Najman mengerling. Zariff masih diam di kerusi sambil
merenung dinding café yang kosong.
“Dahlah
tu. Nanti retak dinding tu,”akhirnya dia bersuara. Bosan dengan suasana sepi sebegitu.
Air di dalam gelasnya sudah tinggal separuh, namun sepatah kata pun belum
keluar dari bibir temannya itu.
Zariff
memandang sekilas. Teguran itu mengganggu lamunannya. Dia menghela nafas
panjang sambil meneguk minuman yang
sudah sedikit dingin.
“Kalau aku
kat rumah, aku boleh tidur puas-puas. Dahlah aku balik lambat malam tadi. Duduk
sini tengok muka kau pun, bukan ada faedah,”Najman separuh merungut. Memang dia
berniat mahu menyambung tidur apabila Zariff menelefonnya tadi.
“Tidur kau
tu, bila-bila masa boleh sambung…,”
Najman mengerling.
“Duduk
sini mengadap muka kau yang macam ni pun, bukan ada faedah,”
Zariff
buat-buat tidak dengar.
“Kau ni
kenapa? Macam orang putus cinta,”
Zariff
tergelak kecil.
“Putus
cinta ‘hotak’ kau. Aku tengah bengganglah,”akhirnya Zariff bersuara sambil
mengeluh kecil. Di kepala sekali lagi terbayang wajah Arisa. Geram benar dia
dengan Arisa. Tercabar bukan sedikit dengan kerenah perempuan itu.
“Pasal
apa? Pasal PA kau tu ke?,”
“Yalah.
Siapa lagi…,”
Najman
tersenyum kecil.
“Itu yang
aku pelik tu. Lain macam kau dengan perempuan tu. Kau nak suka-suka aje dengan
dia tu, atau kau nak bawa jadi menantu mama kau?,”soal Najman separuh bergurau.
Zariff
mengerling cuma.
“Payahlah.
Jual mahal sangat,”rungut Zariff sambil meraup wajah.
“Kau ni…
macam seorang aje perempuan dalam dunia ni ya? Eh, kau tahu tak, selama kau duk
teringat perempuan tu, sorang perempuan pun kau tak rapat tau. Aku rasa kau ni
memang dah tangkap lentok dengan perempuan tu. Kahwinlah weh,”sakat Najman
bersama gelak besar.
“Kalau tak
ada modal nak menolong, kau diamlah Man. Aku tension ni,”
“Takkan
dengan kau pun dia tak boleh cair kot? Tercalar kewibaan kau ni,”
“Itu yang
aku geram tu. Kalau nak dibandingkan dengan bekas bos dia dulu, aku lebih
segalanya. Aku tak fahamlah. Dia senang-senang boleh ada affair dengan laki
orang tu, tapi dengan aku, tunjuk jual mahal pulak. Apa yang lelaki tu boleh
bagi pada dia, aku sanggup bagi lebih dari tu,”
“Alah…
rileks lah. Mungkin dia masih nak sesuaikan diri tu. Takkanlah baru kerja dah
nak terus scandal dengan bos kot. Kau
pun, agak-agaklah. Takkan lari gunung dikejar tu. Tak pun, cari perempuan lain
ajelah. Berlambak perempuan cantik kat KL ni,”
“No..no…
aku nak dia. Walau macam-mana pun, dia mesti jadi hak aku,”
“Macam-mana?,”soal
Najman sambil mengangkat kening.
Zariff
menjongket bahu. dia sendiri buntu sebenarnya mencari cara untuk memujuk Arisa.
Dia tidak mahu memaksa. Memang dia bukan jenis yang suka memaksa. Lagipun,
sebelum ini dia tidak pernah mendapat kes sebegini. Selalunya cukup dengan
sekuntum senyuman yang menggoda, pasti gadis datang melutut padanya.
“Kita
jumpa bomoh, nak?,”sakat Najman lagi.
Zariff
sudah tayang wajah benggang. Najman ketawa kuat.
“Kau dah
mandi belum? Aku mandikan dengan kopi ni,”
Bergema
tawa Najman. Seronok dapat membangkitkan amarah Zariff. Memang lain sikap
temannya yang seorang ini. Sudah lama Zariff tidak turun bersamanya, mencari
teman menghibur di hujung minggu. Semuanya bermula dengan seutas rantai dan
seraut wajah. Wajah yang sehingga kini, dia sendiri tidak pernah kenal.
“Teringin
aku nak kenal dengan Arisa ni. Nak tengok macam-mana rupa perempuan yang dah
huru-harakan hidup kawan aku ni,”
Zariff
memandang wajah Najman. Rasanya perlu ada pembetulan di situ. Kata-kata Najman
seolah-olah dia lemah benar.
“Aku
huru-hara dengan jual mahal dia tu. Lagak dia tu… apa pula hidup aku yang nak
huru-hara,”
Najman tergelak
kecil. Masih juga tidak mahu mengaku.
“Tapi,
betul ke dia ada skandal dengan bekas bos dia dulu? Salah faham kot. Mungkin
dia betul-betul budak baik kot,”
Zariff
tergelak kecil. Andaian Najman sukar untuk diterima pakai.
“Aku
sendiri yang tengok dia kena tampar dengan bini bos dia. And, dia resign sebab
dia tak nak bayar duit bos dia. My HR dah siasat pasal tu. So, teramatlah
jelas, dia bukan baik sangat. Jadi, sepatutnya dia tak payah nak buat-buat baik
depan aku…,”
“Mana dia
tahu kau dah tahu semua tu. Betul tak?,”
Zariff
menjongket bahu. Ada benarnya kata-kata itu.
“And you…
kau tak kerja ke hari ni?,”tambah Najman hairan. Jarang Zariff mencarinya pada
waktu bekerja.
“Kerja.
Tapi, aku kena cari fresh air. Geram
dengan Arisa tadi belum hilang. Ada saja akal nak mengelak,”
Najman
tersenyum. Tidak perlu berkata apa-apa. Dia menggeleng perlahan.
“Mungkin
dia nak aku berterus-terang aje kot. So, aku akan berterus-terang. Kita tengok
apa pula jawapannya,”Zariff bersuara tiba-tiba. Memang selama ini dia cuba
memikat. Tetapi, andai Arisa memandang sepi pada tiap kiasannya, mungkin dia
perlu berterus-terang tentang keinginannya. Dia tidak pernah berperasaan
begini. Selama ini, dia tidak pernah acuhkan teman-teman perempuannya. Malah
tidak pernah terlintas untuk melayan mereka lebih daripada yang sepatutnya.
Tetapi, tidak dengan Arisa. Melihat Arisa, dia benar-benar hilang punca.
Najman
diam. Zariff termangu mencari ikhtiar.
*****
Arisa
termenung seketika. Masih terfikir akan renungan yang dia terima sebentar tadi.
Juga pada kata-kata yang tertuju padanya sebentar tadi.
“Arisa?
Nama you Arisa?,”
Dia
mengangguk. Wajah wanita itu sedikit berkerut membuat dia tertanya sendiri,
pelik benarkah nama Arisa?
“Teman
Zariff?,”
Dia
menggeleng. Zariff ketuanya, bukan temannya.
“Hmm… tapi,
macam pernah dengar nama Arisa ni…,”
Arisa
menggaru perlahan rambutnya yang disanggul rapi. Wanita itu membaca wajah
peliknya sehingga ke bilik Saera dan meninggalkan dia di meja, bersama
titik-titik hairan. Saera pernah beranggapan dia teman kepada Zariff dan hari
ini, wanita ini muncul bersama andaian yang sama. Tercemar namanya hanya kerana
dia berdiri di sebelah lelaki bernama Zariff.
Zariff.
Teringatkan nama itu, dia segera melayangkan pandangan ke dinding. Hampir pukul
dua belas tengahari dan lelaki itu masih belum muncul. Entah ke mana
menghilang. Dia terpaksa panjang lebar mencari alasan apabila beberapa
pertemuan penting dengan pelanggan terpaksa dia batalkan. Perlahan dia
mengeluh. Hebat menjadi bos. Bibir hanya perlu membuat keputusan. Penjelasan
pula terpaksa ditanggung olehnya yang menjadi pekerja bawahan. Di situ beza bos
dengan pekerja. Dia tersenyum. Sedar dia sudah mula merungut pada tanggungjawab
sendiri.
“Arisa…Arisa…,”ucapnya
perlahan sambil menggeleng. Pantas tangannya mencapai telefon. Waktu makan
tengahari sudah hampir dan dia perlu menghubungi Zariff sebelum dia menghilang
mencari makanan.
“Yes.
Rindu I?,”
Arisa
terdiam. Belum sempat dia bersuara, suara itu sudah lembut menyapa gegendang
telinganya.
“Nak tahu
I kat mana sekarang?,”
Arisa
merengus perlahan.
“Tak. Saya
nak keluar lunch,”
“Okay. I
boleh tunggu you kat sini. Nak lunch dengan I ke?,”
Arisa
menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Telefon di tangan dipandang dengan
wajah tanpa senyum. Seolah-olah Zariff sedang duduk di hadapannya sambil
mengajak dia makan tengahari.
“Perasan…,”mulutnya
merungut kecil. Telefon di bawa semula ke telinga.
“Tak nak.
Terima kasihlah sebab pelawa. Tapi, saya dah ada janji. Jadi, mungkin saya
masuk lambat sikit. So, Encik Zariff nak saya siapkan apa-apa ke untuk meeting
pukul tiga nanti? Semua dokumen saya dah letak kat meja Encik. Semua dah okay
sebenarnya, cuma, kalau-kalau Encik perlukan apa-apa lagi?,”
“Janji
dengan siapa? Keluar lunch dengan siapa?,”
“Maknanya
Encik Zariff tak perlukan apa-apa lagi kan? So, everything on your table ya.
Saya masuk lambat sikit,”tanpa mempedulikan soalan lelaki itu, Arisa membuat
kesimpulan sendiri.
“No. Tak
boleh. I nak you ada sekali masa meeting. Jangan masuk lewat. Cancel temu janji
tu,”
Arisa
melopong.
“Tapi…,”
“Muktamad.
Okay… ada apa-apa lagi?,”
Arisa
merengus perlahan.
“Kalau tak
ada apa-apa, I letak,’
“Eh… erm…
kalau pentinglah… ibu Encik Zariff ada kat sini. Dia ada tanyakan Encik Zariff
tadi,”
“Mama? Kat
sana? Dah lama ke dia sampai?,”
“Dalam
sepuluh minit,”
“Okay,
thanks. I balik office sekarang,”
“Eh…,”belum
sempat dia merayu sekali lagi untuk masuk kerja sedikit lewat, talian sudah
terputus. Dia merengus geram.
“Masuk
lewat sesekali pun tak boleh..,”dia merungut geram sambil jemarinya mula
mencari satu nama. Nampaknya pertemuan terpaksa dibatalkan.
“Nim…
sorry. Bos aku tak bagi aku masuk lewat pula. Tak sempat kot nak keluar lunch
dengan kau,”sebaik panggilan berjawab, dia segera bersuara.
“Kejap pun
tak boleh?,”
“Tak
bolehlah. Apa hal penting yang kau nak cakap tu? Cakap sekarang, boleh?,”Arisa
menjawab bersama soalan yang membuat dia resah dari tadi. Menurut Tasnim, ada
perkara penting yang mahu dimaklumkan. Terdengar keluhan kecil Tasnim.
“Hmm…. Tak
boleh jumpa, aku cakap kat sini ajelah. Pesanan Encik Karim sebenarnya ni. Dia
suruh aku beritahu kau, dia nak kau langsaikan semua hutang kau tu dalam minggu
ni juga. Kalau tak nanti dia akan lantik peguam untuk bawa kes ni ke mahkamah,”
Arisa
terduduk.
“Aku nak
kau tahu cepat benda ni. Aku rasa Encik Karim saja ugut kau. Dia nak kau balik
kerja dengan dia,”
“Kalau aku
tak nak balik kerja dengan dia, maknanya memang dia akan buat macam
tulah…,”perlahan dia bersuara gusar.
“Rissa…
cuba kau cakap elok-elok dengan dia. Mana tahu nanti dia boleh faham?,”
Arisa
diam. fikiran buntu tiba-tiba. Dia perlu langsaikan semua hutang di dalam
tempoh kurang seminggu? Mustahil!
“Rissa…,”
“Hah? Oh…
thanks Nim. Thanks sebab beritahu semua ni,”
“Kau okay
ke?,”
“Tak
tahulah. Apa pun, thanks ya. Aku nak letak phone ni,”tidak menunggu jawapan
daripada Tasnim, talian terus dimatikan. Telefon dicampak ke meja. Hasrat untuk
makan tengahari hilang entah ke mana. Selera mati tiba-tiba. Saat ini ada
musibah yang lebih besar sedang menanti. Di mana dia mahu mencari duit sebanyak
lima belas ribu di dalam tempoh kurang daripada tujuh hari. Perlahan dia meraup
wajah. Terbayang wajah Encik Karim. Terbayang pertolongan Encik Karim. Memang
silapnya menerima pertolongan itu. Dan, keadaan pada waktu itu pula, memaksa
dia akur pada bantuan yang dihulurkan oleh lelaki yang selama ini sangat baik
padanya. Sedikit tidak disangka Encik Karim senekad ini. Dia mengeluh panjang.
Buntu. Risau.
“Apa aku
nak buat ni…,”gumamnya sendirian. Sungguh, memikirkan masalah sebegini, membuat
dia mahu menangis. Tetapi, selesaikah semua masalah andai dia titiskan air
mata?
*****
15 comments:
Aha...lma nya tgu n3 nie...
Cian arisa... En karim keji btl prgai..
Zharif bagi duit, sebab tu Arissa terikat jadi isteri dia kan. jenuh fikir ari tu camne Arissa dah jadi isteri Zharif.
salam, cepat smbng!!!
kak Hanni, nest n3 please...cepat2 taw, memang xsabar nak baca full story....hehehe
Saya dah baca semua novel kak hanni. And please ada novel baru tak 2013 ni? Saya dah tk nk tunggu entry. Saya nak novel!!!! Wuwuwuw cepat kak hanni.
Bestt sgtt, rindu btl dgn nvl Mungkinkah ni...
Kak hani bile cite ni nk dibukukn? Xsbar nk bli..
hani, saya dah baca PAM dan Kuseru Rindu Itu versi cetak. baca berulang kali dan tiap kali baca, saya nangis, touchy. tak sabar tggu Mungkinkah pulak...
terima kasih. :) buat masa ni layan Mungkinkah? di blog dulu ya hehe
akk ble nak masuk entry baru?? xsaba dah nie.lama sgt kene tgu
Nak n3 lagi
kak, cantik blog akak ni. tapi cantik lagi entry akak on mungkinkah.. huhu. best! nak lagi ye kak... tq.
bile nak publish novel ni..lama da tunggu :)
Hani,citer ni dah hantar ke penerbit untuk penilaian ke,dah lama stop...x sbr tunggu versi cetak lah.
Hani,lama betul citer ni stop..dah nak kuar versi cetak ke,hani pun tak da update apa2 di blog..
Tak de n3 ke? Best la cete nie..
Post a Comment