Friday, January 30, 2009

Pergilah Air Mata 38

Dayana diam. Merenung nasi di pinggan. Seleranya sudah lama hilang. Hatinya benar-benar tersentuh. Berkecil hati dengan kata-kata bapanya.
“Papa harap ini kali pertama dan terakhir,”
“Salah ke kalau Yana nak balik rumah Yana sendiri? Yana rindu papa. Rindu mama. Itu sebabnya Yana terus ke sini,”
Dr. Dahari mengeluh perlahan.
“Bila pula papa kata salah?,”
“Dah tu, kenapa papa marah-marah ni?,”
“Memanglah papa marah. Yana belakangkan suami Yana. Itu yang buat papa marah,”
“Bad tahu Yana ke sini. Yana dah inform Bad pun. Belakangkan apa pula?,”
“Sepatutnya Yana kena jumpa suami dulu. Seminggu Yana tinggalkan dia. Baliklah jumpa dia dulu. Rumah ni, bila-bila pun Yana boleh datang. Lagi elok kalau datang sekali dengan Bad,”
Dayana menarik muka.
“Lagi satu, dah jadi isteri orang ni, cubalah kurangkan sikit sibuk tu,”
“Papa. Please. Don’t start it again,”
“Kenapalah anak papa ni, degil sangat ya?,”
“Ikut perangai abanglah,” Puan Julaika menyampuk. Membuat senyum terjungkit di sudut bibir Dr. Dahari. Jelingan isterinya membuat dia sedikit senang. Sekurang-kurangnya isterinya itu sudah mahu menyapanya.
“Abang rasa, abang pun tak keras kepala macam ni,”
Dayana menjeling. Mahu senyum, namun ditahan. Lucu melihat riak hairan yang dibuat-buat bapanya.
“Kurangkanlah sikit sibuk tu. Tumpukan pada keluarga sikit. Sekarang yang paling penting, bukan lagi kerjaya Yana. Tapi, perkahwinan Yana,”Dr. Dahari menyambung kata-katanya. Dayana mengeluh perlahan. Persoalan yang sama, tidak kira di mana dia berada.
“Yana nak capai sesuatu dalam hidup Yana. Semua orang kena respect keinginan Yana tu,”
“Apa lagi yang Yana nak kejar? Sepatutnya sekarang ni, Yana kena berusaha untuk melengkapkan lagi perkahwinan Yana. Bina satu keluarga yang sempurna,”
“Banyak masa yang dah Yana habiskan untuk kerja Yana sekarang. Takkan Yana nak tinggalkan semua tu macam tu saja? Lagipun, Badrul sendiri dah terima syarat Yana,”
“Yana. Listen to me. Dalam perkahwinan tak ada syarat. Bila kita dah kahwin, kena kena terima hakikat yang kita dah ada tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab sebagai suami. Dan tanggungjawab sebagai isteri,”
“Yana dah dengar masa pergi kursus kahwin dulu. Buku pun, dah banyak Yana baca tentang tu,”
“Tapi, kenapa Yana masih tak faham-faham? Itu yang papa hairan,”
“Papa… Yana pun ada hak untuk buat apa yang Yana suka kan? Kerja, tak salah kan? Even kita dah kahwin. Lagipun, Bad tak bising pun, pa. Don’t worry. Okay? Dia yang benarkan Yana terus kerja,”
Dr. Dahari menggeleng perlahan. Penat memberi kata nasihat pada anak tunggalnya itu.
“Bad tak bising, tak semestinya dia suka, Yana. Suami mana yang suka kalau isterinya ligat dengan kerja dua puluh empat jam?,”
“Abang ni. Dah Yana cakap Bad tak kisah, biarlah. Biarlah Yana kerja,”
“Betul tu mama. Yana sokong. Mana boleh wujud diskriminasi macam tu kan? Asal dah kahwin je, perempuan kena berhenti kerja. Macam tu? Kalau tak berhenti pun, kena slow down pula. Mana adil. Tugas kita bukannya makin kurang sebaik saja status kita berubah. Kenapa lelaki tak macam tu? Dah kahwin pun, boleh kerja ikut suka saja?,”
“Lelaki lain. dah memang tugas dia cari nafkah untuk keluarga,”
“Saya sokong kalau Yana kerja. Jangan nak berhenti Yana. Jangan jadi macam mama,”
“Awak ni. Suka racunkan fikiran budak tu, kenapa?,”
“Saya tak racunkan. Kerja ni penting untuk masa depan dia. Kita tak tahu apa yang jadi akan datang. Kalau dibuatnya Badrul tu macam abang, macam mana? Apa-apa jadi, sekurang-kurangnya Yana ada sumber kewangannya sendiri,”
“Macam saya, apa pula?,”
Puan Julaika menjeling. Dayana diam seketika. Melihat wajah ibunya yang masam mencuka. Pandangan dialihkan pula ke wajah bapanya. Bapanya kelihatan lebih tenang. Dia tersenyum kecil. Pasti bertengkar lagi.
“Dah tahu, buat-buat Tanya pula? Awak suruh saya duduk rumah jaga awak. Jaga anak. Berpuluh tahun saya buat macam tu. Last-last awak cari orang lain juga. Sia-siakan saya macam tu saja,”
“Astarghfirullahal’azim. Awak ni. Berapa kali saya nak cakap?,”
“Seratus kali awak cakap pun, saya tak akan percaya. Memang awak ada perempuan lain kan?,”
“Ika..Ika… Buat apalah saya nak cari lain? Lagipun, saya ni dah tua. Bukan kaya sangat pun,”
“Kalau dah namanya lelaki, bukan difikir semua tu…,”
“Wait…wait… Plaese papa… mama… not in front of me. Okay?,”Dayana segera menyampuk melihat suasana makan malam sudah sedikit tegang. Dr. Dahari mengeluh panjang. Puan Julaika segera meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. Mengangkat punggung sambil berlalu dengan wajah mencuka. Dayana merenung wajah bapanya. Menanti penjelasan.
“Papa tak tahu. Okay? Sejak akhir-akhir ni, cemburu mama kamu tu, lain macam,”
Dayana tersenyum kecil. Merenung sahaja wajah bapanya yang seakan tidak dimakan usia. Tidak mustahil untuk ibunya sentiasa curiga. Lebih-lebih lagi dengan doktor-doktor muda yang cantik di klinik bapanya. Selalunya itulah punca cemburu ibunya.
“Takkan tak ada apa-apa berlaku?,”
“Perkara kecil sangat. Dah empat hari mogok dengan papa tu. Tak nak bercakap,”
Dayana tergelak.
“Apa perkara kecilnya tu?,”
“Dr Alesha hantar SMS, wish birthday papa. Itu saja,”
Dayana tersenyum. Teringat usia bapanya yang mencecah lima puluh dua beberapa hari yang lalu.
“Patutlah. Papa pun salah. Dah tahu mama tu suka prasangka, kenapa tak delete SMS tu?,”
“Dia yang buka. Macam mana papa nak delete?,”
Dayana tergelak kecil.
“Bila? Pukul berapa?,”
“Malam. Tak sure pukul berapa,”
“Patutlah mama mengamuk. Tak apa. Nanti Yana cakap dengan mama,”
Dr. Dahari tersenyum kecil. Merenung wajah Dayana yang sudah menolak perlahan pinggan nasinya yang tidak berusik.
“Mama tu, papa boleh uruskan. Pasal Yana ni, papa belum habis cakap lagi,”
“Papa, Yana penatlah,”
“Dah dekat enam bulan Yana kahwin. Belum bersedia nak tambah ahli keluarga ke?,”
Dayana tergelak besar. Memandang wajah bapanya dengan renungan tidak percaya.
“Nonsense. Apa papa merepek ni?,”
“Merepek? I’m serius sayang. Mungkin bila dah ada anak nanti, Yana akan lebih sedar pada tanggungjawab Yana,”
“Itu bukan tanggungjawab, papa. Itu beban,”
“Yana!,”
Dayana diam seketika. Wajah bapanya sedikit berubah. Dia tahu bapanya marah.
“Sorry. Yana tak bermaksud apa-apa dengan apa yang cakap tu. Cuma, terlalu awallah papa untuk itu semua. Either Yana or Badrul, kami rasa, kami belum bersedia untuk itu,”
“Badrul tak pernah bincang pasal ni ke?,”
Dayana diam lagi. Berterus-terang tentang hasrat Badrul yang satu itu, pasti akan membuat hujah bapanya lebih panjang. Akhirnya dia menggeleng perlahan, walau sejak akhir-akhir ini, Badrul banyak berkias ke arah itu.
“Pelik. Sepatutnya dalam usia dia, dia dah bersedia untuk jadi seorang bapa,”
“Tak mahulah cakap pasal ni lagi,”
Dr. Dahari kehabisan kata-kata.
“Malam esok, Yana datang sini dengan Bad. Okay?,”
Dr. Dahari Cuma memandang tanpa memberi apa-apa reaksi. Dayana tersenyum panjang sambil mengangkat punggung. Suka melihat bapanya terdiam.
“Yana naik dulu. Nak call Bad kejap,”
“Belum call ke?,”
Dayana tersengih. Segera meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Faham kehendak anaknya, Dr. Dahari diam sambil menggeleng. Dayana terus berlalu. Memang dia ingin menghubungi Badrul. berkali-kali dia menelefon telefon bimbit Badrul, namun tidak berjawab.

***
Badrul terduduk di sofa. Binggung. Resah memikirkan insiden sebentar tadi. Tidak tahu kenapa semakin lama dia semakin tidak dapat mengawal perasaannya sendiri setiap kali berdepan dengan Sabrina. Seringkali dia biarkan dirinya terbuai dalam kelembutan tingkah Sabrina. Dalam lembut alunan suara Sabrina. Semakin hari, ternyata kelemahannya itu semakin ketara. Dan, apa yang berlaku sebentar tadi, merupakan kemuncak kelemahannya sendiri. Tidak sepatutnya dia bertindak sejauh itu. Tidak baik untuknya. Tidak baik juga untuk Sabrina. Dia tidak sepatutnya bertindak begitu pada Sabrina. Walau bagaimana sikap gadis itu sebelum ini, dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap gadis itu. Perlahan dia meraup wajah. Terasa semakin tidak selamat untuk dia terus berada dekat dengan Sabrina.
Irama true tone dari telefon bimbitnya membuat dia sedikit tersentak. Segera dia bergerak ke meja kerjanya. Mencapai telefon yang bergegar perlahan. Melihat nama Dayana tertera di screen, dia mengelih perlahan.. Entah kenapa perasaan untuk menjawab panggilan itu sudah tidak sekuat dulu. Perlahan-lahan dia semakin berjauh hati dengan isterinya itu. Separuh terpaksa, telefon di bawa juga ke telinga.
“Hello sayang,”
Seperti biasa sapaan itu menyentuh gegendang telinganya. Badrul tersenyum hambar. Aneh. Sungguh aneh. Panggilan itu sudah tidak bisa membuat jiwanya diasak gelora indah lagi. Tidak seperti dulu. Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada perkahwinannya dengan Dayana. Kenapa begitu cepat perkahwinan ini terasa hambar?
“Bad…,”
“Ya. I ada ni,”
“Kenapa diam?,”
“Saja. Nak dengar suara you dulu,”
Tawa ceria Dayana seperti biasa menyentuh lembut gegendang telinganya.
“So, you masih kat Melaka ke?,”
“I kat rumah papa sekarang,”
Badrul diam. Berita itu sedikit di luar jangkaannya. Sangkanya Dayana akan datang padanya dulu. Ternyata Dayana tetap pulang ke rumah bapanya. Dia menjadi pilihan terakhir Dayana.
“I ingat you akan ubah fikiran. Balik ke sini dulu,”
“Bad… please. Jangan nak mula lagi. I dah cakap dengan you kan?,”
“Okay. And, dah sampai rumah papa you, baru you nak inform I. Mati-mati I ingat you masih di Melaka,”
“I dah cuba call you banyak kali. You tak jawab pun. You pergi mana?,”
“Bila you call?,”
“Lebih kurang sejam tadi,”
Badrul diam seketika. Waktu itu dia di bilik Sabrina. Teringatkan Sabrina, jantungnya tiba-tiba berdetak laju.
“I tengah makan kot,”bohongnya perlahan.
“Ooo…. Anyway, mama and papa kirim salam,”
“Waalaikumussalam,”
“I dah cakap dengan papa esok malam kita datang sini lagi. For dinner maybe,”
“Tanpa bincang dengan I dulu?,”sedikit kaku suara Badrul. Entah apa yang tidak kena padanya malam ini. Semua bicara Dayana bagai tidak kena di telinganya. Semuanya mengundang rasa marah.
“Bad. Does it really matter? Selalunya you setuju saja. Tak ada masalah pun. Kenapa dengan you malam ni? Is there something wrong?,”
Badrul mengeluh perlahan. Membawa punggungnya ke katil.
“Sorry,”akhirnya dia bersuara lemah.
“Kenapa ni?,”
“I dah cakap sorry,”
“Bad. I tak perlukan maaf you tu. I need some explaination. Kenapa? Apa yang tak kena?,”
“May be I letih. Satu hari I kat site hari ni,”Badrul mereka alasan. Walau benar apa yang dia cakapkan, tapi, bukan itu punca perubahan emosinya. Sabrinakah puncanya? Atau Dayanakah puncanya?
“Oh… Kasihan you.,”
“Ya ke you kasihan kat I?,”
“Kenapa you tanya macam tu?,”
“Well… kalau you kasihan kat I, mesti sekarang ni you dah ada depan I,”
“itu lagi yang you ulang. Apa bezanya Bad? Esok I balik ke sana juga,”
“Bezanya, I jadi pilihan terkahir you,”
“Jangan mengarutlah, Bad,”
Badrul diam. Dia sedang mengarut ke? Dayana juga sudah membisu di hujung talian.
“I miss you, sayang,”akhirnya Badrul bersuara perlahan. Memang ada rasa rindu yang membalut rasa di sebalik geramnya dia pada sikap Dayana. Di sebalik rasa terkilan pada tindakan Dayaan. Dayana tergelak kecil di hujung talian.
“Me too. Sabarlah. Esok malam I dah ada depan you,”
“Macam ni selalu, I tak sanggup Yana. May be kita kena bincang semula pasal ni,”Badrul mula bersuara dengan nada sedikit tegas. Mendengar kata-katanya, Dayana membisu lagi.
“Yana…,”
“Please Bad. I’m not in the mood. Papa baru lepas brainwash I pasal benda yang sama. I tak nak dengar lagi. Lagipun, penat I memandu pun tak hilang lagi ni,”
“You always not in the mood kalau kita cakap pasal ni,”
“Bad, you dah janji dengan I kan?,”
“Ya betul I dah janji. Tapi, kalau macam inilah keadaannya, sampai bila I boleh sabar? Sampai bila? Sampai bila kita nak macam ni? Kahwin. Tapi, bila kita boleh bercakap berdepan? Spend time together? Kalau tak by phone, I Cuma cakap dengan belakang you saja, bila you sibuk bawa balik kerja office sampai ke rumah,”
“Tapi, you dah…,”
“I suami you. And, I dah mula tak boleh terima ini semua,”
“Bad. You marah ke?,”
“Of course Yana. You totally belakangkan I sekarang,”
“I’m sorry. I tak bermaksud nak belakangkan you pun,”
“Okaylah. I penat. I nak tidur. Apa pun, kita bincang bila you dah balik ke sini,”
“Bad…,”
“Assalamualaikum,”
Tanpa menanti jawapan, talian terus diputuskan. Tidak mahu memanjangkan pertelingkahan di hujung talian telefon. Barangkali, sudah sampai masanya untuk dia bincang semula tentang syarat Dayana. Barangkali juga sudah tiba masanya untuk dia lebih tegas pada Dayana. Tapi, bolehkah dia?

****

24 comments:

Nurul Syahirah Dzulkifli said...

eiii geram betul dgn yana tu .
haha harap2 bad dh sdar siape die lg suke :D

Anonymous said...

harap2 lepas ni ada n3 pasal bad n ina pulak..heheh
x sabar ngan kisah diaorg 2..

apapun good job kak hanni...

Anonymous said...

ish ish ish...kena sekolahkan balik la si yana nie pasal kepentingan menjaga suami..
tak sedar ke, awak tu berkongsi suami...kenalah belajar sikit rebut hati si suami..

ish ish ish..anyway syabas kak hanni...citer nie membuatkan kitaorang emosi..hu hu..

u're really great writer kak!!

mim

mama nursaafia & zafwan said...

bestnya cite nie....sambung lg ok...tq...

Cik Illya said...

bertambah menarik. saya harap, lastly badrul akan sedar sebenarnya sabrina yang tercipta untuknya.

Anonymous said...

hahah...baru bad rasa...klu yana x sedar lagi mungkin dia akan kehilangan bad..bila bad nk sedar perasaan dia kt sabrina ni?

Anonymous said...

ala bila bad nak baik ngan ina nie???
cpat la
biar padan muka yana 2

Anonymous said...

yana tu, kan.......! dah bagus bad sayang gilerr kat dia tp dia cam x menghargai bad pun! padan muka bad, dapat bini camtu. kesian kat sabrina yg asyik sorang2 je. hrp2 lepas ni sabrina bleh bahagia pulak...

-Ain-Dak In- said...

ahah,,,
bad dah rasa hambar je ngan yana..
aduii..
suka btol la.....
bior kan yana tu..
pntgkan diri saja...
dia x sedar ke pesaing dia tu dah mula dpt tmpt kat ati bad??
adesss..

misz nana said...

"Abang ni. Dah Yana cakap Bad x kisah, biarlah. Barlah Yana kerja."
ha'ahh.. biar la yana keje..
so, hubungan bad n yana makin lama makin renggang..
hihihi.. kejam..


"Sabrinakah puncanya? Atau Dayanakah puncanya?
of course la sabrina puncanya.. hehehe..

asal bad ucap kata cinta kat yana je, sy rasa cam xde feeling..
hehehe.. x suka bad ucap kata cinta kat yana sbnrnya.. hee..

Wans said...

yana nih xkan sdar2 agaknye...
nk tggu c bad kena kidnap nga ina bru nk kejar ati bad smula...
this is life...huhu
syabas k'hanni!! k'hanni mmg pndai m'buai2kn perasaan pmbaca...hehe

aqilah said...

kesian gak dgn badrul tapi semuany salah dia. intan dah ada di dpn mata, tapi masih tidak dapat menilai nya. kesian bad.....................

Rosez Leena (Org Ganu) said...

padan muka yana kna marh kat bad..hehe..tp tahniah kak hani coz berjaya wat sy geram gle kat yana.degil tahap pe ntah..x sedor2 dah jadi bini org..

Anonymous said...

bila yana dh hlg bad tu, baru nk tsedar kot..
hrp2 n3 baru ttg sabrina ngn bad lak...

Anonymous said...

semakin byk yana n bad bergaduh..semakin jauh jarak antara diorg..n semakin mendekatkan bad n ina...gud2..hehe..tul tak hanni..pas ina citer ina n bad plak yer...

Anonymous said...

eloklah tu, biar dayana dengan degilnya, kasih bad beralih arah ke sabrina,

atashinci said...

setuju dgn sume komen....
cpt2 smbung hanni

Anonymous said...

wahhhh..semakin panas PAM ni dan semakin berdebar2 jantung pencinta k.hanni..


x sia2 lah kami semua tggu kan??
ekekekek:))

Anonymous said...

adoi...
bila la bad nk sedar perasaan dia yg sbnar thdp ina...

ksian dkt ina...

dayana tu plak, tah pape je..
name je isteri tp x pnuhi tgungjawab sbgai isteri dgn sempurna...

pape pon, PAM mmg best...

~rina~

jat said...

kak hanni~~

tak sesia sy jd rajin pg2 ni
dpt bc new n3..... =D

pe nak jadi tah dgn yana-bad
ina n ikmal pun sama
maria apetah lg
tak saba nak tau sambungannya camne
yg kak hanni nak bg
eager to know yr idea..

Unknown said...

eee...gerammnye aku kt yana 2!! mnyampah!! x sdr2 ke die 2 dh jd wife org? gile krja btol die 2..dh la degil..adus..sakit ati ingt yana..so..bek ingt ina..wakakaka..
bad2..asal la dhn ina ko bleh tegas gile..dgn yana?? hampeh!!

thnx k.hanni utk n3 ni..sy tggu n3 bru..hehehe

iLiAiSyAhkaDir said...

nak tau kesweetan bad n sabrina...

yana tue!!!!!!!! biar lah die....

hihihihihi aisy_angel

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaa..
best gila cita nie..
xp bila nak abis..
x sabar nak tggu endingnya...
sya hrp maria x jd kawin ngan ikmal..
biar ikmal ngan mak dia tau perangai sebenar marai..
ina pun sekali...

-miss kira-

♥corcraze♥ said...

bad and yana and anak?ewww..geli pulak dahh..kehkehkeh..

[11:35:50 PM] hos.getah: