Saturday, November 1, 2008

Pergilah Air Mata 9


Maria menggeleng perlahan. Perlahan dia mengacau Nescafe panasnya. Melihat menungan Ikmal, membuat dia dilanda resah yang tidak berpenghujung. Lelaki ini terlalu mengikut perasaan. Terlalu lemah sehingga sering tewas pada emosinya sendiri. Sekali lagi pandangannya dilayangkan ke wajah Ikmal. Renungan Ikmal jauh memecah dinding kaca tempat dia menikmati makan malam. Merenung kawasan Sunway Lagoon yang luas dari pandangan di satu sudut di Sunway Pyramid.
“Ina suka pandang Sunway Lagoon dari sini. Cantik, katanya,”Ikmal bersuara tiba-tiba. Membuat Maria mengangkat muka perlaha-lahan.
“Ikmal. Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila?,”
“Entah,”lemah Ikmal menjawab.
“Orang tu dah kahwin. Dah bahagia agaknya. Kau pula yang makan hati kat sini,”
“Bahagia? Kau tak Nampak apa yang aku Nampak…,”
Maria kerutkan kening. Apa yang Ikmal Nampak?
“Apa yang kau Nampak?,”soalnya perlahan.
“Suami Ina. Kasar betul dia dengan Ina,”
“Ya ke?,”
Ikmal mengangguk perlahan. Peristiwa tiga hari lepas kembali berlegar di ingatannya. Teringat wajah Sabrina yang menahan kesakitan. Juga teringat wajah ketakutan Sabrina mendengar lelaki itu menengking.
“Takkanlah kot,”
“Aku Nampak Mar. Sakit hati aku. Aku sendiri tidak pernah layan Ina macam tu. Tak ada sesiapa yang pernah layan Ina sekasar itu. Takkan kau tak perasan?,”
Maria diam seketika.
“Entah. Aku Nampak mereka mesra saja. Macam tak kena kahwin paksa pun…,”tanpa dirancang, meluncur satu pembohongan dari bibir Maria. Pembohongan yang tidak disengajakan.
“Betul ke?,”
Maria mengangguk perlahan sambil meneguk Nescafe panasnya. Maafkan aku, Ina. Dalam diam hatinya berbisik sendiri. Bukan tidak ada rasa bersalah yang mengganggu perasaannya. Namun, entah kenapa pembohongan itu terpaksa dia timbulkan.
“Kenapa kau tak bersama Ina hari tu?,”soal Ikmal tiba-tiba. Maria mengeluh perlahan. Wajah Ikmal dipandang agak lama.
“Dia mahu privacy katanya. So, apa lagi aku nak cakap? Aku pun keluarlah,”
“Ya ke? Takkan Ina cakap macam tu?,”
“Itulah yang dia cakap pada aku. Agaknya sejak jadi menantu datuk ni, privacy penting kat dia kot. Ikmal, sudah-sudahlah tu. Jangan fikir lagi pasal tu. Aku kasihan tengok kau terus macam ni. Ina kahwin dengan orang lain, tak bermakna hidup kau dah berakhir. Berapa kali aku nak ulang pada kau? Belajar lupakan dia, ok? Dia dah jadi isteri orang,”
“Kalau dia bahagia, aku lega, Mar. Aku tak kisah, walaupun hati aku sakit, aku lega sangat-sangat. Tapi, aku tak sanggup tengok Ina macam tu. Dia tak bahagia, Mar,”
“Mana kita tahu, Mal? Kita Cuma tengok dia, hari tu saja,”
“Tapi, cukup untuk beritahu aku, Ina tak bahagia. Hidup dia terseksa,”
“Agaknya suami dia cemburu kot. Tengok kau dengan dia. Yalah. Orang kalau dah cemburu, macam-macam gayanya,”
Ikmal diam seketika. Terfikir kata-kata Maria. Betul ke kemarahan lelaki itu, kerana cemburu? Ikmal memandang wajah Maria yang tenang menghadap nasi ayamnya.
“Ina tak ada cerita apa-apa ke pada kau?,”Ikmal bertanya. Cuba merisik sesuatu tentang Sabrina dari Maria. Maria menggeleng perlahan.
“Takkan tak ada langsung?,”
“Tak ada. Cerita apa yang kau maksudkan?,”
“Pasal tangkap basah tu? Hari tu kan, dia cakap bukan salah dia. Mesti dia ada cerita apa sebenarnya yang berlaku, pada kau…,”
“Tak ada. Aku baru nak buka cerita pasal tu, dia terus tukar topic lain. Tak tahu kenapa,”Maria memotong kata-kata Ikmal dengan satu lagi pembohongan. Wajah Ikmal jelas kelihatan amat kecewa.
“Kalau kau nak aku paksa dia cerita apa yang terjadi, aku boleh telefon and Tanya dia…,”
Ikmal menggeleng perlahan.
“Tak apalah, Mar. Kalau dia tak mahu cerita, tak apalah. Takkan kita nak paksa pula. Mungkin dia tak nak ingat pasal peristiwa tu kot,”
“Entahlah,”
“Aku rasa macam mimpi, Mar. Semalam mak aku tiba-tiba Tanya pasal Ina. Pelik aku. Entah dari mana dia tahu Ina kena tangkap basah,”
“Err… kau tak pernah cerita kat mak kau ke?,”
Ikmal menggeleng.
“Kenapa kau tak cakap dengan mak kau?,”
“Aku tak sampai hati, Mar. Mak aku dah beli semua barang untuk buat hantaran pertunangan kami, bulan depan. Beria-ia dia tunggu masa tu. Takkan tiba-tiba aku nak beritahu Ina kena tangkap basah dengan lelaki lain?,”
Maria terdiam. Untuk seketika dia Cuma memandang wajah Ikmal yang semakin murung.
“Tapi, kau tak rasa ke, mak kau berhak tahu?,”
“Ya. Tapi, aku tak tahu macam mana cara nak berterus-terang dengan dia. Aku tak berani nak tengok dia sedih. Dia sayang sangat pada Ina. Tiba-tiba dapat berita macam tu, aku rasa kau pun boleh agak macam mana reaksinya nanti. Kan?,”
“Tapi… sekarang dia dah tahu, kan?,”soal Maria dengan nada tersekat-sekat. Ikmal mengangguk lesu.
“So, macam mana penerimaan dia?,”
Ikmal tergelak hiba.
“Dia mengamuk. Marahkan aku. Katanya ada orang telefon beritahu Ina kena tangkap basah,”
“Orang? Siapa?,”Maria bertanya sambil kerutkan kening. Jantungnya berdegup agak kencang. Jangan-jangan ibu Ikmal cam suaranya.
“Entah. Dia tak tahu. Tapi, mak marah betul pada aku. Marah pada Ina. Aku tak salahkan mak. Aku tahu dia kecewa sangat…,”
Maria mengeluh lega.
“Sekarang macam mana?,”
“Dia merajuk dengan aku. Katanya benda serius macam ni, pun tak nak beritahu dia,”
“Laaa… Dah tu sekarang ni, macam mana? Betul juga kata mak kau tu. Kau rahsiakan benda serius macam ni dari dia, macam kau belakangkan dia. Padahal kau tahu, dia yang paling bersusah-payah untuk majlis pertunangan kau dengan Ina bulan depan. Entah-entah dia dah jemput saudara-mara terdekat,”
“Itu yang buat dia mengamuk tu…,”
“Maksud kau? Mak kau dah mula jemput saudara and kawan-kawan?,”
Ikmal mengangguk lemah.
“Ya ALLAH, Ikmal. Takkan kau tak terfikir semua ni? Kenapa tak beritahu mak kau awal-awal? Kan memalukan mak kau semua ni?,”
“Aku lupa. Aku betul-betul lupa pasal pertunangan tu. Bila aku dapat tahu berita Ina dengan lelaki tu, memang aku lupa segalanya. Aku tak boleh nak fikir apa, Mar. Aku jadi blank. Binggung. Dan, sekarang… bertambah binggung aku,”
“Dah ramai ke mak kau jemput orang?,”
“Mak dah siap tetapkan tarikh rupanya. Semuanya dah mak uruskan. Tinggal nak tunggu hari je,”
“Kau pun silap, Mal. Kalau kau beritahu mak kau awal-awal dulu, mungkin mak kau takkan marah kau macam ni. Yalah…macam mana dia tak marah? Tarikh dah ditetapkan. Barang hantaran dah beli. Jemputan dah diundang. Malu dia kalau tak jadi.”
“Ya aku mengaku memang salah aku. Tapi, aku betul-betul buntu masa tu. Aku macam orang sasau,”Ikmal bersuara lemah. Maria mengeluh panjang.
“Yalah… yalah. Aku faham perasaan kau. So, sekarang macam mana?,”
“Entah,”
“Entah?,”soal Maria sambil kerutkan kening. Ikmal di hadapan kini, bukan lagi Ikmal yang dia kenal selama hampir lapan tahun. Bukan Ikmal yang ceria dan penuh semangat. Ikmal di hadapannya kini, Nampak sungguh lemah. Ikmal sudah menjadi selemah Sabrina. Walaupun tidak menitis ke pipi, dia Nampak ada iar mata yang bergenang di birai mata Ikmal. Wajah itu langsung tidak ceria. Begitu murung sehingga kemurungan itu, menjentik rasa bersalah di hatinya.
“Ikmal… aku faham kau sedih dengan apa yang berlaku. Tapi, kau kena belajar terima suratan takdir. Kau kena terima qada dan qadar yang telah tertulis buat kita. Aku faham, kalau kau nak terus bersedih pasal Ina. Tapi, aku rasa, sekarang, baik aku tumpukan pada mak kau. Kasihan dia Mal. Dia terpaksa hadapi ini semua sendirian,”
“Aku dah tak boleh nak fikir lagi dah. Mak berkeras nak teruskan pertunangan tu. Bukan ke gila namanya tu?,”
“Maksud kau? Mak kau nak kau bertunang juga dengan Ina? Ina kan dah…,”
“Bukan dengan Ina. Dengan sesiapa saja…,”pintas Ikmal dengan suara yang cukup lemah.
Maria tergelak kecil.
“Serius?,”
Ikmal mengangkat muka. Merenung wajah Maria.
“Muka aku Nampak macam main-main ke?,”
“Sorry. Aku tak bermaksud nak gelakkan kau. But, it sound ridiculous. Dengan sesiapa saja?,”
Ikmal mengangkat bahu tanpa senyum. Walau berat permintaan ibunya malam tadi, entah kenapa bukan hal itu yang berlegar-legar di fikirannya. Bukan kedegilan ibunya yang tidak mahu menanggung malu terpaksa membatalkan majlis pertunangan di saat akhir, yang sering mengganggunya. Air mata Sabrina yang terus-menerus membuat dia menjadi gundah. Wajah pilu Sabrina yang terus mengekorinya.
“So, apa kau nak buat sekarang?,”
Sekali lagi Ikmal mengangkat bahu.
“Kau tak boleh macam ni. Jangan jadi lemah sampai macam ni sekali. Lupakan dulu pasal Sabrina. Sekarang kau fikirkan pasal mak kau,”
“Aku tak tahu,”
Maria mengeluh panjang.
“Kalau mak kau desak juga macam mana?,”
“Aku dah tak kisah. Aku dah kehilangan Sabrina,”
“Maksud kau?,”
Ikmal diam seketika. Sekali lagi pandangannya dihalakan ke luar tingkap.
“Mal… aku Tanya ni?,”
“Aku tak kisah. Buatlah apa saja. Aku dah tak kisah,”
“Takkan kau nak bertunang dengan sesiapa saja pilihan mak kau?,”
Ikmal mengeluh panjang.
“Tukar topiklah…,”akhirnya dia bersuara sambil memandang wajah Maria.
“Ini masa depan kau Mal. Of course kau kena ambil tahu. Mana boleh kau serah bulat-bulat pada mak kau, macam tu,”
“Aku yang salah kan?,”
“Yalah. Tapi, takkan kau nak bertunang dengan orang yang kau tak kenal? Then… kahwin?,”
“Aku dah tak nak fikir semua tu. Perasaan aku dah mati, Mar. Dah mati. Please stop it. Aku tak nak cakap pasal tu lagi,”
Maria merengus marah.
“Mana boleh aku stop? Aku tak akan biarkan kawan aku musnahkan hidup dia, macam ni. Dunia belum nak kiamatlah, Mal,”Maria bersuara dengan nada sedikit tinggi.
“But it’s over to me,”
“Aku tak nak dengar kau cakap macam ni lagi. Faham?,”
Ikmal tersenyum kelat. Memandang wajah Maria yang menyinga.
“Kau marah aku, Mar?,”soalnya cuba berlucu.
“Of course aku marah. Kalau kau nak terus hidup macam ni, baik kau tak payah jumpa aku lagi,”
Ikmal tersenyum kecil. Tersentuh dengan perhatian Maria. Dia faham kalau Maria marah padanya. Maria tidak mahu melihat dia terus menyeksa diri sendiri. Tapi, Maria tidak tahu. Maria tidak bagaimana sukarnya membuang selautan rasa kasih pada Sabrina yang sentiasa mendamaikannya selama ini.
“Thanks Maria,”
Maria menatap wajah Ikmal yang mula terhias sekuntum senyum. Walau tidak seceria selalu, sekurang-kurangnya dia dapat juga melihat senyum Ikmal.
“Aku hargai perhatian kau. Memang kau sahabat yang baik. Terima kasih sebab kau tak pernah penat beri aku kekuatan,”
“Aku tak akan pernah penat, Mal. Aku akan terus berada di sisi kau. Selagi kau perlukan aku,”
“Of course I need you. Kalau kau tak ada, tak tahulah sama ada aku boleh hadapi ini semua atau tidak,”
Maria tersenyum kecil. Perlahan dia menggenggam tangan Ikmal.
“I’m here for you. Forever…,”
Ikmal tersenyum kecil.
“Thanks…,”
Maria tersenyum lagi.
“Kalau kau kawan aku, selesaikan masalah mak kau dulu. Kasihan dia,”
“Aku dah tak tahu lagi macam mana cara nak pujuk dia. Marah betul dia pada Ina. Marah betul dia pada aku…,”
“Cakap elok-elok dengan dia. Atau… kau nak aku yang cakap dengan mak kau?,”
Ikmal tergelak kecil.
“Kau tak kenal mak aku, Mar. Keras hatinya, bukan senang nak dipujuk. Lebih-lebih lagi, bila dah melibatkan maruah keluarga macam ni,”
“Kita cuba dulu. Tengok ada penyelesaian atau tidak?,”
“Penyelesaian apa? Dia nak teruskan juga. Biarkanlah. Janji, mak aku tak malu dengan saudara mara dan kawan-kawannya,”
“Kau?,”
Ikmal tersenyum panjang.
“Tukar topic lain, ok? Kalau tak, kita Cuma akan mengulang percakapan yang sama. Biar masa yang tentukan segala-galanya. Okay?,”
Maria menarik nafas panjang. Wajah Ikmal direnung buat seketika.
“Okay,”akhirnya dia menjawab sepatah.
“Tak nak makan ke?,”soal Maria melihat makanan Ikmal yang langsung tidak berusik. Ikmal menggeleng perlahan. Seleranya sudah lama mati.
“Order, tapi tak nak makan. Makanlah sikit. Aku tenogk kau ni, dah susut badannya. Makanlah sikit,”
“Aku tak ada seleralah,”
“Hmmm… Kalau tak mahu makan, kita baliklah?,”
Ikmal memandang wajah Maria. Maria tersenyum manis sambil mengangkat kening.
“Kau baliklah dulu,”
Maria kerutkan kening.
“Aku nak duduk sini sekejap,”
Maria mengeluh lagi.
“Sekejap? Sampai Sunway Pyramid ni tutuplah tu…,”
Ikmal tersenyum tawar. Maria menggeleng perlahan.
“Aku rasa kan, semua staff kat sini, dah cam muka kau. Selalu sangat termenung melayan perasaan kat sini. Kau duduk sini sampai tua pun, bukannya boleh ubah semua yang dah berlaku tu,”
“Aku senang duduk kat sini. Aku rasa dekat dengan Ina,”
“Mal…Mal…,”
“Aku tahu aku bodoh. Tapi, tak apalah. Aku sanggup jadi bodoh untuk Ina,”
“Aku faham. Kau perlukan masa. Right?,”
Ikmal Cuma menjawab dengan senyuman.
“Okaylah. Aku nak balik dulu,”
“Yup. Terima kasih sebab temankan aku,”
“Small matter. Lagipun, kita kawan, kan?,”
“Ya. Kita kawan,”
Ikmal tersenyum sambil memandang Maria menolak hidangannya seraya mengangkat punggung. Melihat Maria berlalu pergi, sebelum dia menyambung lamunannya. Menjemput Sabrina hadir ke alam khayalannya. Dia mahu terus bersama dengan Sabrina di situ.

****

11 comments:

atashinci said...

benci......nye dgn maria.....
kesian sabrina....
dh xde lelaki lain ke yg maria tu nak......
rse nk sepak2 jer......

itminaan90 said...

Salam..
Hahahha....bengang ngan Mariaa...Boleh dia buat2 selamba badak je..Ape pun....kalau tak buat cam tu,watak jahat Maria mesti la tak hidup kan,kan??
Heheh....serious aa,this novel is good man! Tapi....kalau lg bnyk psal Ina ngan Badrul best gak,coz diorang dah kahwin and ....kalau diorang bercinta kan....sweet! and...HALAL....

norul'ainmatsom said...

arghhhh,,,
mmg nak kene sepak lelaju si maria tu..
hipokrit!!!!!
eiii,,,,kejam sgguh dier tu...

nin said...

maria ni sakit pe..
x guna punya kawan.. sian sabrina..

anarif said...

i knew it from the beginning! Maria is the culprit! how i hate her! Sabrina,my dear!chayokk!! aja! basha! ganbate!

Anonymous said...

arrrgh!!!maria..
tp e2lah yg menyeronokkan lg jln cite ni..kwn mkn kwn..

Hanni Ramsul said...

testing.....

ayuqkic said...

hmm..
dr awal2 dh ade feeling yg maria nih jahat..
tp best gak ader watak jahat2 nih..
baru menarik cerita nih..
ade naik turun perasaan XD

Anonymous said...

Eee...kurang pndai tol la maria tu...i hate maria...

♥corcraze♥ said...

yeah,me too!i knew it from the start!
argh!!bnci lak nak bace nvl nih sbb that B**ch!!!she's just a pure one!!
back stabber!GGGRRRR!!!!

Anonymous said...

hurmm...
da agak da ni mesti keje si maria tu

[11:35:50 PM] hos.getah: