Friday, August 10, 2012

CERPEN: SEBENTAR CUMA...





“Boleh I tanya you sesuatu?,”
“Apa dia?,”
“Kenapa ada kesan lipstick kat frame gambar I?,”
Hilmi diam. Soalan Eliza langsung tidak dijawab. Cuma tangannya perlahan mencapai bingkai gambar yang dimaksudkan. Memang sengaja kesan itu terus disimpan. Cuma itu yang dia ada untuk dia kenang sehingga ke akhir hayatnya......

******

“Apa kau buat kat sini?,”
“Nak temankan awak shopping. Kita kan nak tengok baju pengantin,”ceria dia bersuara. Tersenyum lebar sambil mengangkat kening.
“Part mana yang kau tak faham ya? Aku tak nak kahwin dengan kau. Kita tak akan kahwin. Jadi tak payah berangan nak cari baju pengantin bagai,”
“Tapi...,”
“Tepi. Aku ada hal. Aku tak ada masa nak layan benda-benda bodoh macam ni,”tubuh kecil itu ditolak kasar. Hampir terjatuh kalau tidak ada dinding yang menghalang tubuh kecil Wina.
“Awak, nanti ibu tanya...,”
“Kau nak aku cakap bahasa apa? Kenapa orang dalam rumah ni tiba-tiba jadi gila macam ni, hah? Aku tak nak kahwin dengan kau. Faham?!,”
“Tapi, saya nak kahwin dengan awak,”
Wajah Hilmi berkerut seribu. Mahu dihamburkan lagi segunung marah, namun rasanya itu cuma akan menambahkan lagi sakit di hati. Sudahnya tangannya dilayangkan menyapu angin. Tanda membuang rasa geram yang membukit.
“Stay away from me,”
Wina diam. Cuma terus tegak memandang wajah Hilmi yang mencuka. Merenung kosong langkah Hilmi yang laju menuju ke arah kereta. Sekejap sahaja, kereta itu sudah berdesup pergi meninggalkan dia kaku tidak bereaksi. Hasratnya untuk bersama-sama memilih baju pengantin, nampaknya lebur begitu sahaja.
“Wina? Mana Hilmi?,”
Dia menoleh. Tersenyum memandang wajah Ibu Kasih.
“Hilmi dah pergi ibu,”
“Dah tu kenapa tak bawa Wina sekali?,”
Wina cuma menggeleng.
“Hilmi marah Wina?,”
“Tak apa. Wina faham,”soalan Ibu Kasih dijawab dengan senyuman.
Ibu Kasih mengeluh perlahan sambil memaut bahu Wina.
“Nanti ibu cakap dengan Hilmi. Sampai bila dia nak marah-marah macam ni? Takkan sampai kahwin pun dia nak buat perangai macam ni?,”
“Biarlah ibu. Jangan marah-marah dia. Kita dah banyak mendesak Abang Hilmi, kan? Biarlah...,”
Ibu Kasih mengeluh panjang. Wajah Wina yang sedikit kecewa itu dipandang hiba.
“Janganlah pandang Wina macam tu. Sedihlah ibu,”usik Wina sambil tergelak. Ibu Kasih turut tergelak kecil.
“Tak apalah. Hilmi tak nak pergi, nanti ibu temankan. Sama-sama cari baju pengantin untuk kamu berdua. Majlis lagi dua bulan, InsyaALLAH sempat,”
Wina tersenyum.
“Jangan nanti pengantin lelaki lari dah la ya, ibu,”Wina berjenaka sambil tertawa kecil.
“Ish... beranilah Hilmi buat macam tu. Ibu tahu keras-keras hati Hilmi dia tak akan sanggup nak buat macam tu pada mak ayah dia,”
Wina tersenyum lagi.
“Terima kasih ya, ibu. Ibu sudi terima Wina...,”
Ibu Kasih mengukir senyum. Perlahan mengusap wajah gadis di hadapannya itu.
“Wina dah tinggal dengan kami dah lama. Ibu sayangkan Wina. Ibu sanggup buat apa aje untuk Wina. Yang penting Wina bahagia. Dan, ibu yakin, Wina boleh bahagiakan Hilmi juga nanti,”
Wina tersenyum lagi. Berharap perkahwinan dengan Hilmi akan menjadi satu kenyataan.



*****


            Betul kata Ibu Kasih. Walau bagaimana marah sekali pun, Hilmi tidak akan ingkar pada permintaan keluarganya. Dengan segunung kemarahan, dengan selautan rasa benci, akhirnya hari ini dia selamat menjadi isteri kepada Hilmi. Dengan sekali lafaz, dia menjadi milik Hilmi selama-lamanya. Itulah angannya dan hari ini angannya sudah menjadi kenyataan. Perlahan dia mengukir senyum. Inilah yang dia inginkan. Cuma ini. Bunyi daun pintu yang ditolak kasar, memaksa dia menoleh. Tubuh Hilmi tercegat di pintu. Masih di dalam persalinan pengantin berwarna ungu. Dia melemparkan senyuman. Hilmi menjeling tajam. Tengkolok di tangan kasar dilempat ke katil.
            “Puas hati kau?,”
            Wina tersenyum kemudian mengangguk laju.
            “Awak?,”
            Hilmi merengus geram. Sungguh dia hairan dengan gadis tiada perasaan ini. Entah kenapa sungguh nekad gadis ini mahu berkahwin dengannya, padahal Wina cukup tahu yang dia tidak pernah suka padanya. Dia memang bencikan Wina saat pertama kali gadis ini muncul dan meragut kasih-sayang ibu dan ayahnya. Dia terpaksa berkongsi segala-galanya dengan Wina. Dia terpaksa mengalah demi Wina. Dan, hari ini, dia dipaksa mengahwini Wina hanya kerana itu kemahuan Wina. Kedudukannya sebagai anak benar-benar tersisih gara-gara Wina muncul di rumah ini.
            “Aku akan balas dendam pada kau. Ingat tu,”
            Wina tersenyum kemudian mengangguk.
            “Terima kasih ya, awak,”
            Hilmi menoleh. Tajam merenung wajah Wina yang anggun memakai kebaya ungu.
            “Sindir aku ke?,”
            “Terima kasih sebab tak lari hari ni,”balas Wina sambil tersenyum.
            “Memang aku ingat aku nak lari. Tapi, bila fikir balik, kalau aku lari, macam-mana aku nak balas dendam pada kau. Daripada mula-mula kau datang sini, kau dah buat hal dengan aku. Ibu langsung tak menangkan aku sejak kau jadi anak angkat dia. Sampailah ke hari ini, ibu tetap menangkan kau. Aku nak tengok sampai tahap mana kau boleh senyum macam tu,”
            “Tak baik cakap macam tu. Ibu sayangkan awaklah. Abah pun sayangkan awak,”
            “Tapi dia lebih sayangkan kau, kan?,”
            Wina tersenyum.
            “Awak ni, macam budak-budak. Benda macam tu pun nak cemburu,”bersama gelak kecil, Wina bersuara ceria. Perlahan dia mengangkat punggung. Laju menuju ke arah almari. Sehelai tuala dikeluarkan. Juga bersama sehelai T-shirt dan seluar untuk Hilmi.
            “Hey! Jangan usik barang aku,”
            Wina menoleh.
            “Tak usik apa-apa pun. Awak mesti nak mandi kan? Nak tukar baju. Takkan awak nak tidur pakai baju tu,”selamba Wina bersuara sambil melangkah mendekati Hilmi. Tuala dan baju di tangan, dihulurkan pada Hilmi bersama senyuman. Namun, tidak bersambut.
            “Pertama, aku tak suka kau buat barang-barang aku macam barang kau. Kedua, aku tak suka kau nak tunjuk lagak seolah-olah kau berhak untuk segala-galanya dalam rumah ni,”
            “Awak... pertama, saya tak perlu buat barang-barang awak jadi barang-barang saya, sebab saya dan ada barang saya sendiri. Kedua... saya tak pernah tunjuk lagak pun dalam rumah ni,”
            Hilmi merengus marah.
            “Esok kita pindah. Kau duduk rumah aku...,”
            “Honeymoon kita?,”
            Hilmi mercerlung tajam.
            “Go.. to... hell...,”geram dia berbisik di telinga Wina.
            Wina menjongket bahu. Namun tetap dia tersenyum. Terasa? Memang dia tersentuh dengan bahasa sekasar itu. Tetapi dia bersedia. Dia sudah nekad untuk terima segalanya, asalkan dia dapat menjadi isteri lelaki itu.


*****

            “Kau ke mana?,”
            Suara yang tiba-tiba muncul di belakangnya itu membuat dia terkejut besar. Perlahan dia mengurut dada.
            “Terkejut saya,”
            Hilmi sudah berpeluk tubuh merenungnya.
            “Saya keluar sekejap,”
            “Sekejap? Aku balik pukul dua dan sekarang dah pukul lima petang. Sekejap?,”
            Wina menelan liur. Garang benar wajah Hilmi petang ini.
            “Awak tak cakap awak nak balik tengahari,”
            “Kalau aku cakap, mesti aku tak akan tahu isteri mithali pilihan ibu aku ni, bijak menipu suami. Keluar rumah senyap-senyap. Kau dari mana?,”
            “Jalan-jalan. Bosan duduk rumah,”laju Wina bersuara. Bulat mata menanggapi kemarahan Hilmi.
            “Bosan?,”
            Wina mengangguk.
            “Awak pun tak pernah ada kat rumah. Balik pun lambat selalu. Jadi, tak salah kalau saya keluar jalan-jalan. Lagipun saya bukan ke mana pun. Saya balik rumah ibu aje,”
            “Aku keluar ikut pintu depan, kau keluar ikut pintu belakang?,”
            “Tak. Pintu belakang masuk longkanglah. Mestilah saya keluar ikut pintu depan,”balas Wina tersenyum lebar.
            “Okay... tak kelakar...,”akhirnya dia bersuara apabila wajah Hilmi kekal tegang. Senyum lebar juga turut mati perlahan-lahan.
            “Saya minta maaf, okay. Lain kali saya inform dulu sebelum saya pergi mana-mana. Awak tak pernah ambil tahu, jadi saya ingat awak tak kisah. Saya minta maaf, ya,”lembut Wina bersuara sambil menyentuh jemari Hilmi. Spontan Hilmi merentap jemarinya. Merengus sambil bergerak menjauh. Wina tersenyum tawar.
            “Awak dah makan ke belum?,”
            “Kau ada masak ke?,”
            “Tak ada,”
            “Tak ada, maknanya aku tak makanlah...,”
            “Dari tengahari tadi?,”
            Hilmi diam. Mengerling wajah Wina yang bagai tidak mempunyai perasaan marah atau sedih langsung. Seteruk mana pun layanannya, sekeras mana pun suaranya, wajah Wina tetap penuh dengan senyuman. Membuat dia pelik benar.
            “Saya masak kejap ya. Tapi, yang simple aje ya?,”
            “Tak payah...,”
            “Kata belum makan...,”
            “Aku nak makan kat luar...,”sebaik putus kata-kata itu, pantas jari Hilmi mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding.
            “Tolong ya. Kalau nak keluar, beritahu aku dulu. Aku tak nak jadi orang bodoh bila ibu tanya kau ke mana, aku tak ada jawapan. Kau bukan pergi rumah ibu kan?,”
            Wina terdiam.
            “Jangan sampai aku tangkap kau keluar dengan jantan lain, sudah...,”
            Wina terkesima. Kelu bibirnya tidak mampu menjawab. Hilmi sudah berlalu meninggalkan dia masih terkebil-kebil. Perlahan dia melabuhkan punggung ke sofa. Memang silapnya. Nafas dihela lambat-lambat. Ruangan besar itu kembali sepi. Makin lama, makin sepi. Makin lama, makin terasing.
            “Wina sekarang  macam-mana? Hilmi macam-mana?,”
            “Macam biasa, ibu,”
            “Kalau macam biasa, maknanya hubungan kamu berdua masih tak baiklah?,”
            “Mungkin lebih baik begitu ibu...,”
            “Wina...,’
            “Ibu....,”ucapnya meleret bersama senyum manis. Senyum memujuk.
            Sekuntum senyum hambar terukir pada ulas bibirnya. Teringatkan perbualan dengan Ibu Kasih beberapa hari lalu saat dia singgah mencari teman bicara di rumah mertuanya. Memang dia boleh mati kebosanan andai terus sendirian di rumah ini. Perlahan dia mengeluh. Memandang sekeliling sambil mengangkat punggung. Mata dipejam serapat mungkin. Mahu menjemput bayangan Hilmi datang menemani.
            “Saya rindu awak, Hilmi... Saya tahu awak tak pernah suka pada saya, tapi, saya cintakan awak,”ucapnya perlahan. Perlahan juga melangkah menuju ke arah meja konsil di sudut dinding. Sebuah bingkai gambar dicapai. Menatap puas-puas wajah suaminya. Perlahan dia mengusap wajah yang kaku itu.
            “Andai sekali awak sudi senyum pada saya macam ni.... Cuma sekali...Cuma sebentar... sayalah manusia paling bahagia,”bisiknya perlahan pada wajah yang riang tersenyum itu.
            Air mata menitis tanpa sedarnya. Perlahan dia tergelak sambil menyeka pipi yang basah.
            “I love you...,”ucapan itu diberi bersama satu ciuman lembut yang agak lama pada bingkai gambar yang tidak bernyawa. Perlahan diletakkan semula.


*****

            “Mana Wina?,”
            “Entah. Saya baru balik,”mudah jawapan yang tersusun di bibir Hilmi. Jawapan yang membuat Ibu Kasih lelah memikirkan masa depan hubungan anak menantunya itu.
            “Kamu ni... lalai betul jaga isteri. Kena ambil tahulah. Jadi apa-apa pada dia, baru kamu nak menyesal?,”
            Hilmi mengeluh panjang.
            “Ibu datang ni, nak buat spot check ke? Nak tengok saya dengan Wina?,”
            Ibu Kasih mengeluh perlahan. Pandangannya jatuh pada wajah Hilmi yang langsung tiada manis.
            “Salah ke keputusan ibu bila ibu paksa Hilmi kahwin dengan Wina?,”lembut dia mengajukan soalan. Sudah tiga bulan berlalu dan dia yakin, hubungan Hilmi dan Wina masih tetap tidak berubah.
            “Tak perlu tanya soalan yang tak boleh nak ubah dah, ibu. Ini yang ibu nak, kan? Ini yang semua orang nak. So, enjoylah dengan keputusan ni. Buat apa nak tanya salah tak salah lagi?,”
            “Wina macam-mana?,”
            Hilmi mengeluh panjang.
            “Kalau ibu nak tanya pasal dia, tunggu dia balik. Jangan tanya saya...,”
            “Tak baik buat Wina macam tu. Dia kan dah jadi isteri Hilmi,”        
            “Dia mengadu apa dengan ibu? Apa lagi yang saya nak kena buat, semata-mata nak gembirakan hati anak angkat ibu tu? Tak cukup lagi ke, dia suruh ibu paksa saya jadi suami dia?,”
            “Wina sayangkan kamu, Hilmi. Dia cintakan kamu. Takkan kamu tak boleh pertimbangkan perasaan dia?,’
            Hilmi tergelak sinis.
            “Saya kena pertimbangkan semua hal demi Wina kan? Semasa kecil, saya kena beri semua mainan saya pada dia, sebab tak nak dia menangis. Saya kena pergi sekolah yang sama dengan dia, sebab dia nak saya jaga dia. Saya terpaksa lupakan cita-cita saya nak sambung belajar kat UK sebab saya kena temankan dia belajar kat university. Nak jaga dia konon! And, now... saya kena kahwin dengan dia, sebab dia cakap dia sayangkan saya. Saya ni siapa, ibu? Sanggup ibu buat anak ibu macam ni, semata-mata sebab anak angkat kesayangan ibu tu?,”
            “Hilmi...,”
            “Sudahlah ibu. Tak guna kita cakap pasal benda ni lagi. Ibu nak saya buat apa pula sekarang? Just tell me. Untuk anak angkat ibu tu, memang saya wajib buat. Kan?,”
            “Awak!,”
            Agak lantang suara itu memecah suasana. Dia berpaling. Wina tercegat di ambang pintu. Baru pulang barangkali.
            “Tak baik awak cakap ibu macam tu. Kalau awak geram dengan saya, awak marahlah saya. Awak jangan marah ibu,”
            Buntang mata Hilmi menatap wajah Wina yang Nampak emosi buat kali pertama. Jelas wajah gadis itu memerah menahan marah.
            “Ibu sayangkan awak. Awak anak ibu. Saya cuma menumpang kasih ibu dan abah awak aje. Awak janganlan marah dia orang macam ni. Tak baik tahu tak?,”
            “Sudah... sudah... jangan nak bergaduh sebab ibu pula. Hilmi, mungkin ibu khilaf. Ibu tak sedar selama ini, ibu dah abaikan perasaan kamu. Ibu minta maaf...,”
            “Ibu... mana boleh macam tu. Ibu tak pernah ada buat salah pada Abang Hilmi. Awak... janganlah buat ibu macam ni. Kasihan ibu...,”
            Hilmi merengus perlahan. Sekilas dia mengerling ke arah wajah ibunya yang keruh. Mungkin dia silap. Dia terlalu emosi sehingga tanpa sedar, barangkali dia telah membuat hati ibu itu terluka.
            “I’m sorry, ibu. Saya tak patut cakap macam tu,”akhirnya lemah dia bersuara memohon maaf.
            “Ibu faham. Kamu marah. Tapi, tolonglah. Terima semua ni dengan lapang dada. Anggap Wina memang jodoh kamu. Jangan sia-siakan dia...,”
            Hilmi diam seribu bahasa. Wajah Wina yang masam mencuka dipandang sekilas. Buat kali pertama Wina menarik muka dengannya. Itu pun sebab gadis itu tidak berpuas hati dengan layanannya pada ibu sendiri.
            “Ibu datang sini, nak jumpa Wina ke?,”
            Hilmi memandang. Suara itu sudah bertukar lunak. Wajah ibunya juga sudah terhias senyum lebar.
            “Yalah. Nak jumpa dengan menantu ibu lah. Tapi, mana tahu kena marah dengan anak sendiri pula,”
            “Ibu... kan saya dah minta maaf. Saya emosi. Saya minta maaf, okay...,”laju Hilmi menyampuk. Tidak sedap hati andai ada rajuk terus bertenggek di hati ibunya.
            Ibu Kasih tersenyum.
            “Kalau nak ibu maafkan, kamu berdua pergi honeymoon,”
            Hilmi membuang pandang. Wina tersenyum sambil melabuhkan punggung di sisi Ibu Kasih. Menyampah melihat situasi itu, Hilmi terus membawa langkah menuju ke bilik.


******

            Dia tahu dia sudah melangkau peraturan yang dibuat. Tetapi, hatinya memberontak mahu masuk ke ruangan larangan ini. Hilmi ke pejabat. Tidak mungkin lelaki itu akan tahu dia masuk ke bilik ini. Bilik tidur Hilmi. Satu persatu hiasan di dalam bilik itu disentuh. Kemas dan tersusun. Matanya terpaku pada sebuah bingkai gambar. Gambar seorang gadis manis amat menarik perhatiannya. Segera bingkai itu dicapai. Lama direnung. Kemudian perlahan dia mengeluh. Mungkin gadis ini kekasih hati Hilmi. Cantik.
            “Patutlah sebelah mata pun awak tak sudi pandang saya...,”ucapnya bersama senyum hambar. Tanpa sedar ada rasa ngilu yang perlahan-lahan meratah hatinya. Dia sangat yakin, sampai ke akhirnya, Hilmi tidak akan menjadi miliknya. Walau sebentar cuma... Hilmi tetap tidak akan menjadi miliknya.
            “Wina... kau tak boleh tamak. Kau cakap kau cuma nak jadi milik dia... kau tak ada hak nak halang keinginan dia...,”dia berbisik perlahan. Memujuk hati agar tidak terlalu hiba.
            “Apa kau buat di sini?,”
            Wina tersentak. Spontan bingkai gambar jatuh ke lantai. Berderai pecah. Kelam kabut dia membongkok. Mencapai bingkai gambar yang sudah pecah.
            “Awak...,”
            “Aku tanya kau buat apa kat sini?,”
            “I am sorry. Saya tahu saya salah...,”terketar suara yang meniti di bibirnya. Terketar juga jemarinya mengutip kaca yang bersepah di lantai.
            “Get out!,”
            “Saya kemas kaca ni dulu,”
            “I said... get out!,”
            Wina tersentak. Laju air mata gugur menanggapi kemarahan itu. Bingkai gambar diletakkan di atas lantai dan laju dia berlari keluar. Membawa tangisnya hingga ke bilik. Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa terhina apabila Hilmi tega menghalaunya sampai begitu sekali.


......


            Bersama amarah yang tidak terkawal, dia menghempas pintu bilik. Cukup geram apabila Wina sewenang-wenangnya melangkah masuk ke biliknya. Bingkai gambar yang telah pecah terletak di lantai. Segera dia tunduk. Mengutip kaca-kaca dengan hati berdongkol rasa marah. Wina memang sentiasa melampaui batas. Dengan perasaan marah, kaca dikutip sesedap rasa.
            “Auuchh...,”pantas jari ditarik. Berdarah.
            Sekali lagi dia merengus marah. Jarinya terluka terhiris dek kaca. Bersama bingkai gambar di tangan, dia melangkah keluar. Mahu mencari First Aid. Sebelum melangkah menuju ke tangga sempat dia berdiri di hadapan bilik Wina. Dia tahu Wina menangis. Kali ini, gadis itu nampak benar-benar terpukul. Seketika kaku di hadapan pintu bilik Wina, langkahnya dibawa ke tingkat bawah. Mencari kotak first aid. Luka di tangan dicuci sambil matanya liar mencari kotak First Aid. Tiada.
            “Wina!,”
            Sepi.
            “Wina!,”sekali lagi dia memanggil. Kali ini dengan suara yang lebih tinggi. Tidak lama, dia melihat Wina sudah menjengah di tangga.
            “Kotak first aid mana?,”
            Laju Wina melangkah menuruni anak tangga.
            “Awak kenapa? Tangan awak kenapa?,”
            “Kotak first aid mana? Benda penting macam tu, tolong letak kat tempat orang senang nampak,”
            Wina bergerak menuju ke arah kabinet dapur. Kotak kecil berwarna putih dikeluarkan.
            “Kena kaca ke?,”
            Hilmi diam. Cuba tangannya cuba membuka kotak. Tidak berjaya. Tanpa disuruh Wina menghulurkan bantuan. Kotak dibuka.
            “Mari saya buat...,”
            “Tak apa,”bantah Hilmi sambil menolak tangan Wina. Wina diam. Terus memandang Hilmi yang terkial-kial cuba membuka botol ubat luka dan plaster.
            “Tak salah saya tolong kalau memang awak tak boleh buat,”akhirnya Wina bersuara sambil mencapai botol di tangan Hilmi. Hilmi cuma memandang. Jelas mata Wina merah. Pasti baru lepas menangis. Tanpa sebarang suara, Wina mencuci luka kecil di jari Hilmi dan kemudian dibalut dengan plaster.
            “Okay. Dah siap...,”
            Hilmi diam. Wajah Wina berkerut perlahan.
            “Saya naik dulu...,”
            “Kau kenapa?,”
            Wina menggeleng. Laju dia mengangkat punggung meninggalkan Hilmi yang masih termangu. Bingkai gambar pecah di sisinya dipandang sekilas. Melirik pada senyum manis Eliza. Gadis yang terpaksa dia kecewakan demi permintaan ibunya. Kemudian, dia memandang pula pada jarinya yang sudah elok bertampal.
            Perlahan dia bergerak ke arah meja konsul. Mahu mengambil bingkai gambar yang terisi gambarnya untuk menggantu bingkai yang telah pecah dan sedikit patah. Dia terpaku seketika. Ada kesan liptik pada kaca bingkai gambarnya. Ada satu ciuman di situ. Spontan dia teringat pada Wina dan tiba-tiba ada getar halus di dadanya. Perlahan dia menyentuh kesan bibir yang melekat di situ.
            ‘Wina sayangkan kamu, Hilmi. Dia cintakan kamu....’
            Tiba-tiba kata-kata ibunya singgah di minda. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terharu melihat kesan ciuman itu. Dia yakin kesan itu milik Wina.


******
           
            Hari ini, wajah itu sudah kembali ceria. Tiada lagi mata yang membengkak.
            “Betul awak nak sarapan ni?,”
            “Kenapa? Pelik ke?,”
            Laju Wina menggeleng.
            “Taklah. Cuma macam tak percaya. Saya cuma buat nasi goreng je ni. Boleh ke?,”
            Hilmi diam tidak menjawab. Cuma tanpa disuruh dia melabuhkan punggung di kerusi. Melihat nasi goreng yang kelihatan sedap.
            Wina tersenyum lebar. Pantas nasi goring disendukan ke dalam piring.
            “Nak telur? Saya gorengkan?,”
            Hilmi menggeleng.
            Wina mengangguk. Senang melihat Hilmi mula menyuap nasi goreng ke mulut. Milo panas dituang ke dalam cawan kemudian diletakkan di sebelah Hilmi.
            “Sedap?,”soalnya dengan pandangan yang bersinar-sinar. Hilmi membalas renungan itu.
            “Okaylah...,”
            Wina tersenyum lagi.
            “Pasal semalam... saya minta maaf ya. Tak pasal-pasal jari awak luka. Saya janji lepas ni saya tak masuk bilik awak,”
            “Kenapa kau masuk bilik aku?,”
            Wina menggeleng perlahan.
            “Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi, boleh saya tanya?,”
            “Ya... perempuan tu memang kekasih aku...,”laju Hilmi menjawab sebelum sempat Wina bertanya. Perlahan Wina menelan liur.
            “Awak dengan dia?,”
            “Putus! Sebab kau...,”
            Wina menahan nafas.
            “Aku tak mahu cakap pasal tu,”
            “Tapi, saya nak cakap...,”
            Hilmi mengangkat muka. Suapannya terhenti. Piring nasi goreng ditolak ke tepi.
            “Kalau awak sayangkan dia, saya tak kisah awak teruskan hubungan dengan dia,”
            “Jangan nak tunjuk baik...,”
            “Saya serius,”
            Hilmi terdiam. Dia memandang wajah Wina. Wajah itu memang nampak serius.
            “Kau ingat kau siapa nak tentukan hidup aku?,”
            “Saya pencuri kebahagian awak. Jadi saya patut pulangkan...,”
            “Nonsense...,”kerusi ditolak ke belakang. Segera dia bangun. Wina turut mengangkat punggung.
            “Saya serius. Kalau awak nak kahwin dengan dia, saya sanggup aturkan...,”
            Hilmi terus berlalu tanpa bersuara. Wina diam memerhati Hilmi yang terus membeku. Bersiap untuk ke pejabat seolah-olah dia tiada di ruangan itu. Hatinya pilu. Namun, bibirnya tersenyum nipis.


*****

            “Dia baik?,”
            Hilmi terus membelek majalah di tangan. Soalan Wina dibiarkan sepi. Sangkanya cadangan di meja makan pagi tadi sudah berakhir tetapi nampaknya Wina bersungguh-sungguh mahu tahu tentang Eliza.
            “Dia baik tak pada awak?,”
            “Kau ni, apa masalahnya? Boleh tak duduk diam-diam? Aku nak baca majalah ni,”
            “Kalau dia baik pada awak... kalau awak pun sayangkan dia, awak kahwinlah dengan dia. Saya tak kisah,”
            “Tolong jangan buat drama kat sini, boleh tak?,”
            Wina diam. Tanpa sedar, dia beralih tempat duduk. Bergerak dekat dengan Hilmi.
            “Awak sayang dia?,”
            “Ya. Aku sayang dia. Kau ni kenapa?,”
            “Kalau macam tu, sambung semula hubungan awak dengan dia,”
            “Kau macam-mana?,”
            Wina tersenyum.
            “Saya dah dapat apa yang saya nak,”
            Hilmi diam. Dia berpaling menatap wajah Wina yang tersenyum.
            “Apa yang kau nak?,”
            “Kahwin dengan awak,”
            “Penting ke kahwin dengan aku?,”
            Wina mengangguk.
            “Saya nak jadi isteri awak. Walau sebentar cuma... saya tetap nak jadi isteri awak. Dan, impian tu dah tercapai. Kan?,”
            “Kau tak kisah bermadu?,”
            Wina tersenyum.
            “Kau tak marah kalau aku terus abaikan kau sebab aku dah kahwin dengan perempuan yang aku cinta?,”
            “Saya tahu awak akan bahagia, itu cukup untuk bahagiakan saya nanti,”
            “Untuk apa kau bersusah payah kahwin dengan aku, kalau senang-senang kau nak lepaskan aku pada orang lain?,”
            “Kekasih awak, bukan orang lain...,”
            Hilmi diam. Malam ini dia berbual panjang dengan Wina. Kali pertama rasanya dia berbual sebanyak ini dengan gadis bernama Wina ini. Dan, dia semakin sedar. Gadis ini memang pelik.
            “Awak... saya nak minta maaf dengan awak,”
            “Minta maaf kenapa?,”
            “Sebab saya curi perhatian ibu dan abah selama ini. Sumpah saya tak pernah bermaksud macam tu. Sebab saya selalu buat awak terpaksa lupakan impian awak. Saya selfish... sebab saya memang nak awak selalu ada dengan saya. Memang saya pujuk ibu. Pujuk ibu supaya tak benarkan awak belajar sampai ke UK. Saya buat macam tu sebab saya tak nak berpisah dengan awak. Saya juga pujuk ibu supaya kahwinkan awak dengan saya. Sebab... saya nak merasa menjadi isteri awak. Maafkan saya ya...,”
            “Apa kau dapat bila jadi isteri aku? Kau bahagia ke?,”         
            “Bahagia...,”laju Wina menjawab bersama senyum yang kelihatan cukup tulus di mata Hilmi. Hilmi tergelak kecil. Membuat Wina terkesima seketika. Akhirnya lelaki itu sudi berkongsi tawa dengannya.
            “Terima kasih...,”
            Hilmi terkedu. Aneh gadis ini.
            “Kenapa pula?,”
            “First time awak gelak dengan saya...,”
            “So?,”
            “Saya boleh mati dengan amanlah kalau macam ni,”Wina bersuara sambil tergelak. Hilmi mengerutkan kening.
            “Macam tu sekali ke?,”
            Wina tergelak kecil. Hilmi tersenyum. Entah kenapa, dia mula berasa senang dengan gadis ini.


*****

            Dia menghela nafas yang cukup panjang. Entah kenapa, apabila Wina meminta dia untuk pulang awal, dia seperti tidak sabar untuk sampai di rumah. Ada makan malam istimewa kata Wina. Dan, dia begitu teruja untuk mengetahui apakah yang begitu istimewa. Sejak perbualan panjang antara dia dan Wina tiga hari lepas, dia memang mahu memperbaiki hubungan mereka. Dia mahu belajar menerima kehadiran Wina sebagai suri hatinya. Tetapi, dalam tiga hari ini, dia langsung tidak berkesempatan menatap wajah Wina. Mahu mencari wajah itu, dia tidak mahu egonya tertunduk.  Biarlah Wina yang muncul di hadapannya. Dia tidak akan mencari gadis itu.
            Daripada tersandar di sofa, dia bangkit. Mahu menjengah hidangan makan malam yang telah Wina sediakan. Nampak penuh di meja. Cuma bayang Wina yang tidak kelihatan.
            “Hilmi...,”
            Jantungnya bagai berhenti berdegup. Suara itu! Perlahan dia menoleh. Seraut wajah tenang berdiri di belakangnya.
            “You!,”cuma itu yang terluah di bibir.
            Lama suasana menjadi hening. Waktu seakan terhenti.
            “What are you doing here?,”setelah yakin susuk yang berdiri di hadapannya itu adalah Eliza, soalan itu lambat-lambat meniti di bibirnya.
            Eliza diam tanpa suara. Cuma tangannya menghulur sekeping kertas. Pantas Hilmi mencapai. Entah apa onat Wina kali ini.


[ Enjoy your dinner ya. Jangan tanya macam-mana saya dapat cari Eliza. Saya curi-curi cari
 no telefon Eliza kat phone awak. Saya kembalikan cinta awak pada awak. Saya bawa pergi cinta saya bersama saya.

Maaf kalau ada kesilapan yang dah saya lakukan. Saya cuma mahukan cinta awak. Walau sebentar, saya sangka saya mampu memilikinya. Tapi saya silap. Cinta awak untuk Eliza. Bukan untuk saya. ]

            Hilmi menahan nafas. Mula geram dengan permainan yang diatur oleh Wina.
            “Mana wife I?,”
            Eliza menggeleng.
            “I dapat call. Dia suruh I ke sini. Ada surat untuk I and surat tu untuk you...,”
            Hilmi meraup wajah.
            “I don’t understand her...,”
            “Apa yang berlaku ni?,”
            “I tak tahu Eliz. I tak tahu apa ada dalam kepala dia. I am sorry. I kena cari wife I,”
            “Okay...,”
            Dalam resah Hilmi memandang wajah Eliza yang jelas tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku. Tidak tahu kenapa, kemunculan Eliza gagal membuang rasa penasarannya menghadapi ketiadaan Wina. Sangkanya makan malam ini cuma di antara dia dan Wina. Kemunculan Eliza langsung tidak pernah terfikir dek akalnya.
            “You settle masalah you. I balik dulu?,”
            “I am so sorry, Eliz,”
            Eliza tersenyum hambar.
            “It’s okay. Mungkin wife you salah faham. Sebab tu dia buat macam ni,”
            Hilmi mengangguk perlahan. Eliza berlalu. Dan, mala mini tiada makan malam seperti yang dia dambakan. Juga tiada wajah Wina yang sentiasa tersenyum.Sebaik Eliza hilang dari pandangan, laju dia meniti anak tangga menuju ke bili Wina. Bilik itu kosong. Tiada apa-apa yang tinggal. Tangan segera mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Mahu menghubungi ibunya.


*****


            “Kita beritahu Hilmi ya?,”
            Wina tersenyum. Perlahan dia menggeleng.
            “Tak mahu ibu. Abang Hilmi tak boleh tengok Wina macam ni. Tak apalah. Tak susah pun. Sebab Abang Hilmi tak pernah sukakan Wina. Mesti tak susah Abang Hilmi nak lupakan Wina. Lagipun, sekarang dia dah ada Eliza. Wina yakin, Eliza dapat bahagiakan Abang Hilmi,”
            “Ibu tak sanggup tengok Wina macam ni. Wina mesti nak Hilmi ada di sisi kan?,”
            Wina menggeleng lagi. Sungguh dia tidak mahu Hilmi melihat dia di dalam kesakitan ini. Dia sudah tidak berdaya berpura-pura, jadi dia terpaksa berlalu dari hidup Hilmi.
            “Ingatkan dapat hidup lama sikit lagi dengan Abang Hilmi. Tapi, rasa macam dah tak berdaya lagi dah. Ibu jaga Abang Hilmi untuk Wina ya...,”
            Menitis air mata Ibu Kasih. Jemari dingin itu dibawa ke bibir.
            “Anak ibu kuat. Anak ibu boleh lalui semua ni...,”
            Wina tersenyum.
            “Semua Wina dah lalui ibu. Permintaan terakhir Wina pun, ibu dah tunaikan. Wina dah bersedia. Wina boleh pergi sebagai isteri Abang Hilmi...Itu dah cukup buat Wina bahagia,”
            “Sebab Wina isteri Hilmi... Wina kena kuat,”
            “Wina kuat, ibu. Tapi, kanser ni lagi kuat,”Wina bersenda bersama senyum tawar. Senyum yang mengundang air mata tidak bertepi di bibir mata Ibu Kasih.
            “Abah...,”pandangannya beralih ke wajah Abah Harun yang tunduk menekan kelopak mata dengan ibu jari.
            “Janji dengan Wina ya. Jangan beritahu Abang Hilmi, Wina ada kat sini. Wina tak nak Abang Hilmi tengok Wina nak mati,”
            “Banyak kali Hilmi call malam tadi. Dia cari Wina. Tak baik buat dia macam tu,”
            Wina menggeleng lagi.
            “Wina tak nak tengok Abang Hilmi sedih. Biar dia marah. Biar dia benci. Tapi, Wina tak nak dia sedih...,”
            “Dia suami Wina...,”
            Wina diam. Terus terbaring sambil menatap kosong siling hospital. Dia nekad dengan keputusannya. Andai sudah tiba masanya untuk dia pergi, dia tidak mahu melihat air mata Hilmi mengiringi pemergiannya. Biarlah dalam diam dia pergi.  Dia tidak akan menyusahkan Hilmi lagi. Sejak kecil lelaki itu terbeban disebabkan dia. Kali ini, biarlah dia pergi tanpa menyusahkan lelaki itu.
            “Nanti ibu jodohkan Abang Hilmi dengan Eliza ya. Wina yakin itu pilihan terbaik Abang Helmi,”
            “Jangan cakap macam tu. Jangan cakap yang bukan-bukan. Kita ikut cakap doctor. Kita buat rawatan. Dulu Wina cakap Wina nak kahwin dengan Hilmi sebab tu Wina tak nak ambil rawatan. Sekarang ni, Wina dah kahwin dengan Hilmi kan? Kita buat rawatan ya?,”
            Wina tersenyum tawar. Itu alasannya satu ketika dulu. Kenyataannya dia sudah berputus-asa dengan kondisi dirinya sendiri.
            “Semua tu, sia-sia, ibu... Dah terlambat...,”
            Ibu Kasih menahan rasa. Mati akal dengan kedegilan Wina. Dia mendongak. Memandang wajah suaminya dengan perasaan hiba. Dia tidak kuat untuk menghadapi kehilangan ini.


*****

           
            7 April
[Alhamdulillah. Dah selamat jadi isteri Hilmi. Aku tahu dia tak suka. Aku tahu hatinya penuh rasa marah. Tapi, aku redha. Sebab aku yakin, inilah yang aku mahu]

Tarikh perkahwinannya. Laju dia membelek lagi dairi yang mungkin tertinggal itu. Setelah dia pecahkan laci yang berkunci, dairi ini yang dia jumpa. Luahan rasa Wina. Begitu banyak luahan hiba Wina di dada dairi itu. Luahan yang turut membuat dia sama-sama berasa pilu. Betapa dia tidak tahu senyuman Wina cumalah perisai untuk gadis itu menutup segala kesedihannya.

8 Ogos
[ tak tahulah. Rasanya makin lemah badan ni. Aku harap aku boleh habiskan lebih banyak masa dengan Hilmi. Baru saja aku dapat kongsi tawa dengannya. Rasanya aku dah tak kuat. Mungkin sudah tiba masanya aku kembalikan Hilmi pada kebahagiaan yang dia cari... yang pasti, kebahagiaan dia bukan denganku...]


Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Apa maksud kata-kata ini? Masa apa yang sudah tiba? Dia resah tiba-tiba. Adakah Wina merahsiakan sesuatu darinya?

10 Ogos
[Aku tak pasti. Tapi, aku harap sangat agar keputusan ini adalah yang paling tepat. Aku cuba cari no telefon Eliza. Dan aku berjaya. Akan aku aturkan satu makan malam istimewa buat pasangan ini. Harap-harap aku dapat kembalikan ceria dalam hidup Hilmi. Terlalu banyak aku susahkan Hilmi selama ini. Harap, apa yang aku lakukan ini dapat tebus segala keterlanjuranku selama ini. Aku benar-benar harap Hilmi akan bahagia dan aku dapat pergi mengadapNya dengan tenang]


Dairi dicampak ke katil. Jantung seakan berhenti berdegup. Dia tidak bersedia untuk melalui saat-saat begini. Telefon dicapai lagi. Sekali lagi dia mencari nombor telefon bapanya.
“Abah!,”sapanya sebaik sahaja panggilan dibuat.
“Kenapa dengan Wina abah? Saya tahu Wina rahsiakan sesuatu dari saya. Please abah. Jangan buat saya macam ni. Tolonglah beritahu saya, Wina di mana?,”
“Hilmi...Wina kat hospital,”
Dia melorot ke lantai. Bagaimana gadis yang sentiasa tenang dan ceria itu boleh berada di hospital?
“Tapi, kenapa?,”
“Kamu datanglah. Wina tak bagi beritahu kamu, tapi... abah tak sampai hati,”
Hilmi terdiam. Telefon terlepas daripada pegangan. Dugaan apakah ini? Setelah hatinya mula terpaut sayang, kenapa harus begini jadinya?
“Wina... kenapa macam ni?,”
Dia berteleku. Bibir mata mula basah dan ada tangis yang panjang di situ.


*****


            “Wina buka mata. Jangan buat macam ni...,”separuh meraung dia bersuara. Wajah itu telah kaku sebaik dia tiba di ruangan ini. Kenapa begini akhirnya.
            “Ibu...abah... kenapa jadi macam ni? Kenapa bila saya dah sayang... dia tinggalkan saya?,”air mata laju di pipi.
            “Sabar nak. Jangan macam ni. Tak baik,”
            Hilmi menggeleng perlahan. Tidak. Wina tidak boleh tinggalkan dia sendirian.
            “Dia tak boleh tinggalkan saya macam ni. Saya dah sayangkan dia. Saya nak hidup dengan dia. Dia tak boleh tinggalkan saya macam ni.... tak boleh....,”dia merintih pilu.
            Erat Ibu Kasih memeluk tubuh Hilmi yang sudah jatuh ke lantai.
            “Sampai hati dia. Langsung dia tak tunggu saya sampai...,”
            “Hilmi... bawa mengucap,”
            Hilmi mendongak.
            “Dia marahkan saya ya abah? Dia dah bencikan saya? Sebab tu dia tak nak tunggu saya?,”
            “Tak sayang. Wina tak pernah bencikan kamu. Dia hidup cuma untuk kamu. Sudah tersurat begini, kita kena redha, nak,”laju Ibu Kasih memujuk.
            “Saya tak nak terima suratan macam ni. Saya nak Wina ada dengan saya. Senyum pada saya. Bercerita pada saya. Saya tak nak Wina diam macam ni...,”
            “Istighfar Hilmi. Kesian Wina kamu buat dia macam ni...,”
            Hilmi diam. Cuma tubuhnya bergerak bersama esakan yang tidak surut. Sekali lagi wajah tenang yang pucat itu dipandang. Membuat air mata gugur lagi. Bertalu-talu dia cium wajah yang dingin itu.
            “Sudah-sudahlah tu Hilmi...,”
            Hilmi terus melayan tangisnya. Tubuh kaku itu dipeluk erat. Segunung angan-angan telah dia karang di hati. Namun, sekelip mata, segalanya direntap pergi.


*****

            Air mata dikesat perlahan. Air mawar disiram perlahan. Pusara ini telah memisahkan dia dan seorang gadis yang baru dia rasa  hebat cintanya.
            “Hilmi, kita balik...,”
            Hilmi menggeleng.
            “Abah balik dulu. Saya nak duduk di sini sekejap lagi,”
            “Jangan lama-lama,”
            Hilmi diam. Suasana sudah mula sepi. Yang tinggal Cuma dia sendirian di pusara yang masih merah tanahnya ini. Perlahan saku baju melayunya diseluk. Ada surat untuknya. Surat yang masih belum dia baca. Perlahan juga dia buka. Surat terakhir daripada Wina.


            Awak,
Kalau surat ni sampai ke tangan awak, itu bermakna saya dah jauh tinggalkan awak. Maafkan saya sebab rahsian pemergian saya. Ada dua sebab kenapa saya rahsiakan. Saya tak sanggup nak tengok awak menangis. Saya tak mahu awak menangis di hadapan saya. Dan, kalau awak langsung tak bersedih, saya juga tak sanggup melihat awak iringi pemergian saya dengan wajah yang penuh dendam.

Awak,
Terima kasih sebab sudi tunaikan permintaan terakhir saya. Saya ingin pergi sebagai isteri awak dan hasrat tu dah tercapai. Jangan marah ibu, jangan marah abah lagi. Saya sudah tak ada. Ibu dan abah dah jadi milik awak seorang. Awak tak perlu kongsi dengan sesiapa lagi.

Awak,
Terakhir.... saya dah miliki awak... cinta saya. Selepas saya pergi, saya harap awak kejar semula cinta awak yang dah awak lepaskan demi memenuhi permintaan saya. Saya tahu awak akan bahagia bersama Eliza.

Awak,
Terima kasih. Walau sebentar cuma.... saya benar-benar bahagia. Kalau sudi, ingatlah saya dengan Al fatihah ya awak...

Wina,
Beberapa titis air mata membasahi sehelai kertas di tangan. Pilu di hati kembali singgah. Wina tidak sempat tahu yang dia sudah mula menerima kehadiran gadis itu. Wina tidak sempat tahu, Eliza sudah tidak bermakna lagi untuknya.
Perlahan dia menyentuh nisan yang masih baru.
“InsyaALLAH, abang tak akan lupakan Al-fatihah untuk Wina...,”


*****

            “Rehan... mama panggil,”sambil meletakkan semula bingkai gambar di atas kabinet di ruang tamu, Hilmi bersuara.
            “Mama nak apa?,”suara kecil itu nyaring bertanya.
            “Nak baliklah sayang. Jom balik. Nanti papa nak sampai. Nak jemput papa tak?,”
            “Nak... nak...,”
            Eliza tersenyum. Pantas dia mencapai jemari anak kecil itu.
            “I balik dulu.  Thanks ya for lunch,”
            Hilmi tersenyum.
            “Bukan I yang masak pun. Ibu yang masak,”
            Eliza tersenyum.
            “Jom Rehan. Jumpa nenek Kasih kejap. Lepas tu kita balik jemput papa,”
            Rehan mengangguk. Eliza menghilang lagi.
            Hilmi diam. Lima tahun berlalu, namun entah kenapa, hatinya masih sarat dengan kasih Wina. Bingkai yang tersimpan disentuh lagi. Wajah Eliza terus tersimpan di situ sebagai seorang teman. Matanya sekali lagi menatap ukiran bibir yang makin malap di telan masa. Itulah kenangan yang tertinggal. Sebentar cuma...namun sehayat dia menanggung kehilangan.

TAMAT....
[11:35:50 PM] hos.getah: