Friday, July 31, 2009

Mimpi Yang Mati 5

“Hoi!!,”
Dia berpaling. Terkejut sebenarnya. Baldi di tangan, diletakkan perlahan sambil kepalanya menjenguk ke luar pagar. Mencari suara yang baru menyentap gegendang telinganya.
“Buta ke?!,”
Dia terkebil-kebil melihat seorang gadis berdiri sambil bercekak pinggang. Tiba-tiba muncul di balik rimbunan pokok bunga raya. Mahu dikawal senyumnya, namun, melihat gadis itu, rasa lucu tetap menjentik rasa.
“Gelak! Gelaklah! Dah buat orang macam ni, gelak pulak,”
“Sorry…sorry… saya betul-betul tak sengaja. Ingat tak ada orang,”
“Ada orang ke…tak ada orang ke... memang kurang ajarlah awak ni kan? Simbah air ke laman orang buat apa? Rumah awak dah tak ada longkang?,”
Dia tersenyum. Terus terpahat pada tubuh kecil yang sudah lencun di hadapannya itu.
“Saya betul-betul minta maaf. Salah saya,”
“Banyak awak punya salah! Awak punya pasal, habis lencun saya. Ni… tengok ni! Bunga ni saya baru beli semalam tau! Habis bersepai kena air awak tu! Siapa nak jawab ni?,”
“Tak Nampak. Tapi, saya akan ganti! Promise,”
“Ini bukan soal ganti! Ini soal tak puas hati!,”
“Sorry, okay,”
Gadis di hadapannya itu menarik muncung. Marah betul. Tiba-tiba gadis itu hilang sekali lagi di balik rimbun bunga raya. Dia menjenguk. Mahu terus mencari wajah itu.
“Tengok ni!,”
Dia tersentak. Terundur ke belakang sambil mengurut dada. Gadis itu tercegat tiba-tiba bersama beg polistrena di tangan.
“Awak ni. Terkejut saya,”
“Nampak?! Lunyai bunga mawar saya!,”
“Saya ganti, okay?,”
“Tak payah!,”bersama jawapan itu, beg polistrena di campak ke tanah. Terkebil-kebil dia memandang. Nampaknya gadis ini sudah separuh mengamuk.
“Saya betul-betul minta maaf. Saya Ameer. Ameer Ferhad,”
“Ameer ke.. Ferhad ke… Ameer Ferhad ke… ada saya kisah?,”
Dia terpaku seketika. Salam perkenalannya ditolak mentah-mentah. Pertama kali di dalam hidupnya, salam perkenalan ditolak hanya kerana insiden sekecil itu.
“Sombongnya…,”
“Saya sombong, awak rugi apa-apa ke?,”balas gadis itu sambil menyapu wajahnya yang basah dek air simbahannya.
“Anyway? Air apa ni hah?,”
Soalan itu cuma mampu buat dia tersengih.
“Saya basuh kereta…,”
“Hah?! Air basuh kereta ke?!,”
“Saya dah minta maaf kan?,”balasnya sambil tersenyum panjang. Membuat wajah gadis di hadapannya semakin kelat.
“Apa senyum-senyum?,”
“Baik awak tukar pakaian dulu. Lepas tu sambung marah saya,”
“Kenapa pulak?,”
Dia tersenyum sambil matanya jatuh ke dada gadis itu yang putih melepak. Kemeja lencunnya yang tidak berbutang di bahagian dada hampir menampakkan sesuatu yang cukup menarik perhatiannya. Dia perasan wajah gadis di hadapan sudah merah menyala sambil cepat-cepat menutup dada.
“Kurang ajar! Gatal! Benci!,”
Kuat gadis itu menjerit sambil berlalu pergi. Hampir melanggar seorang gadis yang baru mahu menyertai mereka barangkali. Sapaan teman serumahnya barangkali, langsung tidak dihiraukan gadis itu. Dia tersenyum kecil.
“Kenapa ni?,”
“Accident. Ameer Ferhad. Awak?,”
“Tikah. Kawan Adira ya?,”
Dia tersenyum sambil mengangguk.
“Tak pernah nampak awak sebelum ni,”
“Kawan awak tu, nama apa? Garang betul,”
Gadis di hadapannya tergelak.
“Kalau dia garang sangat tu, awak patut bangga. Sebab dia cuma garang dengan orang hemsem,”
“Macam tu ke? Apa nama dia?,”
“Laila. Laila Maya…,”
“Laila Maya…,”dia berbisik perlahan. Tersenyum melayan kenangan yang sudah bertahun berlalu. Menjalin hubungan dengan Adira, membuat dia mengenali seorang gadis bernama Laila Maya.
Dan, bisikan perlahan Ameer membuat Laila berpaling. Hairan mendengar bisikan namanya meniti di bibir Ameer.
“Abang panggil Maya ke?,”
Ameer tersentak. Membalas renungan Laila.
“Tak. Kenapa?,”
“Abang sebut nama Laila,”
“Thinking of you, sayang…,”
Laila tergelak kecil. Fikirkan tentang dia?
“Macam-macamlah abang. Depan mata pun, nak terfikir-fikir?,”
“Teringat first time abang jumpa Maya,”
Laila tersenyum lagi. Tiba-tiba suaminya menjadi sentimental. Dia berpaling. Menghadap cermin. Menyambung semula solekannya. Sesekali memandang renungan Ameer padanya melalui cermin. Lelaki itu masih santai bersandar di katil.
“Abang tak bersiap? Dah pukul berapa ni?,”
Ameer mengeluh perlahan. Bergerak mendekati tubuh Laila yang harum. Menikmati keindahan yang terpamer di hadapannya. Menyentuh jemari Laila membuat sapuan bedak Laila terhenti. Perlahan spounge di tangan Laila diambil.
“Kenapa perlu secantik ni hanya untuk keluar?,”
Laila kerutkan kening.
“Kecantikan sebegini cuma untuk abang. Bukan untuk dikongsi dengan puluhan mata di luar sana,”
“Abang…?,”
Ameer tersenyum. Melihat Laila saat ini, membuat hatinya gusar. Risau pada panahan mata lelaki di luar sana. Lebih risau, kalau-kalau Laila terus jauh darinya andai ada panahan lain yang mampu memenangi hati wanitanya. Dia cukup sedar, dia tidak pernah menjadi pilihan hati Laila.
“Salah ke kalau Maya macam ni bila nak keluar? Takkan nak keluar jumpa kawan-kawan abang , pakai selekeh aje. Nanti, abang juga yang malu kan?,”
“Abang tak kisah. Asalkan tak ada siapa yang akan pandang isteri abang. Abang kenal kawan-kawan abang macam mana orangnya. Semuanya…,”
“Macam abang?,”sampuk Laila sambil mencapai sponge di tangan Ameer. Simpan bersama bedak compact nya.
Ameer diam. Sedikit geram mendengar soalan sinis dari Laila. Namun, soalan itu adalah satu kenyataan.
“Sorry. Maya tak berniat nak menyindir,”
Mendengar kata-kata itu, geramnya sedikit menjauh.
“Tak apa,”
Laila diam sambil mengemas meja solek.
“Cepatlah bersiap, bang,”dia bersuara lagi, apabila melihat Ameer masih tidak bergerak.
“We are not going…,”Ameer membuat keputusan sambil bergerak ke sofa. Melabuhkan pungung di situ.
“What?,”Laila bersuara dengan nada sedikit geram. Segera mengangkat punggung.
“Abang cakap ada dinner. And, Laila dah bersiap macam ni, abang cakap tak jadi pergi?,”
“Apa salahnya bersiap macam ni selalu? Untuk abang…,”
Laila berpeluk tubuh. Perlahan menghela nafas. Rasa geram menyerbu tiba-tiba. Terasa dipermainkan. Hatinya sedikit berbunga ceria apabila Ameer mengajaknya keluar. Sekurang-kurangnya dia boleh menghirup udara yang sedikir berbeza daripada haruman yang memenuhi banglo besar ini. Tapi, kini, lain pula yang meniti di bibir Ameer.
“Kenapa tak jadi pula?,”
“Abang nak bersama Maya saja. Abang nak menikmati kecantikan Maya sendirian. Tak mahu ada mata lain yang menjeling pada Maya,”
“Abang ni. Ke situ pula perginya. Jamuan kawan abang tu, macam mana?,”
Ameer tersenyum. Pantas mencapai telefon bimbit di meja kecil. Laila memerhati dalam diam tingkah Ameer.
“Hello Datuk. Sorry. Saya mungkin tak dapat datang. My wife. Dia kurang sihat sikit. Sorry sekali lagi, Datuk,”
Laila jegilkan mata. Ameer tersenyum.
“Done,”ujarnya sepatah bersama senyum yang cukup lebar. Laila menggetap bibir. Kurang senang dengan tindakan Ameer. Terangan-terangan lelaki itu berbohong. Membuat hatinya keras berbisik, semudah ini jugakah lelaki itu melafaz kata-kata bohong untuknya? Memberi seribu alasan tiap kali, dia perlu sendirian di rumah ini?
“First…abang bohong lagi. Second, you used my name. Bohong Maya tak sihat. Memang abang teringin nak tengok Maya sakit, ya? Kenapa tak cakap saja, sorry saya tak dapat dapat datang. My wife meninggal!,”
“Maya!,”
Laila tersentak. Tidak sangka suara Ameer melantun sekuat itu.
“Jangan sesekali sebut pasal mati!,”
Laila kaku berdiri. Terkejut dengan perubahan Ameer yang tiba-tiba. Tidak sangka dia akan ditengking begitu. Tanpa berkata apa-apa, dia berpaling. Mahu melangkah keluar dari bilik. Mungkin dia yang salah, namun, tengkingannya itu membuat hatinya menjadi hiba.
Menyedari keterlanjurannya, Ameer segera bangkit.
“Maya… I’m sorry. Abang tak ada niat nak menengking,”pantas dia menarik tangan Laila. Laila mengangkat muka. Wajah Ameer jelas penuh dengan kekesalan. Dia akur apabila Ameer menariknya lebih hampir. Kaku apabila tubuhnya dirangkul kemas.
“Abang tak mahu Maya mati. Abang tak suka langsung Maya cakap pasal mati. Maya akan terus hidup dengan abang. Akan terus bersama-sama abang sampai ke akhir hayat abang. Maya tak akan pergi dulu. Tak akan…,”
“Abang…,”Laila bersuara perlahan. Emosi Ameer terasa sekuat rangkulan lelaki itu pada tubuhnya.
“Jangan cakap macam tu lagi dengan abang ya…Abang tak suka,”
Laila tunduk seketika. Kemudian mendongak, mencari wajah Ameer. Menyentuh wajah Amerr yang tiba-tiba mendung.
“Mungkin Maya patut minta maaf juga. Maybe kata-kata Maya kasar sikit. Tapi, please bang. Maya memang langsung tak suka bila abang bohong. Abang tahu tak… bohong-bohong abang buat Maya lagi susah nak percaya pada abang…,”
“Itukan perkara kecil saja, sayang,”
“Dari perkara kecil… abang boleh bohong untuk perkara yang lebih besar. Kan?,”
“I’m sorry, okay,”bisik Ameer sambil rangkulannya dilepaskan perlahan-lahan.
Laila diam. Ameer tunduk. Mencari wajah isterinya yang turut tertunduk.
“Sorry ya, sayang…,”lembut Ameer memujuk.
Laila tersenyum kecil.
“Please ya bang. Kalau pun abang nak bohong, at least abang jangan bohong depan Maya. Nanti, lagi susah Maya nak belajar suka dengan abang…,”
Ameer terpaku. Merenung wajah Laila dengan rasa tidak percaya. Laila mahu belajar menyukainya?
“Maya mahu terima abang?,”
“Maya tak suka bohong. Maya tak nak bohong. Tapi, Maya mahu cuba,”Laila menjawab ringkas. Senyum Ameer melebar.
“But… kenapa tiba-tiba?,”
Laila tersenyum. Kenapa tiba-tiba?

Razz_zz: Jangan terus kata tidak. Kenapa tidak u cuba buka hati u untuk dia. Cuba bagi
dia sedikit demi sedikit ruang. Takkan u nak sia2kan hubungan sesuci tu.
Maybe dia memang dia jodoh u. jadi, u kena terima dengan ikhlas. It’s just my
point la. Tapi, of course I tak boleh paksa u terima suami u. Kan?

Bait kata-kata itu tiba-tiba membuat dia terfikir tentang tindakannya selama ini. Nasihat dari seorang yang amat asing dengannya. Dia tidak kenal. Dan, dia tidak mahu kenal. Namun, aneh, dia boleh bercerita dengan nama itu. Mungkinkah bebanan perasaan yang ditanggung, membuat dia akhirnya mencari satu medium untuk diluahkan? Apa yang pasti, kata-kata dari nama itu membuat dia sedar tentang sesuatu. Mungkin ada ego yang menemani perkahwinannya selama ini. Mungkin dia perlu belajar mengalah. Mungkin dia perlu belajar memberi dan menerima.
“Mungkin Maya bukan isteri yang baik, tapi, Maya mahu cuba buat yang terbaik untuk perkahwinan ni,”
Ameer tersenyum senang. Ternyata kata-kata itu memberinya harapan.
“Thanks, Maya,”
“Tapi, Maya nak minta sesuatu…,”
“Apa dia? Maya cakap saja. Abang akan penuhi,”
“Maya nak kerja?,”
Ameer terdiam.
“Boleh ya, bang…,”
“No,”
Laila mengeluh pendek. Jawapan yang sama seperti tahun-tahun yang berlalu. Ameer tetap berkeras tidak mahu dia bekerja.
“Please bang. Maya tak nak terus terkurung dalam rumah besar ni, sendirian. Kalau Maya kerja, taklah bosan sangat rasanya,”
“Abang tak suka Maya kerja. Abang mahu Maya dalam rumah ni. Dengan abang,”
“Tapi, abang tak pernah ada pun,”
Ameer diam. Merenung wajah Laila yang berharap. Mana mungkin dia lepaskan Laila keluar dari rumah ini. Laila hanya boleh keluar hanya bila dia ada di sisi. Dia tidak akan lepaskan Laila sendiran. Tidak akan. Dia tidak mahu Laila ada sebarang hubungan dengan lelaki lain di luar sana.
“Abang akan cuba temankan Maya sekerap yang boleh…,”dia bersuara separuh memujuk.
“Tapi, bang…,”
“Itu keputusan muktamad abang. No tapi..tapi…,”
Laila mengeluh lemah. Tidak mahu lebarkan perbincangan. Dia mahu mengelak pertengkaran.
“Okay,”sudahnya dia bersuara sepatah. Bergerak ke almari pakaian.
“Nak buat apa tu?,”
“Tukar bajulah. Tadi abang kata, tak jadi pergi jamuan tu,”
“Tak payah. Abang suka tengok Maya pakai baju ni,”
“Takkan nak tidur, nak pakai kebaya pendek ni, bang…,”
Ameer tergelak.
“Kita keluar kejap. Have a romantic dinner. Setuju?,”
“Keluar kat mana? Kat laman? Tak payahlah.Tak ada romantic dinner ya. Sebab Maya tak masak pun. Abang cakap nak pergi jamuan tu, so, Maya tak masak,”
Ameer tergelak lagi. Memeluk isterinya dari belakang.
“Keluarlah. Bukan kat laman. Tunggu kejap. Abang bersiap,”
“Tak takut orang lain tengok Maya ke?,”
“Bukan teman-teman abang yang buaya tu. Abang lega sikit,”
Laila berpaling perlahan. Merenung wajah suaminya.
“Sebab tu ke abang tak pernah nak bawa Maya temankan abang ke mana-mana function?,”
“Honestly, yes. Abang tak mahu mereka lihat isteri abang yang cantik ni,”
“Abang ni, macam cemburu sangat,”
“Yes. I am. Maya Cuma milik abang,”
Laila diam. Memang jelas pun semua itu sebenarnya.
“Cuma milik abang sorang…,”Ameer menyambung bicara sambil mengusap lembut pipinya. Laila tersenyum hambar. Kata-kata manis Ameer kembali membuat hatinya berbelah-bagi. Kembali membuat dia sangsi akan cinta agung lelaki ini.
“Cepatlah bersiap. Maya tunggu kat bawah,”dia bersuara laju. Mahu membuang perasaan yang baru mahu menghimpit perasaan. Dia perlu buang semua rasa sangsi itu.
“Okay, sayang,”
Dia senyum lagi. Betulkah tindakannya memperjudikan perasaannya pada lelaki seperti Ameer? Walaupun Ameer suaminya, perlukah dia serahkan perasaannya untuk dikecewakan suatu hari nanti?

***

Monday, July 20, 2009

Biar YM Terus Bicara...1

Aku garu kepala. Yang mana satu ni? Sesekali aku menjenguk ke pintu dapur. Mahu bertanya, tetapi aku malu. Malu pada Mia yang tekun menemani Abang Kamal. Sudahnya aku terduduk di tunggul kelapa yang sudah kontot. Memandang Atok yang melingkar di kaki. Memang satu kesilapan aku ingkar pada nasihat ibuku yang satu ini.
“Yang mana satu ni, Atok? Akak tak tahu ni,”
Atok cuma mengingau halus. Aku mengeluh risau.
“Nanti kalau akak tanya, mesti Mia gelakkan akak. Malulah akak,”
Atok mendongak merenung wajahku dengan matanya yang bercahaya. Tumpang simpati untukku barangkali.
“Haaa… kenapa akak lupa ya. Kan Sherry ada…,”aku terjerit lega.
“Kenapa sayang?,”
Aku tersentak. Segera berpaling. Encik Firdausku sudah tercegat di belakang. Aku tersengih.
“Mana Sherry?,”laju aku bersuara.
“Ada kat atas. Nak pegang baby?,”
Aku tersengih. Melihat Qalisha yang selesa di dalam pelukan Encik Firdaus. Perlahan aku mengangkat punggung. Melayangkan satu ciuman ke pipi gebu Qalisha.
“Kedekutlah mama Tiya ni. Untuk Lisha aje. Untuk Papa Fir tak ada pun,”
Aku tersenyum lebar sambil jelirkan lidah. Encik Firdaus turut tersenyum.
“Kenapa cari Sherry?,”
“Err…nak tanya dia, mana satu daun limau purut ni?,”
Encik Firdaus tergelak besar.
“Apa? Tak tahu daun limau purut ke?,”soalnya kuat membuat mataku membulat.
“Abang ni. Nanti orang dengarlah,”
“Ok..Ok..apa? Tak tahu daun limau purut ke?,”Encik Firdaus mengulang soalan yang sama dengan nada perlahan. Aku menjeling. Tahu, dia memang sengaja menyindir.
“Itulah. Suruh duduk rumah. Sibuk nak ikut mama jaga butik. Kalau duduk kat rumah kan, boleh belajar masak,”
“Mama yang ajak. Bukan Tiya nak ikut,”
Encik Firdaus tergelak sambil menggeleng perlahan. Gelengan pun macam menyindir.
“Abang tahu ke?,”soalku sambil berpeluk tubuh. Geram pula melihat senyum yang menghiasi bibir itu.
Encik Firdaus bergerak ke arah pagar kecil yang meletakkan pelbagai jenis pokok di dalamnya.
“Yang ni, sayang,”
Mataku mengikut arah telunjuk Encik Firdaus. Segera aku memetik beberapa helai daun yang didakwa Encik Firdaus sebagai daun limau purut. Betul la kot.
“Betul ni, bang?,”
“Betullah,”
“Macam mana abang tahu?,”
“Dulu abang selalu temankan Mia shopping barang dapur. Mia suka memasak,”
“Oooo…,”balasku kaku. Seperti biasa, apabila nama Mia yang disebut-sebut, hati ini pasti menjadi murung. Teruk betul. Padahal Mia tidak pernah menganggap dirinya pesaing aku. Cemburu butakah aku ini?
“Hmmm…mama Tiya dah tarik muncung… dah jealous lah tu…,”
“Tak lah,”laju aku bersuara sambil berpaling. Bersua dengan wajah jelita Mia. Aku tersengih.
“Ada tak?,”Mia bersuara bersama senyumnya yang sentiasa manis. Bertuah Abang Kamal.
“Ada,”laju aku menjawab sambil menghulurkan beberapa helai daun di tanganku kepada Mia. Mia tersenyum. Helaian daun bertukar tangan.
“Abang Kamal you risau, takut you tak kenal daun limau purut,”Mia bersuara bersama gelak halus.
Aku tersengih. Gelak Mia bagai satu sindiran, walaupun aku tahu gadis itu langsung tiada niat sebegitu.
“You ni… takkanlah wife I ni, tak kenal kot. Kan, sayang kan?,”Encik Firdaus pula bersuara, menambahkan lagi rasa malu pada diri sendiri ini. Mia tergelak. Encik Firdaus tersenyum panjang.
“Ok. I nak masuk. Kamal waiting for this. Dia nak masak paprik campur,”
“You?,”
“Hari ni, I jadi assistant aje,”
Encik Firdaus tersenyum. Mia berlalu masuk ke dapur. Aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus. Lama.
“Kenapa?,”soalnya perlahan.
Aku tersenyum. Mengalihkan pandangan ke wajah mungil Qalisha. Langsung tidak meragam berada dalam dukungan Encik Firdaus. Encik Firdaus pula, langsung tidak kelihatan kekok.
“Kenapa Tiya? Mesti ada something bermain kat kepala tu kan?,”
“Tak ada apa-apa,”
Encik Firdaus tersenyum tidak percaya.
“Tell me,”
Aku mengeluh. Bukannya aku boleh berahsia dengan Encik Firdaus. Perlahan aku melangkah bersaing dengan langkahnya yang tidak begitu laju.
“Tiya tanya sikit, boleh?,”
“Boleh. Tapi, dengan satu syarat,”
Aku menjeling. Lebih kepada jeling mengada-ngada sebenarnya.
“Pegang Lisha. Penatlah,”
Aku sengih. Melihat tubuh kecil Qalisha aku jadi sedikit gerun. Jadi sedikit trauma bila teringatkan aku berjaya membuat Qalisha tergolek dari ribaku tiga bulan yang lalu. Cuak betul aku selepas kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila teringatkan tangisan Qalisha yang nyaring.
“Takutlah bang,”aku bersuara perlahan. Dari riba ke lantai, tidaklah tinggi mana. Tapi, bila aku bayangkan dari dukunganku ke tanah, aku jadi gerun. Tinggi tu.
“Takut kenapa?,”
“Nanti jatuh macam dulu,”
Encik Firdaus tergelak.
“Tak adalah. Masa tu, Lisha baru tiga bulan. Sekarang dah besar sikit. Dah tak susah nak pegang pun. Kan Lisha kan…,”ujar Encik Firdaus sambil mengagah anak kecil itu. Aku tersenyum senang. Jelas terpamer sifat kebapaan suamiku ini. Dalam rasa sedikit bimbang, aku mendukung Qalisha. Erat kupeluk ke dada.
“Boleh kan?,”
Aku mengangguk. Encik Firdaus regangkan kedua-dua tangannya. Betullah penat agaknya.
“Semangat betul anak dara Cik Sherry ni ya,”aku bersuara separuh mengagah. Lebar senyumku melihat Qalisha tersenyum.
“Dia senyum bang…,”
Encik Firdaus tersenyum. Perlahan memaut pinggangku.
“Hai… kat sini ya ganggu Papa Fir dating ya?,”
Aku mengangkat muka. Sharifah melangkah santai menghampiri kami.
“Aku baru nak dukung…,”
“Nak dukung…. Mengandunglah,”selamba Sharifah bersuara sambil mengambil anaknya dari peganganku. Aku mencemik membuat Sharifah tergelak.
“Dah berapa bulan ya?,”
“Enam bulan dua puluh tiga hari setengah. Malam sikit cukup dua puluh empat hari,”selamba Encik Firdaus yang menjawab soalan yang aku tujukan kepada Sharifah.
“Amboi. Bukan main ingat lagi,”aku bersuara separuh kagum.
“Mestilah. Sama usia dengan perkahwinan kita,”
Aku tersenyum panjang. Lupa. Qalisha menjengah dunia pada malam perkahwinan kami.
“Mama Tiya ni, memang tak sayang papa. Berapa lama kahwin dengan papa pun dia tak ingat,”
Sharifah tergelak. Aku pamerkan senyum bersalah.
“Bukan tak ingatlah. Tapi, tak perasan,”
Encik Firdaus menjeling. Lembut jelingannya membuat aku yang tersenyum malu.
“Aku nak bagi susu kat Qalisha ni. Aku ke atas dulu. Saya pergi Encik Firdaus,”
Aku Cuma mengangguk sambil memandang Sharifah berlalu bersama Qalisha. Kemudian tersenyum apabila terasa pautan tangan Encik Firdaus makin erat di pinggangku.
“So, apa Tiya nak tanya abang tadi?,”
“Tanya?,”
Encik Firdaus merenung wajahku.
“Tadi cakap nak tanya sikit,”
“Sikit sangat kot, sampai Tiya pun dah lupa,”aku berseloroh sambil tergelak kecil. Encik Firdaus menghadiahkan satu renungan tidak puas hati. Membuat mindaku bekerja keras cuba mengingati apa sebenarnya soalan yang ingin aku ajukan. Terdengar gelak Mia di dapur, aku jadi teringat. Namun, baru sahaja aku ingin membuka mulut, aku batalkan niat itu. Memberi perhatian kepada langkah laju ibuku.
“Lajunya mak. Nak ke mana ni?,”
“Tanya pula. Kan dah nak masuk time makan tengahari ni. Mari tolong mak masak. Boleh belajar sekali,”
“Tak boleh mak. Tiya baru kena halau,”
“Kena halau?,”
“Abang Kamal booking dapur. Tak mahu orang kacau dia masak. Makwe dia aje yang dia izinkan,”
“Bila Kamal datang?,”
“Lepas mak pergi kelas agama tadi. Sherry pun ada kat atas tu, mak. Baru sampai,”
“Ya ke?,”
Aku mengangguk.
“Mak jenguk mereka kejap,”
Aku mengangguk lagi. Seperti biasa, laju kaki ibuku melangkah meninggalkan kami.
“Yalah tu, kena halau…,”Encik Firdaus bersuara separuh mengusik.
Aku tersenyum.
“Betullah bang. Lagipun, Tiya segan nak tolong sebab Mia ada. Nanti Mia tahu Tiya tak pandai masak,”
“Bukan tak pandai…,”
“Dah tu?,”
“Tak pandai langsung,”balas Encik Firdaus bersama gelak besar. Aku jegilkan mata.
“Abang…,”
Encik Firdaus terus tergelak.
“Dah tahu Tiya tak pandai masak, kenapa kahwin dengan Tiya?,”aku merungut. Sudah separuh merajuk.
“Abang cari isteri. Bukan cari tukang masak,”Encik Firdaus bersuara. Lembut dan merdu bunyinya di telingaku. Rajukku hilang entah ke mana. Berpaling memandang wajah Encik Firdaus.
“Abang… kenapa abang tak pilih Mia ya?,”soalku lambat-lambat. Memang itu pun soalan yang ingin aku tanyakan pada Encik Firdaus tadi.
“Sebab abang dah pilih Tiya,”
“Yalah. Maksud Tiya, sebelum abang kenal Tiya lah. Abang kan dah lama kenal Mia. Mia tu, sempurna tau. Baik… pandai masak…bijak… cantik…,”
“Hmm…nanti abang fikirkan,”
“Fikirkan apa?,”
“Nak kahwin dengan Mia,”
Aku ternganga. Encik Firdaus gelak besar. Namun, Cuma seketika, kerana selepas itu dia menyeringai kesakitan. Padan muka. Sekuat hati hati aku cubit lengannya.
“Sakit sayang…,”
Aku menjeling. Ada hati nak fikirkan? Memang sengaja buat aku marah.
“Marah ke?,”Encik Firdaus berbisik lembut.
“Tak. Geram aje,”
Encik Firdaus tersenyum. Memalingkan tubuhku menghadap wajahnya.
“Nurul Adiya Fatiha. Cinta ni, bukan boleh dipaksa. Abang dah jumpa cinta abang. Susah nak dapat. Takkanlah bila dah dapat, abang nak sia-siakan pula. Abang cintakan Diya. Tak perlu kesempurnaan kalau hati kita dah suka kan?,”
Aku termangu. Kemudian tertunduk malu. Biasalah. Bila Encik Firdaus dah mula romantis sebegitu, kelulah jadinya lidah ini. Berbunga-bunga hati ini mendengar bicara itu.
“Cuma…satu saja,”
“Cuma apa bang?,”
“Abang teringin nak dukung baby,”
“Baru dukung tadi, nak dukung lagi? Pergilah dekat Sherry,”aku bersuara sambil tergelak kecil. Menggeleng sekali. Betul-betul kemaruk baby suamiku ini.
Encik Firdaus tersenyum.
“Abang nak baby kita,”
Gelakku mati serta-merta.
“Kita?,”
“Yalah. Kenapa?,”
Aku sudah tersenyum kelat. Mendengar cadangan itu membuat hatiku kecut. Teringat cerita ngeri Sharifah. Pengalaman Sharifah mengandungkan Qalisha.
“Nantilah dulu. Kita baru aje kahwin,”
“Tak salah pun. Kan?,”
Aku tersenyum. Tiba-tiba perut terasa memulas. Parah. Darah gemuruhku sudah datang. Itu baru mendengar cadangan.
“Takkan dengar cadangan abang, samapi pucat macam ni sekali mukanya. Nak tangguh sebab baru kahwin ke, Tiya takut nak pregnant?,”
Aku menyentuh wajah. Pucat ke?
“Pucat ke?,”soalku sambil menampar pipi yang terasa kebas.
“Ya, sayang,”
Aku tersenyum nipis. Ketara benarkah ketakutanku ini?
“Abang tak paksa, sayang. Jangan risau sangat ya,”
Aku diam. Melihat senyum lebar Encik Firdaus, aku jadi bahagia.

****
SEKADAR PERCUBAAN. ANDA PEMBACA YANG DIHORMATI, SILA TENTUKAN WAJARKAH CITER INI DI SAMBUNG ATAU TIDAK, YA....
SALAM MANIS
HANNI.

Saturday, July 18, 2009

Kuseru Rindu Itu... 23

Nora membetulkan duduk sambil terus menikmati hidangan makan tengaharinya. Membiarkan renungan tajam Aisyah terus memanah wajahnya.
“Cepatlah. Geram betul aku tau,”
“Ala…tak payahlah,”
“Cepatlah cerita. Apa storynya? Tadi beria-ia sangat,”
Suapan Nora terhenti. Dia memandang wajah Aisyah yang sedikit berang.
“Tadi memang aku nak cerita. Tapi, sekarang aku rasa serba-salahlah. Lupakanlah. Anggap aku tak cakap apa-apa pun,”
“Kau ni Nora! Ini yang aku tak suka ni. Tadi bukan main lagi nak bercerita. Sekarang tak jadi pula,”
“Bukan macam tu….,”
“Kalau bukan macam tu, macam mana? Malaslah kawan dengan kau ni,”
Nora tersengih.
“Alaa…janganlah marah. Bukan aku tak nak cerita. Hmmm….okay macam ni. Aku cerita. Tapi, kau kena janji…sumpah…kau tak akan cakap kat siapa-siapa. Ini rahsia kita berdua saja. Apa aku cakap ni, semuanya habis kat sini aje. Aku tak nak cerita ni heboh satu office. Nanti mesti Puan Idayu fikir yang bukan-bukan pasal aku,”
“La…pasal Puan Idayu ke? Bukan pasal kau?,”
“Kalau pasal aku, dah lama aku cerita. Kau ni….Kenapa? Kau tak nak dengar pasal Puan Idayu? Lagi bagus. Aku tak payah cerita,”
Aisyah tersenyum panjang.
“Kalau pasal Puan Idayu, lagilah aku nak tahu. Okay. Aku janji. Aku sumpah. Aku tak cakap kat siapa-siapa pun. Semua habis kat sini saja,”
Nora tersenyum kecil.
“Aku cerita ni, sebab kau kawan baik aku tau. Tapi, lepas ni, kalau aku tahu cerita ni tersebar, aku tak akan percaya kat kau sampai bila-bila. Jangan harap aku cerita apa-apa lagi kat kau,”
”Yalah. Aku tahu. Kan aku dah janji tadi. Siap bersumpah lagi. Cepatlah cerita,”
Nora memandang sekeliling. Melihat kalau-kalau ada sesiapa yang mencuri dengar.
“Kau tengok apa? Mana ada orang kat sini? Kita berdua aje kat pantry ni,”
“Mana kau tahu?,”soal Nora masih curiga. Risau kalau ada yang mendengar ceritanya nanti.
“Tiap-tiap hari, Cuma kita berdua sajalah yang makan kat sini. Yang lain, semua makan kat luar. Puan Idayu tadi, beritahu aku dia keluar makan dengan client. Encik Hisyam pula, belum balik office lagi. Mana ada orang. Kau dengan aku aje. Tak payahlah nak suspen lebih-lebih. Ceritalah. Apa ceritanya?,”
“Pasal Puan Idayu,”ujar Nora perlahan.
“Kenapa dengan Puan Idayu?,”
“Kau ingat tak Puan Idayu minta aku tolong dia kemas bilik Encik Hisyam minggu lepas?,”
Aisyah mengangguk. Masih belum menemui sebarang cerita menarik dari penjelasan Nora.
“Lepas tu dia ajak aku keluar makan. Kau tahu apa yang aku Nampak?,”
“Manalah aku tahu. Jangan buat gimmick macam ni, boleh tak? Ceritalah betul-betul,”
Nora tersenyum.
“Kalau aku cerita mesti kau tak percaya,”
“Nora! Cerita ajelah,”Aisyah bersuara geram. Membuat Nora tergelak seketika.
“Aku Nampak Encik Hisyam dengan seorang perempuan,”
“Alaa..kau ni. Macamlah Encik Hisyam tak pernah keluar dengan perempuan. Kawan business dialah tu. Itu pun nak hairan. Entah apa-apalah kau ni,”Aisyah mengomel perlahan.
“Kau dengarlah cerita aku dulu,”marah Nora apabila Aisyah tiba-tiba menyampuk.
“Yalah. Yalah. Aku dengar,”
Nora menjeling geram.
“Kalau dah perempuan tu pegang-pegang tangan Encik Hisyam macam ni…usap-usap pipi Encik Hisyam macam ni… kawan business ke namanya tu?,”sambung Nora sambil mengelus lembut lengan dan mengusap perlahan pipi Aisyah.
“Gelilah wey…,”Aisyah bersuara sambil tergelak. Cepat-cepat menepis tangan Nora yang melekat di pipinya.
“Kawan business ke kalau macam tu?,”Nora bersuara lagi sambil mengangkat kening. Membuat dahi Aisyah berkerut. Kepalanya seakan tidak mahu memproses kata-kata Nora.
“Kau jangan buat cerita Nora,”akhirnya dia bersuara dengan nada tidak percaya. Nora tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.
“Betul tak aku cakap? Kau mesti tak percaya, kan?,”
“Memang aku tak percaya. Takkan Encik Hisyam nak buat macam tu. Eh, memang mustahillah. Kau saja mereka cerita kan?,”
Nora menjeling marah. Tersinggung dengan kata-kata temannya itu.
“Malaslah aku nak cerita. Lupakanlah. Anggap aku tak cakap apa-apa. Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Tak ada masa aku nak reka cerita macam tu, tahu! Cerita memburukkan majikan pula tu. Sampai hati kau tuduh aku macam tu,”rajuk Nora sambil menguis nasi di hadapannya. Membuat Aisyah menjadi serba-salah.
“Jadi, kau tak tipu?,”
“Tak.”
“Kalau macam tu, aku minta maaf. Sorry ya… So, sambung balik cerita tu. Aku nak dengar,”pujuk Aisyah lembut. Kalau itu bukan cerita rekaan, memang dia kemaruk mahu tahu keseluruhan cerita.
“Ceritalah….,”
“Aku kan saja-saja reka cerita…,”
“Nora, please lah. Kan aku dah minta maaf. Cepatlah sambung,”
“Yalah…yalah..kat mana aku carita tadi?,”
“Kau cakap kau terserempak Encik Hisyam dengan perempuan..,”laju Aisyah menjawab.
“Haa…ya,”balas Nora sambil membetulkan duduknya. Mencari keselesaan untuk meneruskan ceritanya.
“Cantik ke perempuan tu?,”soal Aisyah tidak sabar.
“Cantik. Cantiklah jugak. Seksi sikit. Tak macam Puan Idayu,”
“Puan Idayu? Dia Nampak?,”
“Mulanya aku yang Nampak. Terkejut betul aku tengok Encik Hisyam dengan perempuan tu. Emosi punya pasal, aku tak sengaja terpanggil Puan Idayu,”
“Jadi, Puan Idayu pun nampaklah ya?,”
“Mulanya tak lah. Tapi, bila aku tunjuk, dia tengoklah,”
“Apa reaksi dia? Dia marah? Masaklah Encik Hisyam dengan perempuan tu ya?,”
“Inilah yang lagi aku tak percaya. Macam mana aku terkejut tengok Encik Hisyam, macam tulah juga aku terkejut tengok reaksi Puan Idayu,”
Aisyah menggaru kepala.
“Kenapa?,”
“Cool gila kau tahu. Tenang saja dia tengok suami dia dengan perempuan lain. Aku tengok muka Puan Idayu langsung tak nampak marah. Tak nampak sedih. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kau tahu tak, masa tu, aku rasa aku lagi emosional daripada Puan Idayu. Aku yang geram. Aku yang sakit hati sangat-sangat tengok Encik Hisyam macam tu…,”
Aisyah tergelak besar.
“Memanglah kau sakit hati. Kau kan syok dekat Encik Hisyam tu,”
Mendengar ayat yang meniti di bibir Aisyah, Nora jegilkan mata sambil menampar kuat bahu temannya itu.
“Aduh. Sakitlah,”
“Kau ni, cakap main sedap mulut je,”
“Eh, tak betul apa aku cakap?,”
“Aku Cuma suka tengok sajalah. Bukannya aku syok kat Encik Hisyam tu. Kau jangan cakap macam tu. Nanti, kalau ada orang dengar, mesti jadi salah –faham. Tak pasal-pasal aku kena buang kerja. Tahu tak?,”
Aisyah sekadar tersengih panjang.
“Tak sangka Encik Hisyam buat Puan Idayu macam tu, kan? Padahal, dorang berdua tu, punyalah sweet couple aku tengok,”Aisyah bersuara sambil termenung panjang.
“Tulah. Aku pun macam atak percaya aje,”
“Tapi, takkan Puan Idayu langsung tak cakap apa-apa?,”Aisyah bertanya lagi. Nora mengeluh panjang.
“Ada… tapi, aku tak puas hati betul dengan pendapat Puan Idayu,”
“Apa pendapatnya?,”
“Dah tengok suami dia macam tu, dia boleh cakap, tak baik buat kesimpulan terburu-buru. Selidik dulu. Dia kata, apa yang kita tengok, mungkin tak seperti apa yang kita fikirkan. Tak boleh buat tuduhan melulu. Buat kesimpulan terburu-buru. Mana boleh macam tu. Dah sah-sah Encik Hisyam tu main kayu tiga,”
Aisyah mengangguk perlahan. Setuju dengan kata-kata Nora.
“Aku tak fahamlah. Apa sebenarnya yang Encik Hisyam tu cari, ya? Aku tengok, Puan Idayu tu, langsung tak ada kurangnya. Baik…sopan..lemah-lembut…cantik…tak sombong. Pendek kata cukup semuanya. Kalau aku ni lelaki, dapat pulak isteri macam tu, memang tak adanya aku nak pandang orang lain lagi dah,”Aisyah bersuara setelah agak lama berdiam diri. Nora Cuma menjungkit bahu sambil mencapai gelas minumannya.
“Ek hem… siapa yang baik, sopan, lemah lembut tu?,”
Satu suara menyapa dari belakang, membuat Nora dan Aisyah terkedu. Perlahan kedua-duanya berpaling. Hisyam tercegat di belakang di pintu pantry.
“Err… mak saudara saya, Encik Hisyam. Saya tengah cerita pasal mak saudara saya kat Nora ni. Kan Nora?,”
Nora mengangguk laju.
“Ha ah. Betul tu Encik Hisyam. Encik Hisyam dah lama ke berdiri kat situ? Sorrylah. Kami tak perasan,”
“Tak pun. Saya baru sampai. Puan ada?,”
“Puan keluar lunch dengan client,”Aisyah menjawab bersama senyuman yang cukup lebar. Menutup gundah di hati. Risau kalau-kalau Hisyam mendengar bicaranya sebentar tadi. Hisyam mengangguk perlahan.
“Okay. Sambung balik makan tu. Sorry mengganggu,”
Nora tersengih.
“Tak apa, Encik Hisyam. Dah sudah makan pun,”
Hisyam tersenyum hambar. Melangkah perlahan menuju ke biliknya. Saat itu, dia bagai hilang rasa. Sebaik telinganya menangkap satu persatu cerita Nora, terasa bagai dirinya dihempap satu batu besar. Tiba-tiba dia menjadi lemah. Tiba-tiba dia menjadi tidak berdaya. Rupa-rupanya Idayu pernah terserempak dia bersama Maisara. Rupa-rupanya Idayu sudah tahu kecurangannya. Tetapi, kenapa Idayu masih begitu baik dengannya? Kenapa layanan Idayu padanya tidak sedikit pun berubah?
“Ayu risau. Kalau-kalau abang dah jumpa cinta abang… dan tinggalkan Ayu…,”
Tiba-tiba sebaris kata-kata sendu Idayu terlintas di fikirannya. Patutlah Idayu termenung panjang. Juga, patutlah Idayu menangis di dalam pelukannya. Sekali lagi dia dihukum rasa bersalah dek ketenangan Idayu. Dek kesabaran Idayu.
Dia menghela nafas panjang. Mahu sahaja dia singkirkan rasa bersalah yang tersekat di dadanya. Pedih memikirkan hati Idayu saat ini hancur kerananya. Perlahan dia melurut rambut sambil bersandar ke kerusi. Hatinya berkocak hebat. Berperang dengan perasaan sendiri. Deringan telefon bimbitnya, membuat dia sedikit terganggu. Dengan lemah telefon di dalam poket seluar, dikeluarkan. Lebih sayu apabila melihat nama Idayu terpamer di screen telefon bimbitnya. Laju jemarinya menerima panggilan itu.
“Hello,”
“Abang. Abang kat mana ni?,”
Hisyam pejamkan mata. Cerianya suara Idayu seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Keceriaan yang membuat suaranya jadi tersekat di kerongkong.
“Abang…,”
“Abang dah sampai office. Kenapa?,”
“Ayu kat luar ni. Baru lepas discussion dengan Encik Rizal. Abang dah makan ke ni?,”
Hisyam diam. Sungguh dia tidak sekuat Idayu.
“Abang…are you there? Busy ya?,”
“Tak, Ayu,”
“So, abang dah makan ke?,”
“Belum,”
“Hmm… abang nak makan apa? Ayu belikan. Sorrylah bang. Ayu dah makan tadi dengan Encik Rizal. Ayu bungkuskan aje untuk abang ya?,”
Hisyam menelan liur. Bibir mata terasa panas tiba-tiba. Kenapa Idayu sebegitu sempurna? Dan, kenapa dia harus berasa masih ada kekurangan di dalam kesempurnaan itu? Kenapa?
“Abang…abang okay ke? Kenapa diam?,”
Mendengar soalan Idayu yang jelas bernada risau, Hisyam berdehem perlahan.
“Abang okay,”
“Abang marah Ayu sebab tak tunggu lunch dengan abang ke?,”
“Taklah. Kenapa abang nak marah?,”
“Yalah. Pagi tadi kan, Ayu janji nak lunch dengan abang…,”
“It’s okay. Abang tak marah,”
“Terima kasih,bang. So, abang nak makan apa? Ayu on the way nak balik office ni,”
Suara Idayu lembut menyapu telinganya.
“Apa-apa aje lah. Abang tak kisah,”
“Okay. Assalamualaikum, bang,”
“Ayu…,”pantas dia bersuara sebelum talian diputuskan.
“Ya, bang?,”
“Abang sayang Ayu,”
Terdengar gelak halus di hujung talian.
“Ayu sepuluh kali sayang abang,”
“Abang bahagia dengan Ayu,”
“Ayu seratus kali bahagia dengan abang,”
Idayu membalas tiap kata-katanya dengan nada bergurau. Namun, dia tahu Idayu tidak pernah main-main dengan perasaan itu. Gelak Idayu saat ini bagai sembilu yang menghiris hatinya. Pedih dan pilu. Terlalu kejamkah dia pada Idayu?

****

Sunday, July 12, 2009

SPECIAL BYMB VS DANNY DELAILA 1

SEKADAR MEMERIAHKAN BLOG YG MACAM DAH BERSAWANG...HUHUHU
Menyampah! Aku tarik muncung. Entah sekaki entah sedepa panjangnya, aku pun tak pasti. Yang pasti, aku geram betul mendengar kata-kata itu. Ini bukan kali pertama hati ini diguris begitu.
“Orang duduk jauhlah ni. Menyampah,”aku bersuara separuh merajuk. Memang merajuk pun sebenarnya. Segera aku bergerak jauh ke birai katil. Mengerling ke arah Encik Firdaus. Tunggu dipujuk. Melihat Encik Firdaus santai membelek majalah bersama dahi yang berkerut-kerut, cepat-cepat aku mencapai bantal dan selimut.
“Orang tidur kat sofa,”rajukku sambil menarik muncung.
“Terima kasih, sayang,”
Hah?! Terima kasih? Aku berpaling. Merenung tajam wajah suamiku @ Encik Firdausku yang seorang ini. Macam tak percaya. Memang tak percaya. Aku gertak nak tidur di sofa, dia ucapkan terima kasih? Suamikukah ini? Atau saat ini dia sedang dirasuk sesuatu?
“Terima kasih, bang?,”
“Yalah. Sebab faham keadaan abang,”
Faham? Aku menggigit bibir. Ini bukan faham bang, ini merajuk!
“Abang ni kenapa? Dah tak sayang Tiya ke? Sia-sia aje abang kejar Tiya ke hulu ke hilir, kalau setakat kahwin enam bulan abang dah tak suka kat Tiya,”aku bersuara sendu. Sedih betul.
“Bukan macam tu sayang. Abang minta maaf. Tapi, abang pening sangatlah,”
“Kalau pening, makanlah ubat. Tiya ambil ubat ya. Tak pun… Nak Tiya picitkan?,”
“Tak payah…tak payah…,”
Langkahku mati serta-merta melihat suamiku itu bergerak berundur ke belakang. Takut benar kalau-kalau aku hampir dengannya. Tindakan yang menambahkan geram di hatiku.
“Kalau macam ni, biar Tiya tidur kat bilik lainlah. Tak nak tidur kat sofa. Sakit belakang,”sebaik habis bicaraku, Encik Firdaus kulihat cepat-cepat berdiri. Menghalang langkahku. Aku menjeling sambil memeluk erat bantal dan selimut di dada.
“Jangan sayang. Nanti kecoh satu rumah. Tak apa. Sayang tidur kat katil. Abang tidur kat sofa. Okay?,”
Aku mula bercekak pinggang. Masih juga nak tidur asing-asing? Aku sudah mula musykil. Musykil sangat-sangat.
“Abang! Abang ada perempuan lain ek? Dah tak suka dengan Tiya? Kalau tak suka dah kat Tiya, tak apa. Tiya boleh balik rumah mak. Boleh duduk dengan mak,”
“Bukan macam tu sayang. Abang tak sihatlah. Tak tahu kenapa. Sejak akhir-akhir ni, memang tak sihat betul,”
Aku mencemik. Entah-entah alasan saja.
“Tak sihat pergilah klinik. Jumpa doktor,”
“Dah. Dah dua kali abang jumpa Mia. Dia cakap, tak ada apa-apa,”
“Jumpa Mia? Tak cakap dengan Tiya pun,”
Encik Firdaus tersengih.
“Abang singgah kat hospital hari tu. Jumpa dia,”
“Oh… ada affair dengan Mia yang cantik tu ya?,”aku mula bercekak pinggang.
“Cemburulah tu…,”
“Tak,”
“Dah tu, siap bercekak pinggang tu, kenapa? Dah macam nak buka silat abang tengok tu..,”
Aku menjeling tajam. Cakap sakit kepala. Tapi, boleh pula mengutuk aku.
“Lain kali nak jumpa Mia, bawalah Tiya sekali,”
“Kenapa? Nak jadi bodyguard abang?,”
“Taklah. Abang jumpa Mia…Tiya boleh jumpa Abang Kamal. Lama tak sembang-sembang dengan Abang Kamal,”
Encik Firdaus mencemik.
“Sorry sayang, abang tak jealous lah,”
Aku jegilkan mata. Encik Firdaus tergelak kecil. Macam tahu-tahu sahaja aku sengaja mahu memancing cemburunya.
“Entah-entah abang ada affair dengan secretary abang tu, tak?,”aku bersuara menutup rasa malu, apabila umpanku tidak mengena.
“Tiya… sekali aje abang ada affair dengan secretary tau. Lepas tu, dah tak ada,”
Hah? Sekali aje? Maknanya ada ke?
“Ada ke bang?,”soalku perlahan. Pengakuan jujur dari Encik Firdaus nanti pasti membuat hati ini bertambah parah. Tapi, aku kena tahu juga. Kepala mula berputar mengira setiausaha Encik Firdaus selepas aku berhenti. Dua atau tiga orang? Selepas kakak Haryati, penggantiku itu berhenti, ada dua setiausaha yang menghuni mejaku dulu. Hatiku sudah cuak. Curangkah suamiku ini? Kerana kecurangan itukah setiausaha-setiausaha itu berhenti? Tidak! Aku mahu percaya alasan Encik Firdaus yang dulu. Alasan bahawa sukar mencari pembantu yang benar-benar boleh mengikut cara dia bekerja.
“Siapa bang? Sampai hati, abang tak jujur dengan Tiya…,”aku terduduk ke katil semula. Lemah lutut mendengar cerita yang menghangatkan hati ini.
“Lawa orangnya. Putih. Kalut sikit. Tapi, baik hati…,”
Aku tahan nafas. Telinga sudah berasap. Aku Cuma mahu tahu siapa. Bukannya mahu tahu semua tentang setiausahanya itu.
“Tapi tulah. Abang tak tahan sikit dengan satu aje sikap dia,”
“Ooo… tak tahan dengan sikap dia, abang break up lah ya? Cakap kat Tiya secretary abang yang mana?,”
“Lupa nama dia. Banyak betul nama dia. Tapi, dia kuat cemburu,”
Kuat cemburu?
“Tak makan sayur,”
Tak makan sayur?
“Suka panjat pokok,”
Suka panjat…aku mula tersenyum.
“Ada kucing, nama tak glemer langsung,”
“Abang jahat! Suka sakitkan hati Tiya tau,”aku menjerit geram. Sia-sia aku cemburu. Cemburukan aku sendiri. Buat apa? Encik Firdaus tergelak besar.
“Abang jahat!,”aku melompat menyeberangi katil. Cepat-cepat Encik Firdaus berundur.
“Jangan dekat dengan abang,”
Aku berhenti. Kening sudah berkerut semula.
“Kenapa?,”
“Abang rasa macam nak… nak muntah,”
“Nak muntah?,”
Encik Firdaus tersengih. Aku bungkam. Berpaling semula menuju ke katil. Nekad betul Encik Firdaus tidak mahu mendekatiku.
“Sayang?,”
Aku pekakkan telinga. Menarik selimut menutup muka.
“Marah ke?,”
Tangan aku mencapai bantal. Menutup telinga. Terasa sentuhan lembut di bahuku.
“Merajuk ya?,”
“Sorry. Abang tak patut cakap macam tu ya? Tapi, betul sayang. Mungkin abang makan banyak sangat petang tadi,”
Aku mencebik. Siapa suruh makan banyak sangat? Hatiku mula membebel.
“Tahulah tak ada siapa suruh. Tapi, kenapa ya? Lately, selera makan abang melampau-lampau pula,”
Aku menggigit jari. Sejak berkahwin, Encik Firdaus semakin arif dengan apa yang sedang bermain di hatiku. Pelik sungguh. Aku menarik nafas. Tersekat. Sudahnya selimut kuselak tiba-tiba. Lega. Lemas berselubung dengan selimut. Encik Firdaus kulihat sedikit tersentak.
“Kenapa ni?,”
“Lemas,”jawabku sepatah. Masih bersama dengan muka yang mencuka. Encik Firdaus tergelak.
“Mahu tak lemas. Dah macam doreamon kena bungkus,”
“Abang ni. Siapa doraemon?,”
“Sayanglah,”
“Tak baik cakap Tiya macam tu. Patutlah dah tak nak dekat dengan Tiya. Sebab Tiya dah tak macam dulu ke?,”
“Siapa cakap tak nak dekat? Cuma, abang kurang sihat dua tiga hari ni,”
“Yalah tu. Tiya nak tidur. Jangan kacau,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Tidurlah. Good night, sayang,”
“Itu aje?,”
Encik Firdaus senyum lagi. Bergerak menghampiriku. Mendekatkan bibirnya ke dahiku. Namun, belum sempat bibir itu menyentuh dahi, dia cepat-cepat bangkit. Berlari ke bilik air. Aku termangu. Pelik. Kenapa dengan suamiku ini?

****
AISEYYY MAN...BERSAMBUNGLAH

Sunday, July 5, 2009

Mimpi Yang Mati 4

Lambat lagi ke papa?,”
“Sabarlah Shadiq. Kan dah sarapan tadi. Takkan dah lapar sangat? Tunggu kejap aje. Dah nak siap pun..,”
“Hmm…Tunggu pun tunggulah..,”
Razman tersenyum memandang wajah anak bongsunya yang termangu menongkat dagu di meja.
“Papa! Pleaselah. Not again?,”
Suara lemah itu membuat dia menoleh. Melihat wajah Marisha yang jelas hampa. Dia tersenyum lagi. Sudah tahu apa penyebab wajah itu berubah hampa.
“What?,”soalnya sambil tersengih.
“Takkan sardin lagi, papa? Macam dah tak ada lauk lain kat Malaysia ni,”Marisha bertanya sambil menarik kerusi.
“Alah Along. Papa dengan sardin mana boleh berpisah. Makan ajelah. Tak baik merungut,”
“Yalah. Adik tu hantu sardin, bolehlah…,”
Razman tersenyum lucu. Sambal sardin yang sudah siap, dihidangkan ke meja.
“Along tak nak sardin, makanlah sup sayur tu…,”
“Hmm..sardin…sup sayur…sambal telur…sardin…,”
“Dah..dah… jangan nak merungut depan rezeki. Apa yang ada, kita makan. Papa malas nak makan kat luar. Papa malas nak keluar,”
Marisha mencemik.
“Apa lagi tu? Pergilah ambil pinggan,”arah Razman sambil bergerak mengambil jug sirap di dalam peti sejuk.
“Adiklah. Papa masak lauk favourite adik tu kan? Adik lah pergi ambil pinggan,”
“Bukan adik tak nak ambil. Tapi, adik kan kecik lagi. Nanti pecah. Macam mana?,”
“Alasan…,”
Shadiq tersengih.
“Risha… ambil pinggan. Hidangkan nasi untuk adik,”
“Yalah..yalah…. Papa ni. Semua kerja kakak kena buat. Adik tu… makan aje kerjanya. Kalau ambil orang gaji kan senang…,”
“Papa ada anak dara. Nak ambil orang gaji buat apa?,”
“Apa pulak. Risha baru sebelas tahun…,”
“Yalah. Dah besarlah tu. Kan?,”
“Yang sebenarnya, papa tu kedekut,”Marisha bersuara geram.
Razman tergelak. Perlahan melabuhkan punggung ke kerusi. Memerhati Marisha menceduk nasi untuk Shadiq.
“Papa!,”
“Kenapa dik?,”
“Kereta. Kereta mama tu. Mama dah balik! Yey! Mama dah balik,”
Belum sempat bersuara, Shadiq sudah berlari meninggalkan ruang makan. Marisha pula menjenguk sekilas melalui jendela dapur. Kemudian menyambung semula kerjanya yang terhenti.
“Kenapa tak pergi sambut mama?,”
“Malaslah papa. Nanti mesti kena marah tu…,”
“Tak baik. Pergilah kejap,”
Marisha menggeleng.
“Papa nak nasi tak?,”
Giliran Razman pula menggeleng.
“Adik! Kenapa ni? Mama penat ni. Jangan kacau mama dulu? Please…,”
Hati Razman berdetak tiba-tiba. Suara lantang Jasmin melekat di telinganya. Membuat rasa geram cepat bertandang di hatinya.
“Kan kakak dah cakap…Betul kan papa? Kan dah kena marah,”
Razman diam. Shadiq muncul bersama wajah menahan tangis.
“Padan muka. Lain kali, pergi lagi dekat mama…Kan free aje kena marah,”
“Kakak…,”Razman bersuara perlahan. Tidak senang mendengar kata-kata anak perempuannya itu.
“Apa pulak. Betul apa cakap kakak…,”
“Papa tak suka kakak cakap macam tu,”
Marisha diam sambil menarik muncung.
“Kenapa mama dah tak sayang kita, papa?,”Shadiq bersuara hiba. Membawa diri ke pelukan Razman. Razman kelu. Sudah letih sebenarnya untuk memberi sejuta jawapan yang indah-indah untuk didengar anak-anaknya. Marisha sendiri sudah mula dapat membezakan antara alasan-alasan indah yang dia serapkan dengan kenyataan yang mereka tempuhi saban hari.
“Tadi adik cakap lapar kan? Kakak dah hidang nasi tu. Makan dengan kakak,”
“Dah tak rasa nak makan,”rengek Shadiq sedih.
“Sudah…makan aje. Kakak, tengokkan adik,”
Marisha cuma memandang. Razman mengangkat punggung sambil dudukkan Shadiq ke kerusi.
“Papa tak nak makan sekali?,”
Razman tersenyum.
“Kakak makan dengan adik dulu. Papa belum lapar,”ujarnya sambil berlalu. Ingin mencari bayang Jasmin. Tiada di ruang tamu, dia meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Pintu bilik yang sedikit terbuka, memberitahu Jasmin berada di bilik. Pantas dia menuju ke bilik. Menolak daun pintu. Bertemu pada sekujur tubuh Jasmin yang terbaring di katil.
“What’s wrong with you, Min?,”
Jasmin membuka mata.
“What?,”
Razman merenung tajam.
“Macam tu ke cara you layan anak?,”
“Kenapa? Apa pula yang tak kena?,”
“Berlari Shadiq dapatkan you, sebaik dia dengar kereta you. You tahu tak? Sampai hati you marah-marah dia macam tu,”
“I penatlah,”
“Kalau pun penat, janganlah buat macam tu kat anak-anak. Mereka dah pandai simpan emosi. Adiq tu rindukan you…,”
“Alah.. perkara kecillah. Janganlah nak besar-besarkan,”
“Perkara kecil? Risha dah mula jauhkan diri dari you, you tahu tak?,”
“Budak-budak, Raz. Hari ni mereka marah, esok marah tu dah hilang. Apa yang nak dirisaukan? Sekarang ni, budak-budak tu yang tak puas hati, atau you yang tak puas hati?,”
Razman tergelak sumbang. Jasmin bangkit dari baring. Memandang wajah Razman bersama senyum sinis.
“I tak puas hati? Tak timbul langsung soal I tak puas hati,”
“Ya ke? Dah tu, kenapa Nampak aje muka I terus nak cari pasal ni?,”
“I tak kisah apa you nak buat, as long you tak ulang apa yang you dah buat dulu. And… selagi you tak abaikan anak-anak. I told you already,”
“So, sekarang ni, kenapa you nak bising-bising pula?,”
“Sebab you dah abaikan anak-anak. Dulu you cakap lain, sekarang you buat lain,”
Jasmin mencemik. Bergerak ke arah beg pakaiannya yang elok terletak di tepi katil. Belum cukup rajin untuk dia kemaskan.
“Bila masa I abaikan mereka. I pergi course. Bukan pergi makan angin. Takkan I nak bawa anak-anak. And, macamlah you tak pernah out station. Kan? You ni, memang sengaja nak cari pasal dengan I. Nak cari salah I. Nak buang I terus dari hidup you kan? Sebab tu semua yang I buat semuanya salah kat mata you,”
“Min, apa I rasa dah tak penting. Apa yang penting sekarang, Risha dah tak nak jumpa you. Adiq menangis Tanya kenapa mama dah tak sayang dia? Kenapa jadi macam tu? Cuba you fikir and you tanya diri you, kenapa sampai mereka rasa macam tu?,”
Jasmin menjeling. Wajah serius Razman dibalas dengan muncung panjang.
“Entah-entah you yang racun fikiran budak-budak tu. Suruh budak-budak tu benci kat I,”
“What?,”
“Manalah tahu. Saja nak cari jalan nak berpisah dengan I,”
Razman mengeluh keras. Kata-katannya seakan tidak diterima langsung oleh Jasmin. Geramnya juga sudah semakin menebal. Bicara perempuan itu juga sudah mula melencong.
“Memang itu yang paling baik. Memang itu yang paling tepat,”dia bersuara menahan geram.
Jasmin diam. Hilang kata-kata. Tidak mahu lagi meneruskan bicara tentang hubungan mereka. Razman mengeluh panjang.
“You know something, I tak rasa you mahu teruskan semua ni, sebab anak-anak…,”akhirnya dia bersuara ketus. Jasmin mendongak.
“Apa maksud you?,”
“Cuma you saja yang tahu, Min. I pun tak tahu apa yang bermain kat kepala you tu. Cuma satu I nak cakap, jangan sampai I nekad dengan keputusan I dulu. You cakap, you nak teruskan semua ni, demi anak-anak. And, sebab tak sampai hati nak pisahkan anak-anak dengan ibu mereka, I turut kehendak you. Tapi, rasanya sekarang ni, anak-anak dah tak penting pada you, kan?,”
“What do you mean? Apa yang sedang you fikirkan Raz? Jangan berani nak pisahkan I dengan anak-anak I,”
“It’s up to you, Jasmin. You yang tentukan sendiri apa yang you mahukan. I dah bagi keputusan I dulu. Tapi, I tutup mata demi anak-anak. But now, kalau macam ni you buat kat anak-anak, I tak menyesal dengan keputusan I tu,”
Jasmin diam. Razman menutup bicara. Cuma ingin menanti reaksi Jasmin.
“I… I rindu untuk hidup macam dulu Raz…,”
Razman tergelak sumbang. Mustahil. Mustahil untuk dia teruskan hidup ini seperti dulu.
“You tahu itu mustahil bagi I,”
Jawapan Razman membuat Jasmin tertunduk. Dia tahu dirinya yang bersalah. Namun, meneruskan hidup dengan cara sebegini, membuat dia tersepit. Membuat jiwanya memberontak.
“You cakap, you dah maafkan I?,”rendah suara Jasmin meminta ruang untuk diberi satu lagi peluang.
“I maafkan you. Tapi, tak mungkin I boleh terima you semula. Terima you seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tak mungkin. At least tidak sehingga ke saat ini,”
“Raz…,”
“I tak nak cakap pasal kita. These nothing yang perlu kita bincang. Sekarang I nak you ingat tanggungjawab you sebagai ibu kepada Risha dan Shadiq. Ingat. Jangan sampai I hilang sabar,”pantas Razman menyampuk. Tidak mahu berbincang tentang perkara yang menghiris perasaannya itu. Tidak mahu membuat amarahnya muncul semula. Tidak mahu perasaannya bergalau rasa benci semula.
“Kita perlu bincang, Raz,”
“For me, semuanya dah jelas. Tak ada apa yang hendak dibincang. Cukup. Jangan ingatkan I pada perkara tu lagi. I tak nak ingat. I tak nak fikir,”
“I tak boleh hidup macam ni, Raz,”
“I tak pernah paksa you hidup macam ni. You bebas pilih apa pun pilihan yang you nak. I tak ada rasa nak halang pun. You tak boleh hidup dengan I, then tinggalkan kami. I boleh jaga anak-anak. I yakin anak-anak lebih terurus dengan I,”
“You dah ada calon ibu baru ke untuk mereka? Beria-ia benar bunyinya,”suara sendu Jasmin tiba-tiba berganti sinis.
Razman bergerak menuju ke pintu. Tidak mahu melayan tuduhan melulu Jasmin. Kalau dilayan, pasti pertengkaran akan berlanjutan. Tiada guna bertengkar tentang sesuatu yang sudah musnah. Apa yang lebih penting, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu masalah antara dia dan Jasmin menjejaskan perasaan Marisha dan Shadiq. Dia tahu mustahil untuk dia mengimbangi itu semua. Namun, sekurang-kurangnya dia sudah sedaya – upaya mencuba. Mengenepikan egonya sebagai lelaki demi Shadiq dan Marisha. Menyekat segala bayangan menyakitkan daripada menjelma setiap kali dia memandang wajah Jasmin. Sungguh tidak mudah untuk dia lakukan semua itu. Meletak perasaannya di tempat terakhir juga demi Shadiq dan Marisha.
“Raz! You nak ke mana? I belum habis cakap,”
Razman berhenti di pintu. Menoleh.
“I tak ada apa lagi nak cakap. Better you turun and ambil hati Risha and Adiq,”dia bersuara sambil berlalu. Meninggalkan Jasmin menahan rasa. Sikap acuh tidak acuh itu membakar perasaannya. Betul-betul dia dipinggirkan. Razman benar-benar tidak dapat menerimanya. Perhatian Razman padanya sudah lama hilang. Ternyata kata-kata Razman semuanya telah terkota. Namun, dia tidak layak untuk meletakkan kesalahan di bahu Razman. Dia yang mulakan segala kemelut ini. Dia yang khilaf. Dan, dia yang salah. Tanpa sedar, pipinya basah perlahan-lahan.
“I miss you, Raz…,”

****
[11:35:50 PM] hos.getah: