Friday, December 25, 2009

PERGILAH AIR MATA


KIH KIH KIH... KREDIT TO KN WEBSITE...
Just wanna share. Setelah hampir setahun...( KE LEBIH?) akhirnya PAM muncul juga ke versi cetak. ALHAMDULILLAH. Ada lagi kesempatan untuk satu lagi hasil angan2 saya menjadi sebuah novel.
Akan berada di pasaran, JAN depan.
Harap PAM dapat diterima oleh semua.
Thanks pada follower e-novel ini.
Terima kasih kerana setia menanti...
Terima kasih atas komen dan teguran yang membina...
Terima kasih dan terima kasih.
Sayang anda semua... :)
Peace no war...
Salam Manis,
Hanni Ramsul

Sunday, December 20, 2009

Mimpi Yang Mati 8


“Adik dah ngantuklah, papa,”
Razman menoleh. Memandang wajah Shadiq yang layu. Sekuntum senyum terukir di bibir.
“Kakak mana?,”
“Dah tidut kot,”
“Pergilah masuk tidur. Papa nak siapkan kerja sikit,”dia bersuara lembut. Shadiq diam. Cuma bergerak menghampirinya. Mengucup tangannya sambil mengucapkan selamat malam.
“Selamat malam,”balasnya senang. Menghadiahkan satu kucupan di dahi anak bongsunya itu. Shadiq berlalu.
“Selamat malam nek,”
Razman tersenyum kecil mendengar sapaan Shadiq pada ibunya. Kemudian kembali menumpukan perhatian pada komputer ribanya.
“Awal betul anak-anak kamu tidur,”
“Letih kot mak. Seharian dalam kereta,”
“Hmm… budak-budaknya ada. Mak budaknya mana?,”
Razman mengeluh perlahan sambil meraup wajah. Memang soalan itu meniti di bibir ibunya sejak petang tadi. Satu dilema yang bukan baru untuknya. Soalan itu, tiada jawapan terbaik yang mampu dia berikan.
“Saya bukan tengah bercuti mak. Kebetulan budak-budak tengah cuti, saya pula ada kerja dekat-dekat sini. Itu yang saya bawa dia orang sekali,”
“Itu alasan kali ni ya? Hai…Tak tahulah mak nak cakap apa. Anak dah besar panjang, tapi, boleh dikira dengan jari aje, berapa kali isteri kamu tu ikut kamu balik. Kamu berdua ada masalah ya?,”
Razman tergelak kecil.
“Kalau ada masalah, takkan jadi budak berdua tu, mak,”selorohnya membuat muncung ibunya sedikit panjang.
“Susah kalau bercakap dengan orang pandai ni…,”
Razman tersenyum cuma. Menebarkan pandangan ke screen computer riba. Tiba-tiba dia teringatkan pada sebaris nama. Sudah lebih seminggu kesibukan membuat dia lupa pada nama itu. Lebih dari itu, sudah agak lama nama itu tidak muncul tiap kali dia menerokai ruang sembang kegemaran muda-mudi itu. Dengan sedikit malas, dia daftar masuk ruang sembang maya. Tidak tahu bagaimana dia boleh turut terjebak di dalam arus teknologi terkini itu. Tetapi, ternyata sebaris nama Laila_Maya mampu membuat dia terus memberi tumpuan pada medium itu. Dan, kehilangan Laila_Maya secara tiba-tiba, sedikit sebanyak membuat dalam diam dia tertunggu-tunggu. Tertunggu-tunggu kemunculan isteri orang. Hatinya beristighfar dalam diam. Minta dijauhkan perasaan pelik yang bakal mengundang masalah.
“Memang susah mak…,”
Suara itu menarik perhatiannya. Suara yang penuh dengan nada sindiran. Sindiran yang cuma sampai ke akalnya. Cuma dia saja yang faham akan nada itu.
“Joe. Ke mana? Baru nampak muka,”
Johan tidak menjawab sapaannya. Cuma bergerak mendekat sambil menghulur tangan.
“Bila sampai?,”soal adiknya itu sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Di sebelah ibunya.
“Petang tadi,”
“Yang kamu ni. Sekarang baru nampak muka, kamu ke mana?,”
“Ada staff baru mula kerja kat hotel hari ni. Bagi training kat mereka,”
“Dah makan?,”
“Dah, mak,”
“Nak minum?,”
“Tak apalah. Nanti, Joe buat sendiri,”
“Hmm… kalau macam tu, mak nak masuk tidurlah,”
Johan tersenyum kecil sambil Razman sekadar menoleh. Memandang ibunya melangkah perlahan ke bilik.
“Along macam mana sekarang?,”soalan itu meniti di bibir Johan sebaik ibunya hilang di balik pintu.
“Macam mana lagi? Macam nilah,”
Johan tersenyum sinis.
“Kenapa Kak Jasmin tak ikut?,”
“Kamu ni. Macam sehari dua kenal kakak ipar kamu tu. Mana pernah dia nak ikut balik rumah mak. Kampung ni, tak kena dengan jiwanya,”
Senyum sinis Johan berganti gelak pendek. Gelak yang sumbang di telinga Razman.
“Itu dulu. Sekarang dah ada sebab lain kot,”
Razman mengeluh panjang. Maksud bicara Johan sudah dapat dia baca.
“Dah lebih enam bulan kan? Dia masih malu nak balik ya? Malu dengan Joe?,”
“Entahlah Joe,”
“Entah?,”
“Along malas nak cakap pasal tu la. Along tak nak fikir,”
“Jangan macam tu Along. Tak suka tak bermakna tak penting Along. Along tak boleh pandang remeh pada benda macam ni. Along macam mana dengan Kak Jasmin sekarang? Along maafkan dia?,”
“Maaf? Entahlah Joe. Bukan senang nak lupa apa yang dia dah buat,”
“Kalau tak boleh lupakan, kenapa tak lepaskan saja? Kenapa Along masih nak simpan isteri macam tu. Kalau dia mahu berubah, Joe tak kisah sangat. Tapi, Joe takut, nanti Along cuma memikul masalah,”
Razman mengeluh lagi. Senangnya Johan menuturkan kata. Sudahnya dia bergerak meninggalkan meja. Melangkah malas menuju ke jendela. Memandang jauh pada gelap malam yang segelita jiwanya. Melayan irama bingit cengkerik yang sebingit pelbagai rasa di hatinya.
“Joe bukan apa. Joe risau kalau-kalau benda ni berulang,”
Dia berpaling. Memandang Johan yang turut memandangnya.
“Dia dah janji dengan Along. Tak akan ulang benda tu lagi,”
“Janji tu mudah Along. Dan lagi, lidah tu tak bertulang,”
Razman diam. Memproses kata-kata Johan dari sudut logik.
“Along boleh terima semula Kak Jasmin?,”
Soalan itu cuma menyambung diamnya. Diam yang memberi jawapan samar pada Johan. Perlahan Johan menghela nafas. Bukan senang berada di dalam situasi abangnya. Dia tahu itu. Dan, kalau bukan matanya sendiri yang menyaksikan kecurangan kakak iparnya itu, pasti sampai sekarang Razman masih tidak tahu apa-apa. Namun, rasanya tindakan Razman kurang bijak. Alasan demi anak-anak seakan tidak kuat untuk Razman meneruskan ikatan itu.
“Along masih sayangkan Kak Jasmin?,”
“Joe ada cakap apa-apa dengan mak?,”Razman tiba-tiba mengalih topic perbincangan.
“Ini masalah rumahtangga Along. Joe malas masuk campur. Kalau mak tahu pun, biarlah dari mulut Along. Bukan dari Joe,”
“Along tak nak mak tahu. Terkejut dia nanti,”
“Hal mak tu, bukan yang paling penting sekarang ni, Along. Tapi, tindakan Along. Kalau Along tak boleh terima lagi Kak Jasmin tu, Joe rasa baik Along lepaskan saja. Bebaskan saja dia,”
“Tak semudah tu Joe. Kalau ikutkan hati Along, memang itulah yang Along mahu,”
“Dah tu, apa masalahnya?,”
“Anak-anak,”
Johan mengeluh perlahan.
“Semata-mata kerana anak-anak? Dah tu, macam mana Along dengan Kak Jasmin nak teruskan hidup? Tinggal bersama semata-mata sebab anak? Tapi, sampai bila? Sampai bila boleh hidup macam tu?,”
“Joe nak Along bercerai? Anak-anak Along macam mana? Mereka perlukan along dan mama mereka,”
“Kalau Along ikhlas boleh terima kesilapan yang Kak Jasmin buat, Joe tak kisah. Tapi, Joe risau kalau Along tak boleh terima semua tu. Gantung Kak Jasmin tak bertali. Tak baik macam tu Along. Banyak kesan buruk nanti,”
“Maksud Joe?,”
“Joe risau kalau Kak Jasmin ulang kesilapan tu lagi. Along turut bersalah kalau sampai jadi macam tu lagi. Itu satu hal. Lagi satu hal, buruk kesannya pada anak-anak kalau sikap Kak Jasmin tak berubah,”
“Dia dah bersumpah demi anak-anak. Takkan dia sanggup nak ulang lagi. Along tahu, dia sayangkan anak-anak,”
“Ikhlas Joe cakap Along…Joe macam tak yakin aje. Along fikir elok-elok. Kalau Along nak teruskan perkahwinan Along, Along kena belajar terima semula Kak Jasmin. Maafkan kesalahan dia,”
“Tak mungkin, Joe. Tak mungkin Along boleh terima semula,”
“Kalau macam tu, baik Along jangan ambil risiko. Anak-anak pasti ada penyelesaiannya nanti,” Razman mengeluh perlahan.
“Kalau kamu, apa kamu buat?,”
Johan tergelak kecil.
“Pendapat orang belum kahwin? Saya tak nak simpan isteri macam tu,”
Razman tersenyum kelat. Pendapat tanpa komitmen memang terlalu mudah. Namun, untuk apa yang dia miliki kini, keputusan tidak akan menjadi semudah itu. Sebolehnya dia tidak mahu anak-anaknya terbeban dalam masalah dia dan Jasmin. Jelas ditelinganya tangisan Shadiq yang tidak mahu berpisah dengan ibunya pada malam amukannya menghalau Jasmin. Masih terbayang di matanya Shadiq yang terbaring lesu berhari-hari, menanggung rindu pada wanita bergelar ibu. Juga pada wajah mendung Marisha. Wajah-wajah tidak berdosa itu membuat dia tidak mampu menolak rayuan Jasmin agar dia diberi peluang kedua. Mustahil ada peluang kedua untuk Jasmin. Namun, demi senyum anak-anak itulah keputusan paling baik yang mampu dia fikirkan. Satu lagi peluang untuk Jasmin buktikan kasih –sayangnya pada anak-anak.
“Keputusan di tangan Along. Joe cuma boleh ingatkan saja. Jangan balas dendam pada Kak Jasmin dengan kuasa yang ada di tangan Along tu. Tak menguntungkan sesiapa pun,”
“Tak timbul soal dendam Joe. Cuma, Along dah tak ada perasaan. Along kecewa dengan sikap dia. Yang ada kini, cuma anak-anak. Tak lebih dari tu. Selagi dia tunjukkan perhatian pada anak-anak, selagi itu Along beri dia peluang untuk dia bersama anak-anak,”
“Along mungkin rasa Along boleh hidup tanpa isteri dalam erti kata sebenar. Tapi, boleh ke Kak Jasmin hidup tanpa suami? Bukan kecil dosanya Along, kalau sampai terulang perkara yang sama. Lebih-lebih lagi, kalau sampai semua tu terjadi sebab tindakan Along. Dayus Along nanti,”
Razman kelu. Hujah Johan terlalu kukuh untuk dia patahkan. Betul-betul membuat dia berada di dalam kekusutan yang tidak berkesudahan. Bukan mudah untuk dia menerima semula Jasmin. Dan, bukan satu tindakan yang bijak andai dia terus mengabaikan Jasmin. Satu keluhan berat muncul di sudut bibir.
“Along fikirlah yang terbaik. Joe nak mandilah,”
Dia terus diam. Langsung tidak bereaksi. Pandangannya dilontar semula ke luar jendela. Memikirkan semula kemelut yang memang langsung dia tidak nampak jalan keluar. Egokah dia? Dia tidak pasti. Yang dia yakin, Cuma satu. Hatinya benar-benar sudah tertutup untuk Jasmin. Itu perasaannya. Namun, tanggungjawabnya? Tanggungjawab memang masih memberat di bahunya. Itu harus dia akui. Dan, untuk imbangi antara perasaan dan tanggungjawab, dia memang tewas. Dia tidak mampu menerima Jasmin sekali lagi. Untuk lepaskan wanita itu, ada dua anak kecil yang tidak tahu apa-apa, perlu dia jaga hati dan perasaan mereka. Untuk biarkan keadaan berterusan begini, kata-kata Johan tadi, tidak boleh dipandang enteng. Sekali lagi lambat-lambat tangannya meraup muka. Hebat sungguh dugaan yang tertimpa di bahunya.
Perlahan dia bergerak semula ke meja. Bertemu dengan sapaan dari Laila_Maya. Dia cuma memandang kosong. Tadi, memang dia tertunggu-tunggu nama itu. Namun, saat ini, hilang keinginannya untuk bersembang maya dengan wanita itu. Dengan malas komputer riba ditutup. Sebaiknya dia melelapkan mata. Tidak mahu lagi memikirkan masalah rumahtangganya yang tidah berkesudahan.


****





Wednesday, December 9, 2009

Mimpi Yang Mati 7


Wajah merah menyala ibunya dipandang sekali lagi. Hatinya tetap keras. Tetap tidak suka akan paksaan itu. Dia paling benci apabila diarah itu dan ini. Dan paling pantang apabila soal jalan hidupnya, ditentukan oleh orang lain sewenang-wenang. Walaupun orang lain yang dimaksudkan itu adalah ibunya sendiri. Bukan niat mahu melawan. Jauh sekali mahu menjadi anak derhaka. Namun, permintaan ibunya terlalu mustahil di telinganya. Langsung tidak boleh dicerna oleh akal warasnya. Dengan geram dia bangkit dari sofa. Tidak mahu mendengar lagi segala rancangan mengarut itu.
“Duduk!,”
Bentakan itu membuat dia terduduk semula. Terkedu seketika. Memang mulut ibunya sering bising dengan leteran. Namun, terasa leteran kali ini melangit dengan marah ibunya. Wajahnya mula kelat. Sekelat wajah ibunya.
“Ini keputusan mak,”
Dia tercenggang. Suara yang meniti di bibir ibunya seperti tidak berperasaan.
“Mak.. ini kan soal hidup Maya. Mana boleh mak buat macam ni. Mak tak kenal Ameer. Tapi, Maya kenal Ameer tu. Kenal sangat. Maya tak bodoh nak masuk dalam mulut buaya macam tu saja,”
“Apa kamu cakap ni? ,”
“Ameer tu playboy. Kaki perempuan. Dia tukar perempuan macam tukar baju. Mak tahu tak? Takkan mak sanggup nak kahwinkan Maya dengan lelaki macam tu?,”
“Mak tak percayalah. Kamu saja buat alasan kan? Saja mereka cerita. Apa kena dengan kamu ni? Kamu nak cari lelaki macam mana lagi? Tiba-tiba jual mahal pulak,”
Kata-kata itu disambut dengan satu keluhan panjang.
“Reka cerita apa pula mak. Kekasih dia tu, jiran Maya. Tiap-tiap minggu maya nampak dia datang rumah perempuan tu. Bermalam kat sana. Lepas tu, dia tinggalkan perempuan tu macam tu aje. Kawan –kawan Maya pun selalu cerita terserempak dengan dia. Keluar dengan macam-macam jenis perempuan. Orang macam tu, mak nak buat menantu? Tak nak Maya tempah bala macam tu. Mak jangan paksa Maya ya,”
“Kalau dia nak main-main, dia tak akan datang jumpa mak. Tak akan datang minta izin nak peristerikan kamu. Dia dah berubahlah tu,”
“Berubah? Mak ni, kenapa? Nak sangat terima Ameer tu, kenapa? Mustahil dia boleh berubah mak”
“Sebab mak tahu dia ikhlas nak ambil kamu jadi isteri. Kalau dia nak main-mainkan kamu, takkan dia datang jumpa mak. Lagipun, ini rezeki kamu Maya. Dapat suami kaya. Lawa,”
“Ha ahlah akak ni. Jual mahal sangat. Apa yang kurang kat Abang Ameer tu? Bodohlah akak, kalau akak tolak Abang Ameer tu, tau,”adiknya menyampuk tiba-tiba.
“Kalau Ikin nak, Ikin ambillah,”balasnya sedikit geram.
“Kalau Abang Ameer tu ajak Ikin yang kahwin dengan dia, berhenti sekolah pun Ikin sanggup, tahu! Masalahnya Abang Ameer tu nak kahwin dengan akak, bukan dengan Ikin,”
“Itu baru bodoh. Sebab lelaki sampai nak berhenti sekolah,”
“Dah dapat suami kaya, hensem giler pulak tu. Nak sekolah buat apa lagi? Duit dah berlambak. Kerja kita, habiskan duit suami ajelah. Betul tak mak?,”
“Ha… betul cakap adik kamu tu. Kenapa kamu tak fikir macam adik kamu fikir hah? Dah ada peluang nak hidup senang, ambil ajelah,”
“Senang bagi Maya bukan kahwin dengan orang yang kaya raya. Bukan harta..bukan rupa yang tentukan kita bahagia atau tak. Lagipun, hidup Maya sekarang ni pun, dah senang. Dah tak payah nak bergantung dengan sesiapa. Dengan kerja Maya, InsyaALLAH Maya dah boleh tanggung mak dengan Ikin. Tak perlu semua tu mak, kalau nanti masa depan kita gelap. Mak cakap dengan Ameer, Maya tak nak. Maya tak nak hidup dengan lelaki macam Ameer,”
“Keputusan mak muktamad. Kamu kena kahwin dengan Ameer,”
“Mak!,” dia menjerit kuat. Geram. Sebal! Kata-katanya. Ceritanya tentang Ameer sedikit pun tidak mengubah pendirian ibunya. Sungguh dia hairan dengan sikap ibunya itu. Apa yang telah Ameer buat pada ibunya?
“Maya tak nak,”
“Kamu kena kahwin dengan Ameer. Kamu anak mak. Kamu mesti dengar cakap mak!,”
“Mak tak ada hak nak tentukan jalan hidup Maya. Tolonglah mak. Soal jodoh, biarlah Maya sendiri yang tentukan,”
“Siapa kata aku tak ada hak? Masa kau kecil, siapa yang bagi kau makan? Siapa yang sekolahkan kau? Siapa yang bersusah-payah cari duit ke sana sini, semata-mata nakan kau sambung belajar ke university? Siapa yang jaga kau sejak bapak kau meninggal? Siapa?,”
Dia terdiam. Ibunya sudah mula mengungkit. Sesuatu yang tidak pernah keluar dari bibir tua itu, hari ini meluncur laju. Keras dan sinis. Barangkali semua itu berpunca dari sikapnya yang sedikit menentang. Namun, ungkitan itu tetap di luar jangkauan akalnya.
“Mak mengungkit?,”
“Memang aku mengungkit. Aku ada hak buat keputusan untuk anak aku. Faham!,”
Dia menelan liur.
“Mak sanggup tengok Maya tak bahagia?,”sayu soalan itu meniti di bibirnya. Membuat wajah keras ibunya sedikit mengendur.
“Mana kamu tahu kamu tak bahagia? Ameer bersungguh-sunggih nak kahwin dengan kamu. Mak tahu kamu mesti bahagia,”
“Tapi, Maya tak suka dia. Macam mana Maya nak kahwin dengan dia? Tolonglah mak. Untuk soal jodoh, biarlah Maya yang tentukan,”
Rayuannya dipandang sepi. Wajah ibunya yang berpaling menghadap jendela dipandang. Satu keluhan kecil dari bibir ibunya membawa debar panjang di hati.
“Kamu nak tentukan sendiri jodoh kamu, kamu bukan lagi anak mak,”
Dia terkedu.
“Kamu ingkar pada permintaan mak ni, tak halal susu mak pada kamu,”
“Mak!,”tanpa sedar dia separuh menjerit. Air mata tiba-tiba melaju membasahi pipi. Kerana Ameer ibunya sanggup mengeluarkan kata-kata itu? Sungguh dia kehilangan kata-kata. Dan, sungguh saat itu hatinya semakin tawar pada pemilik nama Ameer Ferhad!
“Maya?,”
Dia tersentak. Memandang sekeliling, Wajah ibunya menghilang. Senyum panjang adiknya juga sudah tiada. Yang ada cuma wajah Ameer yang tajam merenungnya.
“Banyak kali abang panggil. Tak dengar pun,”
Senyum mula terukir di bibirnya mendengar rungutan itu. Perlahan dia mengangkat punggung dari katil. Senja sudah merangkak ke malam rupanya. Dan, dia terlalu leka dengan kenangan lalu. Pantas jemarinya menekan suis di dinding. Ruang bilik yang suram terang serta-merta. Dia berpaling semula mencari wajah Ameer.
“Dah lama abang balik? Maaflah. Maya tak sedar langsung,”
Ameer tersenyum.
“Macam mana nak sedar. Panjang betul menungnya,”balasnya sambil mencampak kot ke katil. Kemudian merebahkan diri di situ. Laila tersenyum kecil.
“Awal abang balik. Baru pukul lapan,”
Mata yang hampir terpejam dibuka perlahan. Merenung wajah Laila yang tercegat di hujung katil.
“Tak suka abang balik awal?,”
“Hurm… tak kot…,”
Buntang mata Ameer merenungnya. Membuat dia tersengih panjang. Banyak yang dia fikirkan tentang Ameer sejak apa yang terbuku di hatinya tentang lelaki itu, dikongsi bersama teman laman sembangnya. Teman tidak bernama. Yang dia kenal cuma satu ID yang sering muncul menyapanya. Kalau pun ID itu satu nama, cuma Razz nama yang mampu dia berikan pada temannya itu.
“Tak suka?,”
Laila sedikit tersentak mendengar soalan itu. Dia sempat melamun lagi. Dalam senyum dia mengangguk. Memandang wajah Ameer yang jelas sedang kehairanan. Juga disapu sedikit riak geram.
“Kenapa tak suka abang balik awal pula? Balik lewat bising. Balik awal tak suka? Tak penat ke Maya nak cari pasal dengan abang?,”
“Siapa yang nak cari pasal?,”
“Kalau bukan cari pasal. Apa namanya tu?,”
“Memang bukan cari pasal pun. Cuma…takut,”
“Takut?,”soal Ameer hairan. Kata-kata Laila memang mampu membuat hatinya sakit. Namun, melihat bibir itu terukir senyum sejak dari tadi, bagai betul pula kata Laila. Isterinya itu bukan sengaja mencari topik untuk bertengkar.
“Ya. Takut. Takut nanti terbiasa pula. Takut nanti Maya resah bila abang mula pulang lewat semula,”selamba kata-kata itu meniti di bibir Laila. Dengan nada sedikit bercanda. Membuat bibir Ameer pula merkah dengan senyuman. Pandai Laila mempermainkan perasaanya. Geramnya yang mendongkol seketika tadi, kini berganti bahagia. Bahagia mendengar kata-kata kiasan yang agak sering meniti di bibir Laila kebelakangan ini. Bagai dapat dia rasakan, Laila belajar bermain perasaan dengannya. Laila cuba membuang kebekuan dalam perkahwinan mereka. Barangkali Laila serius dengan kata-katanya tempoh hari.
“Please ya bang. Kalau pun abang nak bohong, at least abang jangan bohong depan Maya. Nanti , lagi susah Maya nak belajar suka dengan abang…,”
“Maya mahu terima abang?,”
“Maya tak suka bohong. Maya tak nak bohong. Tapi, Maya mahu cuba,”
Kata-kata itu cepat terisi di mindanya. Membuat matanya terus melekat pada wajah Laila yang selamba.
“Come…,”dia bersuara perlahan sambil menghulurkan tangan. Laila akur. Melabuhkan punggung di sisi suaminya yang bersandar di kepala katil. Membiarkan sebelah tangan Ameer melingkar pinggangnya.
“Apa yang Maya menungkan tadi?,”
Laila diam. Memandang wajah Ameer. Kemudian menggeleng perlahan.
“Mustahil tak ada apa-apa. Sampai langsung tak sedar abang masuk. Apa dia? Cakaplah. Abang nak tahu abang yang sedang bermain di kepala isteri abang ni,”
“Betul abang nak tahu?,”
“Yes,”
“Tak menyesal nanti?,”
Ameer menggeleng.
“Maya teringat betapa bencinya Maya kat abang,”
Ameer mengeluh perlahan.
“Menyesal abang desak,”
Mendengar kata-kata itu Laila tergelak kecil. Mendongak mencari wajah suaminya.
“Mak sanggup nak buang Maya kalau Maya tak nak kahwin dengan abang. Sanggup tak nak mengaku Maya anak dia,”
“Itu abang dah tahu. Sampai Subuh Maya marahkan abang pasal tu, masa malam pertama kita dulu,”
Bulat Laila jegilkan mata.
“Mana ada sampai Subuh?,”
Ameer tergelak kecil. Dan, Laila tersenyum cuma.
“Tapi, sepatah pun abang tak jawab. Kan? Abang biar Maya cakap sorang-sorang. Abang diam sampai Maya tertidur,”sambungnya perlahan.
Ameer tersenyum kecil. Selain daripada berdiam diri, apa lagi yang mampu dia lakukan? Mustahil dia akan menjawab. Mustahil dia akan berterus-terang tentang akaun ibu mertuanya yang terisi dua puluh lima ribu ringgit semata-mata dia mahu pinangannya diterima. Mustahil dia mahu membakar lagi amarah Laila di malam perkahwinannya.
“Mula-mula kenal Maya pun, abang kena marah juga kan? Abang suka bila Maya marah abang. Sebab tu, abang diam. Dengar saja marah Maya tu,”dalihnya sambil mengelus jemari Laila di dalam genggamannya.
“Betul-betul ke abang cintakan Maya?,”perlahan soalan itu meniti di bibir Laila.
“Hanya bila nyawa terpisah dari badan, cinta abang pada Maya mungkin akan mati,”
Laila berpaling. Membalas renungan redup suaminya.
“Maya tak nak dengar sumpah begitu. Maya cuma nak pengakuan jujur dari abang saja,”
“Itulah yang sejujurnya Maya. Apa yang abang cakap bukan main-main,”
Laila diam. Tunduk mencerna kata-kata itu. Memang kata-kata indah sebegitu tidak asing padanya. Sejak dari dulu pun, pujuk rayu Ameer tidak pernah hilang hebatnya. Kata-kata manis yang membuat dia terus gerun menanggapi cinta Ameer.
“Kalau Maya jatuh cinta pada abang, abang mampu cintakan Maya seorang saja?,”dia bersuara lagi. Mencari kepastian dalam samar. Sepi. Soalannya tidak berjawab. Sekali lagi dia mencari wajah itu.
“Kenapa abang diam?,”
“Terkejut,”
“Terkejut?,”
“Maya cakap pasal nak jatuh cinta dengan abang. Macam mimpi,”
“Maya serius. Soalan Maya bukan main-main,”
“Selama ni pun, cinta abang memang untuk Maya. Cuma pada Maya,”
“Kawan-kawan perempuan abang tu? Siapa mereka pada abang?,”
Ameer diam lagi. Kejutan demi kejutan dia terima dari Laila malam ini. Rangkulan di pinggang Laila mula melonggar. Dari bersandar, dia bergerak mengubah letak duduknya. Kakinya dibiarkan berjuntai menyapu karpet baldu yang dingin. Mancari-cari jawapan untuk soalan Laila. Laila pula diam di sisinya. Diam Laila mengharapkan jawapan. Dia tahu itu.
“Lupakan pasal tu?,”pintanya lembut.
Laila tersenyum kelat.
“Tak boleh bang. Mustahil seorang isteri boleh lupakan macam tu saja kecurangan suami sendiri,”
“Maya…,”
“Abang… kita sama-sama dah dewasa. Maya tahu. Abang pun tahu Maya tahu. Sekarang Maya cuma nak tahu, siapa mereka pada abang?,”
“Bukan sesiapa,”
“Untuk apa abang bersama mereka?,”
Ameer mula mengeluh. Untuk apa? Sukarnya menjawab soalan itu. Terlalu banyak tujuan yang memaksa dia harus bersama dengan perempuan demi perempuan. Terlalu banyak agenda yang perlu dipenuhi bersama wanita demi wanita itu. Semua tujuan dan agenda itu pastinya tidak boleh dikongsi dengan Laila.
“Sebab Maya ke?,”
“Mungkin,”akhirnya alasan yang disajikan Laila diterima dengan separuh hati. Sudah pasti bukan Laila yang menjadi punca utama dia mendampingi setiap gadis dan wanita. Dia berbohong. Ternyata membohongi Laila tidak semudah dia menabur janji kosong pada himpunan perempuan yang hadir di dalam hidupnya. Berbohong pada Laila membuat hatinya bagai dihiris perlahan-lahan. Sungguh dia tidak mahu menyakiti sekeping hati wanita kesayangannya itu.
“Kalau Maya terima abang, perempuan-perempuan tu akan tetap ada di antara kita ke?,”
Ameer kelu. Soalan Laila membawa dia jauh ke sudut sanubari isterinya itu. Jelas Laila begitu takut untuk mempunyai ikatan perasaan dengannya. Tiba-tiba dia seakan mengerti mengapa Laila terus mengunci pintu hatinya. Sebabnya cukup mudah. Isterinya takut. Saat ini terlihat di matanya Laila begitu lemah. Kelemahan yang membawa ketakutan berpanjangan. Dan ketakutan itu mampu menjadi benteng teguh yang membuat hati Laila seampuh dermaga. Terlalu sukar untuk dia menyulam kasih di situ.
“Maya, abang tanya satu soalan. Boleh?,”akhirnya dia bersuara perlahan. Soalan Laila terbiar begitu sahaja. Laila mengangguk.
“Maya terima perkahwinan kita ni cuma sebab mak ke?,”
Laila mengangguk lagi. Cuma anggukannya kali ini sedikit perlahan. Risau Ameer akan tersinggung. Namun, memang itu sebabnya dan dia tidak mahu berbohong.
“Langsung tak ada sebab lain?,”
“Mak mengungkit semuanya. Mak berkeras juga. Maya tak sanggup nak jadi anak terbuang. Derhaka Maya bila mak sudah tak halalkan susunya ke atas Maya. Berat dugaan tu. Apa lagi pilihan yang Maya ada?,”
“Tapi, kenapa Maya tak tolak abang? Maya tak cintakan abang. Tapi, Maya terima tanggungjawab isteri itu,”
“Abang syurga Maya bila abang dah lafazkan akad ke atas Maya. Maya tahu selama ni pun, Maya bukan isteri yang baik. Maya mengaku. Banyak silap Maya pada abang. Maya berdosa pada abang. Tapi , bukan senang tanggungjawab ni, kalau perasaan Maya berkata lain. Maya dah cuba. Cuba buat yang terbaik untuk perkahwinan kita. Kadang-kadang Maya rasa bersalah bila abang terasa layanan Maya tak sepenuh hati. Tapi, bila fikirkan siapa abang… sikap abang.. Maya takut. Takut untuk jatuh cinta pada abang. Takut untuk terima abang sepenuh hati Maya. Maya takut Maya akan kecewa. Maya takut Maya tak kuat lalui semua tu…,”
Ameer mengeluh perlahan. Malam ini terasa semuanya terluah sudah. Laila perlahan-lahan membuka kekusutan yang menghantui mereka selama ini.
“Maya silap. Maya kuat. Maya cukup berpendirian,”
Laila tersenyum nipis. Pendiriankah itu? Rasanya bukan. Itu bukan pendirian. Itu cuma satu reaksi pada rasa takut yang terus membelenggu hatinya.
“Cuma satu yang abang nak tanya. Masih sama ke perasaan itu?,”Ameer berbisik lembut di telinganya. Bisikan yang membuat jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Membuat wajahnya membahang. Sungguh. Dia mula pelik dengan perasaannya kini.
“Masih sama?,”Ameer mengulang soalannya.
Laila menggeleng perlahan. Kini, dia mula tidak pasti pada perasaan sendiri. Melihat gelengan itu membuat Ameer tersenyum lebar.
“Laila Maya sudah hilang taring. Abang yakin perasaan tu dah mula berubah kan? Abang tak lagi bertepuk sebelah tangan, kan?”
“Entahlah bang,”
“Abang sanggup tunggu,”
“Jangan keluar dengan perempuan lagi?,”pinta itu tiba-tiba meniti di bibir Laila. Merenung jauh ke dalam mata Ameer. Membuat Ameer kelu sekali lagi. Bisakah dia tunaikan permintaan yang maha berat itu? Perempuan yang dia damping bukan sekadar teman mengisi kesunyian.
“Boleh abang janji dengan Maya?,”bibir itu sekali lagi menagih janjinya.
“Kalau cinta Maya yang menjadi taruhannya, abang janji,”
Laila mengukir senyum. Mindanya berat untuk percaya namun , dia mahu hatinya terus akur pada kata-kata Ameer. Dia perlu belajar untuk percaya. Dia perlu belajar menyemai rasa suka demi perkahwinan ini. Dia tidak mahu perkahwinan ini terus menjadi kubur keramat yang mengunci seribu bahagianya. Dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan. Ikatan sesuci ini, bukan untuk disia-siakan.
“Maya pegang janji abang tu,”
Ameer tersenyum sambil membawa jemari Laila ke bibirnya. Mengucup perlahan kemudian dibawa ke ribanya. Nafas ditarik sedalam mungkin sambil memandang wajah isterinya seketika.
“Kenapa sekarang?,”
Laila tersenyum. Faham maksud soalan itu. Hampir sahaja meluncur nama Razz di bibirnya. Namun, teringatkan cemburu Ameer yang bukan sedikit, nama itu terus mati di hujung lidah.
“Takkan selamanya kita nak hidup macam ni. Kan?,”akhirnya itu yang terluah di bibirnya. Ameer tersenyum senang. Bahagia yang bukan sedikit dengan sedikit keterbukaan Laila itu.
“Abang mahu Maya terus berada dengan abang. Selamanya. Tak ada Maya…tak ada abang. Tak ada abang… tak ada Maya,”
Laila senyum. Mudah-mudahan dia mampu untuk mengasihi lelaki itu sepenuh hatinya. Mudah-mudahan ada sinar bahagia yang tertulis di dalam takdir dia dan Ameer.
****

Sunday, November 29, 2009

Mimpi Yang Mati 6


Ketukan yang bertalu mengalihkan konsentrasinya dari helaian tender di hadapannya. Mata dilarikan ke pintu. Sekuntum senyum manis menyapanya di situ.
“Jom. Lunch time…,”
“No. Thanks,”
Senyum lebar itu hilang perlahan-lahan. Razman tersenyum. Juhana menapak mendekatinya.
“Jomlah,”
“Tak lapar,”
“Memanjang tak lapar. Tahulah. Orang tak sudi nak makan dengan kita,”Juhana bersenda dengan nada sedikit merajuk. Berpeluk tubuh sambil menanggapi Razman yang tersandar ke kerusi. Razman tergelak. Memandang wajah gadis manis di hadapannya itu.
“Orang buta pun sudi nak lunch dengan orang cantik macam you ni, tau,”
Juhana tersenyum kecil.
“So, jomlah,”
“Tapi, I tak butalah…,”
Juhana terjerit kecil. Membuat gelak Razman semakin panjang. Gadis menjeling marah. Seperti selalu, lelaki itu bijak mengenakannya. Melihat gelak itu, geramnya hilang entah ke mana. Senang memandang wajah itu.
“I masuk office pagi tadi, you dah ada kat bilik. Awal lagi tu. For sure you skip your breakfast. Kan?,”
“Ha ah,”
“Dah tu? Takkan tak lapar? Cepatlah. Temankan I,”
“Belum lapar lagi. Lagipun I nak go through tender ni,”
“Encik Razman, kerja ni semua, bukan tak boleh sambung lepas lunch,”
Razman tersenyum.
“You pergilah. I malas lagi,”
“Hmm… kalau macam tu, I pergi dulu. Lapar. Nak pesan apa-apa tak?,”
Razman menggeleng.
“Betul?,”
Razman mengangguk sambil membiarkan senyum terus terhias di bibirnya. Juhana menjongket bahu. Mengatur langkah keluar dari ruangan itu. Razman cuma memerhati pintu biliknya ditutup perlahan. Sekilas matanya mencari jam di dinding. Sudah pukul 1.30 petang. Pantas tangannya mencapai gagang telefon. Pantas juga jemarinya menekan nombor telefon yang bermain di kepala. Seketika menunggu panggilannya berjawab.
“Hello…,”
Razman tersenyum. Mendengar suara lemah itu, bagai sudah ternampak bagaimana reaksi penerima panggilannya.
“Kakak kat mana? Dah sampai rumah?,”
“Dah…,”
“Adik tengah buat apa tu?,”
“Makan,”
“Kakak dah makan ke belum?,”
“Belum. Bibi ni, masak tak sedaplah. Tak ada selera kakak nak makan,”
Razman tersenyum panjang. Itulah dia Marisha yang cerewet.
“Tak ada orang gaji, sibuk suruh papa cari orang gaji. Dah dapat, merungut juga. Makan sajalah apa yang bibi tu masak,”
“Hari-hari tempe. Macam mana kakak nak telan? Kalau lama macam ni, nanti muka kakak jadi macam tempe,”
Razman tergelak.
“Dah. Pergi makan. Kenapalah anak dara papa ni, suka sangat merungut?,”
“Papa dah makan?,”
Razman tersenyum.
“Kejap lagi, papa makan,”
“Hmm…. Kakak tak nak makan. Nanti papa balik, papa beli pizza ya,”
“Membazirlah ajelah bibi masak tu ya?,”
“Dah tak sedap, takkan nak paksa makan juga?,”
“Yalah. Jaga adik. Jangan bagi adik keluar rumah sorang-sorang,”
“Hmm…,”
“Papa nak letak phone ni..,”
“Yalah pa. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”jawabnya perlahan sambil perlahan juga meletakkan gagang telefon. Sedikit lega mendengar suara anak-anaknya. Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan. Ada kekusutan yang tidak terlerai di dalam perkahwinannya ini. Kadang-kadang hatinya berat melihat anak-anak yang seperti terabai. Sedaya –upaya dia cuba untuk terus berada hampir dengan anak-anaknya apabila dirasakan Jasmin semakin jauh dari mereka. Ikrar Jasmin demi anak-anak bagai tinggal ikrar sahaja.
“Sampai bila you nak macam ni, Min? Mana perhatian you pada budak-budak?,”
“You tu… sampai bila you nak buat I macam ni?,”
“Buat apa lagi? Kita dah sama-sama setuju, kan?,”
“I tak boleh hidup macam ni, Raz. I sayang you,”
Razman tergelak sinis. Berlalu ke jendela. Sayang itu sudah tidak memberi sebarang makna. Hatinya yang hancur membuat jiwanya membeku.
“Budak-budak perlukan perhatian you,”
“And, I perlukan perhatian you. Janganlah layan I macam ni, Raz. I nak kita macam dulu,”
“Mustahil,”
“You cakap you dah maafkan I,”
“Yes. I maafkan you. Tapi, bukan lupakan perbuatan you,”
“You berdendam. You sengaja buat macam ni, sebab you nak balas dendam kan?,”
Razman diam. Berdendam? Dia tidak pasti. Sakit? Itu dia yakin. Sakit setiap kali teringatkan apa yang telah Jasmin lakukan.
“You kejam. Buat I macam ni,”
“Siapa yang lebih kejam? You atau I?,”
“Lupakan semua tu?,”
“You ingat senang? Tiap kali I tengok muka you, I nampak muka lelaki tu. Sorry Min. Mustahil kita boleh jadi macam dulu. I tak boleh. We are here, only because of Marisha and Shadiq. Itu yang I cakap dulu. Itu juga yang you nak dulu,”
“You seksa I,”
“You ingat I tak terseksa? Berdepan dengan you? Ingat kecurangan you? You ingat I tak terseksa?,”
Razman menyepi seketika. Esakan perlahan Jasmin mula menjamah gegendang telinganya. Dia terus membeku. Dan, Jasmin melangkah meninggalkannya.
Sudah seminggu perbualan itu berlalu. Perbualan yang dia tahu mengguris perasaan Jasmin. Namun, seiring itu, bukan sedikit hirisan yang sama membuat hatinya semakin terluka. Keperitan yang cuma dia saja yang tahu. Yang terus membebaninya. Demi Marisha dah Shadiq, dia sanggup memenuhi permintaan Jasmin. Dia cuba faham naluri Jasmin sebagai seorang ibu, walaupun hatinya parah dengan kebencian. Dia cuba tidak mementingkan perasaannya. Tidak mahu Marisha dan Shadiq terkena tempias perceraiannya. Satu keluhan berat bagai melegakan berat di dadanya. Memandang monitor computer ribanya apabila satu window kecil berkelip-kelip. Agak aneh. Dia tersenyum. Satu nama yang menarik perhatiannya telah menjawab pesanan yang dia kirim pagi tadi. Pantas jemari dibawa ke keyboard.

Razz_zz: pertama kali lihat u online siang hari. Sekarang terbukti u manusia. Bukan
hantu.
Laila_Maya: tentulah manusia. Hantu mana pandai YM


Razman tersenyum. Laila Maya. Hampir dua bulan dia menegur, baru kebelakangan ini, tegurannya berbalas. Nama itu menarik perhatian. Sedikit unik di pandangan matanya.


Laila_Maya: I mengganggu ke?
Razz_zz: No. It’s my lunch time. U apa khabar? Lama tak nampak online
Laila_Maya: Sihat. Ada. Cuma malas nak online.
Razz_zz: Husband macam mana?
Laila_Maya: Entah. J Masih cuba ikut saranan U
Razz_zz: Wish all the best to U.
Laila_Maya: Bukan senang I nak gamble masa depan I untuk jatuh cinta pada playboy.
Razz_zz: Playboy tu husband U. J. Masa depan U dengan dia. Apa salahnya U
terima cinta dia.U boleh terima dia sebagai suami. Tapi, tak boleh terima
sebagai kekasih? Pelik tu.
Laila_Maya: Lebih pelik kenapa I boleh cerita semua ni pada orang asing macam U



Razman tersenyum. Bukan pelik barangkali.



Razz_zz: I tak nampak di mana peliknya. Sesuatu yang sukar untuk kita kongsi dengan
orang yang hampir dengan kita, mungkin sesuai dikongsi dengan orang yang
Langsung kita tak kenal. No risk. I tak kenal U n U tak kenal I.
Laila_Maya: Mungkin juga. Lagipun, I memang tak ada sesiapa. Kalau kalau nak
mengadu pun, tak tahu pada siapa . I totally terpisah dgn
dunia luar. Kawan2 lama dah tak ada. Sejak kahwin terus terputus
hubungan. Macam hidup dalam penjara. U tak tahu betapa rindunya I nak
jalan dicelah2 orang ramai…
Razz_zz: Rimas.
Laila_Maya: For U mungkin rimas. Tapi, tak pada I. I rindu tu semua. Nak kerja. Nak
keluar dengan kawan sesekali. Tapi, semua tu, jauh sangat dari hidup I.
I terkurung dalam rumah besar ni. Lihat suami I keluar pagi. Tunggu dia
pulang dengan haruman yang berbeza pada baju bila waktu dah berganti
pagi semula.
Razz_zz: Takkan sampai macam tu sekali?Mesti ur husband terlalu cintakan U.
Laila_Maya: Entahlah. Kalau dia betul2 cintakan I, kenapa perlu ada senarai panjang
teman wanita dalam hidup dia?
Razz_zz: Mungkin cuma nak buat U marah? Jeleous?saja nak tarik perhatian U.
Laila_Maya: Mengarutlah. Bukan itu caranya nak buat orang jatuh cinta…
Razz_zz: belajarlah mencintai suami…
Laila_Maya: Apa yang paling I takut, I akan jatuh cinta pada dia. and, dia akan
tinggalkan I macam Tu saja. Sekarang I boleh tengok dia curang, sebab I
tak rasa dia milik I. tapi, kalau I jatuh cinta dengan dia, I tak akan
sanggup berdepan dengan kecurangan dia. kalau dia tinggalkan I pula?
Macam mana?
Razz_zz: U kena optimis.
Laila_Maya:U tak rasa apa yang I rasa. Senanglah u cakap . Bolehlah u cakap optimis.
Senang ke nak optimis kalau dah terang2 suami kita selalu ada affair dengan
perempuan lain?Even, let say ur wife tiba2 ada hubungan dengan lelaki lain.
senang ke you nak optimis lepas tu?

Jemari Razman kaku tiba-tiba. Kata-kata itu bagai tertuju padanya. Bolehkah dia optimis? Betulkah semudah itu menyusun kata-kata? Kalau untuk optimis itu begitu mudah, kenapa dia tidak mampu untuk menerima Jasmin semula di dalam hidupnya? Kalau untuk optimis itu begitu senang, kenapa bayangan kecurangan Jasmin terus menghantuinya? Benar kata Laila Maya. Bukan mudah untuk optimis.


Laila_Maya: Still there?
Razz_zz: GTG. Ada hal. Nanti sambung ya
Laila_Maya: Ok. Just do ur work. I off dulu. Anyway, thanks for listening. I
berterima kasih on it. Lega bila boleh share apa yang selama ni I
terpaksa pendam.
Razz_zz: small matter. I suka mendengar. Tapi, in our case, membacalah. I tak
boleh dengar suara U
Laila_Maya: Bye

Razman cuma mematung melihat ID pemilik nama itu kini sudah offline. Kata-kata Laila Maya bagai merentap keinginannya untuk terus bersembang. Kata-kata itu mengingatkan kembali pada situasinya saat ini. Pada kesakitan yang terpaksa dia tanggung saban hari. Dikhianati. Bukan mudah untuk terima semua itu. Lebih-lebih lagi dari insan yang cintanya pernah mekar di hati. Perlahan-lahan dia mula mengerti mengapa Laila Maya begitu takut untuk jatuh cinta dengan suami sendiri. Memikirkan betapa sakitnya dia diperlakukan Jasmin, mungkin patut untuk Laila Maya berfikir beratus kali sebelum menerima cinta suaminya.


*****

Friday, November 6, 2009

Biar YM Terus Bicara...2

“Sayang…,”
“Yup!,”laju aku menjawab. Berpaling sambil tersenyum manis. Encik Firdaus tersandar bersama buku di tangan. Aku pula, kembali focus pada Atok di atas meja solek apabila Encik Firdaus tidak memberi tindakbalas pada jawapanku. Terlentok manja di meja apabila aku usap perlahan bulunya yang lembut. Suka mendengar dengkuran halusnya tatkala aku usap bawah dagunya.
“Cukup-cukuplah tu. Turn abanglah pula,”
Aku tersengih. Atok di atas aku angkat. Melayangkan satu ciuman ke wajah comel Atok. Atok mengingau manja.
“Sayang Atok,”
“Eiii…,”Encik Firdaus bersuara seolah-olah baru menyaksikan satu adegan ngeri. Membuat aku menjeling. Suamiku itu tersengih. Tahu aku marah.
“Okay, Atok. Akak nak tidur dulu. Pakcik tu dah suruh akak halau Atok lah tu. Kejam kan? Atok pun pergi tidur ya,”
Atok mengingau perlahan. Aku tersenyum sambil sekali lagi mengusap perlahan bulu Atok yang lembut.
“Suka sangat bercakap dengan kucing tu. Macamlah kucing tu faham,”
Aku mengangkat muka. Mencari wajah Encik Firdaus.
“Mestilah Atok faham. Kenapa pulak tak faham,”
Encik Firdaus kulihat mencebik sambil membelek buku. Aku bergerak ke katil.
“Tak percaya?,”
“Nope!,”
“Nak Tiya buktikan?,”
“Silakan…,”balas Encik Firdaus sambil menutup buku. Merenung wajahku bersama senyumnya yang sentiasa memikat. Senyumnya yang sentiasa membuat aku berdebar-debar.
“Hmm…ok. Tapi, jangan pandang Tiya macam tu. Susah nak concentrate ni,”
Encik Firdaus tertawa.
“Macam-macamlah. Cakap ajelah Tiya memang cakap aje si Atok tu boleh faham. Padahal tak pun. Kan?,”
Aku menjeling sekilas. Cakap aje ya…siaplah wahai suamiku!
“Atukkk….come here sayang. Come…,”aku bersuara lembut sambil goyangkan tangan. Melompat Atok dari kerusi terus menuju ke katil. Ke ribaan aku. Aku tergelak kecil. Terus membawa Atok ke pelukan buat seketika sebelum aku suakan Atok ke wajah Encik Fidaus. Membuat Encik Firdaus menggelabah cuba menjauhkan diri. Aku tergelak besar. Padan muka!
“Sayang….janganlah,”
Aku mengangkat kening. Semakin Encik Firdaus mengelak, semakin aku dekatkan Atok ke wajahnya. Dan, Atok pula diam sahaja seolah-olah merelakan aku kenakan suamiku itu. Atok memang sporting. Aku tergelak lagi.
“Jauh sikitlah, yang. Nanti abang…,”
Aku tersenyum sambil turut terangguk sebaik Encik Firdaus bersin. Padan muka. Belum habis cakap, sudah bersin.
“Please sayang,”
“Percaya tak?,”
“Okay..okay…abang percaya,”
Aku senyum kemenangan. Atok, kubawa semula ke ribaku. Encik Firdaus mencapai tuala sambil menyapu wajahnya. Mengada-ngada. Bukan kena pun mukanya.
“Okay Atok. Atok pergi tidur ya. Dah malam ni,”
Atok mengingau sambil bergerak turun dari katil. Terus menuju ke pintu yang terbuka. Aku mengekori dari belakang. Menutup pintu sebaik Atok keluar. Kemudian berpaling memandang ke arah Encik Firdaus yang menggosok hidung. Membuat aku tersenyum lucu.
“Nak bersin lagi ke bang?,”
“Dua-dua bersubahat ya? Atok awak tu, kalau pasal kenakan abang, tak ada pula dia nak marah-marah abang ya? Elok aje diamnya. Kalau tak, dekat sikit dah marah,”
“Itu namanya sporting,”balasku selamba.
“Tak habis-habis dengan Atok dia,”Encik Firdaus merungut kecil.
“Mestilah. Bukan selalu pun jumpa Atok,”
Encik Firdaus mengukir senyum sambil menggeleng. Aku melabuhkan punggung katil. Sedar akan renungan redup Encik Firdaus, aku membalas renungan itu.
“Sayang betul Tiya kat Atok ya,”
Aku tersenyum. Memang aku sayangkan Atok.
“Boleh abang tahu kenapa?,”
“Entah. Atok dekat dengan Tiya kot. Atok macam faham Tiya. Dari dia kecik Tiya bela dia tau,”
“Yang tu abang dah tahu. Dah beratus kali Tiya beritahu,”usik Encik Firdaus sengaja mahu membuat aku geram. Melihat aku mencebik, dia tergelak. Membuka semula buku di tangannya.
“Abang…,”
“Hmm…,”
“Agak-agaklah kan, abang nanti akan setia macam Atok tak?,”
Encik Firdaus tergelak besar.
“Sayang! Kot ya pun nak uji perasaan abang, janganlah compare dengan Atok,”
“Seriuslah bang. Tiya tanya betul-betul ni,”
Encik Firdaus menggeleng sambil tersenyum panjang.
“Tiya…Tiya… abang macam ni punya hensem, Tiya just compare dengan kucing? Terhina betul rasanya,”
“Cakap ajelah…,”
“Okay. Abang cakap. First, of course abang tak akan setia macam Atok,”
“Tak akan?,”soalku lambat-lambat. Encik Firdaus nak curang ke? Aku mengangkat muka. Memandang wajahnya. Aku perlukan penjelasan untuk jawapan yang diberikan Encik Firdaus.
“Abang tak akan setia macam Atok setia pada Tiya. Abang akan setia pada Tiya, bukan sekadar untuk dibelai dan disayangi saja. Tapi, abang mahu melindungi dan menjaga Tiya juga. Abang mahu selalu buat Tiya gembira. Abang mahu kongsi segalanya dengan Tiya. Suka Tiya suka abang. Sedih Tiya akan jadi sedih abang. Sakit Tiya akan jadi sakit abang,”
Aku terpaku. Syahdunya kata-kata Encik Firdaus. Jauh benar dengan sangkaanku tadi.
“Betul bang?,”
Encik Firdaus sekadar tersenyum sambil mengenggam jemariku. Perlahan di bawa ke bibirnya.
“Kadang-kadang Tiya rasa lelaki sebaik abang patut dapat isteri yang lebih baik dari Tiya. Lebih sempurna dari Tiya,”
“Tiya. Dah banyak kali Tiya cakap macam ni tau. Cukup empat puluh kali, Tuhan makbulkan baru tahu,”
Aku terdiam. Segera menutup mulut dengan jemari. Tak nak. Memang aku sering berasa aku cukup kerdil di samping Encik Firdaus, namun, sumpah aku tidak pernah mahu dia menduakan aku. Aku Cuma mahu Encik Firdaus menjadi milik aku seorang.
“Tiya tak cakap macam tu lagi. Tak cakap lagi,”
“Good girl,”Encik Firdaus bersuara seraya menarik perlahan hidungku. Aku tersenyum bahagia.
“Tiya janji, Tiya pun akan jaga abang. Akan cuba bahagiakan abang setakat mana Tiya terdaya,”
“Boleh percaya ke?,”
Aku membulatkan mata.
“Tak baik tau cakap macam tu. Macam tak yakin kat Tiya aje. Mestilah boleh percaya,”
“Okay. Kalau macam tu, buktikan,”
“Bukti apa? Cakap je. Semua Tiya sanggup,”laju aku menjawab. Penuh dengan keyakinan.
“Hmm…kalau yang abang cakap petang tadi. Yang mak cadangkan masa makan malam tadi? Macam mana?,”
Keyakinanku gugur satu per satu. Senyum melebar di bibir Encik Firdaus menghapus senyum di bibirku. Kali ini lelaki ini pula yang main angkat kening dengan aku.
“Boleh?,”soalnya sekali lagi bersama senyum nakal.
“Hmm… bolehlah…,”aku menjawab perlahan.
“Macam tak sepenuh hati aje,”
“Tiya… err… kalau dah rezeki, Tiya tak tolak. Tiya rasa Tiya dah sedia… kot,”
“Betul?,”
Aku mengangguk. Ya ke? Aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, setiap kali isu anak dibangkitkan, aku jadi gemuruh serta-merta. Bersedikah aku untuk semua itu?
“Tapi, dah layak ke Tiya ni nak jadi ibu, bang? Boleh ke Tiya jaga anak kita nanti?,”
“Hmm.. itulah yang merisaukan abang tu,”
“Risau apa bang?,”
“Abang risau, macam mana nanti abang nak kejar anak kita, kalau dia dah lari panjat pokok. Susah tu,”
“Abang!,”
Encik Firdaus tergelak riuh.
“Tiya kan tengah serius ni. Tak Nampak?,”
“Ya ke? Tengah serius ke? Laa… tak tahu pulak abang,”
Aku menjeling. Geram dipermainkan.
“Malaslah cakap dengan abang,”
“Memang abang tak nak cakap pun…,”
Aku menjeling lagi.
“Dah tak nak cakap dah? Dulu bukan main nak cakap dengan kita…sekarang bila dah kahwin, dah tak nak cakap dah?,”
Encik Firdaus menggeleng. Sengajalah tu. Sengaja mahu menyakiti hati aku.
“Tak nak cakap sudah…..,”sudahnya aku membalas sambil membetulkan bantal. Bersedia untuk melayan mimpi.
Encik Firdaus tersenyum. Perlahan menyentuh jemariku.
“Abang yakin, Tiya dah bersedia. InsyaALLAH kita sama-sama bersedia. Kalau ada rezeki, kita akan sama-sama asuh anak kita,”
Rajukku tidak menjadi. Aku tersenyum.
“Kalau bolehlah kan….,”aku bersuara.
“Kalau boleh apa?,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Tiba-tiba tersangkut apa yang ingin aku luahkan. Menjadi segan tiba-tiba.
“Kalau boleh apa?,”sekali lagi soalan yang sama meluncur di bibir.
“Hmm…kalau pregnant, tak naklah morning sickness. Kesiannya Tiya tengok Sherry dulu. Sampai kena tahan kat ward. Serius tu. Ngeri Tiya tengok,”
Encik Firdaus tergelak.
“Oh… itu sebabnya Tiya takut sangat bila sebut pasal pregnant?,”
Aku tersengih.
“Itu kan perkara biasa. Memang semua perempuan akan lalui semua tu,”
“Abang cakap senanglah. Bukan abang yang lalui semua tu,”balasku sedikit emosi. Orang lelaki bukannya faham situasi sebegitu.
“Dah tu, Tiya pernah lalui ke?,”
Aku tersengih lagi. Terkena.
“Belum…,”jawabku perlahan sambil menyambung sengih.
Encik Firdaus tergelak. Perlahan menyentuh lembut pipiku.
“I love you. Abang bahagia Tiya jadi isteri abang. Kalau pun kena morningsickness, jangan risau. Abang selalu ada bersama Tiya,”
Dan aku? Mendengar bicara romantis sebegitu, seperti biasa cuma mampu membalas dengan senyum aku yang malu-malu.
“Abang…,”
“Ya, apa lagi sayang?,”
“Hmm.. rasanya kan, Tiya belum tanyalah,”
“Tanya apa?,”
“Sejak bila abang suka kat Tiya?,”
“Hmm…entahlah. Mungkin sejak abang senang bersembang dengan Ugly Betty kot,”
“Maksud abang?,”
“Abang suka berkawan dengan Ugly Betty. Then, bila abang tahu Tiya lah Ugly Betty tu masa abang buka PC Tiya, abang mula perhatikan Tiya. Bila selalu perhatikan tu, jatuh sukalah pula. Kemudian abang mula lebih serius dengan Ugly Betty bila abang dah sukakan Tiya. Bila abang cuba approach Adiya tapi, macam tak berjaya aje, I decided, abang kena tackle Ugly Betty betul-betul. Itu saja cara untuk abang selalu dekat dengan Tiya. Sebab Adiya Fatiha tu, jual mahal sangatlah,”panjang lebar Encik Firdaus bercerita separuh mengomel.
Aku mencemik.
“Perasan lawa aje kan budak tu?,”tambahku sambil tersenyum.
“Yang tu, tak perasan. Memang lawa pun,”balasnya sambil kenyitkan mata.
Aku tersenyum. Senang dengan gurauan Encik Firdaus.
“And, abang pun ada satu soalan untuk Tiya,”
“Apa dia?,”
“Tahu tak, perkara yang paling abang takut selama abang kenal Ugly Betty ialah, kalau-kalau Tiya cam suara abang. Yalah. Charming bersembang di telefon. Abang pula, memang selalu ada komunikasi dengan Tiya di office. Lebih-lebih lagi bila Tiya jadi secretary abang. Tak cam ke suara di pejabat dengan suara di telefon tu, sama?,”
Aku tersengih.
“Bab cam suara, Tiya memang failed. Kat telefon, lain bunyinya dengan kat luar. Lagipun, Tiya cuma cam suara Atok ajeee,”balasku separuh berjenaka.
“Sikit pun tak cam?,”
Aku menggeleng. Memang itu kelemahan aku. Susah untuk mengecam suara melalui telefon.
“Macam ni punya orang pun ada ke?,”
Aku jegilkan mata. Mengutuk nampak. Encik Firdaus sudah tersengih. Cepat-cepat menarik selimut sebelum aku mencapai bantal.
“Tahu pun takut…,”rungutku tidak jadi memukul badannya yang sudah berselubung. Dalam diam, aku tersenyum lagi. Sering berharap kebahagiaan ini berkekalan.

****

Saturday, October 31, 2009

Di Penghujung Rindu 10

“So, Puan Nurul Huda sihat?,”
Nurul Huda menjeling bersama senyum lebar. Kemudian matanya dihalakan pada air terjun buatan yang menghiasi taman. Soalan Fairuz dibiarkan sepi. Fairuz tersenyum panjang. Pertemuan pertama selepas sekian lama temannya itu menghilangkan diri.
“Kau tak nak ucap tahniah pada aku, pun,”
Nurul Huda menoleh. Fairuz sambung senyum sambil berpeluk tubuh. Pasti sedang menanti ucapan tahniah daripadanya.
“Sorry. Aku terlupa. Encik Fairuz…jauh dari dalam hati aku, tahniah. Akhirnya kau dapat cinta kau. Tahniah ya,”
“Terima kasih,”balasnya sambil kembali mengambil tempat di hadapan Nurul Huda.
“Aku akan tunggu sampai jodoh aku dengannya, Huda. Itu janji aku pada diri aku sendiri. InsyaAllah kalau ada jodoh, dia tetap akan menjadi milik aku,”
Fairuz mengangkat muka. Sedikit terpinga-pinga dengan kata-kata yang baru meniti di bibir Nurul Huda. Nurul Huda tersenyum kecil.
“Kata-kata kau dulu. Aku tak pernah lupa. Dan, hari ni, Lia benar-benar jadi milik kau. Doa kau selama ni, dah termakbul. Tahniah pada kau. Tapi, aku simpati pada Kimi,”
Fairuz diam. Perlahan-perlahan dia teringatkan kata-kata itu. Kata-kata yang pernah dia ucapkan pada Nurul Huda. Wajah Nurul Huda direnung dalam diam. Dua rasa berbeza untuk dua insan berbeza. Mungkin dia pun simpati pada Hakimi. Namun, kalau Hakimi tidak kehilangan Camelia, mustahil kini Camelia akan menjadi miliknya. Dalam diam, dia sebenarnya gembira di atas kesedihan temannya itu. Tetapi, itu cerita empat tahun dulu. Dia hormat pegangan hidup Hakimi. Ternyata apa yang berlaku, sedikit pun tidak mencemar hubungan persahabatan mereka. Hakimi tabah? Atau, cinta Hakimi pada Camelia tidaklah sedalam mana? Jawapannya cuma ada di hati Hakimi.
“Mungkin memang Kimi jodoh kau, Huda,”akhirnya dia bersuara sambil menatap wajah Nurul Huda.
Nurul Huda tersenyum kelat. Mustahil Hakimi jodohnya kalau perpisahan sekian lama sedikit pun tidak memberi kesan pada Hakimi. Namun, dia harus akur. Itu semua bukan salah Hakimi. Hati dan perasaaan tidak mungkin boleh dipaksa.
“So, kau dengan Lia macam mana? Lia macam mana? Macam mana kau dengan dia boleh nikah? Kimi cakap, seminggu sebelum dia orang nikah, Lia tahu rahsia kami. Tapi, macam mana dia boleh kahwin dengan kau? Tergerak nak kahwin dengan kau dalam masa kurang seminggu?,”bertalu soalan meniti di bibirnya sekadar ingin mengelak daripada topic Hakimi terus berpanjangan meniti di bibir Fairuz.
Fairuz tergelak kecil.
“Banyak betul soalan kau. Tapi, aku dapat point kau. End of discussion pasal Kimi. Kan?,”
Nurul Huda menjawab dengan sekuntum senyum nipis. Menggangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Cuma terus diam menanti jawapan untuk soalan-soalannya.
“Itu kerja gila Lia. Tak tahu apa yang dia fikir masa tu. Entahlah Huda. Aku anggap itu jodoh aku. Semua persiapan kahwin dia dengan Kimi dah siap. Tiba-tiba dia call aku. Ajak aku kahwin. Dia cakap dia tak nak kahwin dengan Kimi,”
“Macam tu aje?,”
“Dia minta aku gantikan Kimi untuk teruskan majlis,”
Bulat mata Nurul Huda memandang wajah Fairuz. Fairuz mengangguk beberapa kali. Isyarat dia serius dengan ceritanya apabila pandangan Nurul Huda penuh dengan riak tidak percaya.
“Semudah itu? Family dia?,”
“Daripada majlis batal, family dia lebih sanggup terima menantu yang jatuh dari langit ni,”
“Gila. Nekad betul. Lia sanggup buat macam tu?,”
“Bukan kau tak kenal Lia. Nekadnya siapa yang mampu ubah?,”
“Kimi macam mana?,”
“Kau tak Tanya Kimi?,”
“Kau ingat dia akan berterus-terang dengan aku ke?,”
Fairuz senyum.
“Kau pun boleh agak kan?,”
Nurul Huda diam. Sungguh sukar untuk dia teka bagaimana Hakimi berhadapan dengan situasi itu.
“Teruk dia kena marah dengan ayah Lia,”
Nurul Huda menarik nafas panjang. Kasihan Hakimi. Kalaulah dia tidak beria-ia menyambut ulangtahun perkahwinan dia dan Hakimi lima tahun dulu, pasti perkara ini tidak akan terbongkar.
“Semuanya salah aku. Kalau aku tak sambut ulangtahun perkahwinan kami…,”
“Huda. Stop blaming yourself. Dia suami kau. Kau berhak buat semua tu,”
“Tapi, tengoklah kesannya sekarang..,”
“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kau yakinlah itu,”
Nurul Huda terdiam seketika. Suara Fairuz sedikit tegas.
“Lepas tu apa jadi pada Kimi?,”
“Lepas semua tu, Kimi jadi semakin berahsia. Kurang bercakap. Apa yang ada dalam hati dia, sesiapa pun tak boleh nak teka,”
“Dia marah kau ke?,”
Fairuz menggeleng.
“Lia? Lia masih marahkan Kimi?,”
“Aku rasa, semua dah boleh terima ketentuan Tuhan. Cuma. Kimi lebih senang untuk tidak bercakap soal perasaan,”
Nurul Huda tunduk seketika.
“Aku bersalah pada mereka. Kan?,”suara Nurul Huda merendah tiba-tiba. Tidak dapat lari daripada terus menyalahkan dirinya sendiri. Angkara tindakannya, Hakimi kehilangan cinta. Angkara tindakannya juga, Camelia memperjudikan masa depan. Memilih untuk mengahwini lelaki yang langsung tidak dicintainya.
Fairuz mengeluh perlahan. Memandang wajah Nurul Huda yang sedikit sayu.
“Sampai bila kau nak terus menyalahkan diri kau?,”
“Sampai Lia bahagia. Sampai Kimi bahagia,”
“Huda…Huda… susah aku nak faham kau ni. Macam mana susah aku nak faham Kimi, macam tu lah aku susah nak faham kau. Untuk pengetahuan kau, Lia…, Alhamdulillah kami bahagia sekarang. Memang apa yang aku lalui bukan mudah. Bukan mudah mengahwini perempuan yang di hatinya ada lelaki lain. Dua tahun kami ambil masa untuk saling jatuh hati. Dan, Kimi… walaupun dia tak pernah cakap, aku yakin, bahagianya ada pada kau. Kalau tidak, dia tak akan sendirian sampai sekarang. Aku tahu, dia tunggu kau. Dia tak pernah bersuara, jauh sekali mengadu. Tapi, aku yakin dia tunggu kau,”
“Kau ni. Tak habis-habis nak buat aku perasan. Kan?,”
“Aku serius,”
“Salah tekaan kau. Aku tak boleh paksa Kimi mengubah perasaannya,”
“Cubalah selesaikan semuanya secara baik. Aku nak tengok kau bahagia dengan Kimi. Barulah adil. Aku dengan Lia. Kau dengan Kimi. Macam yang aku macth kan dulu-dulu,”
Nurul Huda tersenyum lucu. Jelas humor Fairuz tidak pernah hilang. Wajah lelaki itu dipandang lagi.
“Aku tanya. Satu saja jawapannya. Belum jumpa pengganti Lia,”Nurul Huda bersuara perlahan. Bersama sekuntum senyum yang mampu menjentik rasa pilu di hati lelakinya. Fairuz terdiam. Begitukah jawapan Hakimi?
“Dah tu, kau dengan dia, apa ceritanya sekarang? Takkan selesai masalah kau berdua kalau berterusan begini,”
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku rasa, aku patut diam. Tiap kali aku buka mulut. Tiap kali aku bertindak, kesannya cuma menyusahkan orang-orang yang aku sayang. Sekarang, aku rasa, baik aku tunggu sahaja keputusan Kimi,”
“Aku tak setuju. Kau minta saja Kimi bina semula hubungan yang terputus ni,”
Nurul Huda menggeleng perlahan. Dia tidak mahu Hakimi bersamanya hanya kerana permintaannya.
“Aku kenal Kimi. Pasti dia akan terima. Lebih-lebih lagi kami ada anak. Tapi, hatinya macam- mana? Sampai bila dia nak hidup demi nak jaga kepentingan aku? Sampai bila? Aku tak nak dia belakangkan keinginan dia semata-mata nak balas budi arwah ayah aku. Semata-mata nak tengok aku gembira. Kegembiraan dia macam mana?Terlalu banyak dia berkorban untuk aku, Fairuz. Cukuplah. Aku patut bagi dia ruang untuk dia pilih jalan hidupnya sendiri,”
“Perasaan boleh berubah, kan? Cinta boleh dipupuk. Kau sendiri pun. Kahwin dengan dia bukan sebab cinta kan? Tapi, tengoklah apa jadi? Hari ni, kau cinta dia separuh mati. Kan?,”
“Kan…Kan…Kan.. itulah yang kau tahu,” Nurul Huda membalas dengan nada bergurau.
Fairuz tergelak. Nurul Huda mengerling. Diam seketika. Melihat diam Nurul Huda, Fairuz turut melayan perasaan sendiri.
“Fair…thanks,”
Fairuz menoleh.
“For what?,”
“Everything. Kau terus simpan rahsia aku dan Kimi,”
“Siapa aku untuk bongkar semua tu. Cerita sebenar patut keluar dari mulut kau atau Kimi. Bukan dari aku atau Lia,”
Nurul Huda tersenyum. Perbualannya sedikit terganggu dek irama true tone dari poket seluar Fairuz.
“Excuse me,”
“No problem,”
Fairuz senyum sambil bangkit untuk menjawab panggilan. Meninggalkan Nurul Huda yang sekadar memerhati sambil berpeluk tubuh. Melihat wajah Fairuz yang sedikit cemas.
“Why? What’s wrong?,”soalnya sebaik Fairuz mematikan talian.
“I got to go. Lia!,”
“Kenapa dengan Lia?,”
“Pembantu dia cakap, Lia dah mula sakit-sakit,”
“Dah due ke?,”
“Yes. Aku kena ke hospital. Kimi terus hantar dia ke hospital,”
“Kimi?,”
“Ya. Kebetulan Kimi di kedai. Aku kena pergi Huda,”
“Aku ikut?,”
Fairuz mengangguk dan pantas Nurul Huda mengangkat punggung dari pangkin. Dia mahu bersama-sama Camelia.


****

Sunday, October 25, 2009

Duhai hati...6

“Cepatlah sikit Eykal,”
Haikal merengus geram. Tahu Balqis sengaja memberontak.
“Beratlah wey. Beg ni, kau bawalah. Banyak buku ni,”
Balqis menoleh. Tersengih melihat dua beg tersandang di bahu Haikal. Belum lagi beberapa biji buku tebal di tangannya.
“Tu namanya exercise. Kasi tangan kau ada muscle sikit. Baru ramai awek terpikat,”ujarnya sambil kenyitkan mata.
Haikal menjeling. Balqis tersenyum meleret. Puas hati. Geram apabila lelaki itu bermatian tidak mahu dia membawa buku-buku itu. Sudahnya, beg dia juga disandangkan ke bahu lelaki itu. Padan muka.
“Pemalas,”
Balqis menoleh.
“Apa pula? Tadi kau juga tak kasi aku bawa, kan? Sekarang, kau bawalah semuanya. Maklumlah. Aku ni, bukan boleh bawa semua tu kan? Bukan boleh buat itu…bukan boleh buat ini…,”
Haikal berhenti melangkah.
“Ooo…kiranya balas dendamlah ni ya?,”
“Bukan balas dendam. Cuma, aku sedar diri aku ni. semua benda mesti nak kena bergantung dengan orang lain aje kan? Tak boleh nak buat benda sendiri. Kan?,”
“Qis… janganlah cakap macam tu,”
Balqis menjeling bersama wajah yang sudah mendung. Sudah hilang ceria gadis itu. Membuat Haikal diserbu rasa serba-salah. Dia tidak suka melihat wajah itu bertukar muram. Dia sanggup disakat Balqis. Dia sanggup melihat Balqis tergelak setiap kali mengenakannya. Tetapi, dia tidak sanggup melihat wajah itu sedih. Tidak sanggup mendengar suara itu mula merintih sedih.
“Aku tak suka kau cakap macam tu, Qis,”
Balqis membuang pandang. Memang itu kenyataan yang terpaksa dia telan. Tersekat segala langkahnya.
“Semua benda yang orang lain tak suka, aku kena ikut. Tapi, benda yang aku suka, seorang pun tak nak beri aku peluang untuk aku buat,”
Haikal mengeluh. Balqis sudah mula melayan perasaan.
“Jangan cakap macam tu, Qis. Kau kena tahu, semua orang sayangkan kau. Semua orang mahukan yang terbaik untuk kau,”
“Yang terbaik untuk aku ialah peluang untuk aku buat benda yang aku suka. Sementara aku masih punya waktu untuk buat segala-galanya. Bukan dikongkong hanya sebab aku macam ni,”
“Siapa yang kongkong kau?,”
“Semua. Kau, umi..kak ngah..kak long,”
“Salah tu Qis,”
“Yalah. Asyik aku aje yang salah kan? Kau orang semualah yang betul. Semuanya sama saja,”
“Eh, jangan marah-marahlah. Muka kau tak lawa kalau marah tau,”
Balqis mencebik. Haikal cuba memujuknya. Dan, hatinya tidak berasa terpujuk.
“Malas aku nak layan kau. Kau buatlah discussion sorang-sorang. Aku dah hilang mood,”
“Hey,”kuat Haikal menjerit. Membuat dia sedikit tersentak.
“Apa hal?,”balasnya dengan nada yang juga tinggi.
“Kau gila? Takkan kau nak aku buat discussion dengan budak Natrah tu aje. Budak tu psiko macam kau, tahu tak? Kau nak tinggalkan aku dengan dia?,”
Balqis tergelak. Marahnya hilang tiba-tiba melihat wajah Haikal bertukar pucat.
“Ada aku kisah? Itu masalah kau. Bukan masalah aku,”
“Janganlah Qis. Janganlah buat aku macam ni. Kau tak kasihankan aku ke?,”
“Tak. Selamat berdiskusi dengan Natrah ya. Aku nak balik hostel,”
“Aku pun tak nak pergilah,”
“Banyaklah kau punya tak nak pergi. Kau kena ambil nota dari dia, kan? Kan dia pinjam nota kau tadi. Kalau kau tak ambil, macam mana aku nak tiru nota kau nanti?,”
“Kau ikutlah sekali,”
“Tak nak. Aku tak ada mood. Kau pergi ya. Sure Natrah dah tunggu tu. Selamat berdating ya. Aku chow dulu,”
“Qis!,”
Balqis berlalu sambil membuat muka tidak bersalah.
“Qis! Takkan kau serius tinggalkan aku dengan minah psiko tu,”
“Bila masa aku cakap tapi, tak buat? Kalau aku dah cakap, aku mesti buat. So, nasib kaulah…,”
Haikal termangu bersama buku ditangan. Rancangan awal Cuma dia dan Balqis yang mahu membuat ulangkaji bersama sebelum Natrah dengan ramah tawarkan diri untuk turut menyertai dia dan Balqis. Dan kini, Balqis tinggalkan dia sendiri. Ditambah dengan degil Balqis, dia tahu Balqis tidak akan mengubah keputusan. Namun, senyum sedikit terukir di bibir apabila Balqis kembali berpaling padanya. Melihat gadis itu melangkah ke arahnya, dia mengeluh lega.
“Aku tahu kau sayangkan aku…,”dia bersuara lega.
“Apa sayang-sayang?,”
“Kau nak join balik kan?,”
“Kirim salam. Aku nak ambil beg aku,”ujar Balqis selamba sambil menarik begnya dari bahu Haikal. Membuat wajah Haikal kembali mencuka.
“Bye…,”
“Kau kejam, Qis,”
Balqis sekadar mengangkat kening sambil berlalu. Meninggalkan Haikal dengan degup jantung yang tidak berpenghujung. Berdepan dengan Natrah sendirian? Katakanlah ini cuma satu mimpi ngeri yang sedang mengganggu tidurnya.

***

Dalam rasa kurang senang, dia tersenyum sendirian melihat tingkah Balqis dari jauh. Senang melangkah meninggalkan temannya bersama timbunan buku di tangan. Makin lama, makin kurang senang dia melihat keakraban Balqis dan Haikal. Cemburukah dia? Dia kurang maklum tentang cemburu. Yang jelas, agak kerap dia cuba dapatkan kepastian daripada gadis itu. Tetapi, sampai sekarang apabila dirisik tentang hubungan mereka berdua Balqis lebih suka tersengih panjang. Dan, yang paling ketara membuat hatinya semakin tidak senang, apabila Balqis begitu mesra dengan semua rakan lelaki di kelasnya. Itulah yang dapat dia simpulkan setiap kali masuk ke kelas gadis itu.
Senyumnya sedikit pudar apabila wajah riang gadis itu tiba-tiba berubah muram. Dari duduk, dia berdiri. Terus memerhati tiap tingkah Balqis dan Haikal. Bagai ada sedikit pertengkaran antara gadis itu dan Haikal. Tanpa sedar, kakinya melangkah mengekori Balqis dan Haikal dari jauh. Terus memerhati sehinggalah dia terlanggar seseorang.
“Ops..sorry,”
Matanya jatuh pada wajah di hadapannya. Kemudian tersengih. Mesha menjeling sambil memandang ke arah renungan Zaquan. Dan dia jumpa wajah Balqis dan Haikal di situ.
“You ikut my sister ke?,”
Zaquan tersenyum sambil tunduk mencapai buku milik Mesha yang terjatuh. Dihulurkan pada Mesha yang sudah mencuka wajahnya.
“I told you, jangan ganggu dia, Zaq,”
“I tak ganggu pun. Terpandang saja,”
Mesha menjeling.
“Dia tak sesuai untuk you lah. And, more important is, tak akan ada sesiapa pun yang boleh lukakan hati dia. Faham? I tak akan lepaskan sesiapa yang buat dia sedih. So, baik you jangan sesekali cuba,”
Zaquan tersenyum. Amaran itu sudah banyak kali dia dengar.
“Haikal tu siapa sebenarnya, ya?,”akhirnya dia lontarkan soalan tanpa mempedulikan kata-kata Mesha. Membuat Mesha bertambah geram.
“Siapa dia, bukan urusan you,kan? Apa yang penting sekarang, you jangan dekat dengan adik I,”
“Rapat betul dia dengan adik you,”tambahnya lagi sambil bepeluk tubuh memandang kea rah Balqis yang merentap beg di bahu Haikal. Dia tersenyum.
Mesha diam. Tidak mahu menyampuk lagi. Pantas dia mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Zaquan terkebil-kebil. Barangkali serupa dengan Haikal yang juga terkebil-kebil ditinggalkan Balqis.
“Tak apa, Mesha. Aku boleh siasat sendiri,”dia berbisik sendiri sambil menyambung langkah. Tersenyum lebar apabila menyedari langkah Balqis semakin menghampirinya. Dia berpaling. Mesha sudah agak jauh meninggalkannya membuat senyumnya semakin melebar.
“Lajunya. Nak ke mana ni?,”
Langkah Balqis terhenti serta-merta di hadapannya.
“Eh, Encik Hensem…,”
Zaquan tersenyum. Melekat rupanya panggilan itu di bibir comel Balqis.
“Baru lepas gaduh dengan boyfriend ke?,”
“Boyfriend?,”
Zaquan menjongket bahu sambil Balqis termenung seketika.
“Maksud Encik Hensem, Haikal ya? Bukan gaduhlah. Lepas geram aje,”
“Lepas geram kenapa pula?,”
Balqis mahu menjawab, namun sudahnya dia tersenyum kecil.
“Lupakanlah. Tak penting. Encik Hensem belum balik ke?,”
“Janganlah panggil saya macam tu. Rasa macam badut saja,”
Balqis tergelak.
“Saya sukalah. Lagipun nak panggil Encik Zaquan rasa macam kekok pula. Sebab rasa macam dah terbiasa tak formal. Nak panggil Zaq pula, tak professional, kan? Kira oklah tu, saya panggil Encik Hensem,”
Zaquan menggeleng perlahan. Tidak mahu membalas celoteh Balqis yang pasti tidak akan habis.
“So, awak nak ke mana ni?,”
“Tadi, rasa macam nak balik hostel. Tapi, sekarang rasa macam malas pula,”
“Jom, ikut saya,”
“Ke mana?,”
“Temankan saya makan? Laparlah,”
“Kat kafe?,”
Zaquan menggeleng.
“Tak nak. Tak best. Makan kat luar?,”
Balqis menggaru dagu. Sekali lagi membuat hati Zaquan dicuit rasa lucu.
“Takut Haikal marah ke?,”
“Haikal? Kenapa dia nak marah?,”
“Tu…bukan main pandang awak tu,”
Balqis berpaling. Tersenyum panjang melihat renungan Haikal dari jauh. Belum bergerak dari tempat itu rupanya. Perlahan dia mengangkat tangan melambai ke arah Haikal. Sengaja mahu membuat hati lelaki itu semakin panas.
“Ala…tu spy tu,”
“Spy?,”
Balqis tersengih.
“Kak Ngah saya marah saya baik dengan Encik Hensem,”
“Saya tahu,”
“Nanti dia report kat Kak Ngah saya lah tu,”
“Tak takut ke?,”
Balqis mencemik.
“Reportlah. Nak takut apa. Jomlah,”
“Betul ni? Nanti awak kena marah, macam mana?,”
“Nak kena marah, lambat lagi. Sebab hujung minggu ni, baru saya pergi rumah Kak Ngah. Jadi, sementara saya kat hostel, telinga saya selamat lagi,”
Zaquan tergelak.
“You are so funny, budak kecik,”
“Apa?,”
“Saya dengar Haikal selalu panggil awak macam tu, kan? Not bad panggilan tu. Budak kecik? ,”
Balqis menjeling.
“Tak sukalah. Panggil nama sayalah,”
“Budak kecik, lagi best,”
“Lantaklah. Bukan jejas apa pun kat saya, kalau Encik Hensem panggil macam tu, kan?,”
Zaquan tersenyum.
“So, let’s go, budak kecik,”
“KFC ya,”
“Saya nak makan pizza,”
“KFC lah…,”
“Siapa yang nak belanja siapa ni?,”
“Encik Hensem belanja saya makan KFC. Ok?,”
Zaquan tersenyum. Tidak terjawab saat matanya membalas renungan Balqis yang begitu naïf. Balqis tersenyum lebar.
“Bagus. KFC…,”gumamnya sambil kenyitkan mata. Zaquan tersenyum lagi.

****

Wednesday, October 21, 2009

Duhai hati...5

Jelas di matanya wajah Mesha yang berkerut seribu. Selama ini, cuba ada satu sebab sahaja yang mampu membuat wajah gadis itu berubah sebegitu rupa. Zaquan.
“Apa pula kali ni?,”
“Hah?,”
Haniff tersenyum kecil.
“Apa pula yang Zaq buat kali ni? Tak give up lagi ke dia nak cuba tackle awak balik?,”
Jelingan Mesha dibalas dengan dengan senyum panjang. Kadang-kadang sakit hati dengan tingkah adiknya itu. Kadang-kadang terasa lucu apabila Mesha terus-terusan mengadu setiap apa yang berlaku padanya. Memang seperti mustahil untuk Mesha berubah hati kembali semula kepada Zaquan.
“Awak pun dah bosan dengar barangkali,”
Haniff senyum lagi sambil menggeleng perlahan.
“Saya tak pernah bosan. Ceritalah. Apa pula yang Zaq buat kali ni?,”
“Saya risaulah Niff,”
“Kenapa? Zaq ada ugut awak ke?,”
Gelengan Mesha melegakan sedikit hatinya yang tiba-tiba disapa bimbang.
“Zaq tulah,”
Haniff tergelak.
“Of course Zaq. Saya tahu, Cuma Zaq saja yang boleh buat muka awak jadi macam ni,”
Mesha tergelak kecil. Dan, renungan Mesha dibalas dengan sejuta rasa bahagia.
“Kadang-kadang saya hairan tau. Macam mana rupa yang begitu sama antara awak dengan dia, tak boleh buat sikap juga jadi sama. Awak dengan dia macam langit dengan bumi,”
Haniff tersenyum kecil.
“Zaq tu tak seteruk mana. Cuma perlu faham diri dia. Itu saja,”
“Adik awak. Awak bolehlah faham kot. Saya tak,”
“Ya. Betul tu. So, tell me. Cerita apa pula kali ni? Bunga sudah. Coklat sudah. Nota cinta di pintu bilik pun sudah. Jadi apa pula kali ni?,”
“Awak jangan sebut lagilah. Buat malu saja. Nasib baik, dia buat kerja gila tu, masa dah end of semester. At least sekarang dah mula sem baru, budak-budak pun dah lupa,”
Haniff tergelak. Teringat bagaimana Mesha melepaskan rasa marah padanya dek kerana tindakan nekad Zaquan. Teringat luahan rasa geram Mesha tiap kali topic itu menjadi bahan usikan di kalangan pelajarnya.
“Adik saya,”
Gelaknya hilang perlahan-lahan.
“Adik awak? Kenapa dengan adik awak?,”
“Saya risaukan adik saya,”
“Why?,”
“Dia sambung belajar kat sini. My faculty,”
“So,”
“So, Zaq dah mula buat perangai. Just imagine, last semester kejar saya macam dah nekad betul, now, dia dah mula berbaik-baik dengan adik saya,”
“Jelous?,”
“Of course not. Langsung tidak. Cuma saya bimbang. Bimbang dia main-mainkan perasaan adik saya. She’s too young untuk kecewa macam saya,”
“Perasaan awak saja kot,”
“My instinct always right,”
Haniff mengeluh perlahan. Kata-kata Mesha tempoh hari kembali mengusik jiwanya.
“Hai..mengeluh depan rezeki? Kenapa ni?,”
Haniff mengangkat muka. Bertentang mata dengan Datuk Johan. Keluhannya ternyata di luar sedar.
“Kenapa?,”soal Datuk Johan sekali lagi.
“Nothing lah papa,”
“Hai… dalam bahagia pun mengeluh juga ke?,”
Haniff sekadar memandang kosong pada Zaquan yang muncul tiba-tiba di meja makan. Perlahan menarik kerusi sebelum dengan malas melabuhkan punggung di situ.
“Girl friend sihat ke, bang?,”
“Hai… satu faculty dengan kamu, takkan kamu tak tahu dia sihat ke tidak?,”sindiran halus adiknya juga dijawab dengan sindiran.
Zaquan mencebik. Haniff tersenyum.
“So, apa agenda kamu pada dia untuk semester baru ni?,”
Zaquan mengerling. Malas menjawab. Cuma tangannya perlahan menarik mangkuk nasi.
“Ke dah give up? Atau dah jumpa pilihan lain?,”
“Abang ni kenapa? Macam nak cari pasal saja,”
“Mana ada. Abang Tanya saja,”
“Abang… abang teruskanlah hubungan dengan Mesha tu. Saya dah tak kisah dah,”
“Cepatnya mengalah?,”
Zaquan membuang pandang.
“Sebab kamu dah jumpa pengganti? Tak baik permainkan perasaan orang Zaq,”
Zaquan mengangkat muka.
“Untuk pengetahuan abang, saya tak pernah permainkan Mesha. Saya betul-betul sayangkan dia. Memang saya serius dengan dia,”
“Serius dengan dia, boleh pula kamu berkepit dengan perempuan lain?,”Datuk Johan menyampuk dalam lembut.
“Yelah. Yang serius dengan Mesha. Dengan perempuan lain tu, tak serius,”
Datuk Johan tergelak.
“Rosak anak papa,”ujarnya perlahan.
“Banyaklah kamu punya serius macam tu. Orang punya makan hati, kamu tak kira?,”sampuk Haniff bersama senyum lucu.
“Betul. Saya memang serius dengan Mesha. Tak pernah nak main-main dengan dia. Mana pernah saya buat benda tak baik pada dia? Tak pernah sekali pun saya ambil kesempatan pada dia. Saya betul-betul hormat pendirian dia. Sebab saya betul-betul serius dengan dia. Tapi, dia yang tak faham saya,”
“Siapa yang akan faham kalau kekasih asyik bertukar pasangan?,”
“Yang penting saya sayangkan dia kan?,”
“Salah prinsip kamu tu. Sayangkan seseorang, kenalah ada rasa setia. Komitmen,”
Zaquan membuang pandang.
“Kalau kamu betul-betul sayangkan seseorang tu. Betul-betul cintakan dia sepenuh hati kamu, dengan sendirinya hati kamu akan tertutup untuk orang lain,”sambung Haniff sekadar ingin melihat reaksi Zaquan.
“Semua tu dah tak pentinglah sekarang. Apa pun, sekarang hatinya dah berubah pada abang kan?,”balas Zaquan sedikit sinis.
“Macam tak percaya Areef Zaquan surrender secepat ini,”
“Abang ni, apa hal? Dari tadi, cakap macam nak menyindir saja. Sejak bila abang pun pandai cari pasal dengan saya ni?,”
“Sejak kamu dah mula nak dekat dengan adik Mesha,”
Zaquan tergelak.
“Mesha mengadu? Kalau saya nak berbaik dengan adik dia, so what? Salah ke? Kalau dengan mesha mungkin salah, sebab mesha tu sekarang dah jadi kekasih abang. Tapi, kalau dengan Balqis, tak salah kan?,”
“Oh… Balqis namanya ya?,”
Zaquan membuang pandang. Selera makan tiba-tiba hilang.
“Oit.. pasal perempuan pun nak gaduh ke? Depan papa pula tu. Depan rezeki pula tu. Diam. Kan, baik Mesha..baik adik Mesha… dua-dua papa yang sapu, baru kamu tahu,”
Zaquan terdiam. Haniff terkebil-kebil. Datuk Johan mengangkat punggung perlahan-lahan.
“Amboi papa… ugutan menakutkan,”tingkah Haniff laju.
“Yalah. Kamu berdua juga yang dapat mak tiri muda. Tak mahu ke?,”
Haniff tersengih. Zaquan sudah buat aksi geli-geleman. Datuk Johan Cuma memandang wajah Haniff dan Zaquan bergilir-gilir. Memang hubungan kembar itu sedikit tegang semenjak Mesha rapat dengan Zaquan.
“Sudah-sudah nak berebut perempuan. Kamu Zaq, dah tahu Mesha dah tak suka kamu. Carilah orang lain. Sibuk juga kejar dia ke sana ke sini, buat apa?,”
“Saya dah redha papa. Saya tak nak kejar Mesha lagi,”
“Sebab Balqis kan? Jangan Zaq. Budak tu terlalu muda. Jangan permainkan dia macam kamu buat kat Mesha,”
“Abang ni kenapa ya? Ingat saya ni, jahat sangat ke? And ingat saya ni apa? Senang-senang nak melekat dengan Balqis macam tu saja? Saya pun tahulah apa yang saya buat,”
“Baguslah kalau kamu tahu. Mesha risau sangat takut kamu permainkan adik dia tu,”
Datuk Johan menggeleng perlahan. Sudahnya dia berlalu. Malas mendengar celoteh yang pasti akan berakhir dengan perselisihan faham itu.
“Kalau Mesha risau, abang patut lega,”
“Why should I?,”
“Sebab, lepas ni, saya tak kejar Mesha lagi,”
Haniff menggeleng perlahan.
“Bilalah kamu nak matang, Zaq. Macam budak-budak. Abang tahu, kamu buat macam ni, sebab nak tunjuk perasaan kat abang, kan?,”
Zaquan mencemik. Mungkin abangnya benar. Mungkin abangnya silap. Memang dia betul-betul terasa kehilangan Mesha. Terlalu. Memang selepas Mesha bertindak meninggalkannya, hatinya tiba-tiba tertutup untuk mendampingi perempuan lain. Sehinggalah dia terpandang wajah Balqis, Balqis berjaya membuat hatinya kembali berbunga riang. Ada rasa bahagia yang sama seperti saat dia bersama Mesha hadir dalam pandangannya pada Balqis. Satu perasaan yang masih misteri padanya.
“Lagipun, dia student kamu kan? Mana boleh bercinta?,”
Kata-kata Haniff kembalikan dia dari lamunan yang mula menjemput.
“Kontrak saya habis akhir sem ni. Lepas tu, saya dah tak jadi pensyarah lagi. Tak ada penghalang, bang,”balasnya selamba. Selamba juga mengangkat punggung berlalu. Meninggalkan Haniff bersama sekuntum senyuman yang memang bertujuan untuk menyakitkan hati abangnya itu.


****

Sunday, October 18, 2009

Di Penghujung Rindu 9

“Huda,”
Tanpa berpaling, pintu bilik dibuka.
“Huda, tunggu. I’m sorry, okay,”laju Firhan berlari. Menutup semula pintu yang sedikit terbuka. Matanya jatuh pada wajah Nurul Huda yang tidak berperasaan.
“Sorry,”
Nurul Huda membuang pandang. Firhan tersenyum.
“Sorry. Okay?,”
“Fir, boleh faham I tak? I tak selesalah dengan cara you ni,”
Firhan bersandar pada dinding. Merenung terus wajah itu.
“You memang tak pernah selesa dengan I pun,”akhirnya dia bersuara. Sedikit berjauh hati.
“Kalau memang tak ada apa-apa, I keluar dulu,”tanpa mempedulikan rajuk lelaki itu, Nurul Huda bersuara selamba.
“Nurul Huda. You langsung tak berubah. I tak faham betul dengan sikap you ni,”
“Tak perlu faham Fir,”
“You ingat I main-main kan? I tak pernah main-main sejak dari I tinggalkan semua teman I and I nekad cuba dekati you dulu. I serius. Sampai sekarang pun I masih mengharapkan you… Dan, bila tiba-tiba you berdiri depan I as my staff, I rasa macam mimpi,”
“Fir, itu semua cerita lamalah. Cerita masa kita semua baru nak kenal dunia. Lupakanlah semua tu,”
“Sikit pun I tak boleh lupa. Lima tahun I sanggup hidup sendiri. Tercari-cari ke mana you menghilang. I benar-benar sukakan you,”
“Firhan. Enough. I keluar dulu,”
Satu keluhan pecah di bibirnya mendengar suara tegas Nurul Huda. Tidak mahu lagi terus bersuara. Kedegilan gadis ini tidak pernah berubah. Hati gadis ini tetap sekeras dulu. Nurul Huda menolak daun pintu. Seketika dia berpaling. Menatap wajah Firhan yang sedikit keruh.
“Perasaan tak boleh dipaksa, Fir,”ucapnya perlahan sambil melangkah keluar. Firhan mengeluh keras. Daun pintu yang hampir tertutup, ditolak sekali lagi. Bergerak mengekori Nurul Huda.
“Kalau I sia-siakan peluang ni, mungkin tak akan ada lagi peluang lain lepas ni,”
Nurul Huda menarik nafas panjang.
“Please lah Fir. You dah janji akan professional kan?,”
“Yeah…tapi, tiap-tiap hari berdepan dengan you, ingat senang ke I nak buang perasaan I ni? Rindu I yang bertahun I pendam ni?,”
“What ever lah,”
“Cik Huda…,”
Niatnya untuk membuka pintu biliknya terbatal. Segera dia menoleh ke arah suara dari meja reception. Bertemu dengan wajah penyambut tetamu juga dengan satu wajah yang memang langsung tidak dijangka akan muncul di sini.
“Ada tamu nak jumpa Cik Huda,”
Nurul Huda tersenyum kelat.
“Is that Hakimi?,”ada bisikan hampir di telinganya. Nurul Huda tidak menjawab. Cuma langkahnya di atur dengan rasa berbelah-bagi. Tertanya-tanya apakah yang membawa Hakimi ke sini?
“Hakimi?,”
Nurul Huda diam. Belum sempat bersuara, Firhan yang mengekorinya dari belakang, terlebih dahulu bersuara. Hakimi tersenyum.
“Firhan Datuk Dasuki. How are you?,”balas hakimi bersama senyuman sambil menghulur tangan.
“Sihat. What’s a surprise tiba-tiba kau muncul di office aku,”
“Aku nak pinjam accountant kau sebentar. Harap you don’t mind,”
Nurul Huda terkebil-kebil berada di tengah-tengah dua lelaki itu.
“Actually, aku keberatan. Sebab aku nak ajak dia pergi lunch ni,”
“I rasa tak bolehlah. Sebab, memang I dah janji nak keluar lunch dengan Kimi. Sorry Kimi, buat awak tunggu lama sikit. So, boleh kita pergi sekarang?,”
Hakimi tersenyum sambil mengangguk. Firhan tersenyum kelat. Melihat riak eajah Nurul Huda yang terkejut dengan kehadiran Hakimi tadi, dia tahu Nurul Huda berbohong. Gadis itu Cuma mahu lari darinya. Seperti biasa, Hakimi menjadi ruang untuk gadis itu lari daripadanya. Sama seperti bertahun-tahun dulu. Itulah yang tidak pernah dia faham tentang Nurul Huda. Sering menjadi bayang-bayang Hakimi yang sudah menjadi milik Camelia daripada memberi peluang padanya. tidak sangka situasi itu kini berulang lagi.
“Sebentar. Saya ambil beg di bilik,”
Hakimi senyum lagi dan Firhan menggaru kepala yang tidak gatal. Tergelak sinis. Tidak pasti tawa itu untuk dirinya sendiri atau untuk pintarnya akal Nurul Huda menjarakkan diri darinya. Atau, pada Hakimi yang selalu muncul menjadi penghalang. Sudahnya dia memandang wajah Hakimi dengan perasaan yang tidak menentu.
“Kau okay, ke?,”
“Be frankly, aku tak faham, kenapa mesti kau yang selalu jadi penghalang antara aku dengan Huda?,”
Hakimi tergelak kecil. Menanggapi kata-kata bernada gurauan itu dengan jenaka juga. Namun, dia dapatkan rasakan, Firhan bukan bergurau. Dan hatinya mulai tidak senang untuk membiarkan Nurul Huda terus bekerja bersama lelaki itu. Perasaan lelaki itu pada Nurul Huda bukan lagi satu rahsia.


****
“Macam –mana abang tahu Huda kerja di situ?,”
“Julia yang beritahu,”
Nurul Huda diam. Kembali cuba memberi fokus pada hidangan di hadapannya. Sedang Hakimi terus memerhati setiap tingkah gadis itu.
“Tak sangka Huda bekerja dengan peminat setia,”
Nurul Huda mengangkat muka. Kurang senang dengan kata-kata itu. Hakimi tersenyum. Membawa gelora indah ke jiwa Nurul Huda.
“Kebetulan,”perlahan dia menjawab.
“I see…,”
“Kenapa bang?,”
“Tak ada apa-apa. Cuma, pasti Firhan suka kan?,”
“Dia suka atau tidak, bukan masalah Huda. Sekarang, tutup cerita pasal Firhan tu. So, abang ceritalah pasal abang. Apa jadi dalam lima tahun ni? Hidup abang…everything about you. Huda nak dengar,”Nurul Huda mengubah topik perbualan. Bersama senyum ceria. Membuat dia sekali lagi gagal membaca apa yang bermain di hati Nurul Huda.
“Tak ada yang menarik. Apalah yang menarik, kisah lelaki ditinggal isteri. Kemudian ditinggal kekasih. Kan?,”
Nurul Huda terdiam. Memandang wajah serius Hakimi.
“Abang marahkan Huda?,”
“Entahlah. Mungkin terkilan. Huda pergi macam tu saja. Datang pada abang sesuka hati Huda. Kemudian pergi tinggalkan abang pun, macam tu saja,”
“Bukan maksud Huda nak buat macam tu. Tapi, dengan apa yang berlaku, Huda rasa bersalah sangat bang. Huda tak patut buat semua tu dulu…kalau Huda tak sambut anniversary kita dulu, mesti abang tak akan ada masalah dengan Camelia kan?,”
Hakimi tersenyum kecil. Tiba-tiba kenangan lalu membalut rasa.
“Abang… Huda minta maaf. Huda tak muncul di sini untuk buat abang terluka lagi. Huda tak akan ulang kesilapan dulu, bang. Abang jangan risau,”
“Kesilapan apa, Huda?,”
“Menagih sesuatu yang abang tak boleh bagi pada Huda. Huda menyesal bang. Huda menyesal sebab Huda mungkir janji. Huda langgar syarat yang Huda sendiri tetapkan. Huda ingat, bila Huda pergi jauh, abang akan dapat bersama dengan Lia. Tapi, rupa-rupanya abang dengan Lia terpisah juga disebabkan Huda,”
“Itu semua sejarah, Huda,”
“Dan, Huda janji, sejarah itu tak akan berulang,”
“Maksud Huda?,”
“Huda tak akan halang kebahagiaan abang lagi. Huda nak tengok abang bahagia dengan insan yang abang cintai. Bukan terus terbeban dengan Huda. Huda dah cukup dewasa. Dah boleh berdikari. Huda dah kuat untuk hidup tanpa abang,”
Hakimi tergamam seketika.
“Apa?,”perlahan soalan itu meniti di bibirnya. Menatap wajah Nurul Huda yang kelihatan tenang.
“Huda dah kuat bang. Sampai masa untuk abang fikirkan tentang diri abang pula. Dari kecil, abang asyik fikirkan pasal Huda. Terpaksa ikut semua kerenah Huda. Sampai cadangan gila Huda tu pun, abang terpaksa ikut. Huda tahu, abang buat semua tu, sebab abang sayangkan Huda. Cuma, masa tu, Huda yang tak pandai nak fikir tentang perasaan orang lain. Tentang kepentingan orang lain. Huda Cuma fikirkan diri Huda saja,”
“So, cadangan gila tu, masih kekal sebagai cadangan gilalah, pada Huda?,”
Nurul Huda terdiam seketika. Soalan itu bagai jerangkap samar yang bakal memerangkapnya. Wajah Hakimi yang terus menentangnya, dipandang sekilas. Sungguh dia tidak mampu berdepan dengan lelaki ini. Sudahnya dia tertunduk. Hakimi mengeluh perlahan. tidak sangka semudah ini kesimpulan yang dibuat Nurul Huda. Gadis itu muncul dan pergi. Dan kini, memberi satu keputusan yang teramat jauh dari fikirannya. Nurul Huda mahu tamatkan kemelut ini dengan satu perpisahan.
“Cadangan gila tu dah beri kita seorang Imran Najmi bin Hakimi, Huda,”akhirnya hakimi bersuara dengan nada sedikit keras.
Nurul Huda tersentap. Mengangkat muka menatap wajah Hakimi. Ada ketegangan pada wajah itu.
“My son!,”tokoknya geram.
“Abang…,”
“Abang ada anak. Tapi, abang tak pernah tahu. Empat tahun dia berada di dunia ni, tapi, cuma sekarang abang tahu kewujudannya. Dan, Huda pula…Tiba-tiba Huda muncul bercakap pasal tak pentingnya cadangan gila ni, pada Huda. Apa yang bermain di fikiran Huda sebenarnya ya? Huda..kita sekarang, bukan lagi macam dulu. Kita ada anak, Huda,”
“Ya. Huda tahu. Kenyataan itu tak siapa pun boleh ubah, bang,”
“Dah tu, apa maksud kata-kata Huda tadi? Huda muncul kemudian putuskan segalanya. Then pergi dengan anak kita? Tinggalkan abang sendirian lagi?,”
“No…no abang. Bukan macam tu. Langsung tak ada niat untuk Huda pisahkan abang dengan anak kita. Huda tak akan pisahkan abang dengan Najmi lagi. Itu janji Huda pada abang. Yang Huda mahu, Cuma satu. Huda mahu abang menemui kebahagiaan abang,”
“Huda dah temui kebahagiaan Huda?,”soal Hakimi perlahan.
“Kebahagiaan Huda ada pada Najmi,”
“Di situ juga kebahagiaan abang,”tingkah Hkimi tegas.
Nurul Huda memberanikan diri terus merenung wajah Hakimi. Sukarnya mentafsir perasaan Hakimi saat ini.
“Takkan selamanya abang nak sendirian?,”
Hakimi tersenyum kecil. Dia tidak pernah mahu bersendirian. Dia cuma mahu menikmati hidup bersama gadis ini. Namun, bicara Nurul Huda seakan memberi isyarat yang dia cuma bertepuk sebelah tangan. Barangkali Nurul Huda sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi darinya. Jadi, tiada guna untuk dia luahkan semua itu. dia tidak mahu mereka bersatu atas rasa serba-salah dan tanggungjawab semata-mata.
“Abang belum bertemu pengganti Camelia,”akhirnya lambat-lambat lidahnya berbohong. Membuat Nurul Huda tersenyum pahit. Agungnya cinta Hakimi pada Camelia. Mustahil cinta itu akan tertumpah ke hatinya.
“Huda doakan abang akan temui cinta abang nanti,”sudahnya bicara Hakimi dibalas dengan satu ucapan penuh sandiwara. Hakimi tersenyum kelat. Betapa satu ikatan serapat itu membuat dia menjadi begitu jauh dengan Nurul Huda. Dan, syukur ada Imran Najmi yang menjadi penghubung.
“Abang juga harap Huda tak akan sendirian selamanya,”
Nurul Huda diam. Cuma menyuap perlahan nasi ke mulut. Dia rela sendirian kalau lelaki ini gagal memberinya segunung cinta yang dia harapkan. Untuk memaksa, dia tidak mahu. Dia pernah menjadi punca kekecewaan Hakimi. Tidak mungkin dia mahu perkara yang sama berulang.
“Abang nak jumpa Imran Najmi,”
Suapan Nurul Huda terhenti.
“Abang nak jumpa anak abang,”
Nurul Huda tersenyum kecil. Kemudian mengangguk perlahan. Hakimi tidak lagi bersuara. Memerhati Nurul Huda dalam diam. Masih banyak persoalan yang bermain di fikirannya, namun semuanya kusut untuk dihuraikan.


******

Friday, October 16, 2009

Duhai hati...4

“Saya Natrah,”
Balqis mengerling. Haikal kekal dengan muka selamba. Membuat dia sedikit geram. Memang mamat ni, poyo betul! Hatinya merungut geram. Dia berpaling. Mempamerkan senyum manis pada gadis yang menyapa.
“Hai. Saya Balqis. Mamat poyo perasan bagus ni, nama dia Haikal. Jangan ambil hati ya. Dia memang macam ni. Takut dengan perempuan,”
Haikal menjeling. Pemilik nama Natrah yang berdiri di hadapannya tersenyum kecil. Tangan yang terhulur, kini jatuh perlahan-lahan. Dan, pandangan gadis itu juga sudah beralih ke wajah Balqis. Lega rasanya.
“Takut kat perempuan. Dengan awak dia tak takut ek?,”
Balqis tersengih.
“Kalau dengan saya, dia anggap dia tengah sembang dengan kucing je,”balas Balqis bersama gelak besar. Membuat Natrah turut tergelak.
“Kelakar awak ni. Selamat berkenalan ya. Saya nak cari tempat duduk dulu. Saya pergi dulu Haikal. Kalau awak tak kisah, awak anggaplah saya arnab ,”usik Natrah sebelum berlalu bersama senyum lebar. Membuat Balqis tergelak besar. Kemudian terdiam apabila folder plastic melekat di dahinya.
“Marah ke?,”
Haikal menjeling.
“Budak tu kan sapa kau. Yang kau buat muka bodoh tu,kenapa? Kesian dia. Dia hulur tangan pun, kau tak sambut. Tak baik betul,”
“Tak baik. Haram,”balas haikal selamba. Balqis mencebik.
“Kot ya pun, senyumlah sikit,”
“Aku tak retilah nak senyum-senyum ni. Aku tak sukalah,”
Balqis terus tersenyum.
“Hello… takkan nak solo sampai tua kott,”
“Alah. Apa susah. Suruhlah mama aku carikan,”
“Itu trend lamalah. Zaman sekarang, kita kena cari sendiri,”
“Itu semua tak payah dicari. Sampai masa datang sendiri,”
Balqis sekadar mencemik.
“Aku cabar kau. Sekarang kita baru nak mula sem kan? End of this semester, kalau kau dapat sorang awek, aku belanja apa saja benda yang kau nak. Macam mana?,”
“Ish…ish… panjang betul tanduk kau Qis. Kau nak suruh aku couple, Qis? Tak nak aku,”
Balqis tersengih sambil menggeleng perlahan.
“Eykal…Eykal… Pelik benar kau ni. Susah nak jumpa mamat poyo macam kau ni, kau tahu tak? Tak nak couple konon. Uwek. Nak termuntah aku dengar. Kita tengoklah setakat mana prinsip tak nak couple kau tu,”
Haikal sekadar mengangkat kening bersama wajah riak. Balqis menoleh. Melihat mata Natrah masih terarah pada Haikal.
“Hmm..beruntunglah Kak Long. Nampaknya tak lama lagi dapatlah calon menantu,”
“Qis. Diam. Aku ketuk dengan file ni kan,”
“Betullah. Cuba kau tengok tu. Natrah tengok kau tu. Tak berkelip-kelip matanya tu,”
Haikal menjenguk. Kemudian segera mengalihkan pandangan sebaik senyum melebar di bibir gadis itu.
“Karutlah,”rungutnya sambil laju membuka exam pad. Tiba-tiba menggelabah apabila melihat senyum itu tertuju padanya. Membuat Balqis tergelak besar.
“Nervous nampak. Kau buka exam pad kosong buat apa? Bukan ada benda nak tulis pun,”usiknya sambil sikunya disinggung ke lengan Haikal. Haikal merengus geram. Betul-betul rimas dengan topic Balqis.
“Kau nak gatal, gatallah sorang-sorang. Jangan libatkan aku. Faham,”
Balqis mengekek. Sedar wajah Haikal sudah sedikit memerah. Malulah tu.
“Aku tak faham betullah. Dalam brutal macam ni, kau pemalu sangat dengan perempuan. Kenapa?,”
“Diamlah. Budak kecik,”
Balqis mencemik. Menongkat dagu sambil memandang sekeliling ruang kuliah. Kemudian memandang jam. Tidak mahu terus menyakat Haikal.
“Eykal… aku rasa kan…,”
Haikal bersandar ke kerusi. Memandang wajah Balqis yang berubah sedikit serius.
“Apa benda?,”
“Kalau aku nak tukar university, ok tak?,”
“Kepala kau terendam dalam sinki ke pagi tadi? Apa ke bodoh sangat soalan kau ni? Nak tukar buat apa?,”
Balqis mengeluh perlahan.
“Aku nak bebaslah. Rimaslah kat sini. Ada kau. Ada Kak Ngah..,”
“Bebas apanya? Kenapa? Kat sini kau tak boleh bebas? Kau cakap sekali lagi pasal ni, aku report kat Mak Wan. Aku cakap, aku buat…,”
“Kau ni. Aku cuma tanya saja. Lebih-lebih pulak emosinya, kenapa?,”
“Tanya benda karut-karut. Siapa tak marah? Apa salahnya kalau aku ada kat sini? Kalau Mak Ngah ada kat sini? Lagi bagus. Ramai orang boleh tengok kau. Kan?,”
Balqis menjeling.
“Itu yang aku tak nak tu. Ke mana-mana aku pergi, semua orang macam tak yakin pada aku. Macamlah aku tak boleh berdikari,”
“Memang pun,”balas Haikal selamba. Balqis menjeling.
“Aku rimas tau. Tengok macam hari tu. Belum apa-apa Kak Ngah dah nak control apa aku nak buat. Mengalahkan umi,”
“Biasalah tu. Dia jaga kau. Apa salahnya,”
“Kau ni kan. Daripada aku cakap dengan kau, baik aku cakap dengan kerusi ni. Tahu! Semua cakap aku, semua kau nak bangkang. Menyampah betul. Tengoklah. Nanti aku try tengok, boleh tak nak minta tukar universiti lain…,”
Haikal tergelak kecil. Kemudian menggeleng perlahan.
“Belajarlah je lah kat sini Ucu…,”ujar Haikal perlahan sambil tersengih. Membuat mata Balqis membutang merenungnya. Pantas file dimeja, kini melekat di bahunya. Sekali. Dua kali. Tiga kali.
“Sakitlah wey,”
“Sekali lagi kau panggil aku macam tu, aku lempang kau kat sini,”
Haikal tergelak besar. Balqis sudah menarik muncung panjang.
“Marah ke Ucu?,”
“Aku tak sukalah wey. Jangan panggil aku macam tulah. Kau dengan aku sama umur aje. Jangan nak mengada-ngada. Bocor rahsia ni kat sini, aku sumpah, aku susahkan hidup kau nanti. Ingat tu!,”
Haikal tergelak lagi.
“Takutnya…..,”
Balqis menjeling marah. Haikal tersenyum bersama sisa-sisa gelak.
“Yalah..yalah. Aku tak panggil macam tu. Tapi, kau janganlah berfikir singkat sangat. Dah dapat kat sini, belajar jelah kat sini,”
Balqis diam. Dan terus terdiam melihat susuk tubuh yang memasuki ruangan kuliah.
“Morning semua,”
Balqis tersenyum lebar. Haikal menggeleng perlahan. Dah mula dah…
“First of all. Sorry sebab lewat sikit. And, welcome semua…,”
Balqis terus tersenyum. Segak pula Zaquan dengan pakaian formal.
“Tekun mendengar nampak…,”
“Ish.. janganlah kacau. Aku tengah focus ni. Nak note down apa yang patut ni,”
“Note down apanya? Bukan mula mengajar pun. Kau ni kan. mata plastic betullah. Dulu Cikgu Wahyudi. Ni, adik dia pulak?,”
Balqis mencebik. Buat-buat tidak dengar. Bukan dia serius pun. Setakat menikmati kelebihan yang dimiliki oleh insan-insan itu. Bukan salah pun.
“So, kiranya tak jadilah nak cari university lain ni?,”
“Tak jadi,”
Haikal menggeleng.
“Kau kata aku poyo. Kau sepuluh kali poyo. Ni, kalau aku report kat Mak Ngah, boleh aku tengok orang kena dengar ceramah ni,”
Balqis menjeling. Kemudian menyambung renungannya pada Zaquan. Betul-betul tidak sangka Zaquan akan mengajarnya.
“Hensem betul…,”
“Rosak betul,”balas Haikal sambil turut memberi perhatian pada Zaquan yang sedang memberi penerangan tentang subjek yang akan diajarnya nanti. Tiba-tiba dia bagai terpanggil untuk menoleh. Dan, sekali lagi darah menyerbu ke muka. Natrah masih merenungnya! Perlahan dia menggelosor sambil mengankat tangan menyentuh dahi. Cuba mengelak dari tikaman renungan gadis itu.
“Budak tu pun sama poyo dengan kau, Qis,”rungutnya perlahan.
“Budak mana?,”
“Budak perempuan tulah. Yang dia duk renung aku macam tu, kenapa?,”bisiknya sedikit rimas. Balqis tersenyum.
“Biasalah tu. Menikmati keindahan di depan mata. Seni tu…,”balas Balqis sambil matanya terus merenung wajah pensyarah di hadapannya.
Haikal tersengih kecut. Sangkanya Cuma Balqis saja yang mempunyai perangai seaneh ini. Rupa-rupanya tidak. Sekali lagi dia berpaling. Kali ini, senyum terukir di bibir gadis itu.
“Masak aku…,”
Tiba-tiba terasa hidupnya bakal tidak aman lagi.

****

[11:35:50 PM] hos.getah: