Thursday, December 4, 2008

Pergilah Air Mata 26

Dengan lemah dia meletakkan gagang telefon. Ada rasa hampa sebenarnya. Satu keluhan panjang dilepaskan sambil bersandar ke kerusinya.
“Hello….,”suara yang menyapa berserta dengan ketukan bertalu di pintu biliknya, memaksa dia mengangkat muka. Darius tersengih di muka sambil memegang tombol pintu.
“Aku pergi lunch dululah,”
“Tunggu. Aku join kaulah,”Badrul bersuara lemah. Darius memandang hairan bersama senyum meleret.
“Hai… tadi aku ajak, cakap ada lunch date dengan Dayana. Kenapa? Tak jadi lunch dengan Dayana ke?,”
Badrul mencebik.
“Dia ada lunch appointmentlah. Last minute inform aku,”
Darius tergelak.
“Patutlah layu betul mukanya…,”
Badrul menjeling. Malas menjawab usikan Darius.
“Oh ya, your wife is here,”tokok Darius tersenyum lagi.
“Yana baru call akulah. Dia sekarang kat Damansara. Macam mana tiba-tiba boleh ada kat sini? Kau jangan buat lawak dengan aku boleh tak? Lebih-lebih lagi sekarang. Aku tengah tak ada mood ni,”
“Siapa cakap Dayana? Ada aku sebut nama Dayana ke?,”
Badrul diam. Dari kerusinya, tajam dia menatap wajah Darius yang ceria. Kalau bukan Dayana, siapa? Mustahil Sabrina yang datang ke sini. Tidak ada apa-apa urusan yang boleh membawa gadis itu ke sini.
“Dah tu siapa?,”soalnya hairan
“Hai… berapa orang wife kau? Aku ingat dua saja. Ada lagi yang lain, yang aku tak tahu ke?,”
“Dar, aku seriuslah,”
“Sabrinalah. Kalau bukan Dayana, mestilah Sabrina,”
“Hah?! Apa dia buat kat sini? Mana dia?,”
“Aku ingat nak ajak dia lunch dengan aku. So, datang minta izinlah ni,”tingkah Darius tanpa menjawab soalannya. Membuat telinganya terasa panas. Berdesing. Sabrina datang semata-mata ingin berjumpa Dariuskah? Kalau itulah sebabnya, memang berani betul gadis itu.
“Kau suruh dia datang ya? Kau dengan dia, selalu berhubung ke?,”
Darius tersenyum. Suka melihat kemarahan Badrul. Dia tahu lelaki itu sedang marah. Walau lembut sahaja soalan yang meniti di bibir Badrul, dia tahu hati Badrul bergolak marah. Cepat Badrul bangkit dari kerusinya.
“Mana dia? Kau ada affair dengan dia? Jangan cuba cabar aku, Dar! Dah tak ada perempuan single ke, kau nak tackle? Isteri orang juga yang kau cari?,”
“Astahgrfirullahal’azim. Kau ni… tuduhan, bagai tak ingat. Kau ingat aku apa? Manalah aku tahu kenapa dia ke sini. Bukan kau ke yang suruh dia datang?,”Darius bersuara sambil menggeleng perlahan.
“Mana ada? Mana dia?,”sekali lagi Badrul bertanya sambil mengatur langkah ke arah Darius.
“Tadi kat reception,”
Laju Badrul melangkah meninggalkan Darius. Menuju ke kaunter penyambut tetamu. Melilau matanya memandang sekeliling. Hanya Natrah gadis penyambut tetamu yang ada di situ. Tiada bayang Sabrina.
“Mana perempuan yang datang ke sini tadi?,”laju soalan itu meniti di bibirnya. Kalau betul Sabrina datang ke sini, memang gadis itu sengaja mencari penyakit. Sengaja mencabar kesabarannya. Sengaja menguji amarahnya.
“Maksud Encik Badrul, Cik Sabrina ya?,”
“Ya. Mana dia? Apa dia buat di sini?,”
“Dia sekarang dalam bilik Datuk. Dia cakap dia nak jumpa Datuk…,”lambat-lambat gadis di hadapannya itu memberi informasi. Barangkali gerun melihat perubahan wajahnya. Melihat wajah garangnya.
“Apalah kau ni… Orang baru kahwin muka senyum saja. Manis memanjang. Bukan macam muka harimau lapar… macam kau ni. Betul tak Natrah?,”Darius bersuara dari belakangnya. Natrah tersenyum sumbing tanpa menjawab soalan itu. Kalau wajah Badrul sudah sekelat itu, lebih baik jangan mencari penyakit.
Tanpa membalas usikan Darius, laju dia menghayun langkah menuju ke bilik bapanya. Dua kali mengetuk pintu, daun pintu terus dikuak. Menjengah ke dalam. Sabrina menoleh ke arahnya. Nampak sedikit terkejut.
“Apa kau buat di sini? Nak jumpa Darius ke?,”sedikit keras soalan yang meniti di bibir Badrul sambil tangannya menutup pintu.
“Darius? Tak adalah,”balas Sabrina perlahan.
“Dah tu apa kau buat kat sini. And, siapa izinkan kau keluar dari rumah ni?,”
Sabrina diam sejenak. Melihat wajah keruh Badrul, sudah cukup untuk membuat lidahnya kelu.
“Siapa?,”soal Badrul sambil menekan suara. Wajah Sabrina yang sedikit pucat, direnung tajam. Sabrina tunduk.
“Aku bercakap dengan kau ni. Bukan dengan meja,”
“Abah suruh saya datang…,”
“Kenapa?,”
“Entah,”
“Kenapa tak cakap dengan aku dulu?,”
Sabrina memberanikan diri melawan renungan Badrul. Sudah tidak setajam tadi.
“Saya tak tahu nombor telefon awak. Saya tak tahu macam mana nak hubungi awak. Saya dah cakap dengan abah, saya tak nak datang. Tapi, abah paksa. Abah cakap ada hal nak bincang,”
Perlahan badrul melabuhkan punggung ke sofa.
“Hal apa sampai tak boleh bincang kat rumah?,”
Sabrina menggeleng.
“Manalah saya tahu,”
“Abah mana?,”soal Badrul, menyedari bapanya tiada di situ.
“Keluar. Baru kejap tadi,”
“Aku tak suka kau keluar sesuka hati macam ni. Faham?,”Badrul bersuara lagi. Kali ini, nada suaranya lebih lembut. Sabrina Cuma mendengar tanpa membalas. Sudah terlalu biasa mendengar ayat itu.
“Betul ke kau nak keluar lunch dengan Darius?,”soalan Badrul tiba-tiba melencong.
“Hah? Mana ada? Siapa cakap?,”
Badrul memandang wajah terpinga-pinga itu. Betul-betul tidak tahu apa-apa atau cuma berlakon di hadapannya, tidak dapat dia pastikan. Dia pula, tidak berminat untuk mencungkil. Di kepalanya lebih terarah kepada mencari sebab yang membawa Sabrina ke sini. Apa yang ingin bapanya bincangkan dengan Sabrina? Akhirnya, soalan Sabrina tinggal tergantung begitu sahaja.
“Abah cakap apa dengan kau?,”sekali lagi soalan Badrul meloncat jauh. Jauh betul dari topik sebelumnya. Sabrina membuang pandang. Sesuka hati bertanya soalan. Soalannya langsung tidak dijawab.
“Aku tanya ni,”
“Tak tahu,”
Badrul menjeling. Meneliti penampilan Sabrina dalam diam. Ringkas dengan jeans dan blouse berwarna ungu gelap. Menyerlahkan kulitnya yang putih. Juga rambutnya yang panjang disanggul ringkas. Membiarkan sedikit anak rambut jatuh ke lehernya yang sedikit terdedah. Renungangnya dialihkan segera. Menutup gemuruh perasaan yang hadir tiba-tiba.
“Kau ni, tak boleh ke pakai baju elok sikit? Terdedah sana sini,”rungutnya perlahan. Sabrina mengerutkan kening. Pantas memandang blouse yang melekat di badannya. Terdedah? Mana ada terdedah sangat? Rasanya skirt yang Dayana pakai pagi tadi lebih terdedah sana sini. Sempat dia mengintai di sebalik langsir biliknya sewaktu Badrul dan Dayana bersedia untuk ke tempat kerja masing-masing. Ritun hariannya kini. Walau akalnya menolak, hatinya tetap meronta ingin melihat gelagat pasangan itu. Dan, sudahnya, jiwanya yang menangis dalam diam. Berasa tersisih setiap kali melihat kemesraan Dayana dan Badrul. Tapi, dia tahu, dia tidak seharusnya menyimpan marah pada Dayana. Badrul memang milik Dayana.
“Saja nak tarik perhatian orang ya?,”
Soalan Badrul mengembalikannya ke dunia nyata. Sedikit tersentap mendengar soalan bisa itu.
“Tak baik awak cakap saya macam tu. Suka hati saja nak tuduh saya. Kenapa awak tak marah kat Dayana sekali pagi tadi? Saya tengok bukan main pendek skirt dia yang dia pakai,”
Badrul terdiam. Terkena dengan panahan kata Sabrina yang sedikit pedas. Namun, Cuma untuk seketika. Tiba-tiba wajah itu direnung lagi. Lebih lama.
“Apa kau cakap tadi?,”soalnya sambil bergerak hampir kepada Sabrina. Sabrina menggaru kepala. Apa yang dia cakap? Rasanya tidak ada apa-apa yang pelik yang keluar dari bibirnya.
“Nothing,”jawabnya sepatah. Cukup yakin dengan jawapannya itu.
“Kenapa awak tak marah kat Dayana sekali pagi tadi? Saya tengok bukan main pendek skirt dia yang dia pakai,”
Sabrina cuma diam mendengar Badrul mengulangi kata-katanya. Tidak ada apa yang salah baginya. kata-kata itu memang betul. Dia bercakap perkara yang benar. Namun, senyuman yang terukir di bibir Badrul membuat dia gusar. Membuat dia terfikir kembali, salahkah kata-katanya itu? Cepat sahaja Badrul melompat ke sebelahnya. Membuat dia sedikit tersentak. Segera bergerak menjauh.
“So, selama ni, kerja kau, mengendap akulah ya? Mengendap aku dan Dayana?,”
Bulat mata Sabrina memandang wajah Badrul. Terperangkap! Darah menyerbu naik ke muka.
“Mana ada?,”laju dia menjawab. Jawapan yang mengundang gelak Badrul.
“Mana ada… mana ada… Kalau tak ada kenapa muka kau merah menyala tu?,”
Sabrina menahan nafas. Malunya! Rupa-rupanya kesilapan besar apabila dia membuka cerita tentang skirt Dayana. Cerita itu cuma membuka jerat untuk dirinya sendiri. Segera dia mengangkat punggung.
“Tunggu dulu… Jawab dulu soalan aku,”Badrul bersuara sambil menarik semula Sabrina ke sebelahnya. Sabrina kaku tidak bergerak. Liur yang ditelan terasa pahit.
“Kenapa kau intip aku?,”soal Badrul semakin galak.
Sekali lagi, Sabrina menggeleng laju.
“Saya tak intip awaklah. Buat apa saya nak intip awak. Saya cuma ternampak. Itu saja,”dalam gugup Sabrina mereka alasan. Badrul ketawa riuh.
“Kau ingat aku percaya?,”
“Terserahlah awak nak percaya ke tidak,”Sabrina bersuara sambil menarik tangannya dari pegangan Badrul.
“Memang aku tak percaya. Langsung tak percaya,”
“Lepaslah tangan saya ni,”
“Tidak. Tidak… sehingga kau beritahu aku, kenapa kau intip kami?,”
“Awak jangan nak perasanlah,”
Badrul tersengih.
“Tapi, kenapa aku rasa aku tak perasan pun? Kenapa kau intip kami? Kau cemburu ke?,”
“Tak!,”lantang jawapan itu pecah dari bibir Sabrina. Membuat Badrul terkedu seketika.
“Sshhh….Kau nak suruh satu office dengar suara kau?,”Badrul bersuara sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Memberi isyarat supaya Sabrina diam. Sabrina menjeling.
“Sorry. Tak sengaja,”
Badrul tergelak lagi. Sempat pula dalam menjeling, gadis itu meminta maaf.
“Kalau bukan sebab cemburu, tell me now… why?,”
“Kebetulan. Tu saja,”
“Betul?,”
“Betullah. Sebab apa lagi?,”
Badrul tersenyum sambil menjungkit bahu. Menatap wajah Sabrina yang sudah merah menyala. Entah kenapa dia suka pada kegugupan Sabrina.
“Lantak kaulah,”balasnya sambil meleraikan pegangannya. Cepat-cepat Sabrina menarik tangannya juga mengangkat punggung beralih tempat. Matanya liar mencari bayang Datuk Hamidi. Lama pula bapa mertuanya itu keluar. Dan, bagaimana Badrul boleh tahu dia berada di sini? Muncul dan menghuru-harakan perasaannya. Sesekali dia mengerling ke arah Badrul yang bersandar sambil terus mengamatinya. Sengaja. Sengaja ingin membuat dia lebih menggelabah. Sabrina menahan nafas. Kalaulah dia boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang membuat dia terganggu…Namun, tidak boleh. Bukan senang untuk membuang tekaan Badrul yang betul-betul tepat sebentar tadi. Bodohnya dia. Bercakap tanpa berfikir.
Sekali lagi Badrul mengangkat punggung. Bergerak hampir pada Sabrina. Perlahan dia melabuhkan punggung di atas meja, duduk berhadapan dengan Sabrina.
“Can I ask you something?,”
Sabrina mengangkat muka.
“Apa dia?,”
“I wonder… agak-agaknyalah… kekasih kau tu, pernah bawa kau ke bilik tidur tak, sebelum dia suruh kau muncul di bilik-bilik lelaki macam aku? Mesti pernah kan?,”Badrul bersuara hampir di telinga Sabrina, membuat telinga Sabrina berdesing. Cabulnya mulut Badrul. Tanpa sedar, tangannya laju menyapa pipi Badrul. Sekali lagi tapak tangannya menyentuh pipi Badrul. Rasakan.
“Sabrina!,”
“Apa? Mulut awak tu, jaga sikit ya. Jangan asyik nak hina orang,”
Perlahan Badrul menggosok pipi. Kali kedua dia ditampar oleh gadis ini. Kali ini terasa perit. Pedih.
“I told you. Jangan berani nak tampar aku lagi!,”
Sabrina merenung marah.
“Awak pun jangan hina saya lagi,”
“Kau ni, memang suka tampar orang ya?,”
Sabrina membuang pandang. Orang kurang ajar macam kamu saja! Jerit hatinya geram.
“Look at me,”
Sabrina buat-buat tidak dengar. Geram sungguh dengan tuduhan Badrul yang tidak pernah berubah.
“Sabrina!,”
“Saya tak nak pandang muka awak,”
Pantas Badrul menyentuh dagu Sabrina. Memalingkan wajah itu ke arahnya, walaupun Sabrina cuba berkeras.
“Last warning aku. Jangan cuba nak tampar aku lagi, faham?,”
Sabrina melawan tatapan Badrul yang tajam. Keberanian menjengah tiba-tiba, dan, dia tidak akan sia-siakan keberanian ini.
“Last warning saya juga. Jangan hina saya lagi. Sekali lagi awak hina saya, saya tak akan berada dalam banglo besar abah awak lagi. Saya boleh terima apa awak buat pada saya sekarang. Tapi, bukan untuk sekali lagi penghinaan awak pada saya,”sepatah demi sepatah kata-kata itu meniti di bibir Sabrina. Memberi sedikit kejutan pada Badrul.
“Kau ugut aku?,”
“Kita saling mengugut. Bukan saya yang ugut awak,”
Badrul tersenyum nipis. Menepuk perlahan pipi Sabrina.
“Kau dah berani melawan sekarang ya,”ujarnya sambil menampar perlahan pipi Sabrina. Sabrina memalingkan wajah. Menyampah melihat senyuman Badrul yang sedikit menyakitkan hati itu.
“Ek hem… jangan nak usap-usap pipi kat dalam bilik abah. Nak bermesra kat tempat lain. Not in my office,”
Serentak Sabrina dan Badrul menoleh ke belakang. Datuk Hamidi menutup perlahan pintu bilik. Badrul tersengih sedang Sabrina menjeling tanpa senyum. Datuk Hamidi salah faham, sekali lagi.
“Apa kamu buat kat sini?,”Datuk Hamidi bersuara sambil menghayun langkah menuju ke mejanya. Badrul memandang Sabrina seketika. Sabrina pula cepat-cepat mengangkat punggung. Berlalu menuju ke meja Datuk Hamidi. Mengambil tempat di hadapan bapa mertuanya. Tidak mahu terus berada hampir dengan Badrul.
“Darius cakap Sabrina di sini,”
“Kenapa kalau dia di sini? Macam kau tak pernah jumpa dia…,”balas Datuk Hamidi selamba. Badrul tersenyum kecil. Perlahan bangun dari meja yang didudukinya. Selamba dia melabuhkan punggung di sebelah Sabrina. Berdepan dengan bapanya.
“Tak adalah. Pelik juga, tiba-tiba dia ke sini. Apa halnya abah nak jumpa dia?,”
“Tak ada kena -mengena dengan kamu. So, kalau tak kisah, boleh tinggalkan abah dengan Sabrina?,”
“But, why? Saya tak boleh tahu ke apa yang nak dibincangkan ni?,”
“Abah Cuma nak cakap dengan Sabrina. Tak nak ada gangguan,”
Badrul tergelak pendek. Gangguan? Dia dianggap gangguan? Perlahan dia menggeleng. Tidak percaya kata-kata itu meluncur keluar dari bibir bapanya. Dia menoleh. Memandang wajah Sabrina yang selamba. Mungkin senang dengan perhatian bapanya itu.
“Abah nampak Darius di luar. Katanya menunggu kamu. For lunch. Right? So, apa kata kamu keluar lunch dan tinggalkan kami berdua,”
Sabrina tersenyum kecil. Mencuit hati apabila Badrul dihalau secara halus. Badrul mengeluh pendek. Menjeling geram melihat senyum manis yang terukir di bibir gadis itu.
“Abah jangan manjakan sangat dia ni. Nanti, dia pijak kepala abah, baru abah tahu,”
Datuk Hamidi tersenyum kecil.
“Abah tahu siapa yang perlu abah manjakan dan siapa yang tak perlu abah manjakan. Rasanya abah tak perlukan nasihat kamu. So, sekarang, boleh tinggalkan kami berdua?,”
Badrul merengus marah. Bapanya sengaja ingin menyiram minyak ke dalam api marahnya.
“Okay. Saya keluar sekarang. Sorry sebab mengganggu,”
“It’s okay. But, lagi cepat kamu keluar dari ruangan ni, lagi baik,”
Badrul menolak kerusi dengan sedikit keras. Geram. Sakit hati. Bapanya sedang mempersendakannya. Dia dipersenda kerana Sabrina. Dengan wajah mencuka dia mengangkat punggung.
“Apa senyum-senyum?,”soalnya geram melihat Sabrina menutup mulut menahan senyum. Sabrina tidak menjawab. Menoleh ke arahnya, pun tidak. Terus mematung sambil menutup mulut dengan jemari runcingnya.
“Siap kau. Kau belum habis dengan aku…,”sempat dia mengugut sebelum melangkah laju keluar dari bilik itu. Berdentum pintu ditutup. Datuk Hamidi tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.
“So, boleh kita bercakap sekarang?,”
Sabrina cuma mematikan senyumnya sambil mengangguk perlahan. Sebenarnya dia sendiri tertanya-tanya kenapa tiba-tiba Datuk Hamidi ingin berjumpanya di pejabat. Datuk Hamidi tersenyum sambil bersandar. Mencari keselesaan untuk membuka bicara. Sedang Sabrina sabar menunggu.

****

26 comments:

nora said...

alaa hanni suspennya....apa yg abah bad nak bagitau kat sabrina...ceptla post n3 27

misz nana said...

"betul ke kau nak keluar lunch dengan darius..?"
bunyik soalan cam jeles je.. hehehe.. xpe bad.. semakin ko jeles, semakin lama ko akan tau apa feeling ko kat sabrina yg sebenarnya.. lalalala..

"renungannya dialihkan segera. Menutup perasaaan gemuruh yang hadir.."
tau takut.. wakakaka..

"kenapa awak x marah kat dayana sekali pagi tadi? sy tengok bukan main pendek skirt dia yg dia pakai.."
adehh sabrina.. tersalah kasi soalan daa.. kan dah terperangkap..
nasib baik pandai cover line walaupun memula bad x caye.. rileks je sabrina.. don't be gelabah.. hehehe..

atashinci said...

yes2 sye tau mesti dato' nk kasi sabrina keja kat syarikat diarg...
pas tu mesti bad jeles dgn darius....
jeng2......
bermulalh kisah cemburu bad kat sini...hehehehe
hanni wat darius nk pikat ina...
lunch dgn ina...
wat keja dgn ina...
biar padan muka bad tu....
asik nak buli ina je....
hanni...cept2 sambung yer.....

leeya said...

yes...mesti in dpt keje kat situ...
mulalah edegan tak senang hati bad tu...
best.....ina pasti melaram gi ofic..tp masih sopan tak macam dayana...

SygUcuk said...

ERM SAYA PENGUNJUNG BARU DISINI..
SBLUM NIE SAYA BACA CITER NIE KAT PENULISAN2U... ERM HARAP BLEH JOIN BLOG KAK HANNI..ERM CITER NIE MEMANG BEST...

LeaQistina said...

wahaha.. bkn macam jeles nana.. tp mmg jeles pun.. cepat je tersirap darah si bad ni bila darius wat gaya konon2 cuba dekat dengan sabrina..

wahaha.. bahagianya rasa.. huhu..

Nurul said...

waaaa n3 kali ni best la !
thanks kak hanni ! walaupun bz masih lg sanggup tulis pam untuk kami ! hehe :)

norul'ainmatsom said...

wakakaka..
hati bad cepat je panas bila darius ckap nak lunch dgn ina..
wahahahaha.....

kak hanni smbg cpt yek,,,

Nomie Aziz said...

wakaka..padan muka bad..senang2 nak hina orang..Bagus Ina, jangan nangis2 aje..kena kuat kan hati..jangan mudah dikotak-katikkan..

misz nana said...

hehehehe.. bahagia ye kak lea? kite pun! waaaa~~

nak komen lagi ni.. hehehehe..
harap2 datuk hamidi kasi sabrina keje kat syarikat tu.. kalo pun bad x izinkan.. tp datuk hakimi nak jugak n dia paksa bad izinkan sabrina keje.. bad nak kata apa kan? mmg btol.. seorang isteri kena patuh ckp suami.. tp bad kena ingat, dia sbg seorang anak kena la ikut ckp ayah dia kan? adehh.. makin suka la cite ni! or lg tepat, i'm addicted to PAM! ngee!

nana_yoong said...

i like it.... part ni best. hehehhehe.. sebb part ni bad kalah.. cayala akak.. padan muka bad, suke suki die je nak kate org gitu, kan da kene penampar...

anis said...

hehehe..lama tunggu n3 ni..jeles ke badrul tu.xsenang duduk nampak.kalo ina keje lgla si badrul xsenang duduk.kan dh dpt dayana tu, nape hati badrul cam x tenang je... hikhikhik..
k. hani.thanks..

Anonymous said...

padan muka bad.... bagus sabrina pertahankan diri anda

Anonymous said...

hehe..so sweett..
suke nyer bile ina dh pandai melawan..
si bad tue x sedar die dh mula sygkn ina..
nk lagiiiii....

*swit hanna*

ieda said...

bestla hanni....mesti sabrina dapat job kat ofis badrul...lepas nie mesti badrul cemburu gan darius...sebab cuma darius saje yang paham keadaan sabrina dan baik pada sabrina...

ainasyarah said...

padan ngn muke bad....nampknye sabrina dh pandai melawan...dah x senyap jek....mesti lps ni makin panas......sambung cpt yek kak hanni....

cerita2akusuka said...

n3 kali ni pun best...x sbr rasenye nk tau pkmbgn strusnye.. agaknye lps ina keje kt satu tmpt ngn badrul, msti badrul makin jeles bila darius cuba rapat ngn ina..hehe


srnok tgk bad jeles..

Anonymous said...

hahaha... badrul daj jeles. padan muka... ego lg

Anonymous said...

nnt cpt2 smbg tau k.hanni....
x sbr nk tau ending cite nie!!!
hrp2 bad b'cerai ngan dayana n idup bhgia ngn sabrina je....hehehehe

Anonymous said...

sambung lg hanni, sambung jgn tak sambung

CiK DiDa said...

waa...cute ni mkin lme mkin besh la..ni mst ina dpt keje kt pjbt bad ni..mati la ko bad..lps ni mst ko x sng duduk pnye..k.hanni..buat ina 2 jd s/u darius..biar si bad 2 sakit jntung sbb nk mrh n jeles sgt..wakakaka...cpt2 la upload n3 bru k.hanni..x sabo ni!! luvya k.hanni!!

Anonymous said...

best citer ni,,makin mendebarkan..gud luck sis hanni.cepat-cepat sambung yea...

fara88 said...

hahah...rsnya ramai yg rasa ina 2 keja kat ofis 2 ek...sbnarnya sy pun rs cam2 gak..

cuma harap2 la bad akan ter'hina' ina sekali lg....biar ina kuar dr umah dia 2...cdih la duk sebumbung ngan madunya...

ceraikan ina je la lg senang....hehe..nanti baru la rujuk balik...kah3....

cerita2akusuka said...

ganbatte ne kak hanni,..x sbr rasenye tgu n3

kokomilo said...

sy x kisah kalo lmbt dpt bce n3 baru PAM kt blog ni...aslkan jgn tergantung... sy trut gumbira kalo karya2 ni smue di bukukan, tp kalo smuenye d stopkan tergntung mcm tu je kt blog ni, cm xde mkne je la post siri PAM tu kt blog ni pd mulenye kan...baik la tggu buku tu publish je then bce kt bku dri awl smpai abes...tol x..haha..sori ats gngguan komen sy ini..

- komen yg iklas dri pembace yg tidak sukakan ketidakadilan -

p/s: btw, thnx krane msih post siri PAM ini..

Anonymous said...

kenape ske hina orang? kdg2 rse die ni sweet je...
kdg2 rse nak tlan je die ni...

[11:35:50 PM] hos.getah: