Saturday, November 1, 2008

Kuseru Rindu Itu... 10

“Abang perlu cari masa yang sesuai untuk minta izin daripada isteri abang,”
“Minta izin? Minta izin apa?,”Maisara bertanya dengan nada hairan.
“Minta izin untuk kita kahwinlah. Untuk apa lagi?,”
Maisara tergelak kecil. Dia semakin mengerti akan maksud kata-kata Hisyam itu.
“Mungkin abang silap. Memang Sara nak kita kahwin. Tapi, Sara tak nak ada orang ketiga. Abang tak tahu, mungkin sebab Sara tak pernah mention pasal ni. Since abang dah sebut, Sara akan beritahu abang. Sara tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain,”
Mendengar kata-kata itu, wajah Hisyam jelas mempamerkan ekspresi terkejut. Ekspresi terkejut yang bukan sedikit.
“Apa maksud Sara?,”
“Sara nak abang beritahu isteri abang tentang hubungan kita. Kemudian ceraikan dia. Lepas tu, kita akan kahwin,”ujar Maisara sambil tersenyum manis.
“Mustahil. Abang tak akan buat macam tu. Itu cadangan mengarut. Abang tak setuju,”
“Tapi, bang… Abang cintakan Sara kan? Buat apa nak wujudkan gangguan dalam rumahtangga kita nanti?,”
“She is my wife. You have to respect that situation,”
Maisara tergamam seketika. Cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Hisyam.
“But you didn’t love her…,”
Hisyam mengangkat punggung.
“Listen to me, Sara. Kalau Sara betul-betul cintakan abang, Sara kena terima abang dengan keadaan abang sekarang. Kalau tidak, mungkin kita patut fikirkan semula tentang hubungan kita,”Hisyam bersuara perlahan. Namun, nadanya kedengaran cukup tegas di telinga Maisara. Sebelum sempat Maisara bersuara, Hisyam terus berlalu meninggalkannya bersama hidangan makan tengahari yang belum berusik.
Hari ini, selepas dua hari berlalu, Hisyam belum menghubunginya. Malah panggilannya tidak pernah berjawab. Marah benar Hisyam dengan cadangannya itu. Barangkali cadangan itu, keterlaluan pada Hisyam. Ketegasan Hisyam bagai memberitahu yang, suka atau tidak, dia harus bersedia untuk berkongsi suami. Maisara mengeluh resah. Untuk entah ke berapa kali, jemarinya sekali lagi mendail nombor telefon Hisyam. Hasilnya tetap sama. Hanya peti pesanan suara yang menjawab panggilannya. Ternyata situasi itu membuat dia tidak senang duduk. Membuat dia menjadi resah. Perlukah dia meminta maaf pada Hisyam. Memang perlu kalau dia masih mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Hisyam. Dengan kemarahan Hisyam tempoh hari, mustahil lelaki itu akan datang untuk memujuknya seperti selalu.
“Sara… Sara… kenapa mesti kau tersalah cakap?,”Maisara merungut sendiri sambil bersandar pada pagar balkoni. Membiarkan angin malam menyapu wajahnya. Anis yang muncul bersama dua mug berisi milo panas, dipandang sekilas sebelum dia melemparkan pandangan pada keindahan bandaraya Shah Alam. Cuba mententeramkan perasaannya yang berserabut.
“Dah dua hari aku tengok kau asyik berkepit dengan handphone tu. Bergaduh lagi ke?,”soal Anis sambil menghulurkan mug kepada Maisara. Maisara menyambut tanpa bersuara. Dia beredar ke kerusi besi yang memang diletakkan di bahagian balkoni apartment. Perlahan dia melabuhkan punggung di situ. Anis pula mengambil tempat di pagar balkoni. Bersandar sambil memandang wajah Maisara yang langsung tidak ceria.
“Kalau dah muncung macam tu… betullah tekaan aku tadi, kan?,”
Maisara cuma mengeluh panjang. Pertanyaan Anis tidak dijawab. Anis menggeleng perlahan. Perlahan dia meneguk milo panas dari mugnya sambil melangkah menghampiri Maisara. Melabuhkan punggung di kerusi di sebelah Maisara. Menunggu kalau-kalau Maisara ingin bercerita tentang masalah cintanya lagi.
“Kau tak keluar ke, malam ni?,”soal Maisara. Sengaja mencari topic perbualan yang agak menyimpang. Anis menggeleng cuma.
“So, tak nak cerita ke?,”Anis bertanya sekali lagi. Melihat Maisara asyik termenung semenjak dua hari lalu, dia yakin masalah yang dihadapi gadis itu pasti serius.
“Biasalah…,”Maisara menjawab dengan nada acuh tidak acuh.
“Kenapa ni? sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau selalu sangat bergaduh dengan Hisyam tu. Dulu… masa baru- baru bercinta tak ada pula bergaduh. Bahagia memanjang,”
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku jadi hairan bila fikir perangai Hisyam tu. Susah nak dijangka. Dalam pada baik… tiba-tiba boleh meletup. Pening kepala aku ni,”
Anis tersenyum lucu mendengar luahan Maisara.
“Dah setahun lebih kau kenal dia. Takkan masih belum boleh baca perangai? Apa yang dia suka. Apa yang dia tak suka. Tak adalah terjadi kes terjolok sarang tebuan,”
“Ini bukan lagi kes terjolok sarang tebuan. Ini dah jadi kes terlanggar sarang tebuan,”Maisara bersuara selamba. Anis tergelak kecil. Menyedari jelingan tajam Maisara, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai isyarat meminta maaf.
“Bunyinya macam parah tu. Apa dah jadi sebenarnya? Apa kau dah buat? Atau… apa Hisyam tu dah buat?,”
“Hisyam marahkan aku,”
“Marah? Kenapa?,”
“Entah. Tiba-tiba dia jadi sensitive bila aku cakap pasal isteri dia,”
Anis mengerutkan kening. Wajah Maisara dipandang agak lama.
“Kau cakap apa?,”
“Well…It’s only a suggestion actually. Aku berterus-terang dengan dia yang aku tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain. aku tak sanggup. Itu saja,”
“Apa maksud kau? Kau minta putus dengan Hisyam ke? Atau… isteri dia jumpa kau? Minta kau tinggalkan suami dia?,”
“Bukan. Aku cuma nak dia kahwin dengan aku selepas dia ceraikan isteri dia. Itu saja. Tiba-tiba dia melenting bila dengar aku cakap amcam tu. Bukan main marah lagi. Tak pernah aku tengok dia marah macam tu,”
Anis ternganga. Terdiam seketika mendengar cerita Maisara. Tidak menyangka Maisara sanggup memberi cadangan sekejam itu. Sanggup Maisara meruntuhkan rumahtangga orang lain demi kebahagiaan dia sendiri.
“AstaghrafillullahalAzim. Sara… sanggup kau buat macam tu? Sanggup kau cuba pisahkan mereka suami isteri?,”
“Aku cuma nakkan Hisyam jadi milik aku seorang. Itu saja. Aku ada hak dapatkan yang terbaik untuk diri aku, kan?,”
“Tapi, kau tak ada hak untuk pisahkan orang macam tu. Kalau kau tak sanggup nak berkongsi kasih, jangan bercinta dengan suami orang. Tak baik kau minta orang runtuhkan masjid, tahu?,” Anis bersuara dengan nada ayang amat serius. Dia langsung tidak bersetuju dengan perbuatan temannya itu. Terlalu kejam permintaan Maisara.
“Tapi, dia kan, tak cintakan isteri dia. Buat apa nak terus hidup dengan perempuan yang dia tak cinta? Dia cintakan aku. Jadi, dia patut tinggalkan isteri dia, dan hidup bahagia dengan aku. Because, we love each other. Aku tak fahamlah. Kenapa dia tiba-tiba melenting bila aku cakap macam tu,”
“Walau apa pun alasannya, kau tak patut minta dia buat macam tu, Sara. Kau tahu tak? Kau dah jatuhkan reputasi kau di mata dia,”
Maisara memandang wajah Anis. Walau sedikit geram dengan percanggahan pendapat temannya itu, hatinya meronta ingin tahu apa yang ada di dalam kepala Anis saat ini.
“Apa maksud kau?,”
“Kau dah tunjukkan pada Hisyam keburukan kau. Langsung tak fikir perasaan orang lain. kejam. Tu semua tak elok untuk hubungan kamu berdua,”
“Excuse me. Aku tak kejam. Okay! Aku cuma realistik. Mana ada orang yang nak hidup bermadu? Cuba kau tanya semua perempuan dalam Malaysia ni… nak ke mereka hidup bermadu?,”
Anis tersenyum sumbing. Cukup cacat senyumnya di mata Maisara. Senyuman itu membuat Maisara tidak selesa. Berasa tersindir.
“Kenapa kau senyum?,”soal Maisara perlahan. Kelantangannya hilang melihat senyum sumbing itu.
“Kalau kau tak nak bermadu, kenapa kau bercinta dengan married guy? Kau tahu tentang itu dari awal lagi. Dan… seingat aku, kejujuran Hisyam yang tak pernah sembunyikan statusnya itu jugalah yang telah menawan hati kau, kan? Kenapa tiba-tiba sekarang kau bercakap pasal status pula?,’
“Sebab… kan aku dah beritahu tadi. Aku nak dia jadi milik aku sorang. Aku tak sanggup nak berkongsi dia dengan sesiapa. Aku tak sanggup,” Maisara menjawab dengan nada yang sedikit keras. Hilang sabar dengan soalan Anis yang menghentamnya.
“Okay. I understand. Tapi, kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang kau bangkitkan isu tu? Dulu, kau macam tak kisah saja,”
“Entah. Mungkin sebab sekarang ni, kami dah mula fikir soal kahwin. Jadi, aku lebih hampir dengan kenyataan yang kalau kami kahwin, aku terpaksa berkongsi kasih sayang dia dengan orang lain. Aku rasa tergugat,”
“Sepatutnya isteri dia yang berasa macam tu. Bukannya kau,”
Maisara menjeling sambil mencebik.
“So, betullah Hisyam tu serius dengan kau ya?,” tokok Anis setelah agak lama berdiam diri.
“Yalah. Kau masih tak yakin dengan Hisyam tu?,”Maisara menjawab dengan nada sedikit geram. Rupa-rupanya Anis masih lagi dengan persepsi lamanya. Masih juga menganggap Hisyam ingin mempermainkan perasaannya.
“Sekarang aku yakin. Cuma aku tertanya-tanya, apa akan jadi selepas ni?,”
“You mean?,”
“Yalah.. kau berkeras tak nak bermadu. Dia pula, melenting bila kau suruh dia ceraikan isteri dia. So, macam mana kau nak selesaikan masalah ni? Kalau dia tetap dengan keputusannya, macam mana?,”
Maisara diam. Kata-kata Anis mengembalikan kerunsingannya tadi. Dia sendiri buntu memikirkan cara penyelesaian konflik yang melandanya itu. Perlahan dia menggeleng.
“Entahlah. You have any idea?,”akhirnya dia bersuara sambil memandang wajah Anis. Dalam enggan dia terpaksa meminta pendapat Anis. Dia sudah buntu. Kalau boleh dia tidak mahu mengalah. Dia mahu Hisyam yang beralah. Hisyam perlu memilih dua. Dia atau isterinya…
“Kau ada cuba call dia?,”
“Itulah yang aku buat sejak dua hari lepas. Dia tak jawab. Mesti dia marahkan aku,”
“Dia tak nak ceraikan isteri dia?,”
“Yalah. Kan aku dah cerita tadi. Berapa kali nak ulang ni? kau ni, slowlah,”
“Kau nak dengar pendapat aku ke tidak? Kalau tak nak tak apa. Aku masuk tidur,”
“Nak…Nak… Duduklah dulu. Jangan merajuk. I need your help. Please…,”pantas tangan Maisara mencapai lengan Anis yang sudah pun mula melangkah meninggalkannya. Anis tersenyum kecil sambil ,melangkah ke pagar balkoni. Bersandar sambil memandanh wajah Maisara yang mendung.
“Mengalah sajalah. Terima hakikat dia tu suami orang. Lagi pun dia ada anak, kan? Mesti banyak perkara yang perlu dia pertimbangkan. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau tak boleh beri kata dua macam tu, pada dia. Keu kena belajar memahami dia. Kalau tidak, macam mana kau nak hidup dengan dia? Kau tak boleh selfish,”
“Maknanya, aku terpaksa bermadulah?,”
Anis menjungkit bahu. ,alas hjendak menjawab soalan Maisara.
“But… he loves me. Dia tak cintakan isterinya tu. Kenapa dia nak pertahankan perkahwinan tu, kalau tak ada cinta? Itu yang buat aku rasa marah sangat tu,”
“Itu yang dia cakap. Yang dia simpan kat sini… kita tak tahu, kan?,”ujar Anis sambil meletakkan jeri telunjuk di dadanya.
“What do you mean?,”
“Sorrylah. But, aku yakin sangat-sangat dia cintakan isteri dia tu. Sebab tu dia tersentap bila dengar cadangan kau tu. Lelaki… kalau nak beristeri lebih dari satu…ayat mesti power,”
“No! He’s not. Dia bukan lelaki macam tu. Dia cuma cintakan aku. And, aku percaya kata-kata dia tu,”
Anis mengeluh perlahan.
“It’s up to you. Cinta tu buta kan? Aku rasa, kau pun sama-sama dah jadi buta sebab cinta buta kau tu. Kalau kau nak Hisyam, bersedialah untuk bermadu. Kalau kau tak nak bermadu, tinggalkan Hisyam. Cari, lelaki bujang yang bersepah lagi kat luar sana tu. Dah malam ni. Mata aku pun dah mengantuk. So, aku masuk tidur dulu,”
Maisara tidak menjawab. Dia cuma memandang Anis berlalu. Kata-kata Anis terngiang-ngiang di telinga. Tidak mungkin. Dia tidak percaya. Kata-kata Anis cuma satu andaian yang meleset. Dia tidak akan termakan dengan pendapat itu. Tetapi, selintas apabila dia teringatkan kemesraan Hisyam dan isterinya di restoran tempoh hari, kata-kata Anis kembali mengganggu fikirannya. Membuat kepalanya semakin sarat dengan rasa curiga.

****

3 comments:

Anonymous said...

Mengada2 la c maisara ni
kalo da tau yg hisyam tu laki org ...time je lah dye camtu kalo btul nk kawen ngan hisyam tu....xnk la jd mcm dye ni ...

hajar said...

heee tau x per... meluat dgn maisara!

diahperi said...

benci btl dgn si Maisara tu senang2 nak suruh ceraikan si ayu apa dah tak lelaki lain lagi ke smpai laki org pun dia nak camna lah nasib Hisyam bila dah kawin dgn dia jgn2 nak jumpa si ayu pun susah

[11:35:50 PM] hos.getah: