Sunday, July 5, 2009

Mimpi Yang Mati 4

Lambat lagi ke papa?,”
“Sabarlah Shadiq. Kan dah sarapan tadi. Takkan dah lapar sangat? Tunggu kejap aje. Dah nak siap pun..,”
“Hmm…Tunggu pun tunggulah..,”
Razman tersenyum memandang wajah anak bongsunya yang termangu menongkat dagu di meja.
“Papa! Pleaselah. Not again?,”
Suara lemah itu membuat dia menoleh. Melihat wajah Marisha yang jelas hampa. Dia tersenyum lagi. Sudah tahu apa penyebab wajah itu berubah hampa.
“What?,”soalnya sambil tersengih.
“Takkan sardin lagi, papa? Macam dah tak ada lauk lain kat Malaysia ni,”Marisha bertanya sambil menarik kerusi.
“Alah Along. Papa dengan sardin mana boleh berpisah. Makan ajelah. Tak baik merungut,”
“Yalah. Adik tu hantu sardin, bolehlah…,”
Razman tersenyum lucu. Sambal sardin yang sudah siap, dihidangkan ke meja.
“Along tak nak sardin, makanlah sup sayur tu…,”
“Hmm..sardin…sup sayur…sambal telur…sardin…,”
“Dah..dah… jangan nak merungut depan rezeki. Apa yang ada, kita makan. Papa malas nak makan kat luar. Papa malas nak keluar,”
Marisha mencemik.
“Apa lagi tu? Pergilah ambil pinggan,”arah Razman sambil bergerak mengambil jug sirap di dalam peti sejuk.
“Adiklah. Papa masak lauk favourite adik tu kan? Adik lah pergi ambil pinggan,”
“Bukan adik tak nak ambil. Tapi, adik kan kecik lagi. Nanti pecah. Macam mana?,”
“Alasan…,”
Shadiq tersengih.
“Risha… ambil pinggan. Hidangkan nasi untuk adik,”
“Yalah..yalah…. Papa ni. Semua kerja kakak kena buat. Adik tu… makan aje kerjanya. Kalau ambil orang gaji kan senang…,”
“Papa ada anak dara. Nak ambil orang gaji buat apa?,”
“Apa pulak. Risha baru sebelas tahun…,”
“Yalah. Dah besarlah tu. Kan?,”
“Yang sebenarnya, papa tu kedekut,”Marisha bersuara geram.
Razman tergelak. Perlahan melabuhkan punggung ke kerusi. Memerhati Marisha menceduk nasi untuk Shadiq.
“Papa!,”
“Kenapa dik?,”
“Kereta. Kereta mama tu. Mama dah balik! Yey! Mama dah balik,”
Belum sempat bersuara, Shadiq sudah berlari meninggalkan ruang makan. Marisha pula menjenguk sekilas melalui jendela dapur. Kemudian menyambung semula kerjanya yang terhenti.
“Kenapa tak pergi sambut mama?,”
“Malaslah papa. Nanti mesti kena marah tu…,”
“Tak baik. Pergilah kejap,”
Marisha menggeleng.
“Papa nak nasi tak?,”
Giliran Razman pula menggeleng.
“Adik! Kenapa ni? Mama penat ni. Jangan kacau mama dulu? Please…,”
Hati Razman berdetak tiba-tiba. Suara lantang Jasmin melekat di telinganya. Membuat rasa geram cepat bertandang di hatinya.
“Kan kakak dah cakap…Betul kan papa? Kan dah kena marah,”
Razman diam. Shadiq muncul bersama wajah menahan tangis.
“Padan muka. Lain kali, pergi lagi dekat mama…Kan free aje kena marah,”
“Kakak…,”Razman bersuara perlahan. Tidak senang mendengar kata-kata anak perempuannya itu.
“Apa pulak. Betul apa cakap kakak…,”
“Papa tak suka kakak cakap macam tu,”
Marisha diam sambil menarik muncung.
“Kenapa mama dah tak sayang kita, papa?,”Shadiq bersuara hiba. Membawa diri ke pelukan Razman. Razman kelu. Sudah letih sebenarnya untuk memberi sejuta jawapan yang indah-indah untuk didengar anak-anaknya. Marisha sendiri sudah mula dapat membezakan antara alasan-alasan indah yang dia serapkan dengan kenyataan yang mereka tempuhi saban hari.
“Tadi adik cakap lapar kan? Kakak dah hidang nasi tu. Makan dengan kakak,”
“Dah tak rasa nak makan,”rengek Shadiq sedih.
“Sudah…makan aje. Kakak, tengokkan adik,”
Marisha cuma memandang. Razman mengangkat punggung sambil dudukkan Shadiq ke kerusi.
“Papa tak nak makan sekali?,”
Razman tersenyum.
“Kakak makan dengan adik dulu. Papa belum lapar,”ujarnya sambil berlalu. Ingin mencari bayang Jasmin. Tiada di ruang tamu, dia meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Pintu bilik yang sedikit terbuka, memberitahu Jasmin berada di bilik. Pantas dia menuju ke bilik. Menolak daun pintu. Bertemu pada sekujur tubuh Jasmin yang terbaring di katil.
“What’s wrong with you, Min?,”
Jasmin membuka mata.
“What?,”
Razman merenung tajam.
“Macam tu ke cara you layan anak?,”
“Kenapa? Apa pula yang tak kena?,”
“Berlari Shadiq dapatkan you, sebaik dia dengar kereta you. You tahu tak? Sampai hati you marah-marah dia macam tu,”
“I penatlah,”
“Kalau pun penat, janganlah buat macam tu kat anak-anak. Mereka dah pandai simpan emosi. Adiq tu rindukan you…,”
“Alah.. perkara kecillah. Janganlah nak besar-besarkan,”
“Perkara kecil? Risha dah mula jauhkan diri dari you, you tahu tak?,”
“Budak-budak, Raz. Hari ni mereka marah, esok marah tu dah hilang. Apa yang nak dirisaukan? Sekarang ni, budak-budak tu yang tak puas hati, atau you yang tak puas hati?,”
Razman tergelak sumbang. Jasmin bangkit dari baring. Memandang wajah Razman bersama senyum sinis.
“I tak puas hati? Tak timbul langsung soal I tak puas hati,”
“Ya ke? Dah tu, kenapa Nampak aje muka I terus nak cari pasal ni?,”
“I tak kisah apa you nak buat, as long you tak ulang apa yang you dah buat dulu. And… selagi you tak abaikan anak-anak. I told you already,”
“So, sekarang ni, kenapa you nak bising-bising pula?,”
“Sebab you dah abaikan anak-anak. Dulu you cakap lain, sekarang you buat lain,”
Jasmin mencemik. Bergerak ke arah beg pakaiannya yang elok terletak di tepi katil. Belum cukup rajin untuk dia kemaskan.
“Bila masa I abaikan mereka. I pergi course. Bukan pergi makan angin. Takkan I nak bawa anak-anak. And, macamlah you tak pernah out station. Kan? You ni, memang sengaja nak cari pasal dengan I. Nak cari salah I. Nak buang I terus dari hidup you kan? Sebab tu semua yang I buat semuanya salah kat mata you,”
“Min, apa I rasa dah tak penting. Apa yang penting sekarang, Risha dah tak nak jumpa you. Adiq menangis Tanya kenapa mama dah tak sayang dia? Kenapa jadi macam tu? Cuba you fikir and you tanya diri you, kenapa sampai mereka rasa macam tu?,”
Jasmin menjeling. Wajah serius Razman dibalas dengan muncung panjang.
“Entah-entah you yang racun fikiran budak-budak tu. Suruh budak-budak tu benci kat I,”
“What?,”
“Manalah tahu. Saja nak cari jalan nak berpisah dengan I,”
Razman mengeluh keras. Kata-katannya seakan tidak diterima langsung oleh Jasmin. Geramnya juga sudah semakin menebal. Bicara perempuan itu juga sudah mula melencong.
“Memang itu yang paling baik. Memang itu yang paling tepat,”dia bersuara menahan geram.
Jasmin diam. Hilang kata-kata. Tidak mahu lagi meneruskan bicara tentang hubungan mereka. Razman mengeluh panjang.
“You know something, I tak rasa you mahu teruskan semua ni, sebab anak-anak…,”akhirnya dia bersuara ketus. Jasmin mendongak.
“Apa maksud you?,”
“Cuma you saja yang tahu, Min. I pun tak tahu apa yang bermain kat kepala you tu. Cuma satu I nak cakap, jangan sampai I nekad dengan keputusan I dulu. You cakap, you nak teruskan semua ni, demi anak-anak. And, sebab tak sampai hati nak pisahkan anak-anak dengan ibu mereka, I turut kehendak you. Tapi, rasanya sekarang ni, anak-anak dah tak penting pada you, kan?,”
“What do you mean? Apa yang sedang you fikirkan Raz? Jangan berani nak pisahkan I dengan anak-anak I,”
“It’s up to you, Jasmin. You yang tentukan sendiri apa yang you mahukan. I dah bagi keputusan I dulu. Tapi, I tutup mata demi anak-anak. But now, kalau macam ni you buat kat anak-anak, I tak menyesal dengan keputusan I tu,”
Jasmin diam. Razman menutup bicara. Cuma ingin menanti reaksi Jasmin.
“I… I rindu untuk hidup macam dulu Raz…,”
Razman tergelak sumbang. Mustahil. Mustahil untuk dia teruskan hidup ini seperti dulu.
“You tahu itu mustahil bagi I,”
Jawapan Razman membuat Jasmin tertunduk. Dia tahu dirinya yang bersalah. Namun, meneruskan hidup dengan cara sebegini, membuat dia tersepit. Membuat jiwanya memberontak.
“You cakap, you dah maafkan I?,”rendah suara Jasmin meminta ruang untuk diberi satu lagi peluang.
“I maafkan you. Tapi, tak mungkin I boleh terima you semula. Terima you seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tak mungkin. At least tidak sehingga ke saat ini,”
“Raz…,”
“I tak nak cakap pasal kita. These nothing yang perlu kita bincang. Sekarang I nak you ingat tanggungjawab you sebagai ibu kepada Risha dan Shadiq. Ingat. Jangan sampai I hilang sabar,”pantas Razman menyampuk. Tidak mahu berbincang tentang perkara yang menghiris perasaannya itu. Tidak mahu membuat amarahnya muncul semula. Tidak mahu perasaannya bergalau rasa benci semula.
“Kita perlu bincang, Raz,”
“For me, semuanya dah jelas. Tak ada apa yang hendak dibincang. Cukup. Jangan ingatkan I pada perkara tu lagi. I tak nak ingat. I tak nak fikir,”
“I tak boleh hidup macam ni, Raz,”
“I tak pernah paksa you hidup macam ni. You bebas pilih apa pun pilihan yang you nak. I tak ada rasa nak halang pun. You tak boleh hidup dengan I, then tinggalkan kami. I boleh jaga anak-anak. I yakin anak-anak lebih terurus dengan I,”
“You dah ada calon ibu baru ke untuk mereka? Beria-ia benar bunyinya,”suara sendu Jasmin tiba-tiba berganti sinis.
Razman bergerak menuju ke pintu. Tidak mahu melayan tuduhan melulu Jasmin. Kalau dilayan, pasti pertengkaran akan berlanjutan. Tiada guna bertengkar tentang sesuatu yang sudah musnah. Apa yang lebih penting, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu masalah antara dia dan Jasmin menjejaskan perasaan Marisha dan Shadiq. Dia tahu mustahil untuk dia mengimbangi itu semua. Namun, sekurang-kurangnya dia sudah sedaya – upaya mencuba. Mengenepikan egonya sebagai lelaki demi Shadiq dan Marisha. Menyekat segala bayangan menyakitkan daripada menjelma setiap kali dia memandang wajah Jasmin. Sungguh tidak mudah untuk dia lakukan semua itu. Meletak perasaannya di tempat terakhir juga demi Shadiq dan Marisha.
“Raz! You nak ke mana? I belum habis cakap,”
Razman berhenti di pintu. Menoleh.
“I tak ada apa lagi nak cakap. Better you turun and ambil hati Risha and Adiq,”dia bersuara sambil berlalu. Meninggalkan Jasmin menahan rasa. Sikap acuh tidak acuh itu membakar perasaannya. Betul-betul dia dipinggirkan. Razman benar-benar tidak dapat menerimanya. Perhatian Razman padanya sudah lama hilang. Ternyata kata-kata Razman semuanya telah terkota. Namun, dia tidak layak untuk meletakkan kesalahan di bahu Razman. Dia yang mulakan segala kemelut ini. Dia yang khilaf. Dan, dia yang salah. Tanpa sedar, pipinya basah perlahan-lahan.
“I miss you, Raz…,”

****

12 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
sedih nye..

::cHeeSeCaKe:: said...

min wat ape je ek smpai raz marah sgt..curang ker?

nin said...

x paham..

baiduri said...

Agaknya Jasmin curang kot.. tp RAzman ttp bg peluang kedua. Bl dia abaikan ank2, tu yg Razman mrh sgt & ugut jasmin.
Agaknya lah.. pandai2 je aku ni. He..he...

Anonymous said...

saya rasa nie mesti..ameer terkenangan kan kisah2 lama ni,,
yang meyebabkan dia tak nak anak sekarng
sebab hubungan dia ngan maya lom betul2 baik lagi...


sebab ameer buat keputusan tak nak anak sekarang!!!

mesti ada kena mengena ngan ameer ni....


myeha ireland

aqilah said...

tertanya2, siapa razman? siapa jasmin? apapun akak follow.............

asmi' said...

dah lame tak ikuti blog ni...
mane taknye...
x de mase langsung nak g cc...

x sangke ade entry novel baru...

Anonymous said...

maya ada sebut ttg raz... sape raz, sape jasmin dlm hidup maya dan ameer..kalau bole biar la raz ngan wife dia jasmin.. tak mau la dia kacau idup maya ngan ameer..

ameer tu buktikan la cinta dia kat maya.. jgn sibuk sgt dgn pangai kasanova dia.. oppss.. terlebih sudahh

kak hanni smbgla lg ye..thumbs up

Anonymous said...

kalau tak silap, raz tu macam ada kaitan dengan maya... maybe cyberfriends... konsep cerita ni rasanya maya akan ada hubungan dgn razman, tapi tak tau lah sejauh mana... novel mesti ada konflik beb! baru lah novel namanya...

Anonymous said...

huhuhuhu

farah aj said...

x ingatla maya ada sebut psl raz..which entry?nk baca blk..

dieba said...

mmg raz tu cyberfriend maya... mesti raz dah x layan min sbb sibuk chat dgn maya... ala peningla dgn ameer... syg kat maya tp ada gurl lain... xsuka!!! xsuka!!!!

[11:35:50 PM] hos.getah: