Saturday, October 31, 2009

Di Penghujung Rindu 10

“So, Puan Nurul Huda sihat?,”
Nurul Huda menjeling bersama senyum lebar. Kemudian matanya dihalakan pada air terjun buatan yang menghiasi taman. Soalan Fairuz dibiarkan sepi. Fairuz tersenyum panjang. Pertemuan pertama selepas sekian lama temannya itu menghilangkan diri.
“Kau tak nak ucap tahniah pada aku, pun,”
Nurul Huda menoleh. Fairuz sambung senyum sambil berpeluk tubuh. Pasti sedang menanti ucapan tahniah daripadanya.
“Sorry. Aku terlupa. Encik Fairuz…jauh dari dalam hati aku, tahniah. Akhirnya kau dapat cinta kau. Tahniah ya,”
“Terima kasih,”balasnya sambil kembali mengambil tempat di hadapan Nurul Huda.
“Aku akan tunggu sampai jodoh aku dengannya, Huda. Itu janji aku pada diri aku sendiri. InsyaAllah kalau ada jodoh, dia tetap akan menjadi milik aku,”
Fairuz mengangkat muka. Sedikit terpinga-pinga dengan kata-kata yang baru meniti di bibir Nurul Huda. Nurul Huda tersenyum kecil.
“Kata-kata kau dulu. Aku tak pernah lupa. Dan, hari ni, Lia benar-benar jadi milik kau. Doa kau selama ni, dah termakbul. Tahniah pada kau. Tapi, aku simpati pada Kimi,”
Fairuz diam. Perlahan-perlahan dia teringatkan kata-kata itu. Kata-kata yang pernah dia ucapkan pada Nurul Huda. Wajah Nurul Huda direnung dalam diam. Dua rasa berbeza untuk dua insan berbeza. Mungkin dia pun simpati pada Hakimi. Namun, kalau Hakimi tidak kehilangan Camelia, mustahil kini Camelia akan menjadi miliknya. Dalam diam, dia sebenarnya gembira di atas kesedihan temannya itu. Tetapi, itu cerita empat tahun dulu. Dia hormat pegangan hidup Hakimi. Ternyata apa yang berlaku, sedikit pun tidak mencemar hubungan persahabatan mereka. Hakimi tabah? Atau, cinta Hakimi pada Camelia tidaklah sedalam mana? Jawapannya cuma ada di hati Hakimi.
“Mungkin memang Kimi jodoh kau, Huda,”akhirnya dia bersuara sambil menatap wajah Nurul Huda.
Nurul Huda tersenyum kelat. Mustahil Hakimi jodohnya kalau perpisahan sekian lama sedikit pun tidak memberi kesan pada Hakimi. Namun, dia harus akur. Itu semua bukan salah Hakimi. Hati dan perasaaan tidak mungkin boleh dipaksa.
“So, kau dengan Lia macam mana? Lia macam mana? Macam mana kau dengan dia boleh nikah? Kimi cakap, seminggu sebelum dia orang nikah, Lia tahu rahsia kami. Tapi, macam mana dia boleh kahwin dengan kau? Tergerak nak kahwin dengan kau dalam masa kurang seminggu?,”bertalu soalan meniti di bibirnya sekadar ingin mengelak daripada topic Hakimi terus berpanjangan meniti di bibir Fairuz.
Fairuz tergelak kecil.
“Banyak betul soalan kau. Tapi, aku dapat point kau. End of discussion pasal Kimi. Kan?,”
Nurul Huda menjawab dengan sekuntum senyum nipis. Menggangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Cuma terus diam menanti jawapan untuk soalan-soalannya.
“Itu kerja gila Lia. Tak tahu apa yang dia fikir masa tu. Entahlah Huda. Aku anggap itu jodoh aku. Semua persiapan kahwin dia dengan Kimi dah siap. Tiba-tiba dia call aku. Ajak aku kahwin. Dia cakap dia tak nak kahwin dengan Kimi,”
“Macam tu aje?,”
“Dia minta aku gantikan Kimi untuk teruskan majlis,”
Bulat mata Nurul Huda memandang wajah Fairuz. Fairuz mengangguk beberapa kali. Isyarat dia serius dengan ceritanya apabila pandangan Nurul Huda penuh dengan riak tidak percaya.
“Semudah itu? Family dia?,”
“Daripada majlis batal, family dia lebih sanggup terima menantu yang jatuh dari langit ni,”
“Gila. Nekad betul. Lia sanggup buat macam tu?,”
“Bukan kau tak kenal Lia. Nekadnya siapa yang mampu ubah?,”
“Kimi macam mana?,”
“Kau tak Tanya Kimi?,”
“Kau ingat dia akan berterus-terang dengan aku ke?,”
Fairuz senyum.
“Kau pun boleh agak kan?,”
Nurul Huda diam. Sungguh sukar untuk dia teka bagaimana Hakimi berhadapan dengan situasi itu.
“Teruk dia kena marah dengan ayah Lia,”
Nurul Huda menarik nafas panjang. Kasihan Hakimi. Kalaulah dia tidak beria-ia menyambut ulangtahun perkahwinan dia dan Hakimi lima tahun dulu, pasti perkara ini tidak akan terbongkar.
“Semuanya salah aku. Kalau aku tak sambut ulangtahun perkahwinan kami…,”
“Huda. Stop blaming yourself. Dia suami kau. Kau berhak buat semua tu,”
“Tapi, tengoklah kesannya sekarang..,”
“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kau yakinlah itu,”
Nurul Huda terdiam seketika. Suara Fairuz sedikit tegas.
“Lepas tu apa jadi pada Kimi?,”
“Lepas semua tu, Kimi jadi semakin berahsia. Kurang bercakap. Apa yang ada dalam hati dia, sesiapa pun tak boleh nak teka,”
“Dia marah kau ke?,”
Fairuz menggeleng.
“Lia? Lia masih marahkan Kimi?,”
“Aku rasa, semua dah boleh terima ketentuan Tuhan. Cuma. Kimi lebih senang untuk tidak bercakap soal perasaan,”
Nurul Huda tunduk seketika.
“Aku bersalah pada mereka. Kan?,”suara Nurul Huda merendah tiba-tiba. Tidak dapat lari daripada terus menyalahkan dirinya sendiri. Angkara tindakannya, Hakimi kehilangan cinta. Angkara tindakannya juga, Camelia memperjudikan masa depan. Memilih untuk mengahwini lelaki yang langsung tidak dicintainya.
Fairuz mengeluh perlahan. Memandang wajah Nurul Huda yang sedikit sayu.
“Sampai bila kau nak terus menyalahkan diri kau?,”
“Sampai Lia bahagia. Sampai Kimi bahagia,”
“Huda…Huda… susah aku nak faham kau ni. Macam mana susah aku nak faham Kimi, macam tu lah aku susah nak faham kau. Untuk pengetahuan kau, Lia…, Alhamdulillah kami bahagia sekarang. Memang apa yang aku lalui bukan mudah. Bukan mudah mengahwini perempuan yang di hatinya ada lelaki lain. Dua tahun kami ambil masa untuk saling jatuh hati. Dan, Kimi… walaupun dia tak pernah cakap, aku yakin, bahagianya ada pada kau. Kalau tidak, dia tak akan sendirian sampai sekarang. Aku tahu, dia tunggu kau. Dia tak pernah bersuara, jauh sekali mengadu. Tapi, aku yakin dia tunggu kau,”
“Kau ni. Tak habis-habis nak buat aku perasan. Kan?,”
“Aku serius,”
“Salah tekaan kau. Aku tak boleh paksa Kimi mengubah perasaannya,”
“Cubalah selesaikan semuanya secara baik. Aku nak tengok kau bahagia dengan Kimi. Barulah adil. Aku dengan Lia. Kau dengan Kimi. Macam yang aku macth kan dulu-dulu,”
Nurul Huda tersenyum lucu. Jelas humor Fairuz tidak pernah hilang. Wajah lelaki itu dipandang lagi.
“Aku tanya. Satu saja jawapannya. Belum jumpa pengganti Lia,”Nurul Huda bersuara perlahan. Bersama sekuntum senyum yang mampu menjentik rasa pilu di hati lelakinya. Fairuz terdiam. Begitukah jawapan Hakimi?
“Dah tu, kau dengan dia, apa ceritanya sekarang? Takkan selesai masalah kau berdua kalau berterusan begini,”
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku rasa, aku patut diam. Tiap kali aku buka mulut. Tiap kali aku bertindak, kesannya cuma menyusahkan orang-orang yang aku sayang. Sekarang, aku rasa, baik aku tunggu sahaja keputusan Kimi,”
“Aku tak setuju. Kau minta saja Kimi bina semula hubungan yang terputus ni,”
Nurul Huda menggeleng perlahan. Dia tidak mahu Hakimi bersamanya hanya kerana permintaannya.
“Aku kenal Kimi. Pasti dia akan terima. Lebih-lebih lagi kami ada anak. Tapi, hatinya macam- mana? Sampai bila dia nak hidup demi nak jaga kepentingan aku? Sampai bila? Aku tak nak dia belakangkan keinginan dia semata-mata nak balas budi arwah ayah aku. Semata-mata nak tengok aku gembira. Kegembiraan dia macam mana?Terlalu banyak dia berkorban untuk aku, Fairuz. Cukuplah. Aku patut bagi dia ruang untuk dia pilih jalan hidupnya sendiri,”
“Perasaan boleh berubah, kan? Cinta boleh dipupuk. Kau sendiri pun. Kahwin dengan dia bukan sebab cinta kan? Tapi, tengoklah apa jadi? Hari ni, kau cinta dia separuh mati. Kan?,”
“Kan…Kan…Kan.. itulah yang kau tahu,” Nurul Huda membalas dengan nada bergurau.
Fairuz tergelak. Nurul Huda mengerling. Diam seketika. Melihat diam Nurul Huda, Fairuz turut melayan perasaan sendiri.
“Fair…thanks,”
Fairuz menoleh.
“For what?,”
“Everything. Kau terus simpan rahsia aku dan Kimi,”
“Siapa aku untuk bongkar semua tu. Cerita sebenar patut keluar dari mulut kau atau Kimi. Bukan dari aku atau Lia,”
Nurul Huda tersenyum. Perbualannya sedikit terganggu dek irama true tone dari poket seluar Fairuz.
“Excuse me,”
“No problem,”
Fairuz senyum sambil bangkit untuk menjawab panggilan. Meninggalkan Nurul Huda yang sekadar memerhati sambil berpeluk tubuh. Melihat wajah Fairuz yang sedikit cemas.
“Why? What’s wrong?,”soalnya sebaik Fairuz mematikan talian.
“I got to go. Lia!,”
“Kenapa dengan Lia?,”
“Pembantu dia cakap, Lia dah mula sakit-sakit,”
“Dah due ke?,”
“Yes. Aku kena ke hospital. Kimi terus hantar dia ke hospital,”
“Kimi?,”
“Ya. Kebetulan Kimi di kedai. Aku kena pergi Huda,”
“Aku ikut?,”
Fairuz mengangguk dan pantas Nurul Huda mengangkat punggung dari pangkin. Dia mahu bersama-sama Camelia.


****

Sunday, October 25, 2009

Duhai hati...6

“Cepatlah sikit Eykal,”
Haikal merengus geram. Tahu Balqis sengaja memberontak.
“Beratlah wey. Beg ni, kau bawalah. Banyak buku ni,”
Balqis menoleh. Tersengih melihat dua beg tersandang di bahu Haikal. Belum lagi beberapa biji buku tebal di tangannya.
“Tu namanya exercise. Kasi tangan kau ada muscle sikit. Baru ramai awek terpikat,”ujarnya sambil kenyitkan mata.
Haikal menjeling. Balqis tersenyum meleret. Puas hati. Geram apabila lelaki itu bermatian tidak mahu dia membawa buku-buku itu. Sudahnya, beg dia juga disandangkan ke bahu lelaki itu. Padan muka.
“Pemalas,”
Balqis menoleh.
“Apa pula? Tadi kau juga tak kasi aku bawa, kan? Sekarang, kau bawalah semuanya. Maklumlah. Aku ni, bukan boleh bawa semua tu kan? Bukan boleh buat itu…bukan boleh buat ini…,”
Haikal berhenti melangkah.
“Ooo…kiranya balas dendamlah ni ya?,”
“Bukan balas dendam. Cuma, aku sedar diri aku ni. semua benda mesti nak kena bergantung dengan orang lain aje kan? Tak boleh nak buat benda sendiri. Kan?,”
“Qis… janganlah cakap macam tu,”
Balqis menjeling bersama wajah yang sudah mendung. Sudah hilang ceria gadis itu. Membuat Haikal diserbu rasa serba-salah. Dia tidak suka melihat wajah itu bertukar muram. Dia sanggup disakat Balqis. Dia sanggup melihat Balqis tergelak setiap kali mengenakannya. Tetapi, dia tidak sanggup melihat wajah itu sedih. Tidak sanggup mendengar suara itu mula merintih sedih.
“Aku tak suka kau cakap macam tu, Qis,”
Balqis membuang pandang. Memang itu kenyataan yang terpaksa dia telan. Tersekat segala langkahnya.
“Semua benda yang orang lain tak suka, aku kena ikut. Tapi, benda yang aku suka, seorang pun tak nak beri aku peluang untuk aku buat,”
Haikal mengeluh. Balqis sudah mula melayan perasaan.
“Jangan cakap macam tu, Qis. Kau kena tahu, semua orang sayangkan kau. Semua orang mahukan yang terbaik untuk kau,”
“Yang terbaik untuk aku ialah peluang untuk aku buat benda yang aku suka. Sementara aku masih punya waktu untuk buat segala-galanya. Bukan dikongkong hanya sebab aku macam ni,”
“Siapa yang kongkong kau?,”
“Semua. Kau, umi..kak ngah..kak long,”
“Salah tu Qis,”
“Yalah. Asyik aku aje yang salah kan? Kau orang semualah yang betul. Semuanya sama saja,”
“Eh, jangan marah-marahlah. Muka kau tak lawa kalau marah tau,”
Balqis mencebik. Haikal cuba memujuknya. Dan, hatinya tidak berasa terpujuk.
“Malas aku nak layan kau. Kau buatlah discussion sorang-sorang. Aku dah hilang mood,”
“Hey,”kuat Haikal menjerit. Membuat dia sedikit tersentak.
“Apa hal?,”balasnya dengan nada yang juga tinggi.
“Kau gila? Takkan kau nak aku buat discussion dengan budak Natrah tu aje. Budak tu psiko macam kau, tahu tak? Kau nak tinggalkan aku dengan dia?,”
Balqis tergelak. Marahnya hilang tiba-tiba melihat wajah Haikal bertukar pucat.
“Ada aku kisah? Itu masalah kau. Bukan masalah aku,”
“Janganlah Qis. Janganlah buat aku macam ni. Kau tak kasihankan aku ke?,”
“Tak. Selamat berdiskusi dengan Natrah ya. Aku nak balik hostel,”
“Aku pun tak nak pergilah,”
“Banyaklah kau punya tak nak pergi. Kau kena ambil nota dari dia, kan? Kan dia pinjam nota kau tadi. Kalau kau tak ambil, macam mana aku nak tiru nota kau nanti?,”
“Kau ikutlah sekali,”
“Tak nak. Aku tak ada mood. Kau pergi ya. Sure Natrah dah tunggu tu. Selamat berdating ya. Aku chow dulu,”
“Qis!,”
Balqis berlalu sambil membuat muka tidak bersalah.
“Qis! Takkan kau serius tinggalkan aku dengan minah psiko tu,”
“Bila masa aku cakap tapi, tak buat? Kalau aku dah cakap, aku mesti buat. So, nasib kaulah…,”
Haikal termangu bersama buku ditangan. Rancangan awal Cuma dia dan Balqis yang mahu membuat ulangkaji bersama sebelum Natrah dengan ramah tawarkan diri untuk turut menyertai dia dan Balqis. Dan kini, Balqis tinggalkan dia sendiri. Ditambah dengan degil Balqis, dia tahu Balqis tidak akan mengubah keputusan. Namun, senyum sedikit terukir di bibir apabila Balqis kembali berpaling padanya. Melihat gadis itu melangkah ke arahnya, dia mengeluh lega.
“Aku tahu kau sayangkan aku…,”dia bersuara lega.
“Apa sayang-sayang?,”
“Kau nak join balik kan?,”
“Kirim salam. Aku nak ambil beg aku,”ujar Balqis selamba sambil menarik begnya dari bahu Haikal. Membuat wajah Haikal kembali mencuka.
“Bye…,”
“Kau kejam, Qis,”
Balqis sekadar mengangkat kening sambil berlalu. Meninggalkan Haikal dengan degup jantung yang tidak berpenghujung. Berdepan dengan Natrah sendirian? Katakanlah ini cuma satu mimpi ngeri yang sedang mengganggu tidurnya.

***

Dalam rasa kurang senang, dia tersenyum sendirian melihat tingkah Balqis dari jauh. Senang melangkah meninggalkan temannya bersama timbunan buku di tangan. Makin lama, makin kurang senang dia melihat keakraban Balqis dan Haikal. Cemburukah dia? Dia kurang maklum tentang cemburu. Yang jelas, agak kerap dia cuba dapatkan kepastian daripada gadis itu. Tetapi, sampai sekarang apabila dirisik tentang hubungan mereka berdua Balqis lebih suka tersengih panjang. Dan, yang paling ketara membuat hatinya semakin tidak senang, apabila Balqis begitu mesra dengan semua rakan lelaki di kelasnya. Itulah yang dapat dia simpulkan setiap kali masuk ke kelas gadis itu.
Senyumnya sedikit pudar apabila wajah riang gadis itu tiba-tiba berubah muram. Dari duduk, dia berdiri. Terus memerhati tiap tingkah Balqis dan Haikal. Bagai ada sedikit pertengkaran antara gadis itu dan Haikal. Tanpa sedar, kakinya melangkah mengekori Balqis dan Haikal dari jauh. Terus memerhati sehinggalah dia terlanggar seseorang.
“Ops..sorry,”
Matanya jatuh pada wajah di hadapannya. Kemudian tersengih. Mesha menjeling sambil memandang ke arah renungan Zaquan. Dan dia jumpa wajah Balqis dan Haikal di situ.
“You ikut my sister ke?,”
Zaquan tersenyum sambil tunduk mencapai buku milik Mesha yang terjatuh. Dihulurkan pada Mesha yang sudah mencuka wajahnya.
“I told you, jangan ganggu dia, Zaq,”
“I tak ganggu pun. Terpandang saja,”
Mesha menjeling.
“Dia tak sesuai untuk you lah. And, more important is, tak akan ada sesiapa pun yang boleh lukakan hati dia. Faham? I tak akan lepaskan sesiapa yang buat dia sedih. So, baik you jangan sesekali cuba,”
Zaquan tersenyum. Amaran itu sudah banyak kali dia dengar.
“Haikal tu siapa sebenarnya, ya?,”akhirnya dia lontarkan soalan tanpa mempedulikan kata-kata Mesha. Membuat Mesha bertambah geram.
“Siapa dia, bukan urusan you,kan? Apa yang penting sekarang, you jangan dekat dengan adik I,”
“Rapat betul dia dengan adik you,”tambahnya lagi sambil bepeluk tubuh memandang kea rah Balqis yang merentap beg di bahu Haikal. Dia tersenyum.
Mesha diam. Tidak mahu menyampuk lagi. Pantas dia mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Zaquan terkebil-kebil. Barangkali serupa dengan Haikal yang juga terkebil-kebil ditinggalkan Balqis.
“Tak apa, Mesha. Aku boleh siasat sendiri,”dia berbisik sendiri sambil menyambung langkah. Tersenyum lebar apabila menyedari langkah Balqis semakin menghampirinya. Dia berpaling. Mesha sudah agak jauh meninggalkannya membuat senyumnya semakin melebar.
“Lajunya. Nak ke mana ni?,”
Langkah Balqis terhenti serta-merta di hadapannya.
“Eh, Encik Hensem…,”
Zaquan tersenyum. Melekat rupanya panggilan itu di bibir comel Balqis.
“Baru lepas gaduh dengan boyfriend ke?,”
“Boyfriend?,”
Zaquan menjongket bahu sambil Balqis termenung seketika.
“Maksud Encik Hensem, Haikal ya? Bukan gaduhlah. Lepas geram aje,”
“Lepas geram kenapa pula?,”
Balqis mahu menjawab, namun sudahnya dia tersenyum kecil.
“Lupakanlah. Tak penting. Encik Hensem belum balik ke?,”
“Janganlah panggil saya macam tu. Rasa macam badut saja,”
Balqis tergelak.
“Saya sukalah. Lagipun nak panggil Encik Zaquan rasa macam kekok pula. Sebab rasa macam dah terbiasa tak formal. Nak panggil Zaq pula, tak professional, kan? Kira oklah tu, saya panggil Encik Hensem,”
Zaquan menggeleng perlahan. Tidak mahu membalas celoteh Balqis yang pasti tidak akan habis.
“So, awak nak ke mana ni?,”
“Tadi, rasa macam nak balik hostel. Tapi, sekarang rasa macam malas pula,”
“Jom, ikut saya,”
“Ke mana?,”
“Temankan saya makan? Laparlah,”
“Kat kafe?,”
Zaquan menggeleng.
“Tak nak. Tak best. Makan kat luar?,”
Balqis menggaru dagu. Sekali lagi membuat hati Zaquan dicuit rasa lucu.
“Takut Haikal marah ke?,”
“Haikal? Kenapa dia nak marah?,”
“Tu…bukan main pandang awak tu,”
Balqis berpaling. Tersenyum panjang melihat renungan Haikal dari jauh. Belum bergerak dari tempat itu rupanya. Perlahan dia mengangkat tangan melambai ke arah Haikal. Sengaja mahu membuat hati lelaki itu semakin panas.
“Ala…tu spy tu,”
“Spy?,”
Balqis tersengih.
“Kak Ngah saya marah saya baik dengan Encik Hensem,”
“Saya tahu,”
“Nanti dia report kat Kak Ngah saya lah tu,”
“Tak takut ke?,”
Balqis mencemik.
“Reportlah. Nak takut apa. Jomlah,”
“Betul ni? Nanti awak kena marah, macam mana?,”
“Nak kena marah, lambat lagi. Sebab hujung minggu ni, baru saya pergi rumah Kak Ngah. Jadi, sementara saya kat hostel, telinga saya selamat lagi,”
Zaquan tergelak.
“You are so funny, budak kecik,”
“Apa?,”
“Saya dengar Haikal selalu panggil awak macam tu, kan? Not bad panggilan tu. Budak kecik? ,”
Balqis menjeling.
“Tak sukalah. Panggil nama sayalah,”
“Budak kecik, lagi best,”
“Lantaklah. Bukan jejas apa pun kat saya, kalau Encik Hensem panggil macam tu, kan?,”
Zaquan tersenyum.
“So, let’s go, budak kecik,”
“KFC ya,”
“Saya nak makan pizza,”
“KFC lah…,”
“Siapa yang nak belanja siapa ni?,”
“Encik Hensem belanja saya makan KFC. Ok?,”
Zaquan tersenyum. Tidak terjawab saat matanya membalas renungan Balqis yang begitu naïf. Balqis tersenyum lebar.
“Bagus. KFC…,”gumamnya sambil kenyitkan mata. Zaquan tersenyum lagi.

****

Wednesday, October 21, 2009

Duhai hati...5

Jelas di matanya wajah Mesha yang berkerut seribu. Selama ini, cuba ada satu sebab sahaja yang mampu membuat wajah gadis itu berubah sebegitu rupa. Zaquan.
“Apa pula kali ni?,”
“Hah?,”
Haniff tersenyum kecil.
“Apa pula yang Zaq buat kali ni? Tak give up lagi ke dia nak cuba tackle awak balik?,”
Jelingan Mesha dibalas dengan dengan senyum panjang. Kadang-kadang sakit hati dengan tingkah adiknya itu. Kadang-kadang terasa lucu apabila Mesha terus-terusan mengadu setiap apa yang berlaku padanya. Memang seperti mustahil untuk Mesha berubah hati kembali semula kepada Zaquan.
“Awak pun dah bosan dengar barangkali,”
Haniff senyum lagi sambil menggeleng perlahan.
“Saya tak pernah bosan. Ceritalah. Apa pula yang Zaq buat kali ni?,”
“Saya risaulah Niff,”
“Kenapa? Zaq ada ugut awak ke?,”
Gelengan Mesha melegakan sedikit hatinya yang tiba-tiba disapa bimbang.
“Zaq tulah,”
Haniff tergelak.
“Of course Zaq. Saya tahu, Cuma Zaq saja yang boleh buat muka awak jadi macam ni,”
Mesha tergelak kecil. Dan, renungan Mesha dibalas dengan sejuta rasa bahagia.
“Kadang-kadang saya hairan tau. Macam mana rupa yang begitu sama antara awak dengan dia, tak boleh buat sikap juga jadi sama. Awak dengan dia macam langit dengan bumi,”
Haniff tersenyum kecil.
“Zaq tu tak seteruk mana. Cuma perlu faham diri dia. Itu saja,”
“Adik awak. Awak bolehlah faham kot. Saya tak,”
“Ya. Betul tu. So, tell me. Cerita apa pula kali ni? Bunga sudah. Coklat sudah. Nota cinta di pintu bilik pun sudah. Jadi apa pula kali ni?,”
“Awak jangan sebut lagilah. Buat malu saja. Nasib baik, dia buat kerja gila tu, masa dah end of semester. At least sekarang dah mula sem baru, budak-budak pun dah lupa,”
Haniff tergelak. Teringat bagaimana Mesha melepaskan rasa marah padanya dek kerana tindakan nekad Zaquan. Teringat luahan rasa geram Mesha tiap kali topic itu menjadi bahan usikan di kalangan pelajarnya.
“Adik saya,”
Gelaknya hilang perlahan-lahan.
“Adik awak? Kenapa dengan adik awak?,”
“Saya risaukan adik saya,”
“Why?,”
“Dia sambung belajar kat sini. My faculty,”
“So,”
“So, Zaq dah mula buat perangai. Just imagine, last semester kejar saya macam dah nekad betul, now, dia dah mula berbaik-baik dengan adik saya,”
“Jelous?,”
“Of course not. Langsung tidak. Cuma saya bimbang. Bimbang dia main-mainkan perasaan adik saya. She’s too young untuk kecewa macam saya,”
“Perasaan awak saja kot,”
“My instinct always right,”
Haniff mengeluh perlahan. Kata-kata Mesha tempoh hari kembali mengusik jiwanya.
“Hai..mengeluh depan rezeki? Kenapa ni?,”
Haniff mengangkat muka. Bertentang mata dengan Datuk Johan. Keluhannya ternyata di luar sedar.
“Kenapa?,”soal Datuk Johan sekali lagi.
“Nothing lah papa,”
“Hai… dalam bahagia pun mengeluh juga ke?,”
Haniff sekadar memandang kosong pada Zaquan yang muncul tiba-tiba di meja makan. Perlahan menarik kerusi sebelum dengan malas melabuhkan punggung di situ.
“Girl friend sihat ke, bang?,”
“Hai… satu faculty dengan kamu, takkan kamu tak tahu dia sihat ke tidak?,”sindiran halus adiknya juga dijawab dengan sindiran.
Zaquan mencebik. Haniff tersenyum.
“So, apa agenda kamu pada dia untuk semester baru ni?,”
Zaquan mengerling. Malas menjawab. Cuma tangannya perlahan menarik mangkuk nasi.
“Ke dah give up? Atau dah jumpa pilihan lain?,”
“Abang ni kenapa? Macam nak cari pasal saja,”
“Mana ada. Abang Tanya saja,”
“Abang… abang teruskanlah hubungan dengan Mesha tu. Saya dah tak kisah dah,”
“Cepatnya mengalah?,”
Zaquan membuang pandang.
“Sebab kamu dah jumpa pengganti? Tak baik permainkan perasaan orang Zaq,”
Zaquan mengangkat muka.
“Untuk pengetahuan abang, saya tak pernah permainkan Mesha. Saya betul-betul sayangkan dia. Memang saya serius dengan dia,”
“Serius dengan dia, boleh pula kamu berkepit dengan perempuan lain?,”Datuk Johan menyampuk dalam lembut.
“Yelah. Yang serius dengan Mesha. Dengan perempuan lain tu, tak serius,”
Datuk Johan tergelak.
“Rosak anak papa,”ujarnya perlahan.
“Banyaklah kamu punya serius macam tu. Orang punya makan hati, kamu tak kira?,”sampuk Haniff bersama senyum lucu.
“Betul. Saya memang serius dengan Mesha. Tak pernah nak main-main dengan dia. Mana pernah saya buat benda tak baik pada dia? Tak pernah sekali pun saya ambil kesempatan pada dia. Saya betul-betul hormat pendirian dia. Sebab saya betul-betul serius dengan dia. Tapi, dia yang tak faham saya,”
“Siapa yang akan faham kalau kekasih asyik bertukar pasangan?,”
“Yang penting saya sayangkan dia kan?,”
“Salah prinsip kamu tu. Sayangkan seseorang, kenalah ada rasa setia. Komitmen,”
Zaquan membuang pandang.
“Kalau kamu betul-betul sayangkan seseorang tu. Betul-betul cintakan dia sepenuh hati kamu, dengan sendirinya hati kamu akan tertutup untuk orang lain,”sambung Haniff sekadar ingin melihat reaksi Zaquan.
“Semua tu dah tak pentinglah sekarang. Apa pun, sekarang hatinya dah berubah pada abang kan?,”balas Zaquan sedikit sinis.
“Macam tak percaya Areef Zaquan surrender secepat ini,”
“Abang ni, apa hal? Dari tadi, cakap macam nak menyindir saja. Sejak bila abang pun pandai cari pasal dengan saya ni?,”
“Sejak kamu dah mula nak dekat dengan adik Mesha,”
Zaquan tergelak.
“Mesha mengadu? Kalau saya nak berbaik dengan adik dia, so what? Salah ke? Kalau dengan mesha mungkin salah, sebab mesha tu sekarang dah jadi kekasih abang. Tapi, kalau dengan Balqis, tak salah kan?,”
“Oh… Balqis namanya ya?,”
Zaquan membuang pandang. Selera makan tiba-tiba hilang.
“Oit.. pasal perempuan pun nak gaduh ke? Depan papa pula tu. Depan rezeki pula tu. Diam. Kan, baik Mesha..baik adik Mesha… dua-dua papa yang sapu, baru kamu tahu,”
Zaquan terdiam. Haniff terkebil-kebil. Datuk Johan mengangkat punggung perlahan-lahan.
“Amboi papa… ugutan menakutkan,”tingkah Haniff laju.
“Yalah. Kamu berdua juga yang dapat mak tiri muda. Tak mahu ke?,”
Haniff tersengih. Zaquan sudah buat aksi geli-geleman. Datuk Johan Cuma memandang wajah Haniff dan Zaquan bergilir-gilir. Memang hubungan kembar itu sedikit tegang semenjak Mesha rapat dengan Zaquan.
“Sudah-sudah nak berebut perempuan. Kamu Zaq, dah tahu Mesha dah tak suka kamu. Carilah orang lain. Sibuk juga kejar dia ke sana ke sini, buat apa?,”
“Saya dah redha papa. Saya tak nak kejar Mesha lagi,”
“Sebab Balqis kan? Jangan Zaq. Budak tu terlalu muda. Jangan permainkan dia macam kamu buat kat Mesha,”
“Abang ni kenapa ya? Ingat saya ni, jahat sangat ke? And ingat saya ni apa? Senang-senang nak melekat dengan Balqis macam tu saja? Saya pun tahulah apa yang saya buat,”
“Baguslah kalau kamu tahu. Mesha risau sangat takut kamu permainkan adik dia tu,”
Datuk Johan menggeleng perlahan. Sudahnya dia berlalu. Malas mendengar celoteh yang pasti akan berakhir dengan perselisihan faham itu.
“Kalau Mesha risau, abang patut lega,”
“Why should I?,”
“Sebab, lepas ni, saya tak kejar Mesha lagi,”
Haniff menggeleng perlahan.
“Bilalah kamu nak matang, Zaq. Macam budak-budak. Abang tahu, kamu buat macam ni, sebab nak tunjuk perasaan kat abang, kan?,”
Zaquan mencemik. Mungkin abangnya benar. Mungkin abangnya silap. Memang dia betul-betul terasa kehilangan Mesha. Terlalu. Memang selepas Mesha bertindak meninggalkannya, hatinya tiba-tiba tertutup untuk mendampingi perempuan lain. Sehinggalah dia terpandang wajah Balqis, Balqis berjaya membuat hatinya kembali berbunga riang. Ada rasa bahagia yang sama seperti saat dia bersama Mesha hadir dalam pandangannya pada Balqis. Satu perasaan yang masih misteri padanya.
“Lagipun, dia student kamu kan? Mana boleh bercinta?,”
Kata-kata Haniff kembalikan dia dari lamunan yang mula menjemput.
“Kontrak saya habis akhir sem ni. Lepas tu, saya dah tak jadi pensyarah lagi. Tak ada penghalang, bang,”balasnya selamba. Selamba juga mengangkat punggung berlalu. Meninggalkan Haniff bersama sekuntum senyuman yang memang bertujuan untuk menyakitkan hati abangnya itu.


****

Sunday, October 18, 2009

Di Penghujung Rindu 9

“Huda,”
Tanpa berpaling, pintu bilik dibuka.
“Huda, tunggu. I’m sorry, okay,”laju Firhan berlari. Menutup semula pintu yang sedikit terbuka. Matanya jatuh pada wajah Nurul Huda yang tidak berperasaan.
“Sorry,”
Nurul Huda membuang pandang. Firhan tersenyum.
“Sorry. Okay?,”
“Fir, boleh faham I tak? I tak selesalah dengan cara you ni,”
Firhan bersandar pada dinding. Merenung terus wajah itu.
“You memang tak pernah selesa dengan I pun,”akhirnya dia bersuara. Sedikit berjauh hati.
“Kalau memang tak ada apa-apa, I keluar dulu,”tanpa mempedulikan rajuk lelaki itu, Nurul Huda bersuara selamba.
“Nurul Huda. You langsung tak berubah. I tak faham betul dengan sikap you ni,”
“Tak perlu faham Fir,”
“You ingat I main-main kan? I tak pernah main-main sejak dari I tinggalkan semua teman I and I nekad cuba dekati you dulu. I serius. Sampai sekarang pun I masih mengharapkan you… Dan, bila tiba-tiba you berdiri depan I as my staff, I rasa macam mimpi,”
“Fir, itu semua cerita lamalah. Cerita masa kita semua baru nak kenal dunia. Lupakanlah semua tu,”
“Sikit pun I tak boleh lupa. Lima tahun I sanggup hidup sendiri. Tercari-cari ke mana you menghilang. I benar-benar sukakan you,”
“Firhan. Enough. I keluar dulu,”
Satu keluhan pecah di bibirnya mendengar suara tegas Nurul Huda. Tidak mahu lagi terus bersuara. Kedegilan gadis ini tidak pernah berubah. Hati gadis ini tetap sekeras dulu. Nurul Huda menolak daun pintu. Seketika dia berpaling. Menatap wajah Firhan yang sedikit keruh.
“Perasaan tak boleh dipaksa, Fir,”ucapnya perlahan sambil melangkah keluar. Firhan mengeluh keras. Daun pintu yang hampir tertutup, ditolak sekali lagi. Bergerak mengekori Nurul Huda.
“Kalau I sia-siakan peluang ni, mungkin tak akan ada lagi peluang lain lepas ni,”
Nurul Huda menarik nafas panjang.
“Please lah Fir. You dah janji akan professional kan?,”
“Yeah…tapi, tiap-tiap hari berdepan dengan you, ingat senang ke I nak buang perasaan I ni? Rindu I yang bertahun I pendam ni?,”
“What ever lah,”
“Cik Huda…,”
Niatnya untuk membuka pintu biliknya terbatal. Segera dia menoleh ke arah suara dari meja reception. Bertemu dengan wajah penyambut tetamu juga dengan satu wajah yang memang langsung tidak dijangka akan muncul di sini.
“Ada tamu nak jumpa Cik Huda,”
Nurul Huda tersenyum kelat.
“Is that Hakimi?,”ada bisikan hampir di telinganya. Nurul Huda tidak menjawab. Cuma langkahnya di atur dengan rasa berbelah-bagi. Tertanya-tanya apakah yang membawa Hakimi ke sini?
“Hakimi?,”
Nurul Huda diam. Belum sempat bersuara, Firhan yang mengekorinya dari belakang, terlebih dahulu bersuara. Hakimi tersenyum.
“Firhan Datuk Dasuki. How are you?,”balas hakimi bersama senyuman sambil menghulur tangan.
“Sihat. What’s a surprise tiba-tiba kau muncul di office aku,”
“Aku nak pinjam accountant kau sebentar. Harap you don’t mind,”
Nurul Huda terkebil-kebil berada di tengah-tengah dua lelaki itu.
“Actually, aku keberatan. Sebab aku nak ajak dia pergi lunch ni,”
“I rasa tak bolehlah. Sebab, memang I dah janji nak keluar lunch dengan Kimi. Sorry Kimi, buat awak tunggu lama sikit. So, boleh kita pergi sekarang?,”
Hakimi tersenyum sambil mengangguk. Firhan tersenyum kelat. Melihat riak eajah Nurul Huda yang terkejut dengan kehadiran Hakimi tadi, dia tahu Nurul Huda berbohong. Gadis itu Cuma mahu lari darinya. Seperti biasa, Hakimi menjadi ruang untuk gadis itu lari daripadanya. Sama seperti bertahun-tahun dulu. Itulah yang tidak pernah dia faham tentang Nurul Huda. Sering menjadi bayang-bayang Hakimi yang sudah menjadi milik Camelia daripada memberi peluang padanya. tidak sangka situasi itu kini berulang lagi.
“Sebentar. Saya ambil beg di bilik,”
Hakimi senyum lagi dan Firhan menggaru kepala yang tidak gatal. Tergelak sinis. Tidak pasti tawa itu untuk dirinya sendiri atau untuk pintarnya akal Nurul Huda menjarakkan diri darinya. Atau, pada Hakimi yang selalu muncul menjadi penghalang. Sudahnya dia memandang wajah Hakimi dengan perasaan yang tidak menentu.
“Kau okay, ke?,”
“Be frankly, aku tak faham, kenapa mesti kau yang selalu jadi penghalang antara aku dengan Huda?,”
Hakimi tergelak kecil. Menanggapi kata-kata bernada gurauan itu dengan jenaka juga. Namun, dia dapatkan rasakan, Firhan bukan bergurau. Dan hatinya mulai tidak senang untuk membiarkan Nurul Huda terus bekerja bersama lelaki itu. Perasaan lelaki itu pada Nurul Huda bukan lagi satu rahsia.


****
“Macam –mana abang tahu Huda kerja di situ?,”
“Julia yang beritahu,”
Nurul Huda diam. Kembali cuba memberi fokus pada hidangan di hadapannya. Sedang Hakimi terus memerhati setiap tingkah gadis itu.
“Tak sangka Huda bekerja dengan peminat setia,”
Nurul Huda mengangkat muka. Kurang senang dengan kata-kata itu. Hakimi tersenyum. Membawa gelora indah ke jiwa Nurul Huda.
“Kebetulan,”perlahan dia menjawab.
“I see…,”
“Kenapa bang?,”
“Tak ada apa-apa. Cuma, pasti Firhan suka kan?,”
“Dia suka atau tidak, bukan masalah Huda. Sekarang, tutup cerita pasal Firhan tu. So, abang ceritalah pasal abang. Apa jadi dalam lima tahun ni? Hidup abang…everything about you. Huda nak dengar,”Nurul Huda mengubah topik perbualan. Bersama senyum ceria. Membuat dia sekali lagi gagal membaca apa yang bermain di hati Nurul Huda.
“Tak ada yang menarik. Apalah yang menarik, kisah lelaki ditinggal isteri. Kemudian ditinggal kekasih. Kan?,”
Nurul Huda terdiam. Memandang wajah serius Hakimi.
“Abang marahkan Huda?,”
“Entahlah. Mungkin terkilan. Huda pergi macam tu saja. Datang pada abang sesuka hati Huda. Kemudian pergi tinggalkan abang pun, macam tu saja,”
“Bukan maksud Huda nak buat macam tu. Tapi, dengan apa yang berlaku, Huda rasa bersalah sangat bang. Huda tak patut buat semua tu dulu…kalau Huda tak sambut anniversary kita dulu, mesti abang tak akan ada masalah dengan Camelia kan?,”
Hakimi tersenyum kecil. Tiba-tiba kenangan lalu membalut rasa.
“Abang… Huda minta maaf. Huda tak muncul di sini untuk buat abang terluka lagi. Huda tak akan ulang kesilapan dulu, bang. Abang jangan risau,”
“Kesilapan apa, Huda?,”
“Menagih sesuatu yang abang tak boleh bagi pada Huda. Huda menyesal bang. Huda menyesal sebab Huda mungkir janji. Huda langgar syarat yang Huda sendiri tetapkan. Huda ingat, bila Huda pergi jauh, abang akan dapat bersama dengan Lia. Tapi, rupa-rupanya abang dengan Lia terpisah juga disebabkan Huda,”
“Itu semua sejarah, Huda,”
“Dan, Huda janji, sejarah itu tak akan berulang,”
“Maksud Huda?,”
“Huda tak akan halang kebahagiaan abang lagi. Huda nak tengok abang bahagia dengan insan yang abang cintai. Bukan terus terbeban dengan Huda. Huda dah cukup dewasa. Dah boleh berdikari. Huda dah kuat untuk hidup tanpa abang,”
Hakimi tergamam seketika.
“Apa?,”perlahan soalan itu meniti di bibirnya. Menatap wajah Nurul Huda yang kelihatan tenang.
“Huda dah kuat bang. Sampai masa untuk abang fikirkan tentang diri abang pula. Dari kecil, abang asyik fikirkan pasal Huda. Terpaksa ikut semua kerenah Huda. Sampai cadangan gila Huda tu pun, abang terpaksa ikut. Huda tahu, abang buat semua tu, sebab abang sayangkan Huda. Cuma, masa tu, Huda yang tak pandai nak fikir tentang perasaan orang lain. Tentang kepentingan orang lain. Huda Cuma fikirkan diri Huda saja,”
“So, cadangan gila tu, masih kekal sebagai cadangan gilalah, pada Huda?,”
Nurul Huda terdiam seketika. Soalan itu bagai jerangkap samar yang bakal memerangkapnya. Wajah Hakimi yang terus menentangnya, dipandang sekilas. Sungguh dia tidak mampu berdepan dengan lelaki ini. Sudahnya dia tertunduk. Hakimi mengeluh perlahan. tidak sangka semudah ini kesimpulan yang dibuat Nurul Huda. Gadis itu muncul dan pergi. Dan kini, memberi satu keputusan yang teramat jauh dari fikirannya. Nurul Huda mahu tamatkan kemelut ini dengan satu perpisahan.
“Cadangan gila tu dah beri kita seorang Imran Najmi bin Hakimi, Huda,”akhirnya hakimi bersuara dengan nada sedikit keras.
Nurul Huda tersentap. Mengangkat muka menatap wajah Hakimi. Ada ketegangan pada wajah itu.
“My son!,”tokoknya geram.
“Abang…,”
“Abang ada anak. Tapi, abang tak pernah tahu. Empat tahun dia berada di dunia ni, tapi, cuma sekarang abang tahu kewujudannya. Dan, Huda pula…Tiba-tiba Huda muncul bercakap pasal tak pentingnya cadangan gila ni, pada Huda. Apa yang bermain di fikiran Huda sebenarnya ya? Huda..kita sekarang, bukan lagi macam dulu. Kita ada anak, Huda,”
“Ya. Huda tahu. Kenyataan itu tak siapa pun boleh ubah, bang,”
“Dah tu, apa maksud kata-kata Huda tadi? Huda muncul kemudian putuskan segalanya. Then pergi dengan anak kita? Tinggalkan abang sendirian lagi?,”
“No…no abang. Bukan macam tu. Langsung tak ada niat untuk Huda pisahkan abang dengan anak kita. Huda tak akan pisahkan abang dengan Najmi lagi. Itu janji Huda pada abang. Yang Huda mahu, Cuma satu. Huda mahu abang menemui kebahagiaan abang,”
“Huda dah temui kebahagiaan Huda?,”soal Hakimi perlahan.
“Kebahagiaan Huda ada pada Najmi,”
“Di situ juga kebahagiaan abang,”tingkah Hkimi tegas.
Nurul Huda memberanikan diri terus merenung wajah Hakimi. Sukarnya mentafsir perasaan Hakimi saat ini.
“Takkan selamanya abang nak sendirian?,”
Hakimi tersenyum kecil. Dia tidak pernah mahu bersendirian. Dia cuma mahu menikmati hidup bersama gadis ini. Namun, bicara Nurul Huda seakan memberi isyarat yang dia cuma bertepuk sebelah tangan. Barangkali Nurul Huda sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi darinya. Jadi, tiada guna untuk dia luahkan semua itu. dia tidak mahu mereka bersatu atas rasa serba-salah dan tanggungjawab semata-mata.
“Abang belum bertemu pengganti Camelia,”akhirnya lambat-lambat lidahnya berbohong. Membuat Nurul Huda tersenyum pahit. Agungnya cinta Hakimi pada Camelia. Mustahil cinta itu akan tertumpah ke hatinya.
“Huda doakan abang akan temui cinta abang nanti,”sudahnya bicara Hakimi dibalas dengan satu ucapan penuh sandiwara. Hakimi tersenyum kelat. Betapa satu ikatan serapat itu membuat dia menjadi begitu jauh dengan Nurul Huda. Dan, syukur ada Imran Najmi yang menjadi penghubung.
“Abang juga harap Huda tak akan sendirian selamanya,”
Nurul Huda diam. Cuma menyuap perlahan nasi ke mulut. Dia rela sendirian kalau lelaki ini gagal memberinya segunung cinta yang dia harapkan. Untuk memaksa, dia tidak mahu. Dia pernah menjadi punca kekecewaan Hakimi. Tidak mungkin dia mahu perkara yang sama berulang.
“Abang nak jumpa Imran Najmi,”
Suapan Nurul Huda terhenti.
“Abang nak jumpa anak abang,”
Nurul Huda tersenyum kecil. Kemudian mengangguk perlahan. Hakimi tidak lagi bersuara. Memerhati Nurul Huda dalam diam. Masih banyak persoalan yang bermain di fikirannya, namun semuanya kusut untuk dihuraikan.


******

Friday, October 16, 2009

Duhai hati...4

“Saya Natrah,”
Balqis mengerling. Haikal kekal dengan muka selamba. Membuat dia sedikit geram. Memang mamat ni, poyo betul! Hatinya merungut geram. Dia berpaling. Mempamerkan senyum manis pada gadis yang menyapa.
“Hai. Saya Balqis. Mamat poyo perasan bagus ni, nama dia Haikal. Jangan ambil hati ya. Dia memang macam ni. Takut dengan perempuan,”
Haikal menjeling. Pemilik nama Natrah yang berdiri di hadapannya tersenyum kecil. Tangan yang terhulur, kini jatuh perlahan-lahan. Dan, pandangan gadis itu juga sudah beralih ke wajah Balqis. Lega rasanya.
“Takut kat perempuan. Dengan awak dia tak takut ek?,”
Balqis tersengih.
“Kalau dengan saya, dia anggap dia tengah sembang dengan kucing je,”balas Balqis bersama gelak besar. Membuat Natrah turut tergelak.
“Kelakar awak ni. Selamat berkenalan ya. Saya nak cari tempat duduk dulu. Saya pergi dulu Haikal. Kalau awak tak kisah, awak anggaplah saya arnab ,”usik Natrah sebelum berlalu bersama senyum lebar. Membuat Balqis tergelak besar. Kemudian terdiam apabila folder plastic melekat di dahinya.
“Marah ke?,”
Haikal menjeling.
“Budak tu kan sapa kau. Yang kau buat muka bodoh tu,kenapa? Kesian dia. Dia hulur tangan pun, kau tak sambut. Tak baik betul,”
“Tak baik. Haram,”balas haikal selamba. Balqis mencebik.
“Kot ya pun, senyumlah sikit,”
“Aku tak retilah nak senyum-senyum ni. Aku tak sukalah,”
Balqis terus tersenyum.
“Hello… takkan nak solo sampai tua kott,”
“Alah. Apa susah. Suruhlah mama aku carikan,”
“Itu trend lamalah. Zaman sekarang, kita kena cari sendiri,”
“Itu semua tak payah dicari. Sampai masa datang sendiri,”
Balqis sekadar mencemik.
“Aku cabar kau. Sekarang kita baru nak mula sem kan? End of this semester, kalau kau dapat sorang awek, aku belanja apa saja benda yang kau nak. Macam mana?,”
“Ish…ish… panjang betul tanduk kau Qis. Kau nak suruh aku couple, Qis? Tak nak aku,”
Balqis tersengih sambil menggeleng perlahan.
“Eykal…Eykal… Pelik benar kau ni. Susah nak jumpa mamat poyo macam kau ni, kau tahu tak? Tak nak couple konon. Uwek. Nak termuntah aku dengar. Kita tengoklah setakat mana prinsip tak nak couple kau tu,”
Haikal sekadar mengangkat kening bersama wajah riak. Balqis menoleh. Melihat mata Natrah masih terarah pada Haikal.
“Hmm..beruntunglah Kak Long. Nampaknya tak lama lagi dapatlah calon menantu,”
“Qis. Diam. Aku ketuk dengan file ni kan,”
“Betullah. Cuba kau tengok tu. Natrah tengok kau tu. Tak berkelip-kelip matanya tu,”
Haikal menjenguk. Kemudian segera mengalihkan pandangan sebaik senyum melebar di bibir gadis itu.
“Karutlah,”rungutnya sambil laju membuka exam pad. Tiba-tiba menggelabah apabila melihat senyum itu tertuju padanya. Membuat Balqis tergelak besar.
“Nervous nampak. Kau buka exam pad kosong buat apa? Bukan ada benda nak tulis pun,”usiknya sambil sikunya disinggung ke lengan Haikal. Haikal merengus geram. Betul-betul rimas dengan topic Balqis.
“Kau nak gatal, gatallah sorang-sorang. Jangan libatkan aku. Faham,”
Balqis mengekek. Sedar wajah Haikal sudah sedikit memerah. Malulah tu.
“Aku tak faham betullah. Dalam brutal macam ni, kau pemalu sangat dengan perempuan. Kenapa?,”
“Diamlah. Budak kecik,”
Balqis mencemik. Menongkat dagu sambil memandang sekeliling ruang kuliah. Kemudian memandang jam. Tidak mahu terus menyakat Haikal.
“Eykal… aku rasa kan…,”
Haikal bersandar ke kerusi. Memandang wajah Balqis yang berubah sedikit serius.
“Apa benda?,”
“Kalau aku nak tukar university, ok tak?,”
“Kepala kau terendam dalam sinki ke pagi tadi? Apa ke bodoh sangat soalan kau ni? Nak tukar buat apa?,”
Balqis mengeluh perlahan.
“Aku nak bebaslah. Rimaslah kat sini. Ada kau. Ada Kak Ngah..,”
“Bebas apanya? Kenapa? Kat sini kau tak boleh bebas? Kau cakap sekali lagi pasal ni, aku report kat Mak Wan. Aku cakap, aku buat…,”
“Kau ni. Aku cuma tanya saja. Lebih-lebih pulak emosinya, kenapa?,”
“Tanya benda karut-karut. Siapa tak marah? Apa salahnya kalau aku ada kat sini? Kalau Mak Ngah ada kat sini? Lagi bagus. Ramai orang boleh tengok kau. Kan?,”
Balqis menjeling.
“Itu yang aku tak nak tu. Ke mana-mana aku pergi, semua orang macam tak yakin pada aku. Macamlah aku tak boleh berdikari,”
“Memang pun,”balas Haikal selamba. Balqis menjeling.
“Aku rimas tau. Tengok macam hari tu. Belum apa-apa Kak Ngah dah nak control apa aku nak buat. Mengalahkan umi,”
“Biasalah tu. Dia jaga kau. Apa salahnya,”
“Kau ni kan. Daripada aku cakap dengan kau, baik aku cakap dengan kerusi ni. Tahu! Semua cakap aku, semua kau nak bangkang. Menyampah betul. Tengoklah. Nanti aku try tengok, boleh tak nak minta tukar universiti lain…,”
Haikal tergelak kecil. Kemudian menggeleng perlahan.
“Belajarlah je lah kat sini Ucu…,”ujar Haikal perlahan sambil tersengih. Membuat mata Balqis membutang merenungnya. Pantas file dimeja, kini melekat di bahunya. Sekali. Dua kali. Tiga kali.
“Sakitlah wey,”
“Sekali lagi kau panggil aku macam tu, aku lempang kau kat sini,”
Haikal tergelak besar. Balqis sudah menarik muncung panjang.
“Marah ke Ucu?,”
“Aku tak sukalah wey. Jangan panggil aku macam tulah. Kau dengan aku sama umur aje. Jangan nak mengada-ngada. Bocor rahsia ni kat sini, aku sumpah, aku susahkan hidup kau nanti. Ingat tu!,”
Haikal tergelak lagi.
“Takutnya…..,”
Balqis menjeling marah. Haikal tersenyum bersama sisa-sisa gelak.
“Yalah..yalah. Aku tak panggil macam tu. Tapi, kau janganlah berfikir singkat sangat. Dah dapat kat sini, belajar jelah kat sini,”
Balqis diam. Dan terus terdiam melihat susuk tubuh yang memasuki ruangan kuliah.
“Morning semua,”
Balqis tersenyum lebar. Haikal menggeleng perlahan. Dah mula dah…
“First of all. Sorry sebab lewat sikit. And, welcome semua…,”
Balqis terus tersenyum. Segak pula Zaquan dengan pakaian formal.
“Tekun mendengar nampak…,”
“Ish.. janganlah kacau. Aku tengah focus ni. Nak note down apa yang patut ni,”
“Note down apanya? Bukan mula mengajar pun. Kau ni kan. mata plastic betullah. Dulu Cikgu Wahyudi. Ni, adik dia pulak?,”
Balqis mencebik. Buat-buat tidak dengar. Bukan dia serius pun. Setakat menikmati kelebihan yang dimiliki oleh insan-insan itu. Bukan salah pun.
“So, kiranya tak jadilah nak cari university lain ni?,”
“Tak jadi,”
Haikal menggeleng.
“Kau kata aku poyo. Kau sepuluh kali poyo. Ni, kalau aku report kat Mak Ngah, boleh aku tengok orang kena dengar ceramah ni,”
Balqis menjeling. Kemudian menyambung renungannya pada Zaquan. Betul-betul tidak sangka Zaquan akan mengajarnya.
“Hensem betul…,”
“Rosak betul,”balas Haikal sambil turut memberi perhatian pada Zaquan yang sedang memberi penerangan tentang subjek yang akan diajarnya nanti. Tiba-tiba dia bagai terpanggil untuk menoleh. Dan, sekali lagi darah menyerbu ke muka. Natrah masih merenungnya! Perlahan dia menggelosor sambil mengankat tangan menyentuh dahi. Cuba mengelak dari tikaman renungan gadis itu.
“Budak tu pun sama poyo dengan kau, Qis,”rungutnya perlahan.
“Budak mana?,”
“Budak perempuan tulah. Yang dia duk renung aku macam tu, kenapa?,”bisiknya sedikit rimas. Balqis tersenyum.
“Biasalah tu. Menikmati keindahan di depan mata. Seni tu…,”balas Balqis sambil matanya terus merenung wajah pensyarah di hadapannya.
Haikal tersengih kecut. Sangkanya Cuma Balqis saja yang mempunyai perangai seaneh ini. Rupa-rupanya tidak. Sekali lagi dia berpaling. Kali ini, senyum terukir di bibir gadis itu.
“Masak aku…,”
Tiba-tiba terasa hidupnya bakal tidak aman lagi.

****

Wednesday, October 14, 2009

Duhai hati...3

“Aku tak fahamlah,”
Haikal mengerling. Memandang wajah Balqis menggaru dagu. Daripada pejabat fakulti lagi, ungkapan itu bermain di bibir Balqis.
“Kau kenapa? Tak faham…tak faham,”
Balqis menjeling. Kemudian menatap sekali lagi kertas di tangannya.
“Aku tak puas hati ni. Dengan benda ni,”
“Apa kes pulak? Dah tak puas hati sangat, kau makan ajelah kertas tu,”
Balqis menjeling lagi. Haikal sudah tergelak jahat. Menarik perhatian beberapa orang gadis yang melintasinya. Balqis sekadar memandang senyum lebar gadis-gadis yang melintasi dia dan Haikal.
“Oit… awek senyum tu. Kenapa tak balas?,”
Haikal mencebik.
“Apa yang kau tak puas hati? Cuba cakap. Dari tadi lagi duk tak puas hati..tak puas hati,”
Balqis tergelak kecil.
“Tukar topic nampak…,”
Haikal buat muka bodoh.
“Mentang-mentang kau hensem, kau jual mahal ek. Aku nak tengok…macam mana lah rupa bidadari yang boleh cairkan hati kau ni,”
“Eh, budak kecik. Kau ni, tak faham soalan ya? Aku tanya lain, yang kau baca jampi lain tu kenapa?,”
“Okay..okay…aku cakaplah. Aku tak faham, kenapa kita boleh sama-sama dapat belajar kat tempat ni. Lagi aku tak faham, bila masa kau tiru aku hah? Mintak course sama dengan aku ni? Paling pedih hati aku. Kenapa mesti kau satu kelas dengan aku? Kenapa? Kenapa? Cuba kau explain sikit,”
“Tak tahu,”
“Itu je?,”
“Dah kau cakap sikit,”
Balqis tersenyum. Sedikit geram.
“Banyak sikit…,”
“Oh…ok. Maybe sebab kenyataannya kau memang tak boleh hidup sorang-sorang. Kau perlukan aku. Jadi, aku ni, terpaksalah dihantar ke sini juga. Untuk melindungi kau,”
“Uwekkk… kau rekalah alasan yang real sikit. Aku perlukan kau? Lebih-lebih pulak kau ni, kan? Aku dah besarlah. Aku boleh jaga diri,”ujarnya bangga sambil melibas tangan ke belakang.
“Woit..woit…auch…,”
Satu suara datang dari arah belakangnya, membuat dia berpaling. Seorang lelaki tertunduk sambil menekan perut.
“Dah besar konon. Pandai jaga diri konon. Macam tu pandai jaga diri? Nasib baik tangan aje. Kalau kau pegang pisau? Dah kena tikam orang tu, tahu?,”
Balqis menjeling sekilas sebelum mengukir senyum lebar pada pemilik suara di belakangnya.
“Sakit ke saudara? Kena perut saudara ke? Sorrylah ya. Terbabas,”
Senyum Balqis semakin melebar melihat wajah lelaki di hadapannya sebaik lelaki itu mengangkat muka.
“Eh,Zaq! Eh, ke Haniff? Eh! Siapa ni?,”
“Zaquanlah,”
Balqis tersengih. Sungguh dia keliru melihat kembar itu. Lagipun, dia Cuma sempat meneliti dua wajah itu hanya pada hari rombongan sekolahnya mendapat undangan makan tengahari beberapa bulan dulu.
“Lah..awak ke. Sakit ke? Tak sakit kot. Sikit je tu,”
Zaquan tersenyum. Memang mulut gadis ini macam bertih jagung kena bakar. Tunggu masa nak jadi pop corn. Dia tersenyum lagi. Terasa lucu dengan perbandingannya sendiri.
“Balqis. You rupanya. What are you doing here?,”
Balqis tersenyum sambil kenyitkan mata. Kemudian mengangkat file di tangan. Zaquan sekadar menyambung senyum sambil menyambut huluran tangan Haikal.
“Tak sangka boleh jumpa awak kat sini. Awak buat apa kat sini? Belajar kat sini juga? Tak nampak pun masa minggu suai kenal. Eh, awak lagi tua dari saya. Awak senior ya?,”
“Saya?,”
“Ya. Awaklah. Siapa lagi,”
Zaquan tersenyum.
“Dari mana ni?,”soalnya tanpa menjwab soalan Balqis.
“Fakulti. Tengok kelas. Tengok subjek. Dan lain-lain lagi,”
Zaquan cuma mengangguk perlahan.
“Satu course dengan kawan you ni?,”
Haikal tersenyum kecil apabila akhirnya kewujudannya di situ disedari seseorang. Balqis menjeling.
“Tu lah pasal. Tak best langsung. Bukan setakat satu course tau. Satu kelas! Malang betul,”
Zaquan kerutkan kening. Malang?
“Laa… malang apa pula. Baguslah kan? Boleh selalu sama-sama,”
“Dengan dia ni? Baik tak payah. Buat sakit hati aje,”
Haikal mencebik.
“Assalamualaikum Encik Zaquan,”
Zaquan mengangguk sambil bibirnya perlahan menjawab salam yang diberi.
“Saya baru datang dari bilik Encik Zaquan. Ingat nak jumpa Encik,”
Balqis terkebil-kebil. Melihat pada dua orang gadis yang tersenyum lebar memandang Zaquan. Pasti pelajar. Dan, pasti pelajar yang lebih senior darinya. Matanya memandang pula wajah Zaquan. Encik Zaquan? Dia kerutkan kening. Sungguh dia keliru.
“Oh… ya ke? Kenapa? Something important?,”
Dua gadis itu tergelak kecil.
“Taklah penting. Just nak ucap selamat datang ke semester baru saja,”
Zaquan tergelak kecil.
“Okaylah Encik. Kita orang pergi dulu. harap-harap sem ni, Encik mengajar kita orang lagi,”
Zaquan mengangguk sambil tersenyum. Memandang dua pelajar itu berlalu. Balqis tersengih.
“Lecturer ke?,”
“Ya. Kenapa?,”
“Tak ada apa-apa,”balas Balqis terus tersengih.
“Beranganlah tu Encik Zaquan. Silap-silap dah imagine encik yang mengajar dia nanti,”
“Eykal! Kau jangan cari pasal dengan aku ya,”
Haikal mencebik. Zaquan tersenyum.
“Aku nak balik ni,”
“Eh. Mana boleh. Kan kita dah janji dengan…,”
“Qis!,”
Belum habis bersuara, panggilan itu membuat kata-katanya terputus. Laju Zaquan menoleh. Bukan satu kejutan apabila gadis itu muncul di hadapannya. Yang membuat dia terkejut, ialah panggilan gadis itu pada Balqis. Wajah mencuka Mesha di tatap tidak berkelip.
“You know each other?,”soalnya lambat-lambat. Mesha menjeling tajam. Soalan Zaquan tidak dijawab. Cuma tangannya pantas merentap tangan Balqis.
“Sakitlah Kak Ngah!,”
“Kak Ngah?,”Zaquan bertanya dalam nada tidak percaya.
“Stay away from my sister. Faham!,”
“Apa ni Kak Ngah? Datang-datang nak marah orang. Zaq eh Encik Zaquan ni kan lecturer kat sini..,”
“Adik diam. Eykal bawa Qis pergi. Qis, tunggu Kak Ngah dekat kereta,”
Balqis mengeluh panjang.
“Apa-apa jelah Kak Ngah ni,”
“Now,”
“Yalah. Oklah Encik Zaquan. Saya pergi dulu ya,”
Zaquan mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Zaq! Enough,”
Zaquan sedikit tersentak. Kembali mencari wajah Mesha yang menyinga.
“Kali pertama I Nampak Balqis, memang I teringatkan you. Memang serupa sangat dengan you. Except perangainya,”
“I warn you Zaq. Jangan ganggu dia. Jangan sesekali ganggu dia,”
“Mana ada I ganggu dia? And, kenapa you tak cakap adik you dapat belajar kat sini?,”
“Bila masa I bercakap dengan you?,”
Zaquan tersenyum. Betul juga. Sudah cukup lama Mesha tidak bercakap dengannya. Sejak menjadi rakan sejawat di sini pun, Mesha tidak pernah acuhkan dia. Marah benar gadis itu padanya. Dan, memang semua kemarahan itu wajar dihambur untuknya. Dia sanggup menjadi pensyarah secara kontrak pun sebab dia mahu terus cuba mendekati gadis itu. Mahu menebus kesilapan yang pernah dia lakukan. Memang itulah yang dia cuba selama ini. Mahu gadis itu memberi dia peluang kedua walau dia tahu Mesha sebenarnya semakin rapat dengan Haniff.
“Mesha… sampai bila nak marahkan I ni?,”
“No answer. Ingat Zaq, jangan dekat dengan adik I,”
“You baik dengan abang I, boleh pulak?,”
Mesha kembali berpaling. Tidak jadi melangkah.
“Hello. Abang you tak macam you,”
Zaquan mengeluh perlahan. Memang betul Haniff tidak sepertinya.
“I tahu. I tahu I tak sebaik Haniff tu. I tahu I pernah buat silap dengan you. Tapi, kita kan manusia. Kita belajar dari kesilapan. Right?,”
“Betul sangatlah tu. What ever lah Zaq. I tak nak masuk campur dalam urusan hidup you. Yang I nak tahu, you jangan kacau adik I. I tak nak dia jadi mangsa macam I,”
Zaquan berdiri seketika sambil berpeluk tubuh.
“You know, I perasan sesuatulah. Since, you break up dengan I, you jadi garang sangat dengan I. Kenapa ya?,”
“Sebab, marah I pada you bertahun-tahun I pendam. So, sekarang, I lepaskan semuanya,”
“Mesha…why don’t you just forgive me. Be friend? Dah lama I mencuba. Dah lama I cuba dekati you semula. And nampaknya peluang untuk I memang tak pernah ada. I redha kalau you memang langsung tak boleh terima I semula. But, kita still boleh berkawan kan?,”
“Sorry. I’m not interested,”balas Mesha seraya melangkah. Zaquan mengeluh perlahan. Mesha oh Mesha. Memang cukup berbeza gadis itu kini. Dan, yang menjadi persoalan hatinya kini, kenapa nekadnya untuk mendekati Mesha seakan luntur bila dia melihat wajah Balqis?
“Mesha! Adik you sweet,”laungnya dengan nada bergurau. Mesha berpaling. Menghadiahkan satu renungan tajam sebelum menyambung langkah. Dia tergelak.
“Mesha…Balqis…,”dia berbisik perlahan sambil mengatur langkah. Perlahan tangannya menyentuh perut. Rasa pedih dilibas dek tangan Balqis seketika tadi sudah hilang. Namun, wajah gadis itu tetap bermain di matanya.


****

Friday, October 9, 2009

Sumpah! Itu Hantu...

Suara dari televisyen sengaja dikuatkan. Malam yang masih awal, tiba-tiba terasa begitu sunyi. Dan, sendirian di dalam rumah ini, membuat dadanya berdebar tiba-tiba. Angin malam menyapa dari tingkap yang sedikit terbuka. Membuat bulu romanya meremang tiba-tiba. Jeritan tiba-tiba dari kaca televisyen membuat dia turut terjerit kuat. Terlompat di atas sofa. Iklan cerita hantu! Terpisat-pisat dia mencari remote control. Mata sengaja dikecilkan. Tidak mahu melihat imej di kaca televesyen itu. Sebaik remote dicapai, segera televisyen ditutup. Entah kenapa, malam ini dia benar-benar takut. Lebih takut dari malam sebelumnya. Terasa melayang satu persatu semangatnya dek jeritan dari TV. Dadanya berombak kencang. Pantas matanya tertancap pada jam di dinding. Kuat pula jarum jam itu berdetik malam ini. Misteri dan menyeramkan bunyinya. Atau…sebelum ini dia yang tidak pernah memberi focus pada jarum jam yang berdetik? Tidak! Bukan tentang jarum jam itu, matanya terarah di situ. Dia ingin mencari waktu. Hampir pukul sepuluh malam. Kenapa bayang Razif dan Johari masih juga belum kelihatan? Dia sudah resah sendirian di dalam rumah ini. Tidak sanggup rasanya dia mahu menghitung detik sendirian di dalam rumah yang sunyi ini.
Tengkuknya terasa meremang lagi. Ada bunyi kuakan pintu di bahagian dapur. Mata segera dipejamkan. Tidak! Di mana keberaniannya selama ini? Pintu mana yang terbuka itu? Dia mahu menjengah. Namun, kebaraniannya benar-benar tiada. Terus dia bersandar di sofa. Melayan debar yang menggila. Manik-manik peluh mula menjengah di dahi. Spontan bibir mula terkumat - kamit. Cuba membaca ayat kursi. Entah di mana silapnya. Mengapa dia cuma mampu membaca dua tiga ayat pertama sahaja? Berkali-kali dia cuba. Berkali-kali juga dia gagal. Padahal keratan ayat itu bukan dia tidak tahu. Memang dia hafal.
Belum hilang debar di hatinya, telinganya pantas menagkap pula bunyi aneh dari dalam bilik di sebelahnya. Bilik Faizal! Bunyi yang membuat jantungnya terasa mahu tercampak keluar. Dalam takut, dia cuba amati bunyi itu. Seperti suara saling berbisik. Dan, anehnya suara itu. Tidak pernah dia mendengar suara sebegitu. Percakapan sebegitu. Sukar untuk dia fahami apa butir bicaranya. Dan, yang lebih aneh, dia sendirian di rumah. Jadi, suara siapa pula yang menyentuh gegendang telinganya ini?!
Sekali lagi dia menjerit. Lebih kuat dari sebelumnya. Kali ini dia betul-betul mahu menangis. Ada suara yang mengilai nyaring! Mengilai di dalam rumahnya!
“Oi! Siapa kau? Janganlah kacau aku! Aku tak takutlah!,”dia menjerit lagi. Dan suara mengilai itu tetap tidak berhenti. Dalam debar kencang, cuba mencari arah bunyi itu. bulat matanya terarah pada sofa. Dia pasti, suara itu dari atas sofa. Dalam menggigil, perlahan dia menyelak kusyen. Satu keluhan lega dilepaskan. Ringtone telefon bimbitnya rupanya. Sumpah! Selepas ini, ringtone itu akan ditukar! Wajib ditukar. Telefon segera dicapai. Johari! Jiwanya yang serabut seakan lega tiba-tiba. Lega mendapat panggilan daripada Johan.
“Woit! Korang kat mana ni? Baliklah wey,”
“Assalamualaikum,”
Dia mengeluh panjang. Lupa pula memberi salam.
“Waalaikumussalam. Kau kat mana ni? Lambat lagi balik? Cepatlah balik!,”
“Kau kenapa? Aku dah nak balik ni. Tapi, aku pergi makan kejaplah dengan Razif. Kau nak kirim apa-apa tak?,”
Dis menggaru kepala. Singgah makan? Kalau sudah singgah mahu, paling tidak sejam dua juga Johan baru sampai di rumah.
“Kau bungkus jelah. Balik makan kat rumah,”
“Malaslah. Kau nak order tak?,”
“Tak naklah. Kau balik cepat sikitlah,”
“Tengoklah. Kau ni kenapa? Tiba-tiba macam bini-bini orang pulak,”
“Balik jelah. Bosanlah. Aku sorang-sorang kat rumah ni,”
“Lepas makan, kitaorang baliklah. Kau dengan siapa tu?,”
“Soranglah. Kenapa?,”dia bertanya hairan. Bercampur dengan seram sekali lagi.
“Macam dengar orang bercakaplah,”
“Oi! Mengarutlah! Dahlah. Balik cepat. Chow!,”
Talian segera diputuskan. Tidak! Memang ada yang tidak kena dengan rumah ini. Laju dia melompat dari sofa. Berlari ke pintu utama. Pintu dibiarkan terbuka dan dia melangut di halaman yang terang. Menunggu kepulangan Razif dan Johari.

***

“Setuju tak?,”
Razif diam. Memandang wajah Khairul yang serius.
“Bukan senang nak cari rumah sewa murah Rul,”
“Kalau tiap-tiap malam tak lena tidur, murah pun tak guna, Zif,”
“Tak pernah pula ada benda-benda pelik time aku ada kat rumah,”Razif bersuara lagi.
“Kalau dengan aku, adalah juga beberapa kali. Ada macam benda berjalan kat dapur. Bunyi pintu tertutup. Kadang-kadang tu bunyi macam suara. Suara something kat bilik Faizal. Tapi, aku buat tak tahu aje,”Johari menyampuk.
“Haaaaa… itulah yang aku dengar. Kau tahu tak? Seramlah beb. Aku yang dulu berani, tiba-tiba jadi penakut. Kita cari rumah lainlah,”
Johari termangu mendengar cerita penuh emosi teman serumahnya itu.
“Tengoklah macam mana nanti,”Razif pula bersuara sambil menggaru kepala.
“Yang paling aku seram… tu bunyi suara dalam bilik Faizal tu. Pelik bunyi dia. Kau rasa, Faizal ada bela sesuatu ke?,”
“Ish! Kau ni. Tak baiklah. Perasaan kau aje kot,”
Khairul merengus geram. Tidak berpuas-hati dengan pendapat Razif.
“Logiklah beb. Kalau perasaan aku saja, takkan Joe pun boleh dengar. Sama pula tu,”dia bersuara geram.
“Balik karang kita check tengok,”Razif memberi cadangan. Dia tidak mahu percaya. Tetapi, kalau sudah datang cerita yang sama dari dua mulut yang berbeza, tidak adil kalau dia menolak mentah-mentah pandangan dua sahabatnya itu.
“Check apa? Kita bukan ada kunci bilik Faizal. Faizal pun satu. Blah macam tu je,”
“Tengoklah. Aku cuba contact Faizal,”
Khairul mengeluh panjang.
“Yang kau susah sangat nak pindah ni, kenapa?,”
“Kau ni. macam tak tahu pulak. Mata air dia duduk sebelah. Takkan dia nak pindah jauh-jauh,”sampuk Johari sambil mengacau milo panasnya yang sudah mula larut ke dasar gelas. Razif tersengih.
“Tu main reason lah. Reason lain. Sewa rumah tu murah beb,”
“Sewa rumah berhantu. Memanglah murah. Aku rasa macam nak complaint lah kat tuan rumah. Kau setuju tak, Joe?,”
“Aku? Aku no hal. Kau nak complaint, aku temankan. Kalau semua nak pindah, aku ikut. Kalau nak duduk situ pun, tiap-tiap malam aku layan sembang ngan awek aku pakai earphone. Tak dengar apa-apa. So, aku? Very-very no hal. Sempoi beb…,”
“Sempoi hatuk kau. Aku yang sengsara. Kau orang dating sampai pagi. Balik dah ngantuk gila. Sampai rumah terus pengsan. Ni…aku ni. Yang tak ada girlfriend ni. Nak kena tunggu rumah sorang-sorang,”Khairul bersuara geram.
“Solutionnya, aku suggest kau cari girlfriend macam kita orang,”Johari bersuara sambil tersengih.
“I second the motion,”sampuk Razif sambil mengangkat tangan bersama gelak besar.
“Gelaklah korang. Dah, cepatlah balik. Bosanlah lepak macam ni,”
Razif menjeling bersama gelak yang masih bersisa.
“Kata rumah berhantu. Baliklah lambat-lambat sikit,”
Khairul termenung seketika.
“Betul juga…,”Khairul bersuara sambil meneguk teh tarik yang sudah suam.
“Kita balik lambat sikit,”tambahnya dengan wajah yang tidak tenang.
“Tapi, masa kita mula-mula duduk dulu tak ada masalah pun,”Razif bersuara lagi. Johari menjongket bahu.
“Kau orang lah. Balik selalu malam buta. Sampai ke pagi. Adalah yang mengikut tu. Dah tu, terus tinggal kat rumah tu,”
Johari tergelak.
“Khai..kau ni kan. Nama aje lelaki. Penakut nak mampus. Tu satu. Lagi satu. Kau punya minda ni, kelas makcik-makcik kat kampung sana. Kau tahu tak? Ada ke ada benda ikutlah. Siap duduk sekali tu. Mengarutlah. Mana ada benda-benda macam tu?,”Johari bersuara lucu.
“Kalau tak ada. Yang kau dengar tu, apa? Cuba explain sikit Encik Johari,”
Johari tersengih.
“Well… I… no comment,”akhirnya dia bersuara ala-ala artis ditemuramah.
“Main-mainlah korang,”
“Rileklah Khai. Kau pun, janganlah ikut sangat takut kau tu. Mungkin benda tak teruk sangat, tapi, emosi kau tu yang lebih-lebih,”
“Kalau kena kat batang hidung kau, barulah kau faham apa yang aku rasa ni,”

***

“Betul pakcik. Hari-hari saya kena ganggu,”
“Dah lama pakcik buat rumah ni. Dah ramai yang menyewa. Tak pernah ada yang complaint pun,”
“Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, kalau pakcik tak cuba bersihkan rumah ni, kami pindah,”nekad nada yang meniti di bibir Khairul membuat Husin diam seketika.
“Hmm..kalau dah itu kata kau, kita ikhtiarlah. Ni, pakcik bawa ustaz ni. Kot-kot memang ada yang tak kena dengan rumah pakcik ni,”
“Bagus tu,”bersemangat Khairul membalas. Razif dan Johari sekadar memandang sambil berpeluk tubuh. Seketika dia menyertai Khairul dan Johari. Memandang ke arah ustaz yang berlajan sambil memerhati sekeliling rumahnya.
“Takkan setakat tengok aje? Tak ad abaca jampi-jampi ke?,”dia berbisik seakan tidak berpuas hati.
“Kau ni, Khai. Tengok ajelah. Nak suruh cakap dengan tuan rumah, dah cakap kan? nak suruh orang tengok rumah ni, pun dah ada orang tengok kan?,”Razif bersuara sambil tersandar ke pintu.
“Bilik ni, berkunci. Mana kuncinya?,”
“Haa….dalam bilik tu misteri sangat ustaz. Selalu saya dengar orang cakap-cakap. Tapi tak boleh faham. Tapi…tuan punya bilik tak ada. Belum sampai. Dah lama keluar tak balik-balik. Dia kena transfer kerja,”
“Sekarang pun ada bunyi ni,”
Khairul menelan liur. Serta-merta romanya meremang.
“Ustaz pun dengar?,”soalnya lambat-lambat.
“Dengar. Dan, rasanya saya kenal bunyi makhluk apa ni,”
“Ustaz tahu? Makhluk apa ustaz? Hantu raya? Polong? Palesit?...Hadui!,”tekaannya terhenti apabila tiba-tiba ada siku yang menyinggung perutnya.
“Sakitlah siot,”
“Diam,”Razif bersuara geram.
“Mana kuncinya?,”sekali lagi ustaz yang datang bersama Husin bertanya.
“Tuan punya bilik tu belum sampai. Tapi, dia dah janji nak datang. Kejap lagi sampai la kot,”
“Kamu tak ada kunci spare, Husin?,”
“Tak ada ustaz. Lupa nak bawa,”
“Serius ke benda kat dalam tu, ustaz? Dia kacau orang tak?,”
“Nak tahu serius ke tidak, kena tengok dululah. Dah berapa lama bila ni tak digunakan?,”
“Dalam enam bulan,”
“Hmm… kalau macam tu, boleh tahanlah seriusnya,”
Khairul termenung. Memandang wajah tenang ustaz di hadapannya. Kemudian berpaling sebaik mendengar suara orang memberi salam.
“Ha… tu empunya bilik dah sampai,”ujarnya laju membuat Faizal sedikit kehairanan.
“Apahal? Macam tengah cari aku je,”
“Bukan cari kau, cari kunci bilik kau. Cepatlah bagi. Ustaz nak tengok bilik kau. Ada yang menumpang kat bilik kau,”
Kening Faizal berkerut. Namun, tanpa bicara, kunci tetap dihulur kepada Khairul. Laju Khairul menapak mendekati Husin dan Ustaz.
“Apa kena dengan Khai tu?,”
“Kau jangan Tanya aku. Sejak dua menjak ni, dia punya obsess ngan hantu, satu macam. Mengalahkan mak-mak..nenek-nenek. Sibuk duk kata rumah ni ada penunggu,”Razif memberi jawapan yang membuat tawa Johari meledak tiba-tiba. Faizal tersengih.
“Penunggu?,”soalnya lucu.
“Kau tengoklah tu. Kalut semacam,”tambah Razif sambil menggeleng. Memandang Khairul yang sibuk tertinjau di belakang ustaz yang sedang membuka pintu bilik. Pintu bilik terbuka. Suis lampu ditekan.
“Ya ALLAH!,”
Razif memandang. Kemudian bergerak menyertai Khairul diikuti Faizal dan Johari. Hairan melihat wajah Khairul yang terkejut besar.
“Betul tekaan saya. Inilah makhluknya,”
“Apa dia, ustaz?,”soal Faizal sambil menjenguk ke bilik. Butang matanya melihat keadaan biliknya.
“Subhanallah. Kenapa sampai jadi macam ni,”
Husin menjeling tajam. Khairul tertunduk.
“Banyak benar hantu kau, ya Khai,”sindirnya sinis. Khairul menggaru kepala.
“Habis semua barang aku,”
“Tanah kawasan ni, memang banyak anai-anai. Tak berjaga, macam nilah jadinya. Dah nak jadi busut dah almari ni. Nak-nak lagi, rumah ni, rumah kayu. Mana tak dengar bunyi macam-macam. Bunyi anai-anai. Anai-anai buat sarang,”ustaz bersuara sambil tersenyum.
“Dah tu, bunyi orang berjalan tu?,”
“Tikuslah tu. Tengok bilik ni. Mesti dah jadi banglow tikus ni,”sampuk Husin sedikit geram.
“Tak sangka boleh jadi sampai macam ni. Habis semua almari saya ni. Baju. Semua dah tak boleh guna ni,”
“Kan pakcik dah cakap dengan kamu semua dulu. sebelum kamu masuk sini. Pakcik dah cakap, kebersihan kena jaga. Kawasan sini, banyak tikus. Rumah pun nak kena tengok. Takut diserang anai-anai. Hmm.. tengoklah apa jadi. Lepas tu, sedap mulut je cakap rumah pakcik berhantu,”
Khairul tersengih malu. Tahu kata-kata itu memang ditujukan khas padanya. tetapi, sekurang-kurang pembongkaran bunyi misteri itu melegakannya.
“Sorrylah pakcik. Yalah, mana saya tahu bunyi anai-anai,”
“Tulah. Lain kali jangan main cakap aje,”bidas Razif sambil menunjal kepala Khairul.
“Hmm..jenuhlah nak baiki ni. Dah kena dinding sikit ni,”rungut Husin sambil menggaru kepala.
“Macam ni, pakcik. Salah saya, saya tinggalkan bilik macam tu je. Tak berjaga jadinya. Kos nak baiki, biar saya saja yang tangggung,”
Husin diam. Tawaran itu tidak mampu dia tolak. Khairul masih tersengih malu di sisi Razif. Dan Johari, setia dengan earphone di telinga.
“Jadi, rumah ni, tak ada apa-apalah,”ustaz membuat kesimpulan sambil melangkah keluar.

***
“Fuh! Nasib baik sempat menyorok,”
“Tu pun sebab aku yang cekap,”
“Perasan!,”Lang mencebik sambil tangannya melibas kepala Toy.
“Dah pergi ke, orang tu?,” dalam terkebil-kebil Achong bertanya.
“Dah. Dah ada kat laman,”
“Hmm… ada je yang mengacau. Nak bertandang pun tak boleh. Tapi, bilik ni, kira okay juga untuk kita lepak-lepak. Kan?,”Lang bersuara sambil bersandar pada pintu bilik.
“Kau ni, macam kita tak ada rumah,”bantah Toy sambil menggeleng.
“Sesekalilah, ngok!,”jerit Lang geram.

….. “Eh! Kau dengar tak?,”
“Apa lagi Khai?,”
“Aku macam dengar ada orang menjerit kat depan bilik Faizal,”
“Lantak kaulah. Langsuir lah tu kot,”balas Johari malas.
Khairul merengus perlahan sambil berpaling….

…..
“Alamak! Dia berpalinglah pulak,”bisik Lang.
“Kaulah. Jerit kuat sangat,”bebel Toy.
“Apa nak buat ni?,”
“Apa lagi? Senyumlah. Takkan nak marah tuan rumah kot,”ujar Achong perlahan.
“Peace…..,”serentak suara mereka bergabung bersama senyum paling lebar, sebaik Khairul berpaling. Membuat bulat mata lelaki itu memandang.
“Dia kagum tengok aku lawa lah,”
“Tak.. dia suka tengok aku yang cute ni..,”
“Salah…dia nak pengsan…,”tingkah Achong selamba. Dan, sebaik habis kata-katanya, Khairul sudah rebah ke lantai bersama satu jeritan yang membuat Razif dan Johari malas hendak berpaling.
“Banyaklah kau punya hantu, Khai…,”Razif bersuara sambil terus memberi focus pada bicara Faizal, di laman.

***
[11:35:50 PM] hos.getah: