Thursday, January 7, 2010

Biar YM Terus Bicara...3


“Eii..Die. Janganlah laju sangat. Nanti jatuhlah,”aku bersuara risau. Ngeri melihat langkah laju Delaila. Lasak gadis ini tidak pernah hilang.
“Tak ada jatuhlah,”
Aku diam. Terus memandang langkah Delaila yang semakin hampir, kemudian bergerak memberi ruang kepada Delaila untuk melabuhkan punggung di sisiku. Terus terpaku pula pada perut Delaila yang membesar. Terkebil-terkebil. Melihat keadaan itu, kepalaku ligat memproses permintaan suamiku malam tadi. Aku? Terpaksa ke sana – sini bersama perut yang membesar itu? Dulu, Sharifah yang membuat aku gerun. Kini, Delaila muncul menyuntik rasa yang sama.
“Hey! Kenapa ni? Macam tak pernah tengok perut orang pulak,”
Aku tersentak. Kemudian tersengih. Rupanya mataku terpaku kemas pada perut Delaila.
“Dah berapa bulan ni, Die?,”
“Masuk tujuh,”
“Besarnya. Perut Sherry dulu pun tak ada besar macam ni. Berat tak?,”
Delaila tergelak besar.
“Orang pregnant mana ada sama. Ada yang Nampak besar. Ada yang Nampak kecil,”
Aku diam. Terus memerhati. Jelas perbezaan fizikal pada Delaila. Gadis tinggi lampai ini sudah bertukar bentuk badan.
“Nak rasa berat ke tak? Kau pregnant lah,”tambah Delaila sambil tersenyum.
Aku tersengih kelat. Lagi seorang memberi saranan bernas padaku. Delaila pula cuma memandang dengan muka selamba.
“Diya, tolong aku sikit, boleh?,”
“Tolong apa?,”
Delaila diam seketika. Memandang sekeliling. Membuat aku sedikit pelik.
“Wah! Ada buah cermai. Sedapnya. Kejap ya. Aku nak focus kat buah ni kejap,”
Aku berpeluk tubuh. Sedikit aneh dengan perubahan selera Delaila.
“Sejak bila kau suka makan cermai ni?,”
“Orang mengandung kan, suka makan masam-masam,”
“Oh… macam tu ke?,”soalku sekadar mendapatkan kepastian.
Delaila mengangkat muka.
“Entah. Orang cakap macam tu, aku ikut aje,”
Aku mencemik. Delaila tergelak kecil.
“Tadi, kau minta tolong. Tolong apa? Cakaplah cepat,”soalku sekali lagi, apabila Delaila seakan tidak mahu menyambung bicara. Perhatiannya kini lebih pada buah cermai di dalam mangkuk.
“Kejaplah. Aku nak makan asam ni kejap,”
Aku kerutkan kening sambil tersenyum. Macam tak pernah jumpa buah cermai.
“Kau tolong tengok-tengok sekeliling ya. Kalau kau Nampak Danny, kau cakap dengan aku,”
“Kenapa pula?,”
“Dia tak bagi aku sentuh asam ni,”
“Kenapa pula?,”
Delaila menjungkit bahu sambil meriba mangkuk cermai, bersama piring garam. Menu aku untuk hari ini. Cermai cecah garam. Aku memandang kagum. Laju betul Delaila menikmati hidangan petangku.
“Oh ya. Lama ke kau balik ni? Suami kau mana?,”
Aku termangu seketika. Tidak sempat memproses soalan Delaila dek kerana keasyikan menjadi penonton.
“Hah? Ooo.. kat dalam kot. Sembang dengan mak aku. Aku saja nak ambil angin kat sini. Kau, bila balik sini?,”
“Semalam. Mak aku cakap kau ada balik. Tu aku datang jengah kejap ni,”
“Ya ke jengah aku? Tapi, tak nampak macam nak datang jengah aku pun. Nampak macam nak habiskan cermai aku, adalah,”
Delaila tergelak besar.
“Ha ahlah kan. Lupa aku nak sapa kau elok-elok. Nak bersalam pun lupa,”
“Tulah pasal,”balasku turut tergelak. Delaila cuma tersengih.
“Kau pregnant ke? Makan cermai segala ni. Suami kau tak marah pula kau makan benda-benda masam macam ni,”
“Tak adalah. Mana ada. Dari dulu pun aku memang hantu cermai kan. Kau tu yang tak suka buah cermai dulu. Aku, suka,”
Delaila tersenyum kecil.
“Diya…Aku teringin nak makan buah manggis tu. Kau tolong panjat. Boleh?,”
Aku tergelak.
“Suruhlah Danny,”
“Hmmm… sejak bila pula mamat kepit tu… ops…Astaghfirullahhal’Azim…tak baik mulut aku ni. Mengata suami sendiri pula. Sejak bila pula Danny tu pandai panjat pokok?,”
Aku katawa riuh.
“Samalah dengan suami aku,”
“Pun tak reti panjat pokok ke?,”soal Delaila sambil tersenyum lebar.
“Tak,”jawabku sambil menyambung tawa. Segera membuat aku teringat pada insiden Encik firdaus jatuh pokok dulu. Lucu apabila diingat. Manis apabila dikenang. Membuat bibirku tiba-tiba terukir senyum. Bahagia apabila teringatkan saat-saat manis sebegitu.
“Diya!,”
Aku tersentak. Delaila menjeling.
“Tolonglah Diya. Aku mengidam ni. Kesian anak aku ni,”
“Kenapa dengan anak kau?,”
“Nanti kempunan dia nak makan buah manggis,”balas Delaila tersengih.
Aku mencemik.
“Mak aku bising nanti. Malulah aku… dah kahwin pun kena marah dengan mak lagi,”aku bersuara sambil menggaru kepala.
“Alah… kau dengan aku aje kan. Mana mak kau ada pun,”
“Itu yang kau tak tahu. Mak aku tu, asal aku kat atas pokok, dia mesti tiba-tiba ada je kat bawah pokok,”
Delaila tergelak besar.
“Bolehlah… Nanti esok-esok, kau mengandung, aku pula panjat untuk kau. Bolehlah,”
“Pandailah kau pujuk aku ya,”
“Kau kan kawan aku,”
“Hmm… aku rasa tak payah panjat kot. Semalam mak aku ada suruh orang panjat. Ada lagi rasanya. Kejap, aku tengok,”
“Lagi bagus. Cepatlah pergi tengok,”
Aku tersenyum kemudian bergerak menuju ke bahagian dapur. Menjengah ke dalam, masih ada separuh manggis di dalam baldi kecil di satu sudut. Pantas baldi itu aku capai. Melangkah laju menuju ke pangkin.
“Ada pun rezeki untuk baby kau,”
Delaila tersenyum panjang.
“Wah! Banyak juga. Ini yang buat aku sayang kat kau ni, Diya,”
Aku mencemik sambil bertengggek di birai pangkin.
“Makanlah puas-puas,”
Delaila tersenyum sambil kenyitkan mata. Mula memberi fokus pada baldi berisi manggis pula. Aku pula, tekun memerhati. Patutlah badan Delaila berubah saiz. Makan bagai tak ingat dunia.
“Sayang!,”
Laju aku berpaling. Tersenyum pada wajah Daniel yang kelat semacam. Pelik melihat air muka Daniel, aku mencari wajah Delaila pula.
“Apa ni?,”sedikit garang suara Daniel sambil jari telunjuknya lentik menunding ke arah mangkuk cermaiku yang hampir kosong. Juga pada selonggok kulit manggis di atas pangkin.
“Takkan kau dah tak kenal cermai, Danny. Yang ni cermai namanya. Yang ni manggis,”ujarku sambil tergelak kecil. Daniel menjeling. Tajam seperti dulu juga. Tajam yang selalu menghantar isyarat lucu ke hatiku.
“Kau yang bagi Laila makan cermai ya?,”
“Tak. Aku tak pelawa pun. Dia yang laju mencapai,”
Daniel mengeluh panjang.
“Sayang ni degil tau. Tak tahu lagi dah macam mana abang nak cakap,”
“Bukan selalu bang,”
Aku terkebil-kebil memandang wajah Daniel yang kelihatan sedikit kecewa. Dia menggeleng perlahan sambil berpeluk tubuh.
“Biarlah Die nak makan. Tak baik kau ni. Orang nak makan pun marah. Dia kan mengandung tu,”
“Itu yang kau tak tahu tu. Ni… makan masam. Dengan garam lagi. Sayang, last check up your BP tinggi tau. Ni… manggis ni. Manis ni kan? Banyak pula tu, makannya. Sayang memang nak kena inject hari-hari ke?,”
“Kenapa pula?,”aku bertanya hairan. Sedikit kagum dengan bicara Daniel yang sudah seperti seorang doktor.
“Laila ni, ada darah tinggi. Diabetes pun dah dapat ni,”
“La… ye ke? Muda-muda macam ni?,”
“Masa mengandung aje. Ikut kata doktor macam tu lah,”sampuk Delaila bersajaha.
“Wah! Bahaya tu. Kenapa kau tak cakap?,”aku bersuara sambil laju mencapai manggis di tangannya. Segera menjauhkan baldi kecil dari Delaila. Delaila terkebil-kebil memandangku.
“Sampai hati kau. Aku baru nak makan tu… Ini yang aku malas ni. Semua benda tak boleh makan ni,”
“Bukan tak boleh makan. Tapi, sayang ni, kalau dah jumpa makanan, langsung tak ingat apa-apa. Makan macam dah tak ada esok,”panjang lebar Daniel membebel.
Aku mengangguk tanda setuju.
“Dah lama saya teringin nak makan semua ni, bang,”
“Dah makan kan? Cukuplah tu. Sabarlah. Jaga kesihatan tu. Kesihatan sayang…baby… Lepas bersalin, makanlah apa saja sayang nak makan. Nak buat rumah atas pokok manggis pun boleh,”
Aku diam, mendengar pujukan lembut Daniel. Cuma tersenyum sedikit mendengar cadangan di hujung kata-katanya. Marahnya sebentar tadi, seperti sudah hilang. Mungkin disebabkan perubahan wajah Delaila yang mendung tiba-tiba.
“Betul cakap Danny tu. Kalau jejaskan kesihatan, kau kena dengar cakap suami kau ni. nanti kau juga yang susah tau,”
Delaila diam. Aku pula sambung termenung. Banyaknya risiko ibu mengandung. Alahan? Penyakit? Gemuk lagi?
“Kalau macam tu, saya baliklah. Nak rehat,”
Lamunanku menjauh sebaik mendengar bicara separuh rungutan daripada Delaila.
“Elok juga tu. Berjalan sana sini, nanti kejang kaki tu. Malam nanti mulalah sakit sana. Sakit sini,”sampuk Daniel sambil bercekak pinggang.
Delaila mencemik sambil bergerak perlahan. Dibantu Daniel, dia turun dari pangkin.
“Aku balik dulu Diya. Bila doktor dah ada kat sini, hilang pula mood aku nak bersembang,”
Aku tergelak lagi. Lebih riuh apabila Daniel sudah jegilkan mata pada isterinya itu. Siapa sangka Daniel yang menjadi pasangan hidup teman lasakku ini.
“Dengar cakap suami tau. Jangan makan banyak-banyak. Jaga makan tu,”usikku sambil kenyitkan mata pada Daniel. Daniel tersenyum sambil mengangkat ibu jari.
“Hmm.. kau gelaklah sekarang. Nantilah…bila kau pregnant baru kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni,”
Aku tersengih. Rungutan Delaila bersama jelingan tidak puas hati ke arah Daniel mengundang rasa lucu. Lebih- lebih lagi melihat Daniel bersiul kecil sambil membuang pandang. Perlahan aku menggeleng sambil tangan lincah mengumpul kulit manggis yang ditinggalkan Delaila.

*****

13 comments:

Anonymous said...

waa..
rindunye kat tiya...

Anonymous said...

lamanya xread pasai en firdaus ngan tiya.cpt2 smbg yer

Anonymous said...

best kak syok baca ni
heheheheh


myeha irelan

Nozi Danisya said...

Hanni masukkan watak cerpen Danny Delaila tu sbg kwn tiya... nice work!

MaY_LiN said...

amboi..
kemain lg laila tu yea

aNYsa said...

bestnya tersenyum and tergelak bila bace n3 terbaru ni.. dah lama tak macam ni...

lela said...

hanni............
mati2 yanti ingat hanni salah bagi tajuk....
rupa2nya........... delaila tu member tiya.........
pandai hanni ye.........
kain berkait plak dia..
pepun saya suka

ManjaLara said...

kreatif ar kak hanni nie...
ttibe danny delaila bleh join venture kisah si tiya ngn en.firdaus plk..haha...

nice scene... ^_^

tisha said...

sukanya kita....siap beli lagi novel biar ym berbicara...and bile terbc samb tu kat sini terus jadi giler....heheheh. i love ur story very much. so touchy..kita leh nangis dan ketawa bile bc story awk...congratz ek

...CiKdiDa... said...

waaa..beshnye..creative ah k.hanni ni..mskkn delaila n danny 2 s adiya's fren..ske2..hehehe...tp..sy rndu incik firdaus..nk lg!! hehehe

deardya said...

wah..rindunya kat dorang :)

agent_sesat said...

waaaahh..kak hanni ade rbuah tgn baru~~ :) tak sabar..x sabar~~~

Anonymous said...

Rasa nak baca lg... :D

[11:35:50 PM] hos.getah: