Saturday, July 18, 2009

Kuseru Rindu Itu... 23

Nora membetulkan duduk sambil terus menikmati hidangan makan tengaharinya. Membiarkan renungan tajam Aisyah terus memanah wajahnya.
“Cepatlah. Geram betul aku tau,”
“Ala…tak payahlah,”
“Cepatlah cerita. Apa storynya? Tadi beria-ia sangat,”
Suapan Nora terhenti. Dia memandang wajah Aisyah yang sedikit berang.
“Tadi memang aku nak cerita. Tapi, sekarang aku rasa serba-salahlah. Lupakanlah. Anggap aku tak cakap apa-apa pun,”
“Kau ni Nora! Ini yang aku tak suka ni. Tadi bukan main lagi nak bercerita. Sekarang tak jadi pula,”
“Bukan macam tu….,”
“Kalau bukan macam tu, macam mana? Malaslah kawan dengan kau ni,”
Nora tersengih.
“Alaa…janganlah marah. Bukan aku tak nak cerita. Hmmm….okay macam ni. Aku cerita. Tapi, kau kena janji…sumpah…kau tak akan cakap kat siapa-siapa. Ini rahsia kita berdua saja. Apa aku cakap ni, semuanya habis kat sini aje. Aku tak nak cerita ni heboh satu office. Nanti mesti Puan Idayu fikir yang bukan-bukan pasal aku,”
“La…pasal Puan Idayu ke? Bukan pasal kau?,”
“Kalau pasal aku, dah lama aku cerita. Kau ni….Kenapa? Kau tak nak dengar pasal Puan Idayu? Lagi bagus. Aku tak payah cerita,”
Aisyah tersenyum panjang.
“Kalau pasal Puan Idayu, lagilah aku nak tahu. Okay. Aku janji. Aku sumpah. Aku tak cakap kat siapa-siapa pun. Semua habis kat sini saja,”
Nora tersenyum kecil.
“Aku cerita ni, sebab kau kawan baik aku tau. Tapi, lepas ni, kalau aku tahu cerita ni tersebar, aku tak akan percaya kat kau sampai bila-bila. Jangan harap aku cerita apa-apa lagi kat kau,”
”Yalah. Aku tahu. Kan aku dah janji tadi. Siap bersumpah lagi. Cepatlah cerita,”
Nora memandang sekeliling. Melihat kalau-kalau ada sesiapa yang mencuri dengar.
“Kau tengok apa? Mana ada orang kat sini? Kita berdua aje kat pantry ni,”
“Mana kau tahu?,”soal Nora masih curiga. Risau kalau ada yang mendengar ceritanya nanti.
“Tiap-tiap hari, Cuma kita berdua sajalah yang makan kat sini. Yang lain, semua makan kat luar. Puan Idayu tadi, beritahu aku dia keluar makan dengan client. Encik Hisyam pula, belum balik office lagi. Mana ada orang. Kau dengan aku aje. Tak payahlah nak suspen lebih-lebih. Ceritalah. Apa ceritanya?,”
“Pasal Puan Idayu,”ujar Nora perlahan.
“Kenapa dengan Puan Idayu?,”
“Kau ingat tak Puan Idayu minta aku tolong dia kemas bilik Encik Hisyam minggu lepas?,”
Aisyah mengangguk. Masih belum menemui sebarang cerita menarik dari penjelasan Nora.
“Lepas tu dia ajak aku keluar makan. Kau tahu apa yang aku Nampak?,”
“Manalah aku tahu. Jangan buat gimmick macam ni, boleh tak? Ceritalah betul-betul,”
Nora tersenyum.
“Kalau aku cerita mesti kau tak percaya,”
“Nora! Cerita ajelah,”Aisyah bersuara geram. Membuat Nora tergelak seketika.
“Aku Nampak Encik Hisyam dengan seorang perempuan,”
“Alaa..kau ni. Macamlah Encik Hisyam tak pernah keluar dengan perempuan. Kawan business dialah tu. Itu pun nak hairan. Entah apa-apalah kau ni,”Aisyah mengomel perlahan.
“Kau dengarlah cerita aku dulu,”marah Nora apabila Aisyah tiba-tiba menyampuk.
“Yalah. Yalah. Aku dengar,”
Nora menjeling geram.
“Kalau dah perempuan tu pegang-pegang tangan Encik Hisyam macam ni…usap-usap pipi Encik Hisyam macam ni… kawan business ke namanya tu?,”sambung Nora sambil mengelus lembut lengan dan mengusap perlahan pipi Aisyah.
“Gelilah wey…,”Aisyah bersuara sambil tergelak. Cepat-cepat menepis tangan Nora yang melekat di pipinya.
“Kawan business ke kalau macam tu?,”Nora bersuara lagi sambil mengangkat kening. Membuat dahi Aisyah berkerut. Kepalanya seakan tidak mahu memproses kata-kata Nora.
“Kau jangan buat cerita Nora,”akhirnya dia bersuara dengan nada tidak percaya. Nora tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.
“Betul tak aku cakap? Kau mesti tak percaya, kan?,”
“Memang aku tak percaya. Takkan Encik Hisyam nak buat macam tu. Eh, memang mustahillah. Kau saja mereka cerita kan?,”
Nora menjeling marah. Tersinggung dengan kata-kata temannya itu.
“Malaslah aku nak cerita. Lupakanlah. Anggap aku tak cakap apa-apa. Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Tak ada masa aku nak reka cerita macam tu, tahu! Cerita memburukkan majikan pula tu. Sampai hati kau tuduh aku macam tu,”rajuk Nora sambil menguis nasi di hadapannya. Membuat Aisyah menjadi serba-salah.
“Jadi, kau tak tipu?,”
“Tak.”
“Kalau macam tu, aku minta maaf. Sorry ya… So, sambung balik cerita tu. Aku nak dengar,”pujuk Aisyah lembut. Kalau itu bukan cerita rekaan, memang dia kemaruk mahu tahu keseluruhan cerita.
“Ceritalah….,”
“Aku kan saja-saja reka cerita…,”
“Nora, please lah. Kan aku dah minta maaf. Cepatlah sambung,”
“Yalah…yalah..kat mana aku carita tadi?,”
“Kau cakap kau terserempak Encik Hisyam dengan perempuan..,”laju Aisyah menjawab.
“Haa…ya,”balas Nora sambil membetulkan duduknya. Mencari keselesaan untuk meneruskan ceritanya.
“Cantik ke perempuan tu?,”soal Aisyah tidak sabar.
“Cantik. Cantiklah jugak. Seksi sikit. Tak macam Puan Idayu,”
“Puan Idayu? Dia Nampak?,”
“Mulanya aku yang Nampak. Terkejut betul aku tengok Encik Hisyam dengan perempuan tu. Emosi punya pasal, aku tak sengaja terpanggil Puan Idayu,”
“Jadi, Puan Idayu pun nampaklah ya?,”
“Mulanya tak lah. Tapi, bila aku tunjuk, dia tengoklah,”
“Apa reaksi dia? Dia marah? Masaklah Encik Hisyam dengan perempuan tu ya?,”
“Inilah yang lagi aku tak percaya. Macam mana aku terkejut tengok Encik Hisyam, macam tulah juga aku terkejut tengok reaksi Puan Idayu,”
Aisyah menggaru kepala.
“Kenapa?,”
“Cool gila kau tahu. Tenang saja dia tengok suami dia dengan perempuan lain. Aku tengok muka Puan Idayu langsung tak nampak marah. Tak nampak sedih. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kau tahu tak, masa tu, aku rasa aku lagi emosional daripada Puan Idayu. Aku yang geram. Aku yang sakit hati sangat-sangat tengok Encik Hisyam macam tu…,”
Aisyah tergelak besar.
“Memanglah kau sakit hati. Kau kan syok dekat Encik Hisyam tu,”
Mendengar ayat yang meniti di bibir Aisyah, Nora jegilkan mata sambil menampar kuat bahu temannya itu.
“Aduh. Sakitlah,”
“Kau ni, cakap main sedap mulut je,”
“Eh, tak betul apa aku cakap?,”
“Aku Cuma suka tengok sajalah. Bukannya aku syok kat Encik Hisyam tu. Kau jangan cakap macam tu. Nanti, kalau ada orang dengar, mesti jadi salah –faham. Tak pasal-pasal aku kena buang kerja. Tahu tak?,”
Aisyah sekadar tersengih panjang.
“Tak sangka Encik Hisyam buat Puan Idayu macam tu, kan? Padahal, dorang berdua tu, punyalah sweet couple aku tengok,”Aisyah bersuara sambil termenung panjang.
“Tulah. Aku pun macam atak percaya aje,”
“Tapi, takkan Puan Idayu langsung tak cakap apa-apa?,”Aisyah bertanya lagi. Nora mengeluh panjang.
“Ada… tapi, aku tak puas hati betul dengan pendapat Puan Idayu,”
“Apa pendapatnya?,”
“Dah tengok suami dia macam tu, dia boleh cakap, tak baik buat kesimpulan terburu-buru. Selidik dulu. Dia kata, apa yang kita tengok, mungkin tak seperti apa yang kita fikirkan. Tak boleh buat tuduhan melulu. Buat kesimpulan terburu-buru. Mana boleh macam tu. Dah sah-sah Encik Hisyam tu main kayu tiga,”
Aisyah mengangguk perlahan. Setuju dengan kata-kata Nora.
“Aku tak fahamlah. Apa sebenarnya yang Encik Hisyam tu cari, ya? Aku tengok, Puan Idayu tu, langsung tak ada kurangnya. Baik…sopan..lemah-lembut…cantik…tak sombong. Pendek kata cukup semuanya. Kalau aku ni lelaki, dapat pulak isteri macam tu, memang tak adanya aku nak pandang orang lain lagi dah,”Aisyah bersuara setelah agak lama berdiam diri. Nora Cuma menjungkit bahu sambil mencapai gelas minumannya.
“Ek hem… siapa yang baik, sopan, lemah lembut tu?,”
Satu suara menyapa dari belakang, membuat Nora dan Aisyah terkedu. Perlahan kedua-duanya berpaling. Hisyam tercegat di belakang di pintu pantry.
“Err… mak saudara saya, Encik Hisyam. Saya tengah cerita pasal mak saudara saya kat Nora ni. Kan Nora?,”
Nora mengangguk laju.
“Ha ah. Betul tu Encik Hisyam. Encik Hisyam dah lama ke berdiri kat situ? Sorrylah. Kami tak perasan,”
“Tak pun. Saya baru sampai. Puan ada?,”
“Puan keluar lunch dengan client,”Aisyah menjawab bersama senyuman yang cukup lebar. Menutup gundah di hati. Risau kalau-kalau Hisyam mendengar bicaranya sebentar tadi. Hisyam mengangguk perlahan.
“Okay. Sambung balik makan tu. Sorry mengganggu,”
Nora tersengih.
“Tak apa, Encik Hisyam. Dah sudah makan pun,”
Hisyam tersenyum hambar. Melangkah perlahan menuju ke biliknya. Saat itu, dia bagai hilang rasa. Sebaik telinganya menangkap satu persatu cerita Nora, terasa bagai dirinya dihempap satu batu besar. Tiba-tiba dia menjadi lemah. Tiba-tiba dia menjadi tidak berdaya. Rupa-rupanya Idayu pernah terserempak dia bersama Maisara. Rupa-rupanya Idayu sudah tahu kecurangannya. Tetapi, kenapa Idayu masih begitu baik dengannya? Kenapa layanan Idayu padanya tidak sedikit pun berubah?
“Ayu risau. Kalau-kalau abang dah jumpa cinta abang… dan tinggalkan Ayu…,”
Tiba-tiba sebaris kata-kata sendu Idayu terlintas di fikirannya. Patutlah Idayu termenung panjang. Juga, patutlah Idayu menangis di dalam pelukannya. Sekali lagi dia dihukum rasa bersalah dek ketenangan Idayu. Dek kesabaran Idayu.
Dia menghela nafas panjang. Mahu sahaja dia singkirkan rasa bersalah yang tersekat di dadanya. Pedih memikirkan hati Idayu saat ini hancur kerananya. Perlahan dia melurut rambut sambil bersandar ke kerusi. Hatinya berkocak hebat. Berperang dengan perasaan sendiri. Deringan telefon bimbitnya, membuat dia sedikit terganggu. Dengan lemah telefon di dalam poket seluar, dikeluarkan. Lebih sayu apabila melihat nama Idayu terpamer di screen telefon bimbitnya. Laju jemarinya menerima panggilan itu.
“Hello,”
“Abang. Abang kat mana ni?,”
Hisyam pejamkan mata. Cerianya suara Idayu seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Keceriaan yang membuat suaranya jadi tersekat di kerongkong.
“Abang…,”
“Abang dah sampai office. Kenapa?,”
“Ayu kat luar ni. Baru lepas discussion dengan Encik Rizal. Abang dah makan ke ni?,”
Hisyam diam. Sungguh dia tidak sekuat Idayu.
“Abang…are you there? Busy ya?,”
“Tak, Ayu,”
“So, abang dah makan ke?,”
“Belum,”
“Hmm… abang nak makan apa? Ayu belikan. Sorrylah bang. Ayu dah makan tadi dengan Encik Rizal. Ayu bungkuskan aje untuk abang ya?,”
Hisyam menelan liur. Bibir mata terasa panas tiba-tiba. Kenapa Idayu sebegitu sempurna? Dan, kenapa dia harus berasa masih ada kekurangan di dalam kesempurnaan itu? Kenapa?
“Abang…abang okay ke? Kenapa diam?,”
Mendengar soalan Idayu yang jelas bernada risau, Hisyam berdehem perlahan.
“Abang okay,”
“Abang marah Ayu sebab tak tunggu lunch dengan abang ke?,”
“Taklah. Kenapa abang nak marah?,”
“Yalah. Pagi tadi kan, Ayu janji nak lunch dengan abang…,”
“It’s okay. Abang tak marah,”
“Terima kasih,bang. So, abang nak makan apa? Ayu on the way nak balik office ni,”
Suara Idayu lembut menyapu telinganya.
“Apa-apa aje lah. Abang tak kisah,”
“Okay. Assalamualaikum, bang,”
“Ayu…,”pantas dia bersuara sebelum talian diputuskan.
“Ya, bang?,”
“Abang sayang Ayu,”
Terdengar gelak halus di hujung talian.
“Ayu sepuluh kali sayang abang,”
“Abang bahagia dengan Ayu,”
“Ayu seratus kali bahagia dengan abang,”
Idayu membalas tiap kata-katanya dengan nada bergurau. Namun, dia tahu Idayu tidak pernah main-main dengan perasaan itu. Gelak Idayu saat ini bagai sembilu yang menghiris hatinya. Pedih dan pilu. Terlalu kejamkah dia pada Idayu?

****

27 comments:

alin said...

adoiiyaiiiiiiiiii
cedihhhhhhhh...gilerrrrrrrrr
bru hisyam tau sbrnyer ayu tu
kalau pompuan lain dh lme kne amuk.......
huhuhuhuhu

~~JawaPan r!ndu~~ said...

adohai..
sedeyyy
bodoh punyer laki,,,

sepatu biru said...

argh.. sedeyh gle..
nak je nangis rasenye...
ngok tol la hisham ni.. de wife sebaik ayu pun nak disia2kan..
geram tol...
waaa.. :((

cpt2 sambung.. best!

farra said...

cepat2 smbung lg ye kak..x sbr nk abeskan citer ni..besh!

Nia Arissa said...

berat mata memandang...
berat lagi bahu yang memikul ...

Hana_aniz said...

huhuhu.. sedih.. memang stupid la laki tu. harap dia menyesal seumur hidup! pandai kak hanni.. hui... harap cepatlah sambung ye?? x leh tahan nak tggu n3 bru. huhu.. penantian suatu penyiksaan... pape pn, thanks sgt2!! alas, ada gak sambungn lg..

LiNa said...

waaaa...sedih nyer..
nape hisyam tue? cian kat ayu..
cptla sedar..
sambung lagi yer..(panjang2 tau)
hehehe..

aqilah said...

inilah hakikat yg kita seorang isteri tak dpt nak terima, si suami memuji kita cantik, baik tapi masih mahu melukakan hati kita, masih mahu mencari yg lain. sikap idayu hanya 1 dalam seribu. kalau benarlah ada seperti idayu di dunia ni, i mmg salute! kalau i, no way!!!!!!!!!!!! ckp berlapik gak.. he... apapun hanni, mmg best!!!!!!

antonim said...

mmg kejam la hisyam tuh..
xpadan btol ngn ayu tuh..
hampeh la hisyam!!
huhuhu~~~

Anonymous said...

isshhhhhh!!geramnyerr ngan si hsham tu!!

candlesky said...

T_T

Nak nangis rasa..
Ayu... Tabahnya dirimu...

Aima.. said...

ayuuuuuuuuu... sian nye ayu... sabar je lah ye..

-aima-

nIN said...

aduhhh..sakitnya sy rasa..smpai x ble nk komen, coz tsekat2 kt kerongkong cm nk nangis pun ada bila knangkan ayu...

Anonymous said...

sedihnya...smbung lagi yer..xsabar nak tau pe jadi ni..

Ju'A said...

sedih nya...cian kat ayu...hanni cpt2 lah sedarkan hisham tu...

Anonymous said...

Memang bodos! lh hisham tu...


-manja.lara87-

Anonymous said...

itulah cara yg perlu isteri lakukan kalau nak selamatkan rumahtangga. kerana pada saya serang menyerang nie dah tak relevan. thank k.hanni untuk n3 nie. saya mengambil semangat ayu. semoga tuah memihak pada ayu seperti saya.

Anonymous said...

respect giler dgn sikap ayu. tabah dan sabar. btul tindakannya. buat apa malukan diri sndri p serang suami atau pompuan x sedar diri tu mcm tu je..drp malukan diri baik baik heppikan diri..ingat tak laku ke???hehehe..tp dlm dunia la ni, pompuan yg gilakan suami org mmg bersepah..cuba org ambik suami dia plk, maunya dia isytihar perang dunia ke-4. Hanni, cepat smbg. x sbr tgu n3 trkni.

sitinurfaraain69 said...

buku ni da kluar kt pasaran ke blum??best sgt cite ye..and sume novel yg akk hasil sume best..

Anonymous said...

kak hanni, u make me crying again.. T_T

Anonymous said...

kak hani..please wat sambungan cerita ni
saya btul2 harap crita ni ada sambungan n kalo bley di bukukan..

Anonymous said...

this is really a sad story
saya x tau mcm mana ada orag yang stabah edayu..
for kak hani keep it up ur good work
saya suka sgt baca tulisan kak hani..
i really hope that i have such a talent in writing like you..
but saya mmg x da bakat dalam mnlis..

Anonymous said...

cpt2...
xsbr tggu next n3...huhu...

aieda said...

salam mesra kak hanni....
best la cite ni..
mula2 tak beminat nak membaca.mcm ada slow ckit.
tapi sangkaan saya meleset sama sekali...
btol2 best.
diluar jangkaan btol tahap penulisan kak hanni...
cpt la buat sambungan KSRI ni...
btol2 tak sabar nak tahu perasaan hisyam kat ayu.
nak tgk gak kekecewaan borhan stlh dia tglkan idayu...
ada gak pempuan yang tabah macm ayu....
btol2 terharu...

truly in love-aieda

Izz Faizah said...

bodoh punye laki...tak gune...
kalu aku..dah lame aku minx crai..
hehe..

日月神教-任我行 said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室

Nurul QisDhira said...

peerrrgghh!! sedih gilerr...
mmg cool la idayu tu....
seorg yg sgt penyabar...
i like her character ;)

[11:35:50 PM] hos.getah: