Monday, February 2, 2009

Minda Tak Berfungsi...

HMMM....
HARI NI MEMANG BLUR. X ADA KEJE. INGAT BOLEH SAMBUNG CERITA. TAPI, SIKIT PUN IDEA TAK SINGGAH. LAST2 INI AJER YANG SINGGAH. KALAU NAK BLUR MACAM SAYA, BACALAH.... :)
PERINGATAN, INI BUKAN CERPEN ATAU NOVEL. BENDA NI YANG BERMAIN DI KEPALA SAAT KEPALA JADI BLUR. -_-
Dia melihat dengan sepasang mata. Gagal. Tiada senyuman terukir di bibirnya. Dia memandang dengan selintas fikir. Tidak berjaya. Tiada gelak yang pecah di bibir. Dia merenung dengan sejengkal akal. Cuba mentafsir dan terus mentafsir. Dengan usaha yang meninggi, dia kerahkan segala momentum akalnya untuk bertindak. Hampa. Dia jeling ke sebelah. Tidak berpuas hati dengan kegagalannya. Dia tidak boleh gagal. Dia tidak mahu gagal. Lantas dia terfikir. Fokus. Ya. fokus. Barangkali fokus yang kurang di dalam usahanya ini. Dia mesti fokus. Tajam matanya memberi fokus.
“Fokus…focus…focus…,”bibirnya tidak berhenti menyebut. Itu yang selalu dia lihat di kaca televisyen. Pasti dia akan berjaya. Dia yakin. Benar-benar yakin. Sebab, di kaca televisyen, aksi begitu sentiasa berjaya.
“Fokus! Fokus! Fokus!,”suaranya sedikit meninggi. Ada rasa risau. Kenapa dia masih gagal? Kenapa tiada ledakan tawa sekuat manusia di sebelahnya, yang muncul di bibirnya? Di mana silapnya? Dia mengeluh hampa. Sudah tidak tahu ikhtiar yang bagaimana harus di cuba.
“Hello! Appa bising-bising? Sana pergilah. Jangan kaco saya punya kedai la tamby,”
Dia mengerling. Tajam. Ada gangguan rupanya. Mungkin ini punca kegagalannya.
“Diamlah. Jangan kacau,”
“Kamu apa bikin? Sana pergilah. Main jauh-jauh,”
Renungannya bertambah tajam. Dan, dia nampak wajah mamak di hadapannya sudah sedikit pucat. Tahu takut.
“Ambik ini buku,”buku di tangan dihulur kepada mamak di hadapannya. Dalam hairan bukunya bersambut.
“Pandang itu buku,”
Arahannya dituruti.
“Kenapa tak gelak?,”
“Apa mahu gelak? Pandang buku, apa yang lucu?,”
“Bodohlah kau,”
“Ayyooo adik. Saya bodoh ka…awak pandai ka… jauh-jauh mainlah,”
“Kenapa dia gelak?,”soalan dia aju lagi. Dia mesti tahu di mana silapnya. Mungkin mamak ini boleh membantu.
“Pasal ini bukulah,”
Dia kerutkan kening. Makin keliru. Wajah mamak dipandang tidak berkelip. Adakah mamak ini juga sepertinya? Gagal memberi fokus?
“Kenapa dia gelak? Kenapa kau tak gelak? Kenapa aku tak gelak?,”
“Dia baca itu buku. Itu pasal dia gelak,”
“Aku pun nak gelak macam dia,”
“Bodoh! Samdollah kau. Mana kau boleh gelak,”satu suara mencelah. Menolak tubuhnya sehingga dia terdorong ke hadapan. Segera dia berpaling. Bertemu dengan pandangan layu pemuda selekeh yang paling dia tidak suka ini. Namun, tidak tahu kenapa, pemuda ini suka benar berhimpit dengannya.
“Kaulah bodoh. Malam-malam baru nak sakit. Semua klinik tutup, cucuk diri sendiri,”
“Aku doktorlah… kawan,”dengan tubuh yang melayang suara itu membuat telinganya terseksa. Terseksa dengan gelak mengekeknya.
“Ello. Kamu dua orang sana pergilah,”
“Aku tak mahu pergi. Aku nak tahu kenapa aku tak boleh gelak macam dia?
“Kau tu buta huruf. Mana boleh baca. Kalau tak baca, macam mana kau nak gelak? Pe bendalah kau ni. Itu pun tak tahu ke?,”
Dia termenung. Buta huruf? Apa tu? Wajah yang dia benci itu, dipandang sekali lagi. Mungkin manusia menjengkelkan ini boleh membantunya.
“Buta huruf tu apa?,”
“Kau ni memang memang pure gilalah, samdol. Sini, aku cakap,”
Demi maklumat yang satu, dia rela tubuh busuk itu memeluknya.
“Kau tu mana pernah pergi sekolah. Kau tu tak betul. Kau tu gila. Mana boleh kau baca semua tu. Kalau kau tak boleh baca, mana boleh kau nak gelak? Apa la….,”
Betul ke? Dia pandang wajah yang memeluknya, kemuadian pandang pula pada manusia yang masih lagi leka melayan gelak sambil membelek buku yang sama. Sama dengan buku yang telah dia hulurkan pada mamak di hadapannya.
“Aku nak gelak macam tu. Aku nak baca,”
“Tak apa. aku boleh ajar…..,”
Sebaik mendengar ayat itu, laju dia mencapai satu lagi buku yang sama dari atas meja.
“Ayoo… itu buku saya mahu jual,”
“Mamak….lu mau ini ke?,”
Dia merenung kosong pada pemuda pengacaunya itu. Apalah hebatnya jarum suntikan usang di tangannya itu. Tetapi, dia lihat wajah mamak itu seperti tidak berdarah. Nampak lebih cerah warna kulitnya saat itu.
“Angkatlah itu buku. Cepat-cepat jalan. Jangan kacau saya,”
Pemuda itu tergelak dengan tubuhnya yang terhoyong –hayang. Jarum suntikan disimpan semula ke dalam poket seluar jeansnya yang berlubang-lubang.
“Tahu takut…. Jom kita pergi,”
Dia akur sambil memeluk buku yang dicapainya tadi. Pelukannya beransur mengendur apabila pemuda itu menarik perlahan buku di dadanya.
“Mula-mula kau kena tahu. Ini bukan buku. Ini majalah kartun. Namanya Ujang. Majalah ni memang untuk buat orang ketawa,”
Dia mengangguk laju. Sabar menunggu pemuda itu mengajarnya. Ajar apa? Dia sendiri tidak tahu.
“Mula-mula kita kena cari pelanggan,”
Dia kerutkan kening.
“Ello adik… nak Ujang? Baru lagi ni. Belum buka pun plasticnya,”
Terkebil-kebil dia memandang pemuda itu menyapa beberapa orang budak yang memakai pakaian yang sama. Seluar hitam dan berkemeja putih. Membawa beg besar di belakang mereka.
“Bila punya bang?,”
“Barulah. Bulan ni punya ni. Abang kasi murah saja. Empat ringgit saja,”
“Mahallah,”
“Apa mahal? Adik ada empat orang. Baru seringgit sorang. Tak nak tak apa. Abang boleh baca,”
“Nak…nak…nak…,”
Dia terus terkebil-kebil sambil menggaru songkok senget di kepalanya. Pemuda di sebelahnya tersenyum senang. Terbayang impian indah bakal menjelma lagi. Dan empat anak kecil menyelongkar poket masing-masing. Mengumpul syiling sejumlah RM 4. Ingin membaca majalah yang tidak pernah masuk di dalam senarai barang wajib beli yang disediakan ibu bapa masing-masing.
“Buku aku tu?,”
“Tak ada buku pun kau boleh gelak juga,”
Dia mengeluh hampa melihat bukunya bertukar tangan lagi. Musnah harapannya untuk mencuba cara gelak yang baru. Sudah bosan ketawa tanpa apa-apa di tangan. Melihat manusia itu ketawa sambil membelek buku, membuat dia berasa dia akan kelihatan lebih bergaya andai dia mampu berbuat benda yang sama.

Udah habis….. Blur? Samalah kita....
[11:35:50 PM] hos.getah: