Tuesday, January 28, 2014

MUNGKINKAH?

SEDIKIT DARIPADA MUNGKINKAH?






“Tak seuntung itu, Nim. Aku ni kan… macam keluar dari buaya aku masuk dalam mulut harimau. Lepas lari dari mulut harimau, aku terjatuh pulak dalam masuk dalam mulut naga. Naga berapi…,”
            Tasnim tergelak besar.
            “Uishh… sampai berapi. Dia ada sembur api tak?,”
            Arisa diam. Sekadar memandang Tasnim yang tergelak panjang. Perlahan dia menghela nafas.
            “Bukan setakat sembur, dah kena bakar sekali dah agaknya…,”balasnya tidak bersemangat.
            “Tapi, oklah tu, Rissa. At least, ada juga yang sudi menolong dalam keadaan macam ni. Kau patut bersyukur tau,”
            Arisa tergelak. Aneh rasanya. Dia sepatutnya berasa bersyukur atau berasa menyesal? Wajah Tasnin yang kehairanan, dipandang agak lama.
            “Dia paksa aku kahwin dengan dia, then dia akan tolong selesaikan masalah aku ni. Kau rasa aku patut rasa bersyukur ke?,”sambil rendahkan suaranya, dia menjenguk ke dalam. Tidak mahu adiknya mendengar ceritanya itu..
            Tasnim terkebil-kebil.
            “So, kau terima ke? Bos kau tu hensem ke? Dah kahwin ke belum? Kaya? Mestilah kaya. Tak kaya takkan jadi bos,”
            Melihat riak teruja Tasnim, Arisa kerutkan kening.
            “Ini bukan soal kaya atau hensem,”nada suaranya sedikit ditekan.
            “Dah tu?,”
            “Ini soal maruah Nim. Maruah aku. Kalau aku terima bermakna aku letak maruah aku kat bawah tapak kaki dia. Kalau aku tolak, aku letak diri aku… adik-adik aku… dalam masalah besar,”
            “Kenapa sampai macam tu sekali?,”
            “Sebelum ni, dia cuba nak jadikan aku teman dia berhibur. Aku sakit hati, aku cabar dia kahwin kalau dia kemaruk sangat dengan aku,”
            Tasnim tergelak.
            “Berani kau…,”
            “Aku saja nak buat dia menyampah kat aku. Dia tu player hebat takkan dia nak ikut cadangan bunuh diri macam tu,”
            “Okay, dah dapat semua info,”
            Arisa memandang. Tidak faham dengan patah kata yang baru meniti di bibir sahabatnya itu.
            “Dapat apa?,”
            “Player hebat mesti handsome. Kan? So, kaya, handsome dan sah-sah belum berkahwin. Oraitlah tu,”
            Arisa menjeling taham.
            “Dah tu, apa keputusan kau?,”
            Arisa menjongket bahu. Memang keputusan sudah pun dia ambil. Tetapi, hakikatnya dia tidak tahu keputusan yang telah dia ambil itu adalah keputusan yang paling tepat atau paling silap. Melihat Arisa membisu tanpa jawapan, Tasnim mengeluh kecil.
            “Beritahulah. So, kau nak terima?,”
            “Gila aku nak terima?,”
            “Tak terima maknanya kau tolak?,”
            “Aku boleh jadi gila kalau aku tolak…,”
            Tasnim diam seketika.
            “Okay… sekarang aku yang gila dulu…,”








Arisa menarik nafas sedalam mungkin. Surat di tangannya diletakkan perlahan di atas meja.
            “Are you serious?,”perlahan dia utarakan soalan itu. Kali ini, soalan itu benar-benar datang daripada akalnya yang mula serius melayan tingkah Zariff yang tidak masuk akal.
            “HIV negative. AIDS sah-sah tak akan ada. Penyakit kelamin juga tak ada. So?,”
            Arisa menelan liur. Tiba-tiba terasa berpasir. Zariff tergelak panjang.
            “Actually, I tak perlu buat ujian ni semua. I am clean, okay. Tapi, sebab you yang minta, so, I adakan. Sekarang, boleh kita tetapkan tarikh?,”
            Kali ini memang tidak tertelan liur rasanya. Arisa mula gelisah. Sebelum ini dia andaikan barangkali Zariff serius, namun, dia lebih yakin Zariff tidak akan serius dengan usulnya. Tetapi, apabila Zariff datang bersama keputusan ujian kesihatan  ini, dia mula lemah lutut. Yakin benar Zariff sangat-sangat serius dengan rancangannya.
            “Hmmm? Kenapa diam ni? Diam tanda setuju ke?,”
            Pantas Arisa mengangkat muka. Kepalanya tiba-tiba rasa berat. Mahu pitam dengan situasi yang sangat-sangat tidak dijangka ini.
            “Encik Zariff melamar saya ke ni?,”
            Zariff menjongket bahu.
            “So, please say yes…,”
            Arisa mula menggosok dagu. Membetulkan duduk sambil pandangan matanya melekat kemas pada wajah Zariff. Wajah itu nampak tenang. Tidak segundah perasaannya saat ini.
            “Okay… macam ni. Kita ulang semula mainan mengarut kita pelan-pelan ya. Semua yang saya cakap sebelum ni… semuanya… semua tu keluar dari mulut saya, tanpa saya fikir dulu. Jadi, boleh tak kita lupakan semua ni? Please….?,”
            Zariff tergelak.
            “Pernah dengar satu peribahasa?,”
            “Hah?,”
            Terkebil-kebil matanya memandang Zariff yang tersenyum sambil perlahan mengangkat punggung. Bergerak menuju ke jendela sambil menarik tirai. Memandang keluar untuk seketika.
            “Terlajak perahu boleh diundur… terlajak kata badan binasa…something like that…,”ucap Zariff tanpa menoleh. Cuma senyum tersimpul kemas di bibir.
            “Pernah dengar?,”soalnya sambil berpaling. Kembali mencari wajah Arisa yang sudah menggelabah.
            “Tapi, I’ll make sure you tak akan binasalah. You akan bahagia…,”nada suara direndahkan sambil matanya dikenyit nakal.
            Arisa menelan liur.
            “Kenapa Encik Zariff nak sangat kahwin dengan saya? Kita bukannya saling kenal pun. Saya kerja kat sini pun baru beberapa bulan. Kenapa?,”Arisa bertanya untuk mencari sebab yang lebih rasioanal untuk tindakan Zariff.
            “Sebab you satu-satunya perempuan yang tak dapat I keluarkan daripada otak I. Okay jawapan tu?,”
            “Kalau saya tak nak?,”
            “I dah cakap. And, I tak akan ulang sekali lagi,”
            Arisa diam. Jadi, tawaran yang dibuat juga barangkali serius.
            “Saya kahwin dengan Encik Zariff dan masalah saya dengan majikan lama saya, selesai?,”
            Zariff mengangguk. Itulah syarat yang dia letakkan. Hari ini, dia perlukan kata putus. Sudah patut ditamatkan rasanya tempoh untuk dia bermain tarik tali dengan Arisa.
            “Encik Zariff ambil kesempatan pada saya kan? Pada keadaan saya…,”
            “You boleh twist. You boleh anggap you yang ambil kesempatan pada I. I tak kisah. Kalau you keberatan nak jadi mangsa, I sudi…,”
            Arisa membuang pandang.
            “Ada pilihan lain?,”akhirnya dia bersuara perlahan.
            “Beginilah. You duduk dan fikir. Masa tak akan tunggu you. Dalam tempoh paling lama pun, empat belas hari you memang kena selesaikan semua hutang you tu. Kalau you delay, you nak turun naik mahkamah? Kalah dan tambah lagi beban duit you? Time is running out, my dear… think…,”sedikit provokasi dihembus ke telinga Arisa. Sengaja mahu meletakkan Arisa di dalam keadaan tertekan apabila menyedari Arisa masih keberatan untuk menerima cadangannya.
            Arisa membeku. Sebaik masalah itu yang dibangkitkan, hatinya kembali tidak tenang. Kembali ligat memikirkan nasib adik-adiknya. Haruskah dia bersetuju? Dengan bibir yang terkunci, dia mendongak memandang wajah Zariff. Zariff berdiri hampir dengannya sambil berpeluk tubuh. Daripada tawaran menjadi teman berseronok, kini tawaran itu telah berubah menjadi isteri. Dan, pastinya menjadi isteri untuk berseronok. Itu yang dia tidak mahu! Bersetuju sama sahaja dengan dia mencampak maruahnya. Tidak bersetuju, bermakna dia bawa adik-adiknya terjun ke dalam masalahnya.
            “Saya… saya tak tahu. Saya confused,”akhirnya lemah Arisa bersuara. Tunduk sambil memangku kepala. Hari ini, hilang taringnya untuk bangkit melawan Zariff. Cuma bibir matanya mula memberat.
            “Setuju. Mudah saja,”
            “Dan hancurkan maruah saya?,”tingkah Arisa perlahan.
            “Arisa… kita tak bincang soal maruah di sini. Apa yang sedang kita bincangkan ialah satu situasi yang menunjukkan kita saling memerlukan. That’s all. I perlukan you and you perlukan I. Kita cuma saling melengkapi. It just as simple as that. You tak payah nak kusutkan fikiran, fikir jauh-jauh,”
            Arisa menggeleng perlahan.
            “Benda ni tak semudah tu, Encik Zariff,”
            Zariff mengeluh perlahan.
            “You know something? I tak faham, kenapa you pentingkan sangat soal maruah apabila you sendiri dah terperangkap dengan lelaki sampai macam ni sekali. Kalau you takut I akan jadi macam bos yang nak saman you tu, you jangan risau. I tak macam tu. And, believe me.. whatever happened between you  and your boss dulu… I just don’t care. I tak nak tahu and I tak akan ambil tahu. I want you… not your maruah…Faham?,”
            Arisa diam berfikir. Barangkali dia perlu ketepikan soal maruah. Juga ketepikan soal prinsip. Tetapi, menerima Zariff? Dia mengeluh. Berat. Dan, pandangan Zariff padanya, tetap sama. Tetap rendah. Maruah yang cuba dia pertahankan, sebenarnya tidak pernah ada di mata Zariff barangkali.
            “Beritahu saya, apa yang ada dalam kepala Encik Zariff sekarang?,”dia mula berlembut. Mungkin ada pertimbangan yang perlu dibuat.
            Zariff tersenyum lebar.
            “Good. Kalau dari tadi macam ni… kan bagus,”ceria suaranya sambil bergerak semula ke kerusinya.
            “Okay… macam ni. I nak kita nikah. Tapi, I tak boleh announce pada semua tentang pernikahan kita,”
            “Encik Zariff cuma nak saya jadi perempuan simpanan yang halal?,”
            Zariff diam. Berfikir sejenak. Itukah yang dia mahu?
            “Tak baik permainkan ikatan perkahwinan macam tu,”Arisa menokok lagi. Namun dia tidak pasti kata-kata itu tertuju pada Zariff atau pada dirinya sendiri yang dirasakan sudah sedikit goyah. Tewaskah dia pada rancangan Zariff ini nanti?
            “Do I have a choice?,”
            “Saya tak tahu,”jawab Arisa bersama gelengan kecil. Tertunduk seolah ada beban yang memberat di atas kepalanya.
            “I dah penat nak main tarik-tarik tali macam ni. And, for your information, kalau perempuan lain buat perangai macam you, sebelah mata pun I tak pandang,”
            Arisa mengangkat muka.
            “Kenapa tak samakan aje saya dengan perempuan lain tu?,”
            Zariff menjongket bahu. Bersandar pada kerusi tanpa memberi jawapan. Bagaimana caranya untuk dia menjawab, kerana sehingga ke saat ini pun, dia sendiri masih tertanya-tanya sendiri kenapa begitu kuat tarikan Arisa untuk mengikatnya. Kerana nafsu? Rasanya bukan itu sebab utama. Kalau dia mahukan Arisa yang kerana tuntutan nafsunya, sudah lama saranan Najman dia praktikkan. Dia boleh berbuat apa sahaja. Dia mampu berbuat apa sahaja kalau dia benar-benar nekad. Sudahnya, yang diberi hanyalah sekuntum senyum.
            “Yes… or  no…. you aman kalau you cakap yes. You huru-hara kalau you cakap no. So, tell me,”
            “Ada syarat?,”soal Arisa lambat-lambat. Menyesali tiap patah perkataannya saat ini, namun, hatinya mendesak untuk dia berbuat begini. Cuma ini caranya. Cuma ini jalannya.
            Zariff mencemik sambil menjongket bahu.
            “I tak ada masa nak fikirkan syarat. You nak syarat ke?,”
            “Sampai bila kita… maksud saya kalau kita kahwin…kita kahwin untuk berapa lama?,”
            Sekali lagi Zariff menjongket bahu.
            “Kita kahwin… kahwinlah. Kenapa nak tentukan tempoh pula? Maybe sehingga I jumpa perempuan lain? Yang punya aura macam you juga?,”
            Arisa mengetap bibir. Zariff tergelak.
            “Kidding. I tak nak fikir sangatlah pasal tu. Okay? Yang penting, you kahwin dengan I, I bagi you duit… dan kita simpan rahsia ni baik-baik. Itu saja,”
            “Rahsia apa? Siapa kahwin? Duit apa?,”
            Arisa tersentak. Zariff turut mendongak. Terkejut dengan suara itu.
            “You tak kunci pintu?,”bisik Zariff geram sebaik melihat Saera tercegat di pintu biliknya.
            “Lately gatal Encik Zariff lain macam. So…,”
            “Arisa….,”Zariff menyampuk geram. Geram yang bukan sedikit. Saera semakin mendekat dengan wajah yang cukup serius.
            “Tell me. Siapa yang nak kahwin? Siapa pula yang dapat duit?,”
            “Kak Saera. You patut ketuk pintu,”

            “Yes, I am. Tapi, nasib baik I tak rasa nak ketuk pintu bila tengok pintu ni tak tertutup rapat. Tell me Zariff… apa agenda kau orang ni? Akak bertanya bukan sebagai staff. Akak bertanya sebagai seorang kakak. Seperti mana yang kamu anggap selama ni,”






“Bahagia?,”tebaknya laju.
            “Lega,”
            Senyum Tasnim hilang perlahan-lahan.
            “Lega sebab hutang duit aku dah selesai. Cuma, tunggu hutang budi yang buat aku terjual body ni aje yang belum selesai. Selesai yang ni, double aku punya lega,”
            “Ish kau ni. Jangan cakap macam tulah,”
            Arisa tersenyum hambar.
            “Walau aku tak cakap pun, kenyataan ni berat terbeban dalam hati aku…kau sendiri tak sanggup nak dengar, apa lagi aku yang terpaksa tanggung semua tu,”
            “Tapi, dengan Zariff sekurang-kurangnya kau tak rampas hak orang. Tak perlu nak berkongsi dia dengan sesiapa. Kan? And, yang paling penting, kau boleh ubah keadaan. Kau orang berdua dah jadi suami isteri. Senanglah nak tambat hati masing-masing. Mainkan peranan sikit, biar Zariff tu jatuh cinta pada kau,”
            “Tak naklah aku. Aku serik dengan cinta… dengan sayang ni. Aku selesa begini,”
            “Begini? Begini macam mana?,”
            “Beginilah. Bebas. Aku tak perlu nak sakit hati fikir suami curang. Tak payah nak makan hati kalau suami buat perangai. Sampai masa dia lepaskan aku, aku boleh sambung hidup aku dengan adik-adik aku. Cuma itu yang aku mahu. Aku dah tak harap lebih dalam hidup ni,”
            “Kau biar betul. Takut aku dengar. Cinta tu penting nak bagi hidup kita bernyawa, tahu tak? Jangan matikan perasaan sampai macam tu sekali. Kau kena ingat, walau pun Radhi pernah hancurkan kepercayaan kau, dan Encik Karim pula pernah buat kau hilang kepercayaan pada keihklasan dia… tapi, tak semua lelaki macam tu. Tak semestinya Zariff macam tu,”
            Arisa tersenyum lebar. Barangkali Tasnim terlupa akan sesuatu.
            “Tolak satu keburukan saja. Zariff bukan pisau cukur macam Radhi. Tapi, kau jangan tak tahu Zariff tu kombinasi Radhi dan Encik Karim. Kaki perempuan macam Radhi… juga bijak ambil kesempatan macam Encik Karim. Kau berani nak main perasaan dengan orang macam tu? Kalau tak kuat, baik lupakan,”
            Tasnim terdiam. Perlahan mengangguk bersetuju dengan kata-kata Arisa.
            “Tapi, tak salah kalau kau cuba. Dia sanggup jadi suami kau, itu bermakna memang dia serius dengan kau,”
            “Kalau dia serius dengan aku, dia tak akan rahsiakan perkahwinan kami,”
            Kali ini, Tasnim mengeluh perlahan.
            “Pening aku fikir hal kau ni. Apa pun, aku doakan yang terbaiklah untuk kau. Buat masa ni, dia tak ada buat hal belakang kau kan?,”
            Arisa tersenyum kelat sambil menjongket bahu. Soalan Tasnim mengingatkan dia pada ibu Zariff yang muncul di pejabat bersama seorang gadis cantik beberapa hari yang lalu. Cukup ceria wanita itu memperkenalkan bakal menantunya. Di situ sudah jelas Zariff ada membuat perancangan di luar pengetahuannya.
            “Radhi pula macam-mana? Kalau dia ganggu kau lagi, beritahu aje suami kau. Aku yakin dia mesti dapat halang Radhi,”
            “Zariff? Nak halang Radhi? Sejak bila pula dia jadi hero aku? Hal dia tak seiring dengan hal aku. Dalam erti kata lain, aturan hidup aku, pandai-pandailah aku jaga, dan aturan hidup dia, langsung tak ada kena mengena dengan aku. Bila dia tak sudi pun nak berkongsi hal dia dengan aku, takkan aku terhegeh-hegeh nak bercerita pasal masalah aku pada dia. Silap hari bulan dia ingat aku saja nak ambil kesempatan,”
            “Takkanlah sampai macam tu?,”
            Arisa mengangguk perlahan.
            “Lagipun aku rasa semua ni dah tak lama,”
            “Kenapa kau cakap macam tu? Zariff dah nak lepaskan kau ke?,”lambat-lambat Tasnim bertanya.
            Arisa menggeleng.
            “Dia belum cakap apa-apa. Tapi, dia dah nak bertunang. Takkan dia nak simpan aku lagi, kan?,”
            “Hah?! Bertunang? Suami nak bertunang, kau tak rasa apa-apa ke? Siapa pula bakal tunang dia tu? Dia beritahu kau dia nak bertunang?,”
            Soalan yang bertalu-talu itu spontan menjemput gelak Arisa.
            “Mak dia ke office bawa bakal menantu hari tu. Mak dia yang beritahu aku. Dia tak cakap apa-apa pun. Tapi, bukan salah dialah sebab dari awal lagi dia memang tak nak aku masuk campur dalam urusan peribadi dia. Lagi pun apa pentingnya dia nak beritahu aku semua tu?,”
            Tasnim diam sambil mengerutkan kening.
            “Pilihan mak dia ke? Tak bolehlah buat kesimpulan melulu. Mungkin mak dia aje yang lebih-lebih tapi dia tak nak?,”
            “Kau ni, kenapa positif sangat ni? Dah terpikat sangat dengan rupa Zariff tu ya? Yang baik-baik aje kau fikir pasal dia ya?,”dalam senyum panjang, dia ajukan soalan. Sedikit kelakar dengan soalan-soalan Tasnim yang terlalu berbaik sangka. Tasnim tersengih.
            “Tak adalah sampai macam tu. Tapi, aku kan kawan kau. Aku cuma nakkan jodoh kawan aku berpanjangan. Itu saja. Tak mustahil kan? Kalau dia sukakan kau dan tak sukakan bakal tunang dia tu?,”
            Arisa tergelak besar.
            “Tak suka? Seminggu lebih dia hilang sebab sibuk dengan plan nak bertunang dia tu… mestilah dia nak. Perempuan macam tu punya cantik, boleh playboy macam Zariff tu cakap tak nak? Cantik, bijak…dan yang paling penting… anak dara. Bukan macam aku. Aku sanggup terjun dalam longkang depan tu kalau Zariff tak nak, tahu tak?,”
            “Terjunlah sekarang,”
            Laju Arisa menoleh. Zariff tercegat di belakangnya sambil berpeluk tubuh. Membuat Arisa terus terdiam. Tasnim tunduk sembunyi senyum.
            “Boleh join?,”
            “Silakan…silakan…,”laju Tasnim mempelawa. Zariff tersenyum sambil menarik kerusi. Melabuhkan punggung di hadapan Arisa yang masih diam mengunci mulut.
            “Seronok mengumpat I, ya?,”
            Arisa mengangkat muka. Tersenyum kelat tanpa menjawab.
            “Mana ada mengumpat. Bercerita sikit je,”Tasnim bersuara sambil tergelak kecil.
            “So, cepatlah,”
            Arisa kerutkan kening. Membawa isyarat bertanya cuma lewat kening yang sedikit terangkat. Zariff turut mengangkat kening sambil bibirnya dimuncungkan ke arah luar restoran.
            “Terjun longkanglah,”arahnya bersama senyum.
            Tasnim tergelak besar. Arisa menarik muncung. Zariff tersenyum lawa.
            “Berani ke?,”
            “Kalau ya pun awak nak bertunang… nak kahwin lain, janganlah bagi saya mati lemas dalam longkang tu. Adik-adik saya siapa nak jaga nanti?,”
            Tawa Tasnim semakin menjadi-jadi. Zariff pula diam terkedu. Arisa tersenyum dengan wajah tidak bersalah.
            “Lawaklah kau orang berdua ni. Dah, aku tak nak ganggulah perang manja suami isteri ni. Aku balik dulu. Ni… kau belanja ya?,”ujar Tasnim sambil jarinya lentik menunding mangkuk mee kari dan minumannya.
            “Yalah,”
            Dalam senyum yang masih melebar, Tasnim mengangkat punggung.
            “Jangan kau betul-betul terjun dalam longkang tu pulak. Busuk tu. Nanti keluar surat khabar, perempuan cantik terjun longkang sebab suami nak kahwin lain,”
            Arisa jegilkan mata sementara Zariff tergelak kecil.
            “Jangan risau. Kalau dia nak terjun pun, I cepat-cepat selamatkan dia,”
            “Bukan you jump… I jump ke?,”
            “Dalam longkang tu? Tak mungkinlah. Tapi, kalau dalam bathtub  I sanggup aje nak you jump… I jump,”
            Arisa ternganga. Tasnim menjerit kecil.
            “Tak nak dengar…tak nak dengar…,”
            Zariff tergelak besar. 


 


nantikan ke versi novel Insyaa ALLAH tak lama lagi :)

11 comments:

Gee said...

Jatuh cinta ngan cite ni..lah hanni. Hrp dpt april ni cam pbakl 2013 dulu dpt jumpa hanni...all the best

Hafia Hana said...

cepat2..bln 2 la
:)

Anonymous said...

tak sabar nak buat koleksi novel2 hanni.

~kak min~

::Em Hej:: said...

memang da lama sangat menanti novel ni keluar..cepat-cepat keluar okeh :)

Unknown said...

X SABAR TUNGGU VERSI CETAKK.

AINULRIDA HUSNI said...

Bila la agaknya nak keluar yg versi cetak?

kc said...

Wah akhirnya..lama gak tunggu novel ke 4 Hanni keluar

miznza84 said...

x sabarnya... lama sangat tunggu novel ni kuar... akhirnya penantian bakal berakhir... tahniah kak hani...

I.am.iffah said...

Akhirnya novel ni nak dicetakkan....x sbr nak tggu...

Siti Soleha Yahaya said...

Best....x sbr nih

Unknown said...

As salam kak hanni...br selesai baca novel ni..mmg terbaeek la...tahniah..diharap slps ni akan keluarkan lebih banyak novel yg best2 lagi...chaiyookk...:)

[11:35:50 PM] hos.getah: