Sunday, September 16, 2012

Mungkinkah? 22



“So, selamat bekerja Cik Arisa. Harap dapat bekerja dengan penuh dedikasi. And harap juga tak salah guna jawatan yang diberikan…,”
              Senyum Arisa mati perlahan. Jemarinya yang erat terpaut pada jemari wanita anggun yang sudah agak berusia itu, kini terlerai perlahan-lahan.
              “Terima kasih, Puan,”ucapnya pendek. Memang lain benar bunyinya ucapan itu tetapi dia cuba sedapkan hati sendiri. Barangkali dia terlalu berfikir yang bukan-bukan. Barangkali cuma dia yang berasa ada sedikit nada menyindir di dalam ucapan selamat datang wanita itu.
              “Cik… Cik Saera… bukan puan,”serius benar wajah wanita itu tatkala membetulkan kesilapan lidahnya. Mula membuat dia berasa kurang senang. Jelas kehadiran dia di sini seperti tidak dialu-alukan.
              “Oh… maaf. Saya minta maaf. Saya ingat…,”
              “Never mind. So, saya rasa kamu pun dah tahu kamu kerja dengan siapa kan? Untung kamu. Tak payah nak attend interview terus diterima kerja ya. Mesti istimewa benar kamu dengan bos ya?,”
              Arisa tersenyum kelat. Memang ada yang tidak kena.
              “Maaf… saya tak faham. Semasa saya minta kerja ni, memang saya tunggu ditemuduga. Tapi pihak cik call beritahu saya dah diterima. Saya tak faham kenapa tiba-tiba Cik Saera cakap macam ni pada saya. Saya tak kisah untuk ditemuduga. Saya pasti akan ikut prosedur,”
              Saera tersenyum nipis. Wajah yang sedikit tercengang di hadapannya itu dipandang agak lama. Memang cantik. Wajar kalau Zariff begitu teruja untuk memastikan gadisnya ini bekerja dengannya. Memang wajar kalau Zariff mahu sentiasa bersama dengan buah hatinya ini. Tetapi, padanya tetap tidak wajar untuk mencampur-adukkan soal peribadi dan kerja.
              “Dan… saya tak kenal ketua saya. Saya tak tahu saya akan bekerja dengan siapa. Saya cuma tahu syarikat ni perlukan seorang pembantu peribadi dan saya mempunyai pengalaman dalam bidang ni. Entah kenapa saya rasa Cik Saera kurang senang dengan saya. Harap kita dapat selesaikan salah faham pasal ni…,”
              Saera mengerutkan kening mendengar penjelasan seterusnya. Kalau Arisa tidak mengenali Zariff mustahil Zariff begitu yakin mahu mengambil gadis ini berkhidmat dengannya. Hatinya berat untuk percaya.
              “Tak ada salah faham…okay, jom ikut saya. Saya tunjukkan ruang kerja kamu,”Saera bersuara sambil lewa mengangkat punggung. Arisa semakin tidak sedap hati.
              “Cik Saera,”                           
              Saera menjatuhkan pandangan kea rah Arisa yang masih diam di kerusi.
              “Boleh saya tahu kenapa saya tak ditemuduga?,”
              Saera tergelak kecil.
              “Kamu serius nak tahu atau kamu cuma nak melindungi sesuatu? Manalah saya tahu. I thought you lagi tahu dari I. So, shall we? Sebab saya ada banyak kerja lagi ni,”
              Arisa mengangguk perlahan. Memang amat ketara Saera tidak senang dengan kemunculannya di sini. Dia sendiri pun… rasanya sudah melayang separuh daripada semangat untuk memulakan kerja di tempat baru. Rasanya suasana pembuka sudah menyesakkan dada. Bagaimana nanti akan ditempuh hari-hari yang mendatang? Adakah akan sesukar perjalanan rutinnya bersama Encik Karim.
              “Arisa?,”
              Arisa sedikit terperanjat. Segera dia mengangkat punggung apabila renungan tajam Saera bagai memberitahu dia tidak ada masa untuk melayan dirinya. Dengan langkah sedikit tergesa-gesa dia mengekori langkah Saera yang nampak yakin dan kemas. Lantunan bunyi tumit kasut yang menekan lantai membuat gaya wanita anggun ini kelihatan penuh dengan keyakinan.
              “Rasanya you ni belum bersedia nak kerja ni,”
              Bersama langkahnya, Saera sempat bersuara separuh merungut. Arisa dia memasang telinga.
              “Tempat kerja tak sesuai untuk berangan…,”
              Perlahan Arisa menggaru dahi. Mula tercabar sebenarnya. Pelik benar rasanya apabila dia dilayan seperti budak mentah yang baru mahu berkenalan dengan dunia kerja. Rasanya bertahun-tahun dengan Encik Karim, dia sudah tahu serba sedikit tentang suasana kerja. Dan, rasanya wanita ini tidak perlu begitu sinis menyambut kedatangannya.
              “Okay. Ini tempat you. Itu bilik ketua you. Since you cakap you tak kenal ketua you, you akan jadi pembantu peribadi kepada Encik Zariff. Pengarah Urusan yang baru. Dia baru dinaikkan pangkat kalau you belum tahu ya…,”Saera bersuara dengan nada sedikit sinis. Sengaja mahu mengumpan reaksi gadis berbaju kurung di hadapannya ini. Tiada sebarang reaksi. Cuma anggukan kecil bersama wajah yang sedikit kelat. Dia tahu Arisa tidak senang dengan bahasanya. Tetapi, andai Arisa muncul di sini sekadar untuk bersama bersantai dengan Zariff, dia tidak boleh berdiam diri.
              “So, you tahu kan? Tugas you besar. Tak ada masa nak main-main. You rasa you boleh ambil tanggungjawab tu?,”
              “InsyaALLAH…,”tegas Arisa memberi jawapan.
              “Prove it to me…,”
              Arisa mengerutkan kening.
              “Pardon?,”
              Saera tersenyum.
              “Tak perlu,”
              Arisa menahan nafas. Tidak tahu apa yang tidak kena, tetapi dia memang kurang senang dengan situasi begini. Dia mahu mulakan segalanya dengan positif. Bukan dengan cara begini. Bukan bertemu musuh di pertemuan pertama. Hatinya tertanya-tanya apakah penyebab yang membuat Saera seolah-olah memandang serong padanya.
              “Kalau perlukan apa-apa boleh cari saya,”Saera bersuara sekadar berbasa-basi.
              “Terima kasih Cik Saera,”



              Saera diam tidak membalas.
              “Hello…. Sayang…,”
              Arisa yang sudah tunduk memandang sekitar ruang kerjanya itu, kembali mengangkat muka. Terpandang senyuman meleret seorang lelaki. Sayang? Lebar senyum lelaki itu pada Saera dan lebar senyum Saera membalas, memberi satu kesimpulan padanya. Barangkali lelaki ini kekasih Saera. Tetapi, tidakkah lelaki ini terlalu...
              “Hah! Cakap balik esok. Kenapa hari ni dah masuk office? Tak sabar nak jumpa PA ke?,”
              Arisa diam memerhati. Nada suara wanita di hadapannya itu sudah berubah dua ratus peratus. Tidak lagi kedengaran serius dan formal. Wajah serius juga sudah bertukar ceria. Dia memandang pula ke arah lelaki yang bergaya santai itu. Segak. Bergaya.
              “Mestilah Kak. Mana PA saya?,”
              Lelaki itu bersuara sambil senyum sudah terlalu lebar tersua buatnya. Arisa turut tersenyum kelat. Inikah ketuanya? Mungkin bukan barangkali. Mustahil ketuanya masuk ke pejabat hanya dengan berseluar jeans dan T-shirt.
              “Arisa?,”
              Mendengar namanya disebut, Arisa mengalihkan pandangan ke arah Saera. Saera memandang hairan. Jelas gaya Arisa seolah-olah gadis itu tidak mengenali Zariff.
              “Ini ketua kamu. Encik Zariff,”
              “Hah?,”spontan Arisa berdiri. Telahannya ternyata benar.
              “Selamat pagi Encik Zariff,”segera dia menyapa sopan.
              Zariff tersenyum panjang. Siapa yang akan mendapat peluang sebegini di dalam hidup? Memang dia sangat bertuah. Arisa yang dipujanya kini berada di hadapan mata. Barangkali ini kemungkinan yang berlaku cuma sekali seumur hidup.
              “So, akak tinggalkan PA cantik ni pada you ya Zariff…,”
              Zariff tertawa lepas.
              “Okay kak. Thanks ya sebab berikan PA cantik ni pada saya,”
              Saera sekadar mengerling sambil berlalu. Ada gelengan perlahan bersama langkahnya itu. Arisa mengerutkan kening. Entah kenapa dia tidak selesa mendengar perbualan sebegitu.
              “So, I Zariff,”Zariff bersuara sambil menghulurkan tangan.
              “Arisa..,”balas Arisa sambil perlahan menyambut huluran tangan Zariff. Lama jemarinya digenggam erat.
              “Glad to see you here…,”
              Arisa tersenyum sumbing. Perlahan-lahan cuba menarik tangannya. Rasanya tempoh untuk berjabat tangan seharusnya sudah tamat. Namun, pautan tetap kemas. Tetap erat.
              “Yeah, me too. Tapi, rasanya tak perlu lama sangat bersalam kot,”dalam rasa kurang selesa, Arisa bersuara.
              “Hah? Oh… terlupa…,”Zariff membalas sambil tersenyum. Pautan tangan terlerai perlahan-lahan. Segera Arisa menyembunyikan tangan di belakang. Zariff tetap tersenyum.
              “Jom…,”
              “Ke mana?,”Arisa terpinga-pinga.
              “Masuk biliklah…,”ucap Zariff separuh berbisik.
              Kening Arisa sudah berkerut lagi. Rasanya dia kini berhadapan dengan lelaki yang sepuluh kali lebih teruk daripada Encik Karim! Zariff tergelak besar.
              “Janganlah cuak,”
              Arisa tersenyum sumbing.
              “Come… rasanya sebelum kita bekerja bersama, kita patut berkenalan dulu,”kali ini suara Zariff tiada lagi riak nakal. Arisa mengangguk perlahan.
              Zariff melangkah menuju ke ruang pejabatnya dan Arisa mengekori dari belakang.
              “Have a sit,”arahan itu kedengaran formal.
              Arisa akur tanpa banyak bicara. Zariff bergerak menuju ke pintu. Daun pintu ditolak perlahan. Arisa terkebil-kebil saat lelaki itu menekan tombol. Pintu bilik terkunci. Hatinya semakin tidak betah.
              “Kenapa nak kena kunci pintu tu?,”spontan dia bertanya. Sungguh dia kurang senang dengan gaya lelaki segak ini.
              “Hah? Oh… jangan  risau. I bukan nak apa-apakan you. Memang kebiasaan I akan pastikan pintu terkunci kalau I tak nak ada sebarang gangguan. Semua staff I tahu, kalau pintu berkunci, that’s mean, bos mereka tak boleh diganggu,”Zariff memberi penjelasan sambil mengambil tempat di kerusinya.
              Arisa diam. Entah kenapa alasan itu dirasakan sangat tidak masuk akal. Tetapi, kalau sudah itu penjelasan yang diberi, seharusnya dia terima saja.
              “I rasa macam pernah nampak you…,”
              Arisa tergelak sinis. Kelakar mendengar ayat mencuba nasib sebegitu. Runtuh gaya lelaki itu dengan sepotong ‘ayat minta nombor telefon’ yang amat kebudak-budakan itu.
              “Rasanya baru dalam masa kurang dari sepuluh minit Encik Zariff nampak saya,”balas Arisa tanpa perasaan. Memang dia tidak berperasaan saat ini. kalau ada pun Cuma satu. Meluat. Tetapi rasanya tidak wajar dia tonjolkan perasaan itu sekarang.
              Zariff tersenyum. Ternyata Arisa tidak mengingatinya. Sukar untuk dia percaya apabila seorang gadis tidak ingat pada wajahnya walaupun mereka sudah bertembung lebih daripada sekali. Dan, yang lebih penting dia pernah menyapa dan menghulurkan kad nama pada Arisa.
              “Salah…,”
              Arisa mengangkat kening.
              “I pernah nampak profile you dalam your resume kan?,”
              Arisa tergelak. Memang sangat kelakar. Sedang berbuat lawakkah ketua barunya ini?
              “Pandai Encik Zariff buat lawak,”
              Zariff tersenyum kelat. Tiba-tiba dia berasa sedang diperlekehkan. Andai Arisa tidak ingat yang mereka pernah berjumpa, pastilah saat ini dia kelihatan seperti sedang memperbodohkan diri sendiri.
              “Anyway, cerita sikit tentang Cik Arisa? Ikutkan daripada your resume, you kerja almost four years di sana. Kenapa resign ya?,”
              Arisa mengangkat muka. Memandang wajah di hadapannya yang sudah kelihatan serius. Situasi yang mula membuat dia berasa lega. senyum diukir perlahan.
              Zariff terkedu. Betapa renungan itu. Renungan yang membuat dia bagai lupa pada segala-galanya. Renungan yang membuat dia cuma memasang satu angan. Dia ingin renungan itu menjadi miliknya. Dan betapa senyuman itu membuat jantungnya sudah tidak teratur berdegup.
              “Ada masalah peribadi…,”
              Jawapan ringkas daripada gadis di hadapannya itu menghantar dia ke dunia realiti semula.
              “Masalah peribadi? Dengan bos?,”
              Sedikit berat untuk mengaku, tetapi, rasanya dia harus bercakap benar. Perlahan dia mengangguk.
              “Kalau boleh saya tahu, apa masalahnya ya?,”perlahan Zariff bertanya sambil merapatkan kerusi ke meja. Sengaja mendekatkan wajah dengan senyum yang cukup aneh. Sengaja dia mahu menduga Arisa.
              “Bila saya nekad nak kerja di sini, itu bermakna saya nekad nak tinggalkan masalah saya. Jadi, saya tak rasa nak ungkit semua tu,”
              “Hmm… I cuma bimbang kalau-kalau masalah tu nanti akan berlarutan sehingga ke sini,”duganya sambill tersenyum panjang. Kembali bersandar sambil matanya menjelajahi segenap inci wajah yang cukup mulus itu. Mata itu, bibir  itu… semuanya menggetarkan nalurinya. Sungguh dia terbuai.
              “Saya yakin tidak,”tegas Arisa memberi jaminan.
              “Boleh percaya ke?,”
              “Encik Zariff dah ambil saya berkerja so, Encik Zariff terpaksa percaya. InsyaALLAH saya akan memberi khidmat yang terbaik pada Encik Zariff dan syarikat ni,”
              “Erm… we’ll see…,”
              Arisa tersenyum kecil. Kata;kata Zariff bagai sedang memperkecilkannya. Dan, dia yakin dia memang mampu bekerja dengan baik.
              “Jom,”
              “Hah?,”
              Zariff tersenyum sambil mengangkat punggung.
              “Rasa macam lapar pula. Lagipun, I belum breakfast. Jom kita sambung sesi perkenalan kita sambil breakfast?,”
              Arisa mula melurut rambut.
              “Tapi, saya tengah kerja. And ini hari pertama saya kerja. Saya ingat saya nak…,”
              “Baru sekejap tadi you cakap akan memberi khidmat yang terbaik pada I. Takkan pembantu I sanggup tengok I pengsan sebab tak makan?,”
              Melampau betul. Sampai pengsan sebab tak sarapan. Hati Arisa mula merungut.
              “Hey, you patut hargai apa I buat ni tau. I sepatutnya cuti hari ni, tapi I datang juga menjengag sekejap sebab nak say hello to my PA,”
              Arisa mengukir senyum serba-salah.
              “Encik Zariff tak perlu buat semua ni,”
              “Perlu. So please? Masih ada perkara yang I nak tanya you, and I lapar. So, kita sembang sambil makan?,”Zariff memberi kata dua. Bukan caranya untuk bermain tarik tali. Semua keputusan seharusnya tanpa dolak-dalih.
              Arisa diam seketika. Memikirkan mungkin Zariff mahu bercakap tentang tugas-tugasnya, akhirnya Arisa mengangguk perlahan. Zariff tersenyum lebar.
              “Good,”
              Arisa mengangkat punggung tanpa sepatah kata. Dia perlu menyesuaikan diri dengan ketua barunya.


******  

6 comments:

nursyafika said...

Yayyyyyyy best!!!!!! Nak lagiiiiii

strawberry.chocolate81 said...

terasa lama sangat tunggu arissa ni...tq kak terubat rindu hahahaha

kak ida said...

at last..ada sambungan citer nya..mmg sgt sgt menarik hanni..sapekah gadis yg tertera tu..mmg comel giler..akak tgk pun dah memuji..apatah lagi si mamat poyo tu kan..25

Anonymous said...

best nyer... cpt la kuar novel. .. x sabo

SAL said...

rindunya, lama dah tunggu...apa pun, terbaiklah!!!

cyah said...

Thanx k.hanni lama betul tunggu citer ni akhirnya,,,:-)

[11:35:50 PM] hos.getah: