisah. Saya akan tunggu. Saya tak akan ungkit perkara ni banyak kali depan awak. Sebab, topic cerai ni, bukan elok selalu diulang-ulang. Bila dah sampai masa, awak cakap sajalah. Saya akan pergi,”
Dan, kata-kata itu ternyata membuat dia bertambah berat untuk merungkai ikatan yang ada. Namun, untuk dia teruskan perkahwinan ini selamanya, pasti keadaaan itu tidak akan adil pada Sabrina. Sudahnya dia Cuma mengeluh perlahan. Serba- salah dengan perasaannya ini. Dia tidak akan menerima Sabrina hanya disebabkan daya tarikan yang ada antara mereka kini. Dia yakin itu bukan cinta. Cintanya Cuma pada Dayana. Tetapi, dia tidak sanggup melepaskan Sabrina pergi. Dia mahu Sabrina terus berada di hadapannya. Dia senang menikmati seraut wajah itu. dan, dia ingin terus menikmatinya.
Satu rangkulan mesra dari belakang, membuat dia tersenyum. Perlahan dia mendongak. Dayana tersenyum sambil melentokkan wajah ke bahunya.
“Panjang keluhan tu. Apa yang sedang you fikirkan?,”
Badrul tersenyum. Menyentuh jemari Dayana di dadanya sambil menarik perlahan gadis itu ke ribaannya.
“Nothing,”jawabnya sepatah. Dayana tersenyum manis. Merenung wajah yang beraja di hatinya itu.
“You ingat tak? You pernah janji dengan I, you tak akan rahsiakan apa-apa dari I?,”
Badrul termangu seketika. Janji? Dia sendiri sudah lupa janji tentang apa.
“Janji apa?,”
“You lupa. Patutlah you langgar janji tu,”Dayana bersuara sambil mengusap lembut pipi Badrul.
“Sorry sayang. I tak pasti, janji tentang apa. Kenapa? Janji apa yang I dah langgar ni?,”
“You janji you tak akan rahsiakan apa-apa tentang apa yang terjadi antara you and Sabrina,”
“Yeah. And, itulah yang I buat kan?,”
“No, sayang. You keluar dengan dia. And, you tak cakap dengan I pun. You lupa? Or, you memang saja tak nak cakap?,”
Badrul terkedu. Di luar dugaan apabila Dayana boleh tahu tentang itu.
“Oh… itu…,”
“Let me guess.. you nak cakap, itu bukan perkara penting, and rasa tak perlu untuk inform I? Betul kan?,”
Badrul tersenyum.
“Betul sayang,”
“So, you salah. I nak tahu. Or else, nanti I fikir bukan-bukan, macam mana?,”
“Sorry. Salah I,”
Dayana tersenyum.
“So, kenapa you keluar dengan Sabrina?,”
Badrul menarik nafas panjang. Merenung wajah Dayana yang sedia menanti jawapan.
“Ada sesuatu yang I bincang dengan dia,”
“Apa tu? Sampai tak boleh bincang kat rumah saja?,”
“I tak nak ada telinga yang mendengar,”
Dayana tersenyum.
“Tak nak ada telinga yang mendengar? You mean, abah? Or, mama?,”
Badrul menjungkit bahu.
“You bincang pasal your divorce ya? I hope so. Sebab dah lama sangat. And you pun macam dah lupa je pasal tu,”
Badrul tersenyum. Tidak menjawab soalan itu.
“So, you dari mana ni?,”dia menyusun soalan. Mahu lari dari soalan Dayana. Dan, ternyata soalannya itu tiba-tiba menghapus senyum manis yang menghias bibir Dayana.
“Aik. Tiba-tiba tarik muncung? Salah soalan ke?,”
Dayana menjeling manja. Soalan Badrul bersama senyum lucu mengendurkan rasa geramnya.
“Mama you lah,”
“Kenapa dengan mama?,”
“You ada mengadu kat mama ya?,”
“Mengadu apa pula? I tak fahamlah. Apa mama cakap dengan you?,”
“Mama suruh I resign. Duduk rumah jaga you,”
“Baguslah tu. I setuju. Bagus cadangan mama tu,”
“You!,”
Badrul tergelak sambil menggeliat menahan sakit apabila satu cubitan hinggap di lengannya.
“Sakit sayang,”
“Padan muka. I serius. You main-main pula,”
Badrul menggosok lengannya. Memang sakit.
“Mana ada I main-main. Kalau you setuju, memang I suka,”
Dayana menarik muncung.
“I tak sukalah. You tahu kan? Kerja I segala-galanya pada I,”
“I?,”
Dayana mengeluh panjang. Merenung wajah Badrul yang sedikit serius.
“You pun. Tapi, pleaselah. Janganlah compare kerja dengan you pula. I love you. I cintakan you. Tapi, tak bermakna I kena berhenti kerja kan?,”
“You kerjalah. Kalau you rasa nak kerja. I tak halang pun,”
“Tapi, mama? I tak suka dia masuk campur hal kita sampai macam ni. I’m sorry sayang. Bukan maksud I… nak biadab. Tapi, inikan hal kita. Hal antara you dengan I. Kenapa perlu ada orang lain yang masuk campur? I tak suka macam ni,”
“Mama Cuma nak yang terbaik untuk I, sayang,”
“Dah tu, selama ni, apa yang I buat untuk you, bukan yang terbaik ke?,”
“Tak cukup baik kat mata dialah tu,”Badrul cuba berlucu.
“You! I cubit lagi kang,”
“Ok…Ok…I serius. Biarlah. Mama memang macam tu. You dengar, dahlah,”
“Memanglah I boleh dengar, yang. Tapi, kalau dah start comparing me dengan Sabrina. I tak suka langsung! Okay,”
“Mama? Compare you dengan Sabrina?,”
“Yes,”
“Dia compare apa?,”
“Malas I nak ingat. Malas I nak cakap,”
Badrul tersenyum melihat wajah cemburu Dayana.
“Dah tu, pandai-pandailah layan I. Tak adalah mama compare lagi,”
“Bad. I’m serious lah. I ajak you pindah, you tak nak. I tak nak nanti hubungan I dengan mama jadi semacam. I tak suka mama buat macam ni. Lama-lama nanti, kalau I lawan, mesti mama tak suka,”
Badrul diam seketika. Pindah? Kepalanya ligat berfikir. Barangkali, cadangan itu boleh diterima. Pindah dan keluar dari rumah ini. Mungkin jarak bakal menghilangkan gelora yang melanda perasaannya saat ini. Mungkin ini cara terbaik untuk dia menepis perasaan pelik yang mula bertenggek. Dia perlu berada jauh dari Sabrina.
“Betul you nak pindah?,”
“Of courselah. You saja yang tak pernah mahu,”
“Okay,”
“Okay apa?,”
“Okay. Kita pindah,”
Dayana tergamam. Cuma mampu menatap wajah Badrul tanpa berkelip. Susahnya untuk dia memujuk lelaki ini selama ini. Dan, malam ini? Hanya mendengar rungutannya, Badrul terus bersetuju.
“You main-main,”tebaknya sedikit risau.
“No, sayang. I’m serius,”
Dayana terjerit kecil.
“Betul ni?,”
“Betul. Kita pindah,”
“Thanks sayang. I love you. I love you so much!,”Dayana menjerit girang. Mengeratkan pelukan di leher Badrul.
“Takkan tu aje?,”usik Badrul tersenyum.
“Thanks,”ujar Dayana sambil melayangkan ciuman ke pipi Badrul.
“Tak nak kat situ,”
Satu lagi ciuman diyangkan ke dahi suaminya.
“Tak nak,”
Dayana tersenyum kecil. Ciuman seterusnya hinggap di hidung Badrul.
“Nak kat tempat lain,”Badrul bersuara bersama senyum nakal. Dayana tersengih sambil matanya di alihkan ke meja kerja.
“I ada kerja sikitlah,”
Badrul mengeluh lemah.
“Sorry sayang. Kejap je. Give me two hours,”
Badrul menggeleng perlahan. Meleraikan pelukan di pinggang Dayana.
“Merajuk ke?,”
“Ha ah,”
Dayana tersengih. Bangkit dari ribaan Badrul.
“Dua jam saja sayang. Promise,”
“Dah tahu sangat dua jam you tu…,”
“Malam ni, memang betul-betul dua jam,”
Badrul tersenyum kecil. Perlahan mengangkat punggung. Pujukan Dayana bersama lirikan manja itu, sedikit menghapus kecewanya.
“Jangan marah ya,”
“I tak marah. Geram je,”
Dayana tersengih lagi sambil mengangkat tangan. Menunjukkan isyarat dua.
“Dua jam…,”bisiknya mesra membuat Badrul tergelak kecil.
“Ok. I tunggu. Dua jam,”
Dayana tersenyum.
“I turun kejap. Tak nak ganggu dua jam you,”ujar Badrul seraya mengucup dahi Dayana. Dayana tersenyum senang sambil mengangguk.

****


[11:35:50 PM] hos.getah: