Thursday, November 1, 2012




SALAM SEMUA...

Rasanya dah lama juga tiada sebarang entry terbaru di blog, kan?
Hari ni, saya mahukan sedikit feedback daripada rakan2 pembaca ya. Saya mahu tahu mungkin masih ada atau tidak yang follow blog ini, berikutan blog ini cukup sepi tiap kali entry dibuat.  Kalau tiada, saya rasa saya akan membuat keputusan untuk tidak lagi post apa2 entry di blog ini, sebaliknya saya akan kongsikan cuma di group di Facebook. Bukan apa, saya agak tertanya2, adakah apa yang saya paparkan menjadi tatapan untuk kumpulan yang sewajarnya atau mungkin hanya menjadi paparan kepada tangan-tangan yang mungkin tidak bertanggungjawab. 

Jadi, saya rasakan andai tiada khalayak yang mengikuti laman blog ini, saya tidak mahu meletakkan risiko ke atas hasil tulisan saya. Tetapi, andai masih ada yang mahu dan memang mengikuti setiap entry di sini, selalu berikan maklum balas kepada saya di ruangan komen ya. Sebarang keputusan akan saya buat berdasarkan komen yang saya dapat daripada anda2 khalayak pembaca.

Salam Manis

Hanni Ramsul
:)




[11:35:50 PM] hos.getah: