Friday, November 7, 2008

Pergilah Air Mata 12


Sabrina termenung di balkoni. Angin laut kuat menyapa wajahnya. Membuat rambut ikalnya yang separas pinggang turut beralun ditiup angin. Permandangan Damai Laut Resort dari balkoni biliknya Nampak begitu cantik. Lebih-lebih lagi apabila petang sudah disimbah kelam senja. Dia menongkat dagu di situ.
“Kau jangan keluar dari bilik ni,”
Sabrina tersentak. Segera dia berpaling. Badrul muncul bersama satu beg plastic yang agak besar. Dari tengahari lelaki itu hilang. Entah ke mana dia pergi. Pesanan terakhir yang ditinggal, Cuma sebaris kata. ‘Duduk dalam bilik, sampai aku balik’.
“Apa?,”Sabrina bertanya hairan.
“Pekak ke? Aku cakap, jangan keluar dari bilik ni,”
Sabrina terkebil-kebil. Perlahan dia bergerak dari balkoni. Bulat matanya memandang wajah Badrul.
“Kenapa?,”soalnya hairan.
“Sebab itu arahan aku,”
“Takkan saya nak duduk saja dalam bilik ni? Bosanlah saya,”
“Peduli apa aku, kalau kau bosan?,”selamba Badrul menjawab sambil meletakkan plastic di tangannya ke atas katil.
Sabrina mengetap bibir. Perlahan dia menghentak kaki ke karpet yang lembut. Memberontak dalam diam. Punah segala angannya. Melihat pantai dan menikmati angin lembut yang menyapu muka, dia sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati deru ombak sambil berjalan menyusuri pantai. Tetapi, sekarang?
“Awak tak boleh buat macam ni. Tak baiklah buat saya macam ni,”
“Apa kau buat kat aku, lagi tak baik…,”
Baru sahaja ingin membuka mulut untuk bertanya, tiba-tiba Sabrina memilih untuk diam. Perlahan-lahan dia faham maksud kata-kata itu.
“Ingat pesan aku tu,”
“Untuk hari ni saja, kan?,”soal Sabrina ingin mendapatkan kepastian.
“Untuk dua minggu,”
“Hah? Mana boleh?,”
“Kenapa pula tak boleh?,”soal Badrul bersama wajah yang cukup selamba. Sedikit tenang hatinya melihat ketegangan di wajah Sabrina.
“Kalau setakat duduk dalam bilik, baik tak payah datang sini. Baik awak datang sorang-sorang,”
“Memang aku nak datang sorang pun. Kau tak menolak, kenapa?,”
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Benar-benar tidak faham dengan tindakan Badrul.
“Awak… kalau betul tak nak saya ikut, cakaplah dengan saya. Boleh saya cakap dengan abah, saya tak nak pergi. Boleh awak datang sorang-sorang,”
Tajam mata Badrul mencerlung padanya. Dia tunduk. Mesti kena maki lagi.
“Bodoh! Kalau aku datang sorang-sorang, tak adalah honeymoon namanya. Kau ingat senang-senang ke abah nak bagi aku ke sini kalau kau tak ikut,”
Sabrina mengeluh perlahan. Betul-betul tidak mengerti. Sekejap mulut itu, berkata tidak mahu dia ikut. Sekejap, lain pula ceritanya.
“Tapi, kenapa?,”soal Sabrina lemah.
“Aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Apa yang aku nak, mulai sekarang kau duduk saja dalam bilik ni. Jangan keluar ke mana-mana,”
“Awak tak boleh buat saya macam banduan…,”
“Memang sekarang kau banduan aku. Kau kena ikut segala kata aku. Kau ingat senang ke nak tipu orang ni?,”
“Kalau saya lapar macam mana?,”
“Aku akan belikan makanan untuk kau,”
“Bosanlah saya, awak. Janganlah kejam sangat,”
“Tu…,”panjang muncung Badrul menunjukkan plastic yang dia bawa sebentar tadi.
“Apa?,”soal Sabrina hairan.
“Kalau bosan, kau baca semua tu. Tengok CD ke?,”
Sabrina melabuhkan punggung ke katil. Beg plastic sederhana besar itu dibuka perlahan. Matanya bulat memandang pelbagai jenis majah dan novel di dalam beg plastic yang baru dibukanya itu. Dia mengeluh lemah. Majalah Cina dan novel Cina.
“Tapi, saya bukan baleh baca pun. Bukannya saya pandai bahasa Cina,”rungut Sabrina perlahan. Bodoh pula lelaki ini. Badrul tersenyum panjang.
“Tak boleh baca, tengok gambar. Tak pun tengok CD. Aku bawa CD juga kat situ,”
Sabrina menyelongkar plastic itu. Terjumpa satu plastic penuh dengan pelbagai judul CD. Satu persatu dibelek dan satu persatu juga dicampak ke katil. Badrul tersenyum lagi sambil bersandar ke sofa. Sabrina mengangkat muka.
“Semua cerita hantu. Nak buat apa?,”soal Sabrina sedikit geram. Badrul ketawa riuh. Akhirnya Sabrina kembali memberontak. Bersusah-payah dia mencari semua bahan yang tidak berfaedah itu, ternyata usahanya tidak sia-sia.
“Tengoklah. Biar hilang takut kau tu,”balas Badrul senang. Sabrina memandang wajah Badrul yang tersenyum lebar. Senyum yang menyakitkan hatinya.
“Awak saja nak seksa saya ya?,”
“Smart girl. Yes. I’am. Memang aku nak buat kau terseksa,”
Sabrina diam seketika.
“Kalau macam tu, tak apalah,”akhirnya Sabrina bersuara perlahan. Badrul kerutkan kening. Sabrina mengangkat punggung. Bergerak semula ke balkoni. Badrul bangkit dari sofa. Cepatnya Sabrina mengalah. Sangkanya Sabrina akan melawan. Langkah kaki dihayun ke arah balkoni. Dia tidak boleh tinggal diam.
“Tak apalah?,”soalnya tidak puas hati. Sabrina berpaling. Memandang wajah Badrul yang sudah kelat. Hilang sudah senyum manis lelaki itu.
“Yalah. Tak apalah. Awak nak saya duduk dalam bilik, saya duduk sajalah kat sini,”
Badrul bersandar ke balkoni. Dia mulakan lagi! Sabrina mula buat muka tidak kisah sekali lagi.
“Tak bosan?,”
“Tak apalah. Bukan boleh mati pun, setakat rasa bosan tu. Kan?,”
Badrul mengetap bibir. Mencari idea lain untuk memancing rasa marah Sabrina.
“And, aku nak tak nak kau tidur…,”
“Tak apa. Saya tak kisah tidur kat sofa tu. Bukan tak biasa pun…,”cepat Sabrina menyampuk. Apa yang bermain di kepala Badrul bagai sudah dapat dia baca. Dia tersenyum kecil. Macamlah selama ini, aku tidur sebelah dia…hati Sabrina mula merungut sendiri.
“Aku tak nak kau tidur kat sofa,”
“Hah?!,”ternganga mulut Sabrina sambil matanya menyapu seraut wajah Badrul yang tidak mempunyai sebarang perasaan. Badrul tersenyum sedikit. Tindak balas yang baik.
“Dah tu? Takkan saya nak tidur dalam bilik air?,”soal Sabrina sambil cuba mengawal suaranya. Terasa Badrul sudah sedikit melampau.
“Tidur dengan aku,”selamba cadangan itu keluar dari bibir Badrul. Dan senyumnya melebar lagi melihat wajah Sabrina sudah disimbah riak terkejut. Berjaya. Dia sudah berjaya memancing amarah Sabrina. Dia sudah berjaya goyahkan ketenangan wajah itu.
“Ok,”jawab Sabrina sepatah. Membuat senyum Badrul mati tiba-tiba. Sabrina memalingkan wajah. Cuba sembunyikan senyum dari mata Badrul. Rancangan lelaki itu tidak berjaya.
“I want more than that,”cabar Badrul geram. Sabrina berpaling. Memandang wajah Badrul sambil tersenyum.
“Terserah. Saya halal pada awak,”balasnya selamba sambil melangkah meninggalkan Badrul yang sudah merah- menyala wajahnya. Dia tahu Badrul tidak serius dengan kata-katanya. Lelaki itu Cuma mahu bertikam lidah dengannya. Pelik betul. Tidak pula dia tahu rupa-rupanya ada jenis manusia yang suka sangat bergaduh. Contoh orangnya, ada tercegat bersamanya saat ini.
Badrul menggigit bibir. Besi pagar balkoni, dipukul kuat. Geram! Selambanya gadis ini mematikan setiap hujahnya. Selambanya gadis ini membuat perasaannya terbakar lagi.
“Halal?,”soalnya menahan geram.
Sabrina tersenyum sambil melabuhkan punggung ke sofa. Wajah marah Badrul dipandangnya tenang. Senang hati pula dapat melihat muka Badrul yang tidak berpuas-hati. Badrul melangkah dari balkoni.
“Apa kau cakap? Halal?,”
“Yalah. Kenapa? Tak betul ke?,”
Badrul menghayun langkah di hadapan Sabrina. Mundar-mandir di situ. Menyuntik sedikit rasa aneh di hati Sabrina. Langkahnya mati di hadapan Sabrina.
“Yes. You’re right. Kenapalah aku tak terfikir sebelum ni, ya?,”
Entah kenapa, tiba-tiba Sabrina mula gelisah di sofa.
“Betul? Apa yang betul?,”soalnya lambat-lambat. Senyum yang sudah mula terukir di bibir Badrul, tiba-tiba membuat dia takut. Dia lupa, dia mencabar seorang lelaki. Seorang lelaki yang halal padanya.
“Kalau aku cakap, aku nak sekarang… macam mana?!,”sergah Badrul sambil melabuhkan punggung di sebelah Sabrina. Sabrina terjerit. Terkejut disergah. Dan terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba duduk di sebelahnya. Terasa semangatnya sudah terbang jauh meninggalkan badan. Senyum Badrul mula membuat dia seram sejuk. Dan, apabila Badrul membelai rambutnya yang mengurai, dia hampir mahu menangis. Menyesal rasanya dia mengeluarkan kata-kata itu sebentar tadi. Seratus kali dia rela Badrul memakinya daripada berdepan dengan senyum Badrul yang sangat aneh ini. Seribu kali dia rela Badrul memarahinya daripada Badrul melayannya begini.
“Boleh?,”soalnya lembut di telinga Sabrina. Membuat dada Sabrina seakan mahu pecah. Air mata menitis tiba-tiba. Dia sudah tidak kisah kalau Badrul marahkan dia kerana menitiskan air mata lagi. Saat ini, dia berharap suara lantang lelaki itu memarahinya. Tetapi, kenapa lelaki ini tidak meninggi suara? Kenapa lelaki ini Cuma tersenyum? Dan, apabila jemari Badrul menyapu air mata yang mengalir di pipinya, dia terasa mahu pengsan.
“Kenapa menangis? Kata tak kisah…,”
Bahu Sabrina sudah terhenjut-henjut menahan esakan. Spontan dia bangkit dari sofa berlari ke bilik air, sebaik melihat wajah Badrul mula dekat dengan wajahnya. Berdentum dia menutup pintu sambil menggeletar jemarinya mengunci pintu dari dalam. Memang dia akan tidur di sini malam ini. Dia tidak kisah tidur dalam bilik air. Debar jantungnya seakan tidak mahu berhenti.
Badrul tersenyum panjang.
“Yes!,”bisiknya bersama gelak besar. Akhirnya dia yang menang. Padan muka! Menangis! Dengan malas dia mengangkat punggung dari sofa. Melangkah ke arah bilik air. Perlahan dia mengetuk pintu bilik air.
“Mana muka tenang kau? Kenapa menangis?,”soalnya bersama sisa gelak yang sukar ditahan. Gelak kemenangan. Diam. Soalannya tidak berjawab.
“Terus bisu ke? Buka pintu ni,”
“Tak nak!,”
“Hidup lagi. Ingat dah jadi duda aku tadi. Mana tahu, tiba-tiba kau mati mengejut,”
Diam.
“Cepat buka pintu ni,”
“Tak nak,”
“Oit! Aku nak mandilah. Kau ni, berlakon over sangatlah. Macam baik aje kan? Sudah! Cepat buka pintu ni. Aku nak mandi. Dah nak masuk Maghrib ni,”
“Awak tak serius kan?,”
Badrul tergelak lagi.
“Perasanlah kau! Tak ingin aku. Cepat. Aku nak mandi,”Badrul bersuara dengan nada yang agak tinggi. Kesabarannya sudah mula dicabar.
“Betul?,”
“Hello perempuan. Kalau kat dalam dunia ni, hanya ada kau saja, mungkin aku pertimbangkanlah. Kalau tak, jangan mimpilah. Cepat buka. Sebelum aku pecahkan pintu ni,”
“Kejap,”
Tidak lama kemudian pintu terkuak. Terjengul kepala Sabrina dengan wajah yang was-was.
“Keluarlah,”ujar Badrul geram sambil menolak daun pintu yang sedikit terbuka. Tangannya pantas menarik lengan Sabrina. Sabrina menyeringai menahan sakit.
“Aku cakap elok-elok, kau sengaja nak bagi aku naik angin,”
Sabrina diam. Lengannya yang sedikit sengal disapu perlahan. Tidak mengapa. Dia lebih sukakan Badrul sekarang daripada Badrul yang menyeramkan tadi.
“Awak…,”Sabrina memberanikan diri membuka mulut.
“Apa? Nak kena cium ke?,”
“Bukanlah,”
Badrul bergerak mencapai tuala di penyidai.
“Dah tu? Apa?,”
Sabrina bergerak agak jauh dari Badrul. Tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu.
“Apa kata kalau saya sewa bilik lain, aje?,” cukup perlahan cadangan yang keluar dari bibir Sabrina.
“What?!,”
Sabrina tersentak. Perlahan dia mengurut dada. Lama-lama boleh melayang semua semangatnya.
“Saya sewa bilik lain. kita anggap kita tak kenal antara satu sama lain. kita buat hal masing-masing?,”
Badrul merenung tajam wajah Sabrina. Melangkah ke arahnya. Sabrina pula cepat-cepat bergerak ke pintu bilik air. Bersedia lari ke dalam bilik air sekali lagi, kalau Badrul cuba apa-apakan dia.
“Supaya senang kau panggil kekasih kau datang ke sini? Temankan kau di sini? Aku dah cakap dengan kau, aku tak akan bagi laluan yang begitu mudah pada kau. Hidup dengan aku, kau akan tahu langit tu tinggi atau rendah. So, jangan mimpilah… sayang,”cukup sinis suara Badrul sambil merenung tajam wajahnya. Sabrina tunduk.
“Itu cadangan saja,”perlahan Sabrina bersuara.
“Cadangan ditolak,”
Sabrina mengeluh pendek.
“Dah! Tepi. Tak payah nak jadi guard kat bilik air ni, pulak. Aku nak mandi ni,”
Sabrina mengengsot ke tepi. Berdentum Badrul menutup pintu bilik air. Dengan longlai Sabrina bergerak ke sofa semula. Berbaring di situ. Terasa sia-sia berada di sini kalau dia terpaksa berkurung di dalam bilik selama dua minggu. Apalah agenda Badrul mengajak dia datang ke sini?

****

15 comments:

MaY_LiN said...

hahaha..bile nak sayang nie...

name saye tiha said...

huhuhu...sy suka..sy suka...heee..

thanks kak hanni...

nti msk n3 br ag k....

take care kakak!!

diana said...

besttttttttttt......tq kak hanni.

aqilah said...

hai hanni, tahniah kerna BYMYB akan dibukukan. All the best untuk seterusnya. Sian sabrina, tapi suka tgk mereka bertengkar. Gaduh2 tanda sayang. i like it

atashinci said...

sye pon ske gak.....
gaduh2 syg.....
delh lelaki lain kt pangkor tu ske kt sabrina.....
tgk badrul jeles x.....
hehehehe

yatt said...

Yes...senyum je baca . Best nyer... gadoh-gadoh sayang. Lama lah nak tunggu N3 baru...

Anonymous said...

bestnyer.... :D
kak hanni smbg lg bile free nnt..
bile nk tgk dorg saling jatuh cinta nie.. tak sabar plak rasa..hehe

nana_yoong said...

best2, akak n3 ni badrul je menang, nant bagi sabrina plak menang ye, hehehhehe.. seronok bace..

nora said...

Salam Hanni

Tahniah BYMYB akan dibukukan

Kite nak reserved satu siap tandatangan Hanni buleh tak?

Anonymous said...

tahniah nanti kalau nak dikeluarkan cpat ckap tau...

misz nana said...

hehehe.. tersengih je baca n3 kali ni.. tengkiu kak hanni..

Anonymous said...

a'ala..kak hanni...bila nk smbung lg..huhuhu..xsabarnya..bila diorng nk saling sayang....

Anonymous said...

haha...cadangan ditolak!!!kelakar2...haha

Anonymous said...

comella pasangan ni... kalu diorang tak bersama tak tahula nak cakap ape

♥corcraze♥ said...

hahaha!!bestnye!cute giler dorg nih..perang mulot!!
hahhaa..xmenahan aku gelak!hahaha!

[11:35:50 PM] hos.getah: