Thursday, January 21, 2010

Duhai hati...7

Sapaan teman sekelas dibalas dengan senyum lebar sambil matanya masih lagi mengerling pada wajah Haikal yang mencuka. Dari kelas bermula Haikal tidak bersuara. Dan, sehingga kini, setelah kelas terakhirnya berakhir, Haikal tetap membisu.
“Masamnya muka,”tegurnya sambil tersengih panjang. Dia tahu Haikal masih marah padanya. Merajuk barangkali.
Haikal diam. Terus sibuk dengan susunan notanya.
“Jomlah. Belanja aku makan,”Balqis bersuara lagi.
Haikal diam lagi. Balqis menggaru kepala.
“Kita pergi jalan-jalan, nak?,”
Diam.
“Kau nak beli T-shirt hari tu kan? Aku belikan. Nak?,”
Haikal tetap tidak memberi sebarang reaksi. Balqis mengeluh panjang. Susahnya lelaki kalau merajuk.
“Macam mana semalam?,”akhirnya soalan itu meniti di bibirnya.
Haikal mengangkat muka. Dia tersengih. Akhirnya ada juga soalan yang mampu menjentik perasaan lelaki itu.
“Hey! Kau ke mana semalam?,”
Belum sempat mendapat jawapan daripada Haikal, satu suara menyapa dari belakang. Membuat sengihnya makin melebar. Dia kenal suara itu. Sah! Dia pasti kena marah teruk hari ini. Perlahan dia menoleh. Natrah sudah bercekak pinggang di belakangnya.
“Aku? Aku…,”
“Date dengan Encik Zaq…kan…kan..kan..,”
Satu lagi suara menyampuk menarik perhatiannya. Saleha tersengih.
“Aku nampak. Kau makan KFC dengan dia kan? kan…kan…kan…,”
Balqis mencemik. Saleha mengangkat kening sambil bergerak menyertai dia, Natrah dan Haikal.
“Apa? Makan KFC? Kau makan KFC dengan lecturer hensem tu, then kau tinggalkan aku tercongok macam Tugu Negara kat depan food court tu?,”nyaring suara Natrah luahkan perasaan. Balqis terdiam. Menoleh pula ke arah Haikal yang tunjuk muka tidak bersalah sambil mencapai beg sandang.
“Eyqal! Kau tak pergi ke?,”
Haikal mengangkat punggung. Mencapai file.
“Eyqal!,”jeritnya apabila Haikal berlalu dengan selamba. Malas melayan kerenah Balqis. Namun, mendengar jeritan itu dia berpaling.
“Aku kenal kau ke?,”soalnya sambil menyambung langkah.
“Eykal! Jaga kau. Nanti kau!,”
“Bye…..,”ugutan itu dibalas dengan lambaian tanpa menoleh. Balqis merengus geram. Perlahan mencari wajah Natrah yang mencuka.
“Aku dah suruh dia pergi. Aku tak ada tapi Haikal ada,”
Natrah mencemik sambil berpeluk tubuh.
“Dua-dua tak ada. Kejang kaki aku menunggu. Penat pinggang aku ni,”
“Ya ke?,”
“Yalah, makcik,”balas Natrah garang. Balqis tersengih.
“Sorry. Tapi, kau tak boleh marah aku. Kau marahlah mamat tu. Dia yang tak datang. Aku dah suruh dia pergi juga,”
“Mana boleh aku marah Haikal…,”
“Kenapa pula?,”
“Aku kelu,”balas Natrah selamba. Balqis tergelak.
“Banyaklah kau punya kelu. Kot ya pun kau ada perasaan dengan Haikal tu, jangan tunjuk sangat kat Balqis. Nanti jeleous Balqis,”sampuk Saleha sambil menepuk bahu Natrah.
“Apa kes aku nak jeleous?,”
“Haa… kau dengar tu. Haikal memang tak ada apa-apa dengan Balqis. Faham?,”
Saleha mencemik. Balqis tersengih. Mahu menyampuk, namun telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat.
“Jap..jap..aku nak jawab call,”
Natrah senyum sambil jongket bahu. Balqis menjauh sambil melihat nama yang tertera di screen telefon bimbit. Keningnya sedikit berkerut. Laju panggilan diterima.
“Hello,”
“Qis! Akak tengah geram ni!,”
“Waalaikumussalam,”Balqis bersuara separuh menyindir. Satu gelak halus menjawab sindirannya.
“Assalamualaikum…,”
Balqis tersenyum.
“Macam tulah. Ni, macam perompak,”
“Jawablah!,”
“Waalaikumussalam,”balas Balqis tersengih.
“Akak tengah tension ni. Geram. Kau dengar akak lepas geram ya,”
“Hmm….tu kan memang kerja saya. Cepat. Saya lapar ni. Nak kejar Haikal. Suruh dia belanja. Baik akak cepatkan sikit sesi lepas geram akak ni,”
“Akak geram betul dengan seorang mamat tu,”
“Jap..jap…,”telefon di tangan dijauhkan dari telinga. Dia berpaling ke arah Natrah dan Saleha.
“Aku pergi dulu ya. Aku nak makanlah,”tanpa menunggu reaksi dua temannya itu, dia bergerak laju. Mahu mendapatkan Haikal. Juga telefon di tangan disuakan semula ke telinga.
“Okay. Sambung,”
“Okay. Akak geram giler kat seorang mamat tu,”
“Kenapa? Dia ngorat akak ke? Eloklah tu. Dah malas nak sambung belajar, baik akak kahwin aje,”riuh suara Balqis kenakan teman satu sekolahnya yang tiga tahun lebih tua darinya itu.
“Nak ngorat akak, akak boleh belasah aje. Ini, dia punya eksyen semacam. Perasan bagus betul,”
“Apa cerita ni? Akak kat mana ni? Bising aje saya dengar,”
“Akak kat sekolah. Eh bukan. Sekolah buat event ni. Kat tempat rekreasi,”
“Sejak bila akak ada hubungan baik dengan sekolah ni? Masa belajar malas pergi sekolah. Dah habis belajar, gatal pulak akak nak sertai program sekolah ya?,”
“Bukan akaklah. Akak tolong budak ni. Kesian. Dia orang ni nak sangat-sangat join aktiviti ni. Akak menyamar jadi makcik budak-budak ni,”
“Akak ni. Berani betul. Kalau kantoi macam mana? Marah mak bapak budak-budak tu nanti,”
“Dah kantoi pun. Ini yang akak geram ni,”
Balqis berhenti melangkah. Mahu memberi tumpuan pada cerita Zalia.
“Kantoi? Dah tu? Apa jadi? Kenapa akak pula yang geram? Parent budak tu tak marah? Tak geram? Macam mana boleh kantoi?,”
“Qis! Tanya satu-satulah,”
Balqis tersengih.
“Ok. Macam mana boleh kantoi, kak?,”soalnya lambat-lambat.
“Anak dia lemas masa mandi,”
“Akak! Serius tu,”
“Hmmm.. tahu. Tapi, akak geram. Tahulah itu semua salah akak. Nak marah pun, marahlah. Ini tidak. Sepatah ucap terima kasih pun tak ada sebab akak selamatkan anak dia. Melulu aje marah orang,”
“Memang salah akak kan? Memang patut kena marah pun. Kalau apa-apa jadi kat budak tu, macam mana? Saja cari masalahlah akak ni,”
“Tahu… tapi, at least cakaplah terima kasih,”
Balqis tergelak.
“Dah tu, apa bapak budak tu buat kat akak?,”
“Warning. Jangan jumpa anak dia lagi,”
“Mak budak tu macam - mana?,”
“Tak ada mak. Anak yatim. Kesian. Ada ayah sibuk dengan kerja. Anak-anak terbiar macam tu aje,”
“Oooo… kiranya akak ni bakal mak tiri lah ya? Bagus tu kak. Banyak pahala akak dapat nanti,”
“Kau ni! Malas akak nak cakap. Ok! Sessi dah selesai! Assalamualaikum,”
Balqis tergelak sebaik talian terputus tiba-tiba. Marahlah tu. Dia tersenyum lagi. Melihat kelibat Haikal yang sedang berbual dengan teman-teman, langkahnya dihayun laju. Tercegat di hadapan Haikal bersama senyum manis.
“Jom,”
Haikal membuang pandang.
“Ke mana?,”balas lelaki itu tanpa memandang wajahnya.
“Belanja aku makan. Laparlah,”
Haikal berpaling. Memandang wajah selamba Balqis.
“Hati plastiklah kau ni Qis. Kau tak tahu ke aku merajuk ni?,”
Balqis tergelak besar. Akhirnya Haikal terpaksa juga mengalah padanya.
“Merajuk kee….,”soalnya meleret-leret.
Haikal menjeling sambil melangkah. Balqis tersenyum panjang. Tahu, rajuk Haikal sudah hilang.
“Kau tahu, Eykal?,”
“Tak tahu,”
“Kak Zalia,”
Langkah Haikal terhenti tiba-tiba. Segera berpaling memandang wajah Balqis.
“Kenapa dengan dia?,”
“Mak aii… cemasnya muka,”
Haikal membuang pandang. Sedikit geram dengan sikap tidak serius Balqis.
“Kenapa dengan dia?,”
“Dia call aku tadi,”
“Apa dia nak?,”
“Lepas geram,”
“Kenapa? Dia ada masalah ke?,”
Balqis tersenyum.
“Caring nampak. Lupakan aje ya. Along tak akan setuju kalau kak Zalia tu jadi menantu dia. Kan Kak Zalia tu lagi tua dari kita,”
“Qis! Aku Tanya ni. Jawablah!,”
“Ada ke patut…dia menyamar jadi makcik anak orang. Anak orang tu pula hampir-hampir lemas masa dengan dia. Teruklah dia kena marah dengan bapak budak tu,”
“Dia macam- mana? Ok ke?,”
“Ok… Cuma marah,”
Haikal menghela nafas lega. Balqis tersenyum.
“Kau memang suka kat Kak Zalia tu ya?,”
“Jangan nak mengarut. Bab reka gossip kau ni memang juara,”
“Hmm…. Jap aku tengok dalam mata kau….,”
Haikal merengus. Melarikan wajah apabila Balqis tajam merenungnya.
“Kau memang dah jatuh cinta kat Kak Zalia…,”
“Kau ni kan… aku ketuk dengan buku makin pendek jadinya kan!,”
Balqis tergelak besar. Mengerling pada wajah Haikal yang sudah mencuka semula. Kadang-kadang sedikit pelik dengan Haikal. Dalam deretan perempuan yang mahu menghampiri, fokusnya cuma pada Zalia. Dia sedar itu, walaupun Haikal cuba sembunyikan perasaan itu darinya.
“Aku rasa Kak Zalia tu, brutal sangatlah untuk kau. Kau kena cari calon lainlah,”
“Kau makan sorang-sorang ya. Aku tak nak belanja,”
Balqis tercegat. Laju Haikal melangkah meninggalkannya.
“Tunggulah Eykal,”
Langkah lelaki itu terus melaju. Dia cuma mengeluh sambil mengangkat bahu.
“Macam ni punya lelaki pun ada. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk…,”bebelnya sendiri sambil mengatur langkah ke cafeteria. Lapar!

****
[11:35:50 PM] hos.getah: