Monday, November 3, 2008

Pergilah Air Mata 10


“Puan Sabrina,”
Sabrina menoleh. Memandang wajah kelat Jamilah.
“Ada apa, Kak Milah?,”
“Datuk suruh masuk. Dah malam ni. Sejuk kat luar ni, kan?,”
Sabrina tersenyum kecil.
“Saya nak ambil angin kejap. Kejap lagi saya masuklah,”
“Masuk jelah, Puan. Nanti saya kena marah pulak,”
“Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Ina cukup,”
“Puan kan isteri majikan saya. Mana boleh panggil macam tu…,”
Sabrina tersenyum lagi. Dia sedar kata-kata Jamilah penuh dengan nada sinis. Memang Jamilah tidak pernah suka padanya sejak dari hari pertama dia melangkah masuk ke rumah ini. Tetapi, dia tidak boleh salahkan Jamilah.
“Dah lama Kak Milah kerja di sini?,”
“Kenapa pula Puan nak tahu,”
“Saja saya nak Tanya. Sebab Kak Milah Nampak macam sayang sangat pada keluarga ni. Mesti Kak Milah dah lama kerja dengan Datuk Hamidi, kan?,”
“Lamalah jugak…,”
“Berapa lama?,”
“Sejak Encik Badrul sekolah sampailah sekarang,”
“Oh…lama juga tu,”
Jamilah diam. Berdiri sambil memandang Sabrina yang tenang di buaian besi di halaman banglo.
“Encik Badrul tu, memang garang ke? Kak Milah?,”
Jamilah tersenyum sinis.
“Takkan Puan tak tahu perangai Encik Badrul tu?,”
“Mana saya tahu. Bukan saya kenal dia pun,”
“Kalau tak kenal, macam mana Puan boleh ada dalam bilik dia? Sampai kena tangkap basah? Sampai terpaksa kahwin?,”
Sabrina terseyum kelat.
“Sampai Kak Milah bukan main marah lagi dengan saya. Kan?,”
Jamilah menggaru kepala perlahan. Terkena dengan soalan Sabrina. Sabrina tersenyum lebar.
“Saya faham perasaan Kak Milah. Mestilah Kak Milah geram pada orang yang nak malukan keluarga Datuk Hamidi. Kan?,”
Jamilah tersenyum kecil. Entah kenapa makin dia cuba mencari kekurangan Sabrina untuk dia terus tanamkan rasa benci pada gadis itu, makin hilang kekurangan itu. Sikap Sabrina Nampak cukup berbeza dengan persepsi yang dilempar oleh seluruh keluarga itu.
“Puan tak marah pada saya ke?,”
“Janganlah panggil saya macam tu. Panggil saja Ina. Lagipun, gelaran tu, tak layak untuk saya,”
“Mana boleh macam tu…,”
“Saya bukan sesiapa di sini, Kak Milah. Saya tercampak ke sini. Tempat yang tak pernah saya tahu pun sebelum ni,”
“Maksud Puan?,”
Sabrina tersenyum lesu.
“Lupakanlah. Buat apa nak bercakap tentang perkara yang dah berlaku. Betul tak?,”
“Err…,”
“Bukan boleh ubah semula apa yang dah berlaku pun…,”
“Kak Milah!.”
Jamilah tidak jadi membuka mulut. Segera dia berpaling.
“Kak Milah panggil dia masuk, ke Kak Milah duduk bersembang dengan dia?,”
“Hah? Err…,”bicara Jamilah tergantung di situ. Tiada jawapan untuk soalan Badrul.
“Lama abah tunggu kat dalam. Tahu tak?,”
“Kak Milah minta maaf,”
“Dah. Kak Milah pergi masuk,”
Laju Jamilah mengangguk sambil berlalu. Sabrina sekadar memandang. Kadang-kadang baran Badrul tidak bertempat. Atau baran lelaki itu Cuma datang apabila berdepan dengannya?
“Abah nak jumpa. Ada hal nak cakap katanya,”
“Hal? Hal apa?,”Sabrina merisik Tanya. Pelik mendengar kata-kata Badrul. Apa lagi yang bapa mertuanya itu mahu bincangkan?
“Mana aku tahu. Katanya dia ada suruh kau bincang dengan aku. Apa dia? Kau tak ada cakap apa-apa pun kat aku. Sengaja nak tengok aku Nampak bodoh depan abah ya?,”
Kening Sabrina sudah berkerut seribu. Hal apa pula yang Datuk Hamidi maksudkan ini?
“Saya tak tahu. Apa abah cakap?,”
“So, apa keputusan kamu? Dah bincang dengan Sabrina?,”Badrul bersuara sinis sambil mengajuk percakapan bapanya. Sabrina terkebil-kebil memandang wajah Badrul. Benar-benar dia tidak tahu hal apa yang Datuk Hamidi maksudkan.
“Takkan nak buat muka cicak tertelan kapur aje. Apa dia? Cakaplah kat aku apa halnya,”
Sabrina menggeleng perlahan. Gagal menebak apa yang Datuk Hamidi maksudkan. Badrul mengeluh sambil menggosok belakang tengkuknya.
“Tak nak masuk ke? Ke kau nak tidur kat sini?,”
“Awak masuklah dulu. Saya nak ambil angin kat sini kejap,”
“Jangan lama-lama,”
Sabrina mengangguk perlahan. Memandang wajah Badrul dengan sedikit rasa hairan. Layanan Badrul padanya malam ini agak berlainan. Agak baik. Itu yang menjadi tanda Tanya. Menimbulkan seribu satu persoalan.
“What?,”Badrul bersuara. Barangkali menyedari renungannya yang aneh. Sabrina tersentak kecil. Laju kepalanya menggeleng.
“Di sini lagi? Patutlah abah tunggu tak muncul-muncul,”
Mendengar suara itu Sabrina dan Badrul sama-sama menoleh. Datuk Hamidi tercegat di muka pintu utama. Badrul melangkah malas ke arah bapanya. Melihat Datuk Hamidi sudah pun santai di kerusi besi di luar rumah, Sabrina mengangkat punggung dari buaian. Pasti memang ada sesuatu yang penting yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu. Sebelum dia ditengking oleh Badrul, lebih baik dia segera mengekori langkah lelaki itu.
“Duduk dulu,”
Bagai budak yang patuh, Badrul dan Sabrina sama-sama melabuhkan punggung di hadapan Datuk Hamidi.
“So, macam mana? Ina? Dah bincang dengan Badrul?,”
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Bincang? Bincang apa?
“Bincang apa, abah?,”soal Sabrina termangu-mangu. Datuk Hamidi mengeluh perlahan sambil menggeleng.
“Patutlah Bad pun macam blur tadi,”
Badrul Cuma bersandar ke kerusi tanpa sebarang reaksi. Senyum tidak, serius pun tidak. Cuma, matanya agak kerap memandang telefon bimbit di tangannya.
“Pasal rancangan abah hari tu,”
“Rancangan apa pula abah?,”Badrul bersuara setelah dari tadi dia Cuma menjadi pendengar sahaja.
“Honeymoon kamu berdualah,”
“Hah?,”agak kuat soalan itu meniti di bibir Badrul. Sabrina terkebil-kebil. Tiba-tiba teringat akan cadangan bapa mertuanya itu. Sungguh dia sudah terlupa akan cadangan itu. Sedikit pun dia tidak mengambil serius akan cadangan yang tidak masuk akal itu.
“Ya. Yang kamu ni… terkejut sangat. Kenapa?,”
Badrul mengeluh panjang. Merepek pula cadangan bapanya.
“Kamu cakap kat mana destinasinya. Abah support semua. As a wedding gift from me,”
“Tak payahlah. Saya sibuk,”Badrul bersuara sambil lewa. Sabrina diam. Jawapan itu sudah dijangka. Dia sendiri pun, tidak berminat untuk ke mana-mana bersama Badrul.
“Ambillah cuti. Banyak pula alasannya. Kamu kahwin dah dekat sebulan. Pergilah rehat sama-sama. Cari keserasian,”
“Tak penting pun, abah,”
“Betul cakap Bad tu, abah,”
Datuk Hamidi mengangkat punggung. Memandang seketika wajah anak dan menantunya.
“Fikir dulu. Esok beritahu jawapannya. Kalau tak ada jawapan, abah akan tentukan sendiri. And, you, Badrul. You must take leave. Jangan banyak alasan,”
“Abah… Kenapa ni? Saya dah besarlah abah. Janganlah atur hidup saya macam ni. Saya bukan budak kecil lagi,”
“Besar ke… kecil ke… kamu anak abah. So, kena patuh cakap abah,”
Badrul membuang pandang. Geram dengan sikap bapanya.
“Tak ada alasan…,”sempat Datuk Hamidi mengulangi kata-katanya sebelum dia bergerak perlahan ke arah pintu utama.
“Abah…,”
Datuk Hamidi berpaling. Memandang ke arah Badrul.
“So, abah memang nak kami pergi honeymoon?,”
Datuk Hamidi kerutkan kening.
”Kamu tak faham bahasa Melayu ke?,”
Badrul menggaru kepala sambil tersenyum kelat.
“Pangkor,”
“Apa?,”soal Datuk Hamidi sambil memandang wajah Badrul. Tidak faham maksud kata-kata anak tunggalnya itu.
“Saya nak ke Pangkor. Tempat penginapannya, esok saya beritahu. But, saya nak pergi as soon as possible. Lusa?,”
Datuk Hamidi menggosok dagu seketika. Sabrina pula terkedu. Bulat matanya memandang wajah Badrul. Memang tindakan dan fikiran lelaki ini terlalu sukar untuk dijangka.
“Tadi bukan main menolak. Sekarang dah tak sabar-sabar pula?,”
“Kalau tak boleh lusa, saya tak nak pergi,”
“Hai… kata dah besar. Bukan budak-budak lagi. Takkan pasal kena delay sikit nak merajuk?,”
“Saya seriuslah abah,”
“Suka hati kamulah. Esok pagi-pagi inform abah. Betul ke nak ke Pangkor ni? Tak nak ke tempat lain ke? Over sea ke? ,”
“Pangkor. Saya nak ke Pangkor. And, terima kasih, abah,”
“Untuk apa pula?,”
“For that wedding gift,”
Datuk Hamidi mendengus perlahan.
“Sudah. Dah malam. Pergi masuk tidur,”
Badrul tersenyum sambil mengangguk. Sabrina pula terus setia menjadi pemerhati. Tidak berani mencelah. Cuma, kepalanya ligat berfikir tentang keputusan Badrul. Cukup aneh keputusan yang baru Badrul putuskan. Hatinya memberontak mahu bertanya apa yang mengubah pendirian Badrul. Namun, apabila teringatkan kata-kata Badrul yang sinis dan pedas, lidahnya menjadi kelu.
Badrul mengeluh panjang sebaik Datuk Hamidi hilang dari pandangan. Matanya dilalihkan ke wajah Sabrina yang jelas kelihatan terpinga-pinga. Untuk seketika, dia bersandar ke kerusi. Ingin menanti soalan dari bibir gadis itu. Dia tahu, pasti Sabrina terkejut. Selebihnya pasti gadis itu kehairanan. Agak lama menunggu, Sabrina tetap tidak bersuara. Mengundang geram pula di hatinya.
“Anything to say?,”soalnya sambil tajam meratah wajah di hadapannya itu. Sabrina menggeleng perlahan.
Badrul menarik nafas panjang.
“Tak rasa pelik ke?,”
Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah Badrul yang masih merenungnya.
“Pasti awak ada sebab tersendiri. Kan? Dan, saya rasa, saya pun tak ada hak untuk bertanya. So, terserah pada awaklah,”lembut jawapan Sabrina bagai membakar rasa marahnya. Tidak tahu mengapa dia harus berasa marah. Kerana Sabrina tidak mahu melawan cakapnya? Atau kerana Sabrina terlalu tenang berdepan dengannya. Itulah yang dia perasan. Sejak akhir-akhir ini, Sabrina lebih tenang menghadapi marahnya. Menghadapi kata-kata sinisnya. Membuat pertelingkahan yang baru ingin dia cetuskan, sering berkubur begitu sahaja. Terasa seperti orang bodoh pula dia marah-marah pada Sabrina, padahal gadis itu tenang menghadap mukanya. Tiada cabaran. Dan tiada keseronokan. Sudahnya dia mengangkat punggung.
“Tak nak masuk?,”
Sabrina menggeleng.
Badrul memandang waktu pada telefon bimbit di tangannya.
“Dah dekat pukul 12. Masuklah. Malam-malam macam ni, kat kawasan ni, banyak hantu. Tu… rumah kosong kat depan tu… malam-malam macam ni, macam-macam bunyi boleh dengar,”
Sabrina menelan liur. Matanya terarah pada banglo besar yang tersergam di hadapan banglo milik Datuk Hamidi. Memang Nampak suram dan gelap. Dan yang paling penting, menakutkan. Membuat romanya meremang tiba-tiba. Dia mengalihkan pandangan ke arah Badrul. Badrul mengangkat kening. Puas hati dapat melihat wajah pucat Sabrina. Tidak dapat membuat gadis itu marah, dapat menakutkannya pun sudah cukup untuk membuat dia berpuas hati. Perlahan dia melangkah meninggalkan Sabrina sambil sembunyikan senyum yang mahu menguntum di bibirnya.
“Oh ya… nanti kalau ada apa-apa yang datang kat pagar and…,”
Sabrina menjerit tiba-tiba. Terus dia mengangkat punggung dan berlari masuk ke dalam. Meninggalkan Badrul terpinga-pinga di depan pintu. Terkejut melihat Sabrina yang berlari laju melintasinya. Melihat reaksi spontan gadis itu, Badrul tergelak kuat. Menyambung langkah masuk ke ruang tamu utama. Untuk seketika dia mengamati Sabrina yang tercegat ketakutan.
“Kau ni, kenapa?,”
Laju dia menggeleng.
“Aku cakap… kalau ada sesiapa yang datang kat pagar and mencurigakan, jangan hiraukan. Terus masuk. Mana tahu perompak ke… pencuri ke… pembunuh ke…,”
Sabrina merenung tajam wajah selamba Badrul. Geram.
“Tak ada hantulah?,”
Badrul tergelak lagi. Tidak sangka gadis ini takutkan hantu. Gadis senekad ini mengejar harta orang, tetapi, takutkan hantu? Melucukan.
“Bodoh. Mana ada hantu? Kau percaya hantu ke? Kalau ada hantu pun, hantu mesti respect kat orang hati jahat macam kau ni. Dia orang tak akan kacau kau…,”
Sabrina membuang pandang. Laju dia melangkah meniti anak tangga. Tidak mahu sendirian di ruang tamu yang besar itu.
“Nak ke mana tu?,”
“Nak tidur,”jawab Sabrina pendek. Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Dia mengatur langkah mengekori Sabrina.
“Biasanya kau tunggu aku tidur dulu. Kan?,”
“Malam ni, saya mengantuk sangat,”
“Mengantuk ke takut hantu?,”
Sabrina diam. Malas menjawab. Dia tahu Badrul sengaja ingin menyakiti hatinya. Sengaja ingin membuat dia marah.
“Tak sangka zaman sekarang, ada lagi orang percayakan hantu,”
Sabrina membuka pintu bilik. Membiarkan Badrul terus berceloteh sendirian tentang kobodohannya. Dia memandang wajah Badrul. Cukup ceria wajah itu dapat mengutuknya. Sudahnya, dia hanya menggigit bibir menahan geram. Cuba pekakkan telinga selagi boleh sambil tangannya menarik bantal dan selimut sambil melangkah ke sofa panjang. Tempat beradunya.
“Good night,”ujar Sabrina sepatah. Sengaja mahu membakar amarah Badrul pula. Dia tahu Badrul menahan rasa setiap kali marahnya tidak bersambut. Setiap kali bicara sinis yang meniti di bibir lelaki itu bagai tidak berbekas di hatinya.
Badrul menjeling ke arah Sabrina yang sudah siap berselimut. Sudah tidak tahu di mana kaki, di mana kepala. Satu badan ditutup dengan comforter.
“Hantu punya perempuan…,”perlahan dia merungut sambil merebahkan badan ke katil. Lampu meja dipadamkan.

****

16 comments:

ZU HABIBAH said...

kan best scene2 psl diorg ni..hehe senyum je saya baca..

atashinci said...

ye betul...sye pn senyum sorang2....hehehehe
sbr jer sabrina.....

nana_yoong said...

yup, btl tu zu, kalu scene ina n bad ni, bole bace 2-3 kali lagi.. tp kalu pasal maria.. hahaha nak bace pun segan je, rase malas n meyampah je.. hahahha

mcm x profesional tp tu la hakikatnyer.. hehehhe

Anonymous said...

btul2..suka sgt plot cte pasal bad ngan ina..hehe tegelak jek sy baca

Anonymous said...

btl2..hehe..
kalo tang maria 2 ak skip jek.
nympah s'sgt..mst die nk tung ngn ikmal kn..

Anonymous said...

kak hanni cpt2 smbg,x sbr nk tau ksdahan cite nie...
best la!!

misz nana said...

nape agaknya bad nak ke pangkor tu ek?
as soon as possible lak tu..
haishh.. ke, nak jumpa dayana?
ke, ke dan ke? huhuu..
harap2 honeymoon tu mampu lembutkan ati bad..

LeaQistina said...

Lea stuju dengan pendapat Misz Nana.. mungkin dayana org dr Pangkor.. so mgkin gak dia nak gi nikah trs dengan dayana kat sana.. hehe.. spe tau kan.. nak pujuk dayana punyer fsal.. terus dia nikah dgn dayana.. isk klu btl mcm tu.. confirm lps ni benci giler dgn badrul.. huhu..

apa pun kak mas.. chaiyok2..

Anonymous said...

aku ingtkan dah x dpt lagi baca PAM lama bila hanni nyer blok ni kena removed....
cepat2 sambung....
x sabar nyeeerrrr nak tungguuu lama sangat....

fatiiin said...

kak hanni~ saye sayang akak sebab cite akak mmbuatkan saye hepi :D

diana said...

seronok la citer ttg diorg bdua ni...leh snyum sorang2...thanks kak hanni..hehe..dgr kate bymb nk dipublishkn..tahniah.

Anonymous said...

best ler citer nih kak
cpat arr smbg

Nafisya said...

best la cite akak neh.. bile nak smbung?

norul'ainmatsom said...

hmmm,,,somthg goes wrong somewhere ni...
kene siasat ni nape bad nak ke pangkor..
musykil,,musykil,,,

張曼玉Lynn said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

[11:35:50 PM] hos.getah: