Wednesday, November 5, 2008

Pergilah Air Mata 11


Nafisah mengeluh lagi. Serba tidak kena hatinya saat ini. Berat kepala memikirkan masalah yang ditinggalkan Sabrina.
“Tak sampai sebulan lagi, Mal,”
Ikmal mengangkat muka. Memandang wajah ibunya yang masam mencuka. Ikmal mengeluh perlahan. Faham apa yang sedang berperang di hati orang tua itu. tapi, apa yang dia boleh buat?
“Mal minta maaf, mak,”
“Minta maaf saja, tak cukup Mal. Mak nak kita teruskan juga pertunangan kamu tu. Malu mak nanti, Mal. Semua saudara mak dah beritahu. Mak dah jemput untuk majlis tu,”
“Mak… Tapi, saya nak bertunang dengan siapa mak? Nak bertunang ni, bukan macam nak beli buah kat pasar malam,”
“Catering pun mak dah booking. Takkan nak cancel macam tu saja?,”
Ikmal mengeluh panjang. Wajah mendung ibunya dipandang lagi.
“Dah tu, nak buat macam mana?,”
“Sampai hati Ina buat kita macam ni…,”suara ibunya tiba-tiba bertukar sendu. Ikmal bergerak menghampiri ibunya yang bersandar ke sofa. Melabuhkan punggung di sebelah ibunya.
“Mak…,”
Nafisah berpaling. Menatap wajah muram anaknya. Perlahan jemarinya mengusap wajah Ikmal.
“Mak tak rela Ina buat anak mak macam ni. Dia tak akan bahagia, Mal,”
“Mak. Jangan cakap macam tu. Tak baik, mak,”
“Mak tahu hati kamu hancur. Mak tahu kamu sedih. Tapi, mak nak kamu juga tahu, kita tak boleh batalkan semua ni, macam tu saja. Nanti apa orang sekeliling cakap. Kalau orang bertanya, apa kita nak jawab?,”
“Takkan kita nak cakap bakal tunang kau dah kahwin sebab kena tangkap basah? Mak tak nak aibkan orang macam tu. Walau jahat macam mana pun Ina tu, mak tak sanggup nak aibkan dia depan orang,”sambung Nafisah sambil merenung wajah Ikmal. Meminta agar anak itu memahami situasinya yang tersepit.
“Mak…saya jumpa Ina hari tu,”
“Buat apa kamu jumpa dia?,”
Ikmal memandang wajah ibunya. Menggenggam erat jemari tua itu.
“Kasihan Ina , mak,”
Nafisah membuang pandang. Tidak sanggup dia mendengar nama yang telah membuang senyum di bibir anak tunggalnya itu. Marah betul dia pada Sabrina. Sanggup Sabrina melakukan perbuatan terkutuk itu di belakang Ikmal. Padahal, hari pertunangan mereka berdua sudah terlalu hampir.
“Dia macam tak bahagia, mak,”
“Macam mana nak bahagia, kalau sebab dia nak kejar bahagia tu, dia kena lukakan perasaan orang lain? Lukakan perasaan Mal. Lukakan perasaan mak. Dia hancurkan semua kepercayaan mak pada dia,”
“Entahlah mak,”
“Sudah. Mak tak nak cakap lagi pasal Ina. Hancur hati mak ni,”
Ikmal termangu. Baru dia ingin berkongsi kesedihan dengan ibunya.
“Sekarang ni, mak nak kita selesaikan masalah yang Ina tinggalkan untuk kita,”
“Kalau Mal, Mal batalkan saja, mak. Senang,”
“Kamu orang muda, memang senang saja fikirnya. Tak ada nak fikir jauh sikit,”
“Mal pun dah tak ada perasaan nak bertunang mak. Tak ada perasaan nak kahwin,”
“Jangan nak mengada. Dah tu, kamu nak jadi apa? Tak nak kahwin sampai ke tua semata-mata sebab kekasih kamu yang curang tu? Tak berbaloi Ikmal oiiii,”
Ikmal diam. Sedikit tidak selesa menghadapi emosi ibunya yang berubah-ubah. Sekejap ibunya bersikap persis diktaktor. Sekejap berubah menjadi begitu sentimental. Kemudian menjadi emosional. Sukar ditebak. Dia seakan boleh faham dengan perasaan ibunya yang berkecamuk itu. Sama sepertinya. Namun, satu perkara yang dia cukup yakin, walaupun emosi wanita itu berselirat, keputusan untuk meneruskan majlis pertunangannya itu, tetap utuh. Tidak mungkin ibunya itu akan mengubah fikiran.
“Mak… siapa yang mak nak jadikan menantu mak?,”akhirnya lemah soalan itu meniti di bibir Ikmal.
“Mak tak kisah. Asalkan dia baik dan boleh jaga anak mak dengan baik. Dapat beri kasih- sayang yang tak berbelah- bagi pada kamu. Itu sudah cukup bagi mak,”
“Mak… senang saja mak cakap ya?,”
“Maria?,”
Ikmal mengangkat muka. Terkejut mendengar nama Maria tiba-tiba terpacul dari bibir ibunya. Wajah ibunya dipandang tidak berkelip. Kenapa pula Maria perlu masuk di dalam perbincangan mereka?
“Kenapa dengan Maria? Dia ada jumpa mak ke? Hari tu, dia ada cakap dia nak jumpa mak,”
“Ada. Semalam dia datang jumpa mak,”Nafisah membuka cerita.
“Apa dia cakap dengan mak?,”
“Tak banyak yang dia cakap. Cuma dia cakap, kalau dia boleh bantu kita, dia sanggup buat apa saja,”
Ikmal bersandar ke sofa.
“Dia cakap, Mal terlalu ikutkan perasaan sedih…,”
Ikmal diam. Maria…Maria…Kenapa perlu ceritakan semua itu pada ibunya. Pasti bertambah risau orang tua itu.
“Mak setuju dengan cakap Maria,”
“Apa yang dia cakap?,”
“Kamu tak boleh terlalu layan perasaan. Yang rosak nanti, diri kamu sendiri. Lupakanlah Ina tu. Anggaplah dia bukan jodoh kamu,”
Ikmal mengeluh perlahan. Perlahan juga dia mengangkat punggung dari sofa. Bergerak malas ke jendela. Pandangannya dilontar jauh ke luar.
“Lupakanlah apa yang Ina buat pada kamu, Mal. Buktikan pada Ina, tanpa dia kamu masih boleh hidup bahagia,”
Ikmal tersenyum pahit.
“Itupun Mar yang cakap ke mak?,”
“Bukan. Itu mak yang cakap…,”
“Entahlah mak. Susah saya nak hidup tanpa Ina. Ina dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Terlalu banyak perkara yang kami kongsi bersama. Sedih… senang… susah…Semuanya mak. Tinggi harapan saya nak habiskan sepanjang hidup saya dengan Ina. Tiba-tiba semua ni terjadi. Macam mimpi ngeri. Saya tertungu-tunggu, mak. Tunggu kalau-kalau saya terjaga. Dan, semua ini cumalah mimpi yang mengganggu tidur saya. Tapi, kenapa saya tak terjaga? Kenapa ini semua bukan mimpi?,”
Nafisah menghela nafas panjang. Sebak hatinya mendengar suara sendu Ikmal merintih pilu.
“Pasti ada hikmahnya, Mal. Sekurang-kurangnya kita tahu semua ini, sebelum dia jadi sebahagian daripada keluarga kita,”
“Tiba-tiba hati saya berkata, Ina tak salah, mak…,”
“Perasaan sayang kamu yang dah kaburi mata hati kamu tu, Mal. Sudahlah. Tak payah lagi cakap pasal orang yang dah tak sudi pada kita,”
Ikmal diam. Tidak lagi mampu bersuara.
“Mak tengok Maria tu pun, baik budaknya. Dia risaukan kamu. Pasti dia sayangkan kamu..,”
“Memanglah mak. Dia kan kawan saya,”balas Ikmal acuh tidak acuh.
“Dia tak nak tengok kamu terus bersedih…,”
“Kenapa ni, mak? Kenapa tiba-tiba cakap pasal Maria ni?,”
“Sebab mak rasa mak dah jumpa calonnya,”
“Calon? Calon apa…,”
Ikmal tergamam bersama soalannya. Segera dia berpaling. Memandang wajah ibunya yang duduk di sofa sambil merenungnya. Apa yang bermain di kepala ibunya bagai sudah dapat dia teka.
“Mak jangan cakap mak nak…,”
“Ya, Mal. Mak nak pinang Maria untuk kamu,”
Ikmal mengeluh panjang. Tidak percaya dengan apa yang baru saja melintas di fikiran ibunya.
“Saya tak setuju,”
“Kenapa pula?,”
Ikmal menggosok tengkuk sambil mula mundar-mandir di hadapan ibunya. Mengarut! Itu sahaja yang melantun kuat di hatinya. Dia tidak sanggup menyusahkan Maria semata-mata kerana ibunya ingin menjaga maruah keluarga.
“Tak baik buat macam tu, mak,”
“Apa pula yang tak baiknya?,”
“Saya tak nak gunakan Maria, mak. Dia kawan saya. Takkan saya nak heret dia dalam masalah saya. Saya tak mahu. Saya faham kalau dia kasihankan saya. Tapi, saya tak akan ambil kesempatan pada maria. Memang dia baik. Tapi mana boleh kita buat macam tu mak? Tak adil bagi Maria,”
“Kita bukan paksa dia…,”
Ikmal mengeluh panjang. Susahnya bercakap dengan ibunya yang keras hati ini.
“Saya tetap tak setuju. Saya tak akan bertunang dengan Maria,”
“Kenapa? Dia dah ada kekasih ke?,”
“Mak… ini bukan soal ada kekasih ke…tak ada kekasih. Saya tak nak libatkan Maria. Kasihan dia nanti. Lagipun, saya memang dah tak ada perasaan nak bertunang. Saya dah tak ada perasaan nak kahwin. Saya Cuma nak macam ni saja…,”
“Macam ni macam mana? Terus termenung sana termenung sini? Terus teringatkan Sabrina yang dah buat macam ni pada kamu? Sampai bila kamu nak macam ni? Sudah! Jangan nak mengada. Mak tak suka kamu cakap macam tu,”
“Mak tak faham…,”
“Apa lagi yang mak tak faham? Mak rasa Maria tu pun ambil berat tentang kamu,”
“Yalah, mak. Tapi, ambil berat dia Cuma sebagai kawan. Mak janganlah fikir yang bukan-bukan,”
“Dia dah ada kekasih ke?,”Nafisah merisik lagi. Memandang wajah Ikmal yang kelihatan sedikit tegang. Ikmal menggeleng perlahan.
“Apa makna geleng kamu tu?,”
“Setahu saya tak ada. Mak… janganlah fikir sampai ke situ, mak. Kalau mak tetap nak teruskan juga majlis tu, mak carilah perempuan lain. Tapi, mak janganlah libatkan Maria. Saya tak nak. Tak baik saya terus susahkan dia,”
“Entah-entah dia pun sukakan kamu tak? Sebab tu, sampai sekarang tak ada kekasih,”
Ikmal membuang pandang.
“Ikmal… mak bukan nak paksa Maria. Mak nak Tanya dulu. Kalau dia tak nak, tak apalah. Tapi, kalau Maria setuju, apa salahnya kamu bertunang dengan dia? Kamu pun bukan tak kenal dia. Mak pun dah kenal dia. Selama mana mak kenal Sabrina, selama itu jugalah mak kenal Maria tu. Dengarlah cakap mak ya, Mal,”
“Mak, soal hati dan perasaan mana boleh kita tetapkan untuk orang lain. Mungkin juga Maria dah ada pilihannya sendiri. Cuma, saya yang tak tahu. Manalah kita tahu. Kan?,”
Nafisah tersenyum kecil.
“Serahkan semuanya pada mak. Mak tahulah apa nak buat,”
Mendengar kata-kata itu, Ikmal kehilangan kata-kata. Sudahnya dia merenung wajah ibunya.
“Mak. Tak payahlah buat macam tu, ya?,”untuk kesekian kalinya, Ikmal cuba memujuk.
“Mak rasa Maria pun sukakan kamu,”
“Mak…,”
“Mak akan Tanya Maria. Kalau dia setuju, mak akan masuk meminang Maria untuk kamu,”
“Mak, cubalah faham, mak,”
“Mak ni, siapa nak faham? Paklong kamu dah tahu. Mak Alang kamu dah tahu. Itu belum masuk lagi kawan-kawan mak. Mak tak sanggup nak batalkan majlis tunang tu macam tu saja,”
Ikmal menggaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba buntu dengan cadangan ibunya. Ingin berkeras menolak, tidak sampai hati membiarkan ibunya menanggung malu terpaksa batalkan majlis pertunangannya di saat akhir. Dia tahu benar, memang sukar untuk ibunya melalui saat-saat itu. Ibunya memang seorang yang terlalu menjaga air muka keluarga.
“Kita kan pihak lelaki. Tak adalah malu sangat kalau tak jadi, mak. Lagipun, Ina kan yatim piatu. Tak ada sesiapa. Jadi, rasanya masalah ni, bukannya besar sangat. Lainlah kalau kita dah berjanji dengan keluarga Ina. Kita batalkan sajalah, ya?,”
“Tak ada batalnya. Pak Long dah siap tempah daging, nak buat kenduri kamu bertunang. Tahu tak?,”
“Hah?!,”
Ikmal ternganga. Bulat mata memandang wajah ibunya. Satu berita yang dia tidak tahu.
“Kenduri apa pula, mak? Kita nak pergi meminang saja, kan? Sampai nak buat kenduri tu kenapa?,”
“Pak Long kamu, bukan kamu tak tahu. Dia tak ada anak. Kamulah yang jadi anak dia. Memang dia suka sangat bila mak cakap kamu nak bertunang. Dia cakap nak buat kenduri kesyukuran sempena pertunangan kamu. Dah lama sangat dia tunggu kamu naik pelamin. Minggu lepas dia telefon. Dia cakap persiapan kenduri kat kampung dah siap. Orang kampung dah berjemput. Elok selesai majlis tunang kamu, dia memang nak kita semua balik kampung. Raikan kamu kat sana,”
Ikmal terduduk ke sofa. Kali ini dia benar-benar buntu. Rupa-rupanya banyak agenda yang telah ibunya rancang. Patutlah ibunya nekad mahu teruskan majlis itu. Jemarinya laju memicit dahi. Salah dia, kerana merahsiakan berita Sabrina dari pengetahuan ibunya. Kalau dari awal dia berterus-terang, mungkin masih sempat untuk dia batalkan semua rancangan yang sudah tersusun rapi.
“Sekarang kamu tahu kenapa mak nak teruskan juga majlis tu? Pak Long tu, imam kat kampung. Malu dia, kalau tiba-tiba kenduri tu batal. Bukan salah dia. Dia seronok nak sambut bakal menantu,”
“Buntulah saya macam ni, mak,”Ikmal bersuara separuh membentak. Bukan marah pada ibunya. Tetapi, dia sudah tidak mampu berfikir lagi. Nafisah memandang wajah sugul itu dengan hati yang sarat rasa simpati.
“Ikutlah cadangan mak,”
Ikmal merengus perlahan. Ada rasa sebal yang menghimpit perasaannya. Kenapa tiba-tiba segala-galanya menjadi begitu rumit?
“Saya tak boleh nak fikir apa lagi dah…,”
“Kamu sampai hati ke nak malukan Pak Long kamu?,”
Ikmal tunduk. Dadanya terasa tepu tiba-tiba. Ingin rasanya dia menjerit sekuat hati. Ingin melampiaskan rasa terbuku yang tersekat di hatinya. perlahan dia mengangkat punggung. Dia perlu keluar dari ruang ini. Dia perlu mencari udara segar untuk melepaskan rasa terbuku yang menghimpit dada. Kepalanya seakan mahu pecah. Saat itu kepalanya sarat dengan wajah Sabrina. Saat itu kepalanya juga sarat dengan sikap baran suami Sabrina. Di ganggu pula dengan desakan ibunya. Cadangan mengarut ibunya. Dan, kini? Kini dia turut sama harus memikirkan air muka bapa saudara yang terlalu menyayanginya. Yang sejak dari dia kecil menganggapnya sebagai anak. Betul-betul dia tidak mampu berfikir. Laju dia melangkah ke meja kecil di hujung tangga. Mencapai segugus kunci.
“Nak ke mana tu?,”
“Keluar,”
“Ke mana? Mak belum habis cakap lagi ni,”
“Saya tak boleh nak dengar apa-apa lagi mak. Saya nak keluar kejap,”
Nafisah mengeluh perlahan. sedikit risau melihat wajah Ikmal yang kelihatan tertekan benar. Tidak sampai hati pula untuk dia terus mendesak. Mungkin dia patut beru ruang untuk Ikmal tenangkan perasaan dulu.
“Hati-hati drive,”akhirnya Nafisah bersuara. Ikmal terus melangkah keluar. Bergerak laju ke keretanya.

***

17 comments:

Aima.. said...

ala... kak hanni.. jgan la bagi sik ikmal bertunang ngan maria.. jgan .... ni mesti maria pegi hasut mak ikmal ni.. geram betul... boleh die rosak kan kebahagiaan kawan die sendiri... huwargh.... emo lak aku nih... pe2 pun chyok2 n keep it up !! kak hanni.. gambate ne...

Anonymous said...

biar ar dia tunang dgn ikmal, nanti ina boleh bahagia dgn badrul...pastu bile ikmal tau hal sebenar masa tu lah maria bersusah payah nak minta maaf... :)

Jahat lah pula aku ni....sorry eh :P

ann_diana said...

bencinye maria ni, tggu la pmblsan nnnti...huhu.
arigato gozaimasu hanni-san, ganbatte!

socute said...

eii xsukanye..xsuka kt maria.kak hanni, nanti biarlah maria dpt balasan atas kejahatan dia tu ek.biar dia rasa merana mcm yg sabrina rasa.lg teruk pn xpe.huhu.PAM 12 nanti cite pasal badrul n sabrina ye k.hanni.PAM 11 ni xde cite pasal diorg..

Pape pn tq kak hanni.setiap hari asik mnunggu n3 baru dr k.hanni.Hidup mcm dh xbermakna kalo xdpt baca novel k.hanni ni tau.

Anonymous said...

xsuka maria!!nmpak sgt sume rncgan jht dia..huh!!

Anonymous said...

kesian kat ikmal...walaupun nk ina dgn bad...tp jgn la si ikmal dgn maria...ikmal tu baik....tp maria tu jahatttt....biarla watak lain dgn ikmal....kesian ikmal....huhuhu....kak hanni nti PAM 12 citer ttg ina n bad pulak yer....

atashinci said...

bile cite psl maria rse mls lak nk bce.....benci maria
biar jer diarg bertung....
pas tu bru ikmal tau maria yg wat....
bru nyesal xcaye pde sabrina.....
go go go hanni

Anonymous said...

kak hanni,nak bce cte ina ngan bad..suka sgt babak tu.cpt2 la sambung yer..

aqilah said...

aah lah hanni. semua ni gara2 maria dengkikan ina dgn ikmal lalu diperangkapnya ina dengan fitnah lalu ditangkap basah dgn badrul. org mcm maria tak patut dikasihi.

WAHEDA said...

saya makin syok baca crt hanni.Baru marin jumpa blog ni.yg x syoknya kena sabar tunggu crt seterusnya. Kalu ada buku, mlm ni jugak sy habiskan....ikut tu ada paper kena check. sabrina puya pasal...xpelah otak kena santai jugak..

misz nana said...

tunggu la ko maria ye..
sepandai2 tupai melompat, katak pn pandai melompat gak apa..
hahahaa.. hish, apa la yang dilalutkan ni..dusshh!

Anonymous said...

huhuhuhu rse cam nak gtau kat ikma je ape yg maria rancang...jhat tol maria tu..huhuhhuhuhhu

nana_yoong said...

bia je die tunang, bukan kawen pon.. pastu bia ikmal tunjuk sayang die sikit, ikmal da start syg nanti, rahsia maria terbongkar, ikmal putuskan tunang, nafisah pun marah&blame die, biar die rase ape yg ina rase sekrg, kehilangan org yg die syg.. mase tu ina da bahagie ngan bad, ni la balasan org yg mengkhianati kawan dan org yg bersabar... hehehhe..

mcja said...

best ar crite ni... cepat ar kak hanni smbung... nanti novel bymyb dibukukan kak hanni bagi tau ek dia kuar kat pasaran bila ye....


Tahniah Kak Hanni...

norul'ainmatsom said...

mak aiii,,,,
benci tol ngan maria tu,,,

klu ader dpan mate mmh nak sekeh pale dier ckup2..

ish,,nyusah kn org btol..

anarif said...

i knew it...maria will portray herself as a very sensible and helpful friend...so annoying!

Anonymous said...

melampaula maria... buatla cpt ikmal tahu perkara sebenar. biar dia rasa bile ikmal bencikan dia.

[11:35:50 PM] hos.getah: