Thursday, April 26, 2012

Ini Perang Cinta! 3


            “Kau dengar tak Aira?,”Elman menekan suara. Geram melihat Aira yang terus leka dengan kerjanya.  Rasanya daripada tadi dia cuma bercakap sendirian. Aira pula leka membelek guni-guni PKC untuk makanan lembu-lembunya tetapi dia tahu  Aira tidak bersungguh-sungguh pun dengan apa sedang dia lakukan itu. Aira cuma mahu lari daripada topik yang sedang mereka bincangkan. Dia kenal benar sikap gadis ini.
            “Aira!,”
Apabila tetap tiada respon daripada Aira, sambil merengus geram, kertas di tangan Aira direntap. Membuat Aira terperanjat kecil.
            “Apa kau ni?!,”Aira mula membentak. Invoice di tangan Elman dicapai semula. Sambil menjeling dia menarik muka masam.
            “Hey...jangan tarik muka masam kau kat sini,”Elman berbisik perlahan.
            “Kenapa?,”
            “Nanti masam semua susu lembu kau ni,”sambungnya sambil tergelak besar. Aira terus mencuka. Laju tangannya memukul bahu Elman. Elman ketawa lepas.
            “Kau... kalau tak loyar buruk dengan aku, tak boleh ke?,”
            “Kau...kalau aku cakap, boleh tak kau jangan buat tak dengar macam ni?,”balas Elman sambil menjongketkan kening. Aira merengus geram. Wajah Elman direnung seketika.
            “Boleh. Tapi topik lain,”selamba Aira menjawab sambil tangan membuat isyarat memanggil  seorang pekerjanya.
            “Tolong check semua ni. Lepas tu angkut masuk stor,”Aira memberi arahan. Pekerjanya mengangguk.
            “Hmmm…. Okay. Cepat cakap apa yang kau nak cakap sangat tu,”sambil melangkah meninggalkan timbunan guni PKC yang baru sampai.
            “So, kau datang tak? Ashraf beria-ia nak kau datang,”Elman bertanya lagi soalan yang sama. Aira mengeluh perlahan. Malas mahu menjawab soalan yang sudah Elman tahu jawapannya itu.
            “Kau rasa aku nak datang ke? Kau letak duit sepuluh ribu pun depan aku, aku tak akan datang. Aku tak nak pergi. Faham?,”
            Elmas mengeluh panjang.
            “Aku memanglah faham. Tapi, Ash belum tentu faham. Penatlah macam ni. Kau orang berdua ni kan, keras kepala tau tak? Ego!,”
            Aira membuang pandang. Elman boleh berkata apa sahaja, tetapi untuk dia muncul dan pandang wajah Ashraf, bukanlah satu perkara mudah baginya. Hatinya masih tercalar. Marahnya masih belum reda.
            “Kasihan Ash…,”
            “Daripada aku kasihankan dia… fikirkan pasal dia, baik aku pergi dating dengan lembu-lembu aku. Ada juga faedahnya,”
            Elman tergelak kecil.
            “Maknanya kat sini, kau nak cakap lembu-lembu kau ni lagi penting daripada Ash tu?,”
            Aira mencemik. Sekurang-kurangnya lembu-lembunya ini tidak pernah menyakitkan hati.
            “Eh, sebut pasal lembu, mana lembu untuk kenduri tu? Kau cakap nak tunjuk kat aku hari ni,”
            “Ada. Aku lepas kat padang ragut. Jangan risaulah. Cuma, mak aku nak jumpa kau. Ada hal katanya,”
            “Mak nak jumpa aku?,”
            Aira tersengih. Lucu tiap kali Elman memanggil ibunya dengan panggilan itu.
            “Belum apa-apa dah panggil mak,”
            “Eh, mestilah. Bakal mak mertua tu…,”
            “Uweekk,”Aira mengusik bersama gelak panjang. Elman sudah gigit bibir menahan geram.
            “Kau nak main kejar-kejar dekat kandang lembu ni ke?,”
            Aira ketawa lagi sambil menggeleng laju.
            “Kad dah siap kan? Aku nak ambil. Nak edarkan dah. Mak aku pun dah bising-bising tanya kad jemputan dah siap ke belum,”
            Aira menjeling.
            “Tak fahamlah aku. Nak kahwin , tapi malas. Semua benda aku yang nak kena buat. Siap dah. Ada kat rumah. Saja aku tak cakap, nak tengok kau ingat ke tak.  Nanti akad nikah, nak aku tolong lafazkan ke?,”
            Elman cuma tergelak mendengar omelan itu. Dia tahu Aira sedang meluahkan rasa geram. Memang Aira yang banyak membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya itu.
            “Bukan aku malaslah. Aku tak pandai. Lagipun sibuklah. Dengan preparation cawangan baru tu lagi. Catering sana sini lagi. Tu Ash nak buat gila lagi tu. Dia nak tambah package nak jadi wedding planner pulak. Yang dah ada pun dah buat aku macam robot, nak tambah lagi. Sejak bercerai, Ash dah jadi hantu kerja, kau tahu tak? Yang jadi mangsanya aku. Nak keluar dating pun, kadang-kadang kena cancel last minute,”
            “Tak tahu,”pendek jawapan Aira. Jawapan yang menunjukkan dia tidak berminat dengan soalan itu. Tidak berminat dengan cerita itu.
            “Sudahlah tu. Kalau kau nak cakap pasal Ash, aku malas nak dengarlah. Baik kau pergi jumpa mak aku. Lepas tu, kau boleh pergi cuba baju nikah. Kalau rasa ada yang tak kena, boleh suruh dia orang adjust,”
            Elman terus mengunci mulut. Kalau sudah itu yang keluat daripada bibir comel, Aira, bermakna kalau ada lagi cerita tentang Ashraf, pasti gadis ini akan isytihar perang dingin. Jadi, lebih elok dia akur dengan permintaan Aira. Keras hati Aira bukan mudah untuk dilembutkan semula.
            “Kau tak nak ikut?,”Elman bersuara sambil tersenyum lebar.
            Aira menggeleng.
            “Aku nak tengok budak-budak potong rumput lepas ni. Lepas tu, aku nak pergi bank kejap,”
            “Sibuk bebenor,”
            Aira tersenyum kecil.
            “Dah tu, kau ingat kau aje yang sibuk?,”
            “Agak-agaknya kalau sibukkan diri macam ni, boleh buat lupa kisah sedih ke?,”
            Aira mengangkat muka. Memandang wajah Elman dengan rasa sedikit hairan.
            “Kenapa kau cakap macam tu?,”
            “Kau cuba nak lupakan Ash, kan? Dan, Ash cuba nak lupakan kau. And, kau orang sama-sama jadi manusia paling sibuk untuk tipu diri sendiri,”
            Aira mengangkat kening.
            “Mengarut,”ucapnya sambil menjeling. Terus dia melangkah meninggalkan Elman yang tercegat. Elman menggeleng perlahan.


*****

“Kasihan Ash…,”
            “Daripada aku kasihankan dia… fikirkan pasal dia, baik aku pergi dating dengan lembu-lembu aku. Ada juga faedahnya,”
“Maknanya kat sini, kau nak cakap lembu-lembu kau ni lagi penting daripada Ash tu?,”

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Sanggup Elman samakan dia dengan lembu-lembu peliharaan Aira. Dan, dia tidak pernah tahu selama ini Aira menjadi penternak lembu dan kambing. Dia nekad untuk mengekori Elman setelah Elman terus berkeras tidak mahu bercerita apa-apa tentang Aira. Walau hatinya memberontak mahu muncul di hadapan Aira, namun, dia tetap harus diam memerhati. Memerhati Aira dan Elman. Mendengar tiap patah kata Aira dan Elman. Juga menjawab teka-teki tentang keengganan Elman bercerita tentang Aira. Sungguh tidak dia sangka Elman menyimpan satu rahsia besar daripadanya. Elman sanggup menipunya.
            “Kalau dia dah ada pengganti kau?,”
            “Dia dah ada pengganti aku ke?,”
            Dia teringat pada soalan itu. Elman pernah bertanya soalan itu padanya. rupa-rupanya soalan itu bersebab. Rupa-rupanya teman baiknya itulah yang sudah menggantu tempatnya. Sungguh dia berasa tertipu. Dia tahu Elman sekarang sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya. Dia tahu Elman sudah bertunang. Dan, hari ini dia tahu kenapa Elman tidak pernah mahu perkenalkan tunangnya itu.
            “Susah betul nak kenal tunang kau, kan? Kenapa? Kau takut aku kebas ke?,”
            “Dia studylah. Study kat Australia. Nantilah. Masa kita orang kahwin nanti, kau jumpalah,”
            Ashraf tergelak sinis.
            “Study konon. Kat Australia konon. Hidup-hidup kau tipu aku, Man…,”dia bersuara geram. Ikutkan hatinya yang marah tadi, mahu sahaja dia humban Elman ke dalam kandang lembu. Kawan karib yang menjadi tempat dia meluahkan segala kesedihan rupa-rupanya sedang merampas satu-satunya harapan bahagia yang dia ada. Dia benar-benar mahu Aira kembali padanya. Dia sungguh-sungguh menyesal dengan kesilapan yang pernah dia lakukan dulu.
            “Kad dah siap kan? Aku nak ambil. Nak edarkan dah. Mak aku pun dah bising-bising tanya kad jemputan dah siap ke belum,”
            “Tak fahamlah aku. Nak kahwin , tapi malas. Semua benda aku yang nak kena buat. Siap dah. Ada kat rumah. Saja aku tak cakap, nak tengok kau ingat ke tak.  Nanti akad nikah, nak aku tolong lafazkan ke?,”

            Hatinya remuk mendengar bicara penuh mesra temannya itu. Tidak mungkin dia boleh terima kenyataan tidak lama lagi Aira akan bergelar isteri kepada teman baiknya itu. Tidak mungkin!
“Aku tak akan bagi kau kahwin dengan Aira. Aku akan pastikan kau tak akan kahwin dengan Aira. Tak akan, Man…,”
“Ek hemm…,”
Ashraf mengangkat muka. Bersua dengan senyum lebar seorang insan yang tidak begitu ingin dia jumpa. Dia mengeluh perlahan namun wajah montel bayi di dalam pelukan perempuan itu tetap dia sentuh.
“Hai duda kesepian. Apa khabar?,”
Ashraf mengerling. Sakit hati dengan gelaran itu? Rasanya dia sudah lali. Begitulah caranya Salina menyakiti hatinya. Lebar senyum Salina sambil meletakkan anaknya yang berusia setahun ke dalam kerusi bayi.
“Saya nak makan ni. Cepatlah ambil order,”
Ashraf membuang pandang. Kadang-kadang geram dengan sikap sepupunya ini. Sejak perceraian mereka, tidak habis-habis Salina muncul untuk persendakannya.
“Buat apa kat sini?,”
“Nak shopping. Singgah kejap kat sini, nak sakitkan hati awak,”
Mendengar jawapan selamba itu, dia menggaru kepala yang tidak gatal. Kadang-kadang geram dengan sikap sepupunya ini. Sejak perceraian mereka, tidak habis-habis Salina muncul untuk persendakannya. Memang perkahwinan dia dan Salina tidak berjalan lancar. Akhirnya Salina nekad mahu bercerai. Tidak lama selepas bercerai, bekas isterinya itu berkahwin semula.
“Jual mahal. Konon tak boleh nak bahagia kalau tak ada cinta. Dah bercerai pun, tak dapat cinta juga, kan? Itulah balasan untuk orang yang suka menipu. Bertunang dengan orang lain, bercinta dengan orang lain. Last-last hidup sorang-sorang,”
“Jangan ungkit cerita lama boleh tak?,”
Salina mencemik. Berpaling sambil mengagah anaknya yang kelihatan rancak mahu ikut berbual.
“Awish tengok uncle Ash Awish tu… kesian dia. Hidup sorang-sorang. Kan?,”
Darwish ketawa mengekek. Tawa Darwish tiba-tiba terasa seperti turut menyindirnya. Ashraf mengangkat punggung. Panas telinga mendengar usikan itu.
“Nak makan apa?,”
“Hmm…. Saya mengidam nak makan ketam masak sambal,”
Ashraf tergelak.
“Mengidam?,”
Salina mengangkat kening.
“Kenapa? Cemburu?,”
“Nak cemburu apanya? Kesian Awish…kecik-kecik Awish  dah nak dapat adik baru ya? Nanti mama mesti tak sayang Awish…,”balasnya sambil turut mengagah anak kecil yang memang cukup suka ketawa itu. Dan, seperti mendengar bicara ibunya, Darwish turut mengekek mendengar tawanya. Dia tersenyum. Walau ibunya menyakitkan hati, namun, keletah anaknya tetap dia senangi.
“Apa pulak? Itu namanya rezeki. Itu baru bahagia namanya. Bukannya terperuk dalam restoran ni sorang-sorang. Menghitung hari demi hari…makin hari, makin tua…makin tua…makin tak laku,”balas Salina tidak berpuas- hati dengan kata-kata bekas suaminya itu.
“Malas nak layan kamu ni. Nak makan ketam aje ke? Lain?,”
“Hmm…. Sup sayur sekali. Buat untuk dua orang,”
“Hai… mentang-mentang pregnant, siapkan makanan pun untuk dua orang?,”
“Maklong nak datanglah. Dia nak lunch sekali,”
Ashraf tidak jadi melangkah.
“Mak datang sini nak buat apa?,”laju dia bertanya. Apa pula agenda ibunya datang ke restorannya bersama Salina?
“Nak shoppinglah. Takkan saya nak shopping sorang-sorang? Siapa nak tolong tengokkan Awish?,”
Ashraf tergelak.
“Hai… kata tengah bahagia. Mana pasangan bahagia kamu?,”
Salina menjeling.
“Husband saya pergi Johor. Esok baru balik. And, kami memang bahagia. So what? Jealous?,”
“Saya tak pernah jealouslah. But I’m happy. Baguslah kamu bahagia sekarang,”
Salina mengangkat kening. Ashraf membuang pandang. Tidak mahu bertanya panjang dan menerima kata-kata pedas yang lebih banyak, terus dia melangkah meninggalkan Salina dan anaknya.


*****
[11:35:50 PM] hos.getah: