Saturday, November 1, 2008

Kuseru Rindu Itu... 11

Idayu membelokkan kereta memasuki perkarangan bangle dua tingkat miliknya. Kereta Hisyam sudah berada di porch. Bermakna Hisyam sudah lama pulang. Hatinya semakin tersentuh. Dari pagi Hisyam kelihatan sungguh sibuk. Menjelang tengahari, belum sempat dia membuka mulut, Hisyam terus keluar dari pejabat. Ada hal penting katanya. Seminit pun dia tidah mahu tunggu. Lupakah Hisyam hari ini, hari apa? Sejak enam tahun lalu, Hisyam tidak pernah lupa. Tetapi, hari ini? Idayu tersenyum pahit. Dia tahu, dia tidak boleh terlalu mengharap pada Hisyam. Dia terpaksa menerima perubahan Hisyam. Dia harus telan hakikat yang Hisyam sudah bertemu dengan cinta hatinya. Sudahnya, dia memandang kosong ke arah kotak hadiah yang berbalut cantik, yang diletakkan di sebelahnya. Hasratnya untuk memberikan hadiah itu sewaktu makan tengahari tadi, tidak kesampaian. Hisyam berlalu begitu sahaja. Tidak memberi kesempatan langsung untuk dia mengucapkan sebaris kata. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Perubahan sikap Hisyam terasa semakin ketara. Idayu menghela nafas panjang. Agak lama dia berada di dalam kereta sebelum perlahan tangannya menolak pintu kereta. Matanya sekali lagi jatuh pada kotak hadiah di sebelahnya. Berfikir sejenak sama ada perlu atau tidak, hadiah itu sampai ke tangan Hisyam. Atau… mungkin lebih baik hadiah itu terus berada di situ sahaja. Dia mengeluh perlahan sambil melangkah keluar. Berdiri seketika sambil memegang pintu kereta. Akhirnya dia tunduk mancapai hadiah itu. Biarlah Hisyam lupa. Tetapi, dia tidak. Dia tidak pernah lupa. Dia tidak akan melupakan detik bersejarah itu, walaupun hari perkahwinannya itu bukanlah hari yang terindah buatnya. Pintu kereta ditutup perlahan. Dengan langkah longlai dia menuju ke pintu utama. Cuba mencari kekuatan untuk mengukir senyuman palsu buat menutup kecewanya di hadapan Hisyam nanti.
Rasa hairan menyelinap tiba-tiba tatkala dia tunduk untuk menyimpan kasut di dalam kabinet. Kelopak mawar bertaburan di lantai. Mawar kesukaannya. Mawar kuning. Perlahan dia meletakkan kasut di atas kabinet kasut. Tidak jadi membuka pintu kabinet. Matanya terus memerhati kelopak mawar kuning yang di tabur dari pintu utama sehingga ke tangga. Dalam tertanya-tanya dia mengikut taburan kelopak mawar kuning yang akhirnya membawanya ke balkoni. Dia benar-benar tergamam melihat apa yang ada di situ. Dalam kesamaran malam, meja yang dihias dengan lilin kelihatan sangat cantik di matanya. Ditambah pula dengan beberapa kuntum mawar kuning di dalam vase yang di letakkan di tengah-tengah meja. Lilin yang disusun di setiap penjuru balkoni, menyimbahkan cahaya suram yang membangkitkan suasana romantik. Hidangan nasi beriani di atas meja, membuat dia tersenyum kecil. Kali pertama Hisyam menyambut hari istimewa ini dengan cara yang juga teramat istimewa. Sangkanya Hisyam lupa. Rupa-rupanya suaminya ada agenda tersembunyi.
Pelukan mesra dari belakang membuat dia bahagia. Senyum merkah di bibirnya.
“Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita yang ketujuh,”bisikan itu singgah di telinganya dengan nada yang amat romantik. Dia menoleh sambil mendongak. Bertentang mata dengan Hisyam. Senyuman Hisyam mencairkan segala keresahan dan rasa pilu yang mengganggunya sejak dari pagi tadi.
“Happy anniversary to you too,”Idayu bersuara sambil tersenyum manis. Hisyam pula tersenyum senang. Melihat riak Idayu yang terkejut besar, terasa segala rancangannya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kejutan seperti ini yang dia mahu.
“Ayu ingat abang lupa…,”
“Memang itu pun rancangan abang. Buat Ayu fikir yang abang lupa hari ni, hari apa. Rancangan abang berhasil. Kan?,”
Idayu menjeling sambil tersenyum. Walau ada rasa geram di hati, namun, tasa terharu mengatasi segala-galanya. Terharu dengan usaha Hisyam untuk membuat hari ini menjadi seistimewa ini.
“Untuk abang,”ujar Idayu sambil menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya. Hisyam menyambut bersama dengan senyuman yang cukup lebar. Satu ciuman singgah di pipi Idayu.
“Terima kasih, Ayu,”
“Dan…,”kata-kata Hisyam tinggal tergantung. Dia melangkah masuk ke ruang rehat, mengambil sesuatu dari atas sofa. Idayu sekadar memandang. Tidak nampak apa yang diambil Hisyam. Hisyam kembali padanya sambil menyembunyikan sesuatu di belakangnya.
“This is for you,”Hisyam bersuara sambil menghulurkan sebuah bakul yang agak besar. Bakul yang dipenuhi gubahan mawar kuning. Kuntuman mawar kuning yang memenuhi bakul itu nampak cantik. Satu ruang kosong di tengah bakul, di penuhi poutpuri dan diletakkan sebiji mangkuk porcelain yang agak kecil bersama penutup. Juga bercorakkan mawar kuning. Idayu benar-benar kehilangan kata-kata. Perlahan dia menyambut gubahan mawar kuning yang Hisyam hulurkan.
“Anything to say?,”
Idayu tergelak kecil.
“Speechless. Ayu tak tahu nak cakap apa. That candle light dinner and this beautiful flowers. Terima kasih, bang. Terima kasih sangat-sangat,”
Hisyam tersenyum senang.
“Bukalah,”
“Apa?,”soal Idayu hairan. Takkan ada lagi hadiah untuknya?
“Mangkuk tu,”
Idayu mengangkat kening. Dia menurut arahan Hisyam. Penutup mangkuk porcelain diangkat. Penuh dengan kelopak mawar. Juga mawar kuning. Perlahan dia masukkan tangannya ke dalam kelopak mawar yang memenuhi mangkuk. Terpegang sesuatu. Perlahan Idayu menarik sesuatu dari dalam mangkuk porcelain.
“Abang…,”
Hisyam masih tersenyum. Mengambil seutas rantai di tangan Idayu. Idayu cuma mampu memandang. Rantai yang telah menawan hatinya beberapa hari yang lalu, tatkala dia melintasi sebuah kedai emas bersama Hisyam. Dia cuma melihat rantai itu. Memang dia sukakan rantai itu, tetapi, bila difikirkan banyak koleksi rantainya yang masih belum berusik, hasrat untuk membeli, dibatalkan. Tidak sangka Hisyam beli rantai itu untuknya. Idayu tersenyum kecil sambil Hisyam membuka keronsang yang dikenakan pada selendangnya. Hujung selendang yang yang tersemat di bahunya kini terjatuh. Hisyam menolak hujung selendang ke belakang. Memudahkannya memakaikan rantai di leher Idayu. Setelah selesai, Hisyam berundur ke belakang, meneliti rantai yang tergantung di leher Idayu. Idayu menyentuh loket berlian yang bercorak sekuntum bunga kecil itu. Loket itulah yang paling dia suka sebenarnya.
“Suka?,”
Idayu mengangguk.
“I love it. Terima kasih bang,”
“Sama-sama,”
Idayu tersenyum bahagia. Memandang pula pula pada gubahan mawar kuning yang dia pegang. Pandangan kemudian dialihkan ke wajah Hisyam.
“Cantik gubahan ni. Tapi… kenapa kuning?,”soal Idayu sambil tersenyum. Sengaja dia bertanya walaupun, jawapan sudah ada di benak fikiran. Tidak mungkin Hisyam akan menghadiahkan jambangan mawar merah kepadanya, kerana cinta memang tidak pernah ada untuknya.
“Sebab Ayu suka mawar kuning,”
Idayu tersenyum kecil. Agak menyakitkan kenyataan itu, tetapi, dia harus pasrah.
“Acceptable,”balas Idayu agak perlahan. Hisyam memberi alasan yang munasabah. Dan, yang paling penting, lelaki itu tidak berbohong.
“Apa Ayu cakap?,”soal Hisyam hairan.
“Tak ada apa-apa. Ayu hargai semua ini. Inilah saat yang paling indah dalam hidup Ayu. Terima kasih bang. Sebab abang sudi hadiahkan saat-saat yang sebegini indah pada Ayu. Ayu akan ingat sampai bila-bila,”
“Ayu inspirasi untuk semua keindahan ini,”
“Ya ke?,”
Hisyam tersenyum mesra sambil mengangguk. Senang melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Idayu. Kalau boleh dia mahu melihat keceriaan itu untuk selama-lamanya.
“Well. Dinner is ready. So, mari kita makan,” hisyam bersuara ceria. Idayu tersenyum sambil meletakkan gubahan bunga di atas meja sebelum bergerak ke meja makan. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi. Memerhati Hisyam meletakkan nasi beriani ke dalam pinggan.
“Abang yang masak ke?,”
“Ya. Abang yang hidangkan. Masak…no. Mak Teh yang masak semua ni. Semuanya fovourite Ayu,”
Idayu tersenyum lucu sambil menggeleng perlahan.
“Sebab tulah satu hari suntuk abang sibuk saja,”
Hisyam melabuhkan punggung di sebelah Idayu. Tersengih mendengar kata-kata Idayu.
“Betul tu. Pagi abang kena selesaikan urusan pejabat yang urgent. Tengahari kena pergi cari bahan-bahan untuk masak your fovourite food ni. Lepas tu balik rumah suruh Mak Teh siapkan dinner ni dan abang buat persiapan untuk dinner yang special ni. Khas buat isteri abang. Lepas tu, pergi hantar Mak Teh dan Syafiq ke rumah mak. Mereka tidur kat sana malam ni,”
Idayu tersenyum mendengar penjelasan yang berjela itu.
“Boleh Ayu tanya sikit?,”
“Tanyalah,”
“Kenapa nasi beriani? Banyak lagi makanan fovourite Ayu yang lain,”
“Banyak tanya ya? Okay. Jawapannya, sebab abang tahu tujuh tahun lalu, Ayu tak dapat menikmati nasi beriani di meja pengantin dengan sepenuhnya. So, I give another chance,”
Idayu tergelak kecil. Jawapan yang menggeletek hatinya.
“Mana abang tahu?,”
“Sebab muka Ayu kelat semacam masa tu. You know what I mean? Muka macam kena paksa makan nasi beriani basi,”
Idayu ketawa sambil menutup mulutnya.
“Oh… macam tu ya? Muka abang tu? Lagi teruk tau. Macam kena paksa makan nasi beriani campur cuka. Masam dari mula majlis sampai habis majlis,”
Mendengar kata-kata Idayu, Hisyam turut ketawa. Idayu menyentuh lengan Hisyam tiba-tiba. Membuat tawa Hisyam terhenti. Dia berpaling. Berbalas renungan dengan Idayu. Membiarkan dirinya terbuai dalam renungan Idayu. Dia suka akan keasyikan itu.
“Abang… walau apa sekali pun rasa nasi beriani tu… Ayu tak pernah menyesal kerana terpaksa makan nasi beriani yang tak sedap tu. Malah Ayu bersyukur nasi beriani itu dihidangkan untuk Ayu,”Idayu berkias sambil mengusap lembut lengan Hisyam. Hisyam cuma mampu tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia faham maksud kata-kata Idayu. Malah, tanpa sedar, dia bersetuju dengan kata-kata Idayu. Walaupun perkahwinannya dengan Idayu tidak pernah menghadirkan cinta, dia tidak pernah menyesal dengan perkahwinan itu. Bahkan, sehingga ke saat ini, apabila hatinya terpaut pada Maisara. Apabila rasa cinta datang untuk Maisara, dia masih tidak berasa menyesal kerana terpaksa mengahwini Idayu. Aneh. Tapi, itulah yang dia rasa. Cuma, dia gagal melupakan cintanya pada Maisara. Cintanya pada Maisara sekuat ikatan perkahwinannya dengan Idayu. Dia ingin hidup bersama kedua-dua wanita itu. Ingin melewati musim cinta dengan Maisara. Ingin juga menyulam bahagia bersama Idayu dan Syafiq. Tamaknya dia. Dia sedar tentang itu.
“Abang..,”
Idayu terus menatap wajah Hisyam yang termenung jauh. Panggilannya tidak dihiraukan. Atau, barangkali Hisyam tidak mendengar suaranya.
“Abang…,”panggilnya sekali lagi sambil menggerakkan lengan Hisyam. Hisyam tersentak. Idayu menjeling. Jelingan manja yang sentiasa menyenangkan hati Hisyam.
“Melamun ya? Ingatkan apa?,”
“Abang teringatkan tumit kasut Ayu yang tinggi tu… memijak kaki abang semasa majlis membatalkan air sembahyang dulu…,”

Idayu tergelak. Segera dia teringatkan wajah Hisyam yang berkerut kesakitan. Pasti sakit kerana waktu itu Hisyam cuma memakai stoking. Tidak berkasut. Dia juga teringatkan wajah arwah mama dan abahnya serta wajah ibu dan ayah mertuanya yang saling berpandangan. Hairan melihat reaksi Hisyam semasa lelaki itu membongkok memakaikan rantai di lehernya.
“And also your innocent face bila tumit kasut tu menekan ibu jari kaki abang,”
Tawa Idayu meledak tiba-tiba. Semakin menjadi-jadi mendengar sambungan bicara Hisyam. Hisyam merenung wajah Idayu yang sudah memerah melayan gelak.
“Dah lama abang nak tanya, itu memang disengajakan. Right?,”
Idayu menutup mulutnya dengan jari telunjuk. Pipinya semakin merah menahan tawa.
“Ayu sengaja kan?,”
Idayu mengangguk tanpa bersuara. Tidak mampu untuk bersuara dek kerana menahan tawa. Entah kenapa, sebegitu banyak kenangan, peristiwa itu yang bermain di fikiran Hisyam.
“Abang dah agak…,”ujar Hisyam sambil mengulum senyum.
“Kenapa ya?,”sambungnya sambil terus menatap wajah Idayu.
“Betul-betul abang nak tahu?,”soal Idayu setelah tawanya sedikir mereda. Hisyam mengangguk sambil kedua-dua tangannya menongkat dagu.
“Sebab… Ayu sakit hati tengok muka abang yang masam mencuka tu. Nampak sangat macam kena kahwin paksa. Ayu pun kena paksa juga. Tapi, boleh juga berlakon depan tetamu,”
“Abang tak nak jadi hipokit,”balas Hisyam selamba.
“Ooo… jadi Ayu ni, hipokritlah ya?,”
“No…No…No… Ayu tak hipokrit. Tapi, Ayu kuat. Ayu tabah. Ayu buat semua tu, untuk parents kita. Bukan senang. Abang tahu bukan senang, sebab abang tak boleh nak buat macam Ayu. Ayu jauh lebih kuat daripada abang sebenarnya. Lebih cekal dan juga lebih nekad,”
Idayu tersenyum nipis. Hisyam menghela nafas panjang.
“Kita berhenti bercakap. Hidangan pun dah hampir sejuk. So, kita makan dulu. Before we move ti the next agenda,”Hisyam bersuara bersama sekuntum senyuman yang menyuntik rasa ingin tahu di hati Idayu.
“Ada surprise lagi ke?,”soal Idayu dengan nada tidak sabar.
“Yes. In the bedroom,”
“Boleh Ayu tengok?,”soal Idayu lagi dengan nada tidak sabar.
“Tak boleh. Tidak sehingga kita selesai makan,”
“Please…sekejap saja. Ayu tak sabar nak tengok,”
“Makanlah dulu,”
“Lepas tengok baru makan. Bolehlah bang…,”
“Well…boleh tu boleh… Tapi, di situ jalan mati. And, no U- Turn,”
“Okay,”jawab Idayu sambil mengangkat punggung. Laju dia mengatur langkah menuju ke bilik tidur. Hisyam mengekori dari belakang. Idayu menolak daun pintu. Ternyata kejutan yang lebih hebat menantinya di situ. Dia memandang sekeliling. Kagum dengan hiasan bilik tidurnya. Segalanya baru. Kombinasi karpet yang berwarna kuning lembut bersama cadar berwarna kuning cukup cantik. Di tambah dengan gabungan dua warna itu pada kelambu yang meliliti empat tiang katilnya. Langsir juga turut ditukar dengan warna sedondong. Kelopak mawar kuning bertaburan di atas karpet. Hampir memenuhi karpet. Dan, di atas katil turut di tabur kelopak mawar berwarna kuning dan putih. Segalanya berubah sama sekali. Dua lagi gubahan bunga berteraskan mawar putih dan kuning menghiasi dua meja kecil di kiri dan kanan kepala katil. Idayu berpaling. Hisyam bersamdar di pintu sambil memeluk tubuh.
“Bila abang buat semua ni?,”
“Itu tak penting,”
“Cantik sangat bang. Romantik sangat. Ayu suka sangat,”
Hisyam tersenyum panjang. Perlahan tangannya menarik daun pintu. Pintu bilik tertutup dan tombol pintu ditekan. Dia menghampiri Idayu yang masih lagi terpinga-pinga. Kakinya terasa sejuk tiap kali terpijak kelopak bunga yang bertaburan. Di tambah lagi dengan karpet tebal berbulu yang lembut di kakinya. Hisyam merapatinya sambil memaut pinggangnya. Menarik tubuh Idayu rapat padanya.
“Suka tak?,”bisiknya perlahan di telinga Idayu.
Idayu menatap wajah Hisyam yang cukup bersahaja.
“Suka sangat, bang. Tiba-tiba Ayu rasa macam puteri pula,”
“Dan, abang teringin pula nak jadi putera,”
“Yes you are. You are my Prince Charming,”bisik Idayu bersama senyuman yang tidak putus di bibirnya.
Hisyam tidak menjawab. Saat ini, dia tidak berminat untuk bersuara. Wajah Idayu ditatap sepuas hati sambil jemarinya bergerak menanggalkan tudung yang masih terlekat di kepala Idayu.
“Dinner kita macam mana?,”soal Idayu seakan memahami apa yang sedang berlegar di fikiran Hisyam.
“I told you. Ini jalan mati and no U- Turn,”bisik Hisyam sambil bibirnya bermain di leher Idayu. Idayu tersenyum sambil Hisyam menariknya ke katil.

****

2 comments:

Anonymous said...

wiwiwiwiwiwiwi...romantiknye...uish...

huah said...

hehehe..mmg romantik gler r..besh nye dpt husband cm2..tp nk y romantik je,y curang 2 x nk.gud work r hani..

[11:35:50 PM] hos.getah: