Tuesday, November 4, 2008

Kuseru Rindu Itu... 15

Melihat wajah Hasmieza yang cukup ceria di atas pelamin, tiba-tiba rasa sayu menyelinap di sudut sanubarinya. Dia pernah berada di tempat yang sama bersama Hisyam. Berada di tempat yang sama di dalam situasi yang berbeza. Hasmieza cukup gembira membina istana cintanya, sedang dia… saat dia bersama Hisyam di atas pelamin, dia cukup keliru. Cukup takut untuk menempuh alam perkahwinannya yang kelam.
“Ayu… are you alright?,”
Idayu tersedar dari lamunan. Renungan mata Hisyam yang redup memaksa dia mengukir senyum. Perlahan dia mengangguk. Agak lama Hisyam memerhati tingkah Idayu sebelum dia tersenyum kecil. Matanya lari ke pelamin yang dihias indah.
“Pasangan yang sepadan. Kan?,”Hisyam bersuara sambil matanya terus memandang ke arah pengantin yang sedang bersanding.
“Ya..,”jawab Idayu sepatah. Bukan seperti kita dulu…hatinya berdetik pilu.
Sekali lagi pandangan Hisyam jatuh ke wajah Idayu. Wajah itu kelihatan agak murung. Seperti biasa, kemurungan Idayu akan membuat dia tertanya-tanya sendiri akan puncanya. Resah kalau-kalau dia yang menjadi punca kemurungan itu. Ternyata semakin lama, semakin sukar untuk dia menduga sikap Idayu.
“Kenapa tak makan?,”Hisyam bersuara. Cuba menarik perhatian Idayu. Idayu sedikit tersentak mendengar soalan Hisyam. Lamunannya mati tiba-tiba. Segera dia tunduk memandang pinggannya yang masih penuh dengan nasi minyak. Belum berusik. Dia tersenyum kecil.
“Lupa,”jawabnya sepatah membuat Hisyam ternganga kehairanan.
“Lupa?,”soal Hisyam sambil tergelak kecil. Jawapan Idayu kedengaran lucu di telinganya. Idayu tersenyum lagi. Hisyam terus merenung wajah lembut itu. Bahagianya dia melihat senyuman itu.
“Seronok tengok Mieza bersanding,”
Hisyam tersenyum sambil menyambung suapannya yang terhenti. Idayu sekadar memandang Hisyam yang asyik menikmati nasi minyak berlaukkan kurma daging.
“Atau… nak abang suapkan?,”soal Hisyam spontan sambil menyuakan sudu ke mulut Idayu. Idayu mengelak sambil tersenyum kecil.
“Abang… not here…,”ujar Idayu separuh berbisik. Dia memandang sekeliling. Bimbang kalau-kalau ada tetamu yang menyedari tindakan Hisyam. Hisyam Cuma tergelak kecil melihat wajah Idayu yang merona merah. Dia tahu Idayu kurang selesa kalau kemesraan antara mereka ditonjolkan di khalayak ramai. Tetapi, sesekali melihat wajah Idayu memerah menahan malu, membuat dia seronok.
“Kenapa? Takut ada yang cemburu?,”sakat Hisyam nakal.
“Takut pengantin yang cemburu nanti,”ujar Idayu selamba. Tangannya perlahan mencapai sudu dan garfu di pinggan.baru sahaja ingin menyuap nasi ke mulut, dia kaku seketika. Kaku tatkala pandangannya berlaga dengan renungan yang sudah lama dia lupakan. Borhan berdiri di satu sudut dan sedang memerhatinya dari jauh. Dia dapat melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Dia yakin, senyuman itu untuknya. Entah kenapa, melihat senyuman itu dia terasa bagai ada belati yang menyebat hatinya. Pedih dan menyakitkan. Selama lebih tujuh tahun dia melupakan Borhan, rupa-rupanya dia masih belum dapat melupakan kesakitan yang ditinggal Borhan untuknya. Dia tidak dapat melupakan kecurangan Borhan. Dia tidak dapat melupakan sandiwara Borhan. Dia tidak dapat melupakan pembohongan Borhan. Ternyata segala kenangan yang menyakitkan tentang lelaki itu, masih segar di ingatannya. Dia melarikan pandangan dari wajah lelaki itu. kenapa mesti dia bertemu lagi dengan Borhan? Kenapa?
“Ayu, Kenapa ni? anything wrong?,”sekali lagi Hisyam bersaura apabila melihat wajah Idayu tiba-tiba berubah. Idayu tersentak. Segera dia menggeleng. Hisyam meletakkan sudu dan garfu ditangannya. Dia tidak tahu kenapa, tetapi, dia yakin, pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu perasaan Idayu. Perlahan dia menyentuh jemari Idayu.
“What’s wrong?,”soalnya perlahan sambil merenung ke dalam mata Idayu. Idayu menggeleng lagi.
“You look very uncomfortable,”
“Panas. Tak ada selera nak makan,”dalih Idayu sambil cuba mengukir senyum.
“Nak pulang sekarang?,”
“No. ayu nak jumpa Mieza dulu sebelum balik. Abang boleh tunggu kan?,”
Hisyam tersenyum mendengar permintaan Idayu. Itulah yang dia suka tentang Idayu. Santun dalam setiap perkara.
“Today, I’m your genie. So, I’ll do anything for you,”ujar Hisyam separuh bergurau. Idayu tergelak kecil. Hatinya yang gundah terasa sedikit lega. Wajah Hisyam dipandang agak lama. Walau apapun yang sedang lelaki itu lakukan padanya, ternyata dia tetap kalah pada kata-kata manis lelaki bernama Hisyan. Hanya Hisyam yang mampu hilangkan gundah di hatinya. Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki ini?
“Anything?,”soal Idayu sambil merenung sepasang mata Hisyam yang terus memukau hati perempuannya.
“Anything…,”jawab Hisyam perlahan. Seperti selalu, dia membiarkan dirinya hanyut dalam renungan Idayu.
“Love me…,”perlahan juga Idayu bersuara. Dia mengukir senyum manis sambil matanya terus melekat pada sepasang mata milik Hisyam. Hisyam terdiam seketika sebelum tergelak kecil. Menutup gundah di hati sebenarnya. Kerana permintaan Idayu adalah sesuatu yang tidak dapat dia laksanakan. Mendengar gelak itu, Idayu tersenyum lebar. Membuat Hisyam menjadi keliru memikirkan permintaan Idayu. Seriuskah Idayu, atau itu semua sekadar senda gurau Idayu padanya.
Dengan senyum yang masih bersisa, Idayu mula menyuap nasi ke mulut. Reaksi Hisyam ternyata membuat dia terluka. Namun, dia harus faham. Perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Sudahnya dia mengukir senyum selebar mungkin, menutup hatinya yang menangis pilu. Sekali lagi dia memandang ke arah Hisyam. Lelaki itu mula menyambung makannya. Sudahnya tiada lagi bicara antara mereka. Masing-masing diam melayan perasaan masing-masing.
Deringan telefon bimbit Hisyam mengembalikan Idayu ke dunia reality. Dia memandang nasi di pinggan. Sudah hampir habis. Rupa-rupanya dia makan sambil mengelamun. Deringan yang berterusan memaksa dia melirik pada Hisyam yang sedang menolak pinggan ke tepi. Dengan agak tergesa-gesa, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar.
“Siapa bang?,”soal Idayu melihat Hisyam agak lama memandang telefon bimbitnya. Hisyam tidak terus menjawab panggilan itu. Mendengar soalan Idayu, dia tersenyum kecil. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Excuse me. Abang kena jawab penggilan ni,”
Idayu tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia mengekori langkah Hisyam dengan pandangan yang hiba. Hisyam tidak menjawab soalannya. Walhal kebiasaannya, laju sahaja Hisyam akan menjawab soalannya tadi. Hisyam sengaja ingin berahsia. dia terus memandang Hisyam yang melangkah ketempat yang agak jauh dari kerumunan tetamu. Barangkali tidak mahu perbualannya terganggu dengan bunyi bising. Atau… barangkali Hisyam tidak mahu dia mendengar perbualan itu. idayu menghela nafas panjang. Entah kenapa, hatinya kuat mengatakan Hisyam sedang berbual dengan kekasih hatinya. Dia melarikan pandangannya ke arah lain. Cuba membuang rasa sakit hati yang tiba-tiba mengganggunya. Dia tidak mahu dihantui emosi. Melihat Hasmieza yang sudah selesai bersanding dan sibuk melayan tetamu, perlahan dia mengangkat punggung. Mengatur langkah mendekati pasangan pengantin baru itu.
“Mieza…,”
Hasmieza berpaling. Senyum manis terus menghiasi wajahnya yang kelihatan amat berseri-seri.
“Ayu… sekali lagi. Thanks for coming. Terima kasih banyak-banyak,”
Idayu tersenyum kecil.
“Tahniah sekali lagi. Aku doakan kau bahagia sehingga ke akhir hayat,”
“InsyaALLAH,”ujar Hasmieza girang, sambil mengerling ke arah suaminya yang turut tersenyum senang.
“Hakimi, tahniah. Jaga kawan saya baik-baik tau,”ujar Idayu sambil memandang wajah Hakimi. Hakimi tersenyum.
“Pasti. InsyaALLAH, saya jaga kawan awak ni, sebaik mungkin,”balas Hakini sambil merenung wajah Hasmieza. Hasmieza tersenyum sambil tertunduk malu.
“Maaf, abang ke sana sebentar,”Hakini bersuara meminta diri apabila melihat temannya melambai dari jauh. Hasmieza mengangguk perlahan.
“Borhan is here,”bisik Hasmieza di telinga Idayu setelah Hakimi sudah agak menjauh.
“Aku tahu. Aku Nampak dia tadi,”balas Idayu acuh tidak acuh. Sememangnya dia tidak berminat untuk bercakap tentang Borhan. Melihat reaksi Idayu, Hasmieza tidak jadi menyambung cerita tentang Borhan.
“So, kau dengan Hisyam macam mana?,”Hasmieza cuba mengubah tajuk perbualan. Soalan Hasmieza membuat Idayu terkedu. Wajahnya bertukar mendung.
“He’s going to marry that girl,”jawab Idayu sambil tersenyum pahit. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Cuba menahan air mata agar tidak tumpah. Dia tidak mahu menangis. Sekurang-kurangnya dia tidak mahu menangis di hari bahagia temannya itu.hasmieza terdiam seketika. Berita itu amat mengejutkan. Tidak dia jangka langsung. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu melihat Idayu sedaya- upaya menahan kesedihannya. Senyum di bibir Idayu kelihatan terlalu sengsara. Dia bagai Nampak hati Idayu yang menangis dalam diam. Sampai hati Hisyam.
“Hisyam beritahu kau?,”
Idayu menggeleng perlahan. Dia diam seketika, mencari kekuatan untuk terus bersuara. Untuk terus bersuara tanpa mengalirkan air mata.
“Aku… aku terdengar dia beritahu Sharul,”ujarnya lambat-lambat. Ternyata amat sukar untuk dia mengawal emosi di hadapan Hasmieza. Saat itu, dia benar-benar mahu menangis. Dia ingin menangis di bahu Hasmieza.
“I’m so sorry, Ayu,”Hasmieza bersuara sambil menggenggam erat jemari Idayu.
“Aku nak tolong. Tapi, tak tahu…,”
Idayu tersenyum pahit. Dia menepuk perlahan jemari Hasmieza apabila dia menyedari wajah Hasmieza sudah berubah. Dia tidak patut membuat Hasmieza bersedih di hari perkahwinan temannya itu.
“Pengantin baru kena senyum. Tak boleh sedih macam ni,”ujarnya sambil mengukir senyum. Hasmieza turut tersenyum kelat. Entah kenapa dia sering terasa mahu menangis melihat senyuman Idayu itu.
“Betul tu. Pengantin baru tak boleh sedih-sedih,”
Serentak Hasmieza dan Idayu menoleh ke arah suara itu. Borhan tercegat di belakang mereka sambil tersenyum lebar.
“Borhan! Dah lama ke kau berdiri kat situ?,”soal Hasmieza agak terkejut dengan kemunculan Borhan secara tiba-tiba. Borhan tersenyum Cuma.
“Tahniah, Mieza,”ujarnya sambil menghukur tangan.
“Thanks,”balas Hasmieza turut tersenyum. Daripada wajah Hasmieza, kini pandangan Borhan lari ke seraut wajkah milik Idayu. Ternyata Idayu langsung tidak berubah. Tetap cantik seperti dulu. Malah Idayu Nampak lebih manis apabila bertudung. Rindunya dia pada seraut wajah itu.
“Apa khabar, Ayu?,”sapa Borhan dengan nada yang agak janggal. Jelas kelihatan Idayu sedikit terganggu dengan kehadirannya di situ.
“Baik,”
“Suami dengan anak-anak, sihat?,”sekali lagi soalan yang cukup canggung keluar dari bibirnya. Terasa kekok mengutarakan soalan itu kepada wanita yang pernah dia cintai. Dan, masih dia cintai sehingga ke saat ini. Wajah Idayu di renung sepuas-puasnya. Matanya bagai tidak mahu lepas dari wajah itu. Selama tujuh tahun dia Cuma melihat wajah itu di dalam mimpi-mimpinya.
“Sihat. Alhamdulillah,”jawab Idayu dingin. Menyedari renungan Borhan yang tidak berpenghujung, Idayu melarikan pandangannya ke arah lain.
“Borhan. Ayu ni, isteri orang. Jaga sikit mata tu…,”Hasmieza bersuara dengan nada separuh bergurau. Borhan tergelak kecil. Malu apabila Hasmieza menyedari keterlanjurannya.
“Hai. Boleh join?,”
Giliran Borhan pula yang terganggu. Kehadiran Hisyam secara tiba-tiba membuat Borhan kurang senang. Lebih terganggu apabila tangan lelaki itu terus merangkul pinggang Idayu. Idayu yang terkejut kecil dengan kehadiran suami secara tiba-tiba itu, mengukir senyum manis. Membuat hatinya tiba-tiba berasa sakit.
“Sorry. Lama sikit tadi,”ujar Hisyam ceria. Idayu terus tersenyum tanpa berkata apa-apa. Hisyam, kemudiannya mengukir senyum buat Hasmmieza dan seorang lelaki yang tidak dia kenali yang berada di antara Hasmieza dan isterinya. Barangkali teman lama Hasmieza dan Idayu.
“Tahniah, Mieza,”sambungnya sambil menghulurkan tangan pada Hasmieza. Hasmieza menyambut tangan Hisyam sambil tersenyum. Tanpa menjawab, dia mengangguk perlahan. Hisyam memandang pula ke arah Borhan.
“Hisyam,”
“Borhan,”balas Borhan sambil menyambut tangan yang Hisyam hulurkan. Hisyam mengangguk bersama senyuman yang tidak begitu mesra. Pandangannya beralih ke wajah Idayu.
“Nampaknya kita kena beredar sekarang,”Hisyam membuka bicara buat Idayu. Idayu memandang wajah suaminya dengan kening berkerut.
“Kenapa?,”
“Shah call tadi. Syafiq dah nak isytihar perang dengan mereka. He’s looking for us,”
Idayu tersenyum kecil. Mengangguk faham denan situasi mereka sekarang. Hasmieza turut tersenyum lucu mendengar kata-kata Hisyam.
“So, Mieza… Nampaknya I have to stop the war. Aku kena balik dulu,”ujar Idayu sambil menggenggam jemari Idayu. Hasmieza tergelak tergelak kecil.
“It’s okay. I understand. Kau dah dapat my wedding gift kan?,”
“Dah. Thanks for everything,”Idayu bersuara sambil cuba mengawal nada suaranya. Terharu kerana terpaksa menjadikan Hasmieza tempat dia meluahkan perasaan. Pada hari bahagia Hasmieza, dia terpaksa berkongsi cerita sedihnya. Memang agak keterlaluan. Dia sedar, masa dan tempat untuk dia bercerita tidak sesuai langsung. Namun, dia tidak mampu untuk terus memendam segalanya sendirian. Hasmieza tersenyum nipis. Idayu melangkah merapati Hasmieza. Memeluk tubuh Hasmieza seerat-eratnya.
“Tahniah sekali lagi. Aku doakan kebahagiaan kau,”bisiknya di telinga Hasmieza.
“Thanks. Anything… just let me know, okay. I’m here for you. Forever,”perlahan juga Hasmieza berbisik di telinga Idayu. Tidak mahu dua lelaki di hadapan mereka mendengar kata-katanya. Idayu mengangguk perlahan sambil meleraikan pelukannya. Dia kembali berdiri di sisi Hisyam.
“Kami balik dulu, Mieza. Selamat berbulan madu. And… nice to meet you, Encik Borhan,” Hisyam bersuara sambil menggenggam erat tangan Idayu. Borhan tersenyum sambil mengangguk perlahan.

****

Hisyam memandang Idayu yang membuka beg tangannya.
“Ayu nak telefon Juita,”Idayu bersuara sebaik tiba di kereta.
“Kenapa?,”soal Hisyam sedikit hairan.
“Tanya keadaan Syafiqlah. Pelik juga. Kenapa tiba-tiba Syafiq nak mengamuk? Tak pernah pula macam tu sebelum ni,”
“No. Tak payah,”Hisyam bersuara sambil bersandar pada kereta. Jemari Idayu yang lincah membuka beg tangannya, dipegang lembut. Membuat Idayu sedikit hairan. Sudahnya dia memandang wajah Hisyam meminta penjelasan.
“Shah tak call pun,”Hisyam mula member penjelasan. Penjelasan yang membuat kening Idayu berkerut lagi. Benar-benar hairan dengan pembohongan Hisyam.
“Maksud abang, Syafiq tak mengamuk pun?,”
Hisyam menggeleng perlahan.
“Tapi, kenapa abang…,”
“Abang tak selesa tengok cara lelaki tu pandang Ayu,”sampuk Hisyam sebelum sempat Idayu menghabiskan kata-katanya. Dan, kata-kata Hisyam mampu membuat Idayu kelu seketika. Bulat matanya memandang wajah Hisyam.
“Lelaki mana?,”soal Idayu setelah agak lama terdiam. Hisyam membuang pandang. Wajah Idayu yang diselubungi tanda Tanya, memaksa Hisyam menjawab soalan itu.
“Borhan. Abang tak suka cara Borhan merenung Ayu. Is’t clear?,”
Idayu tergelak tiba-tiba. Tidak menyangka Hisyam menyedari tindakan Borhan. Kalau sebentar tadi, dia meluat dengan tindakan Borhan, tetapi, saat ini dia sangat berterima kasih pada lelaki itu. sekurang-kurangnya perbuatan Borhan telah berjaya membangkitkan perasaan cemburu Hisyam. Hisyam menjeling sekilas mendengar tawa itu. kurang senang apabila Idayu ketawakannya. Perlahan dia bergerak ke arah pintu pemandu.
“What’s so funny?,”soalnya melihat Idayu masih lagi melayan gelaknya. Tawa Idayu terhenti. Dia memandang wajah Hisyam yang kelat.
“Abanglah,”jawab Idayu bersama senyuman yang cukup lebar.
“Kenapa dengan abang?,”
“Abang cemburu ya?,”soal Idayu menduga Hisyam. Mendengar soalan itu, Hisyam pula tergelak kecil. Perlahan dia menggelengkan kepala.
“I like it,”ujar Idayu sambil membuka pintu kereta.
“Suka apa?,”
“Your jelousy,”balas Idayu bersahaja.
“No. I’m not,”nafi Hisyam bersungguh-sungguh.
“Yes. You are…,”
“Oh… shut up. Cepat masuk,”Hisyam memberi arahan dengan nada tegas yang dibuat-buat. Membuat Idayu tergelak lagi. Kali ini, senyum melebar di bibir Hisyam melihat Idayu tertawa. Untuk seketika, dia tercegat memerhati wajah ceria Idayu.
“I like it,”
Tawa Idayu terhenti. Dia membalas renungan Hisyam. Hairan mendengar kata-kata Hisyam yang tiba-tiba.
“Suka apa?,”giliran Idayu yang mengajukan soalan.
“That cheerful smile,”balas Hisyam perlahan. Idayu tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Hisyam tersenyum bahagia.

***

16 comments:

nana_yoong said...

suka..suka..suka..suka..suka..
borhan muncul tepat pada masanya, seronoknya, taw pulak hisyam tu rase jelez ye.. hahahha

akak lepas ni watak borhan tonjolkan lebih ye, asik citer pasal pompuan sorg tu je..

sukenyer bace, bertambah suspen..
TQ akak, for the nice story

Anonymous said...

good job k.hanni..xsia2 tgu new n3 dr pg..best sgt.rasa xsbr2 nk tau kesudahan dia.

thanks k.hanni.

atashinci said...

yes..yes..yes
bgi hisyam cemburu lak....
setiap kali bce msti rse nk tmpr hisyam laju2
ayu....layan lebih skit borhan tu yer......

yatt said...

Tabahnye Idayu....tapi derita hati siapa yang tahu....

Thanks Hanni for N3 hari ini...openlah 16.. tak sabar rasanye.

nin said...

see.. hisyam dh ada rasa jealous.. tapi masih ego x nak mengaku..

sedihnya bila ayu ckp kat mieza yg dia dh dgr perbualan hisyam dgn syahrul... hati sy betul2 tersentuh.. belum tentu klu jadi kat kita, kita sekuat idayu..

for borhan teruskan watak anda..biar tergugat skit si hisyam tu..

chaiyo k.hanni...

misz nana said...

padan muka hisyam.. tau pun jeles..
kak hanni.. bila watak lelaki yang lebih baik, lebih hesem, lebih alim, lebih romantik dan banyak lagi lebih2 tu muncul? hihii.. sabar menanti..

ZU HABIBAH said...

hmm.. aiyok.. ayu dah tahu..

bali putih said...

yes...i like it.....dah macam kisah abby abadi, norman hakim & memey suhaiza. cinta tiga segi. dalam menyanyagi isterinya dia tetap ada kekasih lain untuk dicintai.lelaki...lelaki...tak pernah puas dengan satu. walaupun dah mempunyanyi keluarga bahagia still ingin mengharap bahagia di luar. itulah lelaki, tamak untuk memiliki kesemuanya sehingga akhirnya bahagia yang dicari hancur berkecai dengan penceraian dan ketandusan kasih sayang anak2. dan jangan salahkan anak2 if banyak skang gejala sosial yang berlaku. segelintirnya berpunca dari rumah atau berpunca dari seorang ayah yang tidak bertanggungjawab.wahai lelaki....fikirlah bahagia keluarga jangan fikir bahagia sendiri.

name saye tiha said...

told ya...

hisham loves his wife...he juz dun realize it la...
tau lak jeles...2la...guys...
always looking 4 more...
hurmm...ssh...

yasmin said...

Yaaa.. setuju...Bagi situasi2 yg bagi Hisyam cemburu..Mcm hidupkn watak Borhan...Dan..bg Ayu tu tak endahkan Hisyam 2 skali-skala...Biaq Hisyam tau langit tu tinggi-rendah...dan biaq dia sedor yg dia sebenornya sayangkn Ayu... Heh..heh.heh...memandai je reka2 cite utk k.Hanni...

norul'ainmatsom said...

hmmm,,,padan muker ngan hisham tu..
eiii,,nyampah tol ngan dier tu...
pandai plak dier cemburu..tp ati isteri dier sgup plak nak di sakiti..
arghh,,,bengangyer ngan sham tu..

najaDavomB! said...

padn muka hisham!ingt dia sorg je pnye seronk..abs ayu 2 xpayah seronok..skrang baru die tau ayu own ada pemiat tau!

Anonymous said...

I LOVE THIS STORY VEY MUCH DAMMIT!

Anonymous said...

knp x dpt nk baca part 4 till 13...
really want to read it...

Norlenda said...

hi hani ....
tau la org terengganu .. asik crite terengganu je ... hehehe ...

anyway .. i love all your stories ... bangga ada org yg kreatif macam Hani....

tapi cepat2 skit kluar PAM yek? ..rindu kat sabrina ngan bad ... hehehe ....

chaiyok chaiyok!!

Anonymous said...

hah,tau pon jeles...kata x cinta tp cemburu tu ape mknanye....EGO!!!hehe

[11:35:50 PM] hos.getah: