Saturday, November 1, 2008

Kuseru Rindu Itu... 9

“Ayu.. abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marahkan Ayu. I’m so sorry,”
Idayu menoleh.
“It’s okay. Cepatlah. Nanti lama pula mak menunggu kita,”Idayu membalas lembut. Namun, di dalam kelembutan itu, dia tahu hati Idayu terguris. Dia tahu benar. Nada suara Idayu cukup dingin.
“Ayu nak pergi juga ke? Abang tahu Ayu marahkan abang. Kalau ayu nak cancel..,”
“Dah banyak kali mak telefon. She’s waiting for us. Cepatlah. Tak baik buat mak tertunggu-tunggu,”
“Panjang benar menungnya tu. Apa yang kamu fikirkan Syam?,”
Hisyam mengangkat muka dengan riak wajah yang sedikit terkejut. Tuan harun tersenyum. hisyam turut mengukir senyum.
“Kenapa tak masuk tidur? Termenung sorang diri kat sini. Ada masalah ke?,”
“Hah?.” Dalam terpinga-pinga dia menjari jam di dinding. Sudah pukul dua belas lebih.sudah begitu lama dia di situ rupanya. Dia mengeluh perlahan.
“Ayah belum tidur?,”soalnya sambil memandang wajah Tuan Harun.
“Ayah nak ke dapur. Dahaga. Pergilah masuk tidur. Dah lewat ni,”
“Yalah,”jawabnya sepatah. Tuan Harun mengangguk sambil berlalu.dia memandang sekeliling. Rumah besar itu sudah sunyi. Barangkali semua orang sudah tidur. Perlahan dia mengangkat punggung. Melangkah malas kea rah biliknya. Daun pintu ditolak perlahan. Setelah melangkah masuk, perlahan juga dia menutup semula pintu bilik. Dia melangkah menghampiri Idayu yang sedang lena. Lama dia merenung wajah Idayu yang sedang lena. Bekas air mata masih belum kering di pipi Idayu. Melihat pipi isterinya yang basah itu, hatinya bagai direntap keluar. Sesungguhnya dia tidak sanggup melihat air mata itu. Di sebalik wajah ceria Idayu semasa makan malam tadi, rupa-rupanya ada air mata yang bertamu di dalam lenanya. Idayu menangis dalam diam. Perlahan dia menyapu air pipi Idayu yang basah. Maafkan Abang, Idayu…
“Get out! Leave me alone,”
Telinganya bagai terdengar herdikannya petang tadi. Buat kali pertama dia mengherdik Idayu. Bukan niatnya. Juga bukan salah Idayu. Idayu Cuma masuk ke biliknya untuk melihat keadaannya. Untuk bertanya apa masalahnya. Untuk bertanya punca ketegangan wajahnya. Dan, bagaimana dia hendak menjawab setiap pertanyaan Idayu, kalau jawapannya Cuma akan membuat masalah menjadi semakin kusut. Dia tidak akan mereka seribu alasan dan berbohong pada Idayu. Tidak akan sesekali. Dia juga tidak akan bercerita tentang cadangan Maisara yang kejam. Sudahnya, di luar kawalannya, dia menghamburkan kemarahannya pada Maisara, kepada Idayu. Kepada Idayu yang tidak bersalah. Kepada Idayu yang tidak tahu apa-apa. Jelas di matanya Idayu yang amat terkejut dengan herdikannya. Tanpa sedar, bibir matanya terasa panas.
“Maafkan abang…,”bisiknya perlahan sambil mengusap rambut Idayu. Merenung wajah yang penuh kelembutan itu. Nampak sungguh tenang di dalam lenanya. Bunyi jeritan telefon bimbitnya membuat dia sedikit tersentak. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia mematikan panggilan telefon sebaik melihat nama Maisara yang tertera di layar telefonnya. Dia tidak mahu menjawab panggilan itu. Rasa marah masih bersisa di hati. Sekali lagi telefonnya bordering, talian dimatikan sekali lagi, sebelum dia mematikan telefon bimbitnya.
“Kenapa tak jawab call tu?,”
Hisyam mengangkat muka. Idayu menyapu pipinya sambil menenyeh mata.
“Sorry. Abang tak bermaksud nak kejutkan Ayu,”
Idayu tersenyum nipis. Tangannya mencapai getah pengikat rambut. Mengikat rambutnya yang sedikit kusut.
“Tak apa. Ayu tertidur tadi. Dah pukul berapa ni?,”
“Dua belas,”jawab Hisyam pendek. Lagak Idayu yang terlalu biasa membuat dia serba salah. Idayu masih bersedih atau sudah melupakan segala yang berlaku?
“Dah lewat rupanya. Ayu nak mandi tadi… tertidur pula,”Idayu bersuara sambil bangkit dari katil. Kemudian duduk semula di birau katil. Bersebelahan dengan Hisyam.
“Abang minta maaf. Abang tak bermaksud nak marahkan Ayu petang tadi. Abang tak sengaja,”Hisyam bersuara sambil memandang wajah Idayu. Idayu tunduk. Tidak dapat dia nafikan, memang dia terlalu sedih dengan herdikan Hisyam. Hisyam tidak pernah meninggikan suara padanya. Jadi, apabila tiba-tiba Hisyam mengherdiknya, dia benar-benar tersentap. Dia menjadi sangat sensitif. Perlahan dia mengangkat muka. Membalas renungan Hisyam.
“Tak apa. Ayu dah lupakan,”ujarnya perlahan.
Hisyam tersenyum pahit. Masakan Idayu dapat melupakan hal itu dengan begitu cepat. Dia menyentuh jemari Idayu. Menggenggam erat tangan Idayu. Dia sanggup mendengar apa sahaja yang ingin Idayu hamburkan padanya. Tetapi, dia tidak sanggup melihat Idayu memendam marahnya semata-mata ingin mejaga perasaannya. Perasaan seorang suami yang tidak setia. Bukan sedikit rasa bersalah yang bersarang di relung hati saat ini.
“Ayu… Ayu marahlah abang. Abang sanggup dengar apa sahaja. Apa sahaja Ayu. Tapi, abang tak sanggup melihat Ayu menangis dalam diam macam ni. Cakaplah apa saja. Abang sanggup dengar..,” Hisyam bersuara lagi. Jemari Idayu di bawa ke bibirnya lalu dikucup bertalu-talu. Idayu tersenyum kecil. Wajah Hisyam yang penuh dengan kekesalan itu, direnung cukup lama.
“Betul abang sanggup dengar apa saja?,”soalnya perlahan.
“Yes. Keluarkan semua ekmarahan Ayu. Abang memang patut kena marah kan? Abang tak patu herdik isteri abang macam tu,”
“Abang… Ayu tak berdaya nak marahkan abang. Sebab… Ayu terlalu mencintai abang,”ujar Idayu sambil merenung ke dalam mata Hisyam. Ternyata kata-kata itu membuat Hisyam menjadi kelu tiba-tiba. Idayu tersenyum sayu. Reaksi Hisyam bagai dapat dia jangka.
“Ayu…abang..,”
“Ssyy…tak payah cakap apa-apa,”
Jemarinya diletakkan ke bibir Hisyam. Hisyam dilanda rasa serba –salah. Jemari Idayu di bibirnya, digenggam erat. Kenapalah wanita ini terlalu baik?
“Ayu tak akan Tanya soalan tu lagi. Apa pun perasaan abang pada Ayu, abang simpanlah di sini,”ujarnya sambil meletakkan tangan kirinya di dada Hisyam. Hisyam benar-benar kehilangan kata-kata. Dia tidak akan setuju dengan cadangan Maisara. Tidak akan. Tubuh kecil Idayu dirangkul dan dipeluk erat. Idayu membalas pelukan itu. Mustahil dia dapat memaksa Hisyam agar jatuh cinta padanya. Agak lama mereka berkeadaan begitu. Melayan perasaan masing-masing. Akhirnya Idayu melonggarkan pelukannya. Mendongak memandang wajah Hisyam yang kelihatan sedikit tenang.
“Terima kasih, bang,”ujar Idayu separuh berbisik. Hisyam membalas renungan Idayu. Agak hairan dengan ucapan terima kasih yang tiba-tiba.
“Untuk apa?,”
“Untuk kebahagiaan kita selama ini. Walaupun abang pernah cakap yang abang tak mungkin dapat membahagiakan Ayu, tapi, hakikatnya, dalam tempoh perkahwinan kita, terlalu banyak kebahagiaan yang Ayu dapat. Terlalu banyak kebahagiaan yang abang berikan. Terima kasih, bang,”
Hisyam tersenyum kecil. Kata-kata Idayu mengingatkan dia pada pertemuan awal antara dia dan Idayu. Pertemuan yang tidak menyenangkan. Baik padanya atau pun pada Idayu. Dia sendiri tidak menduga yang dia akan dapat mengecapi kebahagiaan ini. Dan, tidak tahu bagaimana kebahagiaan ini boleh menjelma dalam hidup mereka berdua.
“Nampaknya abang pun kena berterima kasih pada Ayu,”
“Oh ya? Kenapa pula?,”soal Idayu tersenyum senang. Segala keresahan di hatinya, dibuang sejauh mungkin. Tidak mungkin dia akan merosakkan segala keindahan ini dengan rasa curiga yang tidak berpenghujung. Dengan rasa cemburu yang cuma akan membunuh kebahagiaan yang sedang dia nikmati ini.
“Sebab dah jadi seorang isteri yang sempurna untuk abang,”
“No. I don’t think so,” Idayu bersuara sambil menarik tangan Hisyam yang masih melingkari pinggangnya. Hisyam mengerutkan kening tanda kurang mengerti akan maksud kata-kata Idayu. Pelukannya dileraikan.idayu tersenyum. Mustahil dia dapat menjadi seorang isteri yang sempurna sedangkan dia gagal mendapatkan cinta Hisyam. Mustahil juga dia seorang isteri yang sempurna kerana saat ini, di hati suaminya itu ada nama lain selain daripada namanya. Ada wajah lain selain daripada wajahnaya. Itu kenyataan yang tidak mungkin dapat dia tepis lagi.
“Apa maksud Ayu?,”soal Hisyam hairan. Tiba-tiba dia berdebar mendengar kata-kata Idayu. Adakah Idayu sudah dapat menghidu kecurangannya? Atau barangkali Maisara telah mengotakan ugutannya? Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Takut untuk mendengar kata-kata Idayu yang seterusnya. Takut Idayu mengetahui kecurangannya. Takut melihat wajah kecewa Idayu. Takut dia akan membuat Idayu terluka.
“Yalah… mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni? abang ni, puji Ayu melebih-lebih pula,”ujar Idayu selmaba sambil mengangkat punggung. Tanpa sedar, Hisyam menarik nafas lega. Idayu berpaling ke arahnya. Terdengar helaan nafas Hisyam yang panjang.
“Kenapa bang?,”
“Tak ada apa-apa,”Hisyam menjawab sambil mengukir senyum selebar mungkin. Idayu menjeling manja sambil mencapai tuala di penyidai. Hisyam berbaring ke katil. Matanya terus memerhati Idayu yang sedang menyikat rambutnya. Satu kebiasaan setiap kali dia mahu mandi.
“Betul Ayu dah tak marah ni?,”sekali lagi soalan itu meluncur di bibir Hisyam.
“Abang ni. berapa kali nak tanya? Atau… abang memang teringin nak tengok Ayu marahkan abang ya?,”
Hisyam tersengih. Bicara Idayu sudah kembali ceria seperti biasa. Itu sudah cukup untuk membuat dia berasa lega.
“Eh, Syafiq tidur dengan mak, ke?,”soal Hisyam tiba-tiba apabila menyedari Syafiq tiada di biliknya.
“Ha ah. Mak yang ajak,”
Hisyam menganggukkan kepala. Sekuntum senyum penuh makna terukir di bibirnya. Senyuman yang memang Idayu mengerti akan maksudnya. Idayu cuma tersenyum sambil memandang dari dalam cermin, Hisyam yang bergerak menghampirinya.
“Kalau macam tu..,”
“Kalau macam tu, apa?,”soal Idayu pura-pura tidak mengerti.
“Kalau macam tu…bolehlah kita mandi sama-sama. Lepas tu..,”Hisyam tidak menghabiskan kata-katanya. Cuma tangannya menarik perlahan Idayu ke pelukannya. Idayu tertawa kecil. Tubuh Hisyam ditolak perlahan.
“Ayu nak mandilah, bang,”
“Yalah. Abang pun nak mandi,”bisiknya perlahan sambil mencium telinga Idayu dengan lembut.
Ketukan bertalu di pintu biliknya membuat ciuman Hisyam terhenti. Idayu tersenyum panjang.
“Siapa pula tu?,”rungut Hisyam sambil meleraikan pelukannya. Idayu tergelak kecil melihat wajah Hisyam yang sedikit mencuka. Sambil merungut, dia mengorak langkah ke pintu. Daun pintu dibuka perlahan.
“Mak… Kenapa?,”Hisyam bertanya. Hairan melihat Puan Mariam tercegat di pintu biliknya.
“Dah tidur ke? Ni haaa… Syafiq nak tidur dengan mamanya pula,”ujar Puan Mariam sambil memandang ke arah Syafiq yang berdiri di sebelahnya. Hisyam tersenyum melihat Syafiq yang menggosok mata menahan mengantuk. Dia membongkok sambil mengangkat tubuh Syafiq. Syafiq terlentok di bahunya.
“Kenapa tak nak dengan nenek?,”soalnya sambil menggosok belakang Syafiq.
“Afiq nak mama..,”rengek Syafiq seperti mahu menangis.
“Tak apalah mak. Mak pergilah sambung tidur. Dah lewat ni. Tak cukup tidur nanti, darah tinggi mak datang lagi,”
“Yalah,”ujar Puan Mariam sambil berlalu. Hisyam menutup pintu bilik. Dia berpaling. Berlaga pandang dengan Idayu yang jelas menahan tawa. Dengan malas dia melangkah sambil mendukung Syafiq. Idayu tergelak kecil sambil melangkah mendekati Hisaym yang sedang membaringkan Syafiq ke katil. Melihat Idayu berada di hadapannya, Syafiq tidak banyak kerenah. Matanya terpejam perlahan-lahan. Hisyam mengeluh perlahan sambil memandang wajah anaknya yang sudah lena.
“Syafiq…Syafiq… pandai betul rosakkan plan papa,”rungut Hisyam sambil tersenyum. Jemarinya mengusap perlahan rambut Syafiq. Idayu turut tersenyum sambil melangkah masuk ke bilik air.

***

3 comments:

Anonymous said...

Cite ni menarik sangat...
hope ade hepy ending tuk ayu...kesian dye...
baik sangat....juz innocent wife

Anonymous said...

sdih la bca bab 9 ni..
tersentuh sgt sgt sgt..
trus menitik air mata ni..
sy pun berhrp ada happy ending 4 ayu..
ksian sgt kt dia..
isk..isk..isk..

hajar said...

kalaulah saya setabah ayu.... :(

[11:35:50 PM] hos.getah: