Sunday, July 12, 2009

SPECIAL BYMB VS DANNY DELAILA 1

SEKADAR MEMERIAHKAN BLOG YG MACAM DAH BERSAWANG...HUHUHU
Menyampah! Aku tarik muncung. Entah sekaki entah sedepa panjangnya, aku pun tak pasti. Yang pasti, aku geram betul mendengar kata-kata itu. Ini bukan kali pertama hati ini diguris begitu.
“Orang duduk jauhlah ni. Menyampah,”aku bersuara separuh merajuk. Memang merajuk pun sebenarnya. Segera aku bergerak jauh ke birai katil. Mengerling ke arah Encik Firdaus. Tunggu dipujuk. Melihat Encik Firdaus santai membelek majalah bersama dahi yang berkerut-kerut, cepat-cepat aku mencapai bantal dan selimut.
“Orang tidur kat sofa,”rajukku sambil menarik muncung.
“Terima kasih, sayang,”
Hah?! Terima kasih? Aku berpaling. Merenung tajam wajah suamiku @ Encik Firdausku yang seorang ini. Macam tak percaya. Memang tak percaya. Aku gertak nak tidur di sofa, dia ucapkan terima kasih? Suamikukah ini? Atau saat ini dia sedang dirasuk sesuatu?
“Terima kasih, bang?,”
“Yalah. Sebab faham keadaan abang,”
Faham? Aku menggigit bibir. Ini bukan faham bang, ini merajuk!
“Abang ni kenapa? Dah tak sayang Tiya ke? Sia-sia aje abang kejar Tiya ke hulu ke hilir, kalau setakat kahwin enam bulan abang dah tak suka kat Tiya,”aku bersuara sendu. Sedih betul.
“Bukan macam tu sayang. Abang minta maaf. Tapi, abang pening sangatlah,”
“Kalau pening, makanlah ubat. Tiya ambil ubat ya. Tak pun… Nak Tiya picitkan?,”
“Tak payah…tak payah…,”
Langkahku mati serta-merta melihat suamiku itu bergerak berundur ke belakang. Takut benar kalau-kalau aku hampir dengannya. Tindakan yang menambahkan geram di hatiku.
“Kalau macam ni, biar Tiya tidur kat bilik lainlah. Tak nak tidur kat sofa. Sakit belakang,”sebaik habis bicaraku, Encik Firdaus kulihat cepat-cepat berdiri. Menghalang langkahku. Aku menjeling sambil memeluk erat bantal dan selimut di dada.
“Jangan sayang. Nanti kecoh satu rumah. Tak apa. Sayang tidur kat katil. Abang tidur kat sofa. Okay?,”
Aku mula bercekak pinggang. Masih juga nak tidur asing-asing? Aku sudah mula musykil. Musykil sangat-sangat.
“Abang! Abang ada perempuan lain ek? Dah tak suka dengan Tiya? Kalau tak suka dah kat Tiya, tak apa. Tiya boleh balik rumah mak. Boleh duduk dengan mak,”
“Bukan macam tu sayang. Abang tak sihatlah. Tak tahu kenapa. Sejak akhir-akhir ni, memang tak sihat betul,”
Aku mencemik. Entah-entah alasan saja.
“Tak sihat pergilah klinik. Jumpa doktor,”
“Dah. Dah dua kali abang jumpa Mia. Dia cakap, tak ada apa-apa,”
“Jumpa Mia? Tak cakap dengan Tiya pun,”
Encik Firdaus tersengih.
“Abang singgah kat hospital hari tu. Jumpa dia,”
“Oh… ada affair dengan Mia yang cantik tu ya?,”aku mula bercekak pinggang.
“Cemburulah tu…,”
“Tak,”
“Dah tu, siap bercekak pinggang tu, kenapa? Dah macam nak buka silat abang tengok tu..,”
Aku menjeling tajam. Cakap sakit kepala. Tapi, boleh pula mengutuk aku.
“Lain kali nak jumpa Mia, bawalah Tiya sekali,”
“Kenapa? Nak jadi bodyguard abang?,”
“Taklah. Abang jumpa Mia…Tiya boleh jumpa Abang Kamal. Lama tak sembang-sembang dengan Abang Kamal,”
Encik Firdaus mencemik.
“Sorry sayang, abang tak jealous lah,”
Aku jegilkan mata. Encik Firdaus tergelak kecil. Macam tahu-tahu sahaja aku sengaja mahu memancing cemburunya.
“Entah-entah abang ada affair dengan secretary abang tu, tak?,”aku bersuara menutup rasa malu, apabila umpanku tidak mengena.
“Tiya… sekali aje abang ada affair dengan secretary tau. Lepas tu, dah tak ada,”
Hah? Sekali aje? Maknanya ada ke?
“Ada ke bang?,”soalku perlahan. Pengakuan jujur dari Encik Firdaus nanti pasti membuat hati ini bertambah parah. Tapi, aku kena tahu juga. Kepala mula berputar mengira setiausaha Encik Firdaus selepas aku berhenti. Dua atau tiga orang? Selepas kakak Haryati, penggantiku itu berhenti, ada dua setiausaha yang menghuni mejaku dulu. Hatiku sudah cuak. Curangkah suamiku ini? Kerana kecurangan itukah setiausaha-setiausaha itu berhenti? Tidak! Aku mahu percaya alasan Encik Firdaus yang dulu. Alasan bahawa sukar mencari pembantu yang benar-benar boleh mengikut cara dia bekerja.
“Siapa bang? Sampai hati, abang tak jujur dengan Tiya…,”aku terduduk ke katil semula. Lemah lutut mendengar cerita yang menghangatkan hati ini.
“Lawa orangnya. Putih. Kalut sikit. Tapi, baik hati…,”
Aku tahan nafas. Telinga sudah berasap. Aku Cuma mahu tahu siapa. Bukannya mahu tahu semua tentang setiausahanya itu.
“Tapi tulah. Abang tak tahan sikit dengan satu aje sikap dia,”
“Ooo… tak tahan dengan sikap dia, abang break up lah ya? Cakap kat Tiya secretary abang yang mana?,”
“Lupa nama dia. Banyak betul nama dia. Tapi, dia kuat cemburu,”
Kuat cemburu?
“Tak makan sayur,”
Tak makan sayur?
“Suka panjat pokok,”
Suka panjat…aku mula tersenyum.
“Ada kucing, nama tak glemer langsung,”
“Abang jahat! Suka sakitkan hati Tiya tau,”aku menjerit geram. Sia-sia aku cemburu. Cemburukan aku sendiri. Buat apa? Encik Firdaus tergelak besar.
“Abang jahat!,”aku melompat menyeberangi katil. Cepat-cepat Encik Firdaus berundur.
“Jangan dekat dengan abang,”
Aku berhenti. Kening sudah berkerut semula.
“Kenapa?,”
“Abang rasa macam nak… nak muntah,”
“Nak muntah?,”
Encik Firdaus tersengih. Aku bungkam. Berpaling semula menuju ke katil. Nekad betul Encik Firdaus tidak mahu mendekatiku.
“Sayang?,”
Aku pekakkan telinga. Menarik selimut menutup muka.
“Marah ke?,”
Tangan aku mencapai bantal. Menutup telinga. Terasa sentuhan lembut di bahuku.
“Merajuk ya?,”
“Sorry. Abang tak patut cakap macam tu ya? Tapi, betul sayang. Mungkin abang makan banyak sangat petang tadi,”
Aku mencebik. Siapa suruh makan banyak sangat? Hatiku mula membebel.
“Tahulah tak ada siapa suruh. Tapi, kenapa ya? Lately, selera makan abang melampau-lampau pula,”
Aku menggigit jari. Sejak berkahwin, Encik Firdaus semakin arif dengan apa yang sedang bermain di hatiku. Pelik sungguh. Aku menarik nafas. Tersekat. Sudahnya selimut kuselak tiba-tiba. Lega. Lemas berselubung dengan selimut. Encik Firdaus kulihat sedikit tersentak.
“Kenapa ni?,”
“Lemas,”jawabku sepatah. Masih bersama dengan muka yang mencuka. Encik Firdaus tergelak.
“Mahu tak lemas. Dah macam doreamon kena bungkus,”
“Abang ni. Siapa doraemon?,”
“Sayanglah,”
“Tak baik cakap Tiya macam tu. Patutlah dah tak nak dekat dengan Tiya. Sebab Tiya dah tak macam dulu ke?,”
“Siapa cakap tak nak dekat? Cuma, abang kurang sihat dua tiga hari ni,”
“Yalah tu. Tiya nak tidur. Jangan kacau,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Tidurlah. Good night, sayang,”
“Itu aje?,”
Encik Firdaus senyum lagi. Bergerak menghampiriku. Mendekatkan bibirnya ke dahiku. Namun, belum sempat bibir itu menyentuh dahi, dia cepat-cepat bangkit. Berlari ke bilik air. Aku termangu. Pelik. Kenapa dengan suamiku ini?

****
AISEYYY MAN...BERSAMBUNGLAH

17 comments:

.:farah:. said...

he~
best2..
nak lgi!!
haha,...
neh msti Tiya ngandung neh..
haha

eilawaniey said...

hehehe, baru je abes baca novelnya mlm td, arini dah ada sambungan..best2!thanks!

sepatu biru said...

hahaha. confirm,tiya ngandung..
hahaha..
syok2...
en firdaus da muntah2... lain macam je..
tapi bagus gak..
wife ngandung,husband yang tanggung muntah2 n pening2 cam tu..
baru adil dan saksama.. hahaahha.. :D

best, cepat2 sambung...

Nomie Aziz said...

betul tu sepatu biru, baru win-win situation..hahaha

Anonymous said...

hakhak..suke2..
nk lg..nk lg..

hmm..bile PAm nk klr??
dh x sbr nk bc..

MaY_LiN said...

hahaha..
tiya n firdaus..
nk jadi pama..
hikhikhik

keSENGALan teserlah.. said...

wahaaaa..
tiya pregnant nieh..
en firdaus lak kene..
hahahaa..
ske2..

Anonymous said...

yeyy...sgt suke cite ni... cpt2 smbg.. xsaba nk bace

miss nina said...

hehehee.. tiya ngandung.. en firdaus lak yg mual
hehehe.. kak hanni2x:)

~s.u.E.L.a.i.e.Y~ said...

huhu..
best2..
nk lagi2..
baru semalam khatam novel BYMB utk kali ke 3, da ade smbungan plak..

nin said...

hahaha.. rasanya tiya mngandung.. tpi yg teruk en firdaus.. menarik tu..

Anonymous said...

wahhhhhh..semangat kat blog k.hanni mula dahhh..
cepat2 sambung kak...
ceriakan blog ni lagi ngan cerita2 baru akk ok..layannnnnnn zassssssss..


salmiiiii irelandddddddd..

galway ireland

Nurul said...

kelakarrr ,
tiya pregnant ke ?
haha fir plak yg rasa nk muntah haha ,
nk lg ye kak hanni :D

Anonymous said...

salam...
thnks kak hanni 4 n3 tyea ngn en.firdaus nie..hihii
6paknya BYYB versi novel mmg cmfem kne cri..mkin best lah plk cte nie..huhuu

kak hanni bl nk smbng nvel2 yg lain??xsbar nk bc n3 yg lain plk..

~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

b2l2...

rasa mcm tiya tu peknen je!~

cpt smbung kak hani!~

Anonymous said...

kak hani cepat smbg bestla sy dh khatam novel dh msk kali ke 5 dh... cite best..cepatla smbg cite lain sme..letih tggu..

Nur Auni Syadiah Rauqah said...

best sesgt cerite ni....kak hanni ni ade BYMB ni ade part II ke?.....
tak sabar nk tunggu PAM terbit nk beli....

[11:35:50 PM] hos.getah: