“Hai
baby..,”
Arisa diam. Kurang senang dengan
panggilan itu. Namun, pandangannya tetap jatuh ke wajah Zariff yang tersenyum
lawa. Rasanya sudah hampir seminggu Zariff tidak mengacuhkannya. Dia sudah mula
selesa dengan cara kerja ketuanya itu. Tetapi, pagi ini awal-awal lagi dia
sudah disuakan dengan senyum yang meleret itu.
“Cantik pagi ni,”
Arisa diam lagi.
“Tapi, hari-hari pakai baju kurung,
tak boring ke?,”
Ini sudah lebih. Keningnya sudah
sedikit berkerut memandang wajah ketuanya itu. Tidak pantas rasanya Zariff
membuar ulasan tentang penampilannya.
“Kidding…,”bersama sekuntum senyum
nakal Zariff bersuara sambil mata dikenyitkan. Arisa terus mengunci mulut.
“Anyway, jumpa I in ten minutes. I
ada hal nak bincang,”
Kali ini Arisa mengangguk.
“And… morning sweet Jasmine,”
‘Morning Encik Zariff…,”ceria
Jasmine menjawab sapaan itu. Tersenyum sehingga bayang Zariff hilang di balik
pintu bilik lelaki itu.
“Teruklah bos awak tu,”Arisa
bersuara akhirnya. Jasmine tergelak besar.
“Kalau tak macam tu, tak bolehlah
nak panggil playboy, kak,”gadis itu menjawab sambil tertawa mengekek.
Arisa turut tergelak tanpa nada.
Playboy? Malang betul nasibnya. Lari daripada Encik Karim yang tidak cukup
isteri, bertemu pula dengan ketua yang sudah pasti tidak cukup perempuan ini.
“Tapi, dia baik,”
“Mana ada playboy baik?,”
Jasmine tersengih. Arisa menggeleng.
“Jangan benci-benci kak. Nanti jatuh
hati,”
Arisa tergelak.
“Bukan bencilah. Cuma tak berapa
suka aje,”
Jasmine tersenyum.
“Kejap aje tak berapa sukanya tu.
Nanti mesti akak cair jugak. Encik Zariff pandai goda perempuan tau,”
Arisa kerutkan kening sambil
menggeleng. Tidak mahu lagi berbasa-basi tentang Zariff dengan Jasmine.
“Oklah. Akak nak mula kerja dulu…Tak
baik mengumpat,”akhirnya dia bersuara sambil lambat-lambat bergerak ke mejanya.
Lemah untuk bersua muka dengan Zariff.
“I tunggu you…,”
Dalam langkah menunduk, segera
kepalanya diangkat. Zariff sedang bersandar di pintu bilik.
“Sorry…sorry. Saya masuk sekarang,”
“Pagi-pagi mengumpat I buat apa?
Baik you masuk bilik I, tengok muka I,”sempat Zariff merungut sambil berlalu
masuk ke bilik.
Arisa tergesa-gesa mencapai apa yang
patut untuk berjumpa dengan Zariff. Paling tidak, mungkin lelaki itu mahu tahu
perjalanan kerjanya untuk hari ini. Langkah segera dihayun menuju ke bilik.
Tidak mahu lagi membuat Zariff tertunggu-tunggu. Pintu yang memang terbuka luas
itu, tidak perlu diketuk lagi.
“Morning Encik Zariff,”sapanya
sekadar cuba bersopan.
Zariff mengangkat muka. Seketika
matanya pegun pada seraut wajah itu. Wajah yang baru sahaja menemani mimpinya
malam tadi. Sungguh dia angau.
“Mengumpat apa pasal I tadi?,”
Arisa menggeleng.
“Encik Zariff nak saya update
schedule untuk hari ni ke?,”soal Arisa sambil jemarinya pantas menyelak
organizer.
“Lunch dengan you, masuk dalam
schedule tak?,”
Arisa menarik muka kelat. Zariff
tersenyum.
“Kita lunch sama-sama hari ni, ya?,”
“Encik Zariff betul ke ada hal nak
jumpa saya ni? Kalau Encik Zariff tak nak tahu apa-apa dan tak ada apa-apa hal
yang penting, saya keluar dulu ya. Dan… nak kopi macam selalu tak?,”
Zariff mengeluh kecil.
Mengetuk-ngetuk pen ke meja. Arisa yang tercegat memandangnya, direnung tidak
berkelip. Berjaya membuat gadis itu kelihatan salah tingkah.
“Duduk,”
“Tapi…,”
“Sit down,”
Arisa menghela nafas panjang sebelum
perlahan melabuhkan punggung di hadapan Zariff.
“I mimpi you malam tadi,”meleret
senyum Zariff bersama ucapannya. Ucapan yang spontan membuat Arisa mencuka.
“Jangan tarik muka macam tu. Bukan
senang perempuan nak masuk dalam mimpi I tau,”
“Oh ye ke? Kalau macam tu, terima
kasih banyak-banyaklah sebab sudi mimpikan saya,”Arisa bersuara hambar. Tiada
keinginan untuk melayan.
“Hidup dengan you pun I sanggup.
Kalau you sudilah…,”tingkah Zariff menggoda.
“Saya tak sudi. Okay, dah selesai
kan? Boleh saya keluar sekarang?,”
Zariff menongkat dagu. Merenung
wajah Arisa yang masam mencuka. Walau tanpa segarit senyum, wajah itu tetap
berjaya menjentik naluri lelakinya. Bagaimanalah kalau ada selautan senyum dari
Arisa untuknya? Dia tersenyum. Tidak terbayang bagaimana nanti dia akan hanyut
dalam keindahan ciptaan Tuhan ini.
Arisa menolak kerusi ke belakang.
Mahu bergerak keluar.
“Hey, don’t move,”
Gerakan Arisa spontan terhenti. Mata
terpaku pada wajah Zariff. Pelik dengan arahan itu.
“Kenapa?,”
“I suka…,”selamba Zariff menjawab.
Arisa mengeluh lemah. Kenapalah dia dipertemukan
dengan lelaki sebegini.
“Please lah Encik Zariff. Janganlah
main-main,”
“I suka you.. itu bukan
main-main,”perlahan kata-kata itu meniti keluar dan hinggap di gegendang
telinganya satu persatu. Zariff mengangkat punggung. Melangkah mendekati Arisa.
Kedua-dua bahu Arisa disentuh. Memaksa Arisa kembali diam di kerusi. Kepala
direndahkan.
“I suka you… itu bukan main-main.
Remember that,”ulangnya sekali lagi. Kali ini cukup hampir di telingan Arisa.
Arisa menahan nafas. Rasanya kali ini tindakan Zariff sudah melebihi batas yang
sepatutnya.
“Stay away from me. Sebelum saya
buat laporan ada sexual
harassment, tolong jaga jarak Encik Zariff.
“I
rasa kalau ada yang patut buat laporan macam tu, orangnya adalah I,”bisiknya
sekali lagi sebelum bergerak bersandar di meja. Arisa jegilkan mata.
“Kenapa
pula?,”
“Sebab
you yang menggoda I,”
“Nonsense!,”
“Everything
about you buat I tergoda. And, cuba you bayangkan betapa you buat hidup I
tertekan dengan godaan you tu? Emotional abuse…tahu tak? I am suffering,”
“Tak
ada kena mengena dengan saya. Saya nak keluar dulu,”
“Kenapa?
Takut I memberontak?,”usik Zariff sambil tersenyum memikat. Berpeluk tubuh
memandang Arisa yang jelas amat tidak selesa berada di hadapannya.
Arisa
diam. terganggu dek alunan lagu menandakan ada panggilan masuk di telefon
bimbitnya yang kebetulan dipegang dari tadi. Terburu-terburu mahu berjumpa
dengan Zariff, dia terlupa menyimpan dahulu telefon di tangan.
“Oh…that
song. I suka lagu tu,”
Arisa
menjeling cuma. Matanya memandang skrin telefon. Radhi. Seorang lagi mahluk
perosak. Alunan lagu ‘Tentang Dia’ segera dia matikan. Pagi-pagi sudah menerima
gangguan yang amat melemaskan.
“Kekasih
yakini cintaku… di sini cintaku berlabuh…,”
Arisa
mengangkat muka. Memandang pelik wajah Zariff. Tiba-tiba menyanyi pula ketuanya
ini.
“Encik
Zariff… you ada ambil something ke? You pelik sangat,”
“What?!,”Zariff
mencerlung. Dia cuba menggoda, tetapi dengan selamba Arisa menuduh dia di dalam
keadaan kurang waras.
“I
nyanyi lagu ring tone you tadilah. Betul kan lagunya?,”
Arisa
tersenyum nipis. Manalah dia tahu dan tidak pula dia hafal lagu itu. Nada
dering itu, Rianti yang buatkan dan dia pula tidak pernah ambil perhatian pada
lagu itu.
“Kekasih
yakini cintaku… di sini cintaku berlabuh…,”sekali lagi Zariff mengalunkan lagu
itu. Arisa menjeling.
“Perjalanan
mencari jawaban… berakhir karam di hatimu,”sambungnya dengan senyum nipis
menghias bibir. Kali ini dia sedikit menunduk sambil mengangkat kening. Memang
agak hampir dengan wajah Arisa yang kaku di kerusi di hadapannya. Arisa
berpaling. Diam memandang dinding.
“Dan
kini tidurku tersenyum… oh gadis, aku cinta padamu…,”nyanyian disambung sambil
dia bergerak. Sipi lagu itu menyentuh telinga Arisa.
Arisa
kaku. Bagai terhenti seketika denyutan jantungnya. Segera dia mengangkat
punggung. Bagai terasa hela nafas Zariff hampir di telinganya. Tajam dia
merenung wajah lelaki itu. Zariff mengangkat kening.
“Encik
Zariff!,”
“Yes
dear?,”
Arisa
merengus keras. Organizer di tangan spontan diletakkan kasar ke meja. Sepasang
matanya mencerlung wajah Zariff yang berseri-seri.
“Ini
dia jadual kerja Encik Zariff untuk hari ini. Tengok sendiri. Dan jangan cari
saya hari ni!,”Arisa bersuara keras. Tubuh Zariff yang masih hampir dengannya,
ditolak kasar. Segera dia berlalu. Sungguh dia amat geram dengan sikap Zariff.
“Arisa,”
Dia
berpaling dalam geram.
“Oh
gadis… aku cinta padamu…,”Zariff mengulang lirik sambil kenyitkan mata. Arisa
rasa seperti mahu meletup. Dia tertawa senang sebaik daun pintu dihempas kuat
oleh Arisa. Entah kenapa, tidak pula dia berasa marah dengan tindakan itu. Puas
hati kerana dapat kenakan Arisa.
“Sepatutnya
pujilah sikit suara I ni, my lady…,”dia bergumam dalam tawa senang. Langkah
dihayun ke arah pintu. Seronok mengusik Arisa, sehingga dia terlupa pada tujuan
asal. Dia perlu mencari Arisa semula. Pintu dibuka. Arisa sedang mengemas meja
dengan gerakan yang cukup kasar. Pasti sedang melepaskan marah. Dia tersenyum.
“Kesian
file tu. You nak hempas-hempas I, janganlah file tu jadi mangsa,”
Arisa
mengangkat muka. Tiba-tiba boleh terpacak pula di hadapannya. Dia menjeling.
Sudah tidak fikir siapa Zariff. Yang dia tahu, saat ini, memang dia sangat
marah pada lelaki itu.
“You
marah-marah macam ni, buat I lagi bersemangat tahu,”usik Zariff sambil sekali
lagi kenyitkan mata padanya.
Arisa
meraup wajah. Cuba bertenang. Dengan senyum plastik, dia memandang wajah nakal
di hadapannya itu.
“Okay…
ada apa pula kali ni, Encik Zariff?,”
“Pasal
ke Seremban tu. Kita pergi this week,”
“Encik
Zariff cakap next week. And… kita?,”
“Ya.
Tapi, mereka nak awalkan. And, of courselah kita. I nak you familiar dengan
projek kita kat sana. So, you uruskan semuanya ya?,”
Arisa
mengangguk. Tidak kuat untuk mempertikai apabila nada suara Zariff sudah
berubah seratus peratus. Dia maklum itu. Itu menunjukkan Zariff di dalam mood
kerja.
“Semua
appointment I sebelum lunch, you tolong cancel ya. I nak keluar. Lepas lunch
baru I masuk office,”
“Encik
Zariff nak ke mana?,”
“Nak
ikut?,”
Arisa
mengeluh. Zariff tersenyum.
“Personal…,”ucapnya
perlahan.
Arisa
mengangguk faham. Barangkali Zariff tidak mahu sesiapa tahu ke mana dia bakal
menghilang.
“Kalau
you tukar fikiran, and nak temankan I, mesej I. I akan beritahu you I kat
mana,”usiknya sebelum kembali ke bilik.
Arisa
mencemik.
“Kalau
serius dua puluh empat jam, kan aman…,”dia merungut sendiri sambil matanya
melilau mencari file. Nampaknya tempahan hotel terpaksa diubah kembali.
*****
No comments:
Post a Comment